Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Pada tahun ini, kami sekeluarga menyambut Aidil Adha di Putrajaya. Biar pun sedikit lengang namun aktiviti sambutan masih berjalan lancar.

Esok saya dan keluarga akan menunaikan solat sunat Aidil Adha di Surau Al-Iman, Presint 9 yang merupakan surau terbaru di Putrajaya. Jaraknya betul-betul di belakang rumah kami.Mungkin inilah solat aidil adha yang pertama dan terakhir kerana tahun depan kami akan berpindah ke rumah baru.

Malam tadi seusai Isyak saya dan anak-anak sama-sama bertakbir di surau Iman. Teruja Wafi, Munzir dan Fawwaz bila dapat bertakbir beramai-ramai bersama para jemaah yang lain. Tambah teruja bila mereka melihat beberapa ekor lembu dan kambing yang ditambatkan di kawasan surau menunggu untuk disembelih keesokan harinya.Peluang yang jarang-jarang dapat diperolehi.

Balik dari surau saya menonton Channel Iqra’ yang memaparkan suasana wukuf di Arafah. Channel Al-Hijrah pula memaparkan cerita-cerita terkini yang berlaku di sana. Manakala Khabar Haji Astro Oasis pula memaparkan wawancara mengenai kesilapan yang sering dilakukan oleh jemaah haji dan kepentingan ikhlas dalam melaksanakan ibadah haji.

Saya teringin sekali untuk ke sana. Rindunya saya pada Kaabah tidak tergambarkan. Rindunya saya untuk bersimpuh di hadapan kaabah sambil mengangkat tangan bermunajat kepada Allah seperti yang pernah saya lakukan lewat umrah tahun 2009 dahulu.

Rindunya…. rindunya.

Saya telah mendaftar dan saya perlu menunggu selama 6 tahun lagi sebelum dapat ke sana. Moga saya dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 ini. Amin.

Abu Wafi, Putrajaya

Setelah 2 bulan tulisan di blog ini terhenti seketika. Saya seperti kehilangan mood untuk menulis walaupun sebenarnya terlalu banyak yang ingin saya kongsikan sepanjang 2 bulan yang lepas.

Ringkasnya, terlalu banyak peristiwa besar yang berlaku dalam hidup saya menyebabkan saya tiada kelapangan untuk menulis malah menjenguk ke blog sendiri juga tidak pernah.

Alhamdulillah, hari ini hati saya tiba-tiba terlintas untuk membukanya kembali dan menatap satu persatu tulisan-tulisan yang pernah saya nukilkan. Alhamdulillah, kerana sepanjang peninggalan saya beberapa komen yang menyejukkan hati bila membacanya datang lantas membangkitkan rasa ingin memblog semula. Insyallah doa-doakan.

Tentu semua tertanya-tanya peristiwa besar apakah yang saya lalui sehingga menyebabkan saya meninggalkan blog ini menjadi sawang. Jawapannya terlalu banyak dan besar impaknya ke atas dirinya dan tiba-tiba pada hari ini saya seakan diberi kekuatan untuk menulis sesuatu dari hati ini di tengah kegelapan malam yang sunyi biar pun cuma catatan pendek bagi memulakan langkah seterusnya untuk menulis dengan lebih giat lagi.

In short, I am fully occupied. Occupied with works and people surrounding me. From my subordinate up to the top level. Itulah yang dapat saya gambarkan. Bahawa saya terperangkap dan terkejar dengan “date line” dan permintaan yang tidak pernah henti. Perubahan dalam skop kerja sekarang menjadikan saya semakin sibuk sehingga kesemua waktu saya habis begitu sahaja dengan kerja. Inilah yang membuatkan saya terhenti seketika seolah-olah saya seperti hilang minat untuk menulis sesuatu wal hal saya sebenarnya terlalu “engaged” dengan pekerjaan baru saya.

Apa pun, kehilangan saya selama 2 bulan diharapkan menjadi pemangkin untuk saya menulis dengan bahan-bahan baru berdasarkan perubahan yang berlaku ke atas diri saya. Insyallah, saya berdoa kekuatan itu agar datang dengan bantuan Allah.

Apa pun adalah hikmah di sebalik semua kejadian ini. Hikmahnya masih ada yang membaca dan memberi semangat untuk saya terus kembali menulis. Terima kasih.

Abu Wafi, Putrajaya

Bulan penuh barakah

Posted: August 5, 2011 in Uncategorized

Syukur ke hadrat Allah kerana dipanjangkan umur agar untuk berjumpa dengan Ramadhan kali ini. Beberapa hari sebelum Ramadhan saya dikejutkan dengan berita kematian insan-insan yang hampir dengan saya. Khuatir jika dipanggil bertemu Allah sebelum sempat menemui Ramadhan bulan tercinta. Namun jika itu yang telah ditetapkan siapalah kita untuk menolaknya.

Alhamdulillah malam pertama solat terawih dengan berimamkan Syeikh Jibrail dari Mesir yang pernah saya catatkan dalam entry yang lepas. Walaupun cuma 8 rakaat, bacaannya sungguh panjang tetapi sungguh merdu. Itulah kelebihan yang Allah kurniakan kepada insan istimewa ini.

Seperti tahun-tahun yang lepas, saya juga mempunyai azam untuk menambah atau memperbaiki amalan Ramadhan kali in namun biarlah ianya menjadi rahsia antara saya dan Allah. Apa pun saya berdoa dan berharap agar azam saya itu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Bulan yang penuh barakah dan pahala berganda datang lagi dan mastilah sama-sama kita merebut ganjaran yang ditawarkan.

Seakan ada perasaan gusar pada diri ini apabila melihat perkembangan anak-anak yang semakin besar. Mereka semakin dewasa dan kita semakin hari semakin tua. Membesarkan anak-anak di zaman ini bukanlah satu tugas yang mudah. Saya kerap membandingkan zaman mereka dengan zaman saya di era tahun 1970-an dan awal 1980-an. Ketika itu, semuanya kelihatan mudah dan ‘simple’. Tidak terlalu banyak ‘distraction’ atau ‘diversion’ yang boleh mengganggu tumpuan pembesaran anak-anak. Seingat saya, rancangan TV hanya bermula jam 5.00 petang itu pun cuma RTM 1 dan RTM 2 sahaja. TV pun hitam putih dan berkaki. Rancangan kartun pun sebelah petang sahaja tidak seperti sekarang yang banyak gangguan. TV hidup 24 jam dengan rancangan kartun dan puluhan rangkaian yang tidak terkira. Internet juga mudah didapati. Segalanya mudah dihujung jari. Hiburan di mana-mana sahaja.

Bila membandingkan zaman saya dengan zaman sekarang saya teringat buku karangan Dr.Nasih Ulwan bertajuk “Tarbiyatul Awlad” atau Pendidikan Anak-anak  yang menyatakan didiklah anak-anak kamu mengikut zaman mereka dan bukannya mengikut zaman kamu.

Saya akui zaman sekarang sungguh mencabar dengan gangguan-gangguan yang menjejaskan proses ibu bapa untuk mendidik anak-anak menjadi manusia yang mempunyai tujuan hidup. Gangguan TV 24 jam, gangguan ‘computer game’, gangguan “facebook game’, gangguan internet dan yang paling saya bimbangkan adalah gangguan pengaruh dari kawan-kawan yang tidak baik.

Isteri saya seorang guru dan saya selalu mendengar kisah-kisah mengenai anak-anak muridnya di sekolah. Saya seperti tidak percaya bahawa anak-anak zaman sekarang begitu berani melakukan perkara-perkara yang tidak berani dilakukan oleh anak-anak di zaman saya. Senakal-nakal kawan-kawan saya di sekolah pun hanyalah merokok, ponteng sekolah dan samseng kecil-kecilan tetapi senakal-nakal anak-anak zaman sekarang mampu membawa kepada keadaan yang tidak pernah kita fikirkan. Di rumah kita mampu mengawal pergerakan mereka tetapi di sekolah dan di tempat lain kawan-kawan yang melingkungi mereka.

Selain dari peranan ibu bapa yang mencorakkan akhlak anak-anak, pengaruh rakan sebaya adalah paling kuat dalam menentukan personaliti dan hala tuju hidup mereka. Justeru, pilihlah kawan yang baik untuk mereka dan jika perlu selidikilah dengan siapa mereka bergaul. Ibu bapa perlu melakukan proses ‘allignment and balancing’ kepada anak-anak mereka. Jika didapati kawan yang dipilih tidak sesuai atau membawa pengaruh  yang tidak baik dalam perlakuannya seharian maka lakukan proses tadi dengan memperbetulkan mereka ke landasan yang sepatutnya. Seeloknya cuba jauhi mereka dari pengaruh rakan sebaya yang tidak baik untuk pembesaran mereka dengan panduan yang telah diberikan oleh alim ulama.

Syeikh Abdul Samad Al-Falambani dalam Kitabnya yang masyhur Sairus Salikin jilid 2 menggariskan 3 krietria dalam memilih kawan (taulan) iaitu:-

1. Jika kamu melihat wajah mereka maka kamu akan teringatkan akhirat. Justeru,kita disarankan melihat wajah orang soleh @ ulama  agar kita selalu teringatkan akhirat lantas bersemangat untuk melakukan perubahan diri;

2. Jika kamu mendengar kata-kata mereka maka kamu akan terpengaruh/terangsang untuk menambah amal kebaikan disebabkan nasihat-nasihat mereka; dan

3.Jika kamu melihat perbuatan  mereka kamu akan merasa gemar kepada akhirat disebabkan amalan mereka itu.

Pilihlah kawan yang boleh membawa kita kepada mengingati akhirat kerana pengaruh mereka akan membentuk kita menjadi manusia yang bertakwa. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa kita boleh mengetepikan kawan-kawan yang tidak cenderung kepada akhirat kerana usaha dakwah kita mengajak mereka kepada mengingati akhirat adalah tanggungjawab yang perlu kita lakukan. Cuma yang ditekankan oleh Syeikh Samad adalah kita meletakkan “barrier” atau sempadan di dalam hati mengenai kawan-kawan yang kurang minatnya dengan agama. Contohnya, jika mereka menyukai perkara-perkara maksiat atau melalaikan memadailah kita menetapkan di dalam hati bahawa mereka bukan kawan yang sepatutnya kita gauli, akan tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu memberi nasihat dan mengajak mereka kembali ke jalan yang benar. Benci hanya di dalam hati tetapi bukan menjauhi mereka sehingga mereka hanyut dengan kelalaian. Tugas untuk berdakwah tidak pernah terhenti kepada setiap seorang daripada kita.

Menariknya Syeikh Fahmi Zam Zam An-Nadwi ketika mensyarahkan Kitab Sairus Salikin menerangkan bahawa punca mengapa kita suka berkawan dengan seseorang adalah kerana di situ ada titik pertemuan yang menyatukan antara kita dan mereka. Misalnya seorang yang meminati sukan bola sepak akan berkawan dengan mereka yang sama minatnya kerana titik pertemuan di situ adalah sukan bola sepak. Seorang yang meminati sukan bermotorsikal besar akan berkawan dengan mereka yang sama minatnya kerana titik pertemuan mereka adalah motorsikal besar. Seorang yang suka memancing akan berkawan dengan kaki pancing begitulah sebaliknya kerana tititk pertemuan yang satu inilah yang mendekatkan mereka. Justeru pada ketika itu, kawan yang baik adalah kawan yang berada di dalam titik pertemuan itu kerana masing-masing memahami diri masing-masing. Mustahil bagi seorang peminat bolasepak berkawan dengan kaki pancing kerana tiada titik pertemuan antara mereka malahan persahabatan seperti ini tidak akan bertahan lama.

Apa pun saya suka membuat kesimpulan bahawa suasana sekeliling pada hari ini ternyata tidak membantu untuk membangunkan seorang manusia yang baik mengikut acuan agama. Terlalu banyak gangguan yang boleh menyimpangkan manusia dari bergerak di atas landasan yang lurus. Tugas sebagai “parent” di zaman ini tidak mudah seperti 20 atau 30 tahun yang lalu, justeru cara mendidik anak-anak perlu disesuaikan dengan keadaan yang ada pada hari ini. Moga mesej pendek ini bermanfaat untuk semua ibu bapa dan bakal ibu bapa di luar sana.

Abu Wafi, Putrajaya

Semua orang boleh berubah

Posted: June 27, 2011 in Tazkiyatunnafs

Pepatah ada menyatakan “sekali air bah, sekali pasir berubah”. Begitu juga manusia yang boleh berubah sama ada dari negatif menjadi lebih baik atau sebaliknya. Jika dilihat dari sudut yang positif, perubahan merupakan satu penghijrahan yang membawa kebaikan kepada seseorang individu, namun ada juga perubahan yang menyebabkan seseorang itu semakin dijauhi oleh orang lain.

Perubahan boleh berlaku pada setiap orang yang bernama manusia. Boleh jadi perubahan pada diri individu itu berlaku disebabkan perubahan pada status dirinya atau ada peristiwa penting yang berlaku kepada dirinya sekaligus mewajarkan perubahan tersebut. Ada orang berubah menjadi baik bila terjadi musibah ke atas dirinya. Ada orang berubah menjadi sebaliknya bila mendapat pangkat, gelaran, kedudukan yang tinggi dan harta kekayaan.Perubahan ke atas diri seseorang juga boleh berlaku disebabkan perubahan pada keadaan sekeliling yang melingkunginya. Jika lingkungannya baik maka dia boleh berubah menjadi baik.

Baru-baru ini saya mendengar cerita mengenai seorang kawan lama. Beliau yang saya kenali cukup bermasalah dengan orang di sekelilingnya. Seorang ketua yang garang dan selalu memarahi anak buahnya di pejabat. Semua orang tidak menyukainya kerana sikap dan perangainya yang baran tersebut. Saya sendiri secara peribadinya pernah dimarahi oleh beliau ketika melakukan satu tugasan penting beberapa tahun yang lalu. Namun saya masih menjalinkan hubungan sebagai rakan sekerja dalam keadaan yang berhati-hati. Secara peribadi saya tiada masalah dengan dia malahan masih berhubungan dengan beliau kerana bekerja di bawah satu bumbung namun cakap-cakap orang yang masih bersangka buruk dengannya masih kedengaran.

Baru-baru ini kawan saya itu bertukar ke tempat lain. Mendengar bahawa kawan saya itu bertukar ramai yang seronok malah bertepuk tangan. Namun ada seorang lagi kawan saya yang berdukacita kerana kawan saya yang bermasalah itu akan pergi ke tempat dia. Dia bimbang bahawa kawan saya ini akan membawa perangai lamanya. Saya menyatakan bahawa manusia boleh berubah. Jangan suka mendengar cakap orang mengenai cerita 2 atau 3 tahun yang lepas. Boleh jadi dia telah berubah menjadi baik. Kenapa saya katakan begitu adalah kerana saya yakin bahawa beliau telah jauh berubah. Ini kerana pengalaman terkini saya yang banyak berurusan dengan dia menjadikan persepsi saya terhadap dia jauh berubah. Jika boleh saya katakan hampir 70% perubahan positif pada dirinya walaupun saya dapat mengesan beberapa nilai lama yang masih kekal pada dirinya. Apa pun saya optimis bahawa dia telah jauh berubah menjadi lebih baiknya. Sangkaan saya betul. Teman saya yang menerima kawan yang di pejabat baru mengesahkan demikian. Dia menyatakan bahawa kawan saya itu setakat ini mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sekerjanya yang lain dan juga pegawai bawahannya. Malahan dia sendiri terkejut dengan perubahan tersebut.Tentunya ramai yang tidak akan mempercayainya.

Saya tersenyum. Cakap-cakap negatif masih terus kedengaran biar pun telah beberapa tahun peristiwa hitam itu berlaku. Mana mungkin kita sebagai manusia mampu menghentikan mulut orang dari terus bercakap mengenai orang.Pergeseran sesama insan ternyata lebih sukar untuk dipadamkan berbanding api di dalam sekam. Kita sering kali mengingati kejahatan orang pada kita tanpa kita menyedari bahawa kita juga mempunyai saham yang sama terhadap orang lain. Kita sering kali menghukum seseorang berdasarkan pertimbangan kita 5 atau 10 tahun yang lalu sedangkan pertimbangan masa kini tidak langsung kita raikan.

Manusia suka menghukum berdasarkan sejarah silam. Jika dahulu dia seorang yang jahat maka orang akan menghukumnya sebagai jahat selama-lamanya walaupun pun dia telah bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

Analoginya sama seperti kita ingin menjual sebuah rumah milik kita yang dibeli 20 tahun yang lepas. Tentunya kita akan meminta Jurunilai Hartanah untuk menilai berapakah harga yang sewajarnya kita jual pada masa kini. Jurunilai akan membuat penilaian berdasarkan kepada keadaan pasaran semasa dan bukannya keadaan 20 tahun yang lepas. Mana mungkin rumah yang berharga RM160 ribu pada tahun 1991 boleh kekal pada harga yang sama pada tahun 2011. Penilaian hartanan mengikut keadaan semasa boleh melambung sehingga beberapa kali ganda malahan ada yang mencecah angka jutaan ringgit.

Kenapa manusia boleh meletakkan harga yang tinggi kepada harta benda mengikut keadaan zaman semasa tetapi masih meletakkan harga yang rendah kepada nilai diri dan maruah manusia lain mengikut keadaan masa lalu?

Kenapa kita tidak mengikut trend semasa. Nilailah harga diri manusia kepada apa yang ada pada diri dia sekarang dan bukannya masa lalu.

Jika dahulu dia tidak solat apakah kita masih mahu meletakkan hukum di tempat yang sama walaupun dia telah melakukan solat tanpa gagal.

Saya bercakap mengenai perubahan yang positif dan bukannya sebaliknya. Saya tidak mahu menerangkan mengenai perubahan negatif kerana itu bukannya isunya yang hendak kita raikan. Isunya ialah nilailah manusia mengikut pertimbangan semasa dan bukannya menghukum berdasarkan sejarah hitam silam.

Itu baru adil. Seseungguhnya Allah swt adalah bersifat dengan sifat ar-rahman dan ar-rahim yakni pengampun lagi penyayang. Seorang yang kufur selama 40 tahun tiba-tiba satu hari sebelum meninggal dunia melafazkan syahadah secara automatiknya dia Muslim dan segala perkara yang dilakukan sepanjang 40 tahun berada di dalam kesesatan gugur dan hangus begitu sahaja. Allah menilai berdasarkan 1 hari kehidupannya sebagai Muslim dan insyallah syurga menanti beliau walaupun beliau tidak sempat menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim yang sebenar.

Justeru, marilah sama-sama kita perbetulkan tanggapan kita bahawa sekotor dan seburuk mana pun seseorang itu, dia mampu berubah menjadi baik. Sebagai kawan sama-sama kita mendoakan kebaikan untuknya dan anggaplah segala kelakuannya terhadap kita itu sebagai ujian kesabaran dari Allah untuk kita.

Abu Wafi,Putrajaya

I shall missed that place

Posted: June 23, 2011 in Umum

My work station

My big boss cubicles -no entry

Cubicle from the inside

The corridoor of power

 My peers

After 3 years and 4 months, I started to leave this place for good. This is my office and I must say that I owe an unvaluable experiences working at this place. I learnt more about people’s behaviour, attitude and their way of life. A place full of pressure and at the same time can drive you into madness. Nevertheless, I felt that my working experience in this place had thought me so much that handling people is the most difficult part, but I do appreciate it.

People come and go. Now is my right time to go. Somebody have to take care my position no matter how critical it was. It is a challenge to everyone who work at the corridoor of power. You know what I mean.

People like us need changes and have to move on. We cannot remain stagnant and comfortable at one place. Take another challenge and see whether you can do it. Changes made you feel uncomfortable at the first instance but believe me it wont take long time for you to adapt with the changes.

I have no choices but after full deleberation and thougt, changes are the option which I could not resist for. Life must go on.

After 2 months  at new place, new atmosphere, new working environment, new bosses and new collegues I begin to realise that changes make you become more dynamic. I started to resuscitate with a new life and hopefully it is good for my future.

People says changes is good for your carreer betterment and exposure but my personal opinion is not so. I believe that changes in career is to boost your moral and to enhance your motivational level up to the limit.

Thanks to Allah the Al Mighty for this changes. I do missed that place and my peers who still working there. Good luck to all of you.

Aku dan Al-Falah

Posted: June 20, 2011 in Suara Hati

Bagi yang tinggal di kawasan USJ 9 dan sekitarnya  nama Al-Falah sudah tidak asing lagi. Namun bagi saya yang tinggal 20km dari Al-Falah, merasakan ada sesuatu yang istimewa sejak kali pertama menjejakkan kaki ke tempat ini. Suatu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Kagum dengan keindahannya dan tenang dengan suasana di dalamnya. Dari luar Al-Falah nampak seperti masjid-masjid biasa yang pernah saya kunjungi, tetapi melangkah masuk ke dalamnya perasaan itu berubah menjadi lain.

Sebulan sekali saya akan berada di sana untuk mengikuti pengajian Kitab Sairus Salikin yang disyarahkan oleh Syeikh Fahmi Zam Zam.  Al-Falah terlalu istimewa di hati saya. Sesiapa sahaja yang datang ke sini pasti akan  jatuh cinta kepada tempat ini. Saya terpesona dengan keindahan dan kebersihannya. Saya juga sukakan tempat wuduknya yang sama seperti masjid-masjid di kampung yang mempunyai kolam besar di luar pintu masuk. Memang selesa dan praktikal.

Jika pernah datang sekali, mesti terasa hendak berkunjung ke tempat ini lagi dan lagi.

Tidak pernah ada rasa jemu. Bukan sekadar ruang dalam solatnya yang indah dan bersih tetapi saya juga mencintai pengisiannya yang tidak pernah putus-putus dengan pengajian-pengajian yang bersilih ganti. Jika malamnya penuh dengan aktiviti, program di sebelah siangnya juga sarat dengan aktiviti untuk kaum wanita. Al-Falah adalah lambang institusi masjid yang perlu dicontohi.

Al-Falah sentiasa hidup dengan aktiviti keagamaan dan kesedaran mengajak manusia kembali kepada rasa bertuhan. Itulah istimewanya Al-Falah di hati saya.


Indahnya Al-Falah

Al-Falah tidak pernah sunyi daripada menerima kunjungan ulama-ulama besar dunia. Antara yang pernah mengunjunginya ialah Habib Umar dari Yaman, Syeikh Jibril dari Mesir, Syeikh Nuruddin Al-Makki dari Indonesia,Sheikh Imran Hussein dan yang terbaru Habib Zein Sumaith dari Madinah.

Semuanya datang untuk mengimarah dan menghidupkan Al-Falah. Al-Falah adalah masjid yang hidup dan tidak pernah mati. Al-Falah sentiasa menghidupkan hati insan yang gersang dengan curahan majlis ilmu dan majlis zikir. Dalam banyak-banyak masjid yang pernah saya kunjungi, Al-Falah antara yang paling aktif dan bertenaga.

Ramadhan bakal menjengah lagi. Jika Ramadhan lepas Al-Falah menyajikan solat terawih yang diimamkan oleh Qari dari Mesir yang merdu suaranya, insyallah kali ini saya pasti Al-Falah akan mengulanginya. Kunjungan saya ke Al-Falah tahun lepas tidak pernah mengecewakan malahan majlis qiamullail sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan mengejutkan dengan ramainya jemaah yang hadir.

Sungguh Al-Falah itu hidup dan sesuai dengan namanya. Al-Falah adalah lambang”kejayaan” yang diimpikan oleh umat Islam.

Saya pernah berkata kepada isteri saya alangkah indahnya jika rumah kami berada di hadapan Al-Falah. Beruntunglah bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Al-Falah. Banyak manfaat yang dapat diambil dari Al-Falah bagi mereka yang tahu menghargainya. Jika saya mampu, mahu saja saya membeli sebuah rumah berhampiran Al-Falah namun bila ditinjau harga rumah di sekitarnya ada yang mencecah RM1 juta lebih  maka impian tinggal impian.Cukuplah jika saya dapat datang sekali sebulan bagi mengubati rindu pada tempat yang mulia ini.

Suasana dalamannya yang nyaman mengingatkan saya kepada suasana di dalam masjid Nabawi Madinah. Imitasi yang dilakukan walaupun tidak menyamai seratus peratus menyebabkan siapa sahaja yang pernah berkunjung ke Madinah pasti akan teringatkan Masjid Nabawi sebaik sahaja melangkah di dalamnya. Itulah keistimewaan zahir Al-Falah namun keistimewaan ‘batin’ Al-Falah lebih didambakan.

Di sebalik kepesatan pembangunan di sekitar Al-Falah yang rancak, AL-Falah terus bergerak dengan misinya. Meskipun dihimpit oleh pembangunan komersial di sekitarnya, Al-Falah terus melangkah membangunkan jiwa-jiwa manusia. Menyuburkan jiwa mereka dengan siraman rohani yang menyegarkan siapa sahaja yang sudi menerimanya.

Apa pun ucapan terima kasih kepada seluruh AJK Al-Falah yang bertungkus lumus menyediakan program-program yang berkualiti.

Moga Al-Falah terus melangkah ke hadapan dengan pengisian-pengisian yang mampu mengajak manusia kembali mengingati akhirat.

Abu Wafi, Putrajaya

Selamat Jalan Tok Jah

Posted: June 17, 2011 in Umum, Uncategorized

Terlalu banyak peristiwa suka duka yang berlaku kepada saya sepanjang bulan Jun ini walaupun Jun masih belum berakhir. Tanggal 3 Jun 2011, Tok Jah iaitu nenek saya sebelah ibu kembali menemui Allah jam 9.45 malam. Kebetulan saya sekeluarga pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri sepupu yang juga cucu kepada Tok Jah. Saya pulang pada 2 Jun 2011 dan dalam perjalanan tersebut saya singgah di Parit Buntar, Perak  untuk menjengah Tok Jah yang ketika itu sedang nazak. Sempatlah berjumpa, mengusap-ngusap tangannya dan mencium dahi arwah ketika beliau masih bernafas. Pemergian arwah mengembalikan nostalgia saya ke zaman kanak-kanak di mana saya seringkali dihantar oleh ayah untuk menghabiskan cuti sekolah di kampung. Saya sempat belajar Al-Quran dengan Tok Jah dan Tok Wan yang juga guru Al-Quran dan kini dalam usia 88 tahun Tok Jah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Doa saya untuk arwah agar rohnya tenang di sana.

Jenazah Tok Jah diusung buat kali terakhir

Urusan pengkebumian dilakukan

Akhirnya selamat disemadikan

Di sebelahnya ada batu nisan adalah kubur suami Tok Wan

Kebetulan  kubur Tok Wan letak bersebelahan dengan kubur Tok Jah yang masih merah. Tok Wan Din saya selalu saya panggil pergi menemui Allah pada tahun 2004 dan kini mereka suami isteri bersemadi di sini. Mudah-mudahan mereka bertemu dan berbahagia di sana.

Tok Jah ketika hayatnya

Tok Jah yang saya kenali hanyalah seorang insan biasa, orang kampung, membanting tulang di sawah, mengajar anak-anak kampung mengaji Al-Quran dan seorang suri yang setia kepada sang suami. Tok Jah adalah orang dulu-dulu yang pernah merasai keperitan hidup di zaman pendudukan Jepun, zaman komunis, zaman selepas merdeka hinggalah ke zaman milenium sekarang. Mudah-mudahan Tok Jah tenang di sana di samping Tok Wan yang kami rindui.

Selamat Jalan Tok Jah. Selamat bertemu Penciptamu. Moga Tok Jah selamat sampai di jannah.Amin.

Abu Wafi, Putrajaya

Saya amat menyukai coklat lebih-lebih lagi coklat jenama Beryl’s buatan Malaysia. Acapkali juga saya membawa anak-anak ke kilang coklat yang letaknya tidak jauh dari kediaman kami untuk memborong coklat dengan harga murah. Dalam banyak-banyak perisa saya paling menyukai perisa  “Bittersweet” atau pahit manis. Rasanya sungguh lazat dan benar-benar menepati citarasa saya walaupun saya pasti ramai juga yang tidak menggemarinya.

Sejak bila saya mula menyukai perisa  dan jenama coklat ini?

Beberapa tahun yang lepas saya menaiki sebuah pesawat untuk satu tugas rasmi di Sabah. Dalam penerbangan selama 2 jam selain dihidangkan dengan makanan berat, penumpang disajikan dengan coklat pahit manis ini. Itulah kali pertama saya menjamahnya dan ternyata pengalaman pertama kali itu menjadikan saya jatuh cinta dengan coklat perisa ini. Cuma saya masih tertanya-tanya apakah logik pemberian coklat di atas pesawat yang sedang terbang beribu kaki di udara.

Mungkin untuk menghilangkan rasa mabuk di udara!!!

Jika difikir secara mendalam sebenarnya ada kaitan antara coklat bitter and sweet ini dengan kehidupan manusia. Kenapa saya katakan begitu?

Kerana kehidupan manusia ini ada pasang surutnya. Adakalanya manis dan ada kalanya pahit.

Ada pengalaman manis yang tidak terlupakan dan ada juga pengalaman pahit yang perit untuk dikenang.

Pengalaman manis sememangnya amat disukai oleh semua orang malahan ramai yang ingin mengulanginya.

Pengalaman pahit pula sukar untuk dilalui dan tidak ramai yang mahu mengulanginya.

Teringat saya kepada satu dialog dalam sebuah filem yang pernah ditonton dahulu:-

“Aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Semua yang aku nak boleh dapat. Aku tak nak hidup susah macam dulu lagi. Merempat ke sana sini dan aku juga tak nak anak aku susah macam aku dulu. Cukuplah sekali. Aku tak mahu susah lagi.

Ramai yang bergembira, senyum dan bergelak ketawa bila memperolehi pengalaman yang manis.

Ramai yang berdukacita, gundah gulana, menitiskan air mata malah menangis teresak-esak bila melalui peristiwa yang pahit.

Mendapat kekayaan, mendapat anak, mendirikan rumahtangga,berjaya di dalam peperiksaan adalah antara peristiwa manis yang ingin diulang-ulang oleh manusia.

Manakala menanggung kesakitan akibat penyakit kronik, ditimpa musibah, ditimpa kemalangan, gagal dalam peperiksaan, kehilangan insan yang disayangi adalah antara pengalaman pahit yang tidak ingin dilalui oleh manusia. Malahan semua manusia ingin menghindarinya terus jika mereka boleh melakukannya.

Namun sebagai manusia kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan.

Allah yang menentukan bahawa dunia di mana tempat kita menjalani kehidupan ini adalah medan ujian yang harus ditempuhi oleh sesiapa sahaja.

Jika difikir-fikirkan, yang pahit itu ujian dan yang manis itu juga ujian.

Kita tiada pilihan untuk memilih dilahirkan menerima yang manis sahaja.

Dan kita juga tiada pilihan untuk menolak yang pahit ke tepi.

Kita tidak boleh memilih untuk lahir dalam keluarga yang senang lenang dan mewah dan kita juga tidak boleh memilih untuk tidak dilahirkan di dalam keluarga yang miskin nestapa.

Jika kehidupan penuh dengan kemanisan maka tidak mustahil jika suatu hari nanti kita juga akan menerima kepahitan juga.Ramai di antara kita yang memandang bahawa yang manis itu baik dan bagus manakala ramai di antara kita yang memandang yang pahit itu buruk dan negatif sentiasa.

Tetapi ketahuilah, bahawa yang manis itu tidak semestinya baik untuk kita dan yang pahit itu tidak semestinya buruk untuk kita.

Manis dikaitkan dengan rasa lazat dan pahit dikaitkan dengan rasa tidak sedap. Makanan yang manis-manis seperti kek, ais krim dan sebagainya dikaitkan dengan kesedapan dan kelazatan yang ingin dinikmati oleh semua orang. Sebaliknya makanan yang pahit tiada siapa yang sudi untuk menjamahnya.

Analoginya manis bagai gula, pahit bagai hempedu. Contohnya makanan yang manis jika dimakan dalam tempoh yang panjang boleh memudaratkan. Makanan yang manis boleh mangakibatkan sakit perut. Makanan yang manis boleh mengakibatkan penyakit kencing manis dalam jangka waktu yang panjang.

Ubat yang pahit sukar untuk ditelan tetapi ketahuilah yang pahit itulah yang menjadi penawar kepada kita.Seringkali saya berjumpa dengan petua dan saranan pengamal perubatan tradisional untuk mengamalkan memakan akar-akar kayu yang rasanya cukup pahit bagi menjaga dan memulihara kesihatan yang berpanjangan. Inilah analogi mudah untuk menggambarkan contoh kebaikan antara pahit dan manis.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.  (Surah. Al Baqarah:216)

Yang pahit itu penawar

Lihatlah bagaimana perjalanan hidup Rasulullah saw yang sentiasa diuji oleh Allah swt. Begitu juga para sahabat yang mendampingi baginda turut diuji dengan ujian yang hebatnya bukan kepalang. Bagaimana tekanan dan ujian yang dihadapi oleh mereka sehingga ada yang menemui ajal, ada yang meninggal dunia di dalam peperangan dan tidak kurang yang mengalami kehilangan harta benda dan insan yang disayangi demi memperjuangkan Islam yang mereka anuti. Mereka tidak pernah mengeluh malahan mereka redha dan pasrah dengan ujian-ujian pahit yang mereka hadapi. Adakalanya ujian itu menuntut pengorbanan yang cukup besar sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda yang disayangi.

Rasulullah saw sendiri diuji, ditekan, dipulau lebih-lebih lagi selepas pemergian istetri tercintanya Saidatina Khadijah r.a dan bapa saudaranya Abu Talib yang selama ini menjaga dan melindungi baginda. Selain itu antara pengalaman paling pahit yang baginda temui adalah peristiwa dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga bercucuran darah dari badan dan muka baginda dan para sahabat. Juga peristiwa pahit dalam peperangan Uhud yang menyaksikan tentera Islam hampir tewas.

Hidup baginda tidak pernah lekang dari ujian demi ujian. Tetapi ujian pahit inilah yang mematangkan baginda dan para sahabat.

Di sebalik kepahitan hidup Rasulullah saw berdakwah mengajak manusia ke arah jalan yang benar, Allah menghiburkannya dengan membawa baginda naik ke langit dalam peristiwa Isra’ dan  Mi’raj. Peristiwa ini adalah pengalaman manis bagi baginda bagi memperkukuhkan iman baginda.

Selepas pahit ada manis. Selepas manis disusuli pula dengan pahit.

Selepas kembali dari Isra’ dan Mi’raj baginda diuji pula dengan ujian kepercayaan dan keyakinan masyarakat Arab dan umat Islam mengenai kebenaran dan kelogikan peristiwa naik ke langit dalam masa satu malam itu. Sekali lagi datang ujian pahit untuk baginda.

Namun baginda cekal melaluinya sehinggalah Islam berjaya ditegakkan melalui pembukaan Kota Mekah. Di sinilah manisnya bila kejayaan menyusuli selepas kepahitan diuji.

Saya merenung coklat yang saya pegang. Hampir saja tidak tersuapkan di mulut bila asyik memerhati dan cuba memahami hikmah dan rahsia di sebalik perasa “Bittersweet” ini.

Satu lagi saya terfikir kenapa perkataan “bitter” didahulukan dan selepas itu diikuti dengan perkataan “sweet”?

Kenapa tidak ‘sweet’ dahulu dan bitter kemudian?

Kerana manis dahulu pahit kemudian rasanya perit. Setiap kesukaran yang dihadapi insyallah akan disusuli dengan satu kemudahan. Permulaan yang sukar akan berakhir dengan pengakhiran yang baik. Mungkin inilah sifirnya. Susah dahulu dan senang kemudian, pahit dahulu dan manis kemudian.

Begitulah kehidupan yang ada pasang surutnya. Jika kita masih beranggapan yang manis itu baik maka hunjamkanlah perasaan itu kerana segalanya datang daripada Allah yang lebih mengetahui apa yang baik dan sesuai untuk kita. Jika yang pahit itu ditelan dan dilalui dengan penuh keikhlasan dan keredhaan, maka yang manis itu adalah pahala yang menanti kita di hari pembalasan kelak yang berkesudahan dengan syurga.

Kata Ulama Sufi terkenal Badiuzzaman Said Nursi bahawa setiap kesukaran dan kesusahan yang telah dilalui sekiranya dikenang akan memberi kemanisan manakala kehidupan yang manis-manis dan yang indah-indah pula kalau dikenang akan terasa sakit.

Ya, terasa sakit kerana kita tidak mampu lagi untuk mengulanginya. Jika ada kenangan manis bersama insan tersayang yang telah pergi meninggalkan kita, maka itu akan menjadi sakit dan pahit untuk dikenang. Terasa manis bila mengenang yang pahit kerana kita berjaya melaluinya denga suksesnya.

Itulah sunnatullah dunia yang tidak dapat ditolak.

Sesungguhnya ada pengajaran dari coklat perisa Bittersweet ini.

Abu Wafi, Putrajaya


If tomorrow never comes

Posted: May 25, 2011 in Uncategorized

Lately I am really occupied with something. Not really in to work but something that really hinders me from writing. I want to share many many things with the readers outside there or those who happen to came suddenly to my blog but unfortunately I am unable to do so during this short period of time.

Life is so short. Some says that we need to enjoy our life to the fullest. But is it right to say so????

Do we have to enjoy everything up to the limit without considering the boundaries that had been stipulated by Allah???

What happen if we just postpone and postpone every good deeds that we intend to do in the name of Allah and finally we discover that they are no more tomorrow for us????

No more tomorrow coz of 2 reasons ie:-

1. We had ended our life in this world; or

2. Doomsday or Qiyamah.

Nothing can stop me and others from preventing this to happen. Our mission in this world will be consider as accomplish even though it might be not so fully accomplish as what we suppose to do according to the Quran and Sunnah.

A few days ago, 16 teenagers passed away in landslide incident in Hulu Langat. A once diva popular actor in the 60′s also passed away suddenly. A few dignitaries and celebrities also passed away. Quite a number of them are in dying condition at the moment.

All this incidence reminds me of something. Day by day we are approaching our dateline. Unfortunately, we never know when, where and how is the dateline will come. Is it tomorrow, the day after or is it a few second from now. We never know. It is destined by Allah and we could only pray that our ending will be in a good way.

Remember that the dateline will come and if so happen they will be no more tomorrow for us.

May Allah bless all of us.

Abu Wafi, Putrajaya

Multaqa Ulama Muda

Posted: October 7, 2008 in Uncategorized

Salam,

Hujung tahun lepas, saya berkesempatan menghadiri satu seminar yang dikenali sebagai Multaqa Ulama Muda di Darul Fuqaha’. Saya hadir sebagai pemerhati sahaja memandangkan saya bukanlah ahli dalam bidang agama secara khusus. Seronok apabila dapat mengikuti pembentangan-pembentangan kertas kerja berkaitan tafsir, hadith dan kaedah-kaedah fiqh dan usul fiqh daripada ulama-ulama yang sedang meningkat naik nama di tanahair. Antaranya Ustaz Zaharuddin pakar dalam bidang Muamalat dan sistem perbankan islam, Ustaz Zahazan Mohamed penceramah bebas di Radio IKIM yang saya sangat meminati kuliah-kuliah tafsir beliau setiap pagi jam 6.30, Dr. Zulkifli Al-Bakri pensyarah USIM dan banyak menulis makalah dan buku, Ustaz Adlan Aziz atau lebih dikenali sebagai Ali Tantawi pakar dalam bidang hadith dan Dr. Basit dari Pondok Sg. Durian Kelantan yang alim jiddan berkelulusan dari Universiti Islam Madinah sehingga Phd.

Uztaz Zahazan Mohamed

Uztaz Zahazan Mohamed

Ustaz Zaharuddin

Ustaz Zaharuddin

Ustaz Adlan Aziz

Ustaz Adlan Aziz

Dr.Zulkifli

Dr.Zulkifli

Dr.Abdul Basit

Dr.Abdul Basit

Sebahagian peserta yang hadir

Sebahagian peserta yang hadir

Kebanyakan isu yang dibincangkan adalah isu yang berat-berat “heavy duty”. Bagi yang tidak mempunyai asas dalam bidang yang dibincangkan mungkin sukar untuk memahami. Contohnya, Ustaz Adlan membincangkan tentang kaedah periwayatan hadith dengan menelusuri perawi dan sanad hadith yang berbagai-bagai. Ada hadith hassan seperti hassan lizatih dan hassan lighairih. Ada hadith dhaif dan maudu’. Kaedah penerimaan pemakaian hadith-hadith ini di dalam mengeluarkan hukum-hukum fiqh untuk umat Islam juga berbeza-beza mengikut pandangan imam-imam mazhab terdahulu dan kontemporari.

Manakala Ustaz Zaharuddin banyak memperkatakan tentang perlunya masyarakat Islam membuang sistem-sistem muamalat yang tidak Islamik dan menggunapakai sistem islam dan juga takaful bagi menggantikan insurans konvensional. Sistem riba juga ditekankan.Yang paling menakutkan saya ialah apabila beliau membacakan sepotong ayat Al-Quran bahawa Di hari Akhirat Allah akan akan mengisytiharkan perang kepada pemakan riba. Ibnu Abbas yang merupakan ayah kepada semua mufassirin mentafsirkan ayat ini sebagai Allah akan memberikan senjata kepada pemakan-pemakan riba untuk bertarung denganNYA. Nauzubillahiminzalik. Takutnya bila membaca ayat ini. Malahan salah seorang ulama terkemuka yang saya dah lupa namanya mengatakan bahawa inilah satu-satunya ayat di dalam A-Quran yang paling digeruni.

Pembentangan Ustaz Zahazan yang paling saya minati. Bersahaja tetapi menyentuh jiwa. Tidak seperti ustaz-ustaz yang biasa kita dengar, kupasan beliau banyak ‘cross reference’ dengan buku-buku terkini seperti La tahzan karya Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni dan Dur Mansur. Selain itu, apabila tafsir yang menyentuh tentang sejarah beliau akan cross reference dengan buku Al-Bidayah Wal Nihayah serta karya-karya Al-Kandahlawi dan Raheeq Makhtum [karya terkenal dari benua India]. Inilah kelainan yang cukup berbisa.

Secara umumnya, multaqa ini berjaya mencapai matlamatnya. Bagi yang dahagakan ilmu, multaqa ini benar-benar memberikan makanan pada roh yang hampir mati untuk bangkit dan sedar tentang kelemahan diri. Sesungguhnya persahabatan kita dengan para ilmuan dan ulama akan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah seperti kita duduk dekat dengan penjual minyak wangi sekurang-kurangnya harum wangiannya akan terlekat sedikit pada pakaian kita. Amin.

Sentuhan Qasidah

Posted: October 9, 2008 in Uncategorized

Salam,

Saya terpanggil untuk menulis sesuatu tentang Yayasan Al-Jenderami yang terletak di perkampungan Jenderam Hilir, Daerah Sepang. Kawasan ini mula menarik perhatian ramai sejak akhir-akhir ini dengan aktiviti pengajian ala-ala pondok yang diadakan setiap hari. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa nama Yayasan ini telah tersohor di seluruh dunia khususnya pencinta agama.

Alunan qasidan dan selawat memuji nabi saw yang meruntun jiwa

Alunan qasidah dan selawat memuji nabi saw yang meruntun jiwa

Acara tahunan yang diadakan ialah Ijtima’ Ulama Pondok senusantara yang menghimpunkan tokoh-tokoh ulama tersohor dari Malaysia, Indonesia dan Thailand. Selain itu, ulama-ulama luar dari Timur Tengah juga dijemput untuk memeriahkan lagi pengisian kolokium tersebut. Ijtima’ ini akan diisi dengan pembentangan kertas kerja, majlis maulid dan macam-macam lagi. Yang penting, di majlis sebegini kita dapat bertemu dengan ulama-ulama yang terkenal antaranya seperti Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari yang digelar Al-Azhar As-Thani [Al-Azhar Kedua] memandangkan kealimannya dalam bidang agama sehingga penuntut Malaysia/Indonesia yang belajar di Mesir akan juga belajar dengan dia dan ramai lagi para alim ulama dan tuan-tuan guru. Saya paling kagum dengan mudir Yayasan ini iaitu Tuan Guru Hafiz. Beliau adalah seorang “self-made”  tuan guru kerana beliau belajar sendiri dengan menadah kitab dari tuan-tuan guru pondok semasa bekerja di sebuah jabatan kerajaan. Kerana kerajinan, keikhlasan dan kesungguhan beliau belajar maka beliau berjaya memahami hampir keseluruhan kitab-kitab lama seperti munyatul musolli karangan Syeikh Daud Al-Fathani. Ini membuktikan bahawa orang awam seperti kita juga sebenarnya mampu untuk jadi seperti beliau jika kita rajin,tekun dan yang paling penting ialah IKHLAS kerana Allah. Saya teringat satu hadith yang bermaksud:

“Sekiranya Allah inginkan kebaikan kepada sesorang hambanya, maka Dia akan memberi hambaNYA itu kefahaman yang mendalam tentang agamanya”.

Rasanya Tuan Guru Hafiz telah diberi kebaikan oleh Allah swt hasil pengetahuannya yang mendalam dalam agama yang diperolehi lewat perjalanan hidupnya yang semakin dewasa. Beliau telah dipilih untuk mendalami dan memahami agama dalam usianya yang agak lewat.

Saya pernah sekali pergi melawat yayasan ini di Jenderam, ternyata sangat menenangkan jiwa. Malahan Yayasan ini sedang berkembang dengan adanya hotel dan lain-lain perkhidmatan seperti rumah untuk warga emas yang memilih untuk mengabdikan diri kepada Allah lewat kehidupan yang masih tersisa. Aktiviti harian dipenuhi dengan jadual pengajian yang ketat dan amalan-amalan sunat yang mendekatkan diri dengan Allah. Selain itu, perkhidmatan klinik kesihatan juga disediakan di sini. Memang lengkap.

Antara yang paling menarik perhatian ialah alunan Qasidah yang memuji-muji Nabi Muhammad saw yang dialunkan oleh penuntut-penuntut yayasan ini. Seringkali kumpulan ini dijemput untuk mengalunkan qasidah di majlis-majlis penting dan acara-acara rasmi.

Qasidah yang terkenal ialah yang dipopularkan oleh  Imam al-Bushiri. Nama penuhnya Muhammad bin Said bin Hamad al-Shonhaji al-Bushiri. Lahir di Bahtim, Mesir pada 608H (1212M). Beliau wafat di Iskandariyah Mesir pada 696H (1296M). Qasidah ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Berikut saya petik tulisan Ustaz Fahmi Zamzam al-Nadawi [dengan izin]:

“Adalah disebutkan dalam sejarah bahawa Imam al-Bushiri pengarang qasidah Burdah ini telah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan. Bermacam-macam usaha telahpun dilakukan dalam membuat rawatan, namun penyakit lumpuh itu tetap juga tidak sembuh. Akhirnya para doktor yang mengubatinya sudah berputus asa dari kesembuhannya.

 

Maka dalam keadaan badan yang sangat teruk ini timbullah satu ilham di hati beliau untuk mengarang sebuah qasidah puji-pujian terhadap Rasulullah saw. Rupanya badan yang lemah longlai ini masih lagi memiliki hati yang sangat cergas dan ingatan yang sangat tajam dan keazaman yang kuat. Maka dengan hati yang dipenuhi dengan kasih sayang dan kerinduan terhadap Baginda, Imam al-Bushiri melakarkan qasidahnya. Satu bait demi satu bait, satu rangkap demi satu rangkap sehingga qasidah dapatlah diselesaikan dengan jumlah bait syair sebanyak 161 bait.

 

Apa yang dirasakan dalam jiwa beliau semasa menggoreskan penanya ialah semoga dengan berkat memuji Baginda saw, penyakitnya akan disembuhkan oleh Allah swt. Maka sebaik sahaja beliau selesai dari qasidahnya terus beliau tertidur dan beliau bermimpi melihat Rasulullah saw dalam tidurnya. Baginda datang menziarahi beliau yang sedang sakit, lalu Baginda menyapukan tangannya yang mulia itu di atas badan Imam al-Bushiri yang sedang sakit itu dan setelah itu Baginda menyelimuti badan Imam al-Bushiri dengan sehelai selendang (Burdah).

 

Sebaik sahaja badan Imam al-Bushiri selesai diselimuti oleh Rasulullah saw lantas beliau terjaga dari tidurnya dan beliau mendapati bahawa penyakit lumpuhnya telah hilang. Badan beliau sihat seakan-akan tidak pernah ditimpa penyakit lumpuh itu. Dan oleh kerana kesembuhan badan beliau adalah menerusi keberkatan “Burdah” atau selendang yang telah diselimutkan oleh Rasulullah saw ke badan beliau, maka Imam al-Bushiri menamakan qasidah yang baru sahaja diselesaikannya itu dengan “Burdah” ertinya selendang.

Sebab itu, burdah dan qasidah yang memuji-muji nabi ini sangat popular di sini. Malahan amalan berselawat kepada nabi saw juga sangat ditekankan kerana dari amalan ini kita akan beroleh syafaat. Antara selawat yang popular adalah selawat syifa’ dan selawat tafrijiyyah untuk penyembuhan penyakit dan kelapangan hidup.

Mudah-mudahan yayasan ini akan terus berkembang dan mana tahu mungkin satu hari nanti kita akan menjadi salah seorang penghuninya.

Hidup untuk Akhirat

Posted: November 7, 2008 in Uncategorized

“ Orang yang berwawasan sering memandang jauh melepasi kematiannya, dia memilih bagaimana dia hendak mati, dan dia sendiri memilih tempat mana dia hendak pergi selepas mati. Orang bodoh pula hanya berangan-angan sebatas dunia sementara, tanpa sedar pun yang akhirat itu jauh lebih bermakna”

 

 

Sudah agak lama saya tidak menulis. Malah saya banyak berjumpa dengan rakan-rakan di pasar tani, alamanda dan tempat kerja bertanyakan tentang blog saya dan meminta supaya saya kemaskini. Ada yang terkesan dengan penulisan saya malah ada yang mengikut saranan saya dengan membeli buku yang saya cadangkan dalam entry yang lepas. Alhamdulillah, puji-pujian kepada Allah. Maafkan saya. Saya sangat sibuk kebelakangan ini dengan tugas-tugas ad-hoc yang menerjah tanpa dijangka. Beberapa kali hasrat untuk menulis terpaksa ditangguhkan buat sementara bagi mencari ruang dan kelapangan diri serta idea yang terbaik yang boleh dikonsi bersama.

 

Pagi ini, saya terbaca satu kata-kata hikmah yang saya kira menyentap perasaan. Jika dihayati saya dapat membuat kesimpulan bahawa dunia ini adalah ladang akhirat, bercucuk tanamlah kita untuk saham yang akan dituai di hari yang kekal abadi. Justeru, hanya amalan soleh yang akan menemani kita dan menjadi bekalan. Syurgakah atau nerakah nasib kita tidaklah diketahui.

 

Membuat “projection”

 

  

Kalau di pejabat, kita mesti biasa mendengar perkataan “unjuran” atau ‘projection’ apatah lagi kalau siapa yang terlibat di dalam hal-hal kewangan dan bajet. Unjuran perlu dibuat sebaik mungkin bagi mempastikan perbelanjaan tidak melebihi anggaran yang telah ditetapkan. Seorang pekerja yang berjaya ialah mereka yang berjaya menepati unjuran yang telah dibuat. Begitulah juga dengan hal-hal akhirat, kampung halaman kita yang sebenarnya. Persoalannya berapa ramai di antara kita benar-benar merancang untuk membuat unjuran atau projection untuk hari akhirat nanti. Berapakah peruntukan untuk sedekah dan amal jariah, berapa pula zakat pendapatan dan bagaimana pula amal soleh lain seperti solat-solat sunat dan kuliah-kuliah ilmu yang dihadiri. Bagaimana pula dengan amalan berzikir sehari semalam dan bacaan Al_Quran kita sudah lancarkah lidah kita membaca ayat-ayat Allah atau kita masih lagi mengagungkan ayat-ayat cinta. 

 

Hidup di dunia bagaikan sebuah transit di jeti menunggu ketibaan kapal untuk pelayaran ke negeri akhirat yang kekal abadi.

Hidup di dunia bagaikan sebuah transit di jeti menunggu ketibaan kapal untuk pelayaran ke negeri akhirat yang kekal abadi.

Hari ini kita sibuk membuat persiapan untuk sesuatu majlis,’function’ atau acara-acara besar yang melibatkan orang-orang besar. Semua mesti dilakukan dengan teliti dan menyeluruh lagi lengkap. Tidak boleh ada yang tertinggal.Malahan “spelling error” juga tidak boleh berlaku. Semuanya memerlukan persiapan yang rapi melibatkan sebuah organisasi.

 

Contohnya, organisasi A akan menerima lawatan delegasi luar negeri yang diketuai oleh seorang Menteri. Cuba bayangkan persiapan yang perlu dilakukan tentunya melibatkan semua pihak dari CEO hingga ke office boy di bawah harus memainkan peranan sebaiknya. Sumber kewangan harus mencukupi. Sumber manusia juga harus mencukupi. Persiapan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan lebih awal. Latihan dan rehearsal berulang-ulang kali perlu dilakukan supaya majlis nampak cantik. Selepas majlis yang hanya memakan masa 1 jam kita tersenyum gembira jika majlis berjalan lancar. Begitulah hadiah penat lelah di dunia.

 

Namun bagaimana pula persiapan untuk majlis soal jawab kita di padang mahsyar. Sudah bersediakah kita. Kalau peperiksaan kita sudah hafal buku dari kulit ke kulit begitulah juga persiapan atau “imtihan” di negeri akhirat yang bukan senang soalannya.Di dunia kita gagal boleh mengulang atau repeat atau refer balik paper yang gagal. Tapi di akhirat atau di alam barzakh kalau gagal menjawab bolehkah kita buar rayuan untuk kembali ke dunia untuk mengulang kembali amalan yang tidak dibuat. Masih adakah lagi jalan pulang??? 

 

Bercucuk tanamlah di dunia dengan amal-amal soleh kerana hasilnya kelak akan dituai di negeri yang kekal abadi

Bercucuk tanamlah di dunia dengan amal-amal soleh kerana hasilnya kelak akan dituai di negeri yang kekal abadi

 Selagi nafas masih dapat dihirup, maka selagi itulah pintu-pintu kebajikan masih terbuka. Malah pintu taubat juga masih terbuka seluas-luasnya selagi nyawa masih belum sampai di kerongkong. Masih ada jalan pulang.

  MENCARI UMUR KEDUA

 

 

Hadith Nabi saw bermaksud :

 

“Apabila mati anak Adam terputuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu sadaqah yang berterusan, ilmu yang dimanfaatkan dan anak solih yang berdoa untuknya.”

 

Saya cukup terkesan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairuddin Aman Razali tentang keperluan setiap umat Islam mencari umur kedua. Katanya, setiap orang hanya mempunyai satu umur di dunia yang akan menjadi tempat berladang untuk hari akhirat. Apabila mati segalanya berakhir. Namun, baginda menjelaskan masih ada ruang untuk manusia masih mendapatkan pahala selepas kematiannya. Inilah yang dikatakan sebagai umur kedua bagi manusia selepas kematiannya. Umur kedua terhasil apabila setiap orang memanfaatkan harta, ilmu dan anak-anaknya ketika hidup. Pertama, Harta yang ada dibelanjakan ke jalan Allah untuk sedakah bagi sesuatu yang kekal manfaatnya selepas kematian. Justeru ia memberi pahala yang berterusan. Kedua, Ilmu yang ada disebarkan lalu dimanfaatkan oleh ramai orang. Justeru selepas kematian, si guru masih dapat memperolehi pahalanya. Ketiga, anak soleh yang berdoa untuknya.  Saya berhasrat untuk menyediakan persekitaran yang beragama untuk anak-anak saya dan merasa begitu bimbang dengan persekitaran masyarakat yang tidak menuju ke arah akhirat. Moga mereka menjadi anak-anak yang soleh yang akan mendoakan kesejahteraan saya selepas kematian.

 

 

 

Justeru, marilah sama-sama kita bermuhasabah dan merenung sedalam-dalamnya ke dalam diri adakah kita telah bersedia dengan semua ini. Adakah kita berpeluang untuk memperolehi umur kedua yakni pahala dan pertolongan yang berterusan dari alam dunia ini sesudah terputusnya hubungan kita dengan alam ini. Berpeluangkah kita mendapat doa dari anak-anak kita setiap kali seusai solat mereka dan apakah ada nasihat atau secebis ilmu yang pernah kita ajar dan manfaatkan kepada insan lain. Dan apakah harta kita yang telah diwakafkan untuk kegunaan masyarakat. Inilah umur kedua yang dimaksudkan. Umur yang dapat membantu kita di sana kerana kita pada pada ketika itu sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi melainkan bergantung kepada apa yang ditinggalkan ketika hayat ini.

Dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu selama-lamanya. Kenapa kita tidak boleh bersusah payah sedikit, untuk kesenangan selama-lamanya?

 

Sesungguhnya Allah Itu Maha Adil, adil dalam mengadili setiap perkara. Tidak ada satu perkara pun walau sebesar zarah yang akan terlepas dari perkiraannya. Maka jika kita berusaha, pasti DIA akan memberikan kita ganjaranNya.

 

 “ Barangsiapa yang bersyukur kepadaKu, nescaya akanKu tambah nikmatnya, tetapi barangsiapa yang kufur, maka ingatlah bahawa azabKu amat pedih”

 

 

Dunia ini adalah ladang akhirat. Bagaimana kita menyemai benih, begitulah kita akan memetik hasilnya. Jika baik dan betul cara semaian kita, maka baiklah hasil yang akan dituai nanti.  Sebagaimana kata-kata Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni.. Jadilah manusia langit dan jadilah manusia bumi. Dunia dan akhirat sama dititik beratkan. Berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh di dunia adalah untuk meraih ganjaran di akhirat. AMIN.

 

” Kerajinanmu untuk mencapai apa-apa yang telah dijamin Allah yang pasti akan diberikan kepadamu,  sehingga membiarkan/mengabaikan kewajipan-kewajipan yang telah diamanahkan kepadamu, menunjukkan buta hatimu” – Ibn Atha’illah As-Sakandari

Salam,

Saya terus menerus menyemak kata-kata hikmah sepanjang minggu lalu sama ada nukilan ulama,tokoh pemimpin dunia dan personaliti terkemuka. Tapi yang menarik perhatian saya ialah kata-kata yang telah dinukilkan oleh Syeikh Ibn Ibn Atha’illah As-Sakandari dalam bukunya yang terkenal berjudul Al-Hikam. Beliau merupakan seorang ulama sufi yang sangat tersohor dengan sentuhan penanya yang menusuk ke dalam hati. Malahan ulama-ulama kontemporari banyak menggunakan kata-kata beliau bagi mengajak masyarakat kembali kepada kehidupan beragama.

Kata-kata di atas boleh dijadikan renungan kita bersama. Beliau menyatakan bahawa orang yang buta mata hatinya, yang terhijab dari kebenaran adalah orang yang bersungguh-sungguh,rajin berusaha untuk sesuatu yang telah dijamin oleh Allah. Apakah yang telah dijamin oleh Allah? Itulah rezeki yang kita perolehi di dunia ini. Rezeki makan minum, kelapangan hidup, anak-anak adalah rezeki yang diberikan oleh Allah. Rezeki merupakan jaminan yang telah diberikan oleh Allah kepada setiap makhluknya tanpa mengira kefahaman dan anutan agamanya.

” Berapa banyak binatang yang melata yang tidak sanggup membawa rezekinya (makanan keperluannya), maka Allah yang menjamin rezekinya juga terhadap kamu” [Al-Ankabut:  60]

” Perintahkan kepada keluargamu supaya mengerjakan solat dan bersabarlah dalam melaksanakannya, Kami (Allah) tidak menuntut kamu supaya mencari rezeki,Kami yang menjamin rezekimu, dan bagi orang yang bertaqwa”. (Thaha: 132) 

Rezeki yang tidak pernah putus

Rezeki yang tidak pernah putus

Bukanlah bermaksud bahawa kita tidak perlu berusaha untuk mencari rezeki di muka bumi ini dan berpeluk tubuh menunggu rezeki turun dari langit atau menjadi malas dengan berpegang pada pepatah bahawa rezeki secupak tidak akan jadi segantang. Islam menuntut kita berusaha keras untuk meraih rezeki yang baik,halal lagi mendapat keberkatan Allah. Cuma dewasa ini, kita melihat trend umat Islam yang bekerja siang malam bersungguh-sungguh untuk dunia sehingga MENGABAIKAN/MENINGGALKAN perkara-perkara wajib yang telah diperintahkan oleh Allah terutamanya SOLAT lima waktu.

Ramai yang rajin bekerja sehingga berjaya mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang atau di sesetengah organisasi menjadi “Best Employee of the Month”. Ini adalah satu sikap dan contoh yang baik.Malah saya kagum dengan sesetengah manusia yang saya jumpa. Mereka sangat ”proud” dengan istilah “workerholic” yang dilabelkan kepada mereka. Merekalah orang yang paling awal datang bekerja dan merekalah yang paling lewat pulang ke rumah.Mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk menaikkan imej dan prestasi jabatan atau organisasi mereka bekerja malah mengaku bahawa tanpa sumbangan mereka maka runtuhlah organisasi tersebut. Namun bila diselidiki, ternyata kebanyakan daripada mereka jiwanya sangat kosong, kering dan kontang. Tiada siraman atau makanan untuk menyuburkan roh mereka dengan makanan rohani dari sentuhan Ilahi. Saya tidak menyatakan semuanya termasuk dalam kategori ini. Ramai juga yang saya jumpa kerjanya berkualiti, bersungguh-sungguh dan dalam masa sama perintah-perintah Allah tidak diabaikan sama sekali. Seimbang.

Apa pun yang kita lakukan biarlah seiring atau selari dengan kesungguhan dan komitmen kita kepada perintah Allah. Bekerja sehingga meninggalkan solat.Bekerja sehingga lupa untuk menunaikan tanggungjawab ibadah khusus seperti puasa dan zakat yang telah diamanahkan oleh Allah.

Rezeki telah dijamin oleh Allah sejak kita lahir lagi, cuma antara banyak dan sedikit bergantung kepada usaha dan ikhtiar kita dengan disertai dengan doa. Kita dituntut berusaha mencari rezeki tetapi dalam masa yang sama kita juga dituntut supaya berpada-pada dan jangan melampaui batas. Setetengah daripada kita dianugerahkan rezeki yang melimpah ruah, merasakan masih tidak puas masih tidak cukup dan bekerja lagi sehingga lewat malam untuk merebut ganjaran yang sebenarnya telah dijamin oleh Allah.

Alangkah baiknya jika dalam masa kita mencari rezeki kita juga bersungguh-sungguh dalam mengerjakan perintah-perintah yang telah diwajibkan ke atas kita juga perkara-perkara sunat yang memerlukan usaha untuk mendapatkan pahala. Rezeki kita telah dijamin oleh Allah sedangkan tempat kita di syurga belum tentu terjamin sekiranya tidak melakukan segala amanah yang telah diperintahkan oleh Allah. Untuk masuk syurga kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dengan rajin. Lakukan amalan-amalan yang disukai Allah seperti solat-solat sunat, puasa Isnin dan Khamis,zikir, membaca dan mentadabbur isi kandungan Al-Quran dengan sungguh-sungguh, hadir dalam majlis ilmu dan sebagainya. Ini semua memerlukan kerajinan yang berterusan dan doa agar amalan-amalan kita diterima Allah. Dan sudah tentu penat lelah dan susah payah kita mencari bekalan untuk hari akhirat adalah lebih utama. Pahala atau bekalan untuk hari akhirat tidak dapat dicapai, tidak dapat diperolehi tanpa usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh.

Ibrahim Alkhawwash berkata :

 ” Jangan memaksa diri untuk mencapai apa yang telah dijamin dan jangan mensia-siakan/mengabaikan apa yang telah diamanahkan/ditugaskan kepadamu.”

Masih belum terlewat untuk melakukan perubahan

Masih belum terlewat untuk melakukan perubahan

Kesimpulannya, alangkah malangnya sewaktu  kita terlalu bersungguh-sungguh leka bekerja dengan tak disangka-sangka KEMATIAN menjemput kita tanpa mempunyai kesempatan untuk bertaubat dan memperbetulkan keadaan. Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi dan buta mata hatinya.

“ Sesungguhnya kehidupan ini ibarat seorang musafir yang berteduh sebentar di bawah sepohon  pokok, bila letihnya hilang, dia akan meneruskan perjalanannya”

 

Cinta yang membangunkan jiwa

Posted: November 10, 2008 in Buku
Bukan Novel Cinta biasa

Bukan Novel Cinta biasa

Salam,

Saya memang meminati novel tetapi bukan novel cinta. Bagi saya novel cinta hanyalah bahan bacaan picisan yang tidak lebih dari membuang masa, leka, hambar dan membosankan. Terus terang saya katakan saya kurang menggemari novel-novel cinta di pasaran walaupun suatu ketika dahulu saya sangat meminatinya. Pada saya adalah lebih baik jika kita membaca buku-buku motivasi seperti karya Steven Covey atau kalau berminat juga pada novel bacalah novel-novel karya John Grisham seperti The Client, The Chambers atau karya penulis tempatan seperti Faisal Tehrani yang sarat dengan mesej yang mencabar minda. Lebih afdhal lagi kalau membaca tafsir Al-Quran karya ulama-ulama muktabar seperti Ibnu Katsir dan Al-Qurtubi.

Justeru, bila sahabat saya menyarankan supaya saya mencuba membaca karya penulis seberang Habiburrahman Syirazi berjudul  “Ayat-ayat Cinta” dan “Ketika Cinta Bertasbih” saya rasa kurang berminat. Bagi saya novel ini sama sahaja dengan yang lain. Namun sahabat saya meyakinkan saya bahawa karya ini bukan kisah novel cinta biasa malah ianya kisah novel cinta yang sangat luar biasa. Atas sifat ingin tahu, saya pun membeli senaskhah buku “Ketika Cinta Bertasbih” di Kinokinuya KLCC.

Saya mulakan dengan membaca biodata penulis yang berkelulusan B.A Usuluddin dari Universiti AL-Azhar Mesir. Satu permulaan yang baik. Kedua, saya meneruskan dengan membaca komen-komen daripada pembaca,peminat dan sasterawan negara A.Samad Said yang memberikan komen-komen yang bagus dan luar biasa puji-pujiannya. Ketiga, saya membaca mukadimah dan terus menyelak dan meneliti bab demi bab, dialog demi dialog dan struktur perkataan satu persatu. Ternyata semakin saya membaca perasaan ingin tahu itu semakin menebal. Saya tidak boleh berhenti seolah-olah “addicted” dengan karya yang satu ini.

Saya teruja dengan jalan penceritaannya yang bersahaja tetapi terperinci. Digambarkan keadaan jalan dan cuaca di Kaherah dengan ‘detail’ sekali menyebabkan saya rasa seolah-olah berada di Kota Cairo dan di tebing Sungai Nil. Malahan nama jalan, stesen keretapi dan bas juga dinyatakan membuatkan kita rasa bahawa kita adalah watak di dalam novel ini. Watak utama Khairul Azzam seorang pemuda gigih yang menyara keluarganya di Indonesia dengan menjual tempe lewat kematian ayahnya benar-benar menyentuh perasaan. Kesusahan dan kepayahan yang ditanggunnya sendirian tanpa bantuan sesiapa menyebabkan saya sungguh kagum dengan watak ini. Paling tragis watak ini adalah watak yang paling banyak diuji oleh Allah dengan ujian yang sungguh berat sehingga beliau berkata kenapakah hidupnya banyak dipenuhi dengan tangisan. Beliau diuji dengan kematian ibu tercinta akibat kemalangan yang beliau sendiri terlantar berbulan-bulan di hospital,putus tunang, lamaran ditolak, perniagaan tempe disabotaj dan macam-macam lagi. Benarlah firman Allah

“ Apakah kamu mengira kamu akan memasuki syurga selagi mana belum datang kepada kamu ujian-ujian seperti yang dihadapi oleh orang yang terdahulu sebelum kamu, mereka diuji dengan penderitaan, dugaan dan digoncang(dengan pelbagai cubaan), sehinggalah rasul dan orang-orang yang bersamanya berkata, bilakah pertolongan ALLAH(mahu sampai)?, ketahuilah bahawa pertolongan ALLAH itu amat hampir”

Novel ini ada 2 episod atau lebih mudah lagi dipanggil novel dwilogi. Dan saya berjaya menghabiskan kedua-duanya sekali. Lantas saya memburu pula novel pertama beliau yang harus dibaca sebelum membaca novel-novel lain iaitu “Ayat-ayat Cinta”. Novel ini mengisahkan tentang seorang pelajar di Universiti Al-Azhar iaitu Fahri yang mengalami ujian yang tidak kurang hebatnya. Cuma nasib beliau lebih baik,bintang beliau lebih bersinar berbanding Khairul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih. Setelah baca Ayat-ayat Cinta saya menjadi tahu wujudnya toleransi beragama yang baik dan bijak. Saya angkat topi. Sebuah novel Islam yang terbaik pernah dipersembahkan. Cinta kepada manusia yang diolah dengan baik tanpa mengabaikan cinta kepada Allahh. Disusun dengan bahasa yang indah dan halus dan bersahaja. Seorang budayawan dan penulis sketsa Indonesia bernama Pries GS menyifatkan novel ini dengan berkata bahawa :

“HAMKA kecil telah lahir. Ayat-ayat cinta buktinya”.  Ya saya sangat setuju dengannya. Sebelum ini HAMKA juga banyak menulis tentang kisah cinta dakwah dalam novel yang terkenal iaitu “Tenggelamnya Kapal Van Der Wick” dan Habiburahman Shirazi telah mengulangi sejarah beliau.Novel cinta beliau bukan cinta biasa tetapi cinta luar biasa yang mengajak manusia kembali cinta kepada Penciptanya.

Saya kira cukup setakat itu. Saya sarankan anda membacanya. Saya akhiri entry saya dengan memetik kata-kata sahabat saya Hilal Asyraf di Jordan iaitu:

“Untuk kehidupan cinta adalah amat penting. Tanpa cinta, kehidupan akan menjadi gersang. Manusia semua mencari cinta, walaupun ada segelintir yang tidak mengerti hakikat cinta yang sebenar. Namun, secara tidak langsung, semua manusia itu bercinta sebenarnya, kerana cinta adalah fitrah bagi seorang manusia.”

Sibuk yang tiada kesudahan

Posted: November 24, 2008 in Uncategorized

Salam,

Minggu lepas saya sangat-sangat sibuk. Tak tergambar betapa sibuknya ketika itu. Minggu yang betul-betul kritikal. Tugas saya sebagai penyelaras amatlah sukar sekali. Menyelaras manusia yang banyak karenah sangatlah mencabar. Telefon saya tak berhenti-henti berdering. Walaupun ada 2 handphone rasanya tidak cukup untuk menjawab panggilan yang bertalu-talu untuk mendapatkan maklumat terkini. Tak kira dengan jumlah sms yang terpaksa saya jawab. Adakalanya saya terpaksa membiarkan panggilan itu kerana tidak mahu konsentrasi saya pada kerja-kerja menaip terganggu. Sms juga begitu, banyak yang tidak terjawab. Nak kecil hati saya nak buat macam mana. Memang terlalu “occupied“. Kebanyakan panggilan yang mencurah-curah masuk nombornya tidak saya simpan sebab storage saya penuh. Saya simpan yang penting-penting sahaja kerana kebanyakannya tidak akan menghubungi saya bila semua urusan penting sudah selesai. Ada juga yang marah-marah pada saya sebab tidak menjawab panggilan. Saya nak buat macam mana. Masa panggilan masuk saya bersama bos besar.Tengah menerima arahan dan sedang berbincang.

Saya terpaksa berkejar ke sana sini, naik tangga dan turun tangga. Telefon orang sana sini bagi mendapatkan maklumat terkini memandangkan “big boss” saya perlukan. Letih tak usah cakaplah. Maka terpaksalah saya menelan 3 biji B-Complex, 1 biji Vitamin C dan 1 biji Calcium Magnesium sepanjang minggu lalu bagi memberikan “energy” kepada saya untuk bergerak. Kalau tidak saya akan “flat”. Letih tenaga, letih otak memikirkan jalan-jalan keluar untuk mengatasi masalah pekerjaan seharian yang tiada hentinya.

Waktu tengahari di antara pukul 1 dan 2.30 selalunya saya akan melarikan diri. Membawa diri ke masjid. Maka banyaklah masjid yang saya kunjungi bagi menenangkan hati. Antaranya Masjid Negara, Masjid UIA Seksyen 17 dan terbaru langkah saya lebih jauh lagi ke Masjid Taman Tun Dr.Ismail.  Waktu inilah dapat saya gunakan untuk beriktikaf dan membaca selembar ayat-ayat suci Al-Quran. Di sini saya dapat sedikit ketenangan.

Begitulah lumrah kehidupan. Selagi hayat masih ada, nadi masih berdenyut maka selagi itu “life must go on”. Hidup di dunia ini memang meletihkan dengan ujian demi ujian yang mendatang. Banyak perkara yang harus difikirkan. Dalam sehari mungkin berjuta-juta “decision making” yang perlu dibuat hatta nak memakai baju juga perlu berfikir dan membuat keputusan sehinggalah kepada perkara-perkara besar yang melibatkan kepentingan politik sesebuah negara.

kehidupan tidak sunyi dari tekanan

kehidupan tidak sunyi dari tekanan

Islam mengajar kita supaya menangani “stress” dengan banyak berzikir dan mengingati Allah. Membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan merenungi hadith-hadith Nabi saw. Saya pernah bertanya dengan salah seorang sahabat saya yang baik masa di universiti dulu. Katanya bila dia berdepan dengan masalah dan apa juga tekanan dia akan membaca Surah Taha sehingga habis sambil membaca tafsirnya. Kerana surah Taha mengisahkan perjalanan dakwah Nabi Musa dan Nabi Harun yang mengalami kesukaran demi kesukaran dalam menjalankan dakwah kepada Firaun. Membaca dan mentadabbur maka hatinya akan menjadi tenang. Begitu juga surah Yusuf yang menceritakan kisah Nabi Yusuf a.s yang dipenjarakan. Semua nabi dan rasul mengalami tekanan demi tekanan yang maha hebat. Membaca sirah dan tafsir Al-Quran sekaligus memberikan motivasi yang menyala-nyala dan bersabar atas tekanan yang dihadapi.

Marilah sama-sama kita menjadikan urusan akhirat sebagai satu agenda untuk menyibukkan diri di dunia yang sementara ini. Menyibukkan diri dengan amal ibadah merupakan sesuatu yang terpuji dan dalam masa yang sama kesibukan urusan dunia hendaklah diniatkan kerana Allah, maka insyallah kita akan mendapat pahala yang berganda-ganda. Kesibukan dunia akan ada hentinya bila nadi berhenti berdenyut, kesibukan dengan urusan akhirat akan bersambung di dunia yang satu lagi.  Fikir-fikirkanlah….

Lagu ketuhanan menyentuh jiwa

Posted: November 12, 2008 in Uncategorized

 Salam,

Saya baru sahaja membeli album baru Band Ungu dari Indonesia. Tajuk album Aku dan Tuhanku. Lagu-lagunya boleh tahan. Enak dan menginsafkan. Bait-bait liriknya menyentuh tentang isu ketuhanan. Antara lagu yang saya suka adalah Doa yang tak terlupakan dan Dengan NafasMu. Sepanjang perjalanan saya ke tempat kerja sejauh 50km setiap hari, sekali sekala bila kebosanan melanda, saya akan putarkan CD album ini. Saya suka liriknya yang sungguh menginsafkan walaupun sedikit pop. Satu pembaharuan dalam dunia muzik. 

Album Ungu-Aku dan Tuhanku

Album Ungu-Aku dan Tuhanku

Satu lagi saya suka dengar lagu-lagu nasyid nyanyian Opick yang lain dari lain. Berbanding band Ungu yang lebih terkenal dan mudah didapati di kedai-kedai muzik album Opick susah nak dapat kerana belum ada syarikat rakaman di Malaysia yang sanggup memasarkannya. Kalau tak silap saya album itu ada di kedai-kedai terpilih sebab terhad.

cahaya hati

cahaya hati

Bait-bait liriknya menginsafkan

Bait-bait liriknya menginsafkan

Antara lagunya yang paling hit ialah Taubat. Liriknya adalah seperti berikut:

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku

Manusia memerlukan hiburan. Tanpa hiburan insan akan menjadi kaku dan jumud. Lemah tanpa sentuhan. Cuma hiburan tadi mestilah berlandaskan syariat.Tidak melampau-lampau dan tidak melalaikan dari mengingati Allah. Sebab itu, hiburan bagi orang-orang mukmin ialah banyakkan membaca Al-Quran dan banyak berzikir mengingati Allah maka insyallah hati akan menjadi tenang. Malahan bacaan Al-Quran pun digalakkan bertarannum dengan cara bacaan tertentu seperti Qiraat Sab’ah dan riwayat-riwayat lain. Nabi saw menyuruh umatnya supaya memperelokkan bacaan Al-Quran. Bacaan yang elok akan menyebabkan manusia tertarik dengan kehidupan beragama dan memberikan semangat baru dalam kehidupan.

 Firman Allah :

  ” Sesungguhnya orang-orang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah maka gementarlah  hati-hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah maka bertambahlah keimanan mereka”.

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang bertaqwa.

Salam,

Kehidupan ini dipenuh dengan sebarang kemungkinan, kebarangkalian dan ketidaktentuan yang menakutkan. Cabaran,dugaan dan ujian yang sememangnya telah ditetapkan oleh Allah untuk hamba-hambanya. Kita adalah hamba. Hamba kepada orang yang mencipta kita di muka bumi ini. Biar tinggi mana sekali pun pangkat sama ada CEO sebuah syarikat multinasional, Ketua Setiausaha di sebuah kementerian, seorang celebriti yang tersohor atau tokoh konglemerat yang disegani dan dihormati, hakikat sebenarnya kita masih berstatus hamba. Bermakna kita masih lemah dan kecil di sisiNYA. Dan kita masih memerlukan bantuan Allah dalam segenap aspek kehidupan. Tidak guna mendabik dada dan berbangga dengan pangkat dan kuasa yang ada kerana semua itu hanya bersifat sementara. Semua itu boleh direnggut bila-bila tanpa sebarang notis dari Allah swt.

Kehidupan tidak sunyi dari cabaran. Ada orang yang lemah dengan cabaran. Ada orang yang sungguh kuat sehingga suka mencabar diri dengan melakukan pekerjaan/tugas-tugas yang sukar dilakukan oleh orang lain. Tugas yang memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang bukan sedikit. Kata pepatah Inggeris :

“Adversities will produce the best”.

Kesukaran yang dihadapi oleh seseorang akan menjadikan seseorang itu seorang manusia yang hebat.Insan seperti Nabi Muhammad saw lahir daripada kepayahan dan kejerihan berdakwah untuk menegakkan agama Allah. Di sisi lain pula, tokoh-tokoh besar dunia seperti Hitler dan Gandhi lahir daripada kehidupan yang sungguh sukar dan payah. Terbaru Barrack Obama setelah melalui liku-liku pendakian untuk mendaki tangga sebagai Presiden Amerika Syarikat telah berjaya membuktikan kepada dunia kemampuan beliau untuk menjadi Presiden Amerika pertama berkulit hitam. Beliau beberapa kali tewas ketika ingin merebut jawatan senator namun tidak pernah berputus asa dan mengaku kalah.

Kehidupan tidak dapat diagak apa kesudahannya. Kita boleh merancang tetapi kesudahannya kadang-kadang tidak seperti yang dijangkakan. Kadang-kadang kita jadi marah dan melenting dengan ketidaktentuan hidup yang mendatang. Kepada siapakah kemarahan kita ditujukan. Kepada Penciptakah atau kepada diri kita yang mengalami nasib malang akibat kesilapan-kesilapan yang telah kita lakukan? Kita boleh merancang,kita boleh berwawasan malangnya kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita dalam tempoh satu jam dari sekarang. Hidup atau matikah tidak dapat ditentukan. Semuanya dalam perancangan Allah. Yang penting kita merancang, berusaha untuk mencapai apa yang dirancangkan mengikut jadual dan berdoa dengan penuh khusyuk dan merendah diri.

Kehidupan sentiasa ada pasang surutnya

Kehidupan sentiasa ada pasang surutnya

Pekerjaan saya banyak berdepan dengan ketidaktentuan. Semua yang berlaku adalah di luar kawalan saya.Bukan saya yang menentukannya tetapi pihak atasan. Saya harus akur walaupun dalam banyak keadaan saya sering tersepit. Menyalahkan saya atas ketidaktentuan yang berlaku adalah tidak adil sama sekali buat saya. Sebaliknya terimalah dengan hati yang tenang dan terbuka. Cubalah berada di tempat saya, rasakan bagaimana sukarnya saya untuk menyelaras manusia yang beraneka ragam perangainya, sikap “bossy” yang keterlaluan, ingin dilayan istimewa dan macam-macam lagi menyebabkan anda mungkin serik. Kemudian cubalah memahami proses kerja yang saya lalui setiap hari, sebulan dan setahun. Fahami pula tekanan yang perlu saya hadapi dari pihak atasan yang bukan kecil pangkatnya dan fikirkan pula deringan telefon yang terpaksa saya jawab setiap 15 minit sekali dari banyak pihak yang inginkan penjelasan dan maklumat. Begitulah keluhan seorang rakan saya yang bekerja di sebuah organisasi kerajaan yang sungguh besar. Yang mampu saya katakan kepadanya, hanyalah bersabar, banyak berdoa mudah-mudahan Allah ringankan, mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan keluar bagi setiap kesukaran yang dihadapi.

Setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku ada hikmah tersembunyi, ada rahsia yang Allah sahaja yang tahu. Redhalah dengan apa yang berlaku kerana ini merupakan sebahagian ujian hidup yang telah ditakdirkan ke atas kita. Pandai-pandailah kita mentadbirkan takdir tersebut dengan sebaik-baiknya.

 ” Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya dia akan menyediakan baginya JALAN KELUAR.Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah yang menentukan setiap sesuatu.”    (Surah At-Thalaq : 1-2)

14 November 2008 7.29 pagi

Doa yang tak terlupakan

Posted: November 21, 2008 in Uncategorized

 “JANGANLAH KELEWATAN MASA PEMBERIAN TUHAN KEPADAMU, PADAHAL ENGKAU BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM BERDOA MENYEBABKAN PUTUS HARAPAN, SEBAB ALLAH TELAH MENJAMIN AKAN MENERIMA SEMUA DOA DALAM BENTUK APA YANG DIA KEHENDAKKI UNTUKMU, BUKAN MENURUT KEHENDAKMU DAN PADA WAKTU YANG DITENTUKANNYA, DAN BUKAN PADA WAKTU YANG ENGKAU TENTUKAN”.

Pasti doamu akan diterima asalkan tidak gopoh

Pasti doamu akan diterima asalkan tidak gopoh

Salam,

Saya sungguh terkesan dengan kata-kata hikmah di atas. Hikmah ini saya petik dari Kitab Hikam karangan Syekih Ibn Athai’llah Al-Sakandari. Beliau bercakap mengenai sikap putus asa sesetengah kaum muslimin yang merasa kecewa dengan doa yang lewat diterima.

Firman Allah :

“Tuhanmulah yang menjadikan segala yang dikehendakkiNYA dan memilihNYA sendiri, tiada hak bagi mereka untuk memilih.

Firman Allah lagi:

Barangkali kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu, dan mungkin kamu menyukai sesuatu padahal ianya tidak baik bagimu, dan Allah lebih mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Allah swt telah berjanji bahawa semua permintaan atau doa akan diterima. Sama ada dimakbulkan di dunia atau ditangguhkan di akhirat. Berdoalah dengan penuh kesabaran dan bersungguh-sungguh insyallah akan dimakbulkan. Sedangkan doa Nabi Musa a.s dan Nabi Harun untuk kebinasaan Firaun mengambil masa 40 tahun untuk dimakbulkan, inikan pula doa kita orang biasa.

” Sungguh telah diterima doamu berdua iaitu tentang kebinasaan Firaun dan bala tenteranya maka hendaklah kamu berdua tetap istiqamah (sabar dalam meneruskan perjuangan dan terus berdoa), dan jangan mengikuti jejak orang yang tidak mengerti. [Yunus:89]

Anas r.a berkata:

“Tiada seorang berdoa, melainkan pasti diterima oleh Allah doanya, atau dihindarkan daripadanya bahaya, atau diampunkan sebahagian dosanya selama ia tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa atau untuk memutuskan hubungan silaturrahim”.

Abul Abbas Almarsi ketika sedang sakit bila didatangi seseorang kepadanya lalu berkata : Semoga Allah memberi afiyah kepada engkau. Abul Abbas berkata: Apakah kau kira saya tidak minta afiyah kepada Allah, sungguh saya telah memintanya bahkan penderitaan saya ini termasuk dalam afiyah.

Sesungguhnya Allah swt menyukai orang yang selalu berdoa dengan penuh khusyuk dan bersabar menunggu ketetapan yang telah dijanjikan oleh Allah.

PENERIMAAN DOA DALAM BENTUK LAIN?

Kita sering berdoa dan kita sering meminta supaya doa kita dimakbulkan oleh Allah dalam bentuk yang kita mahu.  Menurut Ibn Athai’llah sebaik-baik hamba ialah apabila ia berdoa dan menyerahkan semuanya menurut kehendak Tuhannya, dan mempercayai bahawa apa yang diberikan oleh Tuhannya merupakan yang terbaik untuknya walaupun tidak seiring dengan kehendak hawa nafsunya. Justeru janganlah kecewa apabila doa kita dijawab oleh Allah dalam bentuk yang lain. Kita  memohon supaya dinaikkan pangkat akan tetapi Allah tidak memberikan pangkat kepada kita sebaliknya Allah mengurniakan anak-anak yang soleh, isteri yang solehah, kesihatan yang baik dan ketenangan yang berpanjangan. Mungkin dengan pangkat yang tinggi akan menyebabkan kita semakin lalai dan jauh dari Allah, kerana sudah menjadi lumrah alam semakin tinggi pangkat seseorang maka semakin sibuklah ia dan semakin kuranglah tumpuannya pada Allah. Mungkin ini hikmahNYA yang tersembunyi. Sesungguhnya Allah lebih maha mengetahui akan segala sesuatu.

Dan syarat paling utama untuk diterimanya doa menurut Ibn Athaillah lagi ialah apabila doa itu dilakukan dalam keadaan terpaksa. Firman Allah:

” Apakah yang selalu menerima doa orang yang terpaksa, apabila ia meminta kepadaNYA [An-Naml: 62]

Yang dimaksudkan dengan keadaan terpaksa di sini ialah, apabila orang yang meminta itu seperti tiada pilihan lain dan tiada sesiapa lagi yang boleh diharapkan dan tempat ia bergantung melainkan dengan Allah swt. Maka pada ketika inilah, kita melihat doa seseorang itu kelihatan sangat bersungguh-sungguh, sehingga menitiskan air mata,ikhlas dan benar-benar menggantungkan harapannya kepada Allah semata-mata tanpa mengharapkan pertolongan daripada manusia yang lemah.

Justeru, marilah kita lontarkan pertanyaan kepada diri kita sejauh manakah kualiti doa kita di dalam solat. Fahamkah maksud doa yang dibaca, apakah adab-adab doa semuanya telah dipatuhi. Sesungguhnya orang yang malas berdoa adalah orang yang angkuh kerana merasakan dirinya hebat dan tidak memerlukan bantuan Allah sedangkan Allah sangat menyukai dan merindui untuk mendengar doa-doa orang yang bersungguh-sungguh meminta dan bergantung harap sepenuhnya kepadaNYA.

Kesimpulan, doa yang tak terlupakan memang tepat sekali. Allah tidak pernah melupakan doa hamba-hambanya. Cuma kita sebagai hamba janganlah berputus asa dan terus meminta untuk kebaikan hidup di muka bumi ini.

“TAKDIR ALLAH MERUPAKAN SEBAIK-BAIK PERKARA. MAKA TADBIRILAH TAKDIR ITU DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.”

Jumaat 21 November 2008

Tafakkur sejenak

Posted: November 28, 2008 in Uncategorized

Salam,

Bila terkenangkan umur yang semakin meningkat entah tiba-tiba hati saya merasa sunyi dan sayu. Terkadang perasaan sunyi dan kesepian yang sangat tiba-tiba menyelimuti diri ini. Saya tidak pasti sama ada kita semua pernah mengalami perasaan halus sedemikian. Saya seorang yang nostalgik. Suka mengimbau kenangan-kenangan indah dan peristiwa-peristiwa pahit masa di alam persekolahan, universiti dan alam pekerjaan. Tanpa disedari, hidup kita semakin hari semakin berubah. Bahagiakah kita berbanding generasi nenek moyang kita sebelum ini tidaklah dapat dipastikan. Pada saya generasi terdahulu yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan, tiada handphohe 3G atau black berry lebih bahagia. Masyarakat yang tidak terlalu kompleks seperti sekarang ternyata sangat menghargai hubungan “habluminnannas” dan “habluminallah” berbanding kita dan diri saya khususnya yang sangat sibuk.

MUHASABAH DIRI

Mengingati dosa-dosa silam sepanjang umur yang telah melewati usia 30an menjadikan saya terfikir seketika di manakah kesudahannya hidup kita. Syurgakah atau nerakakah. Matlamat kita adalah ke sana kerana itulah “Kampung halaman” kita yang sebenarnya yang pernah dihuni oleh Adam dan Hawa sebelum diturunkan ke muka bumi yang penuh dengan ujian dan kepayahan.

Pernahkah anda merasa berdosa dan menyesal dengan perbuatan anda, dengan kesilapan yang pernah anda lakukan. tak kiralah samada “terlaser mulut”  melukakan hati sahabat sehinggalah kepada maksiat-maksiat yang lebih besar. Tahniah! Jika anda pernah merasa sedemikian kerana sesungguhnya masih ada sekelumit perasaan berdosa dan takutkan balasan Allah hingga menjadikan kita sentiasa berhati-hati dalam kehidupan.

Dosa memang sukar untuk dielakkan terutamanya dosa-dosa kecil. Namun berhati-hatilah dengan dosa kecil jika dibiarkan ianya akan menjadi satu kebiasaan dan tidak mustahil jika berkumpul menjadi bukit dosa yang besar akibat kelaziman kita melakukannya.

Terkadang bila kita duduk di dalam kelompok “asatizah” atau para alim ulama di dalam satu majlis, terasa betapa hina dan kerdilnya diri ini. Terasa kerdilnya kita mengenangkan betapa jahilnya ilmu dan pengetahuan tentang Islam yang kita anuti. Berbeza dengan berada di dalam majlis yang dihadiri oleh para VIP yang bukan dari golongan asatizah perasaan kerdil itu ialah kerana gaji sikit,rumah kecil atau kereta kecil berbanding golongan ini yang bercakap tentang saham, lawatan ke luar negara dan tidak terkecuali ‘golf’.

Seorang sahabat saya pernah menceritakan kepada saya bahawa :

“Saya pernah mengikuti perbincangan ilmiah alim ulama dan entah tiba-tiba perasaan sedih dan sebak menyelimuti saya. Mengapalah saya tak mahu belajar ilmu agama dengan bersungguh-sungguh masa sekolah dahulu sehingga menjadi “faqih” kerana dengan menjadi faqih maka jalan untuk saya berdakwah kepada masyarakat terbuka seluas-luasnya. Menyesalnya aku!! Menyesalnya kerana tak ikut cakap orang tua!!

Saya menenangkannya bila melihat air matanya mula bergenang. Sabar.Tetapi inilah takdir yang telah ditakdirkan untuk awak Sekurang-kurangnya, kita perlu bersyukur kerana Allah masih sudi untuk mencampakkan hidayahnya kepada diri yang lalai ini pada saat ini. Sesungguhnya perasaan sedemikian datang kerana Allah masih sayangkan kau ” Mal” kata saya. Dia terdiam,tertunduk mungkin mengakui kebenaran kata-kata saya.

MENYESALI DOSA-DOSA YANG LEPAS

Salah seorang ulama sufi yang saya minati iaitu Syeikh Ibn Atha’illah As-Sakandari pernah menyebut :

” Satu maksiat/dosa yang menyebabkan kamu merasa kerdil,rendah diri,hina dan hancur hati (kerana penyesalan dan taubat) itu adalah lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, hebat dan bangga {sehingga ke tahap ujub].

Maknanya, perasaan bersalah,hina,rendah diri,kerdil,luluh hati mengenangkan dosa-dosa silam yang dilakukan sehingga menerbitkan perasaan bertaubat itu sebenarnya adalah lebih baik daripada seorang alim yang merasa dirinya hebat dengan ilmu yang diperolehinya. Contohnya seorang Ustaz yang berlagak sombong, memandang jijik pada orang lain dan merasakan dirinya bersih dan suci hasil ketaatannya kepada Allah sehingga memandang rendah kepada manusia lain dan merasa dirinya dijamin masuk syurga itu  ADALAH LEBIH DIBENCI OLEH ALLAH berbanding dengan seorang pelacur yang menyesali dan menangisi dosa-dosanya yang silam sambil bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah dengan hati yang penuh ikhlas.

Menangisi dosa-dosa silam.

Menangisi dosa-dosa silam.

Mungkin elok direnungkan kata-kata Syeikh Ibn Atha’illah As-Sakandari seterusnya yang berbunyi:
” Berkemungkinan telah ditakdirkan bagimu supaya melakukan satu dosa/maksiat sebagai SEBAB MUSABAB untukmu sampai kepada keredhaan Allah swt [ sehinggalah perasaan berdosa,bersalah,hina tadi akan menyebabkan kamu berubah menjadi soleh].
Subhanallah!!! hebatnya kata-kata hikmah ini. Sayangnya Allah kepada kita. Sesungguhnya dengan dosa /maksiat yang kita lakukan tadi akan menjadikan satu SEBAB untuk kita berubah menjadi baik.
“Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Dan Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang. [Al-Furqan:70]
Menyesali atas keterlanjuran dosa-dosa yang telah lepas sebenarnya merupakan salah satu bentuk AZAB di dunia bagi menyelamatkan kita daripada menerima siksaan yang lebih dasyat lagi di negeri akhirat, dan mengikut Syeikh Ibn Atha’illah As-Sakandari  lagi boleh jadi Allah telah menukarkan azab tersebut menjadi kebaikan yang lebih banyak.
Justeru, marilah sama-sama kita mengambil masa untuk bertafakkur seketika mengenangkan dosa-dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan pada masa yang lepas. Benarlah kata-kata hukama yang berbunyi :” Bertafakkur dan memikirkan tentang perkara ini sehingga timbul penyesalan dan keinsafan di dalam diri sebenarnya lebih baik daripada melakukan solat sunat 1000 rakaat.
Mudah-mudahan kita sentiasa berada di dalam perlindungan Allah.
Jumaat 28 November 2008 [29 Zulkaedah 1429]

Cepatnya masa berlalu

Posted: December 1, 2008 in Uncategorized

Salam,

Hari ini dah masuk bulan Disember 2008.Bermakna tinggal lagi sebulan sebelum melangkah ke tahun baru 2009. Bermakna umur juga semakin meningkat, anak-anak kecil di rumah semakin membesar dan dewasa dan kita semakin tua. Kadang-kadang saya terfikir, alangkah indahnya jika umur  kita semakin menurun ke bawah atau dengan kata lain kita semakin muda. Tetapi itu tidak mungkin berlaku.

Semakin tua maka semakin matang sepatutnya. Semakin “wise” atau bijaksana. Keputusan yang diambil sepatutnya lebih “cool” dan melambangkan kebijaksanaan dan penuh hikmah. Itu yang sepatutnya. Tetapi ada juga orang dewasa yang semakin meningkat umurnya semakin muda akhlaknya, semakin terkinja-kinja dengan arus pemodenan dunia yang melekakan. Bila usia sedang menghampiri senja seharusnya amal ibadah dipertingkatkan dan amalan mendekatkan diri kepada Pencipta juga diperbanyakkan bukannya menjadi terbalik atau melawan arus.

Masa yang berlalu ibarat pisau yang akan memotong seluruh kehidupan kita. Masa yang berlalu tidak dapat dikembalikan. Menangislah dan menyesallah dengan penyesalan yang bersungguh-sungguh namun itu semua tidak akan dan tidak mampu untuk mengembalikan masa yang telah hilang. Alangkah indahnya, jika kita dapat kembali ke masa lalu dan memperbetulkan semula kesilapan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Namun itu semua mustahil dan tidak mungkin akan dilakukan. Tiada “terowong masa” atau ” time tunnel” yang boleh mengembalikan kita ke masa yang lepas seperti yang kita lihat dalam filem-filem fiksyen seperti “Back To The Future”. Semua itu dongeng semata-mata, khayalan dan fantasi yang tidak mungkin dapat direalisasikan.

Firman Allah :

 ” Demi masa! Sesungguhnya manusia sentiasa berada di dalam kerugian, kecuali yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”.

Sesungguhnya masa tidak menunggu kita

Sesungguhnya masa tidak menunggu kita

Berangan-angan dan berbangga dengan masa lalu merupakan suatu kerugian. Kejayaan dan kegemilangan masa lalu tidak mungkin dapat dikembalikan melainkan kita sudi untuk belajar dan mengambil iktibar.

SEJARAH MENGAJAR KITA

Sejarah merupakan guru yang paling akrab. Sejarah tidak pernah berbohong melainkan jika faktanya diselewengkan oleh penulis sejarah. Tanpa mempelajari sejarah kita tidak akan mampu untuk bangkit semula bagi mengulangi kejayaan dan kegemilangan yang pernah kita ukir. Kegemilangan Empayar Kesultanan Melaka tidak dapat diulangi sekiranya punca-punca kejatuhan kerajaan tersebut akibat perlakuan rasuah penguasanya tidak kita kaji dan ambil iktibar. Dalam Al-Quran, banyak sekali kisah-kisah umat terdahulu yang diceritakan kepada kita. Untuk apa sebenarnya? Adakah untuk berseronok-seronok dan menjadikan Al-Quran seperti sebuah buku cerita tanpa ada sedikit pun pengajaran yang dapat kita ambil?

Kisah-kisah Kaum Tsamud dan Luth dipaparkan oleh Allah swt supaya kita tidak sama sekali akan mengulangi amalan-amalan maksiat yang dilakukan oleh mereka kerana azabnya terlalu perit. Mereka dihunjam dengan batu-batu panas dari neraka akibat maksiat yang dilakukan. Dan hari ini, kita melihat manusia makin rakus melakukan maksiat tanpa rasa takut dan gerun dengan amaran Allah di dalam Al-Quran.

Begitu juga kisah Nabi Yusuf a.s yang dipenjarakan bertahun-tahun mengajar kita supaya berlaku adil dalam melaksanakan keadilan. Bagaimana pula kisah Nabi Yunus a.s yang ditelan ikan nun menggantungkan harapnya hanya kepada Allah sebagai satu-satunya harapan untuk menyelamatkannya dan apakah kita pada hari ini mengikuti contoh yang telah dibuat oleh Nabi Yunus a.s. Begitu juga dengan kisah Pemuda Kahfi dan Ashabul Ukhdud yang bermati-matian mempertahankan akidah dan apakah kita mengambil pengajaran daripada keseluruhan kisah-kisah ini?

Persoalannya di manakah kita meletakkan kisah-kisah ini dalam kehidupan kita. Adakah cukup sebagai hiburan atau “bed time story” atau adakah kita benar-benar menghayati dengan bersungguh-sungguh sehingga diterjemahkan di dalam hidup kita. Jika jawapannya ya, maka beruntunglah kita kerana tergolong dalam golongan yang beruntung dan cerdik.

SEJARAH AKAN BERULANG?

Manusia yang menghayati sejarah dan mencari jalan supaya kesilapan dan kegagalan masa lalu tidak diulangi merupakan manusia yang bijaksana. Kita tidak mampu untuk kembali ke masa lalu, tetapi kita  mampu untuk mengulangi kejayaan lalu malah lebih baik lagi. Kita juga tidak mampu untuk kembali ke masa lalu bagi memperbetulkan keadaan tetapi kita mampu untuk mengambil langkah berhati-hati supaya kesilapan lalu tidak diulangi lagi.

BACA BUKU SEJARAH

Masyarakat pada hari ini ramai yang buta sejarah. Malah tidak ramai yang merasakan subjek sejarah adalah subjek yang penting sebaliknya lebih mementingkan subjek-subjek yang bersifat komersial seperti sains dan matematik. Malah ada pelajar yang “drop” subjek sejarah kerana merasa bosan dan tidak penting seperti subjek lain. Teringat saya masa zaman persekolahan dahulu lewat tahun 1992, semasa mengambil STPM subjek sejarah merupakan subjek yang paling diminati oleh pelajar-pelajar ketika itu. Subjek sejarah tidak dianggap subjek yang membosankan sebaliknya rakan-rakan saya sangat menghargainya. Kertas Sejarah Islam paling mencabar dengan cerita-cerita bermula dari zaman jahiliah sehinggalah sejarah penyebaran Islam di India dan Asia Tenggara ternyata begitu menggugah jiwa.  Bacalah buku-buku sejarah tulisan Ahmad Shalaby dan buku “Sejarah Umat Islam” tulisan HAMKA nescaya anda akan dapat mengambil pengajaran yang paling berguna.

Baca dan ambil pengajaran dari sejarah

Baca dan ambil pengajaran dari sejarah

Manusia pada hari ini semakin sibuk mengejar kebendaan sehingga mengabaikan nilai sejarah dalam kehidupan mereka. Seharusnya kita sama-sama bermuhasabah dan merenung kembali peristiwa silam kehidupan kita supaya kesilapan yang sama tidak diulangi. Dalam masa yang sama kita memperbaiki diri kita supaya menjadi insan yang kuat menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Kesilapan yang lalu menjadikan kita semakin bijaksana dalam mengatur kehidupan. Yang penting belajarlah dari sejarah insyallah ianya akan mendewasakan kita dan mengajar kita supaya lebih menghargai kehidupan ini.

Isnin 1 Disember 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Posted: December 5, 2008 in Uncategorized

Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Insyallah, saya sekeluarga akan bertolak balik ke Kedah dan Pulau Pinang pada hari Sabtu 6 Disember 2008. Marilah sama-sama kita menghayati falsafah korban dengan sebaik-baiknya. Amin.2008122161614289734_8

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi dan al-Hakim, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

 “Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darahnya jatuh di sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi. Maka berkiralah diri kamu dengan korban”.

Takziah atas Tragedi Bukit Antarabangsa

Posted: December 7, 2008 in Umum

Salam,

Alhamdulillah saya sekeluarga selamat tiba di kampung setelah melalui perjalanan selama 5 jam yang memenatkan. Saya sempat singgah di bandar Kuala Kangsar untuk menikmati laksa tepung gandum yang popular di tebing Sg.Perak sambil memerhati aliran air sungai yang mengalir deras selepas hujan.

Dan pagi semalam, melalui siaran berita kita dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Saya memang terkejut besar sebab tempat berkenaan begitu dekat di hati saya. Saya pernah tinggal di Ukay Perdana selama 2 tahun di antara bulan 8 tahun 2003 sehinggalah tahun 2005. Ukay Perdana adalah bukit bersebelahan dengan Bukit Antarabangsa. Kawasan yang tinggi dan anda boleh menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur di sebelah malamnya.

Memandangkan Ukay Perdana masih serba kekurangan dari sudut infra ketika saya mula mendiami kawasan berkenaan, saya banyak menghabiskan masa di Bukit Antarabangsa. Di situ ada Giant dan Petronas. Saya selesa di sini kerana tempatnya aman, sunyi dan tidak sesak. Namun,kini kawasan berkenaan telah pun runtuh dan dipenuhi dengan timbunan tanah dan batu-batu. Macam tak percaya rasanya.

Hanya tinggal bumbung

Hanya tinggal bumbung

Udara di sini cukup bersih sebab banyak pokok-pokok. Tetapi saya cukup bimbang bila hujan lebat apabila melihat air hujan yang turun mencurah-curah bagaikan “waterfall”.

Saya berpandangan bahawa sudah sampai masanya untuk semua pihak meneliti dan mengambil berat tentang insiden yang berlaku. Pembangunan di tanah tinggi, di cerun-cerun bukit seperti di Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana perlu diberi perhatian yang serious. Saya akui kawasan ini cukup sensitif, berbahaya dan terdedah kepada kejadian tanah runtuh. Mungkin satu kajian Geologi perlu dilakukan oleh pakar-pakar geologi bagi mengkaji kesesuaian tanah di kawasan tersebut.

Apa pun saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat dan meminta mereka semua bersabar atas segala ujian yang telah ditetapkan oleh Allah.

AHAD 7 DISEMBER 2008 [8 ZULHIJJAH 1429] jam 5.09 petang dari Bukit Mertajam,Pulau Pinang.

Tragedi Bukit Antarabangsa 2

Posted: December 7, 2008 in Umum

Bukit Antarabangsa yang saya kenali memang selesa untuk didiami.Malahan beberapa sahabat saya juga mendiami kawasan terbabit. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Semuanya musnah

Semuanya musnah

Bantuan kecemasan

Bantuan kecemasan

Setiap kejadian yang ditakdirkan oleh Allah mempunyai rahsia dan HIKMAH yang tersembunyi. Sebagai HAMBA kita sememangnya layak untuk diuji dengan ujian-ujian berupa MUSIBAH yang bertujuan untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketaatan kita kepada ALLAH swt.

Seharusnya saya menasihati diri saya yang lemah ini dan diri mereka yang terlibat dengan bencana alam ini supaya banyak bersabar,beristighfar dan memohon pertolongan dari Allah secara bersungguh-sungguh. Hakikat kehidupan ini tidak dapat lari daripada ujian-ujian hidup.  Kehidupan yang tiada ujian atau “zero ujian” daripada Allah adalah kehidupan yang kosong, tidak bermakna dan mungkin menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam hidup kita. Sahabat-sahabat Nabi saw dan para salafussoleh akan merintih dan menangis sekiranya hidup mereka tidak didatangi dengan ujian dari Allah seolah-olah menujukkan bahawa Allah swt tidak menyayangi mereka,membiarkan mereka lalai dan leka dengan dunia. Sesunguhnya orang-orang yang teruk diuji ialah para rasul,nabi dan diikuti dengan para salafussoleh dan individu yang sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Semakin dekat dengan Allah semakin hebat dan dasyat ujian yang mereka terima.Semakin jauh dari Allah maka semakin kuranglah ujian, maka semakin lalailah manusia tersebut.

Saya cuma mengambil kesempatan dalam entry yang pendek ini untuk menukilkan sesuatu yang boleh membersihkan jiwa. Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha, dan esok khatib di mimbar-mimbar masjid akan bercakap mengenai falsafah pengorbanan dan hakikat ujian. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang redha,sabar dan berserah kepada Allah. Menyebut memang mudah, tetapi menanggungnya lebih sukar.Saya akui kata-kata ini, dan saya berdoa semoga kita semua kuat dalam menghadapi ujian ini.

Salam,

Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa masih lagi menjadi berita-berita utama di dada-dada akhbar dan media elektronik. Perkembangan terbaru semua mangsa yang mendiami 14 banglo yang ranap akan diberikan penginapan di hotel. Sebelum itu, beberapa hotel mewah di Kuala Lumpur memberikan makanan percuma kepada mangsa tragedi dan pasukan petugas. Betapa beruntungnya mereka. Di dalam saat-saat yang sukar ini masih ramai yang prihatin.

Saya juga melihat laporan-laporan akhbar mengenai kemarahan sesetengah penghuni kawasan terbabit yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa. Saya merasakan bahawa ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi masalah yang timbul sangat-sangat diperlukan ketika ini.Saya juga percaya bahawa pihak yang berwajib telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah terbabit. Mungkin terdapat kelemahan di sana sini dari segi penyelarasan. Marilah kita melihat kesabaran diri kita yang sentiasa diUJI  ini sebagai satu bentuk kasih sayang Allah kepada kita yang ingin memberi pahala kepada hamba-hambaNYA yang mampu bersabar dan redha di saat-saat getir ini.Sesungguhnya setiap musibah yang berbentuk ujian yang berlaku kepada manusia mempunyai rahsia dan hikmahnya yang tersendiri.

Teringat saya kepada petikan novel Ayat-ayat Cinta di dalam bab Fahri dipenjarakan atas kesalahan dituduh merogol. Fahri kelihatannya seperti mempersoalkan kewajaran dia dipenjarakan sedangkan dia adalah manusia yang sangat sempurna dari segi ketaatannya kepada Allah. Memiliki kelebihan menguasai bacaan Qiraat Sab’ah malahan sering bangun malam bertahajud tanpa gagal. Sehinggalah beliau disedarkan oleh kata-kata seorang lelaki kurang siuman yang kebetulan berada satu sel dengannya bahawa “SESUNGGUHNYA TUHAN SEDANG BERBICARA DENGANMU, ALLAH SEDANG BERKOMUNIKASI DENGANMU”. Kata-kata ini menyebabkan beliau tersentak dan tersedar bahawa ketaatan beliau kepada Allah selama ini tidak bermakna bahawa Allah tidak boleh menguji beliau.

Tingkatkan ketaatan di saat-saat getir

Tingkatkan ketaatan di saat-saat getir

Ketahuilah, jika selama ini kita rajin beribadah dan tiba-tiba ditimpakan dengan ujian atau musibah yang maha hebat, maka itu maknanya bahawa Allah sedang berbicara dengan kita. Allah merindui doa-doa hambanya yang taat. Allah ingin melihat adakah ketaatan yang kita lakukan semasa waktu senang akan terus berkekalan malahan bertambah lagi atau sebaliknya. Maka beruntunglah orang-orang yang sentiasa melipatgandakan amal ibadahnya di saat-saat getir ketika ditimpa musibah. Contohilah sikap Nabi Ayub a.s yang ditimpa  musibah demi musibah ke atas dirirnya namun baginda bersangka baik dengan Allah dan tidak jemu-jemu berdoa, beribadah sehinggalah datangnya pertolongan Allah menyelamatkan baginda.

Sesungguhnya bila Tuhan sedang berbicara dengan kita dalam bentuk ujian dan musibah yang ditimpakan kepada kita maka sahutlah bicara itu. Berkomunikasilah dengan Tuhanmu dengan lebih akrab.Itulah tandanya bahawa kasih sayang Allah ke atas dirimu masih wujud. Dan juga sebagai peringatan kepada dirimu bahawa segala apa yang diberikan kepada mu adalah pinjaman semata-mata dan akhirat adalah tempat yang kekal.

KHAMIS 11 DISEMBER 2008

Salam,

Setiap manusia yang hidup akan mengalami pengalaman pahit dan manis. Pengalaman-pengalaman ini digarap dengan sempurna oleh pengarangnya iaitu Allah swt. melalui ujian,cubaan,dugaan dan musibah yang bertujuan untuk memberi peringatan dan sebagai tanda kasih sayangNya kepada hamba-hamba yang taat. 

Semalam semasa saya membelek almari buku terjumpa dengan satu booklet kecil tulisan Badiuzzaman Said Nursi seorang mujahid yang lahir di Turki ketika pasca kejatuhan Empayar Othmaniah. Buku ini saya beli dari sahabat saya Omer Yilmez dan Jaudad dari Turki yang merupakan peminat Said Nursi dan karya-karya besar beliau dalam Risalat An-Nur. Untuk makluman, Said Nursi merupakan seorang ulama dan ahli sufi yang banyak menulis dan berdakwah ketika hayatnya. Dipenjarakan berkali-kali namun semangat jihadnya untuk menentang sekularisme di Turki sentiasa menyala-nyala dan tidak pernah padam sehingga ke hari ini. Buktinya, buku-buku tulisan beliau banyak di pasaran dan yang paling hebat adalah Risalat An-Nur yang mempunyai banyak peringatan dan pesanan kepada umat akhir zaman. Kebencian Regim Atarturk terhadap beliau sangatlah melampaui batas hinggakan kubur beliau juga dirahsiakan sehingga ke hari ini.  Usaha-usaha pemerintah untuk menyekat dan menghalang dakwah beliau tidak berjaya dan selepas kematiannya karya-karyanya terus diterbitkan oleh anak-anak muridnya dan menjadi panduan kepada para pendakwah sehingga kini.

PESANAN SAID NURSI

Badiuzzaman Said Nursi

Badiuzzaman Said Nursi

Sesungguhnya dunia ini adalah tempat cubaan,dugaan,mujahadah(perjuangan) dan tempat kita dipertanggungjawabkan. Dugaan dan pertanggungjawaban akan sentiasa berlaku dan mempunyai hikmah-hikmah yang tersembunyi dan menjadi rahsia Allah. Justeru, kedudukan orang-orang yang berjuang dalam melawan hawa nafsu dan godaan syaitan akan meningkat dari satu tahap ke satu tahap sehinggalah ke tingkat yang paling tinggi mungkin setaraf dengan Abu Bakar As-Siddiq manakala orang-orang yang tewas dalam perjuangan di dunia kedudukannya akan terjunam jatuh ke tingkat yang rendah setaraf dengan Abu Jahal.

Sesungguhnya rahmat Allah terdapat di celah-celah kemurkaan dan musibah yang menimpa, kerana harta benda yang musnah dalam musibah itu akan dikekalkan untuk mereka di akhirat, dan disimpan sebagai sedekah untuk mereka. Manakala kehidupan mereka yang hilang [kehilangan nyawa] akan bertukar kepada kehidupan yang berkekalan bahkan mungkin kematian mereka adalah mati syahid. Sesungguhnya, musibah dan bala yang menimpa orang-orang yang beriman itu adalah sebahagian daripada rahmat Illahi yang terletak di celah-celah azab pedih yang sementara. Mereka sebenarnya dianugerahkan dengan keuntungan yang berkekalan dan besar hanya dengan kesulitan dan azab yang sementara dan sedikit sahaja kadarnya.

TANAH RUNTUH : AN ACT OF GOD @ VIS MERGER

Dalam istilah undang-undang, terdapat satu klausa yang berbunyi “an act of God” atau dalam bahasa Latin disebut “vis merger” dan terjemahan yang mudah difahami ialah “the thing speak for itself”.

Contohnya, seorang lelaki sedang berjalan dan tiba-tiba sebatang dahan pokok jatuh menimpa dia dan menyebabkan kecederaan. Maka ini dipanggil sebagai “the thing speak for itself”. Sukar untuk menentukan salah siapa. Adakah Majlis Perbandaran yang harus dipersalahkan kerana tidak selenggara dahan pokok atau alam yang perlu dipersalahkan? Bagaimana kalau pihak Majlis Perbandaran sentiasa melakukan pemantauan setiap hari tiba-tiba perkara ini berlaku juga? Mungkin pakar-pakar akan menyatakan bahawa perkara ini berlaku akibat pergerakan tanah,perubahan arah angin atau perubahan cuaca yang menyebabkan berlakunya kejadian pokok tumbang atau dahan patah. Dengan kata lain, kejadian berlaku adalah bersifat semulajadi namun perlu diingatkan bahawa semua ini tidak akan berlaku melainkan dengan arahan Allah.  Golongan yang lalai akan berpandangan bahawa apa yang berlaku adalah secara kebetulan dan mereka langsung tidak melihat kepada sebab-sebab yang “maknawi” atau natijah kepada berlakunya kejadian ini mengikut pandangan mata hati berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

 ” Dan jagalah diri kamu daripada berbuat dosa (yang membawa kepada bencana) yang bukan sahaja akan menimpa kepada orang-orang zalim di kalangan kamu secara khusus bahkan akan menimpa kamu secara umum semuanya.” [Al-Anfal : 25]

“]20081261315206734_81

Maha Suci Allah. Tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang telah engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya engkau adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi bijaksana.Al-Baqarah:32

KEMBALILAH KEPADA ALLAH

Sesungguhnya setiap apa yang berlaku adalah di dalam pengetahuan Allah. Kejadian tanah runtuh,gempa bumi atau bencana alam yang menimpa umat manusia telah menyebabkan musibah kerohanian dan gangguan jiwa yang sangat hebat berbanding musibah fizikal. Musibah kerohanian akan menyebabkan perasaan takut,gerun dan perasaan putus asa yang menguasai manusia dan musibah ini jika berterusan akan merampas kebahagiaan  manusia dalam masa yang singkat.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar;

 

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” [Al-Baqarah:155-156]

Hakikat musibah dan ujian yang berlaku tiada siapa yang mengetahui. Selain daripada menyiasat dan meneliti punca-punca yang berlaku secara fizikal, hendaklah kita sama-sama “evaluate” atau melihat kembali ke dalam diri kita. Mungkin ada peringatan atau teguran yang ingin disampaikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya. Mungkin ada secalit dosa yang pernah kita lakukan atau secangkir maksiat yang bila dikumpulkan akan menggerakkan kemurkaan Allah ke tahap maksimum. Apa saja musibah seperti kehilangan kasut,kereta terlibat dalam kemalangan mempunyai hikmah yang tersembunyi. Mungkin selama ini kita terlalu sayangkan harta benda sehingga mengabaikan tanggungjawab kita kepada Allah menyebabkan perlunya Allah menurunkan sedikit peringatan melalui musibah dan ujian-ujian tertentu. 

DOA BILA DITIMPA MUSIBAH 

Mudah-mudahan kita semua ditabahkan hati dan sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang bersabar. Mungkin elok rasanya kita sentiasa mengamalkan doa di bawah.

“Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata : inna lillahi wa inna ilaihi raji’un dan berdoa : Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Nescaya Allah akan memberinya pahala karena musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik.” (HR. Muslim 3/37-38).

JUMAAT 12 DISEMBER 2008

Risalah kepada pesakit

Posted: December 22, 2008 in Tazkiyatunnafs

Hari Jumaat lepas, selepas waktu kerja saya ke Nilai  3 bersama rakan sepejabat. Kami nak cari tilam nipis.Maklumlah rumah saya sekarang ramai tetamu bertandang. Cari jumpa bantal kekabu,tapi tak jumpa. Lepas beli, kami ke Nilai 1 menunaikan solat maghrib di masjid pusat asasi UIA. Lepas tu, terus makan malam di salah sebuah kedai tomyam.

Masa menunggu pesanan, saya menelefon pakcik Khairul Anwar salah seorang kenalan saya. Beliau menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan mengkaji pemikiran Badiuzzaman Said Nursi. Banyak menterjemahkan Risalah An Nur ke dalam bahasa Melayu. Seorang jurutera yang begitu komited dengan kerja-kerja Islam dan dakwah walaupun usianya telah mencecah 50-an.

Saya mengajak beliau keluar minum kalau kebetulan beliau ada di rumahnya. Namun, bila saya telefon saya mendengar ada nada sedih dan sayu dalam perbualan kami. Pak cik minta maaf tak dapat jumpa, pak cik baru balik dari HUKM.

Saya bertanya : Kenapa pakcik, siapa yang sakit?

“Anak pakcik, dia kena Leukemia sekarang sedang menjalani kemo di sana.”

Tersentak saya bila mendengar perkhabaran dari beliau.Patutlah nada beliau bunyi sedih.

“Pak cik nak minta tolong sikit?”

“Tolong apa pakcik”?

“Tolong doakan anak pakcik supaya dia kuat menghadapi ujian ini”

“Insyallah, saya akan doakan pakcik. Pakcik kena banyak sabar. Berat betul ujian yang Allah beri kali ini pakcik”

” Ya, pakcik kena banyak sabar”.

Saya lalu meminta maaf dan menamatkan perbualan kerana tidak mahu mengganggu beliau.Mungkin beliau stress dan keletihan memikirkan penyakit anak beliau. Leukemia bukan penyakit yang ringan,akibatnya Tuhan sahaja yang tahu.

Pak cik Khairul yang saya kenali sangat sangat baik.Warak.Rajin mengaji dan sangat merendah diri walaupun ilmunya sangat tinggi. Pada saya, Allah swt sangat sayangkan beliau sebab itu diberikan ujian yang sangat hebat. Saya hanya mampu meminta beliau banyak bersabar, berisitighfar dan memohon pertolongan dari Allah. Dalam pada itu, saya minta supaya beliau membaca karya-karya tulisan Said Nursi berkaitan penyakit dan ada satu bab di dalam Risalah An-Nur bertajuk Risalah kepada Pesakit.

orgsakit1

Wahai pesakit yang mengadu kesakitan.Wahai pesakit yang sedang diuji dan diduga! Wahai pesakit yang kehilangan nikmat kesihatan! Sesungguhnya penyakit yang anda alami sebenarnya tidak menghilangkan kelazatan nikmat illahi, bahkan sebaliknya. Sesuatu nikmat yang diperolehi secara berterusan sebenarnya tidak akan memberi kesan kepada diri sehinggalah kita kehilangan nikmat tersebut walaupun sementara. Sebagai contohnya, jika tidak kerana kegelapan, nescaya nikmat cahaya tidak akan diketahui. Jika tidak kerana kesejukan maka nikmat kepanasan tidak akan diketahui. Jika tidak kerana lapar nescaya nikmat kelazatan ketika makan tidak akan diketahui. jika tidak kerana dahaga maka nikmat minum air ketika dahaga tidak akan diketahui. Jika TIDAK KERANA PENYAKIT, NESCAYA NIKMAT KESIHATAN YANG KITA HIRUP SELAMA INI TIDAK AKAN DIKETAHUI.

Sesungguhnya penyakit yang anda alami ibarat sebuku sabun yang datang untuk mencuci dan membersihkan kotoran yang terdapat di badan anda. Membersihkan dosa-dosa anda. Penyakit yang bersifat sementara akan pergi setelah selesai menjalankan tugasnya. Allah Yang Maha Berkuasa dan Dia menyediakan terlalu banyak nikmat kepada manusia supaya manusia dapat mengecapinya. oleh itu, Dia juga berhak untuk menurunkan pelbagai jenis penyakit sebagaimana Dia memberikan nikmat kesihatan dan kesembuhan kepada manusia.

Begitulah antara petikan yang dapat saya kutip daripada tulisan Said Nursi. Mudah-mudahan orang yang ditimpa penyakit akan menjadi tenang bila membaca dan mendengar peringatan-peringatan ini. Menurut pakcik Khairul, dia membacakan risalah ini kepada anaknya  bagi memberi kekuatan dan motivasi dan dalam masa yang sama supaya tenang dan redha dengan janji Allah.

Saya doakan pakcik khairul tabah dan sabar dengan ujian ini. Amin.

ISNIN 22 DISEMBER 2008

Mari membaca sirah

Posted: December 19, 2008 in Uncategorized

Salam,

Tahun 2008 semakin menghampiri penghujungnya. 2009 semakin menghampiri. Tahun Hijri 1429 juga semakin meninggalkan kita. Awal Muharram bakal disambut dengan perasaan bercampur-campur. Gembira dengan kedatangan tahun baru, azam baru dan tekad yang baru. Sedih pula kerana meninggalkan tahun yang penuh dengan kenangan-kenangan pahit dan manis yang sukar dilupakan.

Bercakap tentang kedatangan tahun baru Islam, saya rasa eloklah sama-sama kita meneliti dan menekuni kembali Sirah Junjungan besar Nabi Muhammad saw kerana di dalam perjalanan dakwah hidup baginda terlalu banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Pengajaran yang akan membentuk mukmin yang sejati, mukmin yang soleh dan solehah, manusia yang menjaga hubungan dengan manusia lain dan manusia yang menjaga hubungan dengan Allah.

Bacalah buku, sirah atau Sejarah Nabi Muhammad saw yang terdapat di pasaran yang ditulis oleh penulis dan ulama-ulama terkenal seperti Dr. Said Ramadhan Al-Buti. Dalam hal ini, saya suka menyarankan semua di sini membaca buku sirah tulisan SYEIKH MUBARAKFURI seorang ulama terkenal dari India. Gaya penulisannya yang terperinci membuatkan anda terasa seolah0olah sedang berada di medan Uhud terutama saat-saat cemas bila Rasulullah saw cuba untuk dibunuh oleh puak Musyrikin. Buku tulisan beliau ini boleh didapati di mana-mana kedai buku seperti di MPH. Buku ini telah memenangi anugerah penulisan sejarah Islam peringkat OIC dan diiktiraf antara yang terbaik pernah dilahirkan.

Bacalah dan tekunilah sirah. Baca bukan sekadar untuk menghabiskan waktu lapang sebaliknya baca dengan bersungguh-sungguh dan mengambil pengajaran untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, terlalu banyak perkara yang kita masih belum ketahui, terlalu banyak, terlalu banyak.

Penghayatan sirah membentuk mukmin sejati

Penghayatan sirah membentuk mukmin sejati

Di antara kita baru sahaja selesai menunaikan haji rukun Islam kelima. Sesungguhnya, ibadah haji juga sebahagian daripada sirah, sebahagian daripada perjalanan hidup Rasulullah saw yang mempunyai signifikan tersendiri. Bila membaca sirah sudah tentu kita akan menemukan istilah “haji wida’ dan juga rentetan-rentetan peristiwa haji yang pertama dalam Islam, juga tidak terkecuali halangan-halangan yang merintangi serta peristiwa-peristiwa penting seperti Perjanjian Hudaibiyyah.

Semoga tahun baru Islam ini akan menjadikan kita seorang mukmin yang berubah lebih baik dari tahun sebelumnya.

19 DISEMBER 2008 JUMAAT

Kerana sebuah kerusi

Posted: December 23, 2008 in Uncategorized

 

ys304

Kerana sebuah kerusi, manusia sanggup berbunuh-bunuhan.

Kerana sebuah kerusi manusia sanggup membuat fitnah dan mengadu domba.

Kerana sebuah kerusi mesyuarat Bahagian sebuah parti politik menjadi kecoh.

Kerana sebuah kerusi juga maka adalah kerusi perwakilan melayang-layang ke atas pentas sehingga memaksa pihak keselamatan untuk campur tangan meleraikan keadaan.

Kerana sebuah kerusi ramai yang sanggup melobi.

Kerana sebuah kerusi ramai yang sanggup membeli undi.

Kerana sebuah kerusi ramai yang kecundang.

Kerana sebuah kerusi yang haram menjadi halal.

Kerana sebuah kerusi prinsip perjuangan sanggup digadai.

Kerana sebuah kerusi manusia hilang pertimbangan.

Kerana sebuah kerusi usaha-usaha dibuat untuk mencemar imej lawan.

Kerana sebuah kerusi kawan menjadi lawan.

Kerana sebuah kerusi adik beradik bertelagah, suami isteri bercerai berai, ayah tak mengaku anak dan menantu berpaling tadah.

Kerana sebuah kerusi nilai manusia menjadi murah boleh dibeli dengan wang ringgit.

Kerana sebuah kerusi manusia sanggup melakukan apa sahaja asal menang kerusi tersebut, asal dapat duduk atas kerusi tersebut.

Persoalan pokok bukan kerusi untuk duduk yang dicari sebaliknya kedudukan atau ‘position’ yang menjadi idaman.

Kerusi hanyalah sebagai lambang kekuasaan. Lambang kemewahan dan pintu untuk mengejar kebendaan.

Sejarah membuktikan bila kerusi jadi rebutan, darah akan tumpah melanda ke bumi. Peperangan demi peperangan berlaku malah berlanjutan. Pembunuhan berlaku di mana-mana hanya kerana berebutkan kerusi yang tinggi.

Sebenarnya, bukan kerusi yang dicari orang. Kerusi boleh didapati di mana-mana. Cari saja kedai perabut berdekatan anda pasti menjumpainya.

Tetapi yang dicari sebenarnya, ADALAH KUASA,KUASA DAN KUASA yang bersifat sementara. Kerusi hanyalah lambang kepada kekuasaan.

Ramai yang merasa dirinya layak untuk menduduki sebuah kerusi.

Hebatnya kuasa sebuah kerusi. Walaupun panas kerusi terus diminati, biarpun yang mendudukinya sekejap cuma.

Kerusi itu panas, kerusi itu tanggungjawab, kerusi itu amanah, kerusi itu ketelusan, kerusi itu pengaruh, kerusi adalah segala-galanya. Bertahun-tahun manusia berebutkannya, zaman berzaman hingga sekarang kerusi masih diminati.

Kita semua mempunyai sekurang-kurangnya satu kerusi. Itulah kedudukan kita.

Seorang kerani ada kerusinya bermakna ada kepentingannya.

Seorang hakim ada kerusinya, boleh menjatuh hukuman.

Semakin mahal sebuah kerusi, semakin ramailah peminatnya. Mahal bererti kerusi itu sangat penting. Bererti kedudukan sangat penting. Bererti keputusan yang bakal dibuat dari atas kerusi itu sangat mustahak dan perlu dipatuhi.

Orang yang menduduki kerusi itu pula, tidak akan berasa selesa kerana dia bakal dijatuhkan oleh lawan dengan pelbagai cara bergantung kepada kepentingan kerusi tersebut.

Kerusi Presiden sebuah negara atau kerusi Perdana Menteri adalah kerusi yang paling diminati dan akan dipertahankan habis-habisan.

Kehilangan kerusi bermakna kehilangan kuasa.

Kehilangan kuasa bermakna cakap sudah tidak diendah, arahan sudah tidak dipatuhi. Diri bakal dipinggirkan.

Pendek kata, besar betul peranan kerusi ya. Cuma, masih  adakah manusia yang mahu bersila di lantai tidak mahu duduk di kerusi kerana dia tahu kerusi itu PANAS dan dia tidak layak mendudukinya. Siapakah manusia itu? Adakah masih wujud di zaman ini?

Masih adakah insan-insan seperti Imam Shafie, Maliki, Hanbali atau Hanafi wujud atau Al-Ghazali yang menolak bila ditawarkan kerusi penting hanya kerana memikirkan soal jawab di akhirat dan bebanan yang tidak mampu terpikul?

Sama-samalah kita mencarinya.

SELASA 23 DISEMBER 2008  SESUDAH SUBUH

Sucikan jiwamu dengan berzakat

Posted: December 24, 2008 in Tazkiyatunnafs

Salam,

Di penghujung tahun 2008 ini, masing-masing kelihatan sibuk mengambil cuti. Tinjauan saya di mana-mana pejabat sekalipun ramai yang sudah siap-siap “apply” cuti untuk macam-macam urusan. Malah ramai staff saya yang memohon cuti. Ada yang hendak membeli belah untuk persiapan sekolah anak-anak untuk tahun 2009, ada pula nak pergi melancong  malah ada yang saja-saja cuti untuk menyelesaikan masalah tertangguh seperti ‘servis kereta’,”scalling gigi’ dan macam-macam lagi. Maklumlah hujung tahun ini program dah berkurangan, kerja pun dah susut maka inilah peluang yang ditunggu-tunggu untuk ambil cuti.

Tidak salah untuk bercuti. Masing-masing mempunyai tanggungjawab dan urusan yang perlu diselesaikan. Cuma perlu diingatkan, sebelum terlupa ada satu lagi KEWAJIPAN yang perlu disegerakan iaitu mengeluarkan zakat.

Saya lihat sepanjang bulan Disember ini, kaunter-kaunter Pusat Zakat dibuka 7 hari seminggu bagi membantu memudahkan umat Islam mengeluarkan zakat. Namun, berapa ramaikah dari kita yang sentiasa berpesan-pesan dengan rakan-rakan sepejabat,sahabat handai, jiran tetangga dan sanak saudara supaya melangsaikan zakat untuk tahun ini? Tahun 2008 akan meninggalkan kita,justeru tunaikan Rukun Islam yang ketiga ini tanpa bertangguh-tangguh lagi. Bonus akhir tahun pun dah dapat maka bersegeralah mengeluarkan zakat.

Zakat mempunyai banyak jenis sepert zakat perniagaan,zakat simpanan dan bagi kita yang makan gaji ini zakat pendapatan.

Saya suka memfokuskan perbincangan ini kepada zakat pendapatan kerana majoriti daripada umat Islam di Malaysia bekerja makan gaji. Zakat pendapatan merupakan ijtihad para ulama kontemporari antaranya seperti Dr.Yusoff Al-Qardhawi yang bertujuan untuk kemaslahatan umat Islam. Dewasa ini kaedah atau mekanisme untuk mengeluarkan zakat pendapatan ini telah dimudahkan. Untuk tidak membebankan umat Islam, maka kaedah pembayaran boleh dibuat melalui potongan gaji atau pembayaran secara bulanan di bank-bank tertentu yang mempunyai kemudahan tersebut. Malahan kemudahan pembayaran melalui perbankan internet juga telah diperkenalkan secara meluas.  Justeru, tiada lagi alasan atau ‘excuse’ tidak sempat untuk ke pejabat PPZ atau tidak jumpa amil kerana semuanya telah dipermudahkan. Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman!Keluarkanlah sebahagian hasil usaha yang kamu perolehi dan sebahagian hasil bumi yang kami keluarkan untuk kamu[sebagai zakat]. (Al-Baqarah :267)

“Ada pun orang yang memberikan apa yang ada padanya pada jalan kebaikan dan bertakwa, serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan. Sebaliknya orang yang bakhil dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta dia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memudahkannya untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. [Al-Lail: 5-10]

duit-duit-duit-duit

duit1sened7

Janganlah ada di antara kita yang memandang ringan kewajipan menunaikan rukun Islam ke-3 ini kerana akibatnya sangatlah buruk. Khalifah pertama, Sayyidina Abu Bakr sendiri mengambil keputusan untuk memerangi orang-orang yang mengingkari perintah mengeluarkan zakat ini. Agaknya, kalaulah Saiyidina Abu Bakr ini ditakdirkan hidup semula di zaman kita, tentulah ramai di antara kita yang akan diperanginya. Mohon perlindungan dari Allah hendaknya.

Bertanyalah, bermuhasabahlah…. berapa akaun bank yang kita ada?

Berapa pula jumlah simpanan tetap atau FD yang kita ada?

Berapa lama pula tempoh simpanan kita tersebut?

Adakah bank yang kita gunakan untuk menyimpan ada mengeluarkan zakat untuk wang simpanan kita setiap tahun?

Berapa lama pula kita TERABAI SECARA TIDAK SENGAJA atau TERLALAI,TERLUPA dari mengeluarkan zakat sebelum kita benar-benar tersentak menyedarinya?

Bagaimana pula dengan zakat KWSP yang kita perolehi secara “one-shot” sebaik saja kita menerimanya?

Kita selalu berpesan-pesan dengan urusan keduniaan malangnya berapa ramai dari kita yang berpesan-pesan atas urusan akhirat pula?

Ramai berpesan “Cepat beli baju. Sekarang murah.hujung tahun,banyak sales ;

tetapi tidak ramai atau hampir tidak kedapatan mereka yang berpesan ” Cepat tunaikan zakat, dah hujung tahun ni, ramai orang fakir dan miskin di luar sana yang memerlukan wang zakat kita”

Insaflah, sedarlah… janganlah memandang enteng dengan kewajipan berzakat kelak diri akan dipersoal di akhirat. Zakat bukan sahaja menyuburkan harta atau pendapatan yang mungkin diperolehi dengan cara yang salah TETAPI dengan mengeluarkan zakat maka ianya memberi ketenangan kepada jiwa, mententeramkan malahan menyuburkan jiwa yang gersang dengan sinar keimanan. Percayalah, ramai di antara mereka yang saya temui menemui ketenangan dengan cara begini. Tidak rasa rugi apa-apa, malahan Allah akan memberikan rezeki yang murah melalui jalan-jalan lain yang tidak disangka-sangka.

Saya tidak tahu apa lagi alasan yang akan diberikan di hadapan Allah dan Rasulnya nanti akibat kegagalan berzakat walaupun saya mampu. Mungkin saya boleh memberikan alasan seperti tidak ada masa, sibuk dengan kerja,pusat pungutan zakat jauh dan macam-macam lagi alasan yang boleh diberikan SEDANGKAN jalan-jalan untuk mengeluarkan zakat telah dipermudahkan oleh pihak yang berwajib. Malahan promosi melalui iklan dan bill board juga telah disebarluaskan cuma saya saja yang tidak ambil pusing. Mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dalam golongan yang leka di dunia ini.

Tinggal seminggu sahaja lagi. Ayuh!!!! Usah ditangguh lagi. Bersegeralah kerana sesungguhnya Allah telah membuka pintu-pintu kebajikan seluas-luasnya di penghujung tahun ini.

RABU 24 DISEMBER 2008  SESUDAH FAJAR

Dosa-dosa di belakang tabir

Posted: December 25, 2008 in Tazkiyatunnafs

hell

Dari Tsauban dari Nabi saw bersabda: Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan. Kata Tsauban kepada nabi saw:

“Wahai Rasulullah ! Ceritakanlah keadaan mereka kepada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tidak mengetahui.

Jawab nabi saw:  Mereka merupakan saudara-saudara kami dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah di malam hari seperti kamu juga, TETAPI mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia). Hadith Riwayat Ibnu Majah no.4245, Sahih Al-Albani.

20081295853344360_81

Saya terjumpa hadith di atas semasa melayari blog seorang pendakwah dan motivator terkenal di Malaysia. Saya tersentak,terpaku. Lidah saya menjadi kelu.Muka pucat lesi. Hadith ini tidak pernah saya jumpai selama ini. Yang pasti, saya cukup bimbang bila membaca hadith ini.

Saya jadi takut sekiranya saya tergolong dalam golongan yang dikhabarkan oleh Nabi saw ini. Orang yang kita sangka baik, alim,warak di hadapan manusia, memiliki rekod dan imej baik di mata manusia tiba-tiba terlibat dengan perbuatan-perbuatan haram yang dilakukan secara sembunyi atau di  luar pengetahuan manusia lain menyebabkan amal soleh beliau selama ini terhapus begitu sahaja bagaikan debu-debu yang berterbangan. Pahala beliau yang menggunung hasil ketaatan beliau ketika di dunia hancur lebur begitu sahaja bila dibawa di hadapan Tuhan Rabbul Jalil.

Dan mungkin dosa kecil yang dilakukan berulang-ulang kali ketika bersendirian boleh bertukar menjadi dosa besar yang tidak terampunkan. Segala usaha dan penat lelah beribadah selama hidup di dunia langsung tidak bernilai. Nauzubillahiminzalik.

KESIMPULAN

Ketaatan kepada Allah melalui amal soleh yang dilakukan mestilah SEIRING DAN SEJALAN dengan meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah yang mungkin mengakibatkan kemurkaan Allah. Hentikan dosa-dosa kecil yang mungkin dilakukan tanpa disedari apatah lagi dosa-dosa besar seperti menerima rasuah,memberi rasuah, makan riba dan sebagainya kerana akibat dari dosa besar ini amatlah buruk.

Dosa yang dilakukan secara TERANG TERANGAN sudah tentulah dibenci Allah. Namun dosa yang dilakukan secara SEMBUNYI-SEMBUNYI, TANPA PENGETAHUAN MANUSIA LAIN sebenarnya lebih mengaibkan kerana kesannya adalah lebih buruk. Pelakunya akan melakukan berulang-ulang kali kerana menyedari tiada siapa yang tahu melainkan dirinya sahaja NAMUN Allah menyaksikannya apa yang manusia lain tidak lihat dan ketahui.

Justeru, amalan bermuhasabah diri perlu dilakukan setiap hari terutamanya sebelum tidur. Fikirkan dan hisablah diri sebelum terlambat. Jika kesalahan dengan Allah maka cepat-cepatlah beristighfar sebanyak mungkin dan bertaubatlah. Jika dengan manusia pula, pohonlah kemaafan dari yang empunya diri.

Mudah-mudahan amal soleh kita selama ini seperti solat,puasa, zakat,haji dan amalan sunat lain tidak terhapus begitu saja dek perbuatan yang diharamkan Allah.

KHAMIS 25 DISEMBER 2008

Salam,

4 tahun yang lepas pada tanggal 26 Disember 2004 berlakulah tragedi tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa. Kepada mereka yang kehilangan anak,isteri dan keluarga tercinta tentunya tragedi ini sukar dilupakan dan menjadi pengalaman pahit yang bisa menitiskan air mata setiap kali mengenangkan tragedi ini.

Di Malaysia, kawasan yang terjejas teruk ialah di Pulau Pinang dan Kuala Muda. Di Acheh, kesannya lebih buruk lagi bila lebih 150 ribu nyawa terkorban.

 

Mayat di celah-celah sampah

Mayat di celah-celah sampah

Gambaran mahsyar di dunia

Gambaran mahsyar di dunia

Tiada apa lagi yang tinggal

Tiada apa lagi yang tinggal

Sesungguhnya apa yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. Segalanya mempunyai hikmah yang tersembunyi. Firman Allah :

” Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ‘kami telah beriman! sedangkan mereka tidak diuji. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan yang berdusta.

[Al-Ankabut:2-3]

Sebenarnya ujian yang kita terima dan sedang berhadapan dengannya, adalah tidak lain untuk mengingatkan kepada asal kejadian kita, iaitu untuk beribadat kepada-Nya, apabila kita diuji dalam keadaan taat dan mati kerananya, maka kita sedang melakukan perkara yang soleh, tetapi sebaliknya apabila kita mati dalam keadaan maksiat dan menentang Allah, dikhuatiri kematian kita itu menjadi kutukan di sisi Allah SWT, justeru, marilah kita sama-sama menginsafi diri dan banyak melakukan muhasabah kepada Allah. 

Firman Allah lagi:

“Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?

“Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? 

“Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.” (Al-A’raf:97-99)

Ayat di atas cukup jelas menunjukkan bahawa Allah boleh mendatangkan apa sahaja masalah kepada manusia hingga hilangnya rasa aman dalam diri, sama ada sedang tidur di waktu malam, atau sedang mengurus program hidup di waktu siang hari.  [petikan dari  Tazkirah Ustaz Zainuddin Hashim]

Kapal di laut berlabuh di darat

Kapal di laut berlabuh di darat

worldly

Mudah-mudahan kita tidak menjadi manusia yang mudah lupa. Selepas kejadian semuanya kembali kepada Allah. Selepas 4 tahun kita mula melupakan peristiwa tragis ini. Sesungguhnya terlalu banyak peringatan Allah di dalam peristiwa ini. Bermuhasabah dan berfikirlah…

PUTRAJAYA JUMAAT 26 DISEMBER 2008

Bila hati berkarat

Posted: December 27, 2008 in Tazkiyatunnafs

Dari Ibn Umar r.a, Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana besi berkarat jika terkena air.” Tanya sahabat, “Ya Rasulullah, apakah pembersihnya? Sabda Baginda, “Banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.” [ Hadith Riwayat Al-Baihaqi]

PENGAJARAN

Manusia yang banyak membuat dosa dan lalai dari mengingati Allah akan menyebabkan hatinya berkarat seperti besi yang berkarat bila terkena air. Dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati, hati akan menjadi bersinar kembali.

Hati ibarat cermin. Hati yang bersih umpama cermin yang bersih berkilat. Semakin bersih cermin itu, maka semakin terang cermin itu dan semakin mudah memantulkan cahaya keimanan. Manakala, hati yang berkarat pula ibarat cermin yang kotor berdebu maka sukarlah untuk memantulkan cahaya makrifat. Semakin sukarlah pula untuk menerima hidayah Allah. Hati yang berkarat adalah natijah daripada maksiat yang dilakukan. Hati yang kotor hanya boleh dibersihkan dengan membaca Al-Quran dan banyak mengingati mati. Membaca Al-Quran bukan sekadar memerhatikan huruf,tajwid, fathah dan dhammah sebaliknya hendaklah bertafakkur dan merenungi maksud ayatnya.

2472978678_d8266c67c3

Dalam satu hadith dinyatakan bahawa jika seorang hamba melakukan satu dosa maka akan timbul satu titik hitam dalam hatinya. Jika dia bersungguh-sungguh bertaubat, insyallah titik hitam itu akan hilang. Sebaliknya jika dia terus hanyut dengan perbuatan maksiatnya berkali-kali maka akan muncul banyak titik hitam dalam hatinya sehingga boleh menutupi terus hatinya dari menerima cahaya Allah. Bila hati menjadi hitam legam dan kotor maka akan hilanglah keinginan dan kecenderungannya untuk berbuat kebaikan malah hati tadi akan condong ke arah kejahatan.

Firman Allah :

“Sekali-kali tidak; sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.” [Al-Muthafifin: 14]

Hadith: “Aku tinggalkan padamu 2 nasihat, yang satu berbicara, dan yang satu lagi diam. Yang berbicara adalah Al-Quran, dan yang diam adalah mengingati mati.” [dipetik dari kitab Fadhail Amal]

Semoga Allah memelihara kita hati dari memperolehi hati yang berkarat.

27 DISEMBER 2008  10.16 malam Putrajaya

Selamat tahun baru 1430H

Posted: December 28, 2008 in Uncategorized

Salam,

Sebentar tadi kita baru sahaja mengucapkan selamat tinggal kepada tahun Islam 1429. Selepas Asar tadi juga banyak masjid dan surau-surau di seluruh dunia Islam amnya dan Malaysia khususnya mengadakan bacaan doa akhir tahun. Tinjauan saya di surau-surau sekitar Putrajaya dan Bangi mendapati kebanyakan surau mengadakan doa akhir tahun sekitar jam 6.50 petang iaitu sebelum masuknya waktu maghrib. Manakala doa awal tahun pula dibacakan seusai solat maghrib.

Alhamdullillah, saya sempat bersama berjemaah dengan jemaah surau Al-Mizan Presint 8. Rasa syahdu dan terharu bila membaca doa akhir tahun memohon keampunan dan taubat dari Allah. Rasa bersemangat dan azam yang menyala-nyala bila membaca doa awal tahun. Majlis diteruskan dengan tazkirah pendek dan selepas itu disusuli dengan solat Isyak dan ‘light refreshment’.

Walaupun sambutan secara sederhana, tiada dentuman bunyi bunga api di udara dan percikannya yang memecah keheningan malam, namun saya amat bersyukur kerana masih ramai yang diberi kesedaran oleh Allah untuk datang beramai-ramai memeriahkan dan meraikan kedatangan tahun Islam ini.

MENSYUKURI NIKMAT BERAGAMA

 Cuma sehari dua ini kalau kita perasan berita terutamanya di channel Astro Awani memaparkan nasib saudara-saudara seagama dengan kita di bumi Palestin khususnya di Gaza. Berbeza sungguh. Kita berjuang untuk makan minum, tempat tinggal dan keselesaan hidup kita manakala mereka berjuang untuk membebaskan tanahair dan mempertahankan Islam yang dianuti. Di sini kita dapat mengamalkan Islam tanpa rasa risau dan bimbang tetapi di sana hatta hendak bersolat di masjid pun tidak selamat. Inilah nikmat beragama yang sedang kita kecapi tanpa diganggu gugat dan seharusnya kita mensyukurinya dengan menambahkan ketaatan kepadaNYA.

 JANGAN MEREKA DILUPAKAN

Kedatangan tahun baru hijri atau masihi 2009 yang akan menjelang beberapa hari mungkin tiada maknanya bagi mereka. Saban hari mereka dihujani dengan bom dan peluru berpandu. Saban hari nyawa melayang tiada nilainya.

Kekejaman Yahudi tiada batasan

Kekejaman Yahudi tiada batasan

Kebelakangan ini tiada berita-berita panas mengenai isu Arab-Israel yang tiada penghujungnya. Berpuluh-puluh siri perbincangan dan pertemuan dua hala diadakan. Berkali-kali gencatan senjata telah dimeterai namun Israel terus menerus mencabuli perjanjian demi perjanjian menggunakan pelbagai alasan yang bukan-bukan.

Bebaskan Palestin

Bebaskan Palestin

Tiada lagi istilah kebahagiaan dalam diari hidup kanak-kanak di sana. Pembelajaran sering terbantut. Pengangguran juga bertambah. Yang pasti Israel terus menekan orang-orang Islam sehingga mereka terpaksa menyerahkan satu persatu hak milik mereka bermula dengan tanah sehinggalah nyawa tergadai.

TANGGUNGJAWAB SAUDARA SEAGAMA

Sempena dengan tahun baru ini marilah kita bertanya kepada diri kita sudah cukupkah peranan yang kita mainkan untuk membantu saudara-saudara seagama kita di sana?

Sudah cukupkah wang yang didermakan atau diinfaqkan kepada tabung-tabung bantuan kemanusiaan di sana?

Apakah kita selalu mengingati mereka dan sering MENDOAKAN KESELAMATAN dan pertolongan Allah kepada mereka setiap saat dan detik dalam menghadapi kekejaman Yahudi?

Jika belum marilah kita sama-sama berazam dan bertekad untuk melakukan sebaik mungkin untuk membantu mereka. Kita mungkin tidak mampu untuk turun berjihad dengan senjata tetapi kita mampu untuk berjihad harta benda dan wang ringgit. Bantulah. Saya cukup bimbang jika kita termasuklah diri saya sendiri dipersoalkan di hadapan Allah nanti apakah cukup bantuan yang telah kita berikan untuk membantu mereka?

Dan apakah saya dan anda semua mampu untuk berhujah di hadapan Allah sekiranya saya dan anda gagal berbuat demikian?

Peribahasa cubit paha kiri paha kanan terasa perlulah diamalkan. Teringat satu hadit yang berbunyi “Tidak sempurna iman kamu sekiranya tidak menyintai saudara kamu sebagaimana kamu menyintai diri sendiri”.

Wahai saudara-saudaraku, saya cukup gerun bila membaca transkrip khutbah jumaat seorang pemimpin Hamas yang berkunjung ke Malaysia tahun lepas mengenai tanggungjawab umat Islam lain yang tidak mengambil pusing masalah umat Islam di Palestin. Khutbah beliau begitu menyentuh perasaan dan bisa menggetarkan jiwa yang lalai daripada membantu saudara seagama.

Mudah-mudahan di tahun baru ini kita semua berubah dan berazam untuk membantu saudara seagama yang menerima nasib malang sama ada di Palestin, Selatan Thailand, Kashmir atau di mana-mana sahaja.

28 DISEMBER 2008 [1 ZULHIJJAH 1430] Putrajaya 11.25 malam

Cakap serupa bikin

Posted: December 29, 2008 in Uncategorized

forest1

Salam Tahun Baru Hijriah 1430.

Salam Tahun Masehi 2009 yang bakal menjelang 2 hari saja lagi.

Anjuran untuk melakukan kebaikan atau amar ma’ruf dan pencegahan kemungkaran[nahi mungkar] mestilah menjadi agenda yang berterusan untuk mendepani tahun baru ini. “

Namun begitu, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada muslimin dan muslimat di luar sana termasuk pada pendakwah supaya “cakap serupa bikin” atau buat apa yang dikatakan. Jangan suruh buat tapi dia sendiri tak buat.”

Itulah antara petikan seruan dalam satu Forum Maal Hijrah yang sempat saya hadiri 3 hari lepas.

Firman Allah :

Apakah kamu menyuruh manusia supaya mengerjakan kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri, padahal kamu membaca Al-Quran. Apakah kamu tidak berfikir? [Al-Baqarah: 44]

Dalam ayat di atas, Allah berfirman supaya orang-orang yang mengajak orang lain melakukan kebajikan dan ketaatan supaya tidak mengabaikan diri sendiri. Dirinya sendiri mestilah buat perkara yang dianjurkan terlebih dahulu sebelum menyuruh atau mengajak orang lain untuk mengikutinya. Justeru, dalam bentuk alif lam Istifham, Allah menempelak orang-orang sebegini dengan ayat pertanyaan seperti “apakah kamu tidak berfikir”.

Kalau kita kaji dalam Al-Quran banyak sekali ayat-ayat pertanyaan sebegini. Tujuannya ialah untuk menyedarkan manusia yang leka. Sudah ada Al-Quran di tangan namun masih tidak mahu berfikir,merenung dan seterusnya melaksanakan. Sebab itu Allah swt bertanya kembali dalam bentuk sindiran.

Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! mengapakah kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bila kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” [As-Saff: 2-3]

Sesungguhnya Allah membenci orang-orang yang membuat janji atau mengatakan sesuatu kepada orang lain tetapi dia sendiri tidak menepati atau melakukan. Dewasa ini, kita melihat ramai sekali manusia yang cakap tapi dia tak buat. Ada yang mengadu bos dia suruh buat itu dan ini,ikut  prosedur ikut peraturan. Jangan langgar prosedur. Tapi “at the end of the day” dia sendiri yang langgar prosedur, dia sendiri yang “buldoze” peraturan yang dia suruh semua kakitangan bawahan patuhi. Ini contoh mudah peraturan dunia, bagaimana pula peraturan yang Allah buat.

Saya pernah menghadiri satu kursus etika 10 tahun lalu yang dianjurkan oleh Majlis Peguam. Penceramah yang menyampaikan ceramah tentang ketelusan dan etika cukup berpengalaman. Namun, beberapa tahun lepas itu dia ditangkap di Vietnam kerana melarikan wang amanah “client” yang disimpannya. Inilah cakap tak serupa bikin.

Saya pasti kadang-kadang kita pun terjeremus juga dalam perkara-perkara semacam ini. Selalunya dalam hal-hal kecil. Mudah-mudahan penyakit ini tidak merebak menjadi lebih besar dan memakan diri.unit15_28

Rasulullah saw bersabda: “Kelak pada hari Kiamat, akan ada seseorang yang didatangkan, kemudian dilemparkan ke Neraka, maka terkeluarlah segala isi perutnya seraya berputar-putar di dalam neraka… lalu para penghuni neraka semuanya berkumpul dan berkata : ” Hai fulan,apa yang terjadi padamu? Bukankah engkau dulu telah menyuruh melakukan ma’ruf dan mencegah dari melakukan kemungkaran?

Jawab orang itu: “Benar, aku dulu memang menyuruh manusia berbuat baik tetapi aku sendiri tidak mengerjakannya, dan aku memang mencegah perbuatan mungkar, tetapi aku juga mengerjakannya”. [Muttafaqun alaih] dipetik dari Riyadhus Salihin 1.

29 DISEMBER 2008 [1 MUHARRAM 1430] Putrajaya 12.00 tgh.

Apa ada dengan Palestin

Posted: December 30, 2008 in Pautan Siasah

Rasulullah SAW ada bersabda,

“ Barangsiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka”

Sabda Rasulullah SAW

“ Muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, jangan kamu menzaliminya, mengkhianatinya atau menyerahkannya kepada mereka yang hendak menzaliminya”

Salam,

Sebak di dada,terharu di jiwa bila menonton berita-berita terkini mengenai serangan pengganas Israel ke atas umat Islam Palestin di Semenanjung Gaza. Sedih dan pilu melihat gambar anak-anak kecil yang tidak berdosa dipanggil menghadap illahi dalam bentuk yang tidak tergambarkan. Dentuman bom dan peluru berpandu yang tidak bermata dan mengenal usia membaham jiwa-jiwa kecil yang tidak berdosa. Semoga Allah menggantikan kehidupan dunia mereka yang hilang dengan kehidupan di akhirat yang menyenangkan.

Melihatkan anak-anak kecil yang menderita, terbayang anak-anak di rumah yang seusia. Bayangkanlah sekiranya perkara yang sama terjadi pada kita. Menjerit, meraung memnita tolong dunia, namun dunia Islam khususnya negara-negara Arab di sekelilingnya tidak dapat berbuat apa-apa. Alangkah malangnya kita.

captcpsoqh58301208024626photo00photodefault-512x483

Tahun 2008 semakin menutup tirai dengan tragedi demi tragedi.

Bermula dengan tanah runtuh di sana sini, kematian dan kini kita dikejutkan dengan serangan yang telah mengorbankan lebih 350 nyawa mengikut sumber AFP dan Al-Jazeera. Israel bertindak secara menggila hanya kerana mahu menumbangkan Hamas sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat Palestin melalui pilihanraya yang sah.

Dan setakat ini tiada lagi tanda-tanda bahawa serangan akan dihentikan.

Amerika Syarikat seperti dijangkakan menyalahkan Hamas sebagai punca utama dan hanya meminta supaya serangan tidak ditujukan kepada orang awam namun mampukah peluru mengenal semua itu??

Lebih menyedihkan bila Presiden Palestin Mahmood Abbas semalam turut bersama Amerika Syarikat menyalahkan Hamas. Di mana maruah beliau sebagai saudara Islam yang sanggup melihat saudara seagamanya ditindas hanya kerana perbezaan ideologi politik.

 

Anak-anak kecil yang tidak berdosa

Anak-anak kecil yang tidak berdosa

Belum pun serik dengan kekalahan yang memalukan Israel pada tahun 2007 bila dihalau oleh Hizzbullah di Selatan Lubnan, kini mereka cuba pula mensasarkan kemarahan dan kebencian mereka kepada Islam dan penganutnya kepada rakyat yang tidak bersenjata atau yang hanya mempunyai batu di tangan.  

Al-Jazeera semalam ada menyiarkan dokumentari setengah jam mengenai sikap ganas dan militan Israel. Disingkap kembali apa yang berlaku dalam peperangan Arab-Israel pada tahun 1967 yang menyaksikan Israel memenagi peperangan tersebut dan menawan Semenanjung Sinai milik Mesir.

Beberapa tahun selepas itu, Mesir yang dipimpin oleh Anwar Sadat membalas kembali dan menawan semula Semenanjung Sinai. Dalam peperangan beberapa hari tersebut dilaporkan beratus-ratus kereta kebal Israel dimusnahkan di padang pasir dan dilaporkan bahawa Mesir ketika itu menggunakan senjata “anti kereta kebal” yang dicipta oleh Russia. Beribu-ribu tentera Israel terbunuh dan satu monumen yang mengandungi nama-mana mereka didirikan berdekatan Jerusalem atau Baitul Maqdis.

Dan Yahudi tidak pernah mengaku kalah. Belajar dari kekalahan yang memalukan mereka bangkit semula dengan mencipta sebuah  kereta perisai moden bernama ‘Merkeva” atau “God Chariout” yang dianggap sebagai yang terbaik dalam modelnya. Kereta kebal yang selesa dengan aircond dan peti sejuk di dalamnya dikatakan tidak boleh dikalahkan oleh mana-mana senjata dan peluru berpandu.

Namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Dalam peperangan dengan Hizbullah kereta kebal yang dibanggakan dimusnahkan oleh tentera Hizbullah sebaik sahaja memasuki sempadan Lubnan. Ternyata perancangan Allah mengatasi perancangan manusia yang jahat.

Merkeva yang dibanggakan

Merkeva yang dibanggakan

Apakah sikap kita dalam menangani isu ini?

Cukupkah sekadar mengangkat sepanduk dan berdemonstrasi di jalan-jalan raya?

Memadaikah dengan hanya membakar bendera Israel sebagai tanda protes?

Cukupkah dengan menghantar memorandum yang mengandungi tandatangan bantahan kepada kedutaan US dan sekutunya?

Cukupkah jika semua Parlimen di dunia membahaskan usul mengutuk Israel tanpa ada tindakan yang tegas diambil?

captcpsoqg91291208225937photo00photodefault-512x330

Memadaikah dengan hanya mengutuk serangan ini?

Cukupkah kita dengan sekadar mencipta puisi dan sajak untuk dideklamasikan di malam-malam apresiasi seni dan budaya sedangkan realitinya mereka sangat-sangat memerlukan pertolongan kita?

Fahamkah perasaan kita?

Adakah kita benar-benar dapat menyelami perasaan rakyat Palestin,memahami masalah yang dihadapi oleh mereka setiap hari. Isu kelaparan, tidak cukup zat makanan, tiada pekerjaan,dihalang daripada mendapat pendidikan tinggi,dihalang dengan tembok di sana sini, pergerakan yang sentiasa terbatas dan kebebasan yang disekat?

Sebagai orang awam kita sebenarnya tidak mampu berbuat apa-apa.

Namun sebagai saudara seagama sebenarnya kita masih mampu berbuat sesuatu. Selain huluran wang ringgit dan harta benda kita mampu untuk BERDOA.

Sabda Nabi saw: “Doa adalah senjata bagi orang yang beriman.”

Saya rasa sudah sampai masanya kita mengamalkan doa Qunut Nazilah setiap kali selepas solat lima waktu. Doa yang diamalkan oleh nabi saw ketika menghadapi peperangan. Sahabat baik saya Hilal Asyraf di Yarmouk Jordan memasukkan dalam entry yang cukup menyentuh perasaan. Diperturunkan sedikit kata-kata beliau.

Berdoalah…

 

Agar nanti bayi-bayi yang mati terbunuh, remaja-remaja yang tidak sempat dewasa, ibu yang kehilangan anak, isteri yang kehilangan suami, pejuang-pejuang yang syahid, tidak menjadi saksi atas kecuaian kita kepada mereka.

 

Mereka saudara kita. Bukankah ALLAH telah berfirman…

 

“ Sesungguhnya setiap mu’min itu bersaudara…”

 

Rasulullah SAW juga telah bersabda,

 

“ Mu’min dengan mu’min itu ibarat satu jasad, kalau sakit satu bahagian jasad itu, yang lain juga akan terasa”

 

Mari berdoa bersama-sama

 Saya takut dan bimbang jika kita dikategorikan sebagai kaum yang cuai terhadap nasib saudara seagama di palestin.

Saya cukup bimbang jika usaha yang saya lakukan untuk mereka tidak mencukupi.

Namun saya dan anda mampu berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah agar menurunkan bantuanNYA kepada mereka.

captcpsoqg72291208220437photo00photodefault-512x342

 

Saya sama sekali tidak dapat menerima jika ada yang melabelkan perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanahiar mereka sebagai “militan”. Mereka bukan militan tetapi pejuang sejati. 

Bukan pejuang kemerdekaan tetapi pejuang agama. Justeru, kematian mereka merupakan kemuliaan di sisi Allah. Saya berdoa semoga Allah mengurniakan syahid kepada mereka.

Mideast Egypt Gaza Border

MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

Di sebalik kesibukan kita dengan pekerjaan dan keluarga, ambillah peluang untuk membaca sejarah Palestin dan tipu daya Yahudi. Bagaimana kewujudan Perjanjian Belfour 1914 dan usaha-usaha Yahudi untuk melobi Kesultanan Uthmaniyyah di Turki supaya menyerahkan Palestin yang disanggah oleh Pemerintah Turki ketika itu dengan jawapan “itu adalah tanah wakaf seluruh umat Islam di dunia.

Bacalah dengan mata hati sejarah penaklukan dan pembebasan Baitul Maqdis oleh Saidina Umar Al-Khattab dan peperangan-peperangan yang menyusul selepas itu.

Bacalah pula kejayaan Sultan Sallahuddin Al-Ayyubi yang sekali lagi membebaskan Palestin dan memerintah dengan adil dan saksama serta peranan baginda mendamaikan antara Islam dan Kristian.

Akan adakah insan seperti Saidina Umar dan Sallahuddin Al-Ayyubi di zaman millenium ini muncul untuk membebaskan Palestin atau apakah ini hanya satu illusi yang tidak mungkin menjadi kenyataan.

Sesungguhnya umat Islam perlu berubah.

Teringat saya satu hadith di dalam kitab Riyadhus Salihin karya Imam An-Nawawi:

“Tidak ada hijrah lagi selepas pembukaan kota Makkah melainkan jihad dan niat. [Muttafaqqun alaih]

Marilah kita sama-sama menghayati nasib rakyat Palestin melalui pembacaan sejarah mereka yang panjang. Bumi yang telah disumpahkan di dalam Al-Quran :

“Demi buah Tin dan buah buah zaitun.demi Gunung Sinai.dan demi negeri [Makkah]yang aman ini.”

[At-Tin: 1-3]

 Sesetengan ahli tafsir mentafsirkan bahawa sebenarnya Allah bukan sahaja bersumpah dengan buah tin dan zaitun sebaliknya bersumpah dengan negeri keluarnya buah tin dan zaitun. Negeri itu adalah Baitul Maqdis atau Palestin yang dimuliakan di dalam Al-Quran. Dan kini Israel dan Yahudi telah mengambil faedah daripada kesuburan tanah di bumi ini dengan mengeskport  buah tin dan buah zaitun yang disifatkan sebagai buah yang terbaik di dunia.

 Marilah kita melupakan kesibukan kita dengan urusan kehidupan kita sejenak…

Marilah kita berfikir dan mengambil berat tentang Palestin.

Marilah kita ambil peduli tentang nasib rakyat Palestin.. dengan doa yang tak terlupakan….

 

Ya ALLAH, KAUlah tuan kepada Masjidil Aqsa, KAUlah tuan kepada tanah suci Baitul Muqaddas, KAU jugalah tuan kepada nyawa-nyawa saudara kami yang sedang bermatian bertahan dan berjuang di Gaza dan seluruh Palestin. Maka dengan penuh hina, kami HAMBA, memohon kepada KAU, TUAN kepada segala-galanya untuk membantu segala benda yang menjadi milikMU. Bantulah hamba-hambaMu ya ALLAH, bantulah mereka, bantulah mereka.

Ya ALLAH, Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Zal Jalali Wal Ikram.

30 - 31 DISEMBER 2008 [2 MUHARRAM 1430H] jam 11.00 -12.05  tgh malam Putrajaya.

Awan Hitam di Gaza

Posted: December 31, 2008 in Religion

” Dan tidak akan redha sama sekali orang-orang Yahudi dan Nasrani selagi kamu tidak mengikuti agama mereka.

[Al-Baqarah:120]

Berita semalam melaporkan serangan masih berlanjutan ke atas Gaza. Jumlah yang terkorban dan cedera semakin meningkat. Israel menjanjikan bahawa serangan ini akan ditamatkan beberapa minggu lagi.

“We are ready to deepen and widen the operation in order to make sure that the calm and tranquility will come back to the region”.

Ehud Barak, Israeli Defence Minister

Persoalannya, bolehkah kenyataan semacam ini dipercayai?

Sudah berapa banyak perjanjian demi perjanjian antara PLO dan Israel dicabuli?

Ingat lagikah kita dengan Perjanjian Camp David yang ditandatangani pada tahun 1979 antara Presiden Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel Menechem Begin di mana perjanjian ini mempunyai peruntukan mengenai masa depan Palestin khususnya Gaza dan Tebing Barat? Namun sehingga kini masih belum kelihatan tanda-tanda kedua-dua wilayah ini akan dibebaskan atau diberi kemerdekaan penuh sebaliknya Israel terus memperkukuhkan kedudukannya di situ.

Cuma di atas kertas

Cuma di atas kertas

Peperangan tahun 1973  juga dipanggil sebagai “Yom Kippur” oleh Israel menyaksikan Israel hampir-hampir menyerah kalah bila diasak oleh Mesir di selatan dan Syria di sebelah utara menyebabkan timbulnya desakan supaya gencatan senjata dibuat. Kalau tidak kerana campur tangan US sudah tentu tentera Mesir akan mara dari Semenanjung Sinai hingga ke Tel Aviv kerana pada waktu itu seluruh kekuatan tentera Israel telah dimusnahkan.

Ingatkah lagi kita pada peristiwa pembunuhan beramai-ramai kem pelarian Shabra dan Shatila pada tahun 1982? Bagaimana tentera Israel di bawah pimpinan Ariel Sharon mengepung kem ini dan seterusnya membunuh kanak-kanak dan bayi,merogol wanita dan membuang mayat-mayat mereka ke dalam tong-tong sampah.

Dan lihat pula Perjanjian Oslo tahun 1994 antara Yasser Arafat dan Yitzhak Rabin di mana Ketetapan Oslo atau Oslo Accord merencanakan pelaksanaan pemerintahan sendiri Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza selama lima tahun. Menurut Deklarasi Utama atau Declaration of Principles, Israel harus mula berundur segera dari tempat-tempat yang didudukinya; dan sebagai imbalannya, PLO bersetuju untuk mematuhi resolusi PBB yang mengakui kewujudan Israel di samping menggalakkan keselamatan dan keamanan yang berpanjangan antara masyarakat Arab dan Yahudi di wilayah yang bergolak.

Namun apakah yang terjadi pada semua deklarasi ini?

Ke mana hala tuju dan masa depan negara Palestin dan rakyatnya?

20081230112918355580_81

Baca pula Al-Quran Surah Toha dan lihat bagaimana Bani Israel yang degil menyembah lembu yang dibuat oleh Samiri apabila Nabi Musa meninggalkan kaumnya untuk sementara waktu.

Lihat pula sirah nabawiyyah di mana nabi saw berdepan dengan Bani Quraizah, Bani An Nadhir dan Bani Qainuqa’ iaitu kaum Yahudi yang sentiasa menimbulkan masalah dan mencabul perjanjian dengan nabi saw.

Dan kini kita menyaksikan sejarah lama berulang kembali.

MELETAKKAN SENSITIVITI

Sempena tahun baru hijrah 1430 dan tahun 2009 esok, saya ingin mengajak diri saya dan anda semua di luar sana supaya memberikan sedikit ruang kepada isu Palestin di hati kita. Sekurang-kurangnya “reserve” sedikit masalah ini di kotak fikiran kita selain dari masalah-masalah kerja di pejabat,anak-anak dan kehidupan sendiri yang tiada penghujungnya. Sekurang-kurangnya Allah juga akan memberikan perhatianNYA kepada kita di dunia yang satu lagi atas keprihatinan dan sikap ambil peduli kita tentang masalah umat Islam lain.

Dan syabas sekiranya kita dapat bergerak lebih jauh dari situ ke dimensi yang lebih besar dengan memberikan sumbangan kepada pertubuhan-pertubuhan amal dan NGO Islam yang menyokong Palestin. 

Masalah umat Islam merupakan masalah sejagat. Ianya tertentu, ianya melibatkan kepentingan ramai dan agama. Dan dari sudut penyelesaiannya ianya perlu disegerakan. 

KISAH SEDIH PALESTIN

Lihatlah laporan di media-media dan bacalah dengan penuh minat selain dari membaca kisah-kisah perkahwinan dan perceraian artis yang tidak memberi manfaat.Di kala pemimpin negara Arab dan pemimpin Muslim lainnya di seluruh sedang menikmati juadah yang paling mewah di muka bumi, penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang kelaparan akibat kepungan kejam pihak berkuasa Israel, semakin terdesak sehingga terpaksa memakan rumput untuk meneruskan hidup.

“Apa yang kami mampu lakukan ialah makan rumput. Hanya ini pilihan yang ada bagi memastikan kami sekeluarga dapat hidup,” kata Amra Abu, ibu lapan anak kepada akhbar Britain, The Times, sambil menuding ke arah rumput hijau yang tumbuh liar di tepi jalan raya Gaza. Setiap pagi, beliau dan anak perempuannya, Rabab, 12, mengutip rumput di sepanjang jalan raya yang didakwanya selamat dimakan.  Amra, 23, turut mengemis bagi mendapatkan wang untuk membeli bahan api.  “Saya sudah lupa bilakah kali terakhir dapat makan buah-buahan,” kata Rabab yang memakai pakaian lusuh dan seluar jeans koyak.

Penderitaan Amra antara kisah sedih yang terus menyelubungi Semenanjung Gaza selepas Israel menutup semua pintu masuk ke Gaza yang menempatkan kira-kira 1.6 juta penduduk.  [Sumber: Berita Harian 17/12/2008]

Rasulullah saw bersabda,

“Tidaklah beriman dengan ku orang-orang yang tidur dengan perut kenyang sedangkan dia mengetahui jirannya sedang kelaparan” .

[HR Bukhari dan al-Hakim]. jabalia-nov24-2

Malam ini ramai di antara kita yang akan menyambut tahun baru 2009.

Kegembiraan menanti detik 12 malam akan disambut dengan sorakan dan percikan bunga api di udara. Disusuli pula dengan hiburan dan konsert-konsert ambang 2009. Persoalannya, wajarkah kita bergembira, berseronok sedangkan nasib saudara-saudara kita di sana di ambang maut?

PENUTUP

Bilakah akan datangnya pertolongan Allah? Saya rasa elok direnungkan  sabda nabi saw yang bermaksud:

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ‘Gharqad’, kerana ia adalah pokok Yahudi”. [ Hadith sahih Bukhari]

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya. Saya kira cukup pengamatan dan analisis pendek saya mengenai masalah Palestin. Saya pasti ramai lagi di luar sana yang telah mengupas isu ini dengan mendalam dari sudut sejarah,politik,kemanusiaan dan lain. Saya cuma mengutip fakta dan melihat dari perspektif untuk mewujudkan sensitiviti umat Islam yang beriman ke atas penindasan umat Islam lain. Supaya, dari rasa hati dan kasihan belas ini akan melahirkan natijah yang lebih baik ke atas pembentukan akhlak dan syahsiah muslim.

Selamat Tinggal 2008. Moga awan hitam yang menaungi Gaza ketika ini akan segera berlalu. 

ABU WAFI, Putrajaya


Salam Tahun Baru 2009

Posted: January 1, 2009 in Uncategorized

2008_12_30t201655_450x342_us_australia_newyear

Salam,

Alhamdulillah.Puji-pujian kepada Allah yang memanjangkan umur kita kita dapat menghirup udara di tahun baru 2009. Tahun yang belum tahu apa yang sedang menunggu kita.

Namun  penganalisis ekonomi dunia meramalkan bahawa akan berlaku kemelesetan ekonomi yang dasyat dalam tahun ini. Kemungkinan besar kilang-kilang akan ditutup akibat aktiviti “down sizing” dan “retrenchment” pekerja-pekerja serta implikasi-implikasi lain yang sedang dijangkakan. Kita tunggu dan lihat. 

Bagi mereka yang telah menyimpan azam baru, maka berusahalah untuk mencapainya sebelum berakhirnya 2009.

Bagi yang gagal mencapai azam 2008 maka sambunglah projek azam anda di tahun 2009.

Bagi yang bakal mendirikan rumahtangga mungkin ada yang akan memilih tanggal 9.9.2009 bagi mengharapkan tuah.

Bagi yang gagal inilah masa untuk anda bangun semula.

Bagaimana pula masa depan untuk Islam di tahun baru ini? Apakah lebih gemilang dan terbilang?

Semuanya saya serahkan kepada kebijaksanaan kita semua untuk merancang dan selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Hidup biar penuh keberkatan. Rezeki biar sedikit tetapi tidak putus, mencukupi dan membahagiakan.

Kemewahan jangan menjadi agenda utama kerana yang penting ‘barakah’ atau kebaikan yang Allah beri dalam hidup kita akan datang.

Ahlan wa sahlan 2009!

Abu Wafi, Putrajaya

Ungkapkan kata-kata terbaik

Posted: January 2, 2009 in Uncategorized

p8090038

Pernahkah anda diminta untuk memberikan ceramah, tazkirah atau kata-kata yang mengandungi nasihat kepada orang lain?

Pernahkah anda diminta untuk memberi nasihat kepada jiran,sanak saudara, sahabat handai yang mengalami masalah kehidupan?

Pernahkah anda memberi nasihat yang baik-baik kepada insan yang paling dekat dengan anda. Dan nasihat anda pula mengandungi ayat-ayat indah dari Al-Quran, hadith Nabi saw, kata-kata hikmah dari para sahabat?

Dan pernahkah anda menolaknya?

Saya kira ramai di antara kita yang pernah menerimanya. Malahan saya sendiri pernah diminta untuk memberi tazkirah kepada sekumpulan remaja lewat kepulangan saya ke kampung beberapa tahun lepas.

Seingat saya, saya pernah memberi tazkirah semasa menyertai satu kumpulan team building di Selama, Perak 6 tahun lepas. Sampai sekarang saya masih ingat lagi ayat-ayat Al-Quran yang saya petik untuk memberi semangat dan motivasi kepada para peserta.

Sebenarnya jika anda berpeluang atau diminta untuk memberikan nasihat-nasihat berguna kepada orang lain atau diminta memberi tazkirah atau “thought of the day” kepada orang lain MAKA ketahuilah ini merupakan KESEMPATAN yang diberikan oleh Allah untuk anda mengucapkan kata-kata terbaik kepada orang lain.

Firman Allah :
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?”                                                                          [Surah al-Fushilat :33)

Betapa kita tidak menyedari bahawa kehidupan kita sehari-hari kebanyakan kata-kata yang keluar dari mulut kita dipenuhi dengan kata-kata yang tidak perlu,tidak baik, boleh mengundang kemarahan, boleh melukakan hati kawan dan yang ditakuti boleh menjerumuskan diri ke dalam dosa.

Dan terkadang kata-kata kita boleh menyebabkan hati orang yang mendengarnya terguris dan berbekas bertahun-tahun lamanya. Bukankah ini satu dosa? dan bukankah ini akan mengundangkan kemarahan Allah.

Bagaimana pula dengan gosip dan umpat mengumpat yang dilemparkan ketika kita duduk bersembang kosong dengan rakan-rakan di pejabat?

Justeru, jika anda diminta untuk mengungkapkan kata-kata terbaik kepada orang lain, maka jangan ditolak kesempatan ini. Mungkin kata-kata terbaik yang anda pernah ucapkan boleh memadamkan dosa-dosa anda akibat kata-kata buruk yang anda pernah lafazkan.

Fikirkan, dan renungkan.. alangkah indahnya jika nasihat dan kata-kata terbaik anda "berbekas" di hati orang lain dan sentiasa diingati sepanjang zaman. Alangkah indahnya, jika kata-kata terbaik kita itu mampu untuk mengubah hidup orang lain daripada negatif kepada kehidupan yang lebih bermakna.

Kata-kata terbaik adalah kata-kata yang bersumberkan dari Al-Quran, Hadith, kata-kata sahabat dan nasihat para ulama.   

_41873256_qaradawi_203

Kata-kata terbaik adalah kata-kata yang menyeru kepada kebaikan, mengerjakan amar ma'ruf dan mencegah kemungkaran.

Kata-kata terbaik adalah kata-kata yang mengajak insan lain supaya mentaati Allah dan menjauhi segala larangannya.

Kata-kata terbaik adalah kata-kata yang menceritakan tentang pembalasan syurga dan neraka di hari akhirat.

Kata-kata terbaik adalah kata-kata terindah yang menusuk kalbu dan membekas di dalam jiwa seterusnya membentuk mukmin bertaqwa.

Kata-kata terbaik sukar untuk disanggah kerana ungkapan ini penuh dengan kebenaran.

Kata-kata terbaik boleh memberikan kelegaan dan kepasrahan kepada sesiapa yang mendengarnya.

Ingatlah, tanpa ungkapan kata-kata terbaik diucapkan dari mulut kita maka banyaklah manusia yang akan tersesat dari landasan kebenaran.

Sabda Nabi saw : "Sampaikan dariku walau satu ayat".

Sesungguhnya kita berkewajipan untuk menyampaikan apa yang hak dan yang batil.

" Macam mana saya nak menasihatkan orang lain sedangkan saya tak ada ilmu, gagap lagi,tak pandai bertazkirah, kena tanya ustaz" inilah ungkapan yang mungkin akan kedengaran jika sebahagian dari kita disuruh berdakwah kepada insan lain. Pada hal Nabi saw telah menyuruh kita supaya menyampaikan kebenaran dan kebatilan walaupun satu ayat. Mustahil tiada satu pun nilai-nilai murni dari Islam yang pernah kita pelajari untuk disampaikan kepada orang lain.

Contohilah, ketika Nabi Musa a.s diperintahkan oleh Allah supaya berjumpa Firaun dan mengajak beliau kepada kebenaran. Padahal Nabi Musa a.s seorang yang tidak lancar lidahnya berbanding saudaranya Nabi Harun a.s. Lantas, Nabi Musa berdoa :

"Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkan urusanku, dan lepaskan lancarkan lidahku, agar mereka memahami maksud perkataanku". [Toha:25-28]

Allah swt telah memperkenankan doa baginda ini dalam ayat ke 36 dan ini merupakan satu petunjuk bahawa sekiranya kita mahu mengungkapkan kata-kata terbaik kepada orang lain maka mohonlah pertolongan dari Allah sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Musa a.s.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jika kita mahu insyallah Allah akan menggerakkan kemahuan kita agar menjadi tindakan.

Selagi nadi masih berdenyut,berusahalah setiap waktu dan keadaan untuk mengungkapkan kata-kata terbaik kepada rakan sekerja,jiran, saudara mara dan sahabat handai kerana amat malang sekali sekiranya kita semua dijemput menghadap Allah tanpa sempat mengucapkan kata-kata terbaik kepada orang lain.

[adaptasi dengan pengubahsuaian dari artikel tulisan sahabatku Faridul 2006]

ABU WAFI, Putrajaya

Kenapa jadi begini

Posted: January 4, 2009 in Uncategorized

BERITA PERTAMA

KUALA LUMPUR, Jan 1 (Bernama) — Police arrested a female newscaster of a private television station, an actress and 24 others who took part in a sex party at a hotel room in Jalan P. Ramlee here today.

The two woman and seven others — six men and a woman — tested positive for drugs, said ASP Mahani Ahmad of the police’s vice, gambling and secret society branch.

All those arrested during the 3.30am operation aged between 18 and 31 years, she said when contacted.

She said the police also found liquor and various drugs like ketamine, cocaine and syabu in the room on the 11th floor of the hotel and a 20-year-old student of a Kelana Jaya private college believed the drugs supplier was among those held.

During the raid, three couples were on the bed while the rest were entertaining themselves believed intoxicated, she said.

BERITA KE-2

Keseronokan tiga sahabat menyambut tahun baru berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan kereta.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan ke pusat bandar raya menuju ke Sg.Besi maut berhampiran terowong Jalan Tun Razak. [Sinar Harian 2.1.2009]

Salam,

Apa reaksi kita bila membaca dan mendengar berita seperti ini. Sedih? Sedih sebab kematian atau sedih melihat gelagat umat Islam yang semakin hanyut dengan keseronokan dunia yang sementara ini?

Senario pertama memaparkan kehidupan umat Islam di Malaysia yang semakin hilang pegangan agamanya. Sambutan Tahun Baru 2009 disambut dengan pelbagai keseronokan dan kegilaan yang tidak tergambarkan. Arak, dadah menjadi hidangan manakal hotel pula menjadi medan untuk melampiaskan nafsu serakah.Menyambut tahun baru dengan pesta seks adalah budaya biasa di Barat, tetapi di Malaysia satu perkara baru yang bakal mengundang kemurkaan Allah.

Di Kuantan pula, dalam buletin utama dilaporkan bahawa Jabatan Agama Pahang telah menyerbu sebuah hotel dan menangkap 5 orang pemuda dengan seorang anak gadis yang tidak berbaju.

Saya tidak tahu apa lagi nak dikata. Yang pasti golongan muda Melayu Islam sudah jelas terpengaruh dengan budaya kuning dari Barat. Mereka ternyata telah jauh hanyut, jauh tersasar. Siapakah yang patut dipersalahkan dalam perkara ini? Ibu bapa atau pihak berkuasa?

Saya cuma mahu mengajak kita semua berfikir jauh di luar kotak bila membaca dan mendengar berita-berita semacam ini. Ke manakah “direction” atau hala tuju masyarakat Islam di Malaysia?

Pastinya masyarakat Islam kita sudah dijangkiti penyakit umat-umat terdahulu. Budaya hedonisme atau keseronokan yang melampaui batas telah menular. Saya bimbang jika keadaan ini dibiarkan berleluasa tanpa sekatan maka tidak mustahil suatu hari nanti negara kita akan hancur kerana golongan pemuda dan pemudi kita telah musnah akhlak dan jati diri. Saya bimbang sekiranya Allah swt menurunkan balanya kepada kita sebagai hukuman dan azab sebagaimana yang diturunkan kepada umat-umat terdahulu. Ingatkah kita bagaimana kaum Tsamud dihancurkan oleh Allah atas kemungkaran yang dilakukan. Begitu juga dengan kaum Nabi Luth dan kaum-kaum yang telah pupus di muka bumi ini.

Saya kadang-kadang sakit kepala memikirkan kebejatan sosial yang semakin hari semakin parah. Bimbang memikirkan masa depan anak-anak di rumah yang sedang membesar. Bimbang mereka akan terpengaruh dan terjebak dalam perkara-perkara yang negatif. Teringat doa yang diamalkan oleh Nabi Ibrahim a.s :

” Ya Tuhan kami! jadikanlah aku dan keturunanku generasi yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami perkenankan doaku. [Ibrahim:40]

Maksud dirikan solat bukan sekadar melaksanakan pergerakan ruku’ dan sujud sebaliknya menghayati falsafah solat itu dalam seluruh aspek kehidupan mereka kerana solat yang sempurna adalah benteng kehidupan. Firman Allah swt:

” Sesungguhnya solat itu akan mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”

Setiap awal tahun inilah fenomena yang selalu kita dengar dan kita lihat. Apa yang berlaku memerlukan penyelesaian yang konkrit dan “holistik”. Bagi saya hanya agama atau Islam yang boleh menyelesaikan masalah ini.

Kembalilah kepada Islam. Kalau semua menghayati konsep “pahala” dan “dosa” saya pasti kedua-dua berita di atas tidak akan berlaku. Minum arak dosa besar, berzina dosa besar,berhibur di pusat hiburan dengan bercampur lelaki dan perempuan secara bebas adalah haram dan berdosa.

Kembali kepada Islam ialah dengan menekankan aspek amar ma’ruf dan nahi mungkar. Kebaikan sentiasa dianjurkan namus aspek pencegahan gejala mungkar sering diabaikan oleh kebanyakan dari kita. Nabi saw bersabda:

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia memperbetulkan dengan kedua belah tangannya, sekiranya tidak mampu denga lidahnya sekiranya tidak mampu dengan kebencian di dalam hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman”

Memperbetulkan dengan tangan bermakna menggunakan kuasa yang ada di tangan kita untuk mencegah kemungkaran.

Menggunakan lidah adalah dengan nasihat.

Diam sahaja dan membenci di dalam hati adalah perbuatan terakhir yang disifatkan sebagai selemah-lemah iman.

Semoga kita tergolong di dalam kedua-dua golongan di atas iaitu yang berani menggunakan tangan yakni kekuasaan dan lidah kerana kedua-dua tindakan pencegahan ini memerlukan KEIMANAN yang tinggi.

Apa pun kesudahannya, perkara ini perlu dihentikan segera. bercakap mengenai memberi pendidikan kepada remaja dan belia memang sudah banyak program dan kempen yang mengajak golongan ini kepada nilai-nilai murni telah dianjurkan. Namun aspek pencegahan berdasarkan hadith di atas saya kira masih kurang atau hampir tidak kedapatan. Pendekatan psikologi sahaja tidak mencukupi. Pendekatan “carrot and stick” perlu dilaksanakan segera sebelum semuanya terlambat untuk diperbetulkan.

Damage has been done. Saya berdoa supaya kerosakan yang berlaku kepada akhlak generasi muda Islam bukanlah satu “irrepairable damages”.

Abu Wafi, Putrajaya

Salam,

Palestin lagi. Lagi lagi Palestin. Tak sudah-sudah dengan berita Palestin dan kekejaman Regim Yahudi menjarah bumi suci ini.

Tahun baru di Palestin disambut dengan pengeboman dan pembunuhan di serata Semenanjung Gaza. Tahun baru di Malaysia disambut dengan percikan bunga api, konsert,arak dan pesta seks.

Tahun baru di Palestin disambut dengan kematian rakyatnya yang menemui syahid. Tahun baru di Malaysia pula ditangisi dengan kematian di jalan raya akibat merempit,mabuk dan keseronokan terlampau.

Sesungguhnya dunia Islam sedang meratapi kematian kanak-kanak kecil,wanita dan orang tua yang lemah.

Sesungguhnya dunia Islam tidak dapat berbuat apa-apa melainkan tunggu dan lihat sahaja.

Kebetulan baru-baru ini, saya mengikuti satu kuliah maghrib yang diselitkan dengan kisah Palestin. Kata ustaz, semangat juang HAMAS tidak pernah padam dan semakin manyala-nyala berikutan serangan Israel yang bertubi-tubi. Keimanan mereka tidak berkurang walau sedikit pun, malahan semakin bertambah kerana mereka melihat kematian adalah suatu kemuliaan dan ganjarannya adalah syurga.

Cuma tinggal Gaza menjadi kubu pertahanan terakhir HAMAS iaitu satu-satunya pertubuhan politik di Palestin yang masih mengangkat senjata. Israel mahukan Semenanjung Gaza bebas dari HAMAS seperti mana yang berlaku di Tebing Barat. Tebing Barat tidak pernah memberontak dan melancarkan walau sebutir peluru berpandu ke wilayah Israel. Namun, apakah Tebing Barat mendapat layanan istimewa dari Israel? Jawapannya tidak sama sekali, malahan Tebing Barat Masjidl Aqsa dikepung sentiasa dan tentera Yahudi bertindak kejam membunuh rakyat di kawasan tersebut.

Semalam saya menonton berita Al-Jazeera,CNN dan BBC berselang seli. Paling menarik ialah ulasan wartawan AL-Jazeera di tempat pertempuran. Beliau melaporkan bahawa walaupun tentera Israel telah memasuki jalan darat, tentera HAMAS masih galak melancarkan peluru berpandu sehingga 41 tembakan ke dalam wilayah Israel. Inilah yang ditakuti oleh Israel sebenarnya. Hakikatnya mereka amat takut berdepan dengan pejuang-pejuang Islam yang menjadikan syahid sebagai matlamat hidup mereka.

Saya tertarik untuk mengenengahkan ulasan dari 2 individu yang menulis tentang isu ini. Saudara Hilal menyatakan Palestin merupakan teguran Allah untuk kita. Teguran yang hendak menyatakan bahawa ummat ISLAM hari ini telah jauh dari pegangan ISLAM yang sebenar. Inilah teguran, yang menyatakan bahawa ummat ISLAM hari ini telah berpecah belah. Inilah teguran, yang menyatakan bahawa ummat ISLAM hari ini semakin melemah.

Manakala saudara Nik Abduh menyatakan isu Paletin bukan soal derma dan sedekah sahaja. Sebaliknya, Palestin adalah jihad dan kewajiban. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu. Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam.

Tambahannya lagi, Allah tidak menerima RM100.00 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan ridhaNya….. bahkan kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.

Saya tertarik juga dengan ulasan seorang pemimpin HAMAS bila ditanya apakah dia tidak takut sekiranya semua pemimpin HAMAS dan pejuangnya dilanyak oleh tentera Israel. Jawab beliau, memang Israel boleh menang dalam peperangan ini namun yang penting katanya biar kalah di dunia tetapi kami akan menang di akhirat kelak. Itu janji Allah.

Subhanallah! Betapa yakinnya beliau pada janji Allah. Betapa tingginya keimanan yang ditunjukkan kepada kita walaupun terpaksa hidup dengan memakan rumput, menghadapi sekatan demi sekatan namun keimanan terhadap Allah tidak pernah berkurang.

Lihat pula komen ulama Islam terkemuka Dr.Yusuf Al-Qardhawi :

qaradawi

“Ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

“Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut ” ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha.

Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.

“]Jenazah budak Palestin berusia 4 tahun, Lama Hamdan sedang dikebumikan di utara Gaza pada 30 Disember 2008 lalu [palestin-info]

Jenazah budak Palestin berusia 4 tahun, Lama Hamdan sedang dikebumikan di utara Gaza pada 30 Disember 2008 lalu

Berita terkini melaporkan bahawa 11 askar Israel telah dibunuh pejuang HAMAS termasuk seorang yang berpangkat Kolenel manakala berbelas kereta kebal Israel turut dimusnahkan. Namun seperti biasa CNN dan agensi berita lain hanya melaporkan seorang tentera Israel terkorban.

Saya sedih melihat paparan berita di ahkbar-akhbar utama.

Saya sayu dan tidak sanggup menatap wajah anak-anak kecil yang terkorban sedangkan anak-anak kita di rumah sedang berlari-larian di halaman.

Namun hati saya yang gundah ini menjadi tenang bila terbaca sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud:

“Jangan kamu berkata bagi sesiapa yang dibunuh pada jalan Allah itu mati bahkan mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya.”

[A-Baqarah:154]Sesungguhnya kematian mereka sebenarnya adalah kematian yang sungguh istimewa,berharga dan bernilai berbeza dengan kematian orang Islam yang lain. Roh mereka ditempatkan di dalam tembolok burung-burung dalam syurga dan mereka sebenarnya sungguh bergembira dengan kematian mereka.

PENUTUP

Palestin merupakan satu-satu ujian yang Allah turunkan kepada kita selaku umat Islam yang mengaku beriman. Walaupun jauh, umat Islam di Malaysia dan Indonesia perlu berbuat sesuatu bagi meringankan penderitaan mereka. Tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dan jangan kita lupa bahawa kesenangan dan kemewahan yang diberikan oleh Allah kepada kita pada hari ini juga merupakan ujian kepada kita. Saya mengaku diri saya masih lemah.Iman juga lemah, Saya akui kelemahan pada diri dan memohon semoga Allah mengurniakan ketaqwaan yang tinggi kepada kita semua kerana dengan taqwa sahaja yang dapat membantu kita menggapai redha Allah.

ABU WAFI, Putrajaya

Bermulanya alam persekolahan

Posted: January 7, 2009 in Umum

Sudah 2 hari anak sulung saya wafi melangkah ke alam persekolahan Tahun 1. Dia begitu bersemangat dan teruja dengan alam yang baru ini. Bagi saya pula ini pengalaman pertama saya menghantar anak yang belajar di sekolah rendah. Sebelah petang pula Wafi perlu dihantar ke kelas KAFA. Segalanya perlu seimbang, dunia dan akhirat dan tidak salah kalau akhirat dilebih-lebihkan. Macam mimpi pula, rupanya-rupanya saya semakin tua. Rasa seolah-olah Wafi baru semalam dilahirkan.Ditatang,diberi susu dan kini dia telah telah pun melangkah ke alam persekolahan. Betapa pantasnya masa berlalu tanpa menunggu kita.

Taklimat kepada ibu bapa

Taklimat kepada ibu bapa

 

Hari pertama di sekolah

Hari pertama di sekolah

 

Di dalam kelas

Di dalam kelas

Dalam kelas 2

Dalam kelas 2

Saya terkenang zaman saya mula masuk persekolahan pada tahun 1980 di sebuah bandar kecil di Kedah. Cuma ada satu kelas darjah 1 dan segalanya “simple” tanpa komputer dan peralatan ICT yang canggih. Alat Bantuan Mengajar [ABM] yang digunakan guru juga ringkas, memadai dengan sekeping manila kad yang diwarnakan. Tiada power point presentation atau pertunjukan multimedia yang menarik hati.

Sesungguhnya anak adalah kurniaan yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang selepas iman kepada Allah dan Rasulnya. Apabila seseorang mendidik anak-anaknya dengan baik maka ketahuilah dia telah menunaikan kewajipannya terhadap Tuhan dan dirinya. Anak adalah faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan rahmatNya. Rasulullah saw bersabda:

” Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga”.

[Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim]

“Rasulullah saw mengucup kepala al-Hassan bin Ali dan di sisi baginda al-Aqra’ bin Habis al-Tamimi sedang duduk, lalu Aqra’ pun berkata: ‘Aku ada 10 orang anak tapi aku tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Maka Nabi saw pun melihatnya dan bersabda” ‘Sesiapa yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi.”

[Riwayat Bukhari]

Dan saya terjumpa satu hadith yang diriwayatkan oleh Al-Sayuthi:

” Kalaulah tidak kerana hamba-hamba Allah yang ruku’ dan anak-anak yang menyusu dan binatang ternakan yang ada nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu”.

Bercakap tentang “proses pentarbiyyahan” atau memberi pendidikan kepada anak-anak saya pasti sebahagian daripada kita mengetahui tanggungjawab untuk memberikan pendidikan dunia dan akhirat. Sesetengah daripada kita sanggup berbelanja besar untuk memberikan kejayaan kepada anak-anaknya tetapi tidak pula sanggup untuk mengeluarkan sedikit wang bagi melengkapkan ilmu agama sebagai bekalan di hari akhirat. Sesungguhnya setiap wang yang dikeluarkan untuk mengajar anak-anak dengan mengenal Allah akan diganjar oleh Allah.

Berkata Al-Alim al-Muslim al-Qabisi:

” Sesiapa yang inginkan anak yang menjadi penyejuk matanya hendaklah dia mengeluarkan wang untuk mengajar anaknya. Mudah-mudahan usahanya mengeluarkan belanja menghantar anaknya belajar Al-Quran dimasukkan oleh Allah sebagai satu golongan daripada golongan yang berlumba-lumba mengerjakan amalan-amalan kebajikan.

Maha Suci Allah! Saya sangat terkesan dengan kata-kata ulama ini dan percaya bahawa segala penat lelah, wang ringgit yang dibelanjakan untuk menjadikan anak memahami Al-Quran dan mengenal Penciptanya tidak akan tersia-sia begitu sahaja.

Saya mengimbau kembali nostalgia silam bila memulakan alam persekolahan. Pengalaman yang saya lalui sangat jauh berbeza dengan pengalaman anak-anak sekarang. Hidup di sebuah bandar kecil, di kelilingi oleh ramai kawan-kawan yang rata-rata hidup dihimpit kemiskinan menyedarkan saya betapa beruntungnya anak-anak zaman ini. Cabaran masa dulu tidak secanggih cabaran masa kini. Tapi inilah hakikat yang terpaksa dilalui generasi demi generasi.

Saya masih baru dalam dunia pendidikan anak-anak. Malahan saya merasakan bahawa saya tidak layak untuk bercakap mengenai isu ini apatah lagi untuk menasihatkan orang. Namun, saya ada membuat pemerhatian dan pembacaan berhubung isu ini bagi memperlengkapkan pengetahuan saya yang cetek mengenai isu pendidikan anak-anak di zaman yang serba mencabar ini. Cabaran mendidik anak merupakan cabaran yang terbesar untuk mendewasakan seseorang manusia supaya menjadi matang dan yang paling penting melahirkan insan yang mengenal penciptanya. Dan saya sendiri tidak mahu mendabik dada bahawa saya telah menjalankan kewajipan saya dengan cemerlang kerana ianya belum lagi terbukti. Walaupun begitu, insyallah jalan-jalan ke arah memberikan pendidikan dan pentarbiyyahan yang sempurna sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam sekurang-kurangnya telah saya terokai walaupun saya tidak pasti apakah kesudahannya nanti. Saya berdoa mudah-mudahan Allah membantu usaha saya dan usaha kita semua di luar sana yang berhasrat untuk melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Justeru, sama-samalah kita berusaha ke arah itu. Moga anak-anakku membesar dengan IMAN.

ABU WAFI,  Putrajaya.

Rujukan:

Abdullah Nasih Ulwan, 2003 Tarbiyatul Awlad Fil Islam, Kaherah, Mesir;

Anakku Hebat Anakku Soleh, Zahazan Mohamed, Telaga Biru 2006.

Menanti Sallahuddin kedua

Posted: January 8, 2009 in Uncategorized

Saya membuka lembaran suratkhabar hari ini dan semalam.

Saya menonton berita-berita di TV dan paparan di media antarabangsa.

Saya mula mengenali nama-nama wartawan Al-Jazeera yang berani melaporkan dari Gaza City iaitu Ayman Moheldin.

Saya kagum dengan keberaniannya berada di “war zones” keluar ke bandar Gaza menemuramah penduduk sekitar selepas 3 jam serangan Israel dihentikan.

Saya juga kagum dengan kefasihan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab fushah beliau.

Ada beberapa wartawan wanita dari stesen yang sama juga memiliki keberanian yang luar biasa.

Mereka tidak pergi berperang. Tetapi mereka sanggup berada di sana menggadaikan nyawa untuk memberikan berita-berita yang terkini dan adil.

Setakat ini Al-Jazeera tidak pernah mengecewakan saya.

Setakat ini, saya cukup rimas dan kecewa dengan laporan CNN dan BBC yang berat sebelah.

Kita hanya mendengar laporan kemusnahan di pihak Palestin. Tetapi kita langsung tidak dengar kemusnahan di pihak Israel.

Dan Al-Jazeera ada menyediakan ‘footage’ serangan pejuang HAMAS yang mengorbankan 10 orang tentera Israel dan mencederakan berpuluh yang lain. Walaupun berita ini tidak dilaporkan oleh media Barat  dan tidak dapat disahkan namun ianya amat mengganggu Israel dan sekutunya.

Semalam wakil Israel mempersoalkan laporan berita Al-Jazeera. Ternyata media memainkan peranan penting.

Lalu saya cuba mencari media alternatif lain untuk mengubat lara di jiwa kerana saya sakit hati,sakit kepala dan tidak sanggup untuk menatap dan mendengar kematian dan pembunuhan kejam di pihak Palestin.

Dan apakah kita memiliki keberanian untuk melawan Israel?

Tiba-tiba saya teringatkan Sultan Sallahuddin Al-Ayyubi pemerintah Mesir yang berjaya membebaskan Palestin dari pemerintahan Rom.

Kehebatan dan ketaqwaannya dikagumi musuh.

Saya menanti dengan penuh harap akan kedatangan Sallahuddin Kedua. Tenteranya adalah sebaik-baik tentera selepas tentera pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh yang membebaskan Constantinople dari cengkaman Rom.

Saya sangat kagum dengan ketaqwaannya,amal ibadahnya yang soleh. Dekatnya dia dengan Penciptanya menyebabkan bantuan Allah tiba untuk tenteranya.

Apakah beliau akan tiba untuk membebaskan Palestin di kurun ke 21 masehi ini?

Saya menanti dengan penuh sabar, dan berdoa semoga Allah menghantar bantuannya kepada pejuang-pejuang Islam di sana.

Namun, saya diberitahu bahawa tiada lagi Sallahuddin kedua atau ketiga atau seterusnya. Yang ada hanyalah DIRI KITA.

Bangunlah, dan gerakkan seluruh kekuatan yang ada pada kita untuk menentang penjajahan dan penjarahan Regim Zionis. Walaupun, kita tidak dapat pergi ke sana namun banyak lagi yang boleh dilakukan. Saya lihat NGO di Malaysia sudah mula bergerak agresif untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke sana. Mungkin sesuatu boleh dilakukan melalui bantuan-bantuan kemanusiaan seperti ini.

Mungkinkah  kita  Sallahuddin yang kedua itu?

ABU WAFI, Putrajaya

Palestin: Tanah yang dijanjikan

Posted: January 9, 2009 in Uncategorized

Salam,

Pertama, saya rasa malu yang teramat-amat sangat.Venezuela yang bukan negara Islam itu pun berani bertindak mengusir Duta Israel dari negaranya. Saya “salute” Mr.President Hugo Chavez. Beliau layak diberi anugerah pemenang Nobel atas keberaniannya. Saya mendoakan beliau diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam.Biar pun berbeza pegangan agama namun naluri kemanusiaan beliau betul-betul merentasi sempadan.

800px-hugo_chavez_in_brazil-18611

Kedua, saya cuba mencari maklumat mengenai sejarah Palestin yang panjang dan sejarah Yahudi di bumi kelahiran 3 agama samawi ini.

Saya terjumpa buku karangan Imran Hossein yang saya beli semasa pelancaran buku ini di Malaysia pada tahun 2007. Malah tandatangan penulis pada ‘preface’ buku ini bertarikh 11 Ogos 2007 masih jelas.

Buku bertajuk Surah Al-Kahfi and The Modern Age ini telah saya khatam dua tahun yang lepas. Saya membacanya kembali dan mencari maklumat berkaitan sejarah Palestin. Saya tertarik dengan satu hadith yang ditekankan oleh beliau mengenai kedatangan “dajjal” dan hampirnya hari kiamat.

” Prophet Muhammad p.b.u.h revealed … “when he [dajjal] is released, he would live on earth for forty days – one day like a year, one day like a month, one day like a week, and all this days like your days.”   

[Sahih Muslim]

Lebih menarik lagi dalam buku beliau sebelum ini bertajuk “Jerusalem in The Quran” beliau menyatakan seperti berikut:

When Dajjal was located in a day like a year, we observed that Britain was his headquaters and that Britain became the ruling state in the world.

When Dajjal moved to a day like a month we observed that  USA became his headquaters and that Britain became the ruling state in the world.

When Dajjal moved to a day like a week has begun when another state replaces USA and became the ruling state in the world.

Penulis buku ini telah mentafsirkan maksud hadith di atas mengenai kedatangan Dajjal di mana beliau menyatakan bahawa Dajjal yang dimaksudkan bukanlah dalam bentuk makhluk tetapi Britain, USA dan kini Israel adalah Dajjal yang sebenarnya. Beliau menganalisis dan membuat kesimpulan bahawa Israel akan menggantikan USA apabila USA mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk dan kini kita menyaksikan bahawa ekonomi USA adalah yang terburuk dalam sejarah. Telah ada petanda-petanda bahawa USA akan hilang cengkaman sebagai kuasa besar dunia, malahan “President Elect Barrack Obama” menyatakan bahawa beliau akan mewarisi sebuah negara yang mengalami masalah yang paling serious dan tugas beliau yang amat sukar untuk memperbaikinya.

Apa pun ini hanyalah “intepretasi” beliau mengenai hadith di atas. Manakala ulama-ulama lain mempunyai pemahaman yang berbeza mengenai kedatangan dajjal. Saya pernah terbaca dan mendengar pandangan seorang ulama bahawa dajjal adalah dalam bentuk fizikal datang untuk menyesatkan umat manusia. Namun Imran Hosein mentafsirkan Britain, USA dan kini Israel sebagai dajjal kerana mereka menguasai ekonomi dan kuasa besar di dunia mengikut sempadan masa tertentu. Britain adalah dajjal kerana merampas tanah Palestin dari Empayar Uthmaniyyah dan menyerahkan kepada Yahudi 30 tahun selepas perjanjian Belfour dan Britain juga adalah kuasa besar yang membahagi-bahagikan Empayar Uthmaniyyah mengikut negara-negara kecil yang diperintah secara monarki dan sesetengahnya sosialist bagi maksud untuk mematikan semangat kesatuan dan perpaduan di kalangan negara Arab.

USA menguasai ekonomi dan ketenteraan dunia selepas kurun ke-20, menyerang Iraq dan Libya kerana tidak mengikuti telunjuk mereka serta menipu dunia dengan perjanjian-perjanjian perdagangan yang berat sebelah.

Pada kurun ke-21 ini telah ada petanda bahawa Israel akan muncul untuk menggantikan USA.

Untuk maklumat lebih jelas dan terperinci bolehlah anda semua membaca buku-buku beliau. Penerangan dan tafsiran beliau sangat menarik dan saya sendiri memerlukan masa untuk memahami dan mengaitkan dengan keadaan yang berlaku sekarang.Terus terang saya katakan bahawa kebanyakan yang diandaikan oleh beliau dalam buku beliau semakin menampakkan realitinya sehari demi sehari.

KENAPA YAHUDI BERIA-RIA KEMBALI KE PALESTIN

Kenapakah kaum Yahudi yang bertebaran di seluruh pelosok dunia sanggup pulang ke Palestin wilayah yang telah dijanjikan kepada mereka?

Kenapa mereka sanggup meninggalkan istana dan rumah-rumah mewah di Eropah dan Amerika [kebanyakan mereka adalah golongan kaya] datang mendiami bumi padang pasir yang bakal mengundang masalah yang besar di kemudian hari?

Saya merujuk kepada Genesis 15:18 menyebut:

“Unto thy seed have I given this land, from river of Egypt unto the great river of Euphrates – untuk keturunanmu aku telah berikan tanah ini, dari sungai Nil hingga sungai Euphrates”.

Bukti dari Old Testament inilah yang dijadikan alasan untuk menjustifikasikan kepulangan mereka ke Palestin. Persoalannya adakah “thy seed” itu dirujuk kepada Bangsa Yahudi  sedangkan kita tahu bahawa kedatangan Al-Quran telah memansuhkan atau membatalkan semua syariat lain termasuk syariat Nabi Musa a.s melalui Taurat.

CITA-CITA BESAR YAHUDI

” Kita telah sampai ke Urshalem, dan di hadapan kita ada Yathrib[Madinah], kerana ia adalah milik kaum Yahudi.”

[Moshe Dayan- mantan Menteri Pertanahan Israel ketika menawan Jerusalem pada 7 Jun 1967]

HENTIKAN KEKEJAMAN YAHUDI

Sebenarnya banyak tindakan yang boleh diambil oleh kita antaranya memboikot barangan Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Israel.

“Seringgit yang kita belanjakan untuk beli barangan Amerika Syarikat bersamaan dengan seringgit untuk Israel membeli sebutir peluru untuk membunuh kanak-kanak Palestin”.   

 [Fatwa Dr.Yusoff Al-Qaradhawi]

“Hendaklah kalian bekerjasama di dalam melaksanakan kebajikan dan ketaqwaan, dan janganlah bekerjasama di dalam melakukan dosa dan permusuhan.Bertaqwalah kalian kepada Allah swt, sesungguhnya azab Allah itu amat pedih.”

[Al-Maidah: 2]

r2826314700

Tindakan kita mungkin terhad, mungkin tidak memberi kesan tetapi jika dilakukan dengan kerjasama sebagaimana ayat di atas memungkinkan Israel dan sekutunya gerun dan tunduk dengan perpaduan umat Islam.

Mudah-mudahan usaha ini akan memberikan impak kepada musuh Islam ini.

ABU WAFI, Putrajaya

 

Salam,

Tidak ada apa yang hendak dikatakan lagi. Saban hari berita mengenai penderitaan rakyat Palestin dan kekejaman tentera Israel menenggelamkan semua isu tempatan termasuklah isu Pilihanraya Kecil Parlimen P.036 Kuala Terengganu. Sudah masuk hari ke-15 dan tiada tanda-tanda bahawa pengeboman ini akan dihentikan.

hosamsersawiage6-92006

Semalam semasa solat Jumaat di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi, jemaah semua bersama-sama membacakan qunut nazilah dan menunaikan solat hajat seusai solat Jumaat.

Hari ini dan semalam demonstrasi demi demonstrasi diadakan di seluruh negara. Ternyata penderitaan rakyat Palestin turut dirasai oleh rakyat Malaysia.

Galakan untuk memboikot barangan syarikat yang menjadi penyumbang utama kepada Israel terus disuarakan. Namun, di sana saya masih mendengar suara-suara sumbang berbunyi:

” Kalau kita nak boikot mestilah dilakukan dengan “large scale”. Kalau setakat kita saja yang boikot sedangkan orang Islam lain di seluruh dunia masih membeli barangan mereka tak ada gunanya. Tak beri kesan pun.”

Sesungguhnya setiap kita perlu memberi sumbangan berdasarkan kemampuan yang ada. Tindakan memboikot oleh kita merupakan  sumbangan untuk agama kita. Walaupun hanya tinggal kita seorang sahaja di Malaysia memboikot sedangkan orang lain tidak, itulah sumbangan kita untuk Islam dan rakyat Palestin. Sesungguhnya Allah tidak menilai besar atau kecilnya sumbangan kita, atau apakah sumbangan kita itu mampu memberikan kesan kepada Israel atau tidak sebaliknya kesungguhan kita melakukan sesuatu untuk agama itulah yang akan dinilai  Allah. Kesungguhan kita bersandarkan kemampuan kita yang terhad menggambarkan ketaqwaan kita kepada Allah.

KISAH BURUNG KECIL

Teringat saya kepada kisah bagaimana Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Namrud di dalam api yang panas. Nabi Ibrahim a.s hanya mampu berdoa “Hasbunallah hi wani’malwakil” [cukuplah Allah sebagai penolong]. Tiba-tiba datang seekor burung kecil yang membawa setitis air melalui paruhnya. Burung kecil tersebut lantas menyiramkan titis air tersebut pada api yang besar dan marak untuk membantu memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Tindakan ini dilakukan berulang-ulang kali oleh burung tersebut. Dari segi logik, mustahil titis air yang dibawa oleh burung tersebut mampu memadamkan api yang besar. Bila ditanya kepada burung tersebut, burung tersebut menjawab “Biar pun kecil namun inilah sumbangan aku untuk membantu seorang pesuruh Allah”.

bird

Nah, patutnya kita berasa malu dengan burung kecil tadi. Walaupun usaha burung tadi boleh saya katakan sia-sia dan terlalu kecil namun usahanya akan dinilai oleh Allah.Usahanya itulah menunjukkan ketaqwaannya.

Berbalik semula mengenai isu boikot, jika kita sayangkan saudara-saudara kita di Gaza, maka hentikan daripada membeli barang-barang tersebut. Sebaliknya gantikan dengan barang-barang tempatan atau syarikat-syarikat yang tidak menyokong Israel. Lupakan seketika isu “brand” kerana jenama-jenama seperti Dona Karan,Calvin Klein, Loreal atau sebagainya tidak menggambarkan tidak patut dibanggakan kerana mereka adalah penyumbang kepada kehancuran umat Islam Palestin.

 Tindakan kita bukan sekadar MENGECAM, MENCEGAH tetapi juga dengan MENGUBAH. Kecaman dan kutukan telah kita lakukan dan yang tinggal ialah dengan mencegah diri kita dari membeli barang-barang yang menyokong Israel. Dan inilah perubahan besar yang kita boleh lakukan dalam tahun baru 1430 ini.

Wahai Gaza, Wahai Palestin inilah sumbangan kecil yang dapat saya lakukan untuk ummah.

ABU WAFI, Putrajaya

Sidang Khas Parlimen Mengecam Israel

Posted: January 13, 2009 in Umum

7bea815a908f2f9d7bcd5e14c933ba9d

Parlimen Malaysia semalam telah membahaskan usul mengecam kekejaman Israel di bumi Paletin. Kebetulan saya berada di sini untuk sama-sama mengikuti butir-butir perbahasan usul khas. Usul ini dibawa oleh YAB Perdana Menteri dan ucapan penggulungan oleh YB Menteri Luar. Walaupun usul ini diluluskan namun ianya sama sekali tidak dapat mengubah keadaan yang sedang berlaku di sana. Inilah yang terbaik boleh dilakukan. Selaku rakyat Malaysia yang prihatin yang menyokong usul ini tanpa berbelah bahagi.

20081227163542761734_8

Berikut adalah sebahagian intipati penting ucapan ahli-ahli Parlimen:

Perdana Menteri : Membaca Usul Mengecam tindakan Regim Zionis

Timbalan Perdana Menteri :  Menyokong Usul

Ketua Pembangkang: Meminta supaya Kerajaan bekerjasama dengan Kerajaan Indonesia dan Brunei untuk mengusahakan satu inisiatif yang lebih tegas untuk membela rakyat Palestin.

MP Marang : ” PBB ibarat sarang labah-labah, hanya memerangkap serangga kecil sedangkan helang yang besar gagal ditangkap sebaliknya memusnahkan sarang labah-labah tersebut. Israel adalah pengganas yang besifat Kerajaan [state terrorist]

MP Bagan : Menggesa kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas penunjuk-penunjuk perasaan mengecam Israel.

MP Pasir Mas : Menggesa Kerajaan supaya membatalkan perjanjian FTA dengan USA sehingga Israel berundur dari Palestin. Gaji kakitangan kerajaan dipotong sehari dan didermakan kepada rakyat Palestin.

Selain itu ada juga MP yang mencadangkan supaya penghantaran derma diselaraskan oleh Wisma Putera dan mencadangkan supaya Israel dibawa ke Mahkamah Antarabangsa.

Saya melihat ramai duta-duta dan diplomat asing kecuali Duta USA hadir untuk mendengar perbahasan usul berkenaan. Boleh dikatakan saya amat berpuas hati dengan intipati perbahasan. Buat kesekian kalinya pembangkang dan kerajaan menunjukkan solidarity dalam membela rakyak Palestin dan melupakan seketika perbezaan ideologi politik masing-masing.

Saya tidak pasti apa lagi tindakan yang boleh dilakukan oleh negara kecil seperti Malaysia. Namun cadangan-cadangan di atas saya rasa sangat bernas untuk dipertimbangkan. Semoga tindakan negara kita sekurang-kurangnya akan membuka mata negara kuasa besar supaya tidak memandang enteng isu Palestin.

 ABU WAFI, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur

Agenda Jahat Yahudi

Posted: January 16, 2009 in Uncategorized

PETIKAN TULISAN SAYA YANG PERNAH DISIARKAN DI SEBUAH AKHBAR TEMPATAN PADA TAHUN 2005  BERKAITAN PENGARUH YAHUDI

Assalamualaikum,

Saudara Pengarang,

Kebelakangan ini kita dibanjiri dengan pelbagai program realiti tv yang memualkan. Semakin hari semakin bertambah, malahan stesen-stesen tv di negara ini berlumba-lumba untuk mempromosikan rancangan realiti tv masing-masing yang ternyata bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Kita disajikan dengan rancangan-rancangan seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor, Mencari Cinta, The Most Beautiful dan yang terbaru One In a Million. Kegilaan terhadap realiti tv ini amat dasyat dan pengaruhnya amat menakutkan sekali.

Sebagai rakyat Malaysia yang mencintai Islam, saya melihat fenomena realiti tv ini sebagai satu ancaman kepada pembangunan intelek rakyat Malaysia khususnya. Ternyata rancangan seperti ini langsung tidak memberi faedah dan menyumbang kepada pembangunan negara. Malah ianya seolah-olah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia amnya dan umat Islam khususnya amat lemah dari segi intelek dan hanya memikirkan soal-soal picisan seperti jodoh dan mencari bakat-bakat nyanyian semata-mata.

Seperti biasa, kebanyakan rancangan realiti tv ini lebih menumpukan kepada mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian. Kalau dahulu kita tidak mengetahui tentang ilmu vokal, kini kita lebih mengenali istilah-istilah seperti ?vibrato, falsetho? daripada mengenali istilah-istilah tajwid seperti ?izhar? atau ?idgham bila ghunnah? yang sepatutnya menjadi kewajipan untuk setiap individu muslim untuk mengetahuinya sebagai satu alat untuk memahami Al-Quran.

Persoalannya, adakah agenda mencari penyanyi lebih afdhal dari agenda memulihkan akhlak rakyat Malaysia yang mengalami keruntuhan yang amat dasyat. Firman Allah yang bermaksud :-

“Dan di antara mereka (ada) orang yang (membeli) mempergunakan perkataan yang tidak berguna (lahwal hadis) untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.” (Surah Al-Luqman: 6)

Ulama mentafsirkan perkataan lahwal hadis sebagai hiburan atau nyanyian-nyanyian yang melalaikan dan menyesatkan manusia dari mengingati Allah swt. Manakala perkataan “yashtari” atau membeli dalam ayat ini bila ditafsirkan dalam konteks semasa, ialah terdapatnya di kalangan manusia hari ini sanggup membeli hiburan seperti menghantar undi melalui sms. Undi melalui sms ini adalah satu bentuk pembelian hiburan secara tidak langsung dan sangat bertepatan dengan ayat al-quran di atas. Ternyata Al-Quran telah mendahului kita, cuma manusia pada hari ini sahaja yang tidak mahu mengambil pengajaran.

Hujah songsang menyokong realiti tv

Namun begitu, terdapat hujah-hujah songsang oleh pihak-pihak yang menyokong realiti tv ini. Mereka hanya berhujah berdasarkan logik akal semata-mata. Sebagai contohnya seorang tokoh media di negara ini dalam Malay Mail pada 2 Ogos 2005 menyatakan :-

We should not underestimate Malaysian viewers as they know how to differentiate between Western and Malaysian values. Malaysians are empowered to select what they want to watch. Our literacy rate is high, so there is no need to be worried about reality TV programmes.”

Kita sepatutnya tidak boleh memandang rendah kepada penonton tv Malaysia kerana mereka tahu membezakan antara nilai Barat dan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Rakyat Malaysia berkuasa untuk memilih atau menentukan apa yang mereka hendak lihat dan tonton. Kesedaran kita sangat tinggi, jadi tidak perlu bimbang tentang program realiti tv. (terjemahan)

Manakala seorang lagi tokoh yang berpengaruh didalam industri hiburan pula menyatakan

We just need to look around ourselves to know that things are changing. Malaysians are smart enough to know what?s good and bad. In the music industry too, I have to accept changes, the music revolutions and to keep in touch with the real world whether I like the changes or not.

Kita perlu melihat di sekeliling kita untuk mengetahui bahawa keadaan sudah berubah. Rakyat Malaysia sudah cukup bijak untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Di dalam industri muzik, saya terpaksa menerima perubahan, revolusi muzik dan perlu mengambil tahu tentang keadaan sebenar dunia sekarang sama ada saya suka atau tidak. (terjemahan)

Agenda Yahudi melalaikan umat Islam

Sebenarnya program realiti tv ini merupakan satu bentuk penjajahan baru ke atas pemikiran umat islam atau “ghazwatul fikr”. Ini merupakan agenda Yahudi dan Nasrani yang mempunyai agenda tersembunyi untuk melemahkan umat Islam melalui serangan pemikiran yang akan mematikan daya tahan, daya juang dan semangat jihad umat Islam. Umat Islam dilekakan dengan program realiti tv ini.

Mereka tidak lagi berminat untuk mengetahui nasib saudara seagama mereka yang tertindas di Palestin atau di Iraq. Mereka lebih senang menangisi penyingkiran peserta AF daripada menangisi nasib umat Islam lain yang dibunuh, disiksa oleh tentera Israel di bumi Palestin.

Dan kini kita berhadapan dengan senario peperangan yang semakin merebak antara tentera Israel dan Hizbollah. Berapa ramai antara kita yang menyuarakan bantahan terhadap penindasan terhadap umat Islam di Palestin? Di manakah semangat juang dan jihad kita untuk membantu saudara-saudara seagama kita menentang penjarahan dan kekejaman bangsa Yahudi?

Di mana suara OIC sebagai pertubuhan yang menjaga kebajikan negara-negara umat Islam? Cukupkah sekadar mengutuk tindakan regim yahudi yang menyerang dan membunuh penduduk awam di Lubnan? Tiadakah tindakan yang tegas diambil oleh semua negara umat Islam seperti menghantar tentera ke Palestin bagi memulihkan keadaan? Beginilah keadaan umat Islam di dunia amnya dan Malaysia khususnya yang telah mati hati mereka akibat pengaruh realiti tv yang melekakan.

Umat Islam Malaysia Rosak Aqidah

Masyarakat yang leka dengan budaya hedonisme yang melampau-lampau akhirnya akan menjadi masyarakat yang rosak akhlak,kosong jiwa dan hilang jati diri. Begitulah dasyatnya pengaruh program realiti tv yang merupakan agenda pihak Yahudi dan Nasrani untuk melumpuhkan umat Islam dari bangkit menjadi umat yang terkemuka seperti di zaman silam.Tidak hairanlah apabila baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan Mufti Perak bahawa umat Islam di Malaysia membelanjakan RM4 billion untuk minum arak dan berjudi sahaja.Manakala terdapat lebih 100 ribu umat Islam di Malaysia yang telah murtad atau keluar dari agama Islam. Inilah agenda Yahudi dan Nasrani yang telah berjaya secara halus dan perlahan merosakkan aqidah umat Islam di Malaysia. Sebagai penutup renungilah Firman Allah swt dalam ayat di bawah dan sama-samalah kita berdoa semoga Allah menguatkan iman kita.

“Dan sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu (Muhammad) mengikut agama mereka” (Al-Baqarah:120)

Sekian, terima kasih.

ABU WAFI, Ukay Perdana, Selangor.

Apa it Standard

Posted: January 14, 2009 in Uncategorized

“Apa lah kau ni, sarapan pagi makan nasi lemak,roti canai dengan kopi O. Tak standard langsung. Cuba tengok aku ni, makan “french toast” dengan scramble egg dan baked beans. Barulah ada kelas.” ujar seorang teman.

“Takkan kau breakfast dengan ubi rebus dan ikan masin bercicahkan kelapa parut. Mana ada standart. Ini zaman Jepun boleh la. hahaha.

Begitulah dua senario yang dapat dilihat. Kedua-dua individu di atas merasakan bahawa ukuran “standard” merupakan perkara yang menentukan status seseorang individu di mata orang lain.

Pentingkah standard pada umat ini? Apakah semua benda di dunia ini memerlukan standard? Dan apakah pula ukuran standard kepada semua manusia adalah sama.

Saya ambil contoh mudah mengikut dua senario di atas. Sarapan pagi di Malaysia dianggap tidak standard jika tiada teh tarik,roti canai atau nasi lemak panas. Manakala standard sarapan pagi di Paris pula dianggap standard oleh masyarakat di sana jika disajikan dengan french toast, baked beans atau french bread. Di Bangkok pula, sarapan pagi yang standard pula ialah bubur nasi panas berserta perencahnya. Di sebuah kampung terpencil di Kuala Perlis pula, yang dianggap standard pula hanyalah ubi rebus cicah kelapa parut.

Apa yang dianggap standard, mempunyai kelas, berprestij di Malaysia mungkin dianggap kuno di Paris. Apa yang standard di Thailand pula dianggap makanan orang sakit di Malaysia. Begitulah keadaannya.

Sebenarnya di mana-mana pun tiada standard tertentu yang menentukan sesuatu amalan atau perbuatan dianggap standard. Segalanya bergantung kepada keadaan,situasi dan budaya setempat. Dalam Islam, apa-apa sahaja yang tidak bercanggah dengan syarak boleh dilakukan. Dan Allah tidak menilai amalan perbuatan kita berdasarkan standard setempat tetapi berdasarkan TAQWA.

” Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras kamu, dan tidak memandang kepada harta benda kamu, akan tetapi DIA memandang kepada hati dan amalan kamu.” [hadith]

  1. Apabila kamu bertemu dengan seseorang, maka lihatlah kelebihan yang ada padanya.Dan engkau katakan kepada dirimu sendiri. “Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya.”
  2. Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda daripada engkau, katakanlah, “Dia belum menderhaka kepada Allah maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku.”
  3. Sekiranya dia lebih tua daripada engkau, maka katakanlah, “Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku.”
  4. Sekiranya dia seorang alim, maka katakanlah,”Dia telah diberikan oleh Allah apa yang tidak aku perolehi dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu.”
  5. Sekiranya dia seorang yang jahil, maka katakanlah, “Dia seorang yang menderhaka kepada Allah kerana kejahilannya, sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku mengetahui”.
  6. Sekiranya dia seorang kafir, maka katakanlah, ” Aku tidak tahu, mungkin akhirnya dia memeluk Islam dan mati dalam keadaan Husnul Khatimah[kesudahan yang baik] dan mungkin akumati dalam keadaan su’ul khatimah. [kesudahan yang buruk].

malaysia-beach-redang

ABU WAFI, Melaka Banda Hilir,Melaka

Pertemuan selepas 3 tahun

Posted: January 12, 2009 in Umum

Saya baru saja bertemu dengan sahabat lama sewaktu zaman pengajian di universiti dahulu. Kali terakhir saya berjumpa dengan dia ialah pada tahun 2004. Selepas itu, dia terbang ke Melbourne, Australia menemani isteri beliau sambung belajar di sana. Dan selama 3 tahun 8 bulan beliau sekali sekala menghubungi saya. Hubungan tetap terjalin.

Pertemuan secangkir kopi

Pertemuan secangkir kopi

Saya sangat-sangat bersimpati dengan keadaan beliau. Dari mimik muka semasa pertemuan di Bangi, saya dapat merasakan bahawa beliau menghadapi masalah besar. Setelah puas berbual, beliau akhirnya menceritakan satu masalah yang saya rasa begitu berat menimpanya. Namun, saya kagum dengan ketabahan dan kesabaran dirinya mendepani masalah tersebut. Masalah yang boleh menjejaskan prestasi kehidupan dunia sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana.

Saya mendengar dengan penuh setia, dan saya dapat rasakan keperitan yang beliau alami. Bersabar dan berdoa mudah-mudahan ada jalan keluar, itu saja nasihat yang dapat saya berikan.

Beliau tercampak di Pulau Pinang kerana isterinya terikat dengan kontrak mengajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Tentu sekali sahabat saya ini akan rasa sedikit kepayahan kerana beliau bukan berasal dari sana apatah lagi semua sanak saudara berada di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. Tentu sukar untuk memulakan hidup baru sekembalinya ke Malaysia setelah sekian lama berkelana di luar negara.

Saya dapat bayangkan betapa terumbang ambingnya kehidupan beliau. Teringat saya ketika zaman hendak memulakan kehidupan di sini bila terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri, berkelana mencari rezeki dan tapak kehidupan yang stabil. Setelah beberapa tahun kebelakangan ini barulah kehidupan dirasakan stabil. Perkara ini memerlukan kesabaran dan kekuatan dalaman. Sudah tentu ini juga merupakan ujian dari Allah kepada sahabat saya itu.

Di akhir pertemuan, saya mendoakan mudah-mudahan saya berkesempatan berjumpa dengan beliau lagi. Saya dapat rasakan hati beliau di sini biar pun jasad beliau jauh di Pulau Pinang. Beliau menjanjikan kepada saya bahawa akan pulang ke sini semula setelah kehidupannya kembali stabil dan rezeki yang terjamin. Beliau memang sahabat sejati saya. Saya amat memahami karekter beliau. Hasil pertemuan dengan beliau saya menyimpulkan bahawa perangainya tetap sama tidak pernah berubah. Dan kini saya mula memahaminya kembali. Seorang sahabat yang sangat baik. Boleh diharapkan ketika susah dan banyak membantu orang lain ketika susah. Wara’ dan menjaga agamanya. Pernah ketika di tahun 3 pengajian kami, beliau membawa pulang seorang lelaki yang ditemui di hentian bas hanya kerana bersimpati dengan masalah lelaki tersebut yang tiada tempat untuk bermalam kerana ketinggalan bas. Saya agak terkejut dengan sikapnya dan bimbang jika lelaki tersebut berniat jahat kepada dia. Namun sikap bersangka baik kepada orang membuatkan dia sering meghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Betapa murninya jiwamu wahai sahabatku. Aku sendiri belum tentu akan mempelawa orang yang tidak dikenali untuk bermalam apatah lagi aku tidak mengenali lelaki tersebut dan mampu bersangka baik dengannya.

Raden, sesungguhnya Allah bersama-sama engkau. Berdoa dan berusahalah agar kehidupan yang bakal dilalui kelak akan dipermudahkanNYA.

ABU WAFI,Putrajaya

Kursus di Melaka

Posted: January 17, 2009 in Uncategorized

Salam,

Saya baru kembali dari Melaka Bandaraya Bersejarah, setelah mengikuti kursus penyediaan bajet di Hotel Seri Costa. Letih dan memenatkan. Namun, saya puas kerana banyak ilmu baru yang diperolehi. Ternyata saya selama ini amat jahil dengan prosedur kewangan dan penyediaan bajet. Penceramah yang memberikan panduan kepada kami semua sangat berpengalaman dan apa yang dimaklumkan kepada kami adalah berdasarkan ‘hands on experience” beliau.

Kesempatan di Melaka saya manfaatkan untuk melawat tempat-tempat bersejarah antaranya mendaki bukit St.Paul dan melawat A Famosa.  Melaka telah banyak berubah, tak macam semasa kali terakhir saya ke sini pada zaman persekolahan lewat tahun 1992. Memandangkan jadual kursus yang ketat sehingga malam, saya tidak sempat untuk melawat muzium. Saya amat sukakan muzium. Berada di muzium seperti memutarkan jarum masa ke belakang dan saya akan asyik membaca catatan-catatan di artifak-artifak muzium.

Hari pertama saya dan kawan-kawan makan malam di Umbai.Memang lazat. Hari kedua kami ‘lunch’ di restoran 35 pekena asam pedas.

Alhamdulillah.Matlamat telah tercapai.

ABU WAFI, Putrajaya

Void ab initio

Posted: January 20, 2009 in Uncategorized

Salam,

I decided to write something in English, but I have no idea what to share. Still wandering around for ideas to write something heavy and carry weight. Finally I remember one legal maxim which I learned before ie: Void ab initio or Void from the very beginning. It’s originated from the Latin terms and it carries weight.

From the legal perspective this term is widely used to describe something that is not legally binding from the very beginning. A document that is void is useless and worthless from the very beginning it enters.

For example A and B enter into a contract to sell and purchase a piece of wood which is still a part of tree. Not even being chopped down. So, this contract is void ab initio.

VOID AB INITIO IN OUR LIFE

Thus, what happen if we apply this principle in our daily life? Try to see and scrutinize whether our daily life is full of void ab initio.

What about our obligation towards our Creator, ie. Allah The All Mighty? Have we observed our daily prayers,fasting during Ramadhan and other obligations strictly without failed?

I remember the word “steadfast” ie: Istiqamah in Arabic. I love to pronounce this word. But, unfortunately this word is very difficult to translate into action.

Have you ever thought that your prayer is void ab initio?

Have you ever thought that your fasting is void ab initio?

Have you ever thought that your alms giving is void ab initio?

Have you ever thought that all your deeds is void ab initio?

I pray to Allah. I am scared that all the good deeds done in this world will turn into misdeeds in the hereafter. As a human,we cannot guarantee that all our good deeds in this world will be rewarded with paradise in the hereafter. What if all the good deeds is not right from the very first moment and it turn into sins in the hereafter?

How do you feel if all your good deeds is not recognized by Allah? Do you feel frustrated and heart broken? Do you cry? When was the last time you cried because you fear Allah? You fear that all your good deeds will not be recognized and acknowledged by Allah?

APTOPIX MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

For instance, how do you feel if you had accomplished your duty as commanded by your superior but later you found out that your job was not properly done according to law and procedure as enunciated in your job scope?

I’m sure that definitely all of us will feel sickening,painfull and frustrated because all become useless, worthless and meaningless. Have you ever experience before?????

We cannot guarantee our destiny whether to heaven or hell but we can assure that there are certain practise or action is tantamount to reward and and punishment. Intoxicated of alcohol, committing adultery and defame other believers is a sins while observing prayers,giving sedekah is a good deeds.

Thus, I pray that Allah will guide us to the right path. I pray that Allah will accept our good deeds from the very beginning. I pray that Allah will give good conscience to all of us, to pour sincererity in our heart. Without good faith,clear conscience and sincererity it is difficult to become a good believers.

muslim-ntag

I believe that what ever good deeds  we did in this world must be accompanied with sincererity in our heart. May Allah guide us!!!!

ABU WAFI, Putrajaya

Maaf, saya tiada bidangkuasa

Posted: January 23, 2009 in Uncategorized

Pernahkah anda mendengar perkataan “jurisdiction” atau bidangkuasa? Sesetengahnya menyebut “purview” atau ruang lingkup sesuatu perkara. Sesetengahnya pula menyebut “within the ambit”.

Apa pun istilah yang digunakan maksudnya dan matlamatnya tetap sama. Istilah bidangkuasa atau”jurisdiction”  selalunya digunakan secara meluas dalam dunia perundangan dan kehakiman. Dalam bahasa yang mudah, bidangkuasa bermaksud kuasa yang diberikan oleh sesuatu akta atau legislatif kepada seseorang individu atau badan perundangan yang ditubuhkan.

Sebagai contohnya, bidangkuasa Mahkamah Magistrate hanya boleh membicarakan kes-kes sivil setakat jumlah RM25,000 sahaja. Manakala Mahkamah Sesyen pula boleh memutuskan kes-kes sivil dari RM25,000 ke atas sehingga RM250,000 begitulah seterusnya. Semakin tinggi hieraki, maka semakin luas bidangkuasanya. Semakin rendah hierarki semakin kurang bidangkuasanya. Justeru, kalau saya seorang Magistrate saya tidak boleh menjatuhkan denda melebihi RM25,000. Inilah bidangkuasa saya yang diberikan oleh undang-undang.

Mari kita lihat pula Perlembagaan Malaysia. Mengikut Perlembagaan perkara mengenai agama Islam adalah jelas di bawah Senarai Negeri. Justeru, hanya kerajaan negeri yang mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan agama Islam dan menguatkuasakan undang-undang tersebut. Inilah bidangkuasa yang diberikan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan tiada kuasa dalam hal ini.

Contoh yang lain adalah pekerjaan kita sehari-hari. Tentu sekali kerja yang dilakukan mempunyai had atau batasan yang ditetapkan. Justeru, inilah bidangkuasa yang diberikan kepada kita. Melakukan pekerjaan melebihi bidangkuasa,had,batasan atau limitasi yang telah ditetapkan merupakan satu kesalahan prosedur yang tidak boleh dimaafkan. Mungkin juga kita boleh dikenakan tindakan disiplin atau dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib.

Jangan bertindak melebihi bidangkuasa

Jangan bertindak melebihi bidangkuasa

Kehidupan kita dipenuhi dengan had dan batasan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kebebasan yang kita kecapi tidak bermakna bahawa kita boleh melakukan apa sahaja. Kita terikat dengan peraturan Allah dan segala tindak tanduk kita tertakluk kepada peraturan tersebut. Dengar dan patuh maka syurgalah balasannya. Sanggah dan langgar maka nerakalah jawabnya.

Allah telah menetapkan bidangkuasa setiap daripada kita. Janganlah kita melampaui batasan yang telah ditetapkan sejak azali lagi, kelak mengundang kemurkaan Allah. Hatta kehidupan di dunia juga terikat dengan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang meletakkan limitasi bagi maksud mengawal keamanan dan ketenteraman.

Marilah sama-sama kita merenung ke dalam diri akan bidangkuasa yang telah diberikan Allah kepada kita. Apakah kita telah melaksanakan segala yang diperintahkan tanpa melampaui batas. Muhasabah dan lihatlah dengan penuh keinsafan.. saya pasti hatta diri saya sendiri pun tanpa disedari kadang-kadang bertindak di luar bidangkuasa yang telah ditetapkan Allah, iaitu melakukan dosa sama ada dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa besar.

Wahai diri yang lemah ini, wahai sahabat-sahabat di luar sana, kembalilah ke pangkal jalan sekiranya anda telah melampaui batasan dan had yang telah ditetapkan Allah. Sesungguhnya, jalan pulang ke pangkuan Allah masih terbuka luas.

ABU WAFI, Putrajaya

Presiden keturunan Afrika-Amerika pertama

Presiden keturunan Afrika-Amerika pertama

Semalam, saya berjaga  malam bersama isteri untuk menyaksikan upacara angkat sumpah Sen. Barrack Hussein Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Kebetulan isteri saya perlu menyiapkan “lesson plan” untuk persekolahan hari ini, maka kesempatan ini saya ambil untuk menemani beliau sambil menonton upacara bersejarah ini dari channel CNN 511,BBC 512, Al-Jazeera 513 dan Astro Awani 501 yang penuh dengan komen-komen daripada panelist jemputan.

Lebih kurang pukul 1.oo pagi waktu Malaysia, Obama sah menjadi Presiden Amerika pertama berkulit hitam. Satu kebanggaan buat warga Amerika berkulit hitam. Sejak malam dan awal pagi lagi seluruh warga Amerika yang berminat dan menyokong Obama telah datang berduyun-duyun untuk menyaksikan upacara “Inauguration” ini. Dianggarkan sekitar 240,000 orang rakyat Amerika datang untuk menyaksikan upacara penting di Capitol Hill ini yang juga disiarkan secara langsung di seluruh Amerika Syarikat. Turut dimuatkan lintas langsung dari Harlem bandar penting bagi kulit hitam yang menyaksikan kelahiran dua tokoh penting iaitu Rev.Martin Luther King Junior dan Malcolm X.

Martin Luther King Jr

Martin Luther King Jr

Malcolm X

Malcolm X

Saya pasti kalau kedua-dua tokoh kulit hitam African-American ini masih hidup sudah tentu merekalah yang paling gembira kerana perjuangan mereka menuntut persamaan hak untuk keturunan kulit hitam telah berjaya. Perjuangan mereka menuntut pengorbanan yang sungguh mahal sehingga nyawa mereka sendiri melayang.Sehingga kini kedua-dua tokoh ini masih dikenang oleh seluruh warga keturunan Africa-America.

Saya pernah menonton kisah Malcolm X dan membaca kisah perjuangannya. Beliau asalnya seorang banduan akhirnya muncul sebagai seorang Islam yang taat kepada ajaran Islam. Beliau telah memperjuangkan kesamarataan antara kaum tanpa mengira agama dan warna kulit.

Saya tertarik dengan ulasan dari wartawan  yang membuat liputan bahawa :

“Rev Martin Luther King Jr is shouting from the heaven when witnessing this moment” untuk menggambarkan perjuangan warga kulit hitam selama beratus tahun telah membuahkan hasil. Dan kini, Amerika Syarikat benar-benar telah menjadi sebuah “melting pot” atau kawah pelakuran seperti yang digambarkan kepada dunia sebelum ini. Amerika baru yang mempunyai pelbagai bangsa dan rencam budaya di dalamnya. Amerika baru yang boleh menerima seorang ‘coloured’ atau kulit hitam menjadi Presiden.

Abraham Lincoln inspirasi Obama

Abraham Lincoln inspirasi Obama

Jelas sekali Obama telah menjadikan Abraham Lincoln sebagai inspirasi dan idola beliau sepanjang kempen merebut jawatan Presiden yang lepas. Jika tidak, masakan beliau meminta untuk meletakkan tangan di atas Bible yang dimiliki oleh Abraham Lincoln kerana nilai sentimentalnya terhadap bekas Presiden yang telah menghapuskan perhambaan itu sangat tinggi.

Capitol Hill

Capitol Hill

Akhirnya warga African-American boleh berbangga apabila Obama berjaya menduduki bangunan White House dan Capitol Hill yang sejarahnya dibina oleh hamba abdi kulit hitam beratus tahun lalu. Obama adalah ikon dan lambang kejayaan perjuangan mereka selama ini. Jika dahulu mereka adalah hamba abdi yang boleh diperlakukan sesuka hati kini mereka adalah tuan yang menduduki kuasa tertinggi di negara tersebut.

Saya tidak mengharapkan apa-apa dari Obama untuk masa depan Islam. Walaupun susur galur keluarga sebelah bapanya adalah Islam saya tidka menjangkakan sikap dan pendirian beliau terhadap Islam akan menjadi lunak. Ini kerana melihat kepada anggota kabinet beliau dan yang paling penting adalah Chief Staff beliau, jelas mereka adalah pendokong kuat Zionis dan Yahudi. Justeru, tiada perubahan besar ke atas dasar negara itu yang jelas menyokong Israel.

Saya cuma kagum dengan “oratory skill” yang dimiliki beliau. Ucapan awal ‘inauguration’ semalam sungguh tersusun dan menggambarkan hala tuju dasar beliau selepas ini. Saya juga kagum dengan perjuangan beliau dalam merebut jawatan tertinggi tersebut. Beliau mula melibatkan diri dalam kerja-kerja amal dan ‘civil rights’ sebelum dikenali ramai. Dari situ, beliau mendaki satu persatu anak tangga dan selepas itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi. Kesungguhan beliau bekerja untuk mencapai matlamat yang dihajati patut dicontohi oleh kita semua.

Inaugural speech

Inaugural speech

Hanya kasut mengiringi pemergian Bush

Hanya kasut mengiringi pemergian Bush

Lihat teks angkat sumpah yang dibaca Obama:

“I do solemnly swear (or affirm) that I will faithfully execute the Office of President of the United States, and will to the best of my Ability, preserve, protect and defend the Constitution of the United States.”

Paling menarik bagi saya ialah Artikel 20 Perlembagaan Amerika yang menyatakan:

The terms of the President and Vice President shall end at noon on the 20th day of January, and the terms of Senators and Representatives at noon on the 3d day of January, of the years in which such terms would have ended if this article had not been ratified; and the terms of their successors shall then begin.

Mengikut ulasan seorang pakar undang-undang Amerika Syarikat, tempoh Bush sebagai Presiden akan berakhir pada waktu tengahari 20 Januari 2009. Walaupun secara rasminya Obama belum mengangkat sumpah namun secara automatik Obama adalah Presiden Amerika Syarikat yang sah selepas waktu tengahari 20 Januari 2009 berlalu. Perkara ini tiada dalam perlembagaan negara kita dan tiada dalam perlembagaan negara lain.

Pada saya yang berubah hanya Amerika mempunyai Presiden baru. Presiden yang dipilih dengan menyanggahi tradisi pemilihan yang selama ini didominasi oleh kulit putih. Dasar terhadap umat Islam masih kekal. Tiada perubahan besar akan dijangkakan, kerana beliau terikat dengan keputusan Kongress dan penasihat/pelobi beliau yang kebanyakan adalah golongan pendokong Israel. Tiada apa yang boleh diharapkan.

Apa pun, beliau adalah sejarah baru bagi Amerika negara kuasa besar dunia.

ABU WAFI, Putrajaya

Kembara ke Muar

Posted: January 27, 2009 in Uncategorized

Salam,

Saya baru sahaja kembali dari Muar. Sebuah daerah yang sangat saya cintai. Satu kawasan yang sungguh bermakna bagi diri saya. Insyallah, akan saya ceritakan dalam entry page khusus untuk ziarah saya ke daerah ini sedikit masa lagi. Saya perlukan masa untuk menulis segala yang terbuku di hati mengenai ziarah ke daerah yang telah saya tinggalkan 16 tahun yang lalu.

Terkenang semasa dulu

Terkenang semasa dulu

 ABU WAFI, Putrajaya

Catatan Kembara ke Muar

Posted: January 30, 2009 in Diari Kembara

Salam,

Seperti yang dijanjikan, akhirnya saya berjaya menyiapkan catatan perjalanan dan ziarah saya ke daerah Muar,Johor Darul Ta’zim pada 25-26 Januari 2009. Perjalanan dan ziarah yang cukup memberi makna kepada kehidupan saya.

Isteri saya bertanya kenapa saya begitu sentimental dan sayangkan daerah ini lebih-lebih lagi bila menjejakkan kaki ke sekolah saya. Saya katakan di sinilah berlakunya TITIK PERUBAHAN dalam diri saya. Saya percaya bukan saya seorang malahan beberapa orang lagi yang saya rapat antaranya Suhaimi atau Tajin dari Kuala Berang, Terengganu. Rupa-rupanya penghijrahan saya ke sini selama 2 tahun menuntut ilmu telah membuahkan hasil. Kalau tidak berhijrah mungkin saya tidak berada di tempat saya sekarang ini. Di sini, saya mula mengenal istilah usrah yang diwajibkan ke atas kami setiap hari Rabu malam. Pengetua kami seorang yang warak dan cukup mengambil berat soal agama. Pelikkan.. bila usrah diwujudkan di sebuah sekolah aliran Sains.

Kami dimotivasi dari semasa ke semasa oleh guru-guru dan pihak sekolah. Agaknya akibat motivasi dan latih tubi serta harapan tinggi yang diletakkan maka ramai di antara kami yang berjaya hari ini. Ada yang jadi Majistret, Pensyarah,Peguam dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, berkat doa dan kesungguhan semua yang telah berusaha untuk menjadikan kami insan yang berjaya.

Inilah yang saya maksudkan titik perubahan dalam hidup. Firman Allah:

“Sesungguhnya kami tidak akan merobah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merobah sendiri nasib mereka”

p1263372

Setiap insan memerlukan perubahan dalam hidup mereka. Untuk berjaya hijrah adalah sesuatu yang perlu. Jika tidak, masakan Nabi saw juga berhijrah 2 kali dalam sejarah Islam. Islam tidak mungkin akan tertegak dan tersebar seantero dunia seperti sekarang jika hijrah tidak berlaku. Inilah kebaikan dan hikmah hijrah.

Bagi diri kita, carilah titik perubahan untuk menuju kehidupan yang lebih positif, bermakna dan yang paling penting mendapat keredhaan Allah. Usah hiraukan kasih sayang manusia yang mungkin berubah akibat perubahan positif hidup kita sebaliknya utamakan kasih sayang Allah kepada kita.

Mudah-mudahan kita semua berjaya. Saya kira sekadar ini, catatan saya mengenai ziarah ke daerah Muar dan hikmah yang tersembunyi. Untuk lebih lanjut silalah baca 2 page di atas bertajuk Muar yang Kutinggalkan episod 1 dan 2. Entry ini dan page di atas, saya tujukan khas buat teman-teman saya di SMS Muar dan semua mantan pelajar SMS Muar dari tahun 1983 hinggalah 2008. Moga bermanfaat.

ABU WAFI, Putrajaya

Relakan pemergian Linda

Posted: January 31, 2009 in Uncategorized

Salam,

Saya menerima sms dari kawan lama saya masa di SMS Muar dulu Saudara Rosmukazuri mengkhabarkan berita sedih. Kawan sekelas kami Puan Norhaslinda binti Abdul Rahman atau gelarannya “Tumpat” telah kembali ke rahmatullah pada 23 Januari 2009 kerana terlibat dalam kemalangan di Johor Baharu. Jenazahnya saya pasti telah selamat dikebumikan di Kelantan.

Saya sedih sebab saya baru saja kembali dari melawat sekolah saya di Muar. Dan kini saya kehilangan seorang rakan seperjuangan. Hasrat untuk mengumpulkan semua teman-teman seramai 40 orang sedang diusahakan untuk diadakan dalam tahun ini. Apakan daya perancangan Allah lebih besar dan mengatasi perancangan insan yang lemah macam kita. Kali terakhir saya bertemu dengan beliau ialah dalam tahun 2004 semasa reunion kali pertama di sebuah hotel di Kuala Lumpur.Dan kini, beliau telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Saya mendoakan kesejahteraan rohnya supaya di tempatkan di kalangan solihin,siddiqin dan syuhada’. Amin.

Takziah buat seluruh keluarga beliau walaupun saya sendiri tidak pernah bertemu mereka yang jauh di Tumpat, Kelantan.

ABU WAFI, Putrajaya

Mengagumi keberanian Erdogan

Posted: February 1, 2009 in Antarabangsa

2009129195325917734_5

Leaders of Turkey and Israel Clash at Davos Panel

 DAVOS, Switzerland — Prime Minister Recep Tayyip Erdogan of Turkey walked off the stage after an angry exchange with the Israeli president, Shimon Peres, during a panel discussion on Gaza at the World Economic Forum on Thursday, vowing never to return to the annual gathering.

Skip to next paragraph Mr. Erdogan apparently became incensed after the moderator curtailed his response to remarks by Mr. Peres on the recent Israeli military campaign. The panel was running late, and Mr. Peres was to have had the last word, participants said.

Panel discussions at Davos are restricted to one hour, but Mr. Erdogan insisted on responding to Mr. Peres. Red-faced, and with one hand grasping the arm of the moderator, the columnist David Ignatius of The Washington Post, Mr. Erdogan turned to the Israeli president.

“Mr. Peres, you are older than me,” he said. “Your voice comes out in a very loud tone. And the loudness of your voice has to do with a guilty conscience. My voice, however, will not come out in the same tone.”

Resisting efforts by Mr. Ignatius to end the session, Mr. Erdogan continued, saying to Mr. Peres, “When it comes to killing, you know well how to kill.”

Eventually, the prime minister gathered up his papers and departed, saying, “And so Davos is over for me from now on.”

Mr. Peres pointed at the departing Mr. Erdogan and said Turkey would have reacted the same way had rockets been falling on Istanbul, participants said.

Mr. Peres called Mr. Erdogan five minutes later to apologize for any misunderstanding, saying that his words had not been directed at the prime minister personally, the semiofficial Anatolian News Agency reported.

In a news conference immediately after the panel discussion, Mr. Erdogan said he was particularly upset with Mr. Ignatius, who he said had failed to direct a balanced and impartial panel.

By all accounts, the discussion of the Gaza offensive was lively, with Secretary General Ban Ki-moon of the United Nations and Amr Moussa, the Arab League’s secretary general, joining Mr. Peres and Mr. Erdogan. Participants said Mr. Peres was mostly alone in defending Israel’s role in Gaza, and for that reason he was given the final 25 minutes to speak. Earlier, Mr. Erdogan spoke for 12 minutes about the Palestinians’ sufferings.

Although Mr. Erdogan has strongly criticized Israel’s Gaza offensive, his country and Israel have long enjoyed close diplomatic relations. With its strong relations with the militant group Hamas, which controls Gaza, Mr. Erdogan’s Justice and Development Party has played a growing role mediating among Israel, Syria, Lebanon and the Palestinians.

Sebnem Arsu contributed reporting from Istanbul. [ New York Times 29 January 2009]

Komen:

Tahniah atas keberanian Tuan membela umat Islam tertindas di Palestin. Israel menerima padah pertama. Walaupun pemimpin negara Arab sehingga kini membisu seribu bahasa tanpa berani mengeluarkan kenyataan mengecam Israel, beliau dengan lantangnya bangun mewakili umat Islam bukan Arab yang berani. Tabik hormat buat beliau. Seharusnya pemimpin negara Islam lain mencontohi keberanian beliau. Beliau boleh dikategorikan bersama Hugo Chavez dan pemimpin negara Mauritania yang berani mengambil tindakan drastik. Renung-renungkanlah wahai pemimpin umat Islam lain, lebih-lebih lagi di rantau Timur Tengah.

 

Sajak Palestin yang meruntun jiwa

Posted: February 10, 2009 in Uncategorized

Salam,

Saya sudah kekeringan ide dan masa yang suntuk untuk menulis sesuatu. Cuti panjang selama 3 hari berikutan Perayaan Taipusam tidak dapat dimanfaatkan untuk menulis.  Waktu-waktu senggang inilah kesempatan yang ada untuk meluangkan masa bermain dengan anak-anak dan membawa isteri berjalan-jalan.

Minggu lepas, semasa dalam perjalanan ke KL untuk menghadiri satu mesyuarat, saya memasang radio IKIM dan kedengaran sebuah sajak yang dibacakan dengan diiringi oleh muzik perlahan. Saya cuba menghayati bait-bait puisi yang dibacakan oleh DJ mengenai Palestin. Ternyata sajak ini benar-benar meruntun jiwa, menyentak perasaan saya yang selama ini leka dibuai dengan nikmat kesenangan dan keamanan yang diberikan oleh Allah.Sajak betapa jauhnya diri kita dari Palestin. Betapa jauhnya nilai diri kita dengan nilai rakyat Palestin. Terlalu banyak perbezaannya. Cuba hayati bait-bait sajak di bawah. 

Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah

20081230234436115734_2

Terkesankah anda bila membaca sajak ini. Hayati setiap patah perkataan bisa menggetarkan jiwa. Menginsafkan lantas menyebabkan diri ini termenung dan berfikir dengan serius tentang perjalanan hidup ini. Untuk ke syurga bukannya mudah. Ujian yang rakyat Palestin hadapi, ditangani dengan ketaqwaan dan ketabahan di jiwa mereka. Kalau mereka lemah nescaya telah lama bumi anbiya’ ini mereka tinggalkan dan menjadi pelarian politik di negara jiran seperti Jordan dan Mesir. Sebaliknya, sebahagian besar mereka masih memilih untuk meneruskan kehidupan di bumi tercinta walaupun dihimpit kesempitan, masalah pengangguran dan sekatan demi sekatan dari Regim yang tidak berperikemanusiaan. Harga sebuah iman terlalu mahal untuk diraih dan mereka sanggup syahid daripada menjadi kuda tunggangan Yahudi laknatullah.

Mudah-mudahan sajak di atas dapat menimbulkan bibit-bibit keinsafan di dalam diri kita bahawa betapa jauhnya nilai kita dengan nilai yang ada pada diri mereka. HIDUP UNTUK AKHIRAT!!!

Abu Wafi, Putrajaya

Belasungkawa

Posted: February 12, 2009 in Uncategorized

Semalam, lepas isya’ saya bergegas ke Nilai Impian setelah mendengar khabar bahawa anak sahabat saya Pak Cik Khairul Anuar meninggal dunia akibat sakit leukemia acute. Saya tidak sempat melihat jenazah namun saya sempat bertahlil di rumah Pak Cik Khairul. Semasa majlis saya lihat ramai juga kawan-kawan arwah sepengajian di USIM hadir. Juga hadir ahli qariah surau dan tidak ketinggalan sahabat-sahabat kami dari Turki yang mengikuti pengajian Risalah An-Nur karya Badiuzzaman Said Nursi.

Saya terjumpa kawan lama saya Omar Yilmez. Dia sudah berkahwin dengan seorang wanita warga Filipina dan sekarang mereka sedang menetap di Skudai, Johor menguruskan perniagaan restoran Turki. Gembiranya saya tidak terkata bila dapat berkongsi sedikit sebanyak pesanan Said Nursi dalam bahasa Ottoman yang diceritakan oleh Yilmez kepada saya. Kebetulan, selepas tahlil Pak Cik Khairul mengambil masa selama 5 minit untuk membacakan Bab 6 dalam Risalah Kepada Pesakit. Beliau membaca dengan suara yang tertahan-tahan,sebak menyebabkan saya sendiri merasa turut terkesan dengan pembacaan beliau yang menyentuh perasaan. Sememangnya beliau sedih dengan pemergiaan anak, namun hikmah di sebalik kesakitan dan penderitaan anaknya cukup besar.

Saya mendoakan kesejahteraan kepada roh allahyarhamah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang terpilih di sisi Allah. Saya juga mendoakan kekuatan dan ketabahan diberikan kepada keluarga Pak Cik Khairul Anuar.

“Setiap manusia pasti akan merasai mati” [Al-Quran]

Saya meninggalkan Nilai jam 10.00 malam dengan perasaan bercampur-campur. Redhalah Pak Cik dengan ujian ini.

ABU WAFI, Putrajaya

Salam,

Seminggu dua ini kita dikejutkan dengan perkembangan kemelut politik di negeri Perak. Saya sengaja tidak mahu menulis apa-apa tentang isu ini di awal krisis, sebaliknya saya lebih suka memilih mendiamkan diri dengan memerhati dan menekuni analisis-analisis yang ditulis di dalam media massa dan blog-blog. Saya merasa terkejut dengan apa yang berlaku. Kerajaan negeri yang dibentuk selepas PRU-13 yang lalu akhirnya tumbang begitu sahaja setelah 3  orang ADUNnya menyatakan sokongan secara terbuka kepada parti lawan.

Situasi yang mendebarkan ini saya ikuti dengan penuh minat. Beberapa bulan selepas PRU-12  heboh mengenai isu “cross over” ke pakatan pembangkang menjelang 16 Sept 2008, namun perkara itu senyap begitu sahaja dibawa angin lalu. Tiba-tiba, muncul krisis politik di Perak. PR yang dipimpin PAS di Perak memohon supaya Sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru. Manakala, BN memohon supaya DUN tidak dibubarkan sebaliknya sebuah kerajaan baru ditubuhkan atas sokongan majoriti.

Selepas itu, episod demi episod berlarutan di media-media massa samada yang pro-kerajaan atau pro pembangkang. Tuduh menuduh berlaku, demonstrasi di sana sini, isu “derhaka” ditimbulkan,cabar mencabar berlaku, saman menyaman, Sultan diheret ke Mahkamah, kerajaan negeri bari dicabar kesahihannya dan macam-macam lagi.

Saya tidak mahu komen panjang. Pada saya isu ini akan berlarutan sehingga PRU-13. Tidak ada titik noktahnya. Biarlah kedua-dua pihak menyelesaikan, biar pihak blogger dan media massa berperang di alam maya, biarkan. Saya sebagai rakyat jelata hanya mampu melihat dan menganalisis dari jauh. Namun, jauh di sudut hati saya sudah mempunyaikesimpulan  sendiri atas apa yang berlaku. Biarlah rahsia !!!

ISU LOMPAT PARTI

Bermaruahkah perbuatan lompat parti ini? Berkatkah kerajaan yang ditubuhkan hasil daripada perbuatan melompat parti ini? Sebagai pengundi yang berdaftar, katakan saya mengundi calon A dari Parti Cap Payung sebab saya adalah penyokong setia parti tersebut. Calon Parti cap Payung menang. Saya gembira kerana hak saya sebagai rakyat yang berhak memilih wakil rakyat telah ditunaikan. Saya gembira kerana undi saya “does make a different”. Undi saya mampu merobah sebuah kerajaan.Malangnya, selepas beberapa bulan wakil rakyat yang saya pilih melompat ke parti Cap Kunci atas sebab-sebab yang saya sendiri tidak tahu. Mungkin perasaan tidak puas hati beliau akibat krisis dalaman parti cap payung atau mungkin juga faktor-faktor penarik dari luar parti.

Saya ditanya oleh seorang sahabat saya yang menimbulkan persoalan ini. Adakah wajar wakil rakyat yang dipilih atas lambang parti Payung melompat ke parti lawan, tanpa merujuk kepada saya dan rakyat yang lain? Maaf, saya tiada jawapan untuk persoalan ini buat masa ini.

Hak rakyat untuk memilih

Hak rakyat untuk memilih

KOTORKAH POLITIK?

Saya lihat episod demi episod sedang berjalan dan sesetengahnya cukup mendebarkan. Politik kelihatan tercalit akibat perilaku pengamal-pengamalnya yang membuatkan kita melihat politik sebagai sesuatu yang jijik dan kotor. Hakikatnya, tidak begitu. Politik adalah bersih dan suci. Politik adalah wadah untuk mentadbir sesebuah negara. Jika tidak masakan para sahabat Nabi saw menangguhkan upacara pengkebumian jenazah Rasulullah saw dan memberi keutamaan kepada pemilihan khalifah umat Islam. Dengan politik yang bersih, kebajikan rakyat terjaga. Nasib rakyat terbela dan keselamatan rakyat juga terjamin. Islam sendiri memberi keutamaan kepada institusi politik. Ibn Taimiyyah, dalam bukunya “Al-Ahkam Al-Sultaniyyah wal al Wilayah Ad-Dinniyah” mendefinisikan politik sebagai ” Iqamatul din wa siyasatul dunya bihi” yakni menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama”. Betapa mulianya politik mengikut definisi ini. Politik adalah alat yang digunakan oleh agama  yakni Islam untuk mentadbir negara dan bukannya politik menjadi matlamat sehingga politik yang mentadbir agama. Inilah konsep yang pelu diperbetulkan. Islam adalah matlamat, dan politik hanyalah alat untuk sampai kepada maksud agama tersebut.

RUMUSAN

Saya meninggalkan persoalan-persoalan ini untuk difikirkan bersama. Saya pasti semua rakyat Malaysia di luar sana telah matang dan boleh berfikir dengan bijaksana. Maklumat yang kita perolehi pada masa kini adalah luas dan tidak terhad kepada media massa semata-mata. Justeru, masing-masing boleh membuat justifikasi yang tersendiri berasaskan pertimbangan yang saksama. Apakah episod ini akan terus berlarutan atau tidak sama-samalah kita tunggu dan lihat.

ABU WAFI, Kuala Lumpur.

Saya pening kepala

Posted: February 23, 2009 in Pautan Siasah

Aku pening kepala la, rimas! rimas!

“Kenapa pula?” tanya saya.

Rimas memikirkan senario politik yang tak sudah sudah.Lepas satu, satu.ehh kau tak rimas ke?

“Oh sebab tu rupanya”. Biasalah politik Malaysia.

“Ye lah, politik, politik juga. Pilihanraya dah setahun berlalu, tapi nampaknya politik Malaysia masih panas, berasap dengan isu-isu moral dan lompat parti. Lebih merimaskan lagi bila menonton berita pukul 8 malam setiap hari. Isu yang mengaibkan dikupas dengan mendalam dari pelbagai segi.”  hujah kawan saya.

“Kalau dah rimas sangat, jangan beli surat khabar,jangan tengok berita, kalau nak tonton pun buka lepas jam 8.30 tengok sukan.Kalau rasa tak jalan juga buka blog-blog politik yang bertebaran di alam maya. Ada blog yang pro pembangkang dan tidak kurang yang pro kerajaan. Dari situ, kau buatla kesimpulan sendiri, pilihan sendiri, kalau kau rasa “mainstream media” tidak melaporkan yang betul.” jawab saya.

Begitulah antara senario yang dapat saya ceritakan. Satu kisah seorang rakyat Malaysia yang mengambil berat mengenai politik di negaranya sendiri. Kemelut politik yang tidak sudah-sudah malah semakin membelit dan terbelit telah menghunjam ke dalam pemikiran rakyat Malaysia. Saya akui, diri saya sendiri sedikit terganggu dengan kemelut yang tidak sudah sudah ini.

KENAPA JADI BEGINI?

Ingin sahaja saya melontarkan persoalan ini secara terbuka kepada parti yang memerintah dan parti yang membangkang. Mengapakah, kita tidak boleh mencapai kematangan politik seperti yang berlaku di USA. Sen. Hillary Clinton yang merupakan saingan utama kepada Obama akhirnya menjadi rakan seperjuangan dalam kabinet baru Obama. Setelah berbulan bulan berkempen, berbulan berdebat dengan Obama akhirnya beliau memberikan sokongan kepada Obama untuk menjadi calon mewakili parti Demokrat. Setelah Obama menjadi Presiden, Hillary dilantik sebagai  Setiausaha Negara USA, satu jawatan yang cukup berkuasa di dunia. Ini mungkin, kerana Hillary memahami bahawa beliau tidak mungkin lagi berpeluang untuk menjadi calon Demokrat selepas 8 tahun Obama mengakhiri tempohnya sebagai Presiden, justeru adalah lebih baik beliau menerima tawaran tersebut.  Namun, teori saya ini tidak penting, yang penting adalah kematangan politik yang ditunjukkan oleh kedua-dua tokoh ini. Lawan menjadi kawan. 

26565055

Kematangan politik Obama

Fikirkan… bilakah percaturan politik seperti ini akan berlaku di negara kita.

Parti yang tewas menerima dengan hati yang terbuka, kerana akhirnya rakyatlah yang berkuasa untuk menentukan masa depan negara. Parti yang menang pula meminta pandangan kepada parti yang kalah, malah di sesetengah negara mengajak mereka untuk memberikan pandangan bagi memajukan negara.Parti yang tewas akan menjadi pembangkang yang kostruktif kepada kerajaan baru. Menjadi pembangkang tidak bermakna tidak boleh memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Menjadi pembangkang akan menentukan proses “check and balance” berjalan dengan lancar. Kepentingan dan kebajikan rakyat mengatasi segala-galanya.

Lihat pula perkembangan politik di negara haram Israel. Persaingan antara Parti Kadima, pimpinan Tzipi Livni [bekas Menteri Luar Israel] dengan Parti Likud pimpinan Benjamin Netanyahu [bekas Perdana Menteri Israel]. Keputusan pilihanraya negara itu pada awal Februari lalu menunjukkan Benjamin Netanyahu telah memenangi pilihanraya tersebut dan dijangka akan membentuk kerajaan baru menggantikan Kerajaan Parti Kadima pimpinan Ehud Olmert. Laporan di dalam Al-Jazeera mengesahkan bahawa Benjamin Netanyahu telah menjemput Tzipi Livni untuk menyertai Kerajaan baru beliau yang dinamakan sebagai Kerajaan Perpaduan. Sungguh mengkagumkan, walaupun menang majoriti namun Benjamin masih mampu menghulurkan tangan menjemput Tzipi Livni yang memimpin Parti Kadima supaya menyertai kerajaan beliau. Sebaliknya, Tzipi Livni, menolak dengan baik tawaran tersebut dan memilih untuk menjadi Ketua Pembangkang di Knesset [parlimen Israel].Isu yang ingin ditonjolkan ialah kematangan berpolitik pemimpin Israel ini wajar dicontohi oleh kita sebagai umat Islam. Golongan kuffar ini sanggup bersatu hati walaupun berbeza ideologi kerana mereka tahu bahawa siapa pun yang menang di Israel akan berdepan dengan musuh yang satu iaitu umat Islam Palestin dan umat Islam di sekitar negara Israel. Mereka bersatu dalam isu-isu yang menjejaskan kepentingan dan mengancam keselamatan Yahudi [pada pandangan mereka] sehingga melupakan perbezaan ideologi parti sendiri.  Orang-orang Yahudi dan Nasrani bersatu untuk menentang Islam, sedangkan umat Islam di seluruh dunia masih berpecah belah dalam hal menentang kekejaman Yahudi.

Benjamin Netanyahu

Benjamin Netanyahu

Tzipi Livni

Tzipi Livni

Maafkan saya, kerana mengambil contoh dari pemimpin negara haram Israel. Tetapi inilah hakikatnya, orang-orang Yahudi tahu perpecahan sesama mereka akan menjahanamkan Yahudi dan justeru itu mereka bersatu untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam.

KRISIS PERLEMBAGAAN

Semasa menuntut di universiti, subjek “Constitutional Law” merupakan antara subjek yang paling saya minati. Walaupun sesetengah rakan saya menyatakan subjek ini “dry” dan tidak berminat tetapi saya tetap menyatakan bahawa subjek ini cukup menarik kerana berkaitan dengan politik. Mempelajari subjek ini, bermakna banyak kes-kes “precedent” dari India yang akan dirujuk bila menyentuh topik berkaitan krisis perlembagaan. Contoh menarik ialah pertikaian antara Perdana Menteri India Indra Gandhi dengan pihak Mahkamah sehingga memaksa Indra Gandhi menggunakan kuasa PM yang beliau ada dengan mengisytiharkan darurat bagi menghalang Mahkamah daripada menyingkirkan beliau. Begitu juga, dengan senarai kes-kes perlembagaan, krisis politik yang melibatkan tafsiran perlembagaan sebenarnya banyak mengambil contoh dari India. Mungkin, pada masa itu negara kita tidak mempunyai pengalaman krisis perlembagaan maka tiada contoh tempatan yang boleh dijadikan ‘precedent. Krisis yang kita alami kali ini sebenarnya lebih kompleks kerana melibatkan Menteri Besar,Institusi istana dan Speaker Dewan Undangan Negeri yang masing-masing mempunyai bidangkuasa tersendiri. Setakat ini, jalan penyelesaiannya masih buntu.

MEDIA MESTI MEMBANTU

Peranan media arus perdana atau ”mainstream media” samada media cetak mahupun media elektronik tidak dapat dinafikan kepentingannya. Media merupakan wadah yang digunakan untuk menyebarluaskan maklumat yang tepat, betul dan tidak mengelirukan masyarakat. Media juga berperanan sebagai alat untuk anggota masyarakat menyuarakan kritikan,komen,cadangan dan segala macam ketidakpuasanhati kepada pihak yang berwajib. Bila berlakunya krisis politik yang memerlukan tafsiran dan pandangan dari bijak pandai, maka media seharusnya berperanan untuk menerangkan konflik yang berlaku kepada rakyat dan memberikan alternatif penyelesaian yang betul, tepat dan adil. Dengan ini media akan dihormati.  Saya akui krisis perlembagaan merupakan perkara baru di negara kita. Rata-rata rakyat yang ditemui tidak faham apa sebenarnya yang berlaku. Tafsiran perundangan yang berbeza-beza oleh pengamal-pengamal undang-undang juga menyulitkan keadaan. Justeru, isu yang sukar ini perlu diterjemahkan oleh media dalam bahasa “layman” yang boleh difahami oleh orang awam. Jika tidak hanya pengamal undang-undang sahaja yang akan memahami isu ini.

Check mate- politik makin berbelit

Check mate- politik makin berbelit

KRISIS DI PERAK MAKIN PARAH

Setakat berita yang saya baca dan tekuni, tidak terdapat tanda-tanda bahawa krisis perlembagaan di Perak akan menemui titik noktahnya. Walaupun BN secara rasminya telah mengambilalih kuasa eksekutif di negeri tersebut namun kuasa badan perundangan tertinggi atau “legislatif” masih dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Tindakan untuk melucutkan Speaker adalah masalah dan isu yang paling besar dihadapi oleh kerajaan baru ini, dan adalah sesuatu yang janggal bila badan eksekutif dan badan perundangan diterajui oleh 2 pihak yang bertentangan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah. Saya nampak kesukaran akan timbul bila kerajaan baru ingin melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang memerlukan persetujuan dan kelulusan badan perundangan. Di sinilah “dead end” berlaku. Bersimpul dan tersimpul, berbelit dan terbelit kedua-dua belah pihak dan rakyat tersepit di tengah-tengah.

KONSEP PENGASINGAN KUASA

Konsep “separation of powers” atau pengasingan kuasa antara Eksekutif,[badan perundangan] atau Legislatif dan Kehakiman menjadi tunjang kepada pemerintahan yang adil dan saksama dalam sesebuah negara demokrasi. Sekiranya ketiga-tiga badan ini bergerak seiring dan sejalan tanpa mencampuri urusan satu sama lain maka pentadbiran sesebuah negara akan stabil. Contohnya, badan eksekutif tidak boleh campurtangan atau mempengaruhi kuasa legislatif manakala eksekutif juga tidak boleh campur tangan dalam urusan kehakiman. Sekiranya, badan eksekutif atau legislatif bertindak melebihi kuasa yang ditetapkan oleh Perlembagaan, maka badan kehakiman boleh menyemak tindakan kedua-dua badan ini. Peranan ketiga-tiga badan ini amat penting dalam menentukan “check and balance” menerusi konsep pengasingan kuasa ini.

MENGAMBIL PENGALAMAN VENEZUELA

Rakyat Venezuela mengundi untuk menentukan kedudukan "term limits" Presiden Hugo Chavez.

Rakyat Venezuela mengundi untuk menentukan "term limits" Presiden Hugo Chavez.

Selain Israel yang baru selesai mengadakan pilihanraya, Venezuela tidak kurang hebatnya. Rakyatnya keluar mengundi melalui satu proses yang dinamakan sebagai “referendum”. Bezanya rakyat Venezuela tidak memilih pemimpin atau wakil rakyat sebaliknya memilih untuk menentukan sama ada mereka bersetuju untuk memanjangkan tempoh hayat perkhidmatan Presiden. 
Perlembagaan Venezuela menetapkan bahawa seorang Presiden hanya boleh memerintah selama 2 penggal sahaja. Selepas itu, beliau perlu meletakkan jawatan dan tidak boleh bertanding semula. Jadi, untuk membolehkan Hugo Chavez bertanding semula sehingga 2013 maka beliau perlulah mendapatkan mandat atau persetujuan dari rakyat melalui referendum.
Hasil referendum menunjukkan beliau memperolehi peratusan undian sebanyak 54.4% dan ini bermakna majoriti rakyat bersetuju supaya beliau bertanding semula. Suatu amalan yang menarik dan mengikut lunas-lunas demokrasi dan undang-undang. Bila berlakunya krisis politik seperti ini, maka rakyat diberikan peluang untuk menyatakan hak mereka melalui referndum. Suatu amalan yang jarang-jarang berlaku di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi.
Saya teringat beberapa tahun yang lepas Kanada juga berhadapan dengan isu yang sama. Sebuah negeri dalam wilayah Kanada iaitu Quebec yang mempunyai majoriti penduduknya berbahasa Perancis telah membuat satu referendum.Referendum untuk menentukan sama ada mereka setuju wilayah Quebec keluar dari Kanada dan merdeka atau kekal di dalam Kanada. Referendum atau pungutan suara yang dijalankan menunjukkan bahawa majoriti rakyatnya memilih untuk berada di dalam Kanada. Suatu senario yang cukup menarik.
KESIMPULAN
Politik yang kalut. Namun kekalutan ini sebenarnya menuntut kebijaksanaan di pihak yang bertelagah. Apa pun, semuanya perlu diselesaikan menerusi saluran yang sah mengikut lunas-lunas undang-undang. Hormat menghormati pandangan yang berbeza merupakan amalan politik yang sihat. Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan perdamaian marilah sama-sama kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dalam menangani konflik ini. Firman Allah:
” Berpeganglah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah”
Mudah-mudahan kekalutan politik ini akan segera berakhir.
ABU WAFI, Kuala Lumpur.

Gantikan hati

Posted: February 25, 2009 in Uncategorized

262186091

“Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika kamu tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kamu tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakkur mengingati mati. Jika kamu tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru”.

[IMAM AL-GHAZALI]

earth

Saya pernah mendengar satu kata-kata hikmah melalui pembacaan saya baru-baru ini.

“Letakkan dunia di atas tanganmu dan bukan di hatimu”.

Sekali dibaca tidak membawa apa-apa makna. Tetapi bila dihayati sepenuhnya, kata-kata tersebut mempunyai nilai yang tinggi.

Meletakkan dunia di atas tangan bermakna menganggap semua habuan di dunia adalah bersifat sementara dan tidak perlu dikejar. Meletakkan dunia di dalam hati bermakna kita menjadi manusia yang rakus dengan dunia dan segala habuan yang ada di dalamnya.Kemewahan dan kebendaan menjadi cita-cita tertinggi. Hati akan penuh dengan kecintaan terhadap dunia yang berlebih-lebihan. Meletakkan dunia di dalam hati akan membuatkan manusia menjadi tamak haloba bila menjadikan dunia sebagai matlamat dan bukan sebagai alat.

Meletakkan dunia di atas tangan, bermakna segala kemewahan di dalam dunia ini digunakan sepenuhnya untuk mencapai matlamat di akhirat. Segala kemewahan di dunia akan digunakan ke arah kebajikan dan dakwah di jalan Allah seperti menderma,bersedekah, mendirikan masjid,mendirikan pusat-pusat kebajikan untuk masyarakat, mewakafkan tanah dan lain-lain aktiviti yang memberi manfaat kepada manusia lain.

Inilah perbezaan antara manusia yang meletakkan dunia di atas tangannya dengan manusia yang meletakkan dunia di dalam hatinya. Membiarkan dunia menguasai hatinya bermakna dunia akan merosakkan seluruh kehidupannya. Membiarkan tangannya menguasai dunia, natijahnya akan memberi kebaikan kepada diri individu tersebut kerana dunia sama sekali tidak akan mempengaruhi dan merosakkan dirinya.

KISAH MUHAMMAD BIN WASI’

Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni yang terkenal dengan buku ‘best seller’ bertajuk “La Tahzan” menukilkan satu kisah teladan yang cukup menggugah jiwa iaitu kisah Muhammad bin Wasi’.

Muhammad bin Wasi’ terkenal sebagai seorang yang zuhud pada zamannya. Suatu hari dia berada di dalam barisan tentera yang dipimpin oleh Qutaibah bin Muslim untuk meninggikan kalimah Allah di bahagian timur negara Islam pada waktu itu.

Suatu hari Qutaibah ingin menguji Muhammad bin Wasi’ di hadapan para panglima dan menterinya. Maka, Qutaibah berkata kepada menteri dan panglima-panglimanya.

“Di tanganku ada segenggam emas yang diperolehi hasil ghanimah[rampasan perang] daripada musuh-musuh Islam.”

“Adakah kalian semua percaya bahawa kalau aku menyerahkan emas ini kepada seseorang maka dia akan menolaknya?”

Mereka menjawab: ” Kami sama sekali tidak percaya kalau ada orang yang akan menolak pemberian emas ini.”

Qutaibah berkata ; ” Baiklah, aku akan tunjukkan seseorang daripada umat Nabi Muhammad saw yang menyamakan emas ini dengan tanah kepada kalian semua. Maka dia pun memerintahkan pengawalnya supaya memanggil Muhammad bin Wasi’ untuk menghadapnya.

Maka, tatkala Muhammad menghadap Qutaibah, lalu diberikannya segenggam emas di dalam tangan Qutaibah. Maka Muhammad bin Wasi’ terus mengambil emas tersebut tanpa sepatah kata.

Qutaibah tercengang. Sangkaannya Muhammad akan menolak pemberiannya. Wajahnya berubah menahan malu di hadapan menteri dan panglimanya.

Qutaibah memerintahkan pengawal-pengawalnya supaya mengekori langkah Muhammad bin Wasi’ selepas beliau keluar dari majlis itu.

Muhammad bin Wasi’ membawa emas tersebut dan dalam perjalanannya beliau berjumpa dengan seorang fakir miskin, dan Muhammad memberikan semua emas tadi kepada fakir miskin tersebut.

Berita ini dilaporkan oleh pengawal-pengawal yang mengintip pergerakan Muhammad bin Wasi’ kepada Qutaibah. Lalu Qutaibah tersenyum dan berkata kepada orang-orang di sekelilingnya ” Bukankah sudah aku katakan kepada kalian bahawa masih ada lagi hamba Allah daripada umat ini yang menyamakan emas dengan tanah?

Begitulah contoh seorang insan yang hatinya langsung tidak terpaut kepada dunia. Emas yang tinggi nilainya, tidak langsung memesongkan hatinya daripada mengingati Allah dengan menyalurkan kepada orang-orang yang lebih memerlukan. Hidupnya sederhana dan mulutnya sentiasa basah dengan kalimah ‘istighfar’ [memohon ampun] dan bertasbih kepada Allah. Ternyata Muhammad bin Wasi’ adalah contoh insan yang meletakkan dunia di atas tangannya. Dunia dan habuan di dalamnya digunakan untuk jalan-jalan kebajikan dan jihad di jalan Allah.

Nabi saw bersabda :

“Jadilah kamu seolah-olah orang yang asing atau seorang musafir di dunia ini.”                                           [Riwayat Bukhari dan Ahmad]

Kita mungkin akan dilihat pelik atau dianggap asing kerana mengamalkan ajaran yang diajar oleh baginda Rasulullah saw. Meninggalkan dunia yang sedikit dan menumpukan perhatian kepada akhirat akan menyebabkan kita kelihatan janggal,pelik dan asing di mata manusia lain yang sibuk mengejar habuan dunia. Kita mungkin dianggap bodoh kerana menolak kemewahan dan keseronokan dunia, sebaliknya ketahuilah bahawa kita adalah manusia yang paling cerdik di kalangan umat ini.

Pada zaman kini, terlalu ramai manusia yang sudah menjadi hamba dunia sehingga gagal menghadiri majlis-majlis ilmu dan dakwah serta tiada masa untuk berzikir dan membaca Al-Quran kerana kecintaannya kepada dunia adalah terlalu kuat. Justeru, kita sangat-sangat memerlukan kepada kisah-kisah teladan sebegini kerana kisah-kisah seperti ini mempunyai pelajaran berharga kepada setiap manusia supaya hati mereka sedar dan bangun kembali daripada tidur leka yang berpanjangan.

KESIMPULAN

Meninggalkan kemewahan dunia bermakna kita hanya mengambil sesuatu yang bermanfaat bagi kita daripada dunia ini sahaja, sehingga tidak terlalu menyibukkan dan melalaikan kita. Dunia dan segala isi yang ada di dalamnya akan dijadikan sebagai penolong kita dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang meletakkan dunia di atas tangan dan bukan di hati.

ABU WAFI, Putrajaya

Rujukan :

Petikan kisah Muhammad bin Wasi’ diceduk daripada Buku Ihfazillah ha Yahfazuka karangan Dr. Aid Abdullah Al-Qarni.

 

Politik damai

Posted: February 28, 2009 in Pautan Siasah

Salam,

Politik di Malaysia semakin bercelaru.Itulah gambaran yang dapat diberikan.Belum pernah kecelaruan politik yang sebegini rupa berlaku di Malaysia. Saya enggan mengulas apa-apa. Sebagai rakyat marhain yang prihatin, saya amat terganggu dengan situasi yang berlaku sekarang. Mungkin boleh dikatakan telah sampai ke peringkat “kronik” yang memerlukan penyelesaian segera supaya rakyat di bawah akan mengalami kelegaan hidup.

Semalam, semasa membaca akhbar “The Star”  saya terkejut bila melihat satu iklan yang dibeli oleh seorang rakyat Malaysia berharga RM36,000. Berita lanjut adalah seperti di bawah.

KUALA LUMPUR: A businessman has taken a full-page advertisement in a major daily newspaper asking warring political parties to call a truce and focus on the shaky economy and jobs.

Consultant

 

Anas Zubedy shelled out more than RM36,000 for his advertisement yesterday in The Star, the country’s biggest-selling English-language newspaper.In the ad, he spoke of the challenges faced by his 20 staff, their fears for the future — and how the country’s leaders seem oblivious to the anxiety that he feels is gripping the nation.

“Whether (the governing) Barisan Nasional or (opposition) Pakatan Rakyat (PR) leads is meaningless . . . if Malaysians have no job to go to, no money to pay rent and no means to put food on the table,” he wrote.

“Pakatan Rakyat, please stop your attempts to take over the federal government and just let go. The nation can wait until the next general election if they want change.

“Barisan Nasional, please stop any attempts to take over PR states and win over PR lawmakers. You have proved your point with Perak. The nation can wait for the next general election if they want your party.”

Anas called on politicians from all sides to “get together and compromise”, telling them: “Someone has to give in. Take the nation to heart. That’s why you are in politics in the first place. Focus on the people. Focus on the economy.”

Mungkinkah kalangan rakyat semakin muak dengan krisis yang berlaku sekarang?

 Mungkinkah Anas hanya mewakili suara kecil rakyat Malaysia yang mahukan satu penyelesaian yang secara tuntas dengan menamatkan krisis politik yang berpanjangan?

 Apa pun, ini merupakan suara hati beliau yang perlu dihormati. Namun, saya pasti masih ramai di luar sana yang berminat untuk terus mengekori krisis politik ini hari demi hari. Jika tidak, masakan ceramah-ceramah politik masih menjadi tarikan beribu-ribu orang untuk mengikutinya. Tak pernah surut-surut. Tak pernah kunjung padam. 

Politik semakin menarik, dan saya semakin tidak sabar untuk menunggu di manakah kesudahannya selepas ini. Mungkinkah ahli-ahli politik akan mengikuti saranan Anas ini?

Politik damai, kerajaan perpaduan????? 

ABU WAFI, Kuala Lumpur

 

 

 

When you feel lonely

Posted: March 2, 2009 in Uncategorized

26893213

HAVE U EVER

 

HAVE U EVER feels like DROWNING

DEEPER & DEEPER  b’coz of

INSATIABLE, CARELESS WHISPER that leads

to WRONG IMPRESSION

 

HAVE U EVER feels like

STUCK IN A MOMENT U CAN’T GET OUT

U want to ESCAPE, SOON

but SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD

 

DON‘T LET THE SUN GO DOWN ON US

IN YOUR EYES, REMEMBER THE DAYS

ALL THAT U CAN T LEAVE BEHIND

SUNSHINE OR RAIN, IRRESISTABLE

 

HAVE U EVER, IMAGINE, the SHAPE OF OUR HEARTS

that has been CRUSHed

DON T SPEAK of EMOTION

CAN T FIGHT THE MOONLIGHT

Just TURN OFF THE LIGHT

 

WHAT ABOUT US?

WE’LL NEVER UNDERSTAND

ARE WE NOT SUPPOSED TO BE HAPPY HERE ANYMORE

YOU TOOK OUR HEARTS AWAY but

FROM THE BOTTOM OF OUR BROKEN HEARTS

WE’LL SWEAR, EVERYTHING’S GONNA BE ALRIGHT

 

FROM THIS MOMENT ON

WE WILL SURVIVE, we are STRONG ENOUGH

IF YOU COME BACK and give us

ALL THE TRUST IN THE WORLD

ALL OR NOTHING

 

Only TRUST WILL LEAD US

BACK AT ONE

And together we will ALL RISE and

HIT EM UP with STYLE

 

Its over & done but the wound still lingers

IN THE END, NOTHING ELSE MATTERS

And WOULD YOU BE HAPPIER  ???

HAVE U EVER ………………..

 

(This poem is made possible combining titles of songs (in capital letters) sung by (from the bottom up) S Club 7, The Corrs, Metallica, Linking Park, Blue Cantrell, Blue, Brian McKnight,   -  , O-Town,  The Corrs, Blue, Cher, Gloria Gaynor, Shania Twain, Sweetbox, All-4-One, Britney Spears, Michael Learns To Rock, Trademark, Blue, Michael Jackson, Nelly Furtado, Lee Ann Rimes, Destiny’s Child, No Doubt, Mandy Moore, Backstreet Boys, John Lennon, S Club 7,  Jesicca Simpson, Ferhad, U2, Nelly Furtado, Kylie Minogue, Elton John,  Lee Ann Rimes. Enrique Iglesias, U2, S Club 7, Natalie Imbruglia, George Michael, Darren Hayes, Madonna, Backstreet Boys & S Club 7)  {Thanks to NO REPEATS WEEKEND, LOVE SONGS & DEDICATIONS and MIX BREAKFAST SHOW on MIX FM }

Composed by Kak Amaini, my former staff during my tenureship in one private firm in Penang way back in 2002. I would like to express my gratitude and appreciation to her for giving her approval to publish this poem. Frankly speaking, do like it very much as it is very creative.Again I am indebted to her. I pray to Allah for her success. This poem is dedicated to someone not to be named. Thank you very much …

 

ABU WAFI, Putrajaya 

6.56 pm

Love is Cinta

Posted: March 5, 2009 in Uncategorized

 26895055

Salam,

Saya menerima komen dan pandangan mengenai entry saya sebelum ini mengenai novel cinta yang membangunkan jiwa. Pandangan mereka mengenai cinta yang hakiki juga amat menarik hati saya. Jawapan saya pendek sahaja, kita semua boleh bercinta dengan sesiapa sahaja asalkan ianya dilakukan mengikut batas-batas yang ditetapkan syariat. Percintaan yang melahirkan kekuatan untuk berjuang ke jalan Allah merupakan satu bonus bagi insan yang sedang bercinta.

Wajar sekali rasanya saya lontarkan pandangan Syeikh Atoillah As-Sakandari mengenai cinta : ” Perasaan cinta terhadap Pencipta yang menguasai diri seseorang sehingga dia dapat mengusir semua perasaan cintanya terhadap makhluk merupakan cinta yang hakiki, cinta yang indah dan paling hebat”.

Justeru, sekiranya kita dapat menghidupkan perasaan sebegini di dalam hati kita, maka akan bersihlah hati dan hilanglah pertautan hati kita kepada dunia yang bersifat sementara ini. Cinta kepada makhluk akan pupus ditelan zaman, cinta kepada makhluk tidak kekal, tetapi cinta kepada Allah adalah kekal abadi.

Barangsiapa yang boleh mewujudkan perasaan sedemikian di dalam hatinya, sentiasa merindui Tuhannya seolah-olah dia sedang menanti kekasihnya, maka BERBAHAGIALAH. Sesungguhnya anda telah mencapai kemuncak tertinggi dalam percintaan dan tiada manusia lain yang mampu menandingi anda.

ABU WAFI, Putrajaya

Uzlah seketika

Posted: March 8, 2009 in Tazkiyatunnafs

four20seasons20resort20langkawi

Entry baru terhenti seketika. Saya berada di Langkawi untuk menghadiri bengkel. Agak lama juga saya tidak ke sini. Lebih setahun lebih. Suasana di Sheraton Hotel cukup menenangkan. Jauh dari hiruk pikuk kota. Tempat yang sesuai untuk mengarang dan mencetuskan idea. Kembara saya kali ini walaupun untuk tugas sebenarnya banyak manfaat yang dapat diambil. Saya membuka tingkap jendela. Kelihatan pantai yang terbentang luas. Di gigi pantai, kelihatan anak-anak kecil berkejar-kejaran. Bunyi desiran ombak bagaikan satu irama yang sungguh indah. Deburan ombak yang menghempas pantai sehingga menghasilkan buih-buih kecil menghasilkan suasana yang hening cipta. Hati saya terdetik, terhenti seketika akibat ketenangan yang dihasilkan. Saya teringat satu perkataan iaitu “UZLAH” bermaksud mengasingkan diri buat seketika bagi bermuhasabah dosa-dosa yang lepas. Beruzlah banyak faedahnya, selain daripada bermuhasabah kita juga dianjurkan untuk banyak bertafakur merenungi kebesaran Allah. Dengan itu, hati akan menjadi tenang. Uzlah dapat memberikan “booster” kepada seseorang untuk lebih bermotivasi dalam beribadah.

Sebab itu, Islam menganjurkan sekali-sekala kita keluar beruzlah bagi membangkitkan kekuatan di dalam diri dan menyalakan rasa bertuhan agar wujud dalam diri kita.Kesibukan kita bekerja sehari-hari menyebabkan kita leka dan lalai dari mengingati Allah. Beriktikaf di masjid merupakan sebaik-baik uzlah. Menghabiskan masa di masjid sekurang-kurangnya 1 atau 2 jam dalam sehari dengan membaca Al-Quran,berzikir, berselawat dan merenung ke dalam diri dengan perasaan yang sungguh serious merupakan kaedah yang terbaik dalam beruzlah. Kita semua sibuk namun sekiranya dapat diperuntukkan 1 atau 2 jam dalam sehari untuk beriktikaf di dalam masjid atau surau boleh menjadi permulaan untuk kita melangkah ke peringkat yang seterusnya. Permulaan yang baik walaupun sedikit merupakan pembuka jalan ke arah langkah-langkah kebaikan yang lebih besar lagi. Jika ditelusuri Sirah Nabawiyyah, Nabi saw sendiri pada permulaan dakwahnya banyak mengasingkan diri di Gua Hira’ sehinggalah diturunkan wahyu yang pertama ke atas baginda. Baginda mengasingkan diri daripada kebejatan sosial dan kerosakan akhlak masyarakat jahiliyyah pada waktu itu untuk mencari kekuatan daripada Allah untuk berdepan dengan masyarakat Arab. Inilah uzlah baginda, uzlah yang akhirnya melahirkan Islam yang kita amalkan pada hari ini.Islam yang syumul.

Justeru, cuba-cubalah beruzlah sekali-sekala walaupun seketika cuma.

ABU WAFI, Padang Matsirat, Langkawi Kedah.

pc241007

Iman ada turun naiknya. Kadang-kadang ok, kadang-kadang ko. Kadang-kadang rajin beribadat, kadang-kadang malas. Ada ulama menyatakan iman seperti belon, bila baik belon mengembang,bila lemah belon mengecut. Beruntunglah iman orang yang seperti belon yang mengembang. Ada juga ulama menyatakan perjalanan hidup ini umpama bermusafir menaiki keretapi dari stesen A ke stesen B. Umpamakan, stesen A [iman tertinggi] manakala stesen B [iman terendah]. Beruntunglah kalau sekiranya ketika keretapi kehidupan kita berhenti di stesen A dan rugilah sekiranya keretapi kehidupan kita berhenti di stesen B. Berhentinya keretapi bermakna berakhirnya hidup kita. Berakhirnya hidup kita bermakna bermulalah perhitungan kita di hari akhirat yang kekal abadi. Beruntunglah kita, sekiranya hidup kita berakhir di perhentian yang baik, ketika keimanan dan ketaatan kita kepada Allah berada pada tahap yang maksima. Itulah “husnul khatimah” atau kesudahan yang baik. Berdoalah selalu semoga Allah mengurniakan kesudahan yang baik kepada kehidupan kita.

Iman ada pasang surutnya, justeru iman perlu dicas dari masa ke semasa. Kalau bateri handphone perlu dicas selalu, maka begitulah juga dengan iman di dalam diri kita. Jika tidak dicas  dan terus digunakan tanpa henti maka lama kelamaan iman tadi akan menurun atau terus padam seumpama handphone yang padam atau mati bila tidak dicas. Iman yang mati di dalam diri akan mengakibatkan jiwa menjadi lemah dan tiada semangat juang untuk meneruskan kehidupan.Iman yang mati bermakna semangat jihad untuk mempertahankan Islam yang kita anuti juga akan mati. Akibatnya hati akan menjadi tidak senstitif bila Islam diinjak-injak oleh umat lain seperti apa yang berlaku di Gaza.

Selain melakukan ibadat-ibadat sunat seperti solat sunat,qiyamullail,puasa sunat, iman juga boleh dicas melalui cara beruzlah, yakni mengasingkan diri buat sementara waktu daripada kesibukan dunia dan hiruk pikuk manusia. Beruzlah ialah dengan berfikir dan mentadabbur atau merenungi ciptaan dan tanda-tanda kebesaran Allah. Beruzlah adalah peluang terbuka untuk menemui diri yang hilang selama ini. Beruzlah adalah peluang untuk  menyesali dosa-dosa yang lepas lantas bertaubat kepada Allah.

Beruzlah merupakan cara yang berkesan untuk mengecas iman sekaligus membangkitkan jiwa rasa dalam diri untuk meningkatkan ibadah kepada Allah. Beruzlah, mekanisme untuk memotivasikan diri dalam beribadah. Beruzlah adalah langkah seterusnya untuk menjadi insan mulia lagi hebat di sisi Allah.

Beruzlah bukan untuk memisahkan diri daripada kehidupan dunia selama-lamanya sehingga menjadikan diri bagaikan kera sumbang yang tidak bercampur dengan manusia lain. Beruzlah akan membuka ruang fikir di dalam diri untuk menilai kembali peranan diri yang serba kekurangan lantas mencari jalan untuk memperbaiki diri seterusnya meningkatkan potensi diri.

Mungkin ramai di antara kita yang tidak menyedari kepentingan uzlah dalam kehidupan. Pernahkan kita merasa ingin bersendirian bila menghadapi masalah atau tekanan di dalam hidup. Ada orang yang sanggup mengasingkan diri di dalam bilik selepas kecewa di dalam percintaan. Ada orang sanggup mengasingkan diri bila gagal dalam peperiksaan. Kenapa jadi begini?

Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana manusia memerlukan ruang untuk bersendirian dan mengkoreksi diri. Kita menjadi manusia yang inginkan “privacy” walau untuk seketika kerana ruang kosong yang ada akan memberi kekuatan kepada kita untuk meningkatkan maruah diri dan bangkit semula dari kejatuhan secara lebih rasional. Sebab itu, kalau kita perhatikan manusia perlu bersendirian bila menghadapi tekanan dalam hidup. Cuma, alangkah indahnya sekiranya kesempatan bersendirian ini diambil untuk mengenal Allah dan memohon pertolonganNYA untuk memulihkan diri yang tercedera akibat tekanan hidup yang dialami.

Justeru, marilah sama-sama kita menyahut peluang yang ada untuk beruzlah seketika. Mudah-mudahan musafir saya seketika di hujung lagun Pulau Langkawi yang sunyi ini dapat diambil manfaat untuk mengkoreksi diri yang lemah dan serba kekurangan. Ya Allah, bantulah aku! Berilah aku kekuatan. Tingkatkan amal ibadahku dan sudahkanlah kehidupanku dengan kesudahan yang baik dan janganlah disudahkan kehidupanku dengan kesudahan yang buruk.Tingkatkan imanku ke tahap yang tertinggi dan redhalah Engkau atas kehidupanku ini Wahai Tuhan di mana jiwaku berada di dalam genggamanNYA. Amin.

pb170811

ABU WAFI, Langkawi Island [8 Mac 2009 10.54 malam]

Langkawi kutinggalkan

Posted: March 9, 2009 in Uncategorized

Salam,

p11113441

Selesai sudah bengkel 3 hari di Langkawi yang indah nan permai. Saya tiba di KLIA pada 9 Mac 2009 jam 11 pagi. Terus menaiki ERL transit dan tiba di Putrajaya pada pukul 12.30 tengahari. Esok saya memulakan tugas kembali di pejabat dan petang esok akan ke parlimen bagi mengikuti pembentangan Mini Bajet 2009.

ABU WAFI, KLIA

I need a break

Posted: March 11, 2009 in Uncategorized

26175677

I’m still at work. Alone in the office. Still doing some work. I want to go back early but I was stranded with a bulk of task which need to be completed by today. I’m exhausted after came back from Langkawi 2 days ago. Coincidently, my kids at home ie: Fawwas are not feeling well. Wafi and Munzir is also not feeling well. Last night, I was at the emergency ward in Putrajaya Hospital until 12.30 a.m to see the doctor as Fawwaz’s fever is slightly higher than usual. Suspected tonsilitis.

I don’t have enough sleep, but I have to be here until 11 pm to observe the debate in parliament. Being a Coordinating officer made me feel very exhausted and fully occupied. Outside, there is a heavy downpour and I  might stranded in the traffic jam should I go back early. Just wait until the traffic subsided.

I feel bored and alone. No idea to write some more.

Kuala Lumpur 8.30 pm

Hari-hari dalam hidupku

Posted: March 15, 2009 in Buku

zainab

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat,Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang besar”. [ At-Taubah : 111]

Salam,

Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili, begitulah tokoh yang ingin saya ketengahkan dalam entry saya kali ini. Seorang muslimah dan mukminah sejati yang bertepatan dengan ayat Al-Quran di atas. Membaca catatan perjalanan hidup beliau menyebabkan hati menjadi sebak. Kagum dengan semangat jihadnya yang tinggi dalam mempertahankan Islam dari diinjak-injak oleh regim sekular di Mesir lewat tahun 1950-an menjadikan saya merasa diri ini teramat lemah jika dibandingkan dengan perempuan yang berhati waja ini.

Antara kata-kata hikmah beliau :

” Kita mesti beriltizam dengan Islam, bukan hanya pengakuan di bibir sahaja, dan iltizam itu sendiri adalah Islam.Adapun pengakuan tanpa iltizam, maka itu adalah perkara lain.”

Buku ini telah lama saya cari sejak zaman pengajian di universiti lagi. Saya mencari lagi di pesta-pesta buku sejak 2006 lagi dan beberapa kali menghubungi pihak penerbit namun menemui kehampaan apabila dimaklumkan buku habis dicetak. Akhirnya, takdir menemukan saya dengan buku ini di sebuah gerai buku di Kompleks PKNS Shah Alam.

Antara bab yan paling menarik hati ialah catatan Zainab ketika berada di dalam penjara berair Tentera Mesir sekitar tahun 1950-an ialah mimpi beliau bertemu Rasulullah saw.

Aku tidak sedar bagaimanakah aku terus tertidur… sedangkan aku sentiasa berzikir mengingati Allah swt. Tidur ini merupakan tidur yang baik, mulia dan satu anugerah. Dalam tidur itu aku bermimpi. Mimpi yang diberkati. Mimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw. Aku simpan semuanya dalam memoriku.

Aku melihat dalam mimpiku itu seolah-olah aku berada di padang pasir yang luas. Aku melihat satu rombongan unta….. Rombongan perjalanan unta itu panjang dan tidak terhingga banyaknya. Aku merasakan seolah-olah aku berdiri di belakang seorang lelaki yang besar dan perkasa, yang mengepalai rombongan perjalanan ini. Hatiku meragui apakah itu Rasulullah saw.

“Engkau benar ya Zainab.Kau bersama Muhammad, jawab baginda.

“Saya ya habibi, ya Rasulullah. Apakah betul saya berada bersama Rasulullah saw?

“Kamu wahai Zainab berada di atas kebenaran, jawab baginda.

Lalu aku terbangun dari tidur. Dengan mimpi itu seolah-olah aku rasakan dunia ini aku yang punya. Aku hairan kerana dapat melupakan di mana aku berada dan ke mana aku di bawa… Kini aku tidak lagi merasa sakit-sakit akibat sebatan di dalam penjara”.

Membaca buku ini membuat kita seperti merasai setiap detik penderitaan yang diharungi oleh Zainab. Beliau seorang wanita yang lemah tetapi siksaan yang dilakukan ke atasnya tidak ubah seperti siksaaan yang ke atas seorang lelaki. Beliau merupakan pemimpin sayap wanita Ikhwanul Muslimin sewaktu perjuangan mereka membebaskan Mesir dari gejala sekular yang mencengkam pelosok negara. Bila rata-rata rakyatnya sudah hidup jauh dari landasan Islam maka Zainab lahir memperjuangkan sunnah Rasulullah saw bersama tokoh-tokoh lain seperti Hassan Al-Banna, Hassan Hudaibi dan Sayyid Qutb yang menemui syahid di tali gantung.

Beliau dipukul dengan tongkat,cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, direndam seharian dalam penjara air yang busuk yang dipenuhi tikus dan pelbagai lagi siksaan yang tidak berperikemanusiaan. Namun beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah: “Hasbunallahuwani’mal walil atau Cukuplah Allah sebagai  sebaik-baik Pelindung”.

Saya membaca kembali kisah beberapa sahabat Rasulullah saw yang disiksa oleh kafir Quraisy ketika mempertahankan aqidah. Cerita yang sama dengan pengalaman Zainab Al-Ghazali. Kisah Bilal bin Rabbah yang diletakkan seketul batu besar di belakangnya dan dijemur di padang pasir yang panas. Namun beliau tetap bertahan dengan kalimah “ahad, ahad” yakni menyakini Allah yang satu dan tiada Tuhan lain selain Allah.

Begitu juga kisah keluarga Ammar bin Yassir yang disiksa dengan dasyatnya. Yassir dan Sumaiyyah menemui syahid akibat siksaan yang berpanjangan itu, maka syurgalah sebagai ganjaran yang menanti mereka.

Saya teringat satu pertandingan pidato yang pernah saya sertai dalam tahun 1987 di Selama, Kedah. Tajuk pidato yang saya pilih ialah ”Pemusatan Aqidah Teras Pemisah Daripada Pencemaran Budaya Mungkar”. Saya yang pada ketika itu masih belajar di Tingkatan 2 terpaksa meminjam teks khutbah datuk saya yang kebetulan imam di sebuah masjid di Parit Buntar Perak. Tajuk itu terlalu tinggi untuk budak mentah seperti saya. Beberapa kali saya cuba memahami maksud sebenar tajuk tersebut namun pemikiran saya ketika itu gagal untuk memahaminya. Isi teks pidato itu terlalu berat dan sarat dengan cadangan-cadangan penyelesaian yang konkrit. Akhirnya, saya hanya menelan bulat-bulat teks yang telah saya ubah suai dengan bantuan ustaz bersama hafalan beberapa ayat Al-Quran dan Hadith yang menjadi otoriti dalam pidato tersebut. Alhamdullillah, saya berjaya memenangi tempat ketiga di peringkat daerah Kulim-Bandar Baharu. Walaupun, saya tidak dapat mewakili daerah ke peringkat negeri namun saya puas kerana mesej telah berjaya disampaikan. Permulaan pertama untuk berdakwah kepada orang ramai. Beberapa tahun selepas itu, barulah saya benar-benar faham maksud tajuk pidato yang diberikan. Melalui pembelajaran yang berterusan ke atas subjek syariah semasa di Tingkatan 6 dan di universiti telah memberikan kefahaman yang jelas mengenai kepentingan menjaga aqidah. Terjaganya aqidah yang benar akan memelihara diri daripada terpesong kepada gejala-gejala mungkar yang mengundang dosa kering.

Membaca buku perjalanan hidup Zainab Al-Ghazali menjadikan saya lebih memahami maksud pidato yang saya sertai 22 tahun yang lalu secara lebih praktikal. Saya memahami secara praktikal bagaimana Zainab Al-Ghazali mempertahankan aqidahnya melalui dialog-dialog beliau di dalam penjara. Dialog bersama rakan-rakan satu sel dan dialog beliau bersama pegawai-pegawai penyiasat yang kejam di dalam penjara. Tidak kurang juga monolog beliau bersama Tuhannya lewat munajat dan sujudnya yang tidak putus-putus di dalam penjara. Biar pun disiksa hebat, namun ibadah dan pergantungannya kepada Allah tidak pernah putus. Keyakinannya terhadap Allah tidak pernah pudar sama sekali. Sesungguhnya saya benar-benar menemui kepuasan dengan pembacaan buku ini. Buku ini boleh dijadikan motivasi kepada pendakwah yang ingin mengajak manusia supaya kembali menghayati ajaran Islam yang sebenarnya. Hidup berasaskan sunnah Rasullullah saw dan meninggalkan amalan-amalan bercanggah dengan Islam dan syirik. Motivasi supaya jangan mudah menyerah kalah dengan apa saja ujian dan cabaran yang dilalui ketika melaksanakan dakwah tersebut.

Zainab Al-Ghazali mungkin nama ini tidak sesohor artis-artis wanita tanahair yang menjadi pujaan remaja hari ini. Zainab Al-Ghazali mungkin tidak dikenali oleh sebahagian besar penduduk bumi namun saya cukup yakin tokoh ini cukup popular di kalangan penghuni-penghuni langit.

Membaca catatan hidup Zainab Al-Ghazali memberikan gambaran betapa mahalnya harga “Ad-Din” yang kita anuti selama ini. Beliau ternyata cukup menghargai dan mensyukuri nikmat beragama yang dikurniakan oleh Allah swt kepada beliau melalui Islam.

Zainab Al-Ghazali hanyalah ikon pejuang sejati bagi mereka yang mengenalinya. Kesungguhan beliau dalam mempertahankan aqidah yang satu sewajarnya dicontohi oleh semua. Maka kini saya merasakan amat wajar untuk membawa ikon ini bagi diperkenalkan kepada semua yang singgah di blog saya.

Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan di kalangan anbiya’,solihin,siddiqin dan para syuhada’  dan mendapat teristimewa di sisi Allah.

Siapalah kita jika dibandingkan dengan Zainab Al-Ghazali? Mampukah kita mencontohi keyakinan dan keteguhan aqidah beliau. Sesungguhnya beliau telah diuji dengan sekeras-kerasnya, dan kita bila lagi?

ABU WAFI @ ABU MUNZIR, Putrajaya.

 

p3133606

Salam,

Hari ini saya menerima kejutan apabila menerima hadiah sempena hari lahir saya yang ke-36. Walaupun sebulan telah berlalu namun saya menerimanya dengan senang hati.Terasa terharu atas ingatan daripada semua staf pejabat saya. Namun, terasa diri makin dimamah usia. 4 tahun dari sekarang saya akan mencecah 40-an, bermakna saya sudah semakin tua. Semakin tua bermakna semakin hampir dengan kubur. Kudrat pun tidak sekuat dulu. Makan harus dijaga dan berpantang. Tidur mesti cukup dan makanan mesti cukup zat. Supplement seperti vitamin perlu diambil kerana tenaga yang banyak perlu digunakan untuk bekerja dan otak perlu diperah bagi mencari idea-idea baru untuk menambahbaik kualiti kerja.

Saya akui kebelakangan ini saya tidak cukup tidur. Tidur saya kerap terganggu ekoran kesihatan anak-anak yang tidak mengizinkan. Saya harus bersabar dengan kerenah mereka yang tidak memahami keletihan dan kesibukan saya di tempat kerja. Bodohlah saya jika saya memarahi dan memukul mereka semata-mata memaksa mereka untuk memahami keadaan saya. Mereka masih kecil, suci dan bersih. Mana mungkin saya boleh menyamakan pemikiran mereka setaraf dengan pemikiran orang dewasa atau rakan-rakan terdekat saya yang memahami masalah saya. Mana mungkin pemikiran anak kecil bisa menggapai pemikiran orang dewasa. Mana mungkin mereka mampu untuk menganalisis setiap perkara yang saya lontarkan kepada mereka bagi menuntut kefahaman mereka tentang kesibukan saya. Mana mungkin !!!!

Namun terkadang saya hampir hilang kesabaran dengan karenah anak-anak.Justeru saya memohonkan kepada Allah untuk membantu diri saya yang serba lemah ini dengan dikurniakan perasaan sabar yang tinggi. Benarlah kata-kata seorang sahabat baik saya Shahrizat Salleh bahawa berdepan dengan karenah anak-anak akan memancarkan warna sebenar seseorang individu itu. The true colours akan keluar bila perasaan tidak sabar dan marah bila berdepan dengan masalah tingkah laku anak-anak di rumah. Kita mungkin seorang yang penyabar di pejabat, peramah bersama rakan-rakan tetapi siapa sangka kita adalah manusia paling pembengis dan tidak bertimbang rasa bila berada di rumah. Nauzubillahiminzalik…Mohon dijauhkan hendaknya…..

Sebaik-baik lelaki ialah mereka yang melakukan kebaikan kepada isteri dan anak-anaknya.  [Hadith sahih]

Saya mula menyedari bahawa kebelakangan ini saya sungguh sibuk dengan kerja. Terang-terang tanah lagi saya sudah keluar meninggalkan rumah dan setelah senja melabuhkan tirainya saya pulang ke rumah keletihan setelah memandu sejauh 50km dari tempat kerja. Keluar dalam keadaan anak-anak di rumah masih nyenyak tidur dan pulang dalam keadaan mereka sudah tidur lena. Hanya mampu mengusap, mencium pipi dan menggantikan lampin anak sebagai pelengkap tanggungjawab yang terpaksa diserahkan kepada pembantu rumah.

Saya sedar bahawa masa yang diperuntukkan untuk keluarga semakin menghakis ekoran beban tugas di tempat kerja yang menuntut saya berada di sana tanpa gagal. Ingin sahaja saya berehat buang seminggu dua bagi mengosongkan minda. Namun, mengenangkan telefon yang akan berdering-dering meminta pertolongan dari saya menyebabkan saya menangguhkan seketika hasrat di hati sehingga tugasan ini selesai dalam beberapa minggu sahaja lagi.

Mungkin saya memerlukan kembara iman atau rehlah bagi mencari makna dan tujuan hidup. Kita hidup untuk beribadat kepada Allah dan bekerja hanyalah sebagai satu alat untuk meneruskan kehidupan di muka bumi Allah ini. Cukup masa kita semua akan dipanggil menghadap Allah dalam keadaan bersedia atau tidak. Justeru, saya sangat-sangat khuatir dan bimbang sekiranya pekerjaan saya sekarang ini yang melampaui masa dan sesekali berlebih-lebihan ini tidak sahaja akan mengurangkan masa saya dengan keluarga bahkan akan semakin mengurangkan masa saya dengan Pencipta. Sudah beberapa kali, majlis-majlis ilmu di surau dan masjid terpaksa saya lupakan kerana kesibukan kerja dan menggantikannya dengan mendengar kuliah-kuliah agama di radio kereta. Mujur saya mempunyai CD lagu Sami Yussuf yang memuji-muji Rasulullah saw dan selawat ke atas baginda di dalam kereta yang menjadi peneman di kala tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas.

Kadang-kadang saya cuba menoleh kembali apa yang telah saya lakukan sepanjang 36 tahun kehidupan saya di dunia yang sementara ini. Cukup sudahkah bekalan untuk belayar ke negeri akhirat yang kekal abadi. Kerap kali hati kecil saya berbisik dan mengingat-ngingat kembali peranan saya sebagai hamba Allah. Bertambah usia bermakna kita semakin lemah. Jika lemah, jika ditimpa penyakit maka mampukah saya untuk melakukan ketaatan secara maksima. Saya teringat hadith nabi yang menyarankan supaya merebut 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu; masa muda sebelum tua dan masa sihat sebelum sakit. Jika sudah sakit maka akan terhalanglah sedikit sebanyak amal ibadah kita kepada Allah. Justeru, masa sihat perlulah digunakan dengan sebaik mungkin supaya kita tidak menjadi manusia yang rugi di akhirat kelak.

” Demi masa! Sesungguhnya manusia sentiasa berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beramal soleh dan sentiasa berpesan-pesan dengan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”

[Al-Asr]

Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Kesilapan yang silam dalam mencaturkan persoalan kehidupan tidak dapat diulang tayang kembali untuk diperbetulkan. Hanya pengajaran atau ibrah yang dapat diambil dari pengalaman lepas untuk kita teladani dan ikuti. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Bila mengenangkan kembali perjalanan hidup saya, terasa banyak sangat kesilapan dan dosa yang telah dilakukan. Dosa dengan manusia dan dosa dengan Allah sama banyak. Saya hanya mampu berdoa dan bertaubat mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa saya yang lepas. Saya manusia biasa yang lemah dan lalai. Ada waktu dan ketikanya saya leka dengan keseronokan dunia dan ada waktu dan ketikanya saya melakukan ketaatan kepada Allah dengan khusyuknya. Itulah manusia yang serba lemah, serba kekurangan.

Memikirkan masa depan yang tidak menentu saya menjadi gamam seketika. Bagaimanakah nasib saya sehari dua lagi, atau seminit dua lagi pun saya tidak tahu kerana semuanya di dalam genggaman Allah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Apatah lagi, dengan nasib saya 20 atau 30 tahun akan datang tidak saya ketahui kerana bukan dalam pengetahuan saya melainkan rahsia Allah. Apa pula, nasib dan rezeki anak-anak saya juga masih tidak menentu. Saya serahkan kepada Allah dan mendoakan kejayaan anak-anak, mudah-mudahan mereka membesar di dalam iman.

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan seluruh keturunanku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku”

[Ibrahim : 40]

Inilah doa yang acap kali dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s dan Allah telah memperkenankan doa baginda dengan melahirkan keturunan Nabi Ismail dan menyusuri sehingga Nabi Muhammad saw dan Islam yang kita warisi pada hari ini. Elok saja rasanya, jika doa ini kita jadikan amalan seharian dalam melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan paling penting yang akan tetap mendirikan solat.

Saya bersyukur atas nikmat kehidupan yang dikurniakan oleh Allah. Seharusnya syukur tidak sekadar melafazkan di bibir sebaliknya perlu diterjemahkan dalam bentuk amalan dan tindakan. Kita semua dan seluruh alam maya ini milik Allah, tiada yang kekal dan kita adalah hamba yang semiskin-miskinnya. Nikmat Allah yang dikurniakan tidak terhitung banyaknya sehinggakan sekiranya diambil semua ranting untuk dijadikan pen dan lautan luas dijadikan dakwat tidak akan habis untuk menulis segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

Apa pun, saya ucapkan terima kasih pada semua yang masih mengingati diri ini. Saya tidak tahu apa pandangan mereka pada saya yang banyak kelemahan ini. Terima kasih pada Liza, Azreen, Kak Norizan, Suhada,Farah dan Nani. Juga terima kasih kepada majikan saya yang cukup memahami dan prihatin dengan kekangan yang saya hadapi. Terima kasih juga kepada pembantu saya saudara Azman yang banyak membantu meringankan beban tugas saya.

Terima kasih kepada isteriku kerana memahami pekerjaanku dan sentiasa memberikan sokongan moral untuk menguatkan diri. Peluk cium untuk wafi,munzir dan fawwaz yang menjadi penyeri hidup dan pelengkap kasih sayang kami.

Saya mendoakan keselamatan, perlindungan, kesihatan dan penjagaan daripada Allah kepada kalian semua. Mudah-mudahan !!!

ABU WAFI@ ABU MUNZIR, 10.55 malam Putrajaya

Emergency leave

Posted: March 17, 2009 in Family

p3173691

I just came back from the hospital. My wife had been admitted for dengue fever quite seriously.Thus, I have no choice but to apply for an emergency leave at least for this week. So many things to do. Taken care kids at home,  and doing some cooking for my wife since she had no appetite. No wonder she had a prolong fever since last week.

p31736791

Thanks to Allah, I have maid to take care of my kids at home.

Office work? I have to leave to Allah to take care. I’m sure somebody will take in charge in this critical moment. I’m glad everything is under control but somehow I have to call and sms to them for guidance. I still received call from collegues and certain quaters who do not know my position at the moment. I must say to them that I’m sorry, but I have to divert your queries to Encik so and so. At least my burden will be shifted to them temporarily.

p31736821

Thanks to Hanafi, Shafri and Shikin for your willingness to visit us at the hospital. Thanks to friends and relatives for calling and giving support.I appreciated it very much.

p3173689

I pray to Allah that she will recover very soon. So far her progress is quite good.

I also need a rest. Feel like having a mild fever, but it is still under control.

ABU WAFI@ ABU MUNZIR,  Putrajaya

Hati yang hidup

Posted: March 20, 2009 in Tazkiyatunnafs

padi

Hati yang hidup adalah hati yang sentiasa memikirkan mati.

Hati yang hidup berada di dalam setiap jiwa yang mudah menangis atas segala dosa-dosa silam yang telah dilakukan.

Hati yang hidup akan menerima dengan baik segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan.

Hati yang hidup akan berbekas dengan kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini.

Hati yang hidup akan mudah menerima pancaran illahi.

Hati yang hidup akan menggerakkan seseorang insan untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kemurkaan Allah.

Hati yang hidup akan menghidupkan jiwa dan personaliti seseorang insan sehingga percakapannya enak didengari dan perwatakannya menarik perhatian manusia lain.

Hati yang hidup akan memimpin insan ke jalan yang diredhai Allah, tidak mungkin akan tersesat di tengah jalan.

Hati yang hidup tidak mudah patah semangat, tidak kenal erti kecewa dan putus asa.

Hati yang hidup akan menghidupkan jiwa-jiwa yang lemah, membakar semangat jihad mempertahankan Islam tercinta dan membangunkan jiwa menjadi insan yang mulia.

Akhirnya…. hati tidak akan hidup jika tidak dihidupkan dengan amalan zikrullah dan membaca Al-Quran kerana itulah ubat bagi menghidupkan hati yang mati.

ABU WAFI @ ABU MUNZIR, Putrajaya

26402840

Dari Atha’ bin Abi Rabah, ia berkata, Ibnu Abbas pernah berkata kepada saya: Mahukah engkau aku tunjukkan seorang wanita dari penghuni syurga? Mahu, jawabku. Dia berkata : Wanita yang hitam ini, dia pernah mendatangi Nabi saw lalu berkata, Sesungguhnya saya mengalami penyakit kerasukan, dan bila berlakunya kerasukan kepada diri saya maka tersingkaplah auratku. Oleh itu, berdoalah kepada Allah untukku. Maka jawab Baginda: Jika engkau mahu, bersabarlah nescaya engkau akan memperolehi syurga dan jika engkau mahu aku berdoa kepada Allah, aku akan memohon supaya Dia menyembuhkanmu. Lalu jawab wanita itu: Aku akan bersabar. Wanita itu berkata lagi : Sesungguhnya aurat aku tersingkap bila mengalami kerasukan maka berdoalah kepada Allah supaya auratku tidak terbuka lagi bila mengalami penyakit ini. Kemudian baginda berdoa untuknya.”

[Muttafaqun'alaih]

Saya tersentak bila mendengar kuliah yang disampaikan oleh seorang pendakwah terkemuka di sebuah surau. Hadith yang beliau baca dari kitab Riyadhus Salihin karangan Imam An-Nawawi dalam bab Sabar ternyata sesuatu perkara yang baru bagi saya. Saya belum pernah mendengar hadith ini. Lantas saya menekuni syarahan hadith yang disampaikan oleh beliau. Sekali lagi tidak mengecewakan, malah menimbulkan keinsafan dan kesedaran di kalangan yang hadir pada pagi itu. Suasana menjadi sunyi dan hening seketika. Saya terkedu mendengar kesabaran yang ditunjukkan oleh wanita yang berkulit hitam ini.

Wanita ini selalu mengalami gangguan makhluk halus selama bertahun-tahun. Bila dirasuk masalah besar yang dihadapinya ialah beliau tidak akan sedar. Menjerit dan meronta-ronta sehingga kainnya akan tersingkap dan menampakkan auratnya. Inilah yang menjadi kebimbangan wanita ini.

Lantas beliau berjumpa Nabi saw meminta supaya baginda berdoa kepada Allah supaya menyembuhkan penyakit beliau. Namun, Nabi saw memberi 2 pilihan kepada wanita ini. Pertama, bersabar dan bertahan dengan penyakit ini tanpa berbuat apa-apa termasuk berubat dan berdoa memohon kesembuhan.Nabi saw menjanjikan syurga jika wanita itu bersabar dengan penyakitnya. Kedua, berdoa kepada Allah supaya menyembuhkan penyakit tersebut.

Saya kagum dengan keimanan yang ditunjukkan oleh wanita dari kalangan sahabat ini. Keimanan yang begitu tinggi. Beliau memilih yang pertama. Beliau memilih untuk mengutamakan auratnya daripada penderitaan yang dialaminya selama ini. Malu beliau kepada Allah akibat aurat yang tersingkap walaupun berlaku di luar sedar lebih diutamakan berbanding kesakitan yang dialaminya. Dengan lain perkataan, beliau sanggup memilih untuk sakit kerana sakit tadi akan menganjarkan pahala kepada beliau dan seterusnya menghantar beliau ke syurga.

Pengajaran atau ibrah yang dapat diambil dari hadith di atas ialah:-

1. Kesabaran atas musibah yang menimpa di dunia akan mewariskan Syurga  di akhirat;

2. Ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit adalah dilakukan berdasarkan kemampuan yang dimiliki dan seterusnya berdoa kepada Allah untuk memberikan kebaikan;dan

3. Kita dibolehkan untuk mencontohi wanita tersebut dengan memilih untuk tidak berubat sebaliknya bersabar dan berdoa.

Mungkin ada yang sangsi. Selalunya bila sakit, cepat-cepat kita mencari ubat dan mencari doktor supaya segera mengubati penyakit kita. Sakit yang dialami akan merencatkan segala nikmat dunia yang kita kecapi. Kesakitan akan membantutkan segala perancangan yang telah diatur.Itulah pemikiran kita selama ini. Tetapi pernahkah kita terfikir seperti wanita di atas berfikir? Mungkin ada di antara kita akan menyatakan betapa bodohnya wanita ini, memilih untuk sakit sedangkan pilihan untuk berubat itu ada. Wanita ini memandang jauh ke hadapan dengan memilih nasib di akhirat sebagai pilihan utama sehingga mengetepikan nikmat kesenangan dunia yang sementara.

Ustaz lantas menerangkan bahawa kedua-dua pilihan adalah dibolehkan. Bersabar dan bertahan dengan penyakit akan memberikan pahala, manakala jika memilih untuk mencari penawar kepada penyakit melalui ubat dan berjumpa doktor juga diharuskan. Tetapi yang hendak ditekankan oleh hadith ini ialah keimanan yang ditunjukkan oleh wanita ini mengatasi semua kepentingan lain. Di matanya hanya nampak syurga Allah.Di matanya hanya nampak pahala yang menanti beliau. Beliau begitu yakin dengan janji Allah dan Rasulnya. Kerana beliau tahu bahawa kesakitan yang dialaminya akan menggugurkan dosa-dosa, digantikan dengan pahala dan dinaikkan darjat ke maqam yang lebih tinggi di sisi Allah.

“Wahai orang-orang beriman, bersabarlah kamu dan teguhkanlah kesabaranmu” [Ali-Imran: 200]

” Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas”.   [Az-Zumar: 10]

“Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan mengerjakan solat. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.                   [Al-Baqarah: 135]

Berbahagialah kepada mereka yang mempunyai keimanan yang setanding dengan wanita di atas. Mudah-mudahan Allah mengurniakan keimanan kepada kita semua seperti mana yang dimiliki oleh wanita tersebut.

ABU WAFI @ ABU MUNZIR, Putrajaya.

Perbetulkan asasmu

Posted: March 25, 2009 in Tazkiyatunnafs

 

pc241005

” Berapa ramai di antara kita yang solatnya bagus, sempurna, cukup syarat tetapi wudhunya tidak sempurna, tidak sah?”

” Wudhu bermaksud meratakan air ke seluruh anggota badan yang berkaitan bukan menjirus air seperti yang dilakukan oleh kebanyakan daripada kita. Saya lihat ramai yang mengambil wudhu masih tidak betul, main hentam saja ” ujar Ustaz sambil membuat demonstrasi ambil wudhu yang selalu dilakukan oleh sebahagian umat Islam di surau dan masjid-masjid.

“Jangan membazir air. Cukup sekadar semua air sampai rata ke bahagian yang diwajibkan” tambah ustaz lagi.

“Kalau dah wudhu tak sah, maka solat kita walau sebaik dan sesempurna mana sekalipun juga tidak sah, terbatal dan tidak diterima oleh Allah. Selama 40 tahun hidup di dunia ini, sedar tak sedar rupa-rupanya solat kita tidak sah sebab wudhu tidak sah. Jadi bila menghadap Allah esok, kita bawa bekal kosong saja. Masa tu baru menyesal. Sila semak balik wudhu anda semua”.  kata-kata Ustaz makin pedas dan mendalam.

Masing-masing menundukkan muka ke bawah. Malu rasanya. Takut pun ada sekiranya saya termasuk dalam golongan yang dimaksudkan tadi.

“Awak tahu tak apa itu air mustakmal”? tanya Ustaz kepada kami semua.

Semua mengangguk tanda faham.

“Kebanyakan kita bila ambil wudhu selalu mengangkat tangan sebaik sahaja air sampai ke muka kemudian sapu balik menggunakan air yang sama. Tahukah kamu bahawa dengan berbuat demikian, akan ada titisan air yang menitis semula ke atas tangan kemudian disapukan semula pada muka. Air tadi sudah jadi air mustakmal dan bukan air mutlak yang boleh digunakan untuk berwudhu. Sebab itu, jangan sekali-kali mengangkat tangan yang telah diratakan air ke anggota badan yang wajib kerana ditakuti ada air yang akan menitis keluar” ujar ustaz lagi bersungguh-sungguh untuk menghabiskan “point” terakhir beliau kepada kami.

Saya terkedu. Saya lihat muka kawan saya yang merunduk layu. Muka teman-teman lain juga begitu. Semacam ada perasaan menyesal dan tanda tanya pada raut wajah masing-masing. Tidak terbayang rasanya kalau amalan solat kami selama ini tidak diterima Allah. Fikiran saya melayang-layang cuba untuk mengingati saat-saat saya mengambil wudhu samada di rumah atau di masjid. Sahkah? Cukup syaratkah? Saya pasti teman-teman lain yang ada bersama-sama saya juga terfikir begitu.

” Satu lagi, semak balik bacaan Fatihah awak semua. Fatihah yang dibaca dengan tidak betul, tidak ikut makhraj yang betul, tajwid yang sempurna, sehingga mengubah maksud ayat boleh membatalkan solat awak semua” tambah Ustaz lagi.

Ustaz terus membuat demonstrasi bacaan fatihah yang sebenar dan yang salah. Masing-masing mengurut dada. Mungkin ada yang termasuk dalam golongan yang dikatakan oleh ustaz tadi. Sambil itu, beliau membacakan ayat-ayat Al-Quran bagi menguatkan dalil beliau.

“Balik nanti, muhasabah diri. Semak balik semua amalan asas kita seperti wudhu dan  solat. Jangan malu bertanya, jangan malu belajar. Malu dengan manusia tidak apa, tetapi malu dengan Allah lebih mustahak lagi kerana kalau tak mahu belajar sebab malu dengan manusia, tunggulah azab Allah nanti di hari yang tiada perhitungannya” tambah ustaz lagi.

“Susah la ustaz, banyak sangat nak kena diperbetulkan. Banyak nak kena belajar balik ni.” komen seorang peserta yang separuh usia.

” Awak ingat Allah nak bagi syurga free free begitu sahaja?” tanya ustaz sebagai menjawab keluhan yang dibangkitkan oleh peserta berkenaan.

” Sesungguhnya setiap manusia yang mengaku beriman kepada Allah perlu diuji ketahanan iman kita. Golongan yang paling banyak diuji adalah para rasul,nabi-nabi, alim ulama dan golongan yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Semakin kurang ujian maknanya iman kita masih di tahap rendah. Di dunia ini pun kalau nak menjadi manusia berjaya perlu melalui banyak tahap ujian sebelum diangkat sebagai manusia berjaya. Tanpa ujian yang sukar kita tidak akan mencapai kecemerlangan yang dibangga-banggakan. Begitu juga dengan Allah, sebagai Tuhan Dia berhak untuk menguji hamba-hambanya untuk melihat mana satu yang tahan diuji dan beriman kepadaNya. Syurga bukan mudah untuk dicapai. Jalan ke syurga penuh berliku dan berduri.Hanya mereka yang terpilih dan sanggup menerima apa sahaja ujian dan perintah daripada Allah serta menjauhi segala laranganNYA sahaja akan berjaya sampai ke sana “.Ustaz menerangkan dengan lebih terperinci bagi menjawab keluhan peserta tadi.

Lalu ustaz membaca sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud; ” Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dapat masuk ke dalam syurga tanpa diuji sebagaimana yang telah diuji kepada umat-umat sebelum daripada kamu. Mereka diuji dengan pelbagai ujian yang berat ….. akhir ayat.

Kuliah selama 3 jam berakhir dengan penuh makna bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran. Saya dan teman berehat seketika di tepian kolam sambil menyaksikan ikan-ikan kap berenang berkawanan. Sesungguhnya, peringatan yang telah diberikan sepanjang sehari kursus ibadah tadi benar-benar mengesankan jiwa. Terasa satu keazaman untuk memberitahu orang lain dan memperbetulkan amalan-amalan asas yang diperkatakan oleh ustaz. Kalau asas tidak kuat, tidak kukuh, lemah dan tidak betul maka binaan yang dibina juga tidak mampu bertahan lama. Bangunan akan runtuh juga. Saya membuat kesimpulan sendiri.

Saya terfikir bahawa selama ini terlalu banyak keutamaan diberikan kepada perkara-perkara yang besar dan bersifat global. Kita lebih suka bercakap mengenai ekonomi dan kewangan. Kita selalu bercakap mengenai peluang dan isu-isu semasa. Kita merasakan bahawa kita sebenarnya berpandangan jauh dan berwawasan kerana berfikir perkara-perkara besar sehinggakan kita terlupa kepada perkara-perkara “basic” atau asas yang perlu digilap semula. Istilah “back to basic” rasanya sangat cocok untuk diketengahkan semula. Kesibukan kita bekerja, berfikir dan mencari idea telah menyebabkan kita meminggirkan aspek “back to basic” ini. Hatta di dalam pekerjaan sehari-harian juga perkara-perkara asas yang menjadi tunjang kepada sesuatu isu jika dipinggirkan boleh menyebabkan malapetaka yang besar kepada sesebuah organisasi. Contohnya, kegagalan kerani untuk memasukkan surat ke dalam fail atau kegagalan ‘despatch’ untuk menghantar surat dalam masa yang ditetapkan memungkinkan sesebuah organisasi gagal berfungsi sewajarnya.Perkara ini dilihat remeh atau kecil tetapi inilah yang akan merosakkan reputasi kita.

Begitu juga, hubungan kita dengan Allah. Jika perkara-perkara asas tadi diabaikan maka jadilah kita di kalangan orang-orang yang rugi di sisi Allah.

Saya pulang ke rumah, mencari-cari buku asas solat, asas puasa, solat-solat sunat, solat jamak dan qasar, cara-cara bertayammum dan buku-buku Fiqh Ibadat, Fiqh Munakahat yang selalu diajar oleh tuan-tuan guru di surau,masjid dan pondok-pondok. Bukunya nipis-nipis sahaja tidak setebal buku-buku lain. Tetapi buku-buku nipis inilah mempunyai pengertian yang sungguh besar dalam memahamkan kita mengenai asas-asas ibadah. Pada saya buku-buku ini perlu ditelaah semula bagi “refresh memory” dan bagi mempastikan amal ibadah yang dibuat selama ini tidak tergelincir dari landasan yang benar.

Kecil-kecil cili api.Nipis tetapi banyak manfaat. Mungkin elok rasanya kita membeli beberapa buah buku ini yang banyak kedapatan di pasaran. Kalau kita boleh menghabiskan masa menelaah karya-karya besar mengenai kepimpinan mengapa tidak kita membaca buku-buku nipis ini dan menelaahnya secara bersungguh-sungguh.

Usahlah malu, sesungguhnya masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan. Malu dengan manusia atau malu dengan Allah, yang mana satu perlu diutamakan. Biar ditertawakan di dunia, jangan kita menangis di akhirat !!!!!!

ABU WAFI @ ABU MUNZIR, Putrajaya

Halaqah Al-Quran

Posted: March 31, 2009 in Tazkiyatunnafs

p32937351

29 Mac 2009 bertempat di Masjid Teras Jernang, Bangi berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran atau Halaqah Al-Quran Selangor. Saya mendapat jemputan daripada Ustazah Nawiyah yang kebetulan suami beliau adalah guru mengaji Al-Quran saya untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan.

Majlis dirasmikan oleh YM Tuanku Siti Aishah mantan Raja Permaisuri Agong. Tahun lepas pun baginda hadir juga. Ternyata baginda sangat berminat dengan Al-Quran dan terus mempelajarinya tanpa jemu-jemu di bawah bimbingan ustazah. Semoga Allah terus memberikan hidayah kepada baginda untuk terus mempelajari selok belok Al-Quran melalui Halaqah yang ditubuhkan ini. Saya berdoa semoga Allah swt memberikan kefahaman yang jelas mengenai Al-Quran kepada baginda sebagaimana kefahaman yang telah diberikan kepada generasi Sahabat dan para Salafussoleh.

Bezanya majlis khatam ini dengan tahun lepas ialah pengisiannya yang sedikit berlainan. Ada pengisian berupa perkongsian pengalaman 2 orang peserta khatam Al-Quran yang menceritakan detik-detik bagaimana mula berjinak-jinak dengan Al-Quran. Seronok mendengar pengalaman mereka dan bagaimana Allah telah membuka pintu hati mereka untuk mempelajari Al-Quran. Beginilah Al-Quran memotivasi kami.

p3293736

p3293747

Tuanku Siti Aishah

Tuanku Siti Aishah

Saya sebenarnya kurang sihat pagi itu. Sakit-sakit badan selepas demam. Tapi memandangkan saya sudah berjanji untuk hadir, maka saya gagahkan diri hadir bersama Hanafi sahabat baik saya. Ternyata saki-sakit badan saya hilang selepas mendengar kuliah dari Ustaz Agus mengenai Al-Quran.Ceramah yang telah menjirus cairan keimanan pada hati-hati setiap yang hadir. Terasa berada di dalam salah satu daripada taman-taman syurga bila berada di dalam majlis-majlis ilmu apatah lagi majlis meraikan Al-Quran. Semoga barakah Allah terus menyinari hidup kita semua.

ABU WAFI @ ABU MUNZIR, Putrajaya

Meneruskan kehidupan

Posted: April 3, 2009 in Uncategorized

262186471

Sedar tak sedar dah masuk bulan April dan dalam bulan ini terlalu banyak peristiwa penting dan lakaran sejarah yang akan berlaku.

3 April 2009 : Malaysia mendapat Perdana Menteri ke-6.

7 April 2009 : Pilihanraya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.

23 April 2009 : peristiwa bersejarah dalam hidupku.

Setiap peristiwa yang akan berlaku dan telah berlaku mempunyai maknanya yang tersendiri kepada kehidupan manusia. Kalau peristiwa tersebut berkaitan dengan perubahan landskap politik negara maka semua rakyat termasuk saya akan terlibat dalam menerima kesannya. Manakala bagi peristiwa yang hanya berkait rapat dalam hidup saya sendirian maka saya dan orang terdekat sahaja yang akan menerima kesannya. Begitulah kehidupan.

Perjalanan hidup harus diteruskan sehingga kita menemui titik noktahnya. Saya menunggu tarikh keramat 23 April 2009 yang masih dirahsiakan setakat ini. Saya berdoa semoga perkara tersebut terjadi dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.

ABU WAFI @ ABU MUNZIR, Putrajaya

Nikmat sebuah hidayah

Posted: April 17, 2009 in Uncategorized

p32237311

Sudah agak lama juga tidak menulis. Kekeringan idea.Ketandusan isu. Dibelenggu dan diburu dengan kerja-kerja pejabat yang tidak putus-putus. Menyebabkan blog saya ini gagal dikemaskini mengikut perancangan saya sebelum ini.

Ya, saya bukan seorang penulis besar yang hebat sepert Faisal Tehrani atau penulis-penulis blog tersohor seperti Saifulislam atau Hilal Asyraf. Namun, saya berusaha supaya blog ini dapat dikemaskini sekerap yang mungkin. Berusaha untuk mendisiplinkan diri untuk meng’update’ blog setiap hari adalah sesuatu yang sukar dan payah bagi saya. Tambahan lagi, saya tidak mempunyai idea yang banyak melainkan catatan pekerjaan saya seharian dan sedikit sebanyak pengalaman saya bersama rakan taulan. Namun, saya berdoa mudah-mudahan catatan dan diari kehidupan saya ini akan dapat diteruskan sehingga kehidupan saya yang terakhir. Blog ini hanyalah berupa catatan peribadi semata-mata yang dikongsi bersama sahabat maya.

Bezanya dengan catatan diari pada masa dahulu, ianya ditulis di dalam sebuah buku comel dan tidak dikongsi dengan sesiapa. Dan kini, ramai yang telah menjadikan blog sebagai diari kehidupan termasuklah saya sendiri.

Kali ini saya ingin menggarap pengalaman saya bersama seorang pesara kerajaan yang telah diberi hidayah oleh Allah.Baru-baru ini, saya telah menghadiri satu majlis khatam Al-Quran di Bangi. Menariknya, majlis khatam kali ini ialah pengisiannya yang lain dari yang lain. Ada slot perkongsian pengalaman seorang pegawai tinggi kerajaan iaitu Dato’ Rashid yang merupakan bekas Ketua Pengarah di sebuah jabatan kerajaan yang telah bersara tiba-tiba memilih jalan untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan mempelajari dan menekuni Al-Quran secara bersungguh-sungguh. Bermula denga mempelajari tajwid, membaca,menghafaz dan kini beliau dalam peringkat memahami maksud dan tafsiran Al-Quran.

Paling menyentuh perasaan saya ialah apabila beliau menyatakan:

” Sebaik sahaja pencen, saya mula memikirkan perjalanan hidup saya selepas ini. Apakah harus saya habiskan di taman-taman golf atau di taman-taman syurga? Saya amat sukakan golf namun Allah menetapkan hati saya supaya memilih supaya berada di taman-taman syurga. Allah mencampakkan hidayahNYA melalui isteri yang mengajak saya mendekati Al-Quran. Walaupun pada permulaannya saya merasa janggal dan kekok kerana jarang membaca namun setelah mengikuti beberapa siri kelas dan pembelajaran, saya mula jatuh cinta dengan Al-Quran. Dan akhirnya, saya kini telah meninggalkan taman-taman golf walaupun ramai di antara kawan-kawan saya yang telah pencen masih berada di padang-padang golf. Mungkin Allah telah memilih saya untuk menetapkan diri dalam jalan hidayah ini dan saya berharap semoga saya kekal di dalam hidayahnya.”

Perkongsian pengalaman bersama Dato’ ini ternyata amat menyentuh perasaan dan mencabar diri. Dalam usia yang sudah mencecah 60 tahun beliau mampu mencabar diri untuk memahami Al-Quran secara tartil dan bersungguh-sungguh. Hari-hari dalam hidupnya dihabiskan dengan membaca Al-Quran. Alangkah indahnya, hidayah yang telah diberikan oleh Allah kepada seorang manusia yang berjiwa besar ini.

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang telah diberikan hidayah.Diberikan cahaya iman menyinari di dalam hatinya. Beliau menemui ketenangan dengan cara ini. Ketenangan yang tidak pernah dijumpai  sebelum ini. Ketenangan yang hakiki. Mudah-mudahan beliau terus kekal di dalam hidayah dan bimbingan Allah hingga ke nafas yang terakhir. Mudah-mudahan beliau menemui husnul khatimah dengan cara ini.

Suntikan Motivasi

Posted: April 20, 2009 in Uncategorized
Buku Motivasi agama terbaru

Buku Motivasi agama terbaru

 Sabtu lepas saya telah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Hajat di hati nak pergi awal-awal lagi tetapi memandangkan waktu pembukaan hari bekerja maka terpaksalah saya tangguhkan ke hari Sabtu,cuti hujung minggu. Saya benar-benar teruja lebih-lebih lagi bila saya dimaklumkan oleh sahabat saya Hilal Ashraf bahawa bukunya bakal dilancarkan di situ. Saya siap hafal lagi no.gerai 81 dan peta kedudukan booth Galeri Ilmu. Bukan apa, saya takut buku tersebut habis stok.

Seawal pagi jam 8 saya dah bersiap. Isteri kebetulan kerja pula. Saya membuat keputusan untuk memandu dari Putrajaya ke PWTC walaupun isteri mencadangkan supaya saya menggunakan saja ERL dan LRT untuk mengelakkan kesesakan dan ruang parking yang tidak cukup. Saya ‘gamble’ asalkan dapat memiliki buku-buku tersebut.

Saya membawa anak saya yang sulung wafi bersama. Saya berjanji dengan dia untuk singgah di kedai stationery untuk membeli crayon. Pukul 9.30 pagi kami bertolak melalui Maju Expressway dan pukul 10.20 kami tiba di PWTC. Masih awal lagi.Orang pun belum ramai tapi saya agak sedikit masa lagi pengunjung pasti ramai dan sesak.

Setelah mengunjungi beberapa tingkat dan gerai buku saya berjumpa dengan booth Galeri Ilmu di Tingkat Mezzanine. Setelah menyelak beberapa halaman dan meninjau beberapa buku terbaru keluaran Galeri Ilmu tanpa membuang masa saya terus membeli dua buah buku iaitu Langit Illahi dan Rindu Bau Pohon Tin karya Saifulislam. Langit Illahi memuatkan motivasi agama yang ditulis oleh seorang anak muda Hilal Ashraf yang kini sedang menuntut di Jordan. Saya mengenali beliau semasa beliau masih di Tingkatan 6. Perkenalan yang singkat ini memberi makna yang cukup bererti kepada saya. Sebelum ini saya banyak membaca tulisan beliau di blog beliau. Tulisan beliau lain dari yang lain. Menyedar dan menginsafkan.Satu style baru dalam berdakwah di arena penulisan maya.

Manakala Saifulislam pula merupakan antara blogger yang terkenal dengan tagline Erti Hidup Pada Memberi. Beliau juga seorang ustaz dan motivator yang sering memberikan kuliah-kuliah di masjid dan surau. Saya amat sukakan “approach” yang dibawa oleh beliau. Ternyata sangat menusuk kalbu. Walaupun saya tidak berpeluang bertemu “face to face” dengan beliau namun saya berjaya membeli buku beliau yang siap bertandatangan. Saya dimaklumkan bahawa beliau telah “sign in advance” beberapa buku yang akan dijual kerana beliau tidak boleh berada sepanjang masa di booth berkenaan.

p42038262

Untuk Wafi saya belikan buku komik agama. Beliau sendiri yang memintanya, nak baca masa perhimpunan sekolah, katanya. Banyak lagi buku yang saya lihat dan rasa nak beli. Tetapi saya tangguhkan dulu. Biar saya puaskan diri dengan 2 buah buku yang cantik ini. Covernya cukup menarik dan type settingnya juga ‘simple’ dan menawan hati. Isinya memang best sangat. Ringkas dan menusuk ke dalam jiwa. Paling saya suka ialah gaya penceritaan saifulislam dalam Rindu Bau Pohon Tin yang bersahaja tetapi boleh menumpahkan air mata.

Malam itu, selepas membaca beberapa ‘chapter’ buku Langit Illahi saya terus menghubungi beliau di Jordan. Dapat bercakap selama 13 minit. Saya ucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan beliau terus menulis pada masa hadapan. Realisasikan impiannya untuk menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain.

Syukran…

ABU WAFI, Putrajaya

Travelog Umrah

Posted: April 23, 2009 in Diari Kembara

 kaabah1

Insyallah,saya akan melakukan ibadah umrah dan ziarah pada 23 April hingga 5 Mei 2009. Untuk itu, blog saya tidak akan dikemaskini sehingga kepulangan saya pada 5 Mei 2009. Berbeza dengan tugasan ‘outstation’,  pemergian saya kali ini membawa satu misi besar iaitu ‘safarul iman’. Hati saya berdebar-debar kerana inilah kali pertama saya akan menjejakkan kaki ke tanah suci.

2 hari lepas saya mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Prof. Kamil. Macam dia tahu pula saya nak pergi umrah. Mungkin ada hikmahnya. Mendengar ceramah pengalaman beliau mengerjakan haji di Mekah memberikan saya dimensi baru dalam pengertian ibadah haji dan umrah. Bolehkah saya menjadi seperti dia….

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan umrahku di sana kelak. Terimalah aku sebagai tetamuMu. Ampunkanlah dosa-dosaku yang telah lepas. Terimalah taubatku.

Ya Allah, aku merayu dan merintih. Campakkanlah rasa ‘khauf’ atau gerun dengan kebesaranMu. Kembalikan rasa ingin kembali dengan harap kepadaMu. Terimalah semua amalanku. Kurniakanlah aku dengan hati yang lembut, hati yang mudah menerima hidayah dan petunjukMu. Hati yang sentiasa gentar apabila mendengar namaMu disebut dan bertambah keimanan bila mendengar ayat-ayatMu dibaca. Ya Allah.

Ya Allah, hanya kepadaMu aku bermohon,’rabbiyassirwalatu’assir’. Perbetulkan niatku.Pemergianku ke sana hanyalah keranaMu Ya Allah. Aku mengharap dan mendambakan keredhaanMu. Sesungguhnya solatku,kehidupan dan kematianku hanyalah untukMu Ya Allah. Tiada tujuan selain itu Ya Allah, bantulah aku,bimbinglah aku untuk menjadi hamba yang mentaati perintahMu dan menjauhi segala tegahanMu.

Ya Allah, sesungguhnya aku hamba yang lemah. Kerap bergelumang dengan dosa.Berilah peluang dan kesempatan untuk aku bertaubat dan memulakan hidup baru dengan penuh keimanan. Terimalah aku sebagai tetamuMu ya Allah, Ya zaljalaliwalikram!

“HambaMu telah datang menyambut panggilan Mu Ya Tuhan, hamba Mu datang menyambut panggilan Mu. … Sesungguhnya segala puji-pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu dan tidak ada sekutu bagi Mu…”

ABU WAFI, KLIA

Bertemu Prof Kamil

Posted: April 21, 2009 in Umum

Dalam entry saya tahun lepas, saya telah menulis tentang sebuah buku yang perlu anda baca. Buku Travelog Haji karya Prof Kamil. Buku yang sangat baik penceritaannya dan saya mendapat beberapa komen yang bernas dari kawan-kawan yang mengunjungi blog saya.

Semalam selepas maghrib saya bersama isteri dan anak kedua Munzir ke Surau Putra Amin Precint 8. Prof Kamil sendiri datang dari Johor untuk menceritakan pengalaman travelog haji beliau secara live. Hadirin yang datang terpegun. Ceramah selama 2 jam berkisar mengenai pengalaman yang dibukukan dalam buku berkenaan.

Usai ceramah saya dan Munzir bergegas ke hadapan untuk bertemu Prof. Saya memperkenalkan diri dan memaklumkan bahawa saya pernah ke rumah beliau 2 tahun lepas di Shah Alam untuk membeli buku beliau. Sempat sembang sekejap sebelum jemaah lain pula bertanyakan kemusykilan-kemusykilan berbangkit.

Beliau menyatakan bahawa  keseluruhan hidupnya yang jahil telah berubah melalui solat hajat selama setahun bagi memohon jawatan professor. Beliau melakukan solat hajat setiap malam hanya kerana mahukan jawatan professor. Setelah diberikan jawatan professor dan tunggakan gaji RM80,000 beliau tergerak hati untuk menunaikan haji. Rupa-rupanya inilah ‘pintu’ yang dibuka oleh Allah supaya beliau mengenali dan mendekati Allah. Hasilnya beliau mula mempelajari Al-Quran sehingga berjaya menunaikan haji dan kembali ke Malaysia dengan terus menerus mengekalkan kehidupannya yang baru. Beliau meninggalkan semua kejahilan dan perangai-perangai buruk yang selama ini diamalkan. Satu anugerah besar.

Gambar dipetik dari blog beliau

Gambar dipetik dari blog beliau

Kenapa buku ini dinamakan mengubah sempadan iman. Saya membuat kesimpulan sendiri, bahawa di dalam salah satu bab ada dinyatakan peristiwa beliau mengalami rabun dekat di Makkah. Beliau cuba membaca huruf-huruf di dalam buku tetapi gagal. Barulah beliau tersedar bahawa inilah sempadan masa yang ditunjukkan oleh Allah bahawa beliau sedang menghampiri kematian. Kita seringkali dikejutkan oleh Allah melalui peristiwa-peristiwa yang tidak terjangkakan. Jika kita duduk dan berfikir sedalam-dalamnya mungkin kita akan tersedar bahawa ini merupakan ‘signal’ dari Allah. Signal supaya kita segera membelok ke jalan kebenaran atau signal menyuruh kita supaya berhenti sebelum segala-galanya sudah terlambat. Tanda Allah kasih dan sayang kepada kita.

Untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut boleh mengunjungi blog beliau bertajuk Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan @ muhdkamil.net

ABU WAFI, Putrajaya

Kembali ke tanahair

Posted: May 10, 2009 in Diari Kembara

Syukur alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah swt yang memberikan saya peluang dan kesihatan yang baik sepanjang saya berada di tanah suci. Syukur tidak terhingga atas nikmat yang diberikannya. Nikmat umur yang panjang dan nikmat kesihatan yang baik memudahkan saya untuk mengerjakan ibadah umrah dengan tenang dan melakukan ziarah ke tempat-tempat bersejarah sekaligus mendekatkan diri dengan perjuangan Rasullah saw.

Ada pengalaman manis, ada pengalaman pahit dan ada pengalaman yang cukup mendebarkan. Semuanya akan saya ceritakan dalam Travelog Umrah di ruang pages kelak. Saya perlu berehat daripada keletihan yang berpanjangan dan penyesuaian diri dengan perubahan cuaca dan waktu. Insyallah akan saya kemas kini dalam tempoh terdekat.

Kembali memulakan tugas

Posted: May 11, 2009 in Uncategorized

Hari ini saya kembali ke pejabat setelah 2 minggu berada di luar negara. Banyak surat, memo dan kerja-kerta yang memerlukan tindakan segera dan serta merta. Esok saya ada mesyuarat di JPM. Pagi ini saya menerima panggilan penting dari Bos nombor 2 saya. Nampaknya, bermula kembali rutin hidupku seperti biasa.

Salam,

Saya sedang menyiapkan catatan perjalanan umrah dan ziarah saya bertajuk Cinta Madinah dan Cinta di Lembah Bakkah. Saya perlu menceritakan dengan terperinci supaya tidak ada sesuatu yang tertinggal untuk tatapan dan rekod saya pada masa hadapan. Tiba-tiba saya teringat satu kisah yang diceritakan oleh salah seorang jemaah ketika saya sedang menikmati makan tengahari seusai solat zohor di hotel.

Ceritanya tentang kematian jemaah umrah Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalanraya kira-kira 2 minggu sebelum saya sampai di Makkah. Ya, saya ada terbaca berita mengenai kemalangan tersebut. Kalau tak silap saya 4 jemaah terkorban manakala seorang lagi masih koma di hospital. Jemaah tersebut terbunuh dalam kemalangan bas ketika dalam perjalanan ke Makkah dari Madinah untuk menunaikan umrah berhampiran tempat miqat, Bir Ali. Semuanya meninggal di tempat kemalangan dalam keadaan masih memakai pakaian ihram.

Menurut abang Khairul iaitu ahli jemaah yang menceritakan kejadian tersebut kepada saya, salah seorang jemaah perempuan yang meninggal dunia sempat meminta mutawif di dalam bas untuk menuliskan ayat ” Laila hailla anta subhanakainni kuntu minnazzalimin” iaitu doa yang dibacakan oleh Nabi Yunus a.s ketika terperangkap di dalam perut ikan nun beberapa minit sebelum kemalangan berlaku.

Jemaah wanita tersebut meninggal serta merta sebelum sempat sampai ke Makkah dalam keadaan masih berihram. Menurut keluarga mangsa ketika jenazah di bawa ke hospital untuk dimandikan anak wanita tersebut dalam lingkungan umur 10 tahun berkata kepada ayahnya.

“Abah, lihatlah muka mama macam baby”

Saya terpegun seketika, hati terusik dengan komen anak wanita tersebut. Sesungguhnya anak sekecil ini tidak mampu berbohong. Terasa ingin menitiskan air mata bukan sedih kerana anak kehilangan ibu atau suami kehilangan isteri tetapi terharu kerana kematian wanita ini adalah di saat beliau dalam perjalanan untuk menuntut keredhaan Allah. Dalam keadaan masih berpakaian ihram yang serba putih yang melambangkan kesucian. Dalam keadaan membaca talbiah menyahut  seruan Tuhanmu datang menyerah diri kepadaMu.

Beliau dikebumikan di perkuburan Baqi’ bersama ribuan para syuhada’. Kalau tak silap saya ada hadith yang menyatakan bahawa selepas tiupan sangkakala kedua menandakan kebangkitan manusia dari kubur, ahli perkuburan Baqi’ inilah yang akan dibangkitkan terlebih dahulu bersama Rasulullah saw sebelum orang-orang lain dibangkitkan. Begitu mulianya perkuburan Baqi’ yang mendapat jaminan Rasulullah saw.

” Barangsiapa mampu meninggal dunia di Madinah,maka lakukanlah, sesungguhnya aku akan bersaksi bagi orang yang mati di dalamnya.”

[Sunan Ibnu Majah:no 3112]

Sayyina Umar pernah berdoa  : “Ya Allah, kurniakan aku syahid di jalanmu, dan matikanlah aku di negeri Rasulmu.”  [Sahih Bukhari: no. 1890]

Rasulullah saw pernah memohon ampun bagi penghuni Baqi’ dalam sahih Muslim.

Bila membaca hadith-hadith di atas, saya terkenang wanita tersebut. Saya berdoa semoga wanita tersebut meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah atau menemui kesudahan yang baik. Sesungguhnya, beliau meninggal dalam keadaan ketika sedang dalam perjalanan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Mudah-mudahan Allah mengampunkan semua dosa-dosa beliau seperti bayi yang baru dilahirkan. Mudah-mudahan dosa-dosa beliau terampun dan gugur, suci bersih seperti kain putih ihram yang dipakai.

Ya Allah,sudahkanlah aku dalam kesudahan yang baik dan janganlah dimatikan aku dalam kesudahan yang buruk

Ya Allah,matikanlah aku dalam kesudahan yang baik dan janganlah dimatikan aku dalam kesudahan yang buruk

Saya pernah terbaca dalam mastika mengenai kisah seorang pelakon tahun 1960-an Tony Kassim yang meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat tahajud di malam yang hening. Beliau meninggal dalam keadaan bersujud. Beliau meninggal dunia ketika tahap kecintaannya kepada masjid begitu tinggi sekali sehingga tidak mahu lagi bercakap mengenai kisah-kisah gelapnya ketika menjadi pelakon di layar perak dahulu.Beliau meninggal dunia ketika sedang enak melakukan ketaatan kepada Allah. Malah, menurut salah seorang anaknya, beliau begitu rajin ke masjid untuk menunaikan solat dhuha, taubat dan membaca Al-Quran. Hari-hari terakhir dalam hidupnya diisi dengan amal ibadah sehingga beliau tidak mahu ke tempat lain melainkan ingin ke masjid semata-mata. Kagumnya saya pada cinta dan pertautan hatinya kepada Allah.
Saya tidak mampu untuk menyatakan ke manakan nasib kita selepas mati. Syurga atau neraka adalah di tangan Allah. Cuma yang hendak saya katakan bahawa cara seseorang itu meninggal dunia sedikit sebanyak memberikan gambaran yang mungkin menandakan sesuatu yang baik sedang menanti individu tersebut di alam yang satu lagi.
Apa pun, marilah sama-sama kita berdoa semoga kehidupan kita ini disudahkan dengan cara yang terbaik dan diredhai Allah. Mohon dijauhkan kehidupan yang disudahi ketika sedang lazat dan enak melakukan maksiat. Nauzubillahiminzalik !!!!
ABU WAFI, Putrajaya.

Terjumpa sesuatu

Posted: May 21, 2009 in Tazkiyatunnafs
Ingat mati, ubat hati

Ingat mati, ubat hati

Salam,

Saya baru menjumpai sesuatu. Ya, sesuatu yang saya cari-cari selama ini. sesuatu yang berharga.Semalam, semasa pulang dari tempat kerja saya membuka radio. Ada rancangan baru yang cukup menarik. Pada saya yang terbaik pernah saya dengar. Radio IKIM 91.5 menyajikan segmen Usrah Rasa Hati setiap hari Rabu petang jam 6.15 ptg hingga 7.00 petang.

Berbeza dengan kuliah atau ceramah yang selalu kita dengar yang bersifat komunikasi satu hala , program ini berkonsepkan usrah secara maya di mana ahli-ahlinya terdiri daripada pendengar-pendengar radio seperti saya. Yang menariknya, program ini mempunyai seorang naqib yang akan mengendalikan usrah dan  2 orang ahli yang turut hadir di konti. Manakala ahli yang di luar boleh menelefon atau sms.

Tajuk Usrah hanya berkisar mengenai persoalan hati semata-mata sehingga ada ahli usrah yang mencadangkan supaya ditubuhkan Institut Pemulihan Hati. Kebejatan sosial,masalah jenayah yang semakin melampau dan masalah-masalah lain yang berlaku kepada umat Islam pada hari ini berpunca daripada hati yang rosak atau hati yang mati.

Justeru, tahniah diucapkan kepada IKIM kerana mengambil langkah berani dengan mengetengahkan rancangan yang sebegini bagus untuk mengubat hati-hati yang rosak dan mati sekaligus untuk mengembalikan manusia ini kepada tujuan kehidupan.

Saya tertarik dengan ulasan dan kupasan yang dibuat oleh salah seorang ahli usrah. Beliau bercakap dengan bersungguh-sungguh sehingga adakalanya beliau hampir sebak bila menyatakan mengenai hati manusia yang keras. Saya masih ingat katanya ; Hati yang bersih boleh dilihat daripada lidah yang lurus. Kalau pertuturan seseorang itu benar dan lurus, itu menandakan bahawa hatinya adalah sihat dan baik.

Hati yang hidup adalah hati yang berlekuk sehingga ia boleh menerima apa sahaja yang baik dari Allah. Ibarat batu yang berlekuk, makin berlekuk makin mudah untuk ia menampung air yang menitis ke atasnya, maka makin banyak ilmu yang diperolehi secara langsung dari Allah swt. Sebaliknya, hati yang keras, ibarat batu yang keras ianya tidak mampu untuk menampung atau menerima apa sahaja yang baik dari Allah.

Komen awal saya tentang program ini amat wajar diteruskan kerana sesungguhnya masyarakat kita khususnya umat Islam pada hari ini sedang mengalami hati yang sakit, hati yang mati. Hati-hati ini perlu dibaiki dan dipulihkan dengan peringatan dan tazkirah yang berguna.

Saya pasti bahawa kita sudah cukup banyak mendengar kuliah atau ceramah agama yang mengajak kepada kebaikan. Perkara-perkara berkaitan feqah dan tauhid kerap kali dibincangkan oleh para alim ulama di surau, masjid malah di program Al-Kulliyyah dan Halaqah di TV. Namun, setakat ini program yang membicarakan soal pemulihan hati belum ada yang disiarkan secara “extensive”. Sesungguhnya, masyarakat di luar sana seperti saya cukup memerlukan pengisian seperti ini. Pengisian yang membicarakan soal mahmudah,tawadhuk, qanaah,kibr,takabbur,sombong,riak,ghurur,ujub dan sebagainya jarang dikupas dan diterangkan secara terperinci.

Ketahuilah, kali pertama saya mendengar program ini ke udara minggu lepas menyebabkan hati saya jadi tersentuh dan tersentak kerana semua contoh-contoh yang diberikan oleh naqib dan ahli-ahli usrah benar-benar kena atas batang hidung saya.

Masih mencari

Masih mencari

Sesungguhnya, saya insan yang lemah iman, walaupun baru kembali menunaikan umrah, saya bukanlah seorang yang suci kerana pemergian saya adalah sebahagian daripada proses untuk saya mendapatkan hati yang baik,tulus, suci dan keredhaan Allah. Masih banyak yang perlu diperbetulkan…..

Sesungguhnya, saya benar-benar telah menjumpai sesuatu yang berharga dalam hidup ini ….

ABU WAFI, Putrajaya.

Antara dua masa yang lain

Posted: May 27, 2009 in Tazkiyatunnafs

Mari kita baca satu pucuk surat Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri yang pernah ditujukan kepada Khalifah ‘Umar bin ‘Abdil-‘Aziiz rahimahumallah :

لأصفنّ لك الدنيا : ساعة بين ساعتين؛ ساعة ماضية وساعة آتية، وساعة أنت فيها. فأما الماضية والباقية فليس تجد لراحتهما الذَّة؛ ولا لبلائها ألمًَا. وإنما الدنيا ساعة أنت فيها فخدعتك تلك الساعة عن الجنة وصيرتك إلى النار، وإنما اليوم إن عقلت ضيف نزل بك وهو مرتحل عنك، فإن أحسنت نزله وقراه شهد لك وأثنى عليك بذلك وصدق فيك، وإن أسأت ضيافته ولم تحسن قراه جال في عينك. وهما يومان بمنزلة الأخوين نزل بك أحدهما فأسأت إليه ولم تحسن قراه فيما بينك وبينه، فجاءك الآخر بعده فقال : إني قد جئتك بعد أخي فإن إحسانك إليَّ يمحو إساءتك إليه، ويغفر لك ما صنعت فدونك إذ نزلت بك وجئتك بعد أخي المرتحل عنك فلقد ظفرت بخلف منه إن عقلت، فداركْ ما قد أضعت. وإن ألحقت الآخر بالألى فما أخلقك أن تهلك بشهادتهما عليك. إن الذي بقي من العمر لا ثمن له ولا عدل، فلو جمعت الدنيا كلها ما عدلت يومًا بقي من عمر صاحبه، فلا تبع اليوم ولا عدله من الدنيا بغير ثمنه، ولا يكونن المقبور أعظم تعظيمًا لما في يديك منك وهو لك، فلعمري لو أن مدفونًا في قبره قيل له : هذه الدنيا أولها إلى آخرها تجعلها لولدك أم يوم تترك فيه تعمل لنفسك لاختار ذلك، وما كان ليجمع مع اليوم شيئًا إلا اختار اليوم عليه رغبة فيه وتعظيمًا له، بل لو اقتصر على ساعة خُيِّرَهَا وما بين أضعاف ذلك يكون لغيره، بل لو اقتصر على كلمة يقولها تكتب له وبين ما وصفت لك وأضعافه لاختار كلمة الواحدة عليه، فانتقد اليوم لنفسك، وأبصر الساعة، وأعظم الكلمة، واحذر الحسرة عند نزول السكرة، ولا تأمن أن تكون لهذا الكلام حجة نفعنا الله وإياك بالموعظة، ورزقنا وإياك خير العواقب. والسلام عليك ورحمة الله وبركته.

“Aku akan menggambarkan kepadamu bahwa dunia ini adalah satu masa di antara dua masa yang lain. Satu masa telah lampau, satu masa akan datang, dan satu masa lagi saat di mana engkau hidup sekarang. Adapun masa lampau dan yang akan datang, tidaklah memiliki kenikmatan dan juga tidak ada rasa sakit yang bisa dirasakan sekarang. Tinggallah dunia ini saat dimana engkau hidup sekarang ini. Saat itulah yang sering memperdayamu hingga lupa dengan akhirat, dan perjalanan yang bisa menghantarmu menuju neraka.

Sesungguhnya hari ini – bila engkau mengerti – ibarat tetamu yang datang ke rumahmu dan akan segera pergi meninggalkan rumahmu. Apabila engkau memberi layanan yang baik dan menghormatinya, ia akan menjadi saksi atas dirimu, memujimu, dan berbuat benar untuk dirimu. Akan tetapi bila engkau memberi layanan yang buruk dan kasar, maka ia akan terus terbayang di depan matamu.

[Hilyatul-Auliyaa’ 2/39]. source

Dunia adalah tempat persinggahan sementara. Satu hari di dunia tidak sampai separuh hari di akhirat. Sehari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Fikirkanlah, renung-renungkanlah… kita hanya sebentar di dunia berbanding akhirat yang panjang. Lihatlah orang-orang yang telah meninggalkan kita di alam barzakh.. mereka sedang menunggu untuk dibangkitkan setelah beribu-ribu tahun di sana. Betapa panjangnya masa di sana sedangkan masa kita di dunia sebentar cuma.

Simpatiku pada mereka itu

Posted: May 29, 2009 in Umum

27068461

Saya baru selesai menjadi panel temuduga untuk jawatan pembantu tadbir perkeranian 2 hari lepas. Ramai yang hadir. Dalam banyak-banyak yang hadir ada juga yang mempunyai ijazah datang mencuba nasib. Namun terpaksa dikecewakan kerana minimum kelayakan yang diterima hanya SPM atau Diploma.

Seusai sesi temuduga saya termenung seketika. Ini bukan kali pertama saya berhadapan dengan karenah manusia yang perlukan pekerjaan. Dah banyak kali, tetapi kali yang ini saya agak tersentuh. Kenapa jadi begini ???

Rata-rata yang hadir berkelulusan bagus, namun tekanan ekonomi yang meleset menjadikan mereka tidak “marketeable” di pasaran.

“Susahla Encik, kilang banyak tak nak ambil pekerja baru. Dah berpuluh resume yang saya hantar, tapi tak ada jawapan.”

Ini antara alasan yang selalu diberikan selain faktor kewangan keluarga dan ekonomi meleset. Bagaimana saya dapat membantu mereka. Mana mungkin saya dapat memberikan pekerjaan kepada semua yang datang walaupun niat di hati ingin membantu mereka, namun hanya sebilangan kecil sahaja yang boleh diterima.

Jika diperhatikan di sekeliling saya sendiri, ramai pekerja berijazah yang sanggup bekerja sambilan atau secara kontrak di jabatan-jabatan kerajaan. Mereka dibayar secara harian. Jika difikirkan saya rasa sungguh sedih kerana mereka terpaksa mengambil apa sahaja yang ada di hadapan mata mereka tanpa banyak berfikir panjang. Wang diperlukan untuk meneruskan kehidupan.

Betapa berbezanya antara generasi saya dan generasi sekarang. Ketika saya keluar universiti tahun 1997 ekonomi tengah meleset teruk namun saya berjaya mendapat pekerjaan yang tetap. Kini tahun 2009 ekonomi meleset lagi, namun ramai yang menganggur. Mempunyai ijazah namun tidak dapat pekerjaan yang sesuai dan gaji yang berbaloi. Itulah cabaran generasi masa kini.

Saya terfikir dan tercongak-congak bagaimana pula dengan masa depan anak-anak aku kelak. Kehidupan makin lama makin sukar. Persaingan makin lama makin sengit. Akan datang mungkin segulung ijazah tidak berguna lagi. Apa yang berharga ialah kekreatifan dalam mencorakkan kehidupan. Kebijaksanaan untuk mencari peluang tanpa mengharapkan pasaran yang ada. Sesungguhnya zaman telah berubah. Ya, berubah dengan drastiknya, dan manusia baru harus pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan persaingan yang sengit.

Saya bersimpati pada mereka semua. Mudah-mudahan mereka kuat dalam mendepani cabaran masa kini.

Hamba itu berhajat

Posted: June 11, 2009 in Tazkiyatunnafs

Salam,

Bulan ini saya belum menulis satu entry pun kecuali saya baru selesai menyiapkan catatan saya di ruangan pages mengenai kembara iman saya yang lepas.

Kebelakangan ini cuaca di Malaysia dan di Lembah Klang khususnya agak panas terutama di sebelah malam. Berpeluh-peluh kita dibuatnya. Berita melaporkan cuaca panas dan kering ini akan berlanjutan ekoran fenomena El-Nino yang melanda dunia. Adalah dijangkakan bahawa keadaan ini akan berterusan untuk 3 bulan yang akan datang. Pagi ini saya menatap akhbar. Berita yang menarik perhatian saya ialah Lembah Klang dijangka mengalami masalah air berikutan empangan-empangan di sekitar Lembah Klang mengalami penurunan yang mendadak.Jika keadaan ini berlanjutan, maka seluruh warga Lembah Klang akan keputusan bekalan air dan sistem ‘rationing’ terpaksa dilakukan.

 

P3151860

Saya tidak berhasrat untuk mengulas mengenai cara-cara mengatasi krisis ini. Saya juga tidak pandai untuk memberi nasihat kepada seluruh penduduk Lembah Klang supaya menjimatkan penggunaan air. Saya juga tidak tahu memberi cadangan konkrit untuk mengenalpasti punca krisis ini. 

Saya cuma ingin mengulas dari sudut kelemahan dan kedhaifan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Sebagai hamba kita sebenarnya lemah dari semua segi. Sebagai hamba kita memerlukan pertolongan daripada Allah. Kita perlukan bimbingan ke jalan yang benar. Kita mempunyai hajat yang banyak bagi meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini.

Walaupun sejarah mencatatkan bahawa Firaun pernah mengaku sebagai Tuhan, namun Firaun juga berhajat kepada semua perkara yang kita hajatkan pada hari ini. Firaun berhajat kepada isteri. Firaun juga berhajat kepada zuriat malah Firaun juga berhajat kepada makan dan minum.

Sedangkan Allah, Tuhan yang menguasai langit, bumi dan semesta alam TIDAK BERHAJAT kepada segala apa yang ada. Bahkan Allahlah yang mencipta dan mengurniakan hajat-hajat ini kepada semua manusia dan kehidupan di muka bumi ini.

Kita memerlukan air untuk hidup. Pakar kesihatan menasihatkan supaya kita minum sekurang-kurangnya 8 gelas air dalam sehari. Inilah hajat kita. Hajat seorang hamba kepada Tuhannya. Kalau kita hebat, kalau kita rasa besar diri maka sudah tentu kita tidak memerlukan air. Tidak mungkin ada manusia yang boleh ‘claim’ bahawa dia boleh hidup tanpa air. Tanyalah kepada semua manusia hatta kepada yang paling berkuasa seperti Presiden Obama sekalipun memerlukan air untuk hidup. Justeru, di sinilah kelemahan, kekerdilan dan serba kurangnya kita sebagai hamba. Maka insaflah.

Hajat perlu disalurkan melalui saluran yang betul. Hajat jika disalurkan melalui cara yang salah akan mengundang kemurkaan Allah. Bahkan Allah akan meninggalkan kita jika hajat itu dipohon kepada sesuatu selain dari Allah. Maka bagi yang berhajat mohonlah pertolongan dengan harap dan sabar kepada Allah satu-satunya tempat memohon bantuan selain ikhtiar dan usaha yang berterusan.

Menghadapi krisis air dan cuaca panas yang mencengkam ini sebenarnya merupakan peringatan daripada Allah kepada kita sentiasa insaf dan sedar akan kelemahan dan keterbatasan kuasa yang ada pada seorang hamba. Kita mungkin mempunyai semua agensi dan jabatan bagi mengatasi sesuatu masalah di persekitaran hidup kita. Namun sebanyak mana agensi dan jabatan yang ada pun tidak akan mampu untuk melawan kehendak dan takdir yang turun dari langit. Mereka ada hadnya. Mereka ada batasannya. Ada perkara yang berlaku di luar kawalan mereka. Mereka tidak boleh mengatasinya.

Bila berlaku krisis seperti ini seharusnya kita sama-sama menilai semula diri ini bahawa kebergantungan kita kepada Allah adalah sesuatu yang PERLU dan MANDATORI. Tidak dapat tidak. Rasa harap dan kebergantungan inilah yang menyebabkan kita akan semakin dekat dan mengenali Allah.

Maka bertepatanlah dengan ayat  “Waiiyya kanasta’in“ [ hanya kepadaMu kami meminta pertolongan]. (Al-fatihah: 5)

Selain air dan perkara-perkara asas lain bagi meneruskan kehidupan, kita juga mempunyai hajat-hajat lain yang tidak tersenaraikan. Murah rezeki, ketenangan hidup dan bermacam-macam hajat mengikut kehendak dan keperluan masing-masing.

Sesungguhnya kita semua adalah hamba-hamba yang berhajat !!!!!

ABU WAFI, Putrajaya.

Bermanfaatkah diri ini

Posted: June 19, 2009 in Tazkiyatunnafs

P3083564

2 malam lepas semasa dalam perjalanan ke hotel Palace of Golden Horses   saya mendengar radio. Memang itu rutin hidup saya. Dalam kereta mesti buka radio. Kalau tidak saya bosan. Kalau tiada rancangan menarik saya buka CD mendengar lagu-lagu Sami Yusuf. Radio IKIM 91.5 FM memang telah saya menjadi pilihan utama.

Petang itu, saya ada majlis makan malam di hotel berkenaan. Dari KL saya tidak terus pulang ke rumah sebaliknya terus ke hotel menunggu majlis bermula seusai maghrib.

Sambil mendengar, sambil berfikir dengan tajam dan sambil memerhati kenderaan di sekeliling. Saya teringat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Daruqutni seorang ulama terkenal.

“Sebaik-baik manusia, ialah orang yang bermanfaat kepada manusia lain”.

Saya juga teringat satu hadith lain :

” Sebaik-baik lelaki ialah lelaki yang berbuat baik kepada isteri dan anak-anaknya (keluarganya)”.

Lantas ini dijadikan moto saya. Berusaha untuk menjadi insan yang bermanfaat dan berfaedah kepada orang di sekeliling. Supaya kehadiran diri dirasai, dan ketiadaan diri dirasakan satu kehilangan kepada orang di sekeliling.

Saya tidak mahu menyusahkan orang lain dan saya tidak mahu kehadiran saya di dunia ini menjadi sampah kepada orang lain. Jadi saya mesti berusaha untuk memberi manfaat kepada orang lain walaupun dengan kadar yang sedikit.

Saya mula berfikir dan bertafakur sambil memandu kereta di lebuhraya Sg. Besi yang sesak ketika itu. Mampukah saya !!!!!!!!!!

Saya ingin bahagia. Saya ingin hidup tenang walaupun dikelilingi dengan seribu satu permasalahan yang memenuhi “storage” otak saya.

Suatu hari saya berada di restoran. Saya bersendirian ketika waktu ‘lunch’. Saya memesan segelas “fresh orange”. Malangnya fresh orange yang saya pesan tidak sejuk untuk menghilangkan dahaga ketika itu. Saya melihat ke dalam gelas. Hanya ada 3 ketul kiub ais sedangkan gelasnya agak besar dan 3 ketul kiub ais ini tidak mampu untuk menyejukkan keseluruhan air.

Lantas saya merenung ke dalam diri. Mungkinkah saya adalah salah satu daripada 3 ketul ais ini jika dinisbahkan dengan kehidupan saya di dunia sekarang?

Kehadiran saya tidak dapat membantu menyejukkan keseluruhan air di dalam gelas. Kehadiran saya di dunia ini tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain di sekeliling.

Justeru, saya mahu menjadi ketulan-ketulan ais yang boleh menyejukkan keseluruhan air di dalam gelas. Saya mahu menjadi bermanfaat kepada orang lain. Kalau saya jadi ketulan ais, saya mahu menyejukkan air di dalam gelas. Saya mahu manusia yang menikmati air tadi akan merasa puas dan hilang dahaga bila meminum air.  Itulah manfaat saya.

Saya mula memikirkan perjalanan hidup saya selama 36 tahun yang lepas. Segala peristiwa-peristiwa penting mula terbayang-bayang di ruang mata. Segala pengalaman pahit dan manis tersingkap kembali. Mengingati apakah selama ini saya benar-benar telah memberi manfaat kepada orang lain.

Saya bukan Presiden atau Perdana Menteri sebuah negara. Saya bukan CEO sebuah syarikat besar. Kalau saya menjadi orang-orang yang berpengaruh dan berkuasa seperti di atas sudah tentu saya boleh memberi manfaat kepada orang di sekeliling saya melalui kuasa yang ada pada saya.

Saya juga bukan seorang ulama besar seperti Almarhum Fathi Yakan yang mampu mengubah pemikiran masyarakat melalui bukunya “Apa Ertinya saya Menganut Islam”.

Saya hanyalah insan biasa. Saya tidak mampu berbuat demikian. Kehadiran saya hanya dirasai oleh orang-orang yang paling hampir dengan saya iaitu di rumah dan di pejabat. Justeru, bagaimanakah saya dapat memberi manfaat kepada mereka semua ???

Saya ingin menjadi bahagia. Namun apakah kebahagiaan itu diukur dengan kebendaan dan wang ringgit. Saya ingin jadi bahagia dengan berusaha untuk membahagiakan orang lain.

Membahagiakan anak dan isteri melalui kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, membahagiakan “bos” di pejabat dengan patuh dan taat pada arahan yang diberi, membahagiakan sahabat dan taulan dengan sentiasa mengeratkan tali persaudaraan sesama insan, membahagiakan orang-orang bawahan saya dengan senyuman dan sikap yang diplomasi. Bahagia orang lain, bahagialah diri ini. Jika saya dapat membahagiakan orang lain bermakna saya telah menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain.

Saya mula terfikir. Mungkin ini salah satu daripada jawapan kepada persoalan tadi. Selain daripada membahagiakan kehidupan orang lain, apa lagi yang mampu saya lakukan. Biar sekecil-kecil perkara, biar sepuluh sen yang didermakan kepada tabung masjid  atau orang miskin, namun tindakan sedemikian sedikit sebanyak memberi KELEGAAN kepada orang lain. Menghilangkan dan meringankan kesusahan orang lain bererti saya telah bermanfaat kepada mereka dan bermakna saya telah membahagiakan hidup mereka setidak-tidaknya. Oh… alangkah bahagianya hati ini.

Muhasabah diri. Evaluate yourself ….To what extent you have benefitted to others… and to what extent you have benefitted to ISLAM?????

Allah, please guide me to the right path …..

ABU WAFI, Putrajaya.

Takwa itu benteng kehidupan

Posted: June 26, 2009 in Uncategorized

Salam,

P6234530

Kita bercakap mengenai kebejatan sosial dan masalah jenayah yang menghimpit masyarakat hari ini. Kita melihat dan membaca kes-kes di dada-dada akhbar yang tidak sanggup untuk dibincangkan dengan panjang lebar. Kita menyesali kenapa di zaman mutaakhir ini, isu keruntuhan moral,masalah remaja, keruntuhan rumahtangga, jenayah rogol,haruan makan anak [incest],pembunuhan dan penipuan makin menjadi-jadi. Di mana pula kekuatan dan ketahanan diri umat Islam hari ini dalam menahan diri daripada terjebak dalam perkara-perkara tersebut. Lebih menyayat hati bila semua masalah di atas majoritinya melibatkan umat Islam yang mengucap 2 kalimah shahadah.

Saya memikirkan dengan penuh serious pokok pangkal kepada persoalan tadi. Saya cuba mencari jawapan walaupun jawapan sebenarnya telah ada. Saya cuba mencari jalan penyelesaian walaupun telah banyak cadangan telah diberikan oleh pengkaji sosial,ahli politik dan alim ulama. Penyelesaian yang ringkas tetapi tuntas bagi seorang anggota masyarakat yang tidak mengkaji dengan mendalamnya.

BENTENG….. ya ini jawapannya.

Analogi mudah cubalah kita lihat kehidupan seharian kita. Kita mempunyai rumah dan kita mahu supaya rumah kita berpagar bagi mengelakkan kejadian pecah masuk rumah dan rompakan. Malah ada yang sanggup membelanjakan puluhan ribuan ringgit untuk meletakkan grill yang bermutu tinggi serta sistem keselamatan yang canggih.Pagar dan tembok akan menjadi benteng kawalan bagi melindungi harta benda kita termasuk nyawa penghuninya daripada dicerobohi. Cuba bayangkan, antara rumah yang tidak berpagar dengan yang berpagar, mana yang lebih selamat??

Sudah tentu rumah yang berpagar. Apatah lagi jika pagarnya tinggi dan mempunyai ‘pondok guard’ untuk menjaga keselamatan penghuni seperti yang kita lihat di kawasan perumahan mewah di Kuala Lumpur. Makin kuat pagarnya dan makin ketat kawalan keselamatannya maka makin susah dan sukar untuk penjenayah menceroboh. Mungkin mereka yang berniat jahat akan berfikir 2 atau 10 kali sebelum meneruskan niat jahat mereka.

Inilah benteng yang saya maksudkan..

Namun sebahagian besar kita gagal untuk menterjemahkan kisah pagar rumah kepada pagar kehidupan yang penuh ujian dan dugaan. Sebahagian besar anggota masyarakat hari ini gagal untuk memahami bagaimana untuk meletakkan benteng yang kuat dan kukuh kepada diri. Mereka tidak suka untuk merujuk kepada penyelesaian yang diberikan oleh Al-Quran dan Sunnah sebaliknya mereka lebih ghairah untuk mencuba teori-teori baru ciptaan Barat bagi membentengi kehidupan. Ternyata penyelesaian ciptaan manusia bersifat sementara kerana ilmu manusia terbatas berbanding ilmu Allah yang maha luas.

Diri kita memerlukan benteng sebagaimana rumah memerlukan pagar. Benteng diri adalah ketakwaan kepada Allah yang mesti sebati di dalam diri. Adanya benteng ini akan menghindarkan diri kita daripada gejala-gejala sosial dan perkara-perkara mungkar. Tanpa benteng maka diri hilang kawalan. Bila tiada kawalan maka diri kita akan mudah dirasuk,dicucuk dan dipengaruhi oleh syaitan di luar sana yang selama ini menunggu bagaikan serigala lapar ingin menerkam kambing yang dikawal rapi di dalam pagar berduri.

Umat silam bila teringat dosa mereka menangis. Bila timbul keinginan untuk membuat dosa maka cepat-cepat memutuskannya. Malah ada yang mengambil bara api dan diletakkan di atas tangan ketika timbul keinginan untuk melakukan dosa. Bara yang panas melecurkan tapak tangan. Kesakitan di tangan lantas mengingatkan bahawa api neraka lebih panas dari api dunia lalu mematikan terus keinginan jahat tersebut. Subhanallah !!!

Kita perlukan takwa untuk menjadi benteng kehidupan kita. Di luar benteng kehidupan kita boleh lihat bagaimana manusia tanpa kawalan berubah menjadi rakus dan buas menyerang,membaham habuan dunia dengan sewenang-wenangnya tanpa mengira halal dan haram. Mereka akan mudah dihinggapi dengan penyakit-penyakit hati seperti dendam kesumat, dengki,busuk hati,pemarah dan bermacam sifat mazmumah menguasai diri.

Marilah kita melihat kembali ke dalam diri. Apakah telah cukup benteng kehidupan diri yang telah dibina?

P6204469

Takwa hanya boleh dibentuk melalui perasaan yang takut kepada Allah. Takwa hanya boleh dicapai apabila kita benar-benar memahami tujuan kita diciptakan di muka bumi ini. Bila kita faham, maka kita akan semakin mendekati jalan-jalan menuju kebaikan seperti membaca Al-Quran, berzikir, memuhasabah diri dan lain-lain jalan menuju kebaikan. Bila semua amalan ini dilakukan dengan istiqamah,ikhlas,berterusan dan bersungguh-sungguh maka hati akan menjadi baik.Bila hati baik maka takutlah kita untuk melakukan dosa. Dengan itu, benteng diri telah pun terbina dengan kukuhnya.

ABU WAFI, Putrajaya

Merenung ujian kepada diri

Posted: June 28, 2009 in Tazkiyatunnafs

Salam,

Saya jarang menulis catatan di hujung minggu. Selalunya di hujung minggu banyak dihabiskan masa bersama keluarga, berada di rumah, keluar membeli barang keperluan,pergi pasar dan sekali sekala melakukan ziarah ke rumah saudara mara dan sahabat handai.

Di sini saya keseorangan, begitu juga isteri saya. Kami sama-sama terasing kerana sebahagian besar saudara mara berada nun jauh di utara tanahair. Namun keterasingan dan kesunyian ini diubati dengan panggilan telefon seminggu sekali atau sekerap yang mungkin bergantung kepada keperluan. Pastinya ayah dan ibu yang berada di Kedah menjadi tempat mengadu dan bercerita masalah dan memohon pandangan jika perlu.

Kadang-kadang saya terfikir kenapalah saya dicampakkan di tempat yang paling jauh dan tersorok berbanding dengan saudara mara yang lain. Bila saya susah, bila anak sakit kami benar-benar teruji. Beberapa kali ayah dan ibu saya terpaksa bergegas ke sini semata-mata untuk menjaga cucu tersayang yang terlantar di hospital. Saya kasihankan mereka. Seingat saya, anak sulung kami telah 6 kali dimasukkan ke wad kerana demam panas , asma dan keracunan makanan. Manakala Munzir, anak kedua pula terlantar 5 hari di hospital Serdang lewat tahun 2006 kerana penyakit “disentry” iaitu cirit birit berdarah akibat jangkitan kuman. Kenangan bermalam di wad kanak-kanak hospital Serdang tidak mungkin saya lupakan. Saya cuma tidur sedikit dan terjaga setiap kali doktor dan jururawat datang melawat. Mujurlah buku karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni yang menyuntik jiwa pada waktu itu. Ternyata La Tahzan memang mujarab sebagai bacaan tambahan selain dari Al-Quran.

26619219

Segala kesusahan yang mendatang diterima dengan hati yang terbuka walaupun jiwa saya keluh kesah. Saya tidak mampu menipu diri. Walaupun lidah menyatakan saya harus bersabar namun di dalam hati Allah sahaja yang tahu. Memang sukar untuk menyatakan sabar berbanding bila kita benar-benar diuji dengan kesabaran itu sendiri.Saya pasrah bahawa ini merupakan ujian dari Allah dan ujian ini merupakan satu proses tarbiyyah atau pendidikan yang berterusan dari Allah ke atas hamba-hambanya. Berada di hospital dan bergaul dengan pesakit-pesakit lain membuatkan saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Ada yang sudah 1 bulan berada di hospital menemani anak yang sakit. Masa itu saya tersedar bahawa dalam keadaan semacam ini seharusnya saya melihat kepada nasib orang yang berada lebih teruk daripada saya dan bukannya melihat kepada orang yang sihat walafiat. Melihat kesusahan dan penderitaan yang ditanggung insan lain sekaligus memberikan keinsafan kepada saya bahawa ujian yang diberi kepada manusia ini pelbagai dan tidak sama. Namun jauh di hati, saya tetap yakin dan percaya bahawa ujian Allah kepada manusia dalam bentuk musibah dan kesusahan tidak sama sekali memberatkan manusia atau di luar kemampuan manusia kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui keupayaan kita sebagai hamba.

Firman Allah :

” Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan”.

 [As-Syarh: 5-6]

Abdullah Ibn Abbas mentafsirkan ayat ini sebagai ” Kesusahan itu tidak akan dapat mengalahkan dua(2) kemudahan yakni dengan bahasa yang lebih mudah setiap kesusahan akan diikuti oleh 2 kemudahan.

Mengenangkan segala bentuk ujian kesusahan yang didatangkan oleh Allah kepada kita menyebabkan kita berfikir bahawa di sebalik semua ini akan ada kesenangan atau kemudahan yang telah dijanjikan oleh Allah bagi orang-orang yang bersabar dan redha. Ujian kesusahan semakin mendekatkan diri kita kepada Allah dan sepatutnya lebih menkhusyukkan solat dan doa kita kepadaNYA. Ujian kesusahan perlu dilalui dengan hati yang tenang walaupun air mata bisa tumpah mengalir membasahi pipi akibat ujian tersebut namun percayalah jika semuanya dilalui dengan redha dan pasrah insyallah ganjaran yang besar menanti kita di akhirat kelak.

Ya Allah sesungguhnya aku redha dengan ujian-ujianMu….. Tunjukkilah aku jalan keluar dan permudahkanlah urusanku Ya Allah.. Sesungguhnya aku berserah seluruh jiwa dan ragaku kepada Mu.Amin.

Memang ujian itu sesekali melemaskan diri. Namun tiada siapa yang dapat menolak ketetapan dan ketentuan Allah kepada hambanya. Ujian tanda kasih dan sayang Allah kepada kita. Tiada jalan keluar melainkan dengan memohon pertolonganNya. Itu sahaja pilihan yang ada setelah kiri dan kanan kita terhimpit depan dan belakang kita terhalang. Pengaduan kepada Allah mengatasi pengaduan kepada makhluk.

Saya melihat ke luar tingkap… suasana sunyi dan sepi… jam menunjukkan pukul 10.46 malam. Anak-anak telah lama tidur dan saya masih di sini. Saya teringatkan ujian-ujian yang dihadapi pada masa lalu dan apakah yang telah saya lakukan semasa berhadapan dengan ujian-ujian lepas telah ditangani dengan cara yang betul??

Igauan saya kepada ujian-ujian yang diterima pada masa lalu sesekali menyentak diri dan membawa diri ke dimensi yang baru.  Dimensi memperbaharui diri. Semoga Allah memberikan kekuatan. Mudah-mudahan.

ABU WAFI,Putrajaya

Lihat dengan mata hati

Posted: July 1, 2009 in Tazkiyatunnafs

P3151905

Dahulu saya mempunyai seorang kawan yang rapat. Seorang yang boleh saya panggil sahabat. Seorang yang sangat merendah diri walaupun ilmunya cukup tinggi. Seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapanya. Seorang yang dihormati oleh kawan dan lawan. Seorang yang lemah lembut dan sabar. Paling saya suka ialah nasihat-nasihatnya yang cukup bermakna dan mengesankan jiwa. Nasihatnya berbekas di dalam diri.

Walaupun berkelulusan tinggi, mempunyai karier yang berprestij beliau cukup sederhana. Walaupun mampu membeli rumah yang mahal beliau sebaliknya memilih untuk membeli sebuah rumah teres yang terletak bersebelahan dengan rumah orang tuanya hanya kerana ingin berbakti kepada mereka yang telah membesarkannya.

Walaupun pernah ditawarkan dengan gaji yang lumayan beliau memilih untuk berada di tempatnya sekarang walaupun gajinya sederhana sahaja. Sifat “qanaah” atau cukup dengan apa yang ada menjadi moto hidup beliau.Tidak berlebih-lebihan. Tidak “exegerated”. Jadi, tidak hairanlah ketika kawan-kawan yang lain bergaya dengan rumah yang besar dan kereta yang serba baru beliau langsung tidak tertarik dengan semua itu. Betapa sifat qanaah itu terpancar dalam dirinya.

Pandangan matanya terhadap sesuatu perkara ternyata berbeza dengan pandangan orang lain. Pandangannya menembusi ruang lingkup yang mungkin tidak terfikirkan oleh sesiapa kecuali mereka yang benar-benar memahami tujuan hidup. Sebab itu saya sangat-sangat menghargai kehadirannya. Nasihat-nasihatnya berkaitan kehidupan cukup dirindui saya.

Suatu pagi saya minum pagi bersamanya di sebuah restoran. Kami makan roti canai dan teh tarik. lebih kurang 10 minit meja di sebelah kami didatangi oleh seorang lelaki separuh usia dengan anak lelakinya.

Saya melihat ke sebelah. Lelaki tersebut meletakkan anaknya dalam lingkungan umur 11 tahun di atas kerusi.

Hati saya berdetik. Anaknya cacat. Penyakit “downsyndrom”.

Lelaki tersebut memesan makanan dan minuman. Sambil makan sambil menyuap anaknya dengan sabar. Sambil menyapu air liur yang meleleh. Sambil mengusap-usap kepala anaknya dengan penuh kasih sayang.

Tumpuan saya beralih dari makanan yang dimakan kepada lelaki tersebut. Saya kagum dengan kesabaran beliau. Dalam pada itu saya rasa cukup simpati dan kasihan belas pada lelaki tersebut. Saya berkata kepada kawan saya:

” Jan, kau nampak tak apa yang aku nampak?”

“Nampak apa?

“Kau tak kesian  pada lelaki tersebut?”

“Aku simpati tapi …. !” jawab Jan.

” Tapi apa jan?”.

” Aku kagum dan cemburukan lelaki itu”

“Cemburu? Kenapa pulak????? bingkas saya.

” Begini Naz…. sepatutnya kita cemburu pada lelaki tersebut kerana Allah telah mengurniakan  beliau seorang anak yang sungguh istimewa. Walaupun cacat, namun ini adalah ujian kesabaran kepada beliau. Pengalaman beliau dalam membesarkan anak tersebut tentu berbeza dengan kita yang mempunyai anak yang normal.

“Tentunya beliau lebih payah lagi. Tentunya beliau perlu lebih banyak berkorban. Tentunya lebih banyak wang yang perlu dikeluarkan. Tentunya banyak air matanya yang tumpah kerana anak ini. “

“Ini semua akan diganjar oleh Allah. Pahala yang berlipat kali ganda menanti beliau sekiranya beliau sabar dan redha dengan ketetapan Allah ini. Sebab itu aku cemburu. Aku cemburu kerana lelaki ini telah dipilih oleh Allah untuk memikul ujian hidup yang hebat ini. Bukan semua orang boleh menerimanya. “

“Naz, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Kita boleh bersimpati, tidak salah, malahan kau sepatutnya berbangga dan bersyukur kerana Allah mengurniakan perasaan yang sungguh halus dan murni ini. Tinggal lagi, kita sepatutnya bertanya kepada diri kita bagaimana pula keadaan kita kalau diuji dengan ujian yang dilalui oleh lelaki ini ?  Mungkinkah kita tidak mampu? Mungkinkah kita akan menjadi tidak sabar? Mungkinkah kita akan menjadi putus asa dari rahmat Allah? Sebab itu ujian itu tidak didatangkan kepada kita. Ini semua rahsia Allah.”

“Sebab itu aku cemburu dengan lelaki itu. Aku cemburu kerana pahala yang menanti beliau.  Syurga menanti atas kesabaran dan keredhaan beliau”.

” Lagi pun sejarah silam membuktikan bahawa para rasul,nabi-nabi dan alim ulama adalah yang paling hebat menerima ujian diikuti oleh orang biasa seperti kita ini. Makin banyak dan hebat ujian makin tinggi kedudukannya di sisi Allah.” kata beliau menutup bicara.

Beliau bercakap dengan bersungguh-sungguh sehingga kolam matanya dilihat bergenang.

Saya terkedu, terdiam. Kolam air mata saya juga hampir tumpah bila mendengar kata-kata beliau. Nasihat yang sungguh berguna. Ternyata pandangan beliau berbeza dengan pandangan saya. Beliau melihat dengan pandangan mata hati yang tajam sedangkan saya melihat dengan pandangan mata kasar.

Saya merenung kembali lelaki tersebut. Beliau dengan sabarnya melayan karenah anak tersebut. Sesekali beliau mengusik anaknya dengan ketawa kecil yang menghiburkan anak kecil itu. Saya pasti dari raut wajah lelaki tersebut terpancar kisah suka duka dan jerih perih dalam membesarkan anak yang seorang ini. Bukan mudah, dan beliau telah melaluinya dengan sabar dan redha pastinya.

Jan menyambung lagi.. Beliau memberi contoh lain pula.

“Ramai orang berkata Penantian itu suatu penyiksaan, betul tak?

“Betul” kata saya.

“Tapi pernahkah kita terfikir bahawa penantian yang lama itu adalah satu pahala? Kita merungut bila sesuatu yang kita minta dari manusia memakan masa yang lama sedangkan doa Nabi Musa as kepada Allah swt mengambil masa 40 tahun untuk dimakbulkan. Sebab itu, istilah itu perlu diperbetulkan kepada Penantian itu Pahala. Inilah persepsi yang perlu diubah.Kesabaran kita menunggu dengan diselangi dengan ikhtiar tidak akan sia-sia begitu sahaja, malah akan diganjar oleh Allah.” ujar beliau.

27256928

Sabar itu pahala

Lagi sekali saya terkena. Saya akur. Akui kelemahan diri.

Itulah Jan. Kawan saya yang telah 6 tahun tidak saya temui. Kami terpisah oleh sempadan negeri. 

Perbualan dengan beliau bukan sekadar perbualan kosong semata-mata. Kata-kata yang keluar dari mulut beliau sering disulami dengan ayat-ayat Al-Quran, Hadith dan pendapat-pendapat ulama melalui pembacaan beliau yang luas dan pengetahuan agama yang tinggi. Terus terang saya katakan sukar untuk mencari insan seikhlas dan setulus beliau dalam dunia yang serba canggih ini.

Jan yang saya kenali memilih masih lagi utuh dan kekal seperti dahulu. Perbualan telefon dengan beliau beberapa bulan lalu membuatkan saya yakin bahawa beliau tidak pernah berubah. Malahan masih suka memberi nasihat-nasihat yang berguna untuk dunia dan akhirat.

Walaupun kini beliau tiada lagi di sisi namun semua peringatan dan nasihat beliau masih kukuh dalam ingatan. Saya berdoa mudah-mudahan beliau akan terus istiqamah dalam kehidupannya.

ABU WAFI, Putrajaya

Bila parlimen berhenti bersidang

Posted: July 6, 2009 in Umum

Mesyuarat Dewan Rakyat tamat pada 2 Julai 2009. Mesyuarat akan disambung semula pada bulan Oktober 2009.  Bulan Oktober akan bertambah sibuk dengan pembentangan bajet 2010 dan pastinya menarik perhatian ramai.

Sebelum pulang saya sempat mengambil beberapa ‘shot’. Parlimenlah tempat yang paling banyak diadakan sidang akhbar dan pihak pembangkang yang paling banyak membuat sidang akhbar.

P7024597

Sidang media Ketua Pembangkang

Selain itu, sidang kali ini diserikan dengan Pesta Durian di premis parlimen anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Semua YB dan pegawai bertugas dijemput hadir.  Masa inilah kemesraan antara semua YB tanpa mengira parti politik terjalin. Lepas makan masuk dewan gaduh balik. Professional namanya.

P6254555

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dan Pokok Sena duduk semeja dengan Menteri Pertanian

Paling tidak saya lupakan insiden yang berlaku semasa upacara angkat sumpah Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga mantan Menteri Besar Perak yang popular YB Dato’ Seri Nizar bin Jamaluddin.  Beliau memakai ‘head band’ bubarkan DUN Perak. Ekoran insiden itu, beliau digantung selama 2 hari oleh Speaker Dewan Rakyat.

nizar

YB Nizar telah berjaya mencuri tumpuan

Apa pun sidang kali ini telah berjalan dengan lancar kecuali beberapa insiden kecil yang terkawal di dalam dewan. Semua YB kini telah kembali ke kawasan masing-masing untuk meneruskan khidmat kepada rakyat.

ABU WAFI, Putrajaya

Bila saya marah

Posted: July 8, 2009 in Suara Hati

P7084691

 Saya benar-benar teruji semalam. Teruji dengan sikap panas baran seorang manusia yang pangkatnya lebih tinggi dari saya. Walaupun saya bukan berada di bawahnya secara langsung namun saya terpaksa bekerjasama dengannya secara “teamwork” bagi menjayakan sesuatu tugasan yang telah ditetapkan. Entah mengapa sifatnya sejak kebelakangan ini berlainan sekali malah makin menjadi-jadi. Silap sikit marah. Silap sikit terus melenting dan naik darah. Suara tinggi usah dikira lagi. Bukan saya menjadi mangsa pertama bahkan beberapa pegawai bawahan menerima nasib yang sama. Saya tidak tahu di mana silapnya. Masing-masing suka bercerita mengenai sikapnya yang merimaskan semua pihak. Masing-masing tidak tahan dengan sikapnya.

Dalam sehari bila saya hitung tidak kurang 15 kali beliau akan menelefon saya. SMS sudah tidak terkira banyaknya. Arahan demi arahan diberikan walaupun semua perkara tersebut telah saya buat dengan tekunnya.

Dia suka memberi’ reminder’ untuk melakukan tindakan susulan atau pun ‘follow up’. Walaupun peringatan itu baik namun jika diulang-ulang 10 kali dalam sehari kita akan naik muak dan rimas. Follow up juga baik namun terlalu banyak follow up akan menjadikan pihak yang satu lagi menjadi menyampah dengan saya yang asyik-asyik membuat follow up. Seoalah-olah saya tidak percaya pada mereka. Agaknya itulah yang terpendam dalam hati mereka.

Namun semalam telah sampai ke kemuncaknya. Kemarahannya begitu menggila sekali. Beliau memaki hamun saya melalui handphone. Hampir 5 minit saya mendengarnya. Silapnya kecil. Saya tidak follow up katanya.

Darah saya naik. Saya hampir hilang pertimbangan. Emosi saya terus terganggu dengan panggilan tersebut. Saya cuma mendengar dan tidak membalas. Saya memberi akujanji akan menyemak dengan pihak yang berkenaan di mana silapnya. Saya akan “repair the damage” seawal pagi keesokan harinya. Saya bergegas berjumpa seorang kawan yang sejawatan dengan saya bagi memohon bantuan. Kebetulan masalah yang berlaku berkaitan dengan kawan saya ini. Beliau tersenyum.

“Tolonglah aku, teruk kena marah” ujar saya.

” Yang bos kau tu teruk sangat buat apa. Bukan besar pun, lagi pun aku akan ambil tanggungjawab sebab sebelum ini kami dah setuju untuk selesaikan benda ni” ujar beliau.

Saya menarik nafas lega. Saya sudah buat yang sepatutnya. Memang sebelum ini pun saya dah lakukan apa yang sepatutnya saya lakukan. Saya sudah menulis surat kepada pihak yang berkenaan dan mereka juga sudah maklum akan hal ini. Perkara ini juga akan diambilalih oleh kawan saya tersebut.

Saya pulang jam 6.20 petang. Hujan renyai-renyai. Ketika melalui highway Kuala Lumpur-Putrajaya Expressway (MEX) saya menekan-nekan keypad handphone.Pada siapa harus saya mengadu. Sebentar tadi pegawai kanan berkenaan dengan nada marah telah menelefon “immediate bos” saya di pejabat. Mengadu akan hal saya, akan kedegilan saya yang tidak mahu mendengar cakapnya. Saya sudah terangkan kedudukan sebenar dan berjanji jika ini silap saya saya minta maaf dan akan betulkan. Dia menerima dengan tenang. Memang “immediate bos” saya yang ini sangat memahami. Saya berjanji akan menyiasat esok pagi mencari di mana silapnya. Adakah surat yang saya hantar tidak sampai atau adakah berlaku ‘communication breakdown” di mana-mana. Saya perlu siasat. Apa pun pegawai kanan tersebut telah menelefon beberapa pihak mengadu akan hal saya termasuk mereka yang dekat dengan Bos paling besar di pejabat.

Malam sesudah solat Maghrib saya berteleku memerhati pemandangan di luar rumah. Saya mengambil Al-Quran dan membaca Surah Thaha dengan harapan hati saya akan tenang. Namun, setiap kali saya baca setiap kali itulah peristiwa siang tadi terngiang-ngiang di telinga. Dada saya tiba-tiba berombak. Saya menjadi marah. Sukarnya saya untuk mengawal kemarahan walaupun sayalah orang yang selalu menyuruh orang bersabar.

Malam itu saya tidur lena setelah membilang biji-biji tasbih sambil membaca Istighfar berbanyak kali. Saya tidak sedar bila saya terlelap. Isteri saya menasihatkan saya bersabar dan banyak-banyak beristighfar, mudah-mudahan kemarahan saya akan hilang.

Pagi ini saya bangun. Entah macam manalah agaknya pagi ini Ya Allah… rintih saya di dalam hati.

Usai solat subuh saya membaca Surah Yassin. Nasihat emak saya, surah ini elok dibaca ketika menghadapi masalah. Selain itu Surah Al-Insyirah juga elok dibaca berkali-kali. Moga Allah memudahkan tugas saya hari ini. Saya tidak mengharapkan apa-apa. Saya hanya pasrah dan berserah jika saya yang harus menerima akibatnya.

Dalam kereta saya tenang. Hati saya lapang walaupun sesekali berkocak dan berombak kencang. Mungkin syaitan ketika itu sedang membisikkan sesuatu yang membuatkan saya marah. Saya teringatkan pesanan Pak Cik Khairul Anwar sahabat saya di Nilai. Beliau menyuruh saya supaya banyak mengamalkan membaca Selawat Tafrijiyyah sebanyak mungkin. Lalu saya membacanya berulang-ulang kali sambil memegang steering kereta. Mulut saya terkumat kamit Ya Allah, kau rungkaikan segala masalah yang sedang membelenggu aku ketika ini”.  Saya baca dan terus membaca sehingga kereta saya sampai di tempat kerja.

Saya tidak terus naik berjumpa pegawai kanan tersebut. Sebaliknya saya terus menuju ke aras 6 membawa salinan surat yang ada pada saya. Saya berjumpa pegawai yang berkenaan dan beliau terus menyemak. Semakan mendapati semuanya “in order”. Surat saya sampai malahan tindakan juga telah diambil sebagaimana yang dipohon di dalam surat tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat kesalahan cetak yang tidak disengajakan. Beliau ambil maklum. Beliau memohon maaf kepada saya dan berjanji akan menyelesaikan perkara tersebut. Saya terkejut. Memang bukan salah saya. The mistake is not mine. Rasa kelegaan terus mendada di dalam jiwa. Perasaan saya bertukar kembali tenang. Dalam hati saya berbisik ” Allah is Great”.

Saya turun ke bawah. Hasrat di hati untuk berjumpa pegawai berkenaan dimatikan dahulu. Saya membuat keputusan untuk sms dia sahaja. Pada saya tiada gunanya saya bertekak dengan dia untuk menegakkan benang yang tidak basah Saya sms dia. Kali ini sms saya lebih panjang dari biasa.

” Dear doc, I hope you will get your fact clear before you scolded  me.I have check with them and they admit its their mistake. They apologized to me and giving undertaking that it wouldnt happen again”

Dia tidak membalas. Mungkin dia terkejut dengan tindakan saya yang berani menempelak dia.

” I hope my explanation is crystal clear and satisfied yourgoodself. I have spoken to my counterparts and they willing to take this task. No problem they will rectify. Should there be any queries please contact them to ratify my explanation. Case is closed. Thank You.

Saya menamatkan sms menunggu reaksi balas darinya. Akhirnya dia menjawab:

“Thank you for taking a timely action”

Itu saja. Biarkan. Kadang-kadang kita juga perlu meluahkan kemarahan dalam bentuk tulisan dan saya memilih untuk menulis. Saya berjumpa dengan dia di bilik. Tapi nadanya telah menurun, suaranya perlahan. Saya tidak bercakap banyak dan terus membuat kerja saya. Dia tidak banyak mengganggu saya. Cuma ada beberapa perkara yang dia tanya namun itu semua tidak berkaitan dengan isu yang berlaku semalam. Saya menarik nafas lega. ‘Case is settled’ bisik hati saya dan saya juga tidak mahu memanjangkan perkara ini ke atas. Biar selesai di sini sahaja walaupun saya tahu perkara ini akan berulang dan berulang lagi.

Kepada ’immediate boss” di pejabat saya maklumkan kedudukan yang sebenar. Alhamdulillah dia memahami dan menyokong. Saya telah lakukan yang terbaik tetapi sekiranya masih lagi berlaku masalah itu semua di luar kuasa saya… an act of God.

Semua manusia buat silap. Semua manusia buat salah. Malahan tidak ada seorang pun yang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan apatah lagi melakukan dosa dengan Allah. Sebab itu, kita dituntut untuk sentiasa beristighfar sehari semalam bagi memohon keampunanNya. Namun dalam kes ini adalah salah di pihak lain bukan salah saya. Saya juga tidak memarahi pihak yang melakukan kesalahan tersebut kerana dia telah pun memohon maaf kepada saya. Memang dia terlepas pandang. Pada saya yang penting adalah bagaimana untuk menyelesaikan masalah.

Damage has been done and how about to repair the damage adalah perkara utama yang sepatutnya difikirkan.

Apa pun perkara ini menjadi pengajaran yang cukup berguna kepada saya. Saya teringatkan pesanan sahabat saya suatu ketika dahulu iaitu;

Kadang-kadang kita perlu juga tunjukkan perasaan kita. Biar tindakan nampak lembut tetapi berbisa dan memberi kesan.

Saya rasa dia telah menerima kesannya. Ada perubahan pada sikapnya hari ini terhadap saya selepas menerima sms tersebut. Saya harap mesej sampai kepadanya kerana saya tidak suka memilih untuk ‘confront’ secara berdepan dengan dia. Bagi saya ini akan memburukkan lagi keadaan. Saya memilih untuk berada jauh dari dia dengan harapan kemarahan saya yang terpendam akan segera reda. Saya memilih untuk keluar jauh dari medan yang boleh mencetuskan kemarahan saya. Itulah yang sebaik-baiknya.

Niat saya meluahkan perasaan melalui sms tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menyedarkannya. Saya cuba memperbetulkan keadaan dengan nasihat supaya perkara begini tidak akan berulang lagi. Supaya dia menyiasat habis-habis sebelum meletakkan kesalahan di bahu orang lain.  Namun jika benar saya silap saya rela dan akur untuk dimarahi. Namun marah perlu dikawal. Marah ada batasannya. Ini kerana sifat marah berpunca daripada nafsu yang ditunjangi syaitan. Ia datang daripada diri sendiri melalui nafsu. Sebab itu saya cukup takut jika saya tidak dapat mengawal diri saya bila perasaan marah menguasai diri.

Saya sedar, bahawa bukan mudah untuk menahan kemarahan namun jika tidak diluahkan maka akan membinasakan diri. Luahkanlah dalam bentuk yang sederhana, lembut tetapi memberi impak kepada pihak yang satu lagi. Settle the problem in a suttle way. Anda boleh menulis, melukis, bercerita kepada orang lain, berjumpa kaunselor, menangis, mengadu kepada Allah, membaca Al-Quran atau apa sahaja asalkan luahan anda tidak memudaratkan orang lain apatah lagi bercanggah dengan Islam. Allah redha, manusia pun redha.

Dalam masa yang sama saya berdoa semoga Allah melembutkan hatinya dan memberikan petunjuk kepada beliau supaya bersikap tenang dalam semua keadaan.

Saya berdoa dan memohon ampun semoga api kemarahan yang membuak-buak dalam diri ini akan segera reda, akan segera padam.

Sabda Nabi saw : ” Orang yang paling kuat di kalangan kamu ialah yang dapat menahan kemarahannya”.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu mendapat kemenangan”.                             [Ali-Imran :200]

Saya akur, bila saya marah lagi kembalilah kepada akal dan hati… Jangan biarkan nafsu menguasai diri. Akal dan hati biar beraja di dalam diri baru nafsu mengikuti.

ABU WAFI, Kuala Lumpur

Tolong nasihatkan saya

Posted: August 11, 2009 in Tazkiyatunnafs

Abu Wafi,

Saya adalah salah seorang pembaca blog abuwafi. Saya tertarik dengan pengisian yang diberikan dan berharap semoga usaha-usaha abuwafi mengajak manusia menuju jalan-jalan kebaikan akan diteruskan. Sesungguhnya, beruntunglah orang-orang yang sentiasa berdakwah dan mengajak orang lain ke jalan yang diredhai Allah.

Saya mempunyai masalah yang sangat berat dan saya amat-amat mengharapkan nasihat dari abuwafi bagi menyelesaikan masalah rumit yang sedang saya alami kini.

Saya cuba menyelesaikannya dengan sebaik mungkin dan saya hanya mampu berdoa kepada Allah setelah segala ikhtiar diambil bagi mengatasi masalah yang membungkam jiwa.

Pada saya ini merupakan antara ujian yang paling besar dalam hidup saya. Mungkin orang lain nampak mudah dan remeh, namun bagi saya masalah ini boleh menjadi lebih besar lagi jika dibiarkan. Saya berusaha, namun segala usaha saya mempunyai batasannya dan saya tidak mampu untuk bertindak lebih jauh dari itu.

Kerana masalah ini saya terjelepuk seketika. Saya cuba mendekati Pencipta bagi memohon pertolongan sambil mengadu meminta ditunjukkan jalan keluar. Waktu dhuha semalam saya rasakan bahawa solat tersebut adalah yang paling khusyuk pernah saya lakukan. Usai solat saya seperti biasa panjatkan doa namun entah mengapa kali ini saya merasa cukup sebak dan sedih.Tiba-tiba air mata turun dengan laju tanpa dipaksa-paksa. Saya menangis teresak-esak dalam doa saya. Menangis bagaikan Umar dan Abu Bakr bila membaca ayat-ayat Allah.  Saya menangis kerana ujian yang ditimpakan kepada saya.

Mungkin inilah tabiat manusia. Bila terdesak, bila tersepit dan bila terasa tiada lagi harapan atau jalan keluar maka ketika itulah Allah diingati sebagai sebaik-baik penolong. Saya akui kelemahan diri. Namun ini adalah ujian. Ujian yang besar. Bila ditimpa ujian dan musibah kembalilah kita kepada Allah. Memang inilah hakikat dan hikmah ujian dikenakan ke atas kita supaya kita lebih mengenali Allah dan supaya kita kenal diri kita yang sebenarnya.

P6234525

Beberapa hari ini saya tiada mood. Segalanya tawar dan hambar. Saya menjadi resah dan gelisah. Setiap saat saya memikirkan masalah ini dan otak saya berputar-putar mencari alternatif ke-2 dan ke-3. Saya benar-benar buntu. Saya tersepit.

Sesungguhnya saya sedang mengalami masalah. Saya sedang berusaha menanganinya. Masalah yang cukup berat, berat dan sangat berat bagi saya. Saya sedang memikirkan jalan keluar dan berdoa semoga Allah menunjukkan saya jalan keluar yang terbaik.

Saya umpamakan diri seperti ikan yang terperangkap di dalam akuarium. Berpusing-pusing di dalam akuarium mencari jalan keluar untuk berenang ke lautan yang luas. Lautan yang memberikan kelapangan dan kebebasan untuk saya.

P6134405

Namun saya yakin, dalam kehidupan ini di saat-saat kita merasakan bahawa tiada penyelesaian kepada kemelut yang kita alami sebenarnya di situlah akan ada jalan-jalan keluar yang akan dipermudahkan oleh Allah. Saya masih menunggu dan menunggu sambil berdoa semoga saya menemui jalan keluar tersebut.

Apakah yang patut saya lakukan? Apa lagi ikhtiar yang dapat saya lakukan setelah semua usaha telah saya ambil? Tolonglah saya.

Nik xxxxx , Gombak

JAWAPAN ABU WAFI

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi membaca catatan-catatan di blog saya yang tidak seberapa ini. Sesungguhnya saya sangat-sangat terharu bila membaca luahan hati saudara dan meminta nasihat saya untuk mengatasi masalah yang sedang saudara alami. Terus terang saya katakan, bahawa saya bukanlah orang yang paling layak dan pakar untuk memberikan nasihat kehidupan namun insyallah saya akan cuba memberikan apa yang terbaik bagi melegakan kerisauan di hati saudara.

Saya sebenarnya kurang jelas mengenai masalah besar yang dihadapi oleh saudara kerana saudara tidak menceritakan secara terperinci butiran masalah yang dialami oleh saudara. Walaupun saya tidak mengenali saudara secara peribadi namun insyallah saya akan menjawab secara umum mengikut keupayaan saya.

Daripada tulisan saudara, saya dapat mengagak bahawa masalah yang saudara alami amat-amat berat. Namun saya bersyukur kerana saudara masih lagi berpegang teguh dengan tali Allah, masih merayu dan meminta pertolonganNya serta tidak memilih jalan-jalan lain yang salah.

Pertama, saudara perlu BERSABAR dengan masalah ini. Ini merupakan ujian dari Allah sama ada berupa penyakit, kemiskinan, gundah gulana, hutang piutang, kehilangan nyawa dan harta benda. Semuanya ini adalah ketetapan dari Allah untuk menguji hamba-hambanya. Bagi mereka yang sabar dan redha maka besarlah ganjaran yang akan menantinya di syurga kelak.

Kedua, BERIKHTIAR semaksima mungkin bagi mengatasi masalah ini. Namun perlu diingatkan bahawa ikhtiar saudara mestilah berlandaskan syariat dan tidak bertentangan dengannya.

Ketiga, MINTA PERTOLONGAN daripada individu yang boleh dipercayai dan berdekatan dengan diri kita. Mohon nasihat, pandangan dan tunjuk ajar bagi mengatasi masalah ini.

Keempat, CARI ALTERNATIF lain. Sebenarnya perkataan tiada jalan keluar sebenarnya tidak wujud dalam hidup orang-orang yang beriman selagi kita masih hidup. Jalan-jalan keluar masih ada, cuma kita mestilah mencarinya dengan panduan daripada Allah. Saya percaya masalah saudara ini mempunyai alternatif lain untuk diselesaikan. Percayalah bahawa saudara masih mempunyai jalan keluar selagi saudara masih memilih untuk mendekatkan diri dengan Allah. Cuma saudara perlu bersabar menunggu kerana ini adalah satu lagi bentuk ujian kepada saudara.

Akhirnya, setelah semua ikhtiar dan usaha diambil, maka berdoalah kepada Allah sebagaimana yang telah dan sedang saudara lakukan. Pertingkatkan amal ibadah dengan solat hajat, membaca Al-Quran dan bermunajat kepadaNya.

Tiada apa lagi yang dapat saya katakan. Tiada apa lagi yang dapat saya nasihatkan. Sesungguhnya setiap musibah, masalah yang sedang saudara alami merupakan satu bentuk kasih sayang Allah kepada saudara. Ini juga adalah satu bentuk komunikasi antara Allah dengan saudara.

Saudara memilih untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui solat dhuha dan saya pasti saudara juga banyak melakukan amal ibadah di saat-saat getir ini. Semua ujian ini adalah untuk meningkatkan kedudukan saudara di sisiNya dan dalam masa yang sama akan menggugurkan dosa-dosa yang lepas. Tahniah kerana saudara berada di atas landasan yang betul.

 Kalau ingin berbicara dengan Allah, maka lakukan solat. Adukanlah segala permasalahan dunia kepadaNya dan mohonlah jalan keluar.

Kalau ingin mendengar Allah berbicara dengan kita, maka bacalah Al-Quran. Renungkanlah ayat-ayat yang telah diturunkan. Tadabbur maksud yang tersirat dan sebab-sebab penurunan ayat-ayat tersebut supaya kita memahami percakapan Allah kepada kita.

Saya yakin bahawa saudara telah melakukan semua ini. Insyallah, jalan keluar yang saudara tunggu-tunggu itu akan ditunjukkan oleh Allah dalam masa yang terdekat. Bersabar dan terus bermohon wahai saudaraku.

Insyallah, mudah-mudahan semuanya akan selesai dan kembali seperti sediakala. Saya akan mendoakan semoga Allah memberikan petunjukNya kepada saudara. Yakinlah bahawa semua permintaan dan doa akan dimakbulkan. Jika tidak di dunia yang fana ini maka akhiratlah tempat diperkenankan.

Sekian, Mudah-mudahan Allah redha.

Abu Wafi, 62250 Putrajaya

Tragedi pemergian Marwa

Posted: July 16, 2009 in Antarabangsa

marwan

Saya tidak dapat menyembunyikan perasaan marah dan sedih atas peristiwa hitam dan malang yang menimpa umat Islam kebelakangan ini. Peristiwa ini berlaku di German iaitu sebuah negara yang memperjuangkan hak asasi manusia. Seorang wanita Islam bernama Dr Marwa el-Sherbini dibunuh dengan kejam di dalam ‘court room’ di hadapan hakim dan saksi-saksi yang lain.

Beliau ditikam sebanyak 18 kali tanpa belas kasihan dan suaminya yang meluru untuk menyelamatkannya juga ditembak mati oleh polis German. Tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana negara bahawa pembunuhan kejam boleh berlaku di dalam bilik mahkamah yang dikawal ketat dan dilengkapi dengan pegawai polis yang ramai. Beliau syahid kerana mempertahankan akidahnya ketika membawa kesnya terhadap seorang penganggur keturunan Rusia-German yang kerap kali mengganggu kehidupannya dengan mencerca dan memanggilnya ‘terrorist‘ kerana hijab yang beliau pakai.  Keadilan berpihak kepada beliau bila hakim mengenakan hukuman denda 2,800 Euro kepada penganggur tersebut. Namun, penganggur tersebut yang berang dengan keputusan mahkamah terus meluru ke arah Marwa yang pada ketika itu sedang mendukung anak kecil bahkan ada berita yang menyatakan beliau juga sedang hamil 3 atau 4 bulan dan menikam bertubi-tubi. Pihak polis hanya mampu memerhati tanpa berbuat apa-apa. Tidak ada penjelasan yang konkrit diberikan kenapa pisau boleh dibenarkan untuk dibawa ke dalam mahkamah. Adakah ini merupakan satu perancangan teliti untuk mematikan syiar Islam atau sebagai peringatan kepada umat Islam di German supaya melonggarkan perintah Allah. Menutup aurat itu wajib dan Marwa telah mempertahankan perintah Allah dengan membawa kes ini ke mahkamah bagi memberi pengajaran kepada mereka yang ingin menghina Islam bahawa Islam adalah agama suci yang tidak boleh dipermain-mainkan.

Seperti biasa media-media Barat menutup rapi kisah pembunuhan tragis yang kini bisu tanpa pembelaan. Jika perkara yang serupa berlaku di negara umat Islam dan menimpa wanita bukan Islam, saya pasti seluruh dunia akan heboh dan campur tangan. Inilah keadilan yang dilaung-laungkan oleh Barat. Tiada pembelaan jika perkara ini berlaku kepada umat Islam,  kerana pembelaan dan keadilan hanya wujud untuk mereka yang menolak Islam sahaja.

Saya tidak tahu apakah umat Islam di seluruh dunia sedar dan tahu mengenai insiden yang menyedihkan ini. Saya teringatkan hadith nabi yang bermaksud :

“Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang sedang lapar menghadiri makanan.Jawab badinda: “malah kamu ramai, tetapi kamu laksana buih dari bah. dalam pada itu hati mereka tidak ada rasa segan terhadap kamu dan dalam hati kamu sendiri tumbuh penyakit wahan,”

Mereka bertanya:” apakah yang dimaksudkan dengan penyakit watan itu wahai Rasulullah?.
Jawab baginda;” maksudnya adalah dalam hati kamu bertakhta perasaan cinta dan takut mati.”

Mereka bertanya:” Apakah kita sedikit pada masa itu,wahai Rasulullah?”

( Hadis riwayat Al-Imam Abu Daud)

Umat Islam di seluruh dunia sedang ditekan dan didera oleh puak kufur. Di Xinjiang, China kaum Uighur yang memeluk Islam melalui dakwah yang dibawa oleh sahabat Nabi saw Saad bin Abi Waqas dibunuh beramai-ramai selama bertahun-tahun sehingga populasinya menurun dari 45 juta kepada 10 juta penduduk. Cerita ini baru berkumandang seminggu dua ini dan seperti biasa semua negara umat Islam,OIC hanya mendiamkan diri. Tidak berani mengeluarkan kenyataan yang keras kepada China. Cuma Turki melalui Perdana Menteri Erdogan yang lantang bersuara meminta supaya sekatan ekonomi dikenakan ke atas negara kuasa besar dunia itu.

2 insiden yang menyayat hati. Tragedi Marwa dan pembersihan etnik Uighur menyaji rasa. Namun sejauh mana kesensitivitian kita selaku umat Islam yang bersaudara tidaklah dapat dikesan setakat ini. Media di negara kita juga sepi dengan berita ini.  Sebaliknya hanya berita-berita hiburan, perkahwinan dan perceraian artis serta budaya hedonisme yang melampau-lampau diapi-apikan supaya umat Islam leka dari semangat jihad dan menjadi pentingkan diri sendiri.

Tanyalah diluar… kenalkah anda dengan Marwa???

Tanyalah di luar apa perasaan anda terhadap apa yang berlaku kepada Marwa???

Apakah semangat jihad dan perasaan marah bila hak Allah dicabuli sudah mati dalam jiwa umat Islam pada hari ini?

Marwa sudah syahid. Beliau dijemput oleh Allah ketika sedang berjihad. Berjihad mempertahankan hak Allah yang memerintahkan supaya wanita Islam menutup aurat. Syurga menanti beliau atas pengorbanan beliau yang suci ini…

Kita macam mana pula?????

ABU WAFI, Putrajaya

Natrah yang telah pergi

Posted: July 29, 2009 in Umum

natrah-aminah

 Semalam saya menonton rancangan Hujah di TV9 yang dipengerusikan oleh Prof Agus. Rancangan Hujah memang menjadi minat saya untuk menontonnya apatah lagi jika topik yang dibincangkan adalah berkaitan politik semasa pasca PRU-12. Namun, semalam isu yang dibincangkan amat menarik hati saya untuk terus menonton dan menonton dengan penuh minat. Perbincangan yang hangat dan bertenaga. Rancangan ini menampilkan Datin Fatini Yaakob iaitu insan yang membongkar kehidupan Natrah melalui 3 siri keluaran Dewan Masyarakat di sekitar lewat tahun 80-an lalu dan Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin, Dekan Kulliyyah Undang-Undang UIA.

Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin adalah orang yang pernah saya kenali suatu ketika dahulu. Saya pernah menjadi pelajar seliaannya semasa menuntut di tahun 2. Beliau adalah seorang pakar dalam bidang undang-undang kekeluargaan sivil dan Islam. Saya memilih tajuk “CUSTODY” atau “HADHANAH” [bahasa Arab] sebagai tajuk disertasi saya kerana topik ini sangat-sangat menarik minat hati saya. Isu penjagaan anak adalah isu yang bagi saya cukup hidup dalam pembelajaran Family Law. Membaca semua kes-kes berkaitan penjagaan anak bisa menggugah emosi, menyentak jiwa dan mungkin boleh menitiskan air mata.

Kes Natrah adalah satu daripada kes penting yang mesti dihadam oleh semua pelajar. Memahami jalan cerita, keseluruhan fakta kes dan prinsip undang-undang yang digunapakai di dalam kes ini merupakan kunci untuk memahami kes-kes berkaitan isu penjagaan anak yang lain.

Datin Fatini mengulas dengan panjang dan lebar. Beliau mengupas isu ini dengan bersungguh-sungguh seolah-olah beliau mengenali Natrah sejak kecil lagi. Seluruh perjalanan hidup Natrah dan insiden yang berlaku sehingga membawa kepada rusuhan di Singapura diingati dan dilontarkan satu persatu semalam. Teruja saya seketika.

hujah

Saya rasa tidak perlu untuk saya ceritakan satu persatu rentetan kisah hidup Natrah daripada kehidupannya di Kemaman sehinggalah dibawa balik ke Holland.  Semuanya terpahat di dalam buku sejarah. Kronologi kisah Natrah hanya memahamkan kita tentang jerit perih yang dilanda oleh wanita malang ini yang dipaksa untuk meninggalkan Islam yang dianutinya kepada agama asal nenek moyangnya Kristian. Rasa rindunya pada ibu angkatnya Che Aminah dan suaminya Mansor Adabi tidak tertahan bila beliau dipisahkan secara paksa. Bertahun-tahun beliau hidup menderita sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir sebulan yang lalu.

Saya cuma ingin mengambil pengajaran yang sepatutnya dihayati dan diinsafi oleh generasi muda pada hari ini yang tidak menyaksikan peristiwa gelap ini secara langsung. Membaca kisah sedih Natrah melalui penulisan oleh Datin Fatini Yaakub dan artikel-artikel tulisan Hajar Mohideen, Dr Burhanuddin Al-Helmi dan Prof  Ahmad Ibrahim peguam Natrah pada waktu itu sekaligus menyedarkan kita nikmat hidup beragama yang kita kecapi hari ini.

Saya tertarik dengan ulasan yang dibuat oleh Datin Fatini bahawa sebenarnya umat Islam tidak kalah pada ketika itu walaupun hakikatnya Islam dilihat tewas dengan keputusan Mahkamah Agung Singapura yang memihak kepada ibu asal Natrah. Islam telah menang pada waktu itu.

Islam menang kerana sikap umat Islam yang berani mempertahankan Islam. Tewas di mahkamah tidak bermakna Islam telah kalah. Sebaliknya sikap umat Islam pada ketika itu yang dipimpin oleh Karim Ghani dan Dr Burhanuddin Al-Helmi serta ribuan umat Islam lain di Singapura yang bangkit menentang adalah manifestasi kepada kemenangan umat Islam pada waktu itu. Paling mengesankan saya ialah apabila ketika rusuhan berlaku seorang anggota polis bernama Taha Kalu yang mengawal para demonstran tiba-tiba beralih arah dan menyertai ribuan demonstran untuk menzahirkan kekecewaan dan rasa marahnya bila Islam yang dianuti dipijak dan dihina.

Malangnya sikap sebegini sudah tiada lagi pada hari ini. Ramai umat Islam telah murtad, kes Lina Joy adalah contoh yang nyata. Namun hampir sedikit suara umat Islam melalui NGO-NGO Islam yang tampil menyuarakan bantahan manakala selebihnya masih tidak ambil peduli, masih tidak merasa terancam. Bagi mereka yang terancam ialah apabila harga barang naik, minyak naik, tol naik, saham merudum, ekonomi menjunam dan kadar jenayah meningkat sedangkan mereka langsung tidak kisah bila Islam diserang dan dilanyak dari segenap penjuru. Malahan apa yang berlaku pada hari ini lebih dasyat daripada kes Natrah. Akidah dan kepercayaan umat Islam sedang dirobek dan dipersenda-sendakan.

Sesungguhnya saya cukup bimbang dan terasa hati dengan kejadian yang menimpa umat Islam pada hari ini. Pembunuhan Marwa disenyapkan, kisah umat Islam yang murtad semakin tidak diendahkan. Masyarakat Islam semakin tidak kisah dan tidak sensitif apabila akidah sesetengah orang Islam lain yang semakin goyah dan terpesong. Tiada usaha-usaha dakwah yang giat dijalankan bagi mengembalikan mereka ke pangkal jalan. Inilah yang dibimbangkan dan disuarakan oleh kedua-dua ahli panel tersebut dan saya sememangnya amat bersetuju dengan mereka.

Kesilapan Che Aminah hanya satu. Mengahwinkan Natrah di Singapura di mana undang-undang Inggeris adalah “law of the land” yakni undang-undang yang digunapakai. Sekiranya Natrah memilih untuk berkahwin di Tanah Melayu mungkin beliau masih lagi Islam pada hari ini kerana berdasarkan prinsip kes Ramah v Laton, Islam diiktiraf oleh pihak British sebagai undang-undang yang terpakai untuk orang Islam sedangkan prinsip undang-undang Singapura adalah sebaliknya.

Apa pun beliau sudah meninggalkan kita dalam usia 72 tahun kerana leukemia. Tidak ada apa-apa lagi yang perlu ditangiskan. Semuanya sudah berlalu. Semua watak-watak penting yang mewarnai tragedi Natrah telah pun pergi.

Cuma apakah generasi hari ini akan mengambil pengajaran di sebalik kisah yang menyayat hati ini? Apakah generasi hari ini akan bangkit sekiranya perkara yang sama berlaku di dalam zaman internet dan facebook ini? 

Membaca buku Almarhum Syaikh Fathi Yakanyang bertajuk “Apa Erti Saya Menganut Islam” menjadikan saya semakin mengerti dan memahami betapa mahalnya akidah yang kita miliki ini. Menjadi muslim adalah anugerah yang paling berharga yang perlu dipelihara sehingga ke akhir hayat. Semoga Allah beri kekuatan….

ABU WAFI, 62250 Putrajaya

Kiamat hampir tiba

Posted: August 3, 2009 in Tazkiyatunnafs

P8014906

Syeikh Fahmi Zam Zam

Sabtu 1 Ogos 2009 yang lepas saya  menghadiri kuliah pengajian ulama terkenal dari Banjarmasin, Indonesia Syeikh Fahmi Zam Zam An-Nadwi Al-Maliki. Kuliah bermula dari pukul 9 hingga 12.15 tengahari di Surau Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi. Kuliah bertajuk Kiamat Hampir Tiba dan kehadiran beliau sememangnya sangat-sangat dinanti-nantikan oleh penduduk di sekitar Sepang yang begitu dahagakan ilmu. Terima kasih kepada Al-Fansuri kerana memaklumkan jadual pengajian kuliah ini.

Kupasan beliau bersahaja. Penyampaiannya dilakukan secara santai, ringan namun sarat dengan pengajaran-pengajaran yang bisa mengetuk pintu-pintu hati yang leka. Pengkisahan mengenai dunia akhir zaman cukup menggerunkan apatah lagi dengan kehadiran dajjal di saat-saat iman umat Islam ketika itu hanya sebesar zarah.

Penyampaian beliau diselangi dengan petikan-petikan hadith-hadith sahih dan ayat-ayat  Al-Quran yang berkaitan. Paling saya tersentuh ialah kupasan beliau mengenai kedatangan dajjal yang begitu terperinci. Belum pernah saya mendengar kupasan mengenai kedatangan dajjal,latar belakang, sifat dan perwatakannya dengan begitu terperinci. Naik takut mendengar fitnah yang akan dibawa oleh dajjal. Fitnah yang dibawa oleh dajjal cukup dasyat dan boleh menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya dengan kesaktian yang dipinjamkan oleh Allah kepadanya. Kesaktian yang digunakan untuk menyesatkan manusia yang ternyata telah lemah iman pada waktu itu cukup membimbangkan. Lagaknya seperti Tuhan. Boleh memerintah awan menurunkan hujan, bisa menarik mineral dan galian keluar dari perut bumi. Jika ditakdirkan kita hidup di zaman tersebut, belum tentu kita akan selamat apatah lagi bila mengenangkan iman yang sungguh lemah ini.

” Sesungguhnya tidak ada fitnah Allah di atas muka bumi ini sejak ia menciptakan zuriat Nabi Adam a.s (sampai ke hari kiamat nanti) yang lebih dasyat dari fitnah dajjal. Dan sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang Nabi juga pun kecuali nabi itu telah mengingatkan kaumnya akan ujian Dajjal ini. Aku adalah  Nabi terakhir sekali dan kamu juga adalah umat yang terakhir sekali maka sudah pasti Dajjal akan keluar pada zaman kamu. Seandainya ia keluar dan aku masih berada di kalangan kamu, maka akulah yang akan berhujah dengannya bagi mewakili setiap orang Islam. Dan jika ia keluar selepas kewafatanku, maka kamu semua akan bertanggungjawab untuk melawannya dan Allah swt sebagai penolong kamu sekalian”.                                                                       Hadith Riwayat Ibn Majah

Fitnah yang dimaksudkan di sini bukan percakapan yang memburuk-burukkan orang lain. Sebaliknya fitnah di sini ialah UJIAN yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui Dajjal. Tiada ujian yang paling hebat di dalam dunia ini melainkan ujian Dajjal yang mengatasi semua ujian-ujian lain. Mohon dijauhkan….

Untuk penjelasan lebih lanjut boleh mendapatkan buku tulisan beliau yang boleh diperolehi di kedai-kedai buku agama yang berhampiran. Harga RM6.00 sahaja. Cukup murah. Isi kandungannya ringkas tetapi padat dengan ilmu.

P8034930

Jadual kuliah beliau yang akan datang insyallah akan saya maklumkan. Buku ini hampir habis disyarah oleh Syeikh Fahmi. Selepas ini beliau akan berpindah ke buku-buku yang lain pula seperti Kitab Hikam, Sairus Salikin dan 40 Hadith Penawar Hati.

Moga bermanfaat .

ABU WAFI, 62250 Putrajaya

Madrasah Ramadhan

Posted: August 13, 2009 in Umum

P4243888

Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum Ramadhan mula menjengah diri ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Ramadhan datang membawa berjuta-juta rahmat yang tidak terhitung banyaknya dari Allah swt. Ramadhan adalah madrasah latihan untuk melatih diri menjadi insan yang sabar,tawadhuk dan beramal soleh. 

Ramadhan adalah medan untuk kita berlumba-lumba merebut tawaran pahala yang berlipat kali ganda seumpama berebut barang jualan murah di pasaraya. Kalau kita sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan barang jualan murah kenapa tidak kita lakukan perkara yang sama untuk merebut ganjaran Allah yang lebih besar.

Kalau kita tidak kisah atau mengeluh kalau terpaksa parking kenderaan jauh, berjalan kaki 2 atau 3 km, berpanas dan berhujan untuk mendapatkan sesuatu yang kita suka atau minat maka marilah kita menjadi tidak kisah jika sekiranya kita semua berlumba-lumba untuk beribadah di bulan yang mulia ini. Usah ditangguh-tangguh lagi untuk mengerjakan amal soleh kerana kita tidak tahu apakah kita masih berpeluang lagi untuk berjumpa di dalam Ramadhan yang akan datang.

Berpuasalah sebagaimana puasa para anbiya’ dan solihin, banyakkan bersedekah,membaca Al-Quran,berzikir dan bangun sepertiga malam demi merebut pahala lailatul Qadr.

Ayuh usah bertangguh lagi. Mulakan dari sekarang.

ABU WAFI, Putrajaya

Kita Allah yang punya

Posted: August 14, 2009 in Suara Hati

Satu demi satu nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Pelakon Shukri Hashim meninggal dunia kerana kanser lebih kurang 2 bulan yang lepas. Pengarah terkenal dengan filem-filemnya yang kontroversi Yasmin Ahmad meninggal dunia diserang sakit jantung ketika membentangkan kertas kerja di TV3. Dan semalam, vokalis kumpulan Rabbani Ustaz Asri Ibrahim rebah ketika sedang menjalani rakaman rancangan syahadah di angkasapuri. Beliau pergi tak kembali. Pergi menemui Allah Tuhan Rabbul Jalil sebagaimana yang sering dinyanyikannya.

DSC_5565

Berbanding kematian tokoh lain, pemergian Allahyarham Ustaz Asri memang memberi kesan kepada hati ini. Saya masih teringatkan alunan suaranya yang merdu terutama ketika beliau di dalam kumpulan Nadamurni dahulu. Bagi saya nasyid beliau ketika itu lebih bertenaga, simplistik tetapi cukup menyentuh hati malah menginsafkan. Kehilangannya begitu dirasai.

Semalam selepas maghrib saya berada di UniKL Gombak atas urusan peribadi. Sepanjang perjalanan pergi dan pulang radio IKIM menyiarkan segmen khas selama 2 jam bagi mengenang nostalgia allahyarham bersama IKIM F.M. Lagu-lagu lama semasa dalam kumpulan Nadamurni dimainkan satu persatu. Hati saya cukup tersentuh mendengarnya apatah lagi di waktu malam yang sunyi dan syahdu.

Saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Tetapi saya tidak menafikan bahawa saya adalah antara peminat suaranya. Kali terakhir saya berjumpa beliau secara ‘live’ ialah di majlis khatam Al-Quran saya di UNITEN Bangi 2 tahun yang lepas. Itulah kali pertama dan terakhir saya bertemu dengan beliau. Terpukau dengan persembahan vokal beliau yang bertenaga dan dinamik.

Dalam banyak-banyak lagu saya sukakan lagu-lagu beliau yang lama. Lirik-liriknya ‘simple’ tetapi mengancam. Tajuk lagu saya dah lupa tetapi bait-bait liriknya kadang-kadang bermain-main di jiwa saya.

 Kita Allah punya…. Kita tidak punya apa-apa…. Kita hanya mengusahakan apa yang ada … Semua Allah yang sediakan….

Memang diri kita kepunyaan Allah. Bila sampai masanya kita akan dijemput menghadap Allah sama ada kita suka atau tidak, sama ada kita bersedia atau tidak. Tidak akan dipercepatkan walau sesaat dan tidak akan ditangguhkan walau sesaat pun…

Ustaz Asri Ibrahim telah meninggalkan dunia yang fana ini menuju illahi. Beliau meninggalkan seruan dakwahnya mengajak manusia ke jalan Allah melalui lagu-lagunya dan bait-bait liriknya. Semoga beliau tenang di sana. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para anbiya’,solihin,syuhada’ dan siddiqin.

IMG_0331

Gambar : Source blog Ustaz Asri

Beliau benar-benar telah pergi…. Pergi tak kembali.

ABU WAFI, Putrajaya

Ceramah 1

“Ramadhan adalah bulan umat Nabi Muhammad saw. Ramadhan adalah bulan di mana Al-Quran diturunkan. Di dalam Ramadhan ada malam lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan. Hidupkan Ramadhan dengan solat malam,bertarawih dan membaca Al-Quran. Tanamkan azam di dalam jiwa untuk khatam 30 juzuk Al-Quran di dalam bulan ini. Berusahalah untuk membaca Al-Quran walaupun membaca dalam keadaan tersekat-sekat. Ini kerana terdapat 2 pahala di situ iaitu pahala membaca Al-Quran dan pahala kerana berusaha membaca Al-Quran”.

Ceramah 2

” Hanya orang-orang yang terpilih sahaja akan dipertemukan Allah dengan malam lailatul qadr. Ini bergantung kepada amalan-amalan solehnya selama 11 bulan sebelum kedatangan Ramadhan. Sekiranya 11 bulan yang lalu diisi dengan amal soleh, insyallah kita akan dipertemukan dengan malam tersebut. Beruntunglah orang-orang yang dianugerahkan dengan malam tersebut”.

Ceramah 3

Apa yang patut saya minta dan mohon sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Apakah patut saya minta kekayaan,cepat naik pangkat, rumah besar, kereta besar, tambah isteri, tambah anak? Sebenarnya, apa yang patut kita minta bukanlah habuan di dunia semata-mata sebaliknya permintaan-permintaan yang menjurus kepada kesenangan akhirat yang patut didahulukan. 

Itulah antara sinopsis beberapa siri kuliah Ramadhan yang saya hadiri minggu lepas. Cukup menarik.

Semalam saya berada di surau Al-Munir, Taman Equine, Seri Kembangan. Ada ceramah best di sana. Ceramah di ambang ramadhan bertajuk Ramadhan: Mekanisme Perubahan Diri” oleh Ustaz Hasrizal Jamil atau lebih dikenali dengan nama Saifulislam.

Saya tertarik dengan powerpoint presentation sepanjang ceramah disampaikan. Memang teknik baru yang cukup berkesan dan memukau perhatian sesiapa yang melihat dan mendengarnya. Jelas, terang dan sampai matlamat. Selalunya bila datang ke majlis-majlis ilmu kita hanya mendengar tetapi semalam saya juga melihat tayangan slide power point yang saya kira cukup menarik.

Paling terkesan pada saya ialah lontaran yang dikemukakan oleh Ustaz Hasrizal ialah bagaimana kita melihat Ramadhan itu sendiri.

Ada orang melihat Ramadhan sebagai peluang untuk menguruskan badan, membuang lemak badan serta mendapatkan tubuh badan yang cantik.

Ada orang melihat Ramadhan sebagai peluang untuk menjadi kaya setahun menjadi peniaga ‘segera’ dengan membuka gerai-gerai menjual juadah berbuka puasa.

Ada yang melihat Ramadhan sebagai bulan penjimatan.

Ada yang melihat Ramadhan sebagai bulan yang membebankan, menyusahkan kerana semuanya perlu dikawal. Puasa mata, puasa telinga dan puasa makan minum.

P4243902

Itulah Ramadhan yang datang setiap tahun. Bermacam-macam persepsi umat Islam terhadap Ramadhan. Semuanya bergantung dengan bagaimana kita melihat kedatangan Ramadhan dalam hidup kita. Persepsi ini bermacam ragam dan adakalanya pelik.

Sebaliknya berapa ramai di antara kita yang memandang Ramadhan sebagai bulan pahala, bulan peluang untuk melipatgandakan amal soleh, bulan solat, bulan qiamullail, bulan muhasabah diri, bulan pengampunan dan bermacam-macam lagi kebaikan bergantung kepada cara kita melihat dan menilai Ramadhan. Berapa ramai di antara kita ternanti-nanti kedatangan Ramadhan seumpama menanti anak yang pulang dari perantauan?

Banyakkanlah berdoa di bulan Ramadhan terutamanya seketika sebelum waktu berbuka yang mustajab ketika berdoa. Berdoalah untuk maksud-maksud akhirat dahulu seperti memohon pengampunan dosa, dikekalkan dalam iman, diberikan petunjuk, ditingkatkan iman, diberikan kesudahan yang baik dalam kehidupan dan dijauhkan dari siksaan api neraka. Selepas itu, berdoalah atas maksud-maksud dunia yang sesuai seperti dikurniakan rezeki yang murah, anak-anak yang soleh dan bijaksana serta lain-lain. Utamakan akhirat kerana akhirat bersifat kekal manakala dunia bersifat sementara dan akan tamat sebaik sahaja roh meninggalkan jasad.

Sekiranya kita gagal melihat Ramadhan sebagai mana para solihin melihat Ramadhan maka alangkah malangnya kita yang tenggelam dengan persepsi salah mengenai Ramadhan. Memang Ramadhan boleh membantu mengurangkan berat badan, memberikan keuntungan berniaga namun ini semua adalah bonus daripada Allah. Sebaliknya, falsafah Ramadhan itulah yang perlu kita pegang dan hayati dengan sepenuh hati kerana amalan puasa adalah satu-satunya amalan untuk Allah. Justeru, kita berpuasa menahan lapar dahaga,menahan mata dan telinga, menahan diri dari melakukan kemungkaran adalah untuk menyukakan Allah. Ramadhan didatangkan sebagai satu elemen atau mekanisme untuk mengawal diri supaya menjadi hamba yang terbaik di sisi Allah dan insan yang berakhlak mulia sesama manusia.

“SEBULAN RAMADHAN, AMAL SOLEH DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI AKHIRAT DIUTAMAKAN”

Abu Wafi, Putrajaya

Dugaan sehari sebelum Ramadhan

Posted: August 23, 2009 in Diari Kembara

P1131523

Saya mengambil cuti sehari sebelum Ramadhan untuk menyelesaikan pembaharuan insurans kereta dan cukai jalan. Jangkaan saya, perkara ini dapat diselesaikan dalam beberapa jam sahaja namun ternyata jangkaan saya meleset sama sekali. Saya terheret dari pagi hingga ke jam 6 petang atas masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

9.35 pagi : Bergerak ke bank di Bandar Puteri Puchong untuk mengambil salinan asal geran kereta. Tiada masalah.Berjalan lancar.

10.00 pagi  : Temujanji dengan ejen Takaful Ikhlas untuk urusan pembaharuan insurans yang akan tamat tempoh sebulan lagi. Pertemuan di Giant Puchong berlangsung hingga ke Kopitiam;

11.00 pagi : Pertemuan tidak membuahkan hasil kerana NCB kereta yang saya beli tahun lepas tiada dalam renewal notice oleh syarikat insuran asal kerana terlibat dalam kemalangan kecil di MRR2 pada 22.11.2009. Tiada potongan diberikan kerana kereta saya seperti tiada NCB langsung. Akibatnya saya dikehendakki membayar sejumlah besar [55% dari gaji saya];

11.10 pagi : Menghubungi syarikat insurans asal. Diminta mengemukakan salinan report police. malangnya tiada dalam simpanan kerana disimpan oleh bengkel kereta. Walhal salinan ‘police report telah dikemukakan ketika membuat tuntutan gantirugi tahun lepas. Agak menghairankan bila bahagian-bahagian di dalam syarikat insurans berkenaan seolah-olah tidak bercakap atau “link” antara satu sama lain;

12.00 tgh : Kembali ke rumah

2.30 ptg :  Memandangkan bengkel kereta berkenaan terletak berhampiran stesen ERL Bandar Tasik Selatan, saya mengambil keputusan untuk menaiki ERL sahaja. Selepas itu, saya akan bergegas ke syarikat insurans berkenaan di Jalan Tun Razak. Saya memutuskan untuk berjalan kaki sahaja dari rumah di Presint 9 ke stesen ERL juga di presint 9 kerana tiada siapa yang dapat menghantar saya. Isteri mempunyai urusan di luar;

2.50  ptg:  Termengah-mengah berjalan kaki. Peluh memercik di dahi sebaik sahaja tiba di stesen ERL Putrajaya. Tinggal 7 minit sebelum ‘train transit’ tiba;

3.33 ptg :  Tiba di stesen ERL Bandar Tasik Selatan. Berjalan kaki 500 meter ke bengkel berkenaan.

3.45 ptg :  Tiba di bengkel. Mengejutkan apabila dimaklumkan bahawa pejabat urusan bengkel tersebut telah berpindah ke Jalan Kuari, Taman Bukit Permai. Saya kepenatan, keletihan, rasa-rasa betul-betul menyesal kerana tidak memandu sendiri. Rasa terkilan kerana pihak bengkel tidak memaklumkan saya mengenai perpindahan operasi mereka semasa perbualan telepfo pagi tadi. Saya buntu. Tak tahu ke mana nak dituju. Setelah mendapat alamat lengkap saya berjalan balik 500 meter ke hentian teksi berhadapan stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Teksi pertama saya tahan enggan pergi ke sana kerana jauh. Teksi kedua bersetuju membawa saya ke sana. Syukur.

4.05 ptg :    Dalam teksi saya meminta pemandu teksi menunggu saya dan membawa saya balik ke stesen ERL. Beliau bersetuju.

4.10 ptg :  Urusan selesai. Saya berjaya memperolehi salinan police report walau bagaimanapun sedikit terkilan kerana salinan tersebut tidak terang;

4.16 ptg : Dalam perjalanan pulang saya menghubungi syarikat insurans bertanyakan waktu tutup. Dimaklumkan pukul 4.45 ptg mereka tutup kedai. Saya meminta pemandu teksi berketurunan India supaya membawa saya ke sana kalau tidak keberatan. Beliau bersetuju kerana jalan masih belum sesak lagi;

4.20 ptg :  Terperangkap di Jalan Loke Yew. Saya cemas.

4.35 ptg :  Tiba betul-betul berhadapan bangunan syarikat insurans berkenaan bersebelahan RHB Bank. Setelah membayar RM21.00 tambang teksi saya berlari ke atas.

4.40 ptg :  Tiba di Kaunter Customer Service;

4.42 ptg :   Saya dapat nombor giliran dan terpaksa menunggu pegawai berkenaan sedang bercakap telefon. Hanya tinggal saya satu-satunya “customer” yang masih tinggal. Rasa cemas mendada.

Akhirnya, pegawai berkenaan melayan saya dengan begitu baik dan sopan. Beliau menyemak dengan bahagian “Claim Department” dan dimaklumkan NCB saya kembali seperti biasa iaitu 55% kerana kemalangan terbabit bukan salah saya.

5.00 ptg :  Saya sudah terpacak di hadapan pintu masuk syarikat insurans berkenaan menunggu teksi sambil meneguk air botol mineral  sebotol sehingga habis. Wah, dahaganya. Jalanraya makin sesak kerana esok umat Islam mula berpuasa. Saya menarik nafas lega kerana urusan selesai akhirnya.

5.20 ptg :  Dalam teksi kembali semula ke stesen ERL Bandar Tasik Selatan. Tambang RM15.00

5.40 ptg : Tiba di Stesen ERL

6.00 ptg : Dalam ERL menuju ke Putrajaya

6.30 ptg : Tiba di stesen ERL Putrajaya.

6.40 ptg : Tiba di rumah.

Saya benar-benar keletihan dengan ujian dan dugaan dari Allah ini. Dugaan sehari sebelum Ramadhan. Apa pun saya memanjatkan syukur kerana semua urusan dipermudahkan Allah walaupun diuji dengan sedikit kesusahan dan kepayahan.

Saya perlu mengeluarkan RM36.oo untuk tambang teksi dan RM10.30 untuk tambang ERL.Dicampur dengan penat lelah dan sakit kaki berjalan ke sana sini. Sudah lama saya tidak berjalan sejauh ini. Walaupun keletihan namun saya lega kerana semua urusan selesai. Terima kasih kepada kedua-dua pemandu teksi yang telah memberikan kerjasama kepada saya.

Teringat saya;  sesungguhnya dunia ini adalah tempat yang penuh dengan kepenatan dan kelelahan. Akhirat adalah tempat kerehatan selama-lamanya. Namun, bagaimanakah kita mengolah kehidupan di dunia ini untuk mendapat kerehatan yang sejati di akhirat sana? Semuanya bergantung kepada amalan di dunia. Jika baik maka berehatlah kita dengan tenang di sana. Jika buruk, maka bersusah payahlah kita di sana dengan siksaan demi siksaan yang berlangsung selama-lamanya. Justeru, marilah kita menginsafi diri.

P1131536

Sejenak di stesen perhentian dunia

Malam saya berterawih buat kali pertama di masjid baru. Masjid besi di Putrajaya. Akan saya ceritakan dalam entry berikutnya. Rehat dulu.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Abu Wafi, Putrajaya

beis 3

Source: niznoprob

Seusai terawih

Sudah 3 malam saya berterawih di sini. Sesungguhnya saya amat terpesona melihat keindahan dan kecantikannya. Ruang dalam solatnya sungguh luas. Rekabentuk dalamannya  ringkas tetapi diliputi dengan marmar putih licin. Tulisan Al-Qurannya juga cantik terpampang di hadapan ruang solat. Di kiri dan kanan masjid terdapat kolam air yang berombak kecil. Berdiri di tepian masjid seolah-olah seperti berdiri di tepian pantai. Riak-riak air sesekali berombak kecil menjadikan keadaan tenang dan mendamaikan. Udara segar sesekali bertiup sederhana menampar badan. Saya teringat kisah Ratu Balkis yang menyinsing kain sebaik sahaja melangkah ke istana Nabi Sulaiman a.s kerana menyangka marmar putih yang dipijak adalah air. Satu lagi daya tarikan dan mercu tanda Putrajaya terbina.

Dalam hati saya berdetik bahawa masjid ini bakal mengalahkan Masjid Putra yang berwarna pink. Dari luar simbahan cahaya mengenai marmar putih dan kubah besi memantulkan cahaya serata seolah-olah pantulan marmar putih dari masjid Nabawi di Madinah. Cukup mempesonakan. Saya berasa seperti berada di masjid terapung di Maghribi kerana di kelilingi tasik. Lihat gambar-gambar di bawah ini.

P8225061

Kubah besi

P8225063

Ruang solat utama

P8225065

Pandangan sisi ruang solat

P8225064

Tiang-tiang utama

P8225051

Ayat-ayat Al-Quran

P8225072

konsep ruang terbuka

P8225070

Kolam-kolam di sekeliling masjid

P8225081

Munzir dari belakang ruang solat

P8225080

Kos pembinaan masjid ini mencecah RM180 juta. Seluas 60,156 – meter persegi dan boleh memuatkan 20,000 jemaah dalam satu-satu masa.Saya berharap semoga warga Putrajaya dapat memanfaatkan masjid ini untuk kerja-kerja Islam. Saya juga berharap pihak pengurusan masjid ini dapat memaksimumkan penggunaan masjid ini untuk mengadakan kelas-kelas pengajian seperti kelas pengajian tajwid, Al-Quran, Bahasa Arab kepada orang ramai. Contohilah Masjid Negara yang saya kira cukup istiqamah dan terkenal dengan kelas pengajian Tajwidnya sehingga berjaya melahirkan ramai guru-guru tajwid. Contohilah Masjid Al-Falah USJ yang tidak pernah sunyi dari kuliah-kuliah pengajian bermula dari waktu subuh,dhuha sehingga melewati waktu maghrib. Sungguh hidup masjid berkenaan. Mudah-mudahan pengisian di dalam masjid ini kelak akan setanding dengan kos pembinaannya.

PENTINGKAH BINAAN DAN REKABENTUK?

Namun, Islam bukanlah terletak pada  keindahan rekabentuk dan binaan. Islam terletak pada kualiti pengisian yang diketengahkan.

Jika masjidnya indah namun pengisiannya mengecewakan, maka tiada maknanya. Jika kehadiran para jemaah hanya satu saf setiap kali waktu solat maka apalah maknanya. Kecantikan dan keindahan binaan dan rekabentuknya hanya tinggal nama. Keindahan hanya boleh digah-gahkan sahaja tetapi pengisiannya adalah kosong dan tidak akan dinilai oleh Allah.

Saya teringat kepada kisah-kisah hidup para sahabat. Mereka hidup serba sederhana dan kekurangan. Rumah mereka sekadar cukup untuk berehat dan melelapkan mata. Tumpuan hidup difokuskan kepada pengisian jiwa dengan ruh Islam.  Malam mereka adalah hamba yang sujud dengan linangan air mata mengharap redha dan keampunan dari Allah. Siang mereka adalah singa yang mengaum di medan perjuangan melaksanakan Islam dalam aspek kehidupan.

Masjid mereka serba ringkas. Tiangnya adalah batang-batang kurma. Bumbungnya hanyalah pelepah kurma kering. Sungguh jauh berbeza dengan masjid di zaman kita. Tiada ukiran cantik di dinding. Tiada tangga beralas mamar. Tiada kolam air di sekitar. Tiada landskap menarik….Namun mereka adalah generasi terbaik yang pernah dilahirkan. Mereka ‘excel’ dalam kehidupan dunia dan akhirat.

CERITA KOPI DAN CAWAN

Sahabat saya Hilal Asyraf pernah membawa kisah kopi dan cawan dalam blognya beberapa bulan lepas. Kiasan yang sungguh menarik hati.

Suatu hari seorang guru memanggil murid-muridnya meminta mereka memilih beberapa cawan di atas meja. Cawan pelbagai bentuk. Ada yang cantik,comel dan ada yang biasa-biasa sahaja. Semua cawan mempunyai kopi. Semuanya berebut-rebut untuk mendapatkan cawan yang paling cantik bentuknya hingga meninggalkan cawan yang biasa-biasa.

Guru berkata : kamu sibuk memilih bentuk cawan sehingga kamu semua lupa untuk menikmati kopi yang ada dalam cawan.  Tiada siapa pun yang memberitahu apa rasa kopi, pahit ke, manis ke, atau tawar.

Begitulah kehidupan bila kita semua terlalu sibuk memikirkan soal kosmetik sehingga melupakan soal substance atau pengisian. Kita sibuk dengan bentuk cawan hingga lupa bagaimana rasa kopi. Kita sibuk dengan perkakasan dunia yang serba hebat,mahal dan  grand sehingga kita lupa pengisian hidup yang lebih utama. Lupa kepada tujuan penciptaan kita di dunia. Lupa semuanya.

Sabda Nabi saw :  “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras kamu, harta benda kamu akan tetapi Allah memandang kepada hati dan amalan kamu.”

Pandangan di sini adalah penilaian Allah terhadap kita. Penilaian Allah berbeza dengan penilaian manusia. Allah menilai manusia berdasarkan taqwa. Taqwa bukan terletak pada baju mahal, rumah besar, kereta besar, rupa paras cantik tetapi taqwa terletak pada sejauh manakah kepatuhan kita kepada suruhan Allah dan meninggalkan segala yang dilarang. Menurut Ubai bin Kaab ketika ditanya Sayyidina Umar Al-Khattab menyatakan taqwa adalah rasa berhati-hati dan berjaga-jaga dalam kehidupan seumpama seorang lelaki yang berjalan di atas jalan yang penuh dengan duri. Sudah tentu dia akan melangkah dengan berhati-hati agar kaki tidak luka tertusuk duri. Begitulah gambaran taqwa.

Jangan kita ingat penilaian Allah sama dengan penilaian manusia. Penilaian manusia boleh dikelirukan, boleh dikaburkan dengan presentation kosmetik yang menarik. Sedangkan penilaian Allah adalah berbeza sama sekali.

Saya teringat semasa zaman belajar dahulu. Ada sahabat saya yang cukup terkenal dengan make up assignmentnya dengan cantik. Kulit luar assignmentnya penuh bunga-bunga. Presentation dari luar cukup hebat tetapi isi kandungannya masih copy paste dari orang lain. Tiada originality. Beliau ditegur oleh pensyarah kami supaya mengutamakan ‘originality’ dan bukan menciplak dari orang lain. Bahkan beliau juga ditegur kerana pensyarah kami tidak suka dengan kulit assignment yang berbunga-bunga. Pensyarah kami adalah seorang yang tidak boleh bertolak ansur dengan soal kualiti ,bijak menilai dan tahu membezakan antara substance dengan presentation.

Itulah penilaian yang sebaik-baiknya.

Sebagai penutup, saya ambil petikan sahabat saya mengenai kualiti hidup. Moga bermanfaat.

Memang, kalau kita perasan, hidup kita begitu. Material oriented, hingga kita ni terlupa akan kualiti hidup tu yang sebenar. Sebenarnya, kualiti hidup kita tidak bergantung pun dengan kereta kita berapa mahal, rumah kita berapa besar, duit kita berapa banyak. Kualiti hidup kita sebenarnya, bergantung kepada berapa banyak kita gunakan hidup kita agar Allah kira.

Kita kadang-kadang telah meletakkan dunia itu terlalu tinggi, hingga kehidupan kita di dalam dunia ini menjadi sempit. Sedangkan, yang penting pada kita adalah kehidupan kita, bukannya dunia. Dunia adalah alat, untuk kita pergunakan agar kehidupan kita ini diterima oleh Allah. Tetapi, apabila dunia itu pula telah mempergunakan kehidupan kita untuknya, maka apa untung yang ada pada kita?  [Hilal Asyraf]

Abu Wafi, 62250 Putrajaya

Setahun yang bermakna

Posted: September 1, 2009 in Suara Hati

P8205008

Genap setahun memblog

Semalam negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Saya ulangi ulang tahun kemerdekaan dan bukannya hari kemerdekaan. Ramai yang salah anggap. Hari kemerdekaan bagi negara ini hanya satu dan sekali sahaja iaitu pada 31 Ogos 1957. Sementara tahun-tahun selepas itu dan akan datang kita hanya menyambut ulang tahunnya, samalah dengan sambutan ulang tahun kelahiran kita.

Tanggal 31 Ogos 2008 juga ulang tahun penting bagi saya. Saya mulakan blog ini pada tarikh berkenaan. Tidak tahu kenapa. Mungkin suratan, mungkin juga satu kebetulan.

Sebenarnya hasrat untuk memiliki blog sendiri telah lama terbuku di hati. Namun hasrat tersebut tidak dapat direalisasikan atas sebab-sebab tertentu. Paling utama adalah rasa malas yang menguasai diri. Malas untuk ‘update’. Kedua, saya tidak tahu apa yang nak ditulis. Apa genre yang patut saya pilih dan apa matlamat saya untuk mewujudkan blog sendiri. Ketiga, apa yang patut saya paparkan dan apa yang patut saya ceritakan. Apakah semua kisah hidup saya patut dibentangkan satu persatu sebagai mana blog-blog lain yang pernah saya lawati dan bagaimana pula dengan ‘privacy’ saya kerana saya memerlukan privacy.

Semuanya menjadi halangan dan kekangan saya ketika mula-mula mahu memblog.

Akhirnya….. membloglah demi mencari redha Allah. Saya terjumpa kata-kata ini dalam salah sebuah blog yang saya ziarahi dan saya benar-benar terkesan dengan kata-kata ini.

Menulis untuk mencari redha Allah. Menulis sesuatu untuk faedah umat dan orang lain. Menulis supaya manusia sedar akan hakikat penciptaan mereka di dunia ini. Menulis untuk menyedarkan, menginsafkan dan seterusnya mengajak manusia kembali ke jalan Tuhan. Itulah niat saya pada masa itu dan alhamdulillah masih berkekalan buat masa ini.

Maka saya batalkan hasrat saya untuk menjadikan blog saya kelak sebagai medan untuk menceritakan rutin hidup saya sehari-harian. Memuatkan gambar peribadi dan keluarga. Semua ini saya batalkan.

Sebaliknya saya mahu menulis seringkas dan seminima mungkin mengenai kehidupan saya dan keluarga saya sekurang-kurangnya buat masa ini. Namun, tidak salah jika sekali sekala saya memuatkan kisah peribadi saya, isteri dan anak-anak untuk teman-teman di luar yang mengenali saya secara peribadi. Tidak salah bukan…. kerana ini juga merupakan satu-satunya harta peninggalan saya untuk anak-anak tercinta. Saya menulis untuk mereka dan untuk umat ini. Mungkin suatu hari nanti, bila saya sudah tiada blog ini akan menjadi tatapan mereka untuk membaca dan memahami perasaan kasih dan sayang saya kepada mereka. Setidak-tidaknya begitulah…

Kawan-kawan saya ada yang mempunyai blog peribadi. Mereka juga menggalakkan saya untuk mempunyai blog sendiri dan mula menulis. Menulis sesuatu yang memberi faedah.

Maka saya pun memberanikan diri. Memang sukar pada mulanya. Apatah lagi untuk membuat setting yang basic pun saya tidak tahu inikan pula untuk memasukkan gambar-gambar penting. Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari seorang rakan saya berjaya menyiapkan layout  blog ini dan menulis entry saya yang pertama pada tarikh 31 Ogos 2008. Pada mulanya saya menulis sekadar suka-suka sahaja. Saya menulis tentang alam ciptaan Allah diikuti dengan aktiviti di bulan Ramadhan. Lepas itu, senyap seketika sehinggalah kematian rakan saya Allahyarham Khairil Hisham di Libya. Saya meng’uploadkan semua gambar-gambar pengkebumian jenazah di Presint 20 dan memaklumkan kepada rakan-rakan lain. Maka secara tiba-tiba blog saya dikunjungi ramai pelawat hanya semata-mata untuk menatap gambar pengkembumian. Tidak kurang juga yang meninggalkan komen-komen. Sungguh saya teruja… sungguh saya terharu atas sambutan yang diberikan.

Dan selepas itu… saya membuat keputusan untuk memaksa diri menulis sesuatu. Sesuatu yang berguna dan berfaedah kepada orang lain. Walaupun saya bukan seorang ulama, ustaz atau pakar motivasi namun saya tetap mahu berusaha ke arah itu. Mengajak manusia kembali ke jalan Allah bukan tugas ulama, pemimpin, ustaz dan pakar motivasi sahaja sebaliknya tanggungjawab setiap individu Muslim. Rasulullah saw pernah bersabda:

“Sampaikan dariku, walau hanya sepotong ayat”

Saya tercabar dan terus mencabar diri ke arah itu. Alhamdulillah, walaupun tidak sepopular nama-nama besar dalam dunia blog hari ini namun saya terkesan dengan beberapa komen positif daripada pengunjung yang tidak henti-henti memberi galakan. Sedikit sebanyak blog ini mula mendapat perhatian dari sehari ke sehari. Syukur alhamdulillah.

Ada harinya… saya giat menulis bila mendapat idea. Malam dan seusai subuh adalah waktu yang saya kira cukup aktif dan idea bercambah. Ada kalanya, saya kekeringan idea. Tidak tahu mahu menulis apa kerana tidak mendapat ilham. Namun, saya akur bahawa inilah kekangan-kekangan yang akan saya hadapi.

P8054961

  Moga blog ini terus subur

Saya menjangkakan bahawa blog saya mungkin tidak lama bertahan. Saya hampir-hampir  putus asa. Namun kuasa Allah memanjangkan hayat blog abuwafi98 ini sehingga ke hari ini. Sudah genap setahun. Sudah sewajarnya saya mengucapkan selamat ulangtahun pertama dan rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih diberi kekuatan untuk menulis dan terus menulis.

Abuwafi bersempena nama anak sulung saya, manakala tahun 98 adalah angka tahun 1998 tahun di mana saya memulakan kerjaya. Tahun yang cukup perit kerana ekonomi meleset teruk pada ketika itu. Tahun yang penuh makna yang tidak mungkin terlupakan.

Tajuk Menikmati Takdir Langit adalah rentetan daripada buku Risalah An-Nur karya Badiuzzaman Said Nursi. Salah satu risalahnya bertajuk “Lama’at”  yang saya kira bersesuaian dengan tajuk blog saya.

Saya sedang berusaha untuk mencantikkan blog saya. Saya sedang berusaha mendapatkan bantuan khidmat teknikal daripada beberapa kenalan yang telah menyatakan kesudian. Namun sekali lagi perkara ini masih tertunggak atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Berdoalah semoga hasrat saya ini menjadi kenyataan.

Pencapaian blog setakat 1 September 2009

                                     110  Post                          129   Comment            11  Pages

                                   Pelawat: 7,000 lebih

Kepada pengunjung yang tidak pernah jemu-jemu melayari dan memberi komen jutaan terima kasih saya ucapkan. Kepada teman-teman rapat di pejabat yang rajin membaca dan memberi komen kepada saya juga saya rakamkan penghargaan tidak terkira. Moga Allah membalas dan meredhai kalian semua.

Jika saya ditanya bagaimana dengan masa depan blog ini? Jawapan saya INSYALLAH saya akan terus menulis dengan izin Allah. Saya tidak berani untuk berjanji atau memberi kepastian seratus peratus kerana semuanya terletak di dalam tangan Allah.

Hanya kalimah INSYALLAH yang mampu saya ungkapkan.

Abu Wafi, Putrajaya

Sungguh saya terleka

Posted: September 3, 2009 in Suara Hati

P8054944

Catatan Jibby, Gurney Drive Penang.

Suatu ketika dahulu saya pernah tercari-cari makna hidup. Ketika itu saya masih bujang dan masih belum mengenali erti tanggungjawab hidup berkeluarga. Bebas bergerak ke sana ke mari. Tiada siapa mempersoal dan tiada siapa bertanya. Namun ada kalanya hati kecil saya bertanya ke mana hala tuju hidup saya. Terasa kosong.

Untuk mengisi jiwa yang kosong saya suka keluar “outing” selepas waktu kerja. Duduk lepak di jetty bas Butterworth sambil menikmati nasi lemak, telor separuh masak dan teh tarik. Ada kalanya, saya menyeberang jambatan Pulau Pinang untuk menikmati sup kambing di Penang Road bersama teman-teman rapat. Semuanya kerana ingin mengisi masa santai supaya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menggembirakan lagi bermakna.

Ada kalanya saya menemani teman-teman untuk ‘window shopping’ di pusat-pusat membeli belah seperti Penang Megamall, Gurney Drive atau Carefour Seberang Jaya. Sungguh indah saat itu bila dikenang-kenang kembali. Saya benar-benar bebas menikmati hidup sebagai orang muda. Ketika itu umur saya dalam lingkungan 25 hingga 28 tahun.

Adakalanya saya hilang tujuan. Tidak tahu hendak ke mana. Semua tempat telah diterokai. Semuanya terasa membosankan. Hidup terasa sungguh “dull and somber“. Tawar dan tiada perisa. Apakah yang menyebabkan tawar? Kenapa jiwa terasa kosong? Kenapa hidup terasa tidak bermaya? Saya tercari-cari lagi…

Ketika bersama teman-teman rapat melakukan aktiviti bersama, saya merasa sungguh gembira dan ceria. Kadang-kadang kami mengadakan ‘potluck’ , ada kalanya bercuti bersama di Langkawi dan ada kalanya bersembang-sembang kosong di kopitiam. Namun kegembiraan dan kegirangan saya ini tidak kekal lama dan jiwa saya kembali kosong. Entah mengapa….. Saya tercari-cari lagi.

Hanya semalam. Setelah 10 tahun berlalu saya mengutip kembali satu persatu kenangan demi kenangan yang telah dilalui. Saya mendapat jawapannya. Jiwa kosong kerana tiada pengisian. Pengisian dengan ilmu yang mengenalkan saya dengan Allah. Lantas timbul rasa penyesalan yang amat sangat kerana membuang masa begitu lama.

Mengenang kembali zaman jahiliah yang pernah dilalui, saya terasa amat sedih dengan akhlak saya ketika itu. Amal ibadah kurang manakala halal dan haram kurang dititikberatkan.  Bukan saya tidak tahu semua ini, bukan saya tidak pernah belajar, bukan saya tidak pernah diberi peringatan.Saya lupa.

Mujur Allah masih menyayangi diri ini. Mujur Allah masih sudi mencampakkan hidayahNya kepada diri ini. Mujur Allah masih mahu menyelamatkan saya dari terus hanyut dengan  dunia. Tidak dapat dibayangkan jika saya dijemput menghadapNya ketika waktu penuh kelalaian itu. Mengenangkan apa akan saya hadapi ketika di barzakh menjadikan saya bertambah bimbang.

Bersediakah saya dengan skema jawapan untuk menghadap mungkar dan nakir?

Di mana pula peguambela-peguambela saya seperti solat, puasa, zakat, haji, Al-Quran yang dijangka akan membantu saya dalam menghadapi soal jawab itu kelak?

Bersediakah mereka untuk membela saya? Cukupkah kelengkapan yang telah saya sediakan untuk mereka? Mantapkah hujah mereka nanti ? Akan datangkah mereka membela saya atau mereka akan meninggalkan saya kerana saya tidak pernah mempedulikan mereka ketika di dunia? Alangkah ruginya….

Agaknya jika kerugian saya ini boleh ditaksirkan seperti di dunia, mungkin saya adalah seorang yang muflis.  Muflis dengan amalan kosong menghadap Tuhan.

Solat pun dalam keadaan lalai malah terkadang  terlepas waktu sebab sibuk dengan kerja….

Puasa sekadar lapar dan dahaga sahaja.

Al-Quran… jarang-jarang diselak apatah lagi  berusaha untuk memahami maksudnya.

Zakat… tidak pernah diendahkan. 

Bersedekah tidak pernah terlintas di hati walaupun ada lebihan simpanan gaji setiap bulan..

Wang banyak dihabiskan untuk aktiviti-aktiviti libur dan menghibur hati.

 Nauzubillahiminzalik !!!! Saya berada di dalam zon leka dan lalai.

Tiba-tiba saya tersedar macam baru bangun dari mimpi yang panjang. Peluh memercik di dahi. Lamunan saya terhenti. Baru saya tersedar, sebentar tadi saya membaca Surah As-Sajadah dan bila sampai di ayat no. 12 saya terhenti lama di situ:

” Kalau sekiranya engkau lihat, ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepala kepada Tuhan mereka seraya berkata : Wahai Tuhan kami! Kami telah melihat dan telah mendengar (seruan Rasul), maka sebab itu kembalikanlah kami ke dunia supaya kami kerjakan amalan soleh, sesungguhnya kami sekarang sudah yakin.

Ketika di dunia mereka telah diberi peringatan tentang hari pertemuan mereka dengan Allah yakni hari akhirat. Malah telah sampai para rasul untuk memberi peringatan kepada mereka dan mengajak mereka ke jalan Allah namun tidak diendahkan, sehinggalah mereka menemui Allah dalam keadaan tidak bersedia. Mereka meminta supaya dikembalikan ke dunia supaya dapat melakukan amal soleh namun segalanya sudah terlambat buat mereka. Keyakinan mereka di saat mereka dibawa menghadap Allah sudah tiada gunanya kerana pintu taubat telah pun tertutup buat selama-lamanya.

Ayat ini telah membawa saya mengelamun jauh mengingati saat-saat lalai saya sehingga saya tidak sedar bacaan saya telah terhenti pada ayat no.12 ini.

Alhamdulillah… syukur kepada Allah kerana menyedarkan saya sekali lagi pada waktu ini. masih belum terlewat.Lantas tangan diangkat memanjatkan doa:

” Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami, setelah engkau memberi hidayahmu”

Saya meneruskan bacaan hingga ke ayat terakhir. Mudah-mudahan hidayah yang diberi akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Ya Allah, Terima kasih kerana menyedarkan aku di dalam  Ramadhan kali ini !!!

 

P7114776

 Saya suka dengan slogan di atas. Walaupun ringkas namun mempunyai maksud yang cukup tinggi.

Ringkas, tetapi significant.

Perkara yang baik perlu dikongsi bersama.  Perkara yang baik boleh jadi bermacam-macam.

Perniagaan kita mendapat untung berlipat ganda, maka apa salahnya kita memperuntukkan sebahagian daripada rezeki yang kita perolehi itu untuk sedekah dan amal jariah. …. Good things are meant to be shared.

Setelah melakukan research bertahun-tahun, seorang saintis berjaya menemui serum yang boleh mengalahkan virus selesema babi atau H1N1. Apalah salahnya jika serum yang ditemui ini dikongsi bersama dengan insan lain yang lebih memerlukan lebih-lebih lagi mereka yang sedang bertarung dengan maut di hospital. …. Good things are meant to be shared.

Seorang lelaki mempunyai suara emas yang sungguh merdu. Apa salahnya jika suara yang merdu tadi digunakan untuk mengalunkan lagu-lagu dakwah yang mengajak manusia ke jalan kebaikan…Good things are meant to be shared.

Seorang ulama mempunyai kepakaran melakukan ijtihad bagi mengeluarkan hukum-hakam semasa. Apa salahnya jika ilmu tadi digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah umat Islam semasa yang bertelingkah mengenai hukum hakam yang tidak dijelaskan secara terang di dalam Al-Quran dan Sunnah. …Good things are meant to be shared.

Seorang professor mempunyai Ph.D dalam bidang yang belum pernah diterokai di negara sendiri. Apa salahnya, jika pandangan, analisis dan dapatan beliau digunakan untuk memajukan negara sendiri……Good things are meant to be shared.

Slogan ini boleh dilihat daripada perspektif yang pelbagai bergantung kepada bentuk perkara baik yang kita dapat. Asalkan semuanya memberi manfaat dan faedah kepada orang lain.

Tetapi saya ingin melihat dari perspektif berkongsi harta benda dan berkongsi perasaan dengan orang lain. Sesuatu yang menggembirakan mereka yang tidak mendapat apa yang kita perolehi.

Sesungguhnya berbuat baik kepada manusia lain sangat dituntut oleh Islam apatah lagi jika kebaikan yang dikongsi bersama orang lain adalah sebahagian daripada harta benda yang kita sayangi.

Berkongsilah kebahagiaan dengan anak-anak yatim..

Berkongsilah kegembiraan dan kekenyangan dengan fakir miskin….

Jika kita mampu cubalah memahami dan berkongsi masalah yang mereka hadapi. Mudah-mudahan kebaikan yang kita kongsi bersama mereka dapat meringankan, melegakan dan seterusnya memupuk kasih sayang sesama manusia.

KISAH BISHRILHAFI

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah di dalam kitab Al-Faraid meriwayatkan kisah seorang pemuda soleh bernama Bishrilhafi.

Suatu hari Bishrilhafi dikunjungi oleh sahabat-sahabatnya. Alangkah terkejutnya apabila mereka mendapati Bishrilhafi tidak berbaju dalam cuaca sejuk malam. Lalu mereka bertanya:

“Mengapa engkau tidak berbaju di malam yang sejuk padahal engkau mempunyai kain untuk menutup badanmu”.

Bishrilhafi menjawab : “Jika aku tidak mampu bersimpati dengan memahami kemiskinan sekurang-kurangnya aku boleh bersimpati dengan merasai kesejukan mereka.”

Kagumnya saya bila membaca kisah pemuda soleh ini. Bishrilhafi seorang yang sangat bertakwa sehingga sanggup berkorban untuk merasai penderitaan dan kekurangan orang lain. Kita ?????

KESIMPULAN

Sempena dengan Ramadhan Al-Mubarak yang semakin hari semakin melewati kita, marilah sama-sama kita meningkatkan amal kebajikan dengan banyak bersedekah, menziarahi anak-anak yatim golongan fakir miskin dan membantu mereka setakat yang termampu. Jangan biarkan hidup mereka tersisih. Jangan tinggalkan masalah mereka untuk diselesaikan oleh pihak-pihak berwajib sahaja kerana kita juga bertanggung jawab besok di hadapan Allah. Kesusahan dan kepayahan yang mereka alami, adalah ujian untuk mereka dan juga ujian untuk kita. Sejauh mana kesanggupan untuk kita menyumbang adalah ujian besar untuk kita…..

” Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya serta dia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesengsaraan. Dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya oleh hartanya apabila dia telah terjerumus (ke dalam siksaan hari akhirat)”                                                              Surah (92) Al-Lail: 8 – 11

Sudah sampai masanya kita meletakkan agenda ini di dalam perancangan hidup kita. Bersedekahlah walau sebiji kurma dan segelas air sekalipun sekiranya dilakukan dengan ikhlas dan mengharap keredhaan Allah insyallah akan diganjar dengan syurga.

Mudah-mudahan dengan berkongsi kebaikan dengan orang lain akan melahirkan suasana yang sihat, perpaduan yang erat di kalangan masyarakat tanpa mengira status.

GOOD THINGS ARE MEANT TO BE SHARED  WITH EVERYBODY IN THIS WORLD  !!!!!!!!!!!!

ABU WAFI, Putrajaya

100 meter terakhir

Posted: September 8, 2009 in Tazkiyatunnafs

PC220990

Ramadhan semakin melewati kita….

Ramadhan semakin meninggalkan kita sehari demi sehari…

Jemaah terawih makin susut dan berkurang….

Kemeriahan menyambut Ramadhan makin pudar….

Iklan di TV dan media perdana mula memaparkan iklan dan promosi Syawal…

Hatiku makin sedih dan pilu mengenangkan Ramadhan 1430 akan mula meninggalkan kita…

Jika Ramadhan ini seperti sebuah bangunan maka ianya sedang memasuki fasa terakhir pembinaan insan.

Jika Ramadhan ini seperti permainan bola sepak, maka ianya sedang memasuki separuh masa kedua…

Ya, Ramadhan untuk tahun ini akan pergi. Belum tahu sama ada kita akan dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan akan datang.

Saya teringat semasa di zaman persekolahan 17 tahun yang lalu. Pengetua saya semasa perhimpunan mingguan selalu mengingatkan kami tentang pentingnya pelajaran dalam kehidupan masa depan. Paling saya tidak dapat lupakan adalah beliau selalu menekankan perkara 100 meter terakhir.

KENAPA 100 METER TERAKHIR ???

Kami di ambang peperiksaan SPM/STPM lewat tahun 1992. Pengetua berpesan;

“Kamu semua sedang berada di dalam 100 meter terakhir. Justeru, kamu semua mesti memecut dengan pantas dalam 100 meter terakhir ini supaya kejayaan yang manis akan mengiringi kamu semua”.

Apa maksud yang tersirat di sebalik kata-kata beliau ini?

Beliau mahukan kami melipatgandakan usaha di saat-saat akhir ketika peperiksaan hampir menjelang. Jangan bertangguh dan jangan buang masa lagi. Jangan leka dan jangan berbulan madu lagi. Usaha lebih kuat lagi.

Beliau menekankan bahawa usaha berterusan perlu dilakukan sejak dari awal tahun lagi. Namun usaha yang lebih gigih dan keras perlu dilipat gandakan lagi di saat-saat akhir.

Pelari jarak jauh 5000 meter yang bijak tidak akan memecut di awal lariannya kerana tindakannya itu  boleh menyebabkan beliau kehilangan tenaga dan stamina. Strategi beliau adalah berlari seminima mungkin namun tidak membiarkan dirinya ditinggalkan jauh oleh pelumba lain. Lariannya akan dilajukan sedikit demi sedikit. Sekiranya ada persaingan atau ketinggalan dengan pelumba lain beliau perlu bersikap tenang dan tidak tergesa-gesa. Akhirnya beliau akan memerah tenaganya yang tersimpan dengan memecut pada 100 meter terakhir menuju garisan penamat. 

Tenaga yang tersimpan akan dikeluarkan pada 100 meter terakhir…

P1061258

Begitu juga dengan pelajaran. Pengetua kami mahu kami consistent dalam pelajaran dan peperiksaan semester sejak dari awal tahun. Peningkatan pelajaran tidak perlu terlalu drastik  sehingga menimbulkan perasaan over confident dalam diri pelajar. Sikap terlalu over confident  boleh membunuh prestasi pelajar dalam peperiksaan yang sebenar. Buktinya, ramai kawan-kawan saya cemerlang dalam peperiksaan percubaan namun kecundang dalam peperiksaan sebenar kerana sikap over confident yang berlebihan.

Begitu juga dengan Ramadhan…

Ramai yang rajin ke  ke surau dan masjid seawal Ramadhan sehingga melimpah ruah ke luar masjid…

Ramai yang rajin beribadat di awal Ramadhan dengan solat sunat, bacaan Al-Quran, bersedekah dan beramal jariah….

Begitu bersungguh-sungguh dan beriltizam dengan amal ibadah di awal Ramadhan.

Namun, tidak ramai yang mampu mengekalkan konsistensinya. Buktinya, surau dan masjid makin kurang sebaliknya Shopping complex mula penuh sesak seusai Maghrib. Syawal semakin didambakan kedatangannya manakala Ramadhan mula dilupakan…

Keluhan ini biasa saya dengar dari imam dan pegawai-pegawai masjid. Majlis-majlis iftar dan qiamullail kurang mendapat sambutan. Ramai yang teruja di awal namun hilang stamina di 100 meter terakhir Ramadhan. Ramai yang bersemangat di garisan awal namun tumbang di garisan penamat.

100 meter terakhir mempunyai ganjaran yang sungguh lumayan lagi besar. Jika kita merasakan jualan murah hari raya di pasaraya lebih menarik, tawaran merebut pahala Ramadhan yang masih berbaki ini lebih menarik lagi.

Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda untuk mereka yang beribadat dengan khusyuk dan ikhlas di sepanjang 100 meter terakhir Ramadhan.

Pada 100 meter terakhir ini Allah menganugerahkan kita dengan Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Beribadat di malam ini akan mendapat pahala ibadah yang tidak dikurniakan kepada umat-umat lain. 70,000 malaikat akan turun ke muka bumi ini untuk bersama-sama dengan mereka yang menghidupkan malam dengan amalan-amalan sunat . Malahan mereka akan turut bersama memohon keampunan Allah untuk dosa-dosa yang telah kita lakukan. Rugilah jika tawaran istimewa setahun sekali ini tidak direbut. Rugilah mereka yang mengisi malam dengan tidur yang nyenyak. Rugilah jika keampunan dari Allah tidak dipinta.

“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya [mengurangi tidur] kerana [sembahyang malam] seraya berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut [terhadap seksaNya] dan mengharapkan [rahmatNya]      As-Sajadah : 16

Sepertiga akhir Ramadhan adalah merupakan kemuncak kepada bulan Ramadhan. Rasulullah saw, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sayyidatina ‘Aisyah, apabila masuk 10 terakhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan ikatan pinggangnya [1] dan menghidupkan malam tersebut dengan mengerjakan ‘ibadah sepanjang malam dan membangunkan ahli keluarga Baginda  untuk menghidupkan malam tersebut dengan mengerjakan ‘ibadah. Ada riwayat pula menceritakan bahwa Baginda melipatgandakan atau lebih tekun beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan. (Source: Al-Fansuri)

Marilah kita sama-sama merebut peluang di saat-saat akhir Ramadhan ini. Tingkatkan kelajuan dengan mempertingkatkan ibadah. Rebutlah peluang di saat-saat Ramadhan masih berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Ramadhan bukan sekadar puasa di siang hari sebaliknya Ramadhan adalah sebuah imtihan atau peperiksaan untuk menguji keimanan kita. Mudah-mudahan Allah meredhai kita.

Moga bermanfaat.

ABU WAFI, 62250 Putrajaya

Bagaikan hujan yang turun

Posted: September 11, 2009 in Tazkiyatunnafs

hujan

source : psittacula

Sejak dua tiga hari ini, hujan turun tanpa mengira musim walaupun dalam bulan Ramadhan. Ramadhan bermakna panas terik namun bulan ini hujan turun juga. Kadang-kadang renyai-renyai dan kadang-kadang turun selebat-lebatnya.

Saya memerhati ke luar tingkap melihat gerimis yang mula turun perlahan. Akhirnya dari hujan renyai-renyai bertukar menjadi lebat atau‘down pour’ . Mencurah dan membasahi di sekeliling. Sudah seminggu keadaan ini berlanjutan dan saya hanya mampu melihat dari tingkap.

Saya teringat pesanan orang tua-tua lewat tahun 1970-an ketika saya masih di tadika.

“Jangan main hujan nanti demam.”

Ada pula yang berpesan :

“Kalau nak kena hujan jangan kena hujan yang awal-awal turun kerana masa tu banyak asid. Kalau dah setengah jam hujan turun kita keluar dan terkena hujan tak apa”.

Orang dulu-dulu suka menahan air hujan. Banyak faedah kata mereka. Boleh buat ubat dan mandi.Terutama air hujan yang dekat penghabisan.

Namun itu semua cerita lama. Cerita dulu-dulu. Sudah hampir tidak kedengaran lagi cerita orang zaman sekarang menahan air hujan untuk kegunaan sendiri.

Pada saya hujan tanpa mengira kategori hujan sama ada hujan peringkat awal, hujan di pertengahan atau hujan di penghujung kesannya tetap sama sahaja. Kalau terkena pakaian dan badan masih basah.

Saya teringat satu hadith Nabi saw bermaksud:

Daripada Anas bin Malik r.a., Perumpamaan umatku adalah seperti hujan; tidak diketahui sama ada awalnya atau akhirnya yang baik.”       

(Riwayat al-Tirmizi)

Ustaz, dalam banyak-banyak umat Nabi Muhammad saw, yang manakah satu yang paling terbaik? Adakah kerana kita tidak dapat berjumpa dengan Rasulullah saw maka kita tidak berpeluang untuk menjadi hamba yang bertaqwa seperti generasi sahabat?

 Saya pernah mendengar soalan seperti ini diajukan di dalam satu majlis ilmu.

Dan ustaz berkenaan menjawab dengan memberikan dalil di atas. Saya teruja kerana rupa-rupanya kita umat di akhir zaman ini masih berpeluang untuk menjadi golongan terbaik seperti para sahabat,tabi’ien dan tabi’ tabi’en (generasi selepas sahabat).

Tidak diketahui kedudukan yang lebih baik antara generasi terdahulu atau generasi terkemudian di kalangan umat ini. Ini kerana kedua-duanya mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri.

Generasi terdahulu berjihad bersama Rasulullah untuk menegakkan Islam. Generasi terkemudian berjihad menegakkan Islam dalam keadaan Islam telah tersebar luar ke seluruh dunia. Cabarannya berbeza kerana masing-masing mempunyai kelebihannya tersendiri.

Justeru, usahlah bersedih hati jika keimanan kita tidak mampu mencapai tahap generasi terdahulu kerana kita masih berpeluang untuk menjadi yang terbaik di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh.

Apa yang penting ialah berusaha ke arah itu dan berdoa agar diberikan ketetapan dan kesempurnaan iman. Insyallah….

Di luar hujan masih turun lagi…..

ABU WAFI, Putrajaya

Mencari Lailatul Qadar

Posted: September 16, 2009 in Tazkiyatunnafs

imam

Syeikh Romi

Saya diberitahu bahawa 23 Ramadhan tahun ini adalah lailatul qadar. Maknanya hari Sabtu malam Ahad. Ada juga yang menyatakan lailatul qadar jatuh pada hari Ahad malam Isnin. Serba kemungkinan tetapi yang pasti peristiwa sehari dalam 365 hari setahun ini berlaku dalam 10 terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah saw menyuruh kita supaya melipat gandakan ibadah dan memberikan TUMPUAN sepenuhnya pada 10 hari terakhir Ramadhan.

Jika benar lailatul qadar jatuh pada hari-hari yang saya sebutkan di atas maka berbahagialah dan beruntunglah kepada mereka yang menghidupkan malam tersebut dengan amalan-amalan seperti solat Isya’ berjemaah, solat terawih, bertadarrus, solat tasbih, solat tahajud, berdoa,solat sunat taubat, solat sunat hajat, berzikir, bertahmid dan diakhiri dengan solat witir. Berbahagialah mereka kerana berjaya meraih pahala beribadat selama 83 tahun atau bersamaan dengan 1000 bulan.

Di kala insan lain lena dibuai mimpi,mereka menyusahkan diri bermujahadah untuk bangun di sepertiga malam bagi mencari lailatul qadar yang penuh barakah.

Di kala insan lain sedang sibuk membuat persiapan raya, terbuai-buai dengan lagu-lagu raya yang nostalgik, mereka terus sibuk beriktikaf di dalam masjid, mengikut sunnah Rasulullah saw tanpa mempedulikan kehadiran Syawal yang menjelang tiba.

Mereka sibuk… sibuk dengan  amalan-amalan mendekatkan diri dengan Allah di malam hari. Malahan mereka sedih, menangis dengan saat-saat kepergian Ramadhan yang semakin hampir.

10 hari terakhir Ramadhan saya di Masjid Tuanku Mizan. Solat sunat terawih diimamkan oleh imam dari Syria bernama Syeikh Romi. Saya tersentuh dengan doa qunut dan doa akhir yang dipimpin  beliau semasa solat witir. Bacaaannya mendayu-dayu dan merayu-rayu sehingga beberapa kali beliau sebak, terhenti dan hampir-hampir menangis. Saya cuba memahami setiap bait-bait perkataan yang diucapkan berdasarkan pengalaman belajar bahasa Arab beberapa tahun lalu. Saya memahami bahawa beliau memohon ampun kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan mengajak para makmum supaya menghayati dengan bersungguh-sungguh jua. Moga Allah redha.

Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi untuk kita menamatkan pengajian di dalam madrasah Ramadhan. Jika lailatul qadar belum kunjung tiba, maka carilah di dalam 3 hari yang masih berbaki ini. Bermohonlah kepada Allah agar diketemukan dengan malam yang berbahagia itu.

Ya, 3 hari lagi. Mungkinkah lailatul qadar di dalamnya ?????

ABU WAFI, Putrajaya

Setahun sudah pemergiannya

Posted: September 17, 2009 in Uncategorized

18 September 2009 ini genaplah setahun pemergian Allahyarham Khairil Hisham, sahabat baik kami ke rahmatullah. Beliau meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Tripoli, Libya ketika bertugas di Kedutaan Besar Malaysia di sana.

Di dalam kemeriahan kita menyambut Lebaran, sedar tidak sedar sudah setahun beliau meninggalkan kami semua. Saya telah merakamkan catatan upacara pengkebumian allahyarham dalam entry  dalam bulan September 2008 bertajuk KehendakNya Dia Pergi… Tribute to Allahyarham Khairil Hisyam. Mudah-mudahan roh beliau tenang di barzakh,dilimpahi rahmat dan berada di kalangan para solihin,siddiqin dan syuhada’.

Kepada keluarga allahyarham khususnya isteri,anak-anak beliau, ibu, ayah, adik dan abang beliau bagi pihak diri saya saya merakamkan rasa sedih atas pemergian beliau. Saya juga akan sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau di sana. Saya juga berharap seluruh keluarganya akan tabah, sabar dan cekal dalam meneruskan kehidupan dunia yang sementerara ini. Saya percaya dengan ketetapan Allah bahawa kita semua akan menyusul jejak langkah beliau ke alam barzakh dan seterusnya ke alam akhirat yang baqa’ yakni kekal abadi.

Sesungguhnya kehidupan dunia  hanya satu persinggahan seumpama seorang musafir yang tumpang berteduh di bawah sepohon pokok. Bila sampai masa yang dijanjikan kita akan meninggalkan tempat berteduh ini dan meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir. Alam akhirat yang menjanjikan balasan syurga dan neraka merupakan persinggahan terakhir. Syurga adalah kampung halaman bagi orang-orang mukmin kerana di situlah lahirnya Adam dan Hawa. Maka marilah kita sama-sama berazam untuk kembali ke kampung halaman yang dirindui lagi kekal selama-lamanya.

Al-Fatihah

ABU WAFI, Putrajaya

Mengurus kemarahan

Posted: October 20, 2009 in Tazkiyatunnafs

marah

THE STAR, THURSDAY 24 SEPTEMBER 2009

KOTA KINABALU:  A restaurant worker fatally slashed his girlfriend before turning the parang on himself.

City police acting chief Supt Rowell Marong said the incident occurred late on Tuesday at Kampung Kuala Penampang. He said the victim was on her way home when Budi, 32 approached her. An argument believed to be sparked off by jelousy, then ensued between the couple.

ULASAN

Beginilah akibatnya apabila kemarahan tidak diuruskan dengan baik bersandarkan iman dan taqwa. Membiarkan diri dikuasai oleh nafsu amarah dan ditambah dengan hasutan dari syaitan yang sentiasa mengajak manusia ke arah kejahatan boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan. Diri yang dikuasai sifat marah yang tidak terkawal boleh mendorong manusia melakukan perbuatan yang tidak disangka-sangka seperti membunuh dan mencederakan orang lain. Saya teringat kes Mat Sawi v PP. yang berlaku dalam tahun 1950-an. 

Mat Sawi telah didakwa atas tuduhan membunuh ibu mertuanya dengan beberapa pukulan. Puncanya  Mat Sawi tidak tahan dengan leteran ibu mertuanya. Suatu hari Mat Sawi pulang ke rumah setelah keletihan bekerja. Beliau meminta isterinya supaya menyapu minyak pada perutnya yang sakit. Semasa isterinya menyapu minyak, mulut ibu mertuanya tidak henti-henti berleter dan mengungkit-ngunkit masalah rumahtangga anaknya. Isteri Mat Sawi turut sama berleter. Leteran itu sampai ke kemuncaknya apabila  ibu mertuanya menyebut perkataan “BABI” kepada Mat Sawi. Mat Sawi hilang sabar dan terus bangun memukul ibu mertuanya sehingga mati. Beliau ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh dan  jika sabit kesalahan boleh dihukum mati. Beliau merayu dan antara hujah membela dirinya  ialah perkataan BABI merupakan  satu provokasi yang menyebabkan beliau bertindak di luar kewarasan.

Mahkamah menerima hujah dan pembelaan beliau. Beliau hanya disabitkan kesalahan  culpable homicide not amounting to murder atau ringkasnya membunuh tanpa niat. Mahkamah memutuskan bahawa  perkataan BABI adalah satu perkataan provokasi yang boleh menyebabkan tertuduh atau mana-mana individu hilang pertimbangan sehingga bertindak di luar jangkaan. Beliau hanya dipenjarakan seumur hidup.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas sama ada keputusan itu adil atau tidak. Wajar atau tidak keputusan mahkamah adalah justifikasi yang ditulis oleh hakim berasaskan prinsip undang-undang yang ada. Cuma yang pasti, kes ini mengingatkan saya kepada insiden pembunuhan dan pergaduhan yang kerap kali dilaporkan dalam akhbar kebelakangan ini. Pengajaran yang boleh diambil dalam kes ini ialah:

Pertama, orang yang sedang marah perlu berusaha untuk bersabar walau sesukar mana sekali pun situasi yang sedang dihadapi. Contohilah uslub dakwah yang dibawa oleh Rasulullah saw yang dihina,dikeji malahan sehingga tahap baginda dicekik dan dibaling dengan batu. Namun ini sama sekali tidak mematahkan semangat baginda untuk berdakwah kepada manusia.

Kedua, jika kita sedang berkomunikasi atau berbincang dengan orang-orang yang mudah marah, elakkan daripada menggunakan perkataan-perkataan yang provokasi kerana dikhuatiri boleh menaikkan kemarahan beliau. Jika mendapati bahawa perkara yang dibincangkan tidak dapat diselesaikan dengan baik, maka lebih baik jika perkara ini ditangguhkan.

Ketiga, bagi mereka yang mudah mengeluarkan perkataan-perkataan yang bersifat provokasi seperti ibu mertua Mat Sawi, belajarlah untuk mengawal diri kerana anda termasuk dalam kategori orang-orang yang mudah marah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Ibu mertua Mat Sawi menemui maut kerana mulut beliau sendiri.

Keempat, kebanyakan kes yang berakhir dengan pembunuhan dan kecederaan berpunca daripada pertengkaran mulut atau ‘argument’ yang tidak berpenghujung. Mengungkit-ngungkit cerita lama dan tuduh menuduh antara satu sama lain adalah proses yang mengakibatkan pertengkaran berakhir dengan insiden yang tidak diingini. Proses pertengkaran akhirnya berubah menjadi motif pembunuhan bila dibawa ke mahkamah.

Kelima, sekiranya perselisihan faham tidak dapat dielakkan, carilah orang tengah yang boleh dipercayai untuk membantu kita dalam menyelesaikan isu yang terlibat. Campur tangan dari pihak ketiga adalah amat perlu dalam perkara ini.

Keenam, seboleh-bolehnya elakkan pertengkaran kerana pertengkaran tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan menambahkan masalah. Berbincanglah dari hati ke hati. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Banyak cara yang boleh digunakan untuk mengurus atau mengawal kemarahan. Saya tertarik dengan pandangan Saudara Fuad Latipp dalam bukunya Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan (dengan izin):

Bagaimana saya mengawal kemarahan?

Saya telah membiasakan diri untuk tidak lagi melakukan ‘mind chat’ atau bercakap dengan akal fikiran saya sendiri. Segala apa yang saya lakukan, saya fikir, saya dengar, saya rasa, saya lihat, akan saya cakapkan kepada Allah swt.

Ketika saya marah, saya akan bercakap pada Allah segala apa yang saya rasa ketika itu. Saya tidak melawan rasa marah saya. Tetapi saya luahkan rasa marah saya pada Allah. Allah itu maha Positif. Saya yakin dengan meluahkan rasa marah pada seseorang dengan berkomunikasi kepada Allah, Allah akan berikan kesabaran kepada saya. …..

Komunikasi dengan Allah mampu mententeramkan jiwa saya daripada perasaan marah di samping saya dapat mengelakkan diri dari sakit migrain atau sakit jantung. Praktikkan komunikasi dengan Allah apa yang dilakukan, difikirkan, didengarkan, dilihat, dicakapkan dan lain-lain. Jika kita berada di dalam situasi apa pun, perkara pertama dan utama yang kita ingat adalah komunikasi dengan Allah walaupun ketika tindakan luar kawal seperti perasaan marah jika kita biasa menggantikan ‘mind chat’ kita kepada komunikasi dengan Allah.

Saudara Fuad Latipp mengajak kita supaya sentiasa berkomunikasi dengan Allah bila merasa marah. Komunikasi di dalam hati. Sebaik-baiknya dilakukan melalui solat-solat sunat dan doa yang dipanjatkan. Insyallah, Allah akan memberikan jalan keluar dan penyelesaian yang tuntas dan terbaik selain menjaga hubungan kita dengan manusia lain.

Mat Sawi hanyalah sebahagian daripada contoh bila kemarahan menjadi tidak terkawal. Jika waras,  Mat Sawi boleh memilih untuk bersabar dan meninggalkan tempat kejadian.Paling teruk pun Mat Sawi boleh memilih untuk memaki hamun ibu mertuanya kerana tindakan ini hanya sekadar mencederakan emosi tanpa melibatkan implikasi kehilangan nyawa atau kecederaan tubuh badan. Walaupun Mat Sawi telah pun lama meninggalkan kita, namun watak-watak yang seiras dan seumpama dengannya masih terus hidup.  Buktinya berita di akhbar-akhbar masih penuh dengan cerita-cerita pergaduhan, pembunuhan dan kecederaan yangberpunca dari sifat marah yang tidak terkawal.

Kita manusia yang lemah. Kita mudah hilang pertimbangan dan kewarasan. Mari memohon kepada Allah supaya diberi pertolongan untuk mengurus dan mengawal kemarahan dengan cara terbaik.

ABU WAFI, Putrajaya

Syawal yang stereotype

Posted: September 30, 2009 in Uncategorized

image69

Berakhir sudah Ramadhan Kareem bulan yang dimuliakan. Terasa keusangan menguasai diri bila melihat masjid dan surau kembali sunyi sepi seperti sedia kala. Sambutan syawal seperti biasa dibesar-besarkan dengan rancangan TV dan hiburan yang berpanjangan dan melampau. Iklan-iklan raya dan balik kampung sudah tidak terhitung banyaknya.  Syawal benar-benar disambut dengan bersungguh-sungguh sehingga Ramadhan bulan yang melatih kita menjadi insan yang bertaqwa dilupa dan dipinggirkan. Seolah-olah Ramadhan ini menyusahkan kerana terlalu banyak JANGAN di dalamnya. Syawal yang stereotype di Malaysia.

Rancangan hiburan television asyik menyiarkan drama dan filem-filem raya yang sudah boleh diagak dan dibaca story line dan ending kisahnya.

Filem-filem Hari Raya mesti cerita sedih. Mesti ada kubur. Mesti ada cerita anak derhaka kemudian insaf namun ketika itu sudah terlewat kerana ibu sudah tiada. Meraung dan menyesali tindakan silam ke atas orang tua. Mesti ada lagu-lagu Allahyarham Sudirman yang mendayu-dayu dan melankolik. Mesti ada cerita ibu masak rendang, rebus ketupat sambil menunggu anak yang tak pulang. Mesti ada takbir dialunkan mendayu-dayu di surau atau masjid. Itulah Syawal di Malaysia… sangat stereotype.

Mari kita ubah paradigma ini terhadap Syawal..

Syawal ialah hari untuk kita bergembira dan riang ria sempena 1 Syawal namun bergembira seadanya bukan secara melampau-lampau. Kita berhak gembira kerana kita telah berjaya melalui latihan Ramadhan selama 1 bulan. Kita berjaya mengekang kehendak nafsu dengan memilih untuk meninggalkan kegemaran dan kesukaan kita kerana ingin menyukakan Allah. Kita memilih melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak nafsu yang sentiasa cenderung kepada kejahatan.

Ramadhan melatih kita… kita berjaya…. kita keluar di bulan Syawal dengan keazaman untuk mengekalkan istiqamah yang telah kita capai dalam bulan Ramadhan..

Seharusnya Syawal disambut dengan kegembiraan. Kegembiraan yang dibenarkan oleh syara’.

Sudah sampai masanya paradigma dan persepsi masyarakat terhadap kedatangan 1 Syawal diubah. Hentikan penyiaran kisah-kisah sedih dan menyayat hati. Hentikan kisah-kisah anak derhaka dan kehidupan yang susah. Sebaliknya siarkan kisah-kisah kejayaan umat Islam dalam mengharungi kehidupan yang penuh ujian. Kisah-kisah yang membangunkan jiwa dan menyalakan rasa motivasi untuk terus beribadah kepada Allah dengan lebih tekun dan sesempurna mungkin. Saya impikan kisah-kisah sejarah kepahlawanan pejuang-pejuang Islam seperti Salahuddin Al-Ayyubi atau Sultan Muhammad Al-Fateh ditayangkan supaya generasi umat Islam sekarang akan lebih mengenali dan memahami perjuangan mereka dalam menegakkan Islam. Filem-filem yang membangkitkan jiwa yang lemah dan tidur lena. Inilah paradigma yang perlu diperbetulkan. Jika tidak Syawal akan menjadi stereotype dan hambar setiap tahun.

Saya ada mendengar pandangan sebegini dilontarkan dalam satu forum baru-baru ini. Filem dan cerita-cerita menyambut Syawal dipersembahkan dengan kisah-kisah yang sama setiap tahun. Sedih berpanjangan.

Sesuatu perlu diubah…

ABU WAFI, Putrajaya

Allah berbicara lagi

Posted: October 2, 2009 in Tazkiyatunnafs

 

30592490

KUALA LUMPUR – A powerful earthquake measuring 7.9 on the Richter scale hit southern Sumatra at about 6.17pm, causing tremors all the way in peninsula Malaysia.

The epicentre of the quake was about 481km southwest from Kuala Lumpur. An aftershock measuring 5.5 was also recorded at 6.38pm..

People evacuated high-rise buildings in the Klang Valley, including the KL City Centre. In the JayaOne complex in Petaling Jaya, reports of shaking furniture and swaying fixtures were rife.

30592505

Mariam Anis and her colleagues on their 21st-floor office in Plaza Sentral, Jalan Sultan Ismail in Kuala Lumpur felt the tremors.

“The tremors were strong and I could feel the building shaking. My colleagues and I did not waste another second and ran towards the emergency stairways to make our way down from the 21st floor.

“It was rather scary,” she was quoted as telling the Star.

Even Putrajaya was rocked

Tremors were also felt in the federal administrative capital of Putrajaya. Mohd Kamel Othman, press secretary to Minister in the PM’s Department Nor Mohamed Yakcop, was in his office when he felt the tremor.

“I could literally see the building moving from left to right. Even the flowerpots were shaking. I immediately rallied my colleagues to leave the building.

“My minister also came out of his office as he too could feel the tremors,” he said, adding while he had experienced tremors before, the one which occured Wednesday were stronger.

Meteorological Department to monitor situation in Malaysia

Tremors were also felt in Singapore. There were no immediate reports of a high waves or injuries.

According to AP, the Pacific Tsunami Warning Centre issued a tsunami alert for Indonesia, Malaysia, India and Thailand.

People in George Town and Port Dickson have told to be prepared, the centre said.

The Malaysian Meteorological Department said it has not issued a warning for Malaysia yet because it believes the waves will not reach our shores. However, it said it would continue to monitor the situation.

Padang in Sumatra high on danger list

In the city of Padang on the coast of Sumatra, damaged houses, brought down bridges and started fires in the city. Phone lines were also down.

 “Hundreds of houses have been damaged along the road. There are some fires, bridges are cut and there is extreme panic here maybe because water pipes are broken and there is flooding in the streets,” said a witness in the city was reported as telling Reuters.

 According to the United States Geological Survey, the depth of the latest tsunami was measured at 85km. Officials said the series of tsunamis smashed into the Pacific island nations of American and Western Samoa, killing possibly more than 100 people, washing some out to sea, destroying villages and injuring hundreds.

 In 2004, a 9.15-magnitude quake, with its epicentre roughly 600km northwest of Padang, killed 232,000 people in Indonesia’s Aceh province, Thailand, Sri Lanka, India, and other countries across the Indian Ocean.

 Geologists have long said Padang, with a population of 900,000, may one day be destroyed by a huge earthquake because of its location.

 “Padang sits right in front of the area with the greatest potential for an 8.9 magnitude earthquake,” said Danny Hilman Natawidjaja, a geologist at the Indonesian Science Institute, earlier this year.

 “The entire city could drown,” in a tsunami triggered by such a quake, he warned.

Source:  Malaysian Mirror 30 September 2009

ULASAN :

Saya melihat sebagai  orang yang beriman kita seharusnya memandang kejadian ini dari perspektif islam dalam menanggapi sesuatu musibah iaitu:-

1. Ujian dari Allah SWT. Allah menurunkan musibah atau bencana kepada kita sebagai ujian terhadap keimanan seseorang, apakah ia akan tetap istiqamah terhadap keimanannya.Kesemua itu adalah bertujuan supaya orang beriman semakin matang dalam menempuh perjuangan hidup. Ujian yang didatangkan kepada mereka adalah sebagai satu proses pendidikan yang mengajar manusia supaya sentiasa bersabar dan bermohon kepada-Nya melalui ibadat solat.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : 45

“Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang  khusyuk.”                                                                                                                        

  2. Teguran dari Allah SWT. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambanya. Malahan Allah sama sekali tidak pernah melupakan hamba-hambanya. Diberi dengan segala macam kurniaan dan kecukupan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya. Cuma manusia yang masih tidak tahu bersyukur, masih larut dalam perbuataan dosa dan pelanggaran terhadap segala peraturan Allah. Justeru Allah menurunkan musibah berupa bencana alam dan gempa bumi sebagai satu teguran supaya hamba-hambanya kembali ke jalan Allah dengan bertaubat dan menyesali perbuatan maksiat yang dilakukan.

3. Azab dari Allah SWT. Azab diturunkan Allah SWT kepada kaum yang nyata membangkang dan betul-betul tidak mahu menerima Ajaran Allah dan para Nabinya. Allah berkuasa menghancurkan suatu negeri tanpa sisa, seperti yang diceritakan dalam Al-Qur’an mengenai kisah-kisah kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Luth, Penduduk Madyan atau kaum Nabi Syuaib yang diturunkan banjir besar, gempa bumi, diterbalikkan bumi dan hujan batu api. Mereka semua dibinasakan (kecuali sedikit orang yang mengikuti petunjuk Rasul Allah).

30505130

Saya tidak nampak melainkan 3 sebab yang saya nyatakan di atas mengikut perspektif para alim ulama. Semua orang boleh mengaku dan menyatakan bahawa apa yang berlaku di Padang, Filipina, Pulau Samoa dan sedikit gegaran di Malaysia adalah kerana kebetulan atau kerana berlaku pergerakan bumi di bawah tanah atau kerana fenomena perubahan iklim. Malahan semua orang boleh menerima ‘findings’ atau dapatan yang dibuat oleh saintis atau ahli geologi berkaitan apa yang sedang berlaku sekarang ini kerana pandangan mereka dibuat berdasarkan ilmu dan kepakaran mereka.

Namun sebagai orang beriman kita wajib mengakui bahawa apa yang berlaku adalah di dalam perancangan dan ketetapan dari Allah. Bumi tidak akan bergegar, laut tidak akan bertukar menjadi tsunami, tanah tidak akan runtuh dan banjir tidak akan melanda sekiranya tiada arahan daripada Allah. Semuanya mesti bersebab dan Allah berkuasa untuk menurunkan sesuatu bala bencana cuma tinggal lagi kita seharusnya melakukan muhasabah mengenai apa yang berlaku. Bermuhasabah dan mengkoreksi diri.

Firman Allah :Telah berlaku kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh tangan-tangan manusia”.

Semuanya bukan berlaku secara kebetulan. Alam ini ada tuannya. Semua berlaku ada sebab musababnya.

Jika apa yang berlaku adalah kerana ujian dari Allah maka bersabarlah. Sesungguhnya Allah akan menggantikan kehilangan dan kemusnahan yang dialami dengan pahala besar dan ganjaran di hari akhirat. Allah akan menggantikan kehidupan dunia kita yang hilang dengan kehidupan di akhirat yang lebih manis dan baik.

Jika apa yang berlaku kerana teguran dari Allah maka bersegeralah kembali ke jalan Allah dengan bertaubat dan melakukan amal soleh serta berusaha mendekatkan diri kepada Allah sebelum segalanya terlambat. Teguran bermakna Allah ingin memberi peluang kedua kepada kita. Teguran manifestasi kasih sayang dan sifat Ar-Rahim Allah kepada kita.

Jika apa yang berlaku adalah azab dari Allah kerana kemungkaran dan pelanggaran hukum hakam Allah secara berterusan tanpa rasa berdosa, maka tiada apa yang dapat saya katakan lagi kerana kedegilan manusia yang tidak mahu mengambil pengajaran setelah diberi peringatan. Sesungguhnya saya berlepas diri. Allah tidak berlaku zalim kepada hamba-hambanya. Tiada istilah zalim bagi Allah kerana Allah berhak berbuat apa sahaja untuk menghukum hamba-hambanya yang keras kepala seperti Firaun dan kaum Labi Luth yang dibinasakan dengan dasyat. Hukuman dari Allah adalah paling adil kerana semua makhluk di muka bumi ini adalah milik Allah, DIA yang menciptakannya dan DIA berhak untuk melakukan apa sahaja.

Hari ini Malaysia masih selamat. Walaupun Indonesia dan Filipina dilanda gempa bumi dan banjir taufan yang dasyat kita masih lagi selamat. Hanya berlaku gegaran kecil namun itu sudah cukup untuk menggusarkan kita.

Hari ini kita masih selamat, esok lusa belum tentu lagi. Namun tidak mustahil jika esok lusa kita mengalami nasib yang sama seperti di Padang, Manila atau Pulau Samoa.

Allah berbicara lagi. Berbicara dalam bahasa alam yang hanya boleh difahami melalui pandangan mata hati yang tajam berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Ada sesuatu yang ingin disampaikan untuk kita fikirkan dan mengambil iktibar.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah dan bertaubat memohon keampunan Allah serta meningkatkan ketaatan kita kepada Allah. Mudah-mudahan kita diberi perlindungan, keselamatan dari segala musibah yang tidak tergambarkan.

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Q.S. Al-A’raaf : 96)

ABU WAFI, Putrajaya.

Kaitkan semua dengan agama

Posted: October 6, 2009 in Tazkiyatunnafs

Pagi ini saya agak lapang setelah seharian terlibat dalam mesyuarat yang panjang semalam. Namun ada tugasan yang perlu saya selesaikan. Ada amanah yang perlu saya lepaskan kepada orang lain. Kejadian gempa bumi yang berlaku di Padang masih mendapat tempat di hati kecil saya. Berita masih memaparkan nasib mangsa gempa dan jumlah korban gempa yang semakin meningkat.

Paling tidak dapat saya lupakan ialah apabila membaca cerita 400 orang tetamu dalam satu majlis kenduri kahwin di desa Pariaman, Padang yang lenyap tanpa kesan. Bahkan keseluruhan desa tersebut lenyap yang tinggal cuma bumbung menyembah bumi. Kesemua mereka disedut 30 meter ke dalam bumi ketika kejadian tersebut. Rasa macam kisah Si Tanggang atau kisah anak derhaka yang ditelan bumi pula. Segalanya ‘real’ dan berlaku sekelip mata. Saya mengurut dada bila membaca kisah-kisah mangsa gempa dan menatap pilu gambar mangsa-mangsa gempa yang terselamat dan mayat-mayat yang disusun bergelimpangan.

Saya teringat pesanan guru saya. Setiap yang berlaku mesti ada puncanya dan tidak akan saja-saja berlaku. Semuanya mesti dikaitkan dengan agama, yakni Islam.

Pertama, dunia sedang berada di penghujung usia. Jika dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj Nabi saw diperlihatkan dengan seorang tua yang berbongkok sebagai simbolik umur dunia yang semakin uzur, maka apatah lagi dengan keadaan dunia sekarang. Tentunya lebih tua dan uzur lagi. Mungkin telah bongkok 100 ditambah dengan penyakit di sana sini. Dunia semakin tua dan semakin menghampiri penghujungnya. Kiamat semakin hampir dan manusia akan dibangkitkan untuk diadili.

Kedua, ibrah daripada musibah yang berlaku di sekeliling kita ialah supaya kita segera mengambil pelajaran dan pengajaran dari apa yang sedang dan telah berlaku. Jika hati kita tidak merasa sesuatu atau terkesan dengan apa yang berlaku di Padang, maka ketahuilah sesungguhnya hati kita telah mati dan semakin hilang sensitiviti terhadap rasa beragama dan rasa bertuhan. Renung, fikir dengan mendalam. Bacalah surah-surah mengenai hari Kiamat seperti surah Al-Haqqah dan Al-Zalzalah. Sesungguhnya kiamat mempunyai nama yang banyak. Baca dan renungkan tafsir di sebalik pengkisahan mengenai hari kiamat.

earthequake

Ketiga, perancangan dan ketetapan dari Allah maka kejadian gempa bumi ini berlaku.

Saya mendoakan semoga penduduk Padang yang ditimpa musibah supaya tabah dan menerimanya sebagai satu perancangan dan ketetapan dari Allah yang tidak dapat ditolak. Semoga mereka kuat dan istiqamah dalam memulakan hidup baru di atas puing-puing kemusnahan.

Saya terbaca satu artikel dalam suratkhabar. Pandangan dari seorang pakar geologi… Malaysia bukan negara kalis gempa !!!!

Saya tersentak… ya… janji Allah benar. Semuanya serba mungkin jika Allah yang merancang dan menentukannya.

Kaitkan semua yang berlaku dengan agama. Barulah hati merasa tenang dan tenteram. Sesungguhnya Allah maha berkuasa.

ABU WAFI, Putrajaya

Mimpi yang aneh

Posted: October 13, 2009 in Umum

29063083

Seorang sahabat lama menghubungi saya baru-baru ini. Permintaan beliau pelik sekali. Seumur hidup saya belum pernah saya dihubungi untuk satu pertolongan yang pelik lagi aneh.  Saya diminta mentakwil mimpi. Begini ceritanya.

Semalam saya mengalami mimpi yang aneh. Saya bermimpi berada di tanah suci Makkah. Saya bermimpi berada di kalangan jemaah yang sedang melakukan tawaf. Kami dibawa mutawif ke satu kawasan yang sungguh indah. Kami duduk di atas tanah.

” Di sinilah tempat Rasulullah saw menyampaikan seruannya kepada para sahabat. Di sinilah baginda selalu berkumpul bersama sahabat” , ujar mutawif kepada kami.

Saya memerhati di sekeliling, saya meraba-raba tanah dan menggenggam beberapa butiran tanah. Hati kecil saya berdetik; “Bertuahnya tanah di sini, penuh dengan kesan tapak kaki Rasulullah saw dan para sahabat. Alangkah indahnya kalau saya dapat berada di sini ketika Rasulullah saw dan para sahabat sedang berbincang”

Ketika saya meraba-raba tanah di situ saya ternampak tompokan-tompokan rumput. Anehnya rumput di sini lain dari tempat lain. Sepanjang hidup saya belum pernah saya melihat rumput seperti ini.  Lantas saya memegangnya. Warnanya hijau. Bentuknya bulat-bulat macam kacang peas hijau. Di dalamnya ada banyak lagi bola-bola hijau. Saya memegangnya, sungguh lembut dan cantik.

Saya pernah sampai ke Makkah dan Madinah namun saya tidak pernah sampai ke tempat ini. Mutawaif saya tidak pernah membawa saya ke tempat ini. Sebuah dataran lapang yang dipenuhi dengan tompokan rumput-rumput hijau. Mungkin tempat ini di Madinah, namun setahu saya keseluruhan bandar Madinah telah disimen dengan marmar dan dipagarkan menjadi sebahagian kawasan masjid Nabawi. Saya tertanya-tanya di dalam hati.

Tiba-tiba saya berada di tempat lain. Di dalam sebuah bilik kecil yang dipenuhi dengan jemaah dari Malaysia. Ada tangisan seorang perempuan. Saya mendekatinya. Rupa-rupanya ada jemaah yang meninggal dunia. Ada jenazah yang telah siap dikapankan. Cuma bahagian mukanya terbuka sehingga menampakkan iras wajahnya. Saya merenung wajahnya, seorang yang saya kenali walaupun tidak secara peribadi.

Jenazah tersebut adalah Arwah Ustaz Asri, vokalis Kumpulan Rabbani yang meninggal dunia seminggu sebelum Ramadhan. Peliknya.

“Bagaimana pula jenazahnya ada di sini. Bukankah dia meninggal di Malaysia” bisik hati saya.

Di sisinya ada isterinya dan anak-anaknya. Ada juga jemaah-jemaah lain yang tidak saya kenali wajah-wajah mereka.

Tiba-tiba semua orang keluar dari bilik meninggalkan saya keseorangan bersama arwah. Pintu dikunci. Mungkin mereka semua pergi menunaikan solat di Masjidil Haram.

Saya melihat ke arah jenazah. Arwah kelihatan seperti sedang nyenyak tidur. Saya berdoa di dalam hati mudah-mudahan Allah akan merahmatinya dan menempatkan beliau di kalangan para anbiya’,solihin,syuhada dan siddiqin. Moga-moga beliau dianugerahkan syurga di atas usaha-usaha dakwah beliau ketika di dunia.

Saya terjaga dari mimpi. Lantas cepat-cepat bangun untuk menunaikan solat subuh.

Seusai solat, saya terfikir “Aneh sekali mimpi aku kali ini.. apa maknanya ya”

Sudah banyak kali saya mengalami mimpi yang pelik-pelik. Namun mimpi yang satu ini cukup mengesankan hati saya dan saya cukup gembira dengan mimpi ini.

Saya bukan seorang yang pandai mentakwil mimpi. Setahu saya hanya Nabi Yusuf a.s yang pandai mentakwil mimpi. Kalaulah Nabi Yusuf as berada di sisi saya ketika ini sudah tentu akan saya minta supaya baginda mentakwilkan mimpi aneh ini.

Mungkin boleh ditanyakan kepada mereka yang alim dalam hal ini atau mungkin boleh dirujuk kepada kitab-kitab karangan ulama-ulama silam tentang takwil mimpi yang banyak kedapatan di pasaran.

Mungkin mimpi ini satu “booster” kepada sahabat saya supaya beliau melipatgandakan amal ibadah..

Mungkin mimpi ini petanda bahawa beliau akan mengerjakan ibadah haji tidak berapa lama lagi..

Mungkin juga satu anugerah dari Allah untuk mereka yang terpilih…

Mungkin juga permainan tidur… Serba mungkin.

Namun, dalam hati saya tersenyum. Mimpi sahabat saya ini istimewa sekali. Patutlah dia  gembira sekali. Mudah-mudahan ada petanda baik untuk diri beliau.

ABU WAFI, Putrajaya

Panggilan Haji

Posted: October 19, 2009 in Tazkiyatunnafs

P4274040

Pagi ini saya memandu ke KL atas tugas rasmi.Perjalanan selama 30 minit melalui Maju Expressway menembusi Sg Besi selama 30 minit kelihatannya lancar dan tenang. Tiada kenderaan yang berjejal masuk KL sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Saya membuka radio. Ada segmen khas kepada bakal-bakal haji. Baru saya tersedar rupa-rupanya esok adalah penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke tanah suci. Betapa pantasnya masa berlalu dan saya juga baru tersedar bahawa hari ini adalah hari terakhir di bulan Syawal.

Ada pesanan-pesanan dan petua-petua kepada bakal-bakal haji oleh para pemanggil radio IKIM. Pesanan-pesanan yang penting dan menginsafkan ketika berada di tanah suci. Kebanyakan pemanggil adalah bekas-bekas jemaah haji yang tidak mahu melepaskan peluang untuk memberi peringatan kepada bakal haji mengenai “the do’s and the donts” ketika berada di sana.

“Kena banyak bersabar dan menjaga tingkah laku ketika berada di sana. Mulut jangan celupar”  pesan seorang pemanggil.

“Saya ingin berpesan kepada bakal-bakal haji supaya banyakkan meminum air terutamanya air zam zam” pesan seorang pemanggil.

” Tumpukan perhatian pada ibadah. Jangan fikir nak shopping saja”. ujar seorang pemanggil

” Pengalaman saya masa di hotel dulu cukup menginsafkan. Masa naik lif untuk ke bilik hotel tu, harap bersabar, jangan berebut-rebut. Kita ni tetamu Allah. Jangan marah-marah dan menengking-nengking”  pesan seorang pemanggil menceritakan pengalamannya.

” Sebagai pramugara, pengalaman saya bersama jemaah-jemaah haji cukup memenatkan. Saya ingin berpesan kepada para jemaah dan pihak Tabung Haji supaya ketika di dalam flight  jangan ada marah dan melenting jika tidak dapat duduk sekali dengan pasangan masing-masing. Kalau nak solat pastikan bilik air tidak dibasahkan kerana ini boleh membahayakan keselamatan pesawat”; pesan seorang Pramugara yang tidak mahu ketinggalan untuk mengambil bahagian pada pagi ini.

” Saya nak pesan… banyakkan minum laban (susu masam) kerana pengalaman saya semasa mengerjakan haji pada tahun 2007 membuktikan bahawa minum laban boleh menyihatkan tubuh badan dan memberi kekuatan untuk mengerjakan ibadah haji.”

Banyak betul pesanan-pesanan yang diberikan. Tanpa disedari kelopak mata saya bergenang bila mengamati pesanan-pesanan tersebut. Air mata sedikit tertumpah. Entah mengapa hati kecil ini  tiba-tiba merasa begitu tersentuh dengan pesanan-pesanan yang diberikan. Saya sebak kerana pesanan-pesanan ini telah mengingatkan saya kepada detik-detik perjalanan ketika saya menunaikan ibadah umrah pada bilan Mei tahun ini. Boleh dikatakan semua pesanan tersebut telah dialami oleh saya secara “real” dengan beberapa insiden yang mendebarkan. Insiden berebut lif, insiden bersesak-sesak dan bertolak-tolakan dengan jemaah lain ketika tawaf dan sai’e tidak dapat saya lupakan. Terasa diri begitu kerdil di hadapan Allah. Jika tidak kerana belas ihsan,kasih sayang dan rahmat dari Allah swt tidak mungkin saya dapat menjalani ibadah umrah dengan tenang dan lancar.

P4253923

Jika ketika melakukan umrah sudah ramai orang hilang sabar dan sudah ramai yang melenting apatah lagi ibadah haji yang dipenuhi dengan lautan manusia yang tidak terkira banyaknya. Mampukah saya meredah di tengah lautan untuk menunaikan ibadah haji kelak. Hanya kepada Allah saya panjatkan doa memohon supaya dipermudahkan perjalanan haji saya kelak. Saya berdoa di dalam hati supaya Allah panjangkan umur dan memberi kesempatan kepada saya untuk menunaikan haji.

Saya mengamati dan mendengar pesanan-pesanan tersebut dengan penuh khusyuk. Masuk satu persatu ke dalam telinga sehingga menembusi ke dalam hati.

Saya sedih dan sebak kerana saya berasa seperti semua pesanan tersebut ditujukan kepada saya. Terasa benar bahawa saya yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini walaupun giliran saya masih lambat lagi.  Terasa bahawa yang beremosi, yang hilang sabar, yang melenting dan yang cepat marah itu adalah diri saya sendiri. Begitu banyak perkara-perkara kecil dan dipandang remeh yang perlu diberi perhatian. Paling penting dan utama adalah keupayaan mengawal diri terutamanya ketika diri benar-benar diuji dengan ujian-ujian yang boleh menggugat kesabaran.

Apa pun, saya ingin mengucapkan selamat berangkat kepada semua tetamu Allah yang telah dipilih pada musim haji kali ini. Semoga semua yang pergi akan pulang dengan memperolehi haji yang mabrur.

SIRU BI BARAKATILLAH …..

Abu Wafi, Kuala Lumpur

Perubahan itu menyakitkan

Posted: November 3, 2009 in Uncategorized

Saya hampir kehabisan idea untuk menulis dek kerana perubahan yang berlaku di tempat kerja. Saya sedang mengalami apa yang dipanggil sebagai “Change Management” dalam ilmu pengurusan. Berdasarkan justifikasi-justifikasi tertentu, maka satu perubahan besar telah dilakukan oleh pihak pengurusan atasan. Walaupun skop kerja masih sama namun saya kini berpaut pada tempat lain pula. Terasa sedih melihat wajah mantan ‘bos’ yang terpaksa dipindahkan ke tempat lain dan saya masih di sini dengan bos yang baru.

Apa pun rombakan dan perubahan yang berlaku sedang ditangani dengan sebaik-baiknya walaupun dalam hati saya mengatakan tidak suka atau TAK NAK.Saya kini berada di dalam “transition period” dalam proses adaptasi dengan suasana baru dan bos yang baru. Sedikit sebanyak mencederakan emosi, mengganggu tidur namu dalam keadaan yang terkawal. Apa pun saya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang kurang menyenangkan ini, sekurang-kurangnya buat beberapa bulan.

Saya berdoa kepada Allah supaya memudahkan tugas saya dan memudahkan saya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang drastik ini.

Berehat dulu sambil berfikir !!!!!!!

Abu Wafi, Putrajaya

Marathon tanpa henti…patutkah?

Posted: November 13, 2009 in Tazkiyatunnafs

TERFIKIRKAH anda untuk menyanyi, bermain alat muzik tradisional serta menari selama 15 jam di dalam kereta api yang sedang bergerak? Mendengarnya sahaja sudah memenatkan. namun bagi Kumpulan Kebudayaan Sri Rahmat yang berasal dari Kampung Seterpa, Kelantan, mereka membuktikan pepatah ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ bukan sekadar ayat pemanis mulut. Tepat jam 10 pagi, 20 Oktober lalu, misi untuk mencipta rekod dikir barat terpanjang di dalam kereta api dari Singapura ke Tumpat, Kelantan menjadi kenyataan setelah 15 jam 10 minit kumpulan yang dianggotai 25 pendikir itu bersengkang mata menjayakannya. “Sesungguhnya semangat dan disiplin tinggi yang membawa kejayaan kepada kumpulan ini,” tegas Setiausaha Pemasaran Homestay Seterpa, Azmahnorani Mat Jusoh yang sering bertindak selaku jurucakap kumpulan tersebut. Kata-kata beliau ada benarnya. Disiplin kumpulan itu nyata tinggi apabila tidak seorang pun di antara ahli kumpulan menolak apabila giliran mereka tiba untuk meneruskan ‘perjuangan’ yang memenatkan itu meskipun dikejut dari lena seawal jam 3 pagi. Dan semangat kental pula terlihat apabila ada di antara pemain-pemain kompang dan alat muzik lain mula mengalami kecederaan di tangan dan lutut akibat terlalu lama memukul dan memangku alat itu. Luka-luka kecil itu kemudiannya ditampal bukan dengan ‘plaster’ sebaliknya hanya menggunakan ‘masking tape’ setebal mungkin bagi membolehkan segala kudrat yang masih ada terus diguna untuk menjayakan misi itu. “Apa pun, kami telah bertekad untuk tetap menjalankan misi ini. Kini segalanya selesai dan saya bersyukur atas kejayaan ini,” katanya ketika ditemui sebaik turun dari tren no 14 Ekspress Timuran.                                         [PETIKAN DARI AKHBAR ]

ULASAN

1. Hairan dengan sikap manusia hari ini yang sanggup berhempas pulas untuk menjayakan ‘misi keduniaan’ sehingga sanggup mencederakan diri sendiri semata-mata untuk mempertahankan seni budaya;

2. Sedih kerana tidak ramai yang mahu berhempas pulas melakukan ibadah kerana Allah seperti yang ditunjukkan oleh Rasululah saw yang beribadah sepanjang malam sehingga ditegur oleh isterinya Aisyah, lantas jawab baginda ” Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”

3. Sedih kerana manusia hari ini membuat sesuatu perkara hanya untuk mencari kepuasan hidup yang tidak kekal sedangkan keredhaan Allah malas untuk dicari;

4. Sedih kerana manusia hari ini terlalu bercita-cita untuk mengejar kemasyhuran semata-mata kerana ingin mendapat nama dan memecahkan rekod sedangkan perkara ini tidak kekal lama;

5. Alangkah indahnya sekiranya manusia sanggup berlumba-lumba dan bersaing untuk mengerjakan kebajikan dan amal soleh sebagaimana Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina Umar berlumba-lumba mendermakan harta kekayaan mereka untuk kerja-kerja menegakkan Islam;

6. Alangkah baiknya jika kecederaan kaki dan tangan yang kita alami adalah ekoran terlalu lamanya berdiri semasa solat sebagaimana yang dialami oleh Rasulullah saw dan para sahabat yang bengkak kaki kerana lama bersolat dengan penuh khusyuk;

7. Ramai yang sanggup bersusah payah kerana mengejar nama, kepuasan diri sendiri namun berama ramai yang sanggup bersusah payah mencari keredhaan Allah;

8. Kemegahan dan kemasyhuran tidak akan kekal lama sebaliknya akan dilupakan manusia dengan peredaran zaman;

9. Bersyukur dengan pencapaian yang diperolehi memang dituntut. Namun kesyukuran tersebut perlu dizahirkan dengan mempastikan supaya semuanya dilakukan mengikut landasan syariat dan paling utama mendapat keredhaan Allah; dan

10. Apa sahaja amalan yang ingin kita lakukan mestilah dilakukan dengan tidak mengabaikan kewajipan fardhu seperti solat.

11. Dunia yang kita pijak, kemasyhuran dan kemegahan yang kita kejar akan hilang sebaik sahaja kita mati. Sebaliknya apa yang dinilai dan dihitung di sisi Allah ialah keikhlasan dan kesungguhan kita melakukan ketaatan kepada Allah. Inilah yang akan menemani kita di alam barzakh dan menjadi saksi penolong kita di hadapan Allah kelak.

Abu Wafi, Putrajaya

Jangan memandang rendah

Posted: November 17, 2009 in Tazkiyatunnafs

 Dengan izin Ishafizan Ishak

Ketika minum di sebuah restoran baru-baru ini, saya terpaksa berkongsi meja dengan seorang pengawal keselamatan kerana meja tidak mencukupi dan orang ramai pada waktu tersebut. Pengawal keselamatan berkenaan acap kali saya temui kerana saya selalu singgah di restoran berkenaan bersama seorang kenalan rapat. Namun selalunya saya tidak sempat berbual panjang dengannya, cukup sekadar bertanya khabar dan tempat tinggal. Saya kira usianya sedikit muda dari saya namun masih membujang.

Hari itu, meja betul-betul penuh dengan orang ramai dan yang kosong hanyalah meja pengawal keselamatan tersebut. Saya meminta izin bersama seorang teman untuk tumpang duduk di situ dan dia dengan berbesar hati memberi keizinan. Saya melihat beliau sedang menikmati teh tarik yang dipesan sambil pandangannya dilemparkan ke luar tingkap restoran. Pandangan yang penuh bermakna sambil melihat hujan yang turun lebat di luar.

Saya memulakan perbualan. Perbualan berkisar mengenai fenomena hujan yang tidak henti-henti sejak akhir-akhir ini. Kawan saya menyambut dan pengawal keselamatan tersebut juga memberi komennya. Saya pergi jauh lagi dengan membuka topik kejadian gempa bumi dan tanah runtuh yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Saya menyatakan bahawa fenomena alam yang luar biasa ini adalah manifestasi kepada tanda-tanda akhir zaman. Bumi semakin tua dan kiamat makin dekat. Sangkaan saya  perbualan kami bertiga sementara menunggu hujan seriyat akan berlaku secara santai dan bersahaja, rupa-rupanya meleset sama sekali.

Pengawal keselamatan tersebut nampaknya berminat dan mula membuka cerita-cerita tentang tanda-tanda akhir zaman. Kisah kelahiran Dajjal, Nabi Isa as dan Imam Mahdi dikupas dengan begitu terperinci sehingga membuatkan saya dan kawan saya terlopong mendengarnya. Beliau menguasai keadaan dan terus bercerita dan bercerita dengan bersungguh-sungguh. Saya mendengarnya dengan teliti dan mengakui hampir 99% yang diceritakan adalah tepat dan benar seperti yang pernah saya baca dari buku-buku peristiwa akhir zaman dan hadith-hadith yang berkaitan dengannya. Tambah menarik, beliau turut menyokong dengan membawa hujah-hujah dari hadith dan Al-Quran. Betapa kagumnya saya, betapa terkejutnya kawan saya melihat seorang pengawal keselamatan biasa boleh mengupas kisah peristiwa akhir zaman dengan terperinci sekali. Hatta orang terpelajar sendiri pun belum tentu dapat mengupas peristiwa akhir zaman ini dengan begitu akademik sekali.

Sambil berbual saya sempat melihat ke meja sebelah. Orang di meja sebelah sesekali menjeling dan mencuri dengar perbualan kami bertiga. Mungkin mereka merasa pelik kerana pada zaman moden ini, masih ada manusia yang boleh duduk berbincang hal-hal yang bersangkutan dengan akhirat sedangkan majoriti manusia hari ini masih sibuk berbincang mengenai saham,projek dan keuntungan dunia.Tiada masa yang diperuntukkan untuk berbincang persoalan akhirat.

Saya bertanya kepada beliau dari mana beliau mendapat maklumat ini. Beliau menjawab melalui pembacaan dan kuliah-kuliah ilmu yang diadakan di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur.

Tidak lama kemudian hujan pun berhenti dan saya meminta izin untuk beredar meninggalkan beliau setelah hampir setengah jam puas mendengar kisah beliau. Beliau mengucapkan terima kasih dan berharap dapat berjumpa dengan saya lagi untuk menyambung cerita-cerita ini kerana nampaknya saya juga mempunyai maklumat yang sama dengan beliau. Saya tersenyum dan berkata mudah-mudahan Allah izinkan.

Dalam perjalanan pulang kawan saya berkata :

“Tak sangka ya, pengawal keselamatan tu, seorang yang sangat berilmu. Aku sendiri tak tahu sangat mengenai peristiwa akhir zaman ini”

“Itulah kau, lain kali kita jangan sesekali memandang rendah kepada orang lain. Mungkin pada zahirnya kerja beliau tak glamour,dipandang rendah tetapi hakikatnya ilmu yang dimiliki beliau sangat hebat. Orang mungkin tidak mengenali beliau kerana beliau bukan seorang ‘public figure’ namun  penghuni di langit mungkin mengenali beliau, kerana keilmuan dan ketakwaan beliau “ saya menambah.

” Ramai di antara kita tidak pernah mahu ambil pusing mengenai ilmu yang menandakan dunia ini makin sampai ke penghujungnya kerana bagi kita itu semua bukan prioriti pada masa kini. Sebaliknya kehidupan dunia adalah keutamaan yang perlu difokuskan sehingga kita lupa atau mengabaikan keutamaan-keutamaan akhirat yang lebih penting dan lebih prioriti . Nabi saw bersabda :

” Secerdik-cerdik  manusia adalah mereka yang selalu mengingati mati” saya berhujah.

Betullah cakap kau tu. Aku insaf sekarang. Selama ni aku memandang rendah kepada orang-rang yang bekerja kasar seperti pengawal keselamatan dan buruh-buruh binaan. Aku ingat mereka tu tak tahu apa-apa pun. Rupa-rupanya aku silap kerana di antara mereka ada yang berilmu tinggi dan bertaqwa.”

” Kau pernah mendengar kisah Uwais Al- Qarni?” tanya saya.

Kawan saya mengangguk.

” Beliau adalah seorang yang sungguh istimewa di sisi Allah. Penduduk dunia tidak mengenali beliau tetapi seluruh penghuni langit yakni para malaikat cukup mengenali beliau. Malahan Nabi saw menyuruh para sahabat supaya meminta Uwais mendoakan mereka kerana doanya sangat makbul. Walaupun dari sudut fizikalnya tidak kacak,berkulit hitam, menghidapi penyakit sopak namun Uwais cukup terkenal dan istimewa di sisi Allah kerana keimanan,keilmuan dan ketakwaan yang dimiliki beliau. Beliau adalah seorang tabi’en yang hidup di zaman Nabi saw namun tidak berpeluang berjumpa Nabi saw kerana faktor logistik. Beliau tinggal jauh di negeri Yaman dan hanya sempat berjumpa dengan para sahabat terutamanya Sayyidina Umar semasa menunaikan haji di Makkah selepas kewafatan Nabi saw”.

“Justeru jangan pandang orang lain sebelah mata, kalau dia datang menemui kita dengan pekerjaan yang rendah kerana mungkin solatnya lebih khusyuk dari kita, puasanya lebih diterima oleh Allah dari kita, ibadah-ibadah sunatnya melebihi kita” ujar saya lagi.

‘ Dan jangan pula memandang tinggi orang yang mempunyai jawatan yang tinggi, kerjaya yang berprestij, pakaian yang mahal dan kemas kerana belum tentu dia seorang yang baik dari segi ketaqwaannya.”

Orang yang mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa dan ketakwaan itu diukur dari sejauh mana ketaatan  dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Bukan dinilai berdasarkan rupa paras, harta benda atau fizikal.

Saya berfikir panjang. Kawan saya juga merenung panjang. Selepas ini perlu lebih berhati-hati dengan penilaian kami terhadap manusia lain. Memang sukar. Tetapi itulah hakikatnya, manusia suka memandang tinggi perkara-perkara yang zahirnya cantik, elok pada pandangan mata kasar sedangkan pandangan secara lahiriah dan holistik ke atas sesuatu perkara jarang digunakan. Sama-sama kita ubah persepsi ini.

Abu Wafi, Putrajaya

Pengorbanan suci 3 insan

Posted: November 26, 2009 in Suara Hati

PERISTIWA 1

Seluruh alam sunyi sepi. Tiada kedengaran bunyi burung berkicau. Tiada bunyi desiran angin mendatang. Segala-galanya hening cipta. Seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini terpaku pada kelibat 2 orang insan yang sedang berbicara.Satu perbicaraan yang bisa menggugah jiwa-jiwa yang mendengarnya.

Nabi Ibrahim as sedang berbicara dengan anakandanya Nabi Ismail as mengenai perintah Allah yang baru diterima supaya menyembelih Nabi Ismail as.

Nabi Ismail as akur dan pasrah jika itu adalah perintah dari Allah. Muktamad dan tidak boleh disanggah sama sekali sebagai bukti keimanan. Nabi Ismail berkata kepada ayahandanya dengan beberapa pesanan sebelum urusan penyembelihan itu dijalankan.

Pertama, ayahanda mestilah menggunakan pisau yang tajam supaya urusan penyembelihan nanti akan berjalan lancar; dan

Kedua, baju yang dipakai Nabi Ismail as mesti ditanggalkan, supaya kesan-kesan darah pada bajunya tidak dilihat oleh bondanya Siti Hajar kerana tidak mahu membuatkan hati ibunya menjadi sedih.

“Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah, ayah akan mendapati (menyaksikan sendiri) daku dari orang yang sabar”

Walaupun berat namun Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s redha dan bersedia untuk melaksanakan perintah ini. Lalu Allah menggantikan Nabi Ismail dengan kibasy untuk disembelih.

PERISTIWA 2

Siti Hajar redha jika ini perintah dari Allah supaya Nabi Ibrahim a.s meninggalkan beliau dan anakandanya Nabi Ismail a.s berdua di tengah-tengah lembah yang kontang. Nabi Ibrahim a.s perlu kembali ke Baitul Maqdis kerana perintah Allah. Maka tinggallah mereka dua beranak bersama bekalan yang hampir kehabisan.

Maka menangislah anak kecil itu kerana kelaparan dan kehausan. Maka berlari-larianlah Siti Hajar antara Bukit Safa dan Bukit Marwa mencari air. Pelarian tanpa henti selama 7 kali berturu-turut ini berakhir bila telaga zam zam ditemui di hujung kaki Nabi Ismail.

HAYATILAH FALSAFAH KORBAN

Pengorbanan orang-orang yang telah mendahului kita seharusnya menginsafkan. Mereka diuji oleh Allah dengan ujian yang sangat berat untuk dipikul. Mereka terpilih untuk menerima ujian ini dan mereka redha sehingga akhirnya mereka berjaya.

Justeru, mari bertanya kepada diri, sejauh manakah pengorbanan yang telah kita lakukan untuk Islam yang kita cintai? 

Berapa banyakkah harta dan wang ringgit yang telah kita belanjakan atas jalan-jalan fisabilillah?

Cukupkah sekadar kita pulang ke kampung bertemu ibu bapa yang disayangi?

Cukupkah sekadar menyembelih atau mengambil bahagian dalam ibadah korban?

Apakah memadai dengan semua ini tanpa benar-benar kita memahami falsafah atau mesej yang ingin disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s dan Siti Hajar di sebalik KESEDIAAN mereka untuk BERKORBAN demi Allah?

Mari menginsafi diri ini. Banyak-banyakkan BERKORBAN di atas jalan Allah.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Abu Wafi, Putrajaya

Semalam bersama Syeikh Jibril

Posted: November 30, 2009 in Umum

Semalam saya berada di Masjid Al-Falah USJ9 kerana seorang Qari terkenal seantero dunia as-Syeikh MUHAMMAD JIBREL (QARI TERKENAL DARI MESIR) datang ke masjid berkenaan untuk mengimamkan solat Maghrib dan Isyak. Pengalaman bersama beliau buat pertama kalinya dalam hidup tidak dapat saya lupakan. Sebelum ini pun saya cukup meminati suara beliau. Bacaan Al-Quran oleh beliau melalui VCD telah saya dengar dan hayati dengan khusyuk. Justeru, bila ada peluang seumpama ini saya berusaha untuk tidak melepaskan peluang bersama dengan beliau walaupun kepenatan kerana memandu selama 5 jam dari kampung sejauh 300km,  namun semua itu saya lupakan demi minat kepada kemerduan dan kelunakan suara beliau yang tiada tandingnya.

Saya tiba di masjid ketika solat maghrib sedang diimamkan oleh Syeikh Jibril. Saya bergegas ke dalam. Seusai solat maghrib, ada sesi kuliah bersama Syeikh Jibril dalam bahasa Arab tetapi diterjemahkan oleh Imam Masjid. Para jemaah saya lihat terpaku dan masing-masing tidak berganjak dari tempat masing-masing. Semua bagaikan terpukau oleh sesuatu. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-atau suci Al-Quran oleh Syeikh Jibril. Memandangkan masih dalam suasana Hari Raya Aidil Adha, maka beliau memilih untuk membaca surah al-Hajj:32 dan seterusnya menghuraikan mengenai syiar-syiar Islam. Katanya, Syiar Islam bukan terhad kepada amalan-amalan khusus seperti solat, puasa atau haji semata-mata sebaliknya lebih luas dari itu. Berbuat baik kepada ibu bapa, menunaikan janji dan amanah juga merupakan syiar-syiar Islam. Justeru, kita mestilah menunaikan semua syiar-syiar yang telah diperintahkan oleh Allah.

Selain itu, beliau turut menekankan aspek khusyuk dalam solat kerana rata-rata umat Islam pada hari ini tidak khusyuk dalam solat mereka. Beliau memetik kisah dari hadith apabila Rasulullah saw menegur seorang sahabat yang bersolat di masjid supaya mengulanginya sebanyak 3 kali kerana 2 kali solat sahabat tersebut sebelum ini tidak mencapai tahap khusyuk sebagaimana yang dikehendakki oleh Islam. Syeikh juga menekankan bahawa faktor utama yang membantu khusyuk solat ialah dengan berusaha untuk memahami setiap patah perkataan yang dilafazkan. Justeru, tidak dapat tidak kita perlu berusaha untuk mempelajari bahasa arab supaya kefahaman terhadap ayat-ayat yang dibaca akan dapat meresap ke dalam jiwa. 

Tazkirah dari Syeikh Jibril

Sedang menterjemahkan tazkirah Syeikh Jibril

 

Terpegun dengan kelunakan suara Syeikh Jibril melaungkan azan

Tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Syeikh Jibril

Pesanan-pesanan beliau sungguh menyentuh jiwa. Beliau bukan sahaja mahir dalam ilmu pembacaan Al-Quran atau Qiraat malah mahir dalam aspek hukum fiqh apabila ditanyakan oleh seorang jemaah. Paling mengetuk pintu hati saya ialah apabila beliau membicarakan masalah umat Islam akhir-akhir ini. Katanya, sekiranya semua negara umat Islam yang mengeluarkan minyak memperuntukkan 1/5 hasil minyak untuk zakat, maka dunia ini akan makmur dan tidak akan ada golongan fakir miskin sama ada dari kalangan umat Islam mahupun bukan Islam.  Syeikh Jibril juga menerangkan mengenai konsep ihsan yang mesti ditanam pada setiap jiwa mukmin iaitu:

“Anta’budallah ka annaka taraah, fa’illam takun taraah, fa’innahu yaraak.”

Bermaksud : “Kamu mengabdi kepada Allah seperti kamu melihat-Nya.”

Banyak lagi Pesanan-pesanan beliau yang saya tidak sempat saya coretkan di sini. Akhirnya beliau berpesan supaya sentiasa redha dengan yang sedikit. Kalau kita rasa diri kita malang atau miskin maka sentiasalah melihat kepada orang di bawah kita kerana ada orang yang lebih susah, malang dan lebih miskin daripada kita. Melalui cara begini hati kita akan sentiasa tenang dan inilah yang dikatakan sebagai redha dengan yang sedikit.      

Pertemuan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleg beliau. Bacaannya sungguh menyentuh jiwa. Ayat-ayat yang dibacanya menusuk dan mengalir ke dalam saluran darah dan urat saraf saya. Sungguh bertenaga dan menyegarkan. Alangkah indahnya jika saya memahami dengan terperinci makna dan latar belakang penurunan ayat-ayat yang dibaca. Tentunya solat akan menjadi lebih khusyuk dan fokus.

Majlis selesai pada pukul 9.00 malam dengan bertakbir dan diikuti dengan sesi bersalam-salaman dengan Syeikh Jibril.

Abu Wafi, Putrajaya

Sukarnya menggapai redha

Posted: December 7, 2009 in Tazkiyatunnafs

Redha dengan yang sedikit

Kita mestilah redha dengan segala ketetapan dan ketentuan Allah ke atas kita. Sebagai hamba kita tidak berhak untuk mempersoalkan pemberian Allah kepada kita. Kita mungkin memandang pemberian Allah sebagai buruk tetapi di sisi Allah itulah yang paling terbaik untuk kita. Tanpa kita mengetahuinya, kita menangis sedih dengan pemberian Allah yang berupa musibah kepada kita. Kita menangis kerana sedih, sedih kerana kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam hidup kita tanpa kita cuba mencari hikmah di sebalik musibah tersebut. Hikmah yang mungkin tidak nampak di mata, tetapi hikmah itu hanya muncul bila kita duduk bertafakur dan berfikir dengan waras, tenang dan mendalam berpandukan wahyu Allah.

Bercakap mengenai konsep redha memang mudah. Tetapi melaksanakan redha terutamanya setelah ditimpa musibah atau ujian yang berat sungguh-sungguh pahit. Tetapi ketahuilah, yang pahit itulah ubat yang paling mujarab untuk memulih dan menyedarkan kita hakikat penciptaan kita di dunia ini yang mempunyai tujuan. Manakala yang manis tidak semestinya sedap dan indah kerana makanan yang manis bila selalu dimakan akan menyebabkan kita sakit perut atau mendatangkan mudarat-mudarat lain seperti penyakit kencing manis.

Begitulah, bagaimana Allah mendidik hamba-hambanya. Tidak semua yang manis-manis diberikan dan tidak semua yang pahit-pahit yang dihulurkan. Manis dan pahit diberi Allah bersilih ganti kepada hamba-hambanya supaya kita tahu bersabar dan tahu bersyukur atas nikmat yang diberikan. Jika kita fikirkan secara mendalam melalui mata hati, tidak ada satu pun pemberian Allah yang tidak baik, semuanya baik belaka. Tinggal lagi akal manusia yang tidak dapat mempertimbangkan berasaskan neraca Islam. Sebab itu konsep redha cukup ditekankan dalam Islam yang berkait rapat dengan rukun iman iaitu beriman dengan Qadha dan Qadar. Jika kita redha dengan Allah maka Allah akan redha dengan kita.  Seorang abidah terkenal, Rabiatun Adawiyah mentakrifkan redha sebagai :

” Apabila ia bergembira dengan musibah yang menimpanya sebagaimana ia bergembira dengan nikmat yang diterimanya”

Sukarnya untuk merealisasikan takrifan tersebut tetapi sekiranya kita boleh merasa gembira, mampu senyum dengan musibah atau ujian yang menimpa kita maka itu tandanya kita sudah menggapai redha. Biarpun di luar sana masyarakat sekeliling memandang sedih dengan penderitaan yang kita tanggung namun jika hati kita masih berlapang dada menerima seadanya sebagai takdir Allah yang perlu ditadbir dengan sebaik-baiknya, maka itulah redha.

Moga kita mampu menggapainya, walaupun terasa amat sukar untuk mengamalkannya. Bermohonlah supaya diberikan bantuan dan kekuatan untuk mencapai tahap redha dalam hidup kita terutamanya bila ditimpa musibah dan ujian yang berat dalam hidup kita.

Abu Wafi, Putrajaya

Khabar Haji 2009

Posted: December 8, 2009 in Tazkiyatunnafs

Saya ingin mengucapkan syukur dan ucapan tahniah kepada saudari Norasyikin bersama suami dan anak mereka Ehsan kerana berjaya menyempurnakan Rukun Islam ke-5. Syukur kerana selamat menunaikan ibadah haji. Syukur kerana selamat sampai ke rumah mereka di sebelah timur Arab Saudi. Syukur kerana nikmat hidayah yang dianugerahkan kepada mereka sekeluarga sehingga dapat mengerjakan ibadah haji dalam usia yang masih muda. Saudari Syikin adalah mantan rakan sekerja saya di kementerian. Beliau mengambil cuti panjang untuk mengikuti suaminya yang bertugas di Arab Saudi selama 3 tahun. Peluang ini diambil oleh beliau dan suaminya untuk menunaikan ibadah haji menggunakan kuota penduduk tempatan.

Perjalanan beliau sekeluarga ke Makkah sungguh menginsafkan saya. Beliau terpaksa menaiki bas selama 20 jam dari kediaman mereka di Al-Jubail. Pengalaman yang sungguh perit dan mengujikan. Kakinya bengkak-bengkak kerana perjalanan yang sungguh jauh dan memenatkan. Lantas ini mengingatkan saya kepada firman Allah di dalam Surah Al-Hajj :27 yang bermaksud :

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

Jika dahulu umat Islam datang dengan berjalan kaki dan menunggang unta namun kini keadaan sudah jauh berubah. Perjalanan dari seantero dunia menggunakan pelbagai jenis kenderaan seperti kapal terbang  yang lebih selesa dan cepat. Perjalanan Syikin bersama keluarganya yang  terpaksa menempuhi perjalanan darat yang jauh dan panjang menepati maksud ayat di atas. Mudah-mudahan kesusahan dan kepayahan yang tempuhi sepanjang perjalanan mereka tidak akan dipersia-siakan dan akan diberikan pahala berganda oleh Allah.

Saya teringat satu kisah yang saya pernah baca mengenai Sultan Mahmud Al-Zinki dari Mesir. Beliau adalah seorang Sultan yang warak dan telah menyelamatkan jenazah Rasulullah saw dari dicuri melalui mimpi yang diilhamkan kepada baginda. Walaupun baginda mampu untuk pergi menunaikan haji dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaan yang selesa pada zaman itu mengikut kelayakan baginda sebagai seorang pemerintah, namun baginda memilih untuk berjalan kaki pergi ke Makkah seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Hajj: 27.

Begitu juga kisah Uwais Al-Qarni seorang tabi’en yang sangat makbul doanya. Beliau pergi ke Makkah menunaikan haji dengan berjalan kaki dari Yaman. Beliau berjalan kaki sambil menanggung ibunya di atas bahunya bersama bekalan makanan dan minuman. Tidak dapat saya bayangkan betapa gagahnya dan teguhnya ketaqwaan beliau kepada Allah sehingga sanggupberjalan kaki ke Makkah dari Yaman yang jaraknya beratus-ratus kilometer.

Tentu sekali ibadah haji Sultan Mahmud Zinki dan Uwais Al-Qarni yang diraih dengan jerih perih dan susah payah lebih dirasakan nikmatnya. Terasa kepuasan dan kenikmatan beribadah yang tidak terhingga di dalam hati bila haji yang mabrur diperolehi. Kenikmatan yang tidak tergambar oleh kata-kata kerana kenikmatan ini adalah anugerah Allah untuk hamba-hambanya yang bersungguh-sungguh untuk agama.

Ramainya umat manusia - Gambaran mahsyar di dunia

Syikin menceritakan kepada saya saat-saat yang mencemaskan bila khemah mereka bocor ekoran hujan lebat di Mina. Sungguh insaf bila melihat gelagat manusia yang berbondong-bondong menuju ke Mina, melakukan tawaf dan saie. Ada yang kelihatan gagah tubuhnya tetapi terpaksa ditolak dengan kerusi roda. Ada pula yang kelihatan lemah dan tua namun mampu melakukan tawaf dan saie dengan sempurna tanpa bantuan sesiapa. Suasana di Arafah lebih menginsafkan. Katanya, saya rasa Arafah adalah gambaran Mahsyar di dunia bila melihat ramainya manusia. Tiba-tiba saya rasa diri saya sungguh kerdil dan malunya jika saya benar-benar berada di Padang Mahsyar ketika ini. Malunya bila dosa-dosa saya disingkap satu persatu untuk dibicarakan. Saya bermohon supaya keaiban saya ditutup oleh Allah kerana rasa malu yang amat sangat.

Itulah tujuan ibadah haji difardhukan supaya manusia menyedari bahawa suatu hari nanti mereka akan kembali kepada Allah untuk diadili. Setiap amal kebaikan dan kejahatan akan diadili walau sebesar zarah. Tidak ada yang akan terlepas dan Padang Mahsyar adalah tempat di mana seluruh umat manusia dari zaman Nabi Adam as akan dihimpunkan untuk dihisab. Mengikut pandangan sesetengah ulama Mahsyar adalah sebuah dataran yang rata, lapang dan putih seperti permukaan roti. Manusia akan dibangkitkan mengikut amalan hidup masing-masing. Ada yang berkenderaan, berjalan kaki dan ada yang berjalan dengan mukanya. Semuanya menunggu untuk dihisab. Segolongan umat berdiri di sebelah kanan, segolongan lagi berdiri di sebelah kiri dan segolongan lagi berdiri di hadapan arasy. Beruntunglah mereka yang berdiri di sebelah kanan atau al-yamin kerana mereka bakal menerima buku catatan amal yang membawa mereka ke syurga. Beruntunglah golongan yang berdiri di hadapan arasy kerana mereka adalah terdiri dari para rasul, anbiya’ dan syuhada yang sudah pastinya syurga dijamin kepada mereka. Malanglah bagi golongan kiri atau as-syimal yang menerima buku catatan amalan dari tangan kiri kerana neraka adalah tempat selayak-layaknya bagi mereka.

Ibadah haji ini benar-benar memberi pengajaran dan pelajaran yang berguna bahawa kita sebenarnya kerdil dan lemah di sisi Allah. Haji, nikmat Allah yang sungguh besar untuk hamba-hambanya.

Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (Al-Hajj: 28)

Abu Wafi, Putrajaya

Mencari sasaran sebenar

Posted: December 15, 2009 in Umum

Source: Ishafizan Ishak

Saya benar-benar keletihan dan kelelahan. Letih berjalan jauh. Letih kerana memandu yang lama. Saya baru kembali dari Lumut untuk mesyuarat annual bussiness plan tahun 2010. Semuanya perlu dirancang sebaiknya. Semuanya perlu disasarkan. Semuanya mesti menepati sasaran dan mencapai matlamatnya. Jika tidak tercapai, maka saya akan dikira gagal. Selain itu, penilaian atau review ke atas pencapaian kerja tahun 2009 yang semakin menghampiri penghujungnya turut dibincangkan. Kebanyakan perancangan telah tercapai tetapi ada juga yang tidak menepati sasaran yang disasarkan atas sebab-sebab teknikal.

Apa pun sebagai manusia kita hanya boleh merancang tetapi ingatlah bahawa perancangan manusia tidak dapat mengatasi perancangan Allah. Justeru, janganlah kita mendabik dada dan berlagak sombong sekiranya segala perancangan kita selama setahun telah tercapai dengan suksesnya kerana kejayaan yang kita kecapi adalah dengan izin dan bantuan Allah. Jika tidak kerana bantuan dariNya maka belum tentu kita boleh tersenyum gembira pada hari ini. Manakala, jangan pula berasa sedih dan putus asa sekiranya gagal mencapai sasaran kerana kita telah berusaha sebaik-baiknya tetapi atas sebab-sebab yang di luar kawalan kita maka kita gagal.

Jika anda seorang bos maka usahlah melenting dan menyalahkan pekerja bawahan jika mereka gagal mencapai sasaran yang ditetapkan. Belajarlah menghargai sumbangan pekerja bawahan kerana mereka sudah memberikan yang terbaik. Usahlah meletakkan harapan dan sasaran yang terlalu tinggi melangit kerana Allah sendiri tidak pernah membebankan hamba-hambanya dengan sesuatu yang tidak kita mampu. Kadangkala kehendak anda itu sukar untuk dilunaskan kerana dilihat tidak realistik dan tidak masuk akal oleh pekerja bawahan. Bercakap memang mudah namun untuk menterjemahkan arahan tadi dalam bentuk tindakan adalah sungguh sukar. Belajarlah menghargai dan memahami kekangan-kekangan yang dihadapi mereka. Letakkan diri anda di posisi mereka nescaya ketika itu anda akan memahami tekanan yang sedang mereka hadapi dan belajar menghargainya.

Jika anda seorang pekerja bawahan maka berusahalah untuk menunaikan segala amanah  dan tugas yang telah diberikan. Usahlah memandang ringan arahan yang telah diberikan. Berfikirlah dengan waras dan tenang. Cuba semampu mungkin dan dalam masa yang sama cuba letakkan kedudukan anda di posisi bos anda. Bayangkan pula tekanan demi tekanan yang dihadapi oleh mereka kerana tekanan di posisi yang tinggi adalah lebih hebat dari anda. Silap haribulan boleh kena sakit jantung. Sesungguhnya tanggungjawab dan bebanan mereka lebih besar berbanding anda.

Saya melihat bahawa jika semua pihak memainkan peranan dalam sesebuah organisasi maka insyallah organisasi tadi akan dapat bergerak dengan lancar tanpa sebarang masalah. Prinsip bekerjasama, berlapang dada dengan tugasan, memahami kekangan-kekangan yang dihadapi, bersikap realistik adalah antara right attitude yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak untuk berjaya.

Merancanglah untuk kerjaya dan kehidupan anda.

KE MANA SASARAN HIDUP KITA

Jika di dunia kita meletakkan sasaran untuk berjaya dalam pekerjaan, dalam masa yang sama, jangan lupa sasaran hidup di akhirat. Kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi dan lebih bermakna berbanding dunia yang sedikit ini. Jika di dunia kita telah meletakkan sasaran atau matlamat untuk berjaya di negeri akhirat, maka alangkah indahnya jika di akhirat kelak kita dapat melihat hasil usaha kita itu. Tentunya pencapaian di akhirat lebih manis dan bererti.

Justeru, berusahalah untuk melaksanakan perancangan anda kehidupan anda dan dalam masa yang sama usah melupakan matlamat di akhirat.

Abu Wafi, Putrajaya

Pasangan ilmu

Posted: December 16, 2009 in Tazkiyatunnafs

 

Saya sungguh tertarik dengan huraian mengenai pasangan ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Amin dalam program Tanyalah Ustaz di TV 9 jam 7.30 pagi baru baru ini. Program selama 3 hari berturut-turut cukup menarik perhatian saya dan isteri menontonnya. Rupa-rupanya banyak lagi perkara yang tidak kami ketahui. Topik baru yang saya pasti belum pernah dikupas oleh mana-mana penceramah sebelum ini. Ustaz Amin menghuraikan topik ini dengan jelas siap dengan contoh-contohnya. Barulah saya faham bahawa dalam hidup ini banyak perkara yang perlu diteliti.  Berikut adalah ringkasan pasangan ilmu yang disampaikan oleh ustaz Amin.

Ada 15 pasangan ilmu yang terpenting sekali iaitu:-

1.  Pengajian mengenai ilmu tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai amalan;

2.  Pengajian mengenai amalan tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai ikhlas;

3.  Pengajian mengenai ikhlas tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai hak;

4.  Pengajian mengenai hak tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai ihsan;

5. Pengajian mengenai ihsan tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai  kemanusiaan;

6. Pengajian mengenai kemanusiaan tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai Amar Maaruf Nahi Mungkar;

7. Pengajian mengenai amar maaruf nahi mungkar tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai hikmah di dalam menegur;

8. Pengajian mengenai hikmah dalam menegur tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai sangka baik;

9. Pengajian mengenai sangka baik tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai memahami tipu daya manusia;

10. Pengajian mengenai memahami tipu daya manusia tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai doa dan tawakkal;

11. Pengajian mengenai doa dan tawakkal tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai usaha;

12. Pengajian mengenai usaha tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai sunnatullah;

13. Pengajian mengenai sunnatullah tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai memahami dunia;

14. Pengajian mengenai memahami dunia tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai memahami akhirat; dan

15. Pengajian mengenai akhirat tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai keimanan.

Subhanallah!! Sungguh cantik dan indah sekali pasangan-pasangan ilmu ini. Sebagai contohnya, pengajian mengenai ikhlas tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai hak. Misalnya, seorang ayah mati meninggalkan harta kepada 2 orang anak. Anak ke-2 adalah anak yang menjaga kebajikan ayahnya ketika sakit selama 5 tahun. Manakala si abang langsung tidak mengambil peduli perihal ayahnya. Si abang lalu membolot kesemua harta peninggalan ayah mereka dan menghalau si adik dari rumah pusaka ayah mereka. Dalam hal ini, si adik boleh menuntut haknya seperti kos-kos perubatan,tambang ulang alik ke hospital dan segala perbelanjaan untuk menjaga ayah mereka selama 5 tahun kepada abangnya. Apakah dengan tuntutan si adik ini bermakna beliau tidak ikhlas?? Jawapannya tidak sama sekali kerana pengajian mengenai ikhlas tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai hak. Ikhlas tetap ikhlas tetapi hak mesti dituntut jika kita dianiaya.

Begitu juga pengajian mengenai amar maaruf nahi mungkar tidak boleh dipisahkan dengan pengajian mengenai hikmah di dalam menegur. Misalnya, jika ada berlaku kemungkaran di kawasan kita, maka kita bertanggungjawab untuk mencegah kemungkaran tersebut dengan kekuatan yang ada pada kita. Jika kita memilih untuk mencegah kemungkaran melalui lisan atau nasihat kepada si pelaku, maka jangan lupa untuk menegur dengan lembut dan menggunakan bahasa yang lunak tetapi berkesan di hati. Ini bertepatan dengan perintah Allah swt kepada Nabi Musa a.s supaya berdakwah kepada Firaun dengan lemah lembut, mudah-mudahan nasihat yang lunak ini mampu untuk mencairkan hati Firaun yang keras seterusnya beriman kepada agama yang dibawa oleh Nabi Musa a.s.

Kita boleh bersangka baik dengan manusia tetapi dalam masa yang sama kita mesti berhati-hati dengan tipu daya manusia.  Kita boleh menegur tetapi dalam masa yang sama mesti berhikmah. Itulah antara contoh-contoh yang boleh saya ketengahkan.

Kenapa kita perlukan pasangan-pasangan ilmu ini? Jawapannya, supaya kehidupan kita lebih teratur dan tidak kucar kacir. Pasangan-pasangan ilmu ini jika diamalkan oleh semua anggota masyarakat sudah pasti akan melahirkan suasana yang sihat dan harmoni di dalam masyarakat. Ilmu mesti diamalkan; amalan pula mestilah ikhlas; ikhlas pula mesti berpasangan dengan hak diri; hak pula mesti berpasangan dengan ihsan; ihsan pula bergandingan dengan kemanusian; kemanusiaan pula berkaitan dengan amar maaruf nahi mungkar dan berkait dengan yang lain-lain. Begitulah seterusnya…..

Terima kasih Ustaz Amin atas penerangan yang menyentuh jiwa. Sesungguhnya banyak pelajaran dan pengajaran yang saya pelajari hari ini.

Abu Wafi, Putrajaya

(Pic source : Ishafizan Ishak)

Kehadiran Prof. Tariq Ramadhan di Malaysia

Posted: December 17, 2009 in Umum

Pada 12 Disember 2009 yang  lalu seorang ilmuan Islam terkemuka dunia Profesor Tariq Ramadan telah datang ke Malaysia. Beliau adalah cucu kepada tokoh gerakan Islam Al-Ikhwan Al-Muslimun, As-Syahid Hassan Al-Banna. Bapa beliau, Said Ramadan berhijrah ke Switzerland selepas Al-Imam Al-Banna dibunuh pada tahun 1949 dan membuka Pusat Islam di bandar Geneva.

Nama beliau mula terkenal apabila beliau berdebat dengan Presiden Perancis sekarang, Nicholas Sarkozy. Beliau telah menghasilkan 20 buah buku di samping telah menulis beratus-ratus artikel. Boleh berbahasa Inggeris, Peranchis dan Arab.  Ramai yang meminati beliau kerana kagum dengan idea-ideanya yang mengancam. Paling membimbangkan pemikir-pemikir Barat ialah idea beliau mengenai konsep “European Muslim”  yang boleh ditatapi di dalam bukunya “To Be a European Muslim“.

Beliau mengingatkan saya kepada seorang ilmuan Islam Professor Dr.Ismail Raji’e Faruqi yang memperkenalkan dengan konsep “The Islamization of Knowledge”. Malangnya, idea-idea beliau tidak disenangi oleh pihak Barat dan Yahudi kerana boleh mengancam mereka. Akibatnya, beliau dan isterinya dibunuh dengan kejam dalam satu insiden tragis di rumah mereka di London. Sehingga kini, pembunuhan beliau masih menjadi kes misteri yang belum dapat diselesaikan.

Kini Prof. Tariq Ramadhan datang mengisi ruang-ruang kosong ketika umat Islam di seluruh dunia dahagakan seorang ilmuan Islam yang mampu menggegarkan Barat yang tidak henti-henti menekan dan menindas Islam dan umatnya. Mungkin ramai yang masih belum mengenali beliau. Saya sendiri sedang berusaha untuk mengenali dan memahami pemikiran beliau. Terima kasih kepada adik saya Ustaz Syauqi kerana memaklumkan kehadiran Prof Tariq di Malaysia walaupun saya sendiri tidak berpeluang menemui dia baru-baru ini. Mudah-mudahan Allah memberi saya peluang yang kedua untuk bertemu beliau suatu hari nanti.

Walaupun belum pernah membaca secara terperinci buku beliau, namun komen-komen yang saya terima dari rakan-rakan cukup menarik perhatian saya untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi. Perlahan-lahan saya mula menyukai beliau kerana ilmu dan akhlak beliau yang menghampiri tingkah laku datuknya As-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang terpuji.

Fasih dalam 3 bahasa

Dalam ceramah beliau di auditorium Suruhanjaya Sekuriti Kuala Lumpur baru-baru ini, beliau telah bercerita mengenai pemikiran Almarhum Muhammad Asad yang terkenal dengan bukunya “The Road To Mecca suatu ketika dahulu. Adik saya mengkhabarkan bahawa ceramah beliau mengenai Muhammad Asad cukup menarik, sarat dengan ilmu dan menghiburkan jiwa.

Sebagai penutup, saya petik ulasan dari  Time 100 Most Influential Innovators Year 2006:

Ramadan’s chosen task is to invent an independent European Islam: “We need to separate Islamic principles from their cultures of origin and anchor them in the cultural reality of Western Europe.” With 15 million Muslims on the Continent, Ramadan believes it’s time to abandon the dichotomy in Muslim thought that has defined Islam in opposition to the West. “I can incorporate everything that’s not opposed to my religion into my identity,” he says, “and that’s a revolution.”

Abu Wafi, Putrajaya

Pertemuan bersama Dr.Yusuf Al-Qaradhawi

Posted: December 21, 2009 in Umum

 

Pada 19 Disember 2009, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berlangsung majlis Muhadharah bersama Al-Allamah Prof Dr.Yusuf Al-Qaradhawi. Sehari sebelum itu, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431 oleh Kerajaan Malaysia. Saya dimaklumkan akan kehadiran beliau melalui sms oleh sahabat saya Riduan. Malam sebelum itu, saya menghubungi adik saya di Kota Damansara untuk mengajak beliau turut serta dalam majlis tersebut. Kalau ada adik saya akan memudahkan pemahaman saya kerana beliau fasih berbahasa Arab serta boleh menjadi penterjemah kepada saya yang kurang mahir.

Pagi itu, lebih kurang pukul 8.50 pagi kami bertolak dari rumah saya menuju PICC. Seingat saya, kali terakhir saya bertemu Prof Dr.Yusuf Al-Qaradhawi ialah pada tahun 1995 semasa kunjungan beliau ke UIA, Petaling Jaya. Saya masih ingat selesai saja solat jumaat yang diimamkan oleh beliau saya dan rakan meluru ke hadapan untuk bersalam-salaman dengan beliau. Bukan senang nak dapat peluang untuk bersalaman dengan ulama terkenal dunia. Saya seorang peminat beliau dan antara bukunya yang paling saya sukai ialah Halal dan Haram Dalam Islam, Fatwa Masa Kini dan Fiqh Awlawiyyat atau Fiqh Keutamaan. Tulisan-tulisan beliau tersebar di serata dunia dan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

Sesi muhadharah

Sebahagian tetamu dan peminat yang hadir

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mashitah Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM, para mufti dan VIP yang lain. Dalam sesi muhadharah perdana tersebut, Al-Allamah Prof Dr.Yusuf Al-Qaradhawi membicarakan buku terbaru beliau berjudul ‘Fiqhul Jihad’. Saya kira ini adalah satu topik yang cukup menarik kerana jarang-jarang ulama kontemporari mengupas Fiqhul Jihad secara terperinci apatah lagi dengan mengaitkan dengan perkembangan semasa. Antara mutiara kata yang dapat saya petik ialah Islam bukan agama keganasan dan tidak ditegakkan di atas mata pedang. Umat Islam dilarang untuk mencari musuh, menggunakan kekerasan sebaliknya Islam adalah agama yang mementingkan perdamaian dan peperangan adalah langkah terakhir untuk memelihara kesucian Islam dan membela umat Islam yang ditindas. Beliau memetik banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith bagi menyokong pandangan beliau. Majlis berlangsung selama 1 jam dan di akhir majlis ramai yang berebut-rebut untuk bersalam-salaman dengan beliau. Saya dan adik tidak ketinggalan namun agak hampa kerana kawalan yang sungguh ketat.Kupasan ringkasan muhadharah tersebut, boleh dilayari di blog www.pemudaiman.blogspot. tulisan adinda saya Ustaz Syauki Al-Kulimi.

Selesai majlis kami bergerak ke majlis kudapan yang disediakan oleh pihak urusetia. Rupa-rupanya majlis tersebut seperti satu pertemuan reunion kerana saya dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama semasa menuntut di universiti dahulu.

BERTEMU PROF. DR. YUSUF AL-QARADHAWI

Selesai minum kami turun ke tingkat 2. Saya tergerak hati untuk singgah di tingkat 2 yang menempatkan bilik makan VIP. Saya lihat tidak ramai orang. Cuma beberapa kelibat urusetia yang kelihatan. Saya dan adik bertanya adakah kami boleh masuk bertemu dengan beliau. Memandangkan tidak ramai orang maka kami dibenarkan menunggu di luar bilik makan VIP dengan syarat membuat barisan secara teratur. Kami menunggu tidak lama lebih kurang dalam masa 5 minit. Akhirnya, pintu bilik VIP dibuka dan muncullah tokoh ulama besar dunia ini ditolak dengan kerusi roda. Saya dan adik mengucapkan salam kepada beliau dan kami bersalaman dan sempat  mengucup tangan beliau. Kami rasa benar-benar dipermudahkan Allah kerana ketika itu tidak ramai yang menunggu di situ sehingga dapat bertemu dengan beliau secara ‘live’. Nikmat Allah yang sungguh besar untuk kami berdua. Kami hanya ingin mengambil ‘barakah’ atau tabarruk daripada ulama besar dunia ini.

Beliau kelihatan agak uzur, bertongkat dan perlu menggunakan wheel chair. Usia beliau sudah mencecah 83 tahun namun intonasi suara beliau ketika majlis muhadharah tersebut seperti pemuda berusia 23 tahun. Lantang, bertenaga dan bersemangat sekali.

Ternyata semangat Infiru khifafan wa tsiqalan! …Berjuanglah kamu, sama ada senang mahupun susah… (Surah At-Taubah, ayat 41) sentiasa membara di dalam diri beliau. Walaupun sudah dimamah usia namun ini sama sekali tidak pernah menghalang beliau untuk terus aktif berdakwah melalui penulisan dan ceramah-ceramah kepada umat. Beliau bukan sahaja seorang ulama, malahan seorang pemikir, reformis dan intelek kontemporari. Tidak hairanlah jika pihak barat cukup bimbangkan pengaruh beliau kepada umat Islam.

Semangat yang ditunjukkan oleh Al-Allamah Prof Dr.Yusuf Al-Qaradhawi mengingatkan saya kepada seorang sahabat Nabi saw iaitu Abu Ayyub al-Anshari yang berjuang bersama tentera Islam untuk membebaskan Kota Konstantinople ketika usianya sudah melebihi 80 tahun.  Usia bukan penghalang kepada Abu Ayyub untuk berjihad menegakkan Islam di bumi Konstantinople. Ketika perang sedang meletus antara tentera Islam dan Byzantine beliau jatuh sakit. Bila ditanya beliau menjawab : 

“Bawakan tubuhku dan teruskan perjuangan bersama-sama dengan tubuhku di tengah musuh. Dan sekiranya aku syahid atau meninggal dunia  maka kebumikanlah aku di Konstantinople.. Supaya pada suatu hari nanti apabila tentera Islam berjaya menawan Konstantinople.. Maka aku akan mendengar bunyi tapak-tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku… Dan pada hari itu tahulah aku bahawa janji Nabi SAW sudah terlaksana!” [ Dipetik dari blog Muhtar Suhaili]

Pertemuan dengan Al-Allamah Prof Dr.Yusuf Al-Qaradhawi pada tanggal 19 Disember 2009 bersamaan dengan 3 Muharam 1431 tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya untuk memulakan tahun baru hijrah dengan pengalaman yang sungguh manis, tidak akan dilupakan dan tidak disangka-sangka.

Saya berdoa semoga Allah  memanjangkan umur beliau  agar dapat umat Islam pada hari ini mengambil manfaat daripada nasihat dan pandangan-pandangan beliau. Khidmat beliau kepada umat ini sangat diperlukan di saat umat Islam sedang ditindas di kiri dan kanan oleh musuh-musuh Islam.  Moga beliau terus diberi kekuatan oleh Allah untuk terus menabur bakti kepada dunia Islam. Moga semangat Infiru khifafan wa tsiqalan akan terus menyala dalam diri beliau.

Moga bermanfaat !!!

Abu Wafi, Putrajaya

Kita sebenarnya lebih tua

Posted: December 23, 2009 in Tazkiyatunnafs

 

Berakhirlah sudah tahun 1430 hijrah dengan seribu satu pengalaman pahit manis yang mewarnai kehidupan. Walaupun tahun masihi 2009 masih lagi berbaki 2 minggu lagi, umur kita sebenarnya telah bergerak selangkah ke hadapan. Tidak dinafikan bahawa ramai termasuk diri saya mengira umur mengikut kalender gregorian atau masihi tetapi jika dikira mengikut kalender Islam kita sebenarnya lebih tua.  Itulah perhitungan yang sebenarnya. February atau Mac bukan perkiraannya kerana kiraannya yang sebenar adalah berdasarkan Muharram dan seterusnya.

Sekadar satu peringatan untuk kita semua !! 

BERHIJRAH UNTUK KEBAIKAN

Pagi ini seperti biasa saya masuk ke pejabat. Beberapa minit kemudian pintu bilik saya diketuk orang. Seorang staff saya menguak pintu dan mengucapkan terima kasih kerana menghadiri majlis kenduri kahwinnya di Gombak 2 minggu yang lalu.

Cuma saya terkejut, terdiam seketika bila melihat keadaan dirinya. Tidak seperti sebelumnya.

Saya terkejut kerana dirinya telah jauh berubah. Jika dahulu beliau satu-satunya staff saya yang tidak bertudung, tetapi hari ini dengan semangat tahun hijrah 1431, ditambah dengan baru 2 minggu bergelar isteri orang beliau memilih untuk berubah.

Saya bersyukur atas penghijrahan diri beliau ini dan berdoa mudah-mudahan beliau akan terus istiqamah dengan pakaian yang menutup aurat.

Peristiwa pagi ini mengingatkan kepada kata-kata Saidina Ali karamallahuwajhah:

 “Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam.”

Jika staff saya berubah dari tidak bertudung kepada bertudung litup maka apa pula perubahan yang patut saya lakukan. Saya berfikir panjang…….

Jika solat masih lagi membaca Surah Al-Ikhlas apa kata kita cuba pula menghafal surah-surah yang panjang seperti As-Sajadah atau An-Naba’.

Jika tidak pernah solat sunat dhuha kerana kesibukan kerja, apa kata kita ubah tradisi dengan menetapkan pukul 10.00 pagi sebagai ketetapan untuk tunaikan solat dhuha biar pun 5 minit sahaja.

Jika berpuasa hanya di bulan Ramadhan apa kata kita ubah tradisi dengan berpuasa sunat 3 hari dalam sebulan atau berpuasa setiap Isnin dan Khamis.

Jika suka membaca, apa kata cuba-cubalah pula membaca  Tafsir Al-Quran karya Ibnu Katsir sehari selembar muka surat. Atau boleh saja mengambil Kitab Riyadhus Salihin karya Imam Nawawi bagi mengutip nasihat-nasihat agama berguna untuk hidup ini. Atau boleh saja menyelak buku Sirah Nabawiyyah karangan Syeikh Al-Mubarakfuri untuk mengambil semangat jihad Rasulullah saw dan para sahabat.

Jika ke masjid cuma sekali dalam seminggu untuk solat jumaat apa kata kita cuba tetapkan keazaman untuk sekurang-kurangnya solat Maghrib atau Isya’ berjemaah di masjid atau surau berdekatan.

Kita mungkin tidak mampu untuk mencontohi para sahabat, tabi’en, muqarrabin yang tidak pernah meninggalkan solat waktu berjemaah seumur hidup, tetapi kita mampu untuk mensasarkan sekurang-kurangnya dalam sehari kita peruntukan satu waktu untuk solat berjemaah di masjid atau surau. Boleh jadi Maghrib atau Isya’ kerana waktu-waktu ini boleh dikatakan yang paling lapang bagi semua manusia.

Semua yang kita azamkan dan lakukan ini adalah untuk manfaat diri ini. Biar pun cuma satu waktu untuk solat berjemaah di masjid, biar pun cuma sehelai atau sepotong ayat Al-Quran yang dihafal namun pahalanya cukup besar di sisi Allah kerana inilah manifestasi kepada kesungguhan dan keazaman kita untuk berubah ke arah kebaikan.

Biar pun sedikit, tetapi yang sedikit itulah langkah-langkah awal kita untuk menjadi insan yang terbaik  lagi bertaqwa di sisi Allah.

Dengan waktu yang semakin bergerak pantas ke hadapan, kita sebenarnya tidak mempunyai banyak masa lagi di dunia ini. Usahlah dipersia-siakan waktu-waktu yang masih berbaki untuk kita kerana kita tidak tahu apakah waktu yang masih berbaki untuk kita di dunia ini masih banyak atau mungkin berakhir esok atau lusa……

Abu Wafi, Putrajaya

Pic: Source

Solat itu wadah

Posted: December 28, 2009 in Tazkiyatunnafs

 

Kita seringkali mengeluh bila Allah tidak membantu kita. Kita sering merintih bila mengalami kesusahan dan kemiskinan di dalam kehidupan. Kita juga  seringkali mengeluh bila setiap keinginan kita di dunia ini tidak tercapai. Malah kita berduka cita dan bersedih hati bila ditimpa masalah demi masalah dalam kehidupan yang membelit jiwa dan menyesak dada.   

Tanpa disedari keluhan kita itu secara tidak langsung seperti menyalahkan sang Pencipta atas kemudaratan yang kita alami. Langsung tidak terlintas untuk kita memohon pertolongan dari Sang Pencipta kerana kita lebih selesa dengan permohonan kepada manusia. Kepada manusia kita sandarkan permohonan kita seratus peratus dan kepada manusia juga kita bergantung harap dengan yakin. Kita terlupa untuk bersandar kepada Sang Pencipta yang sentiasa memerhatikan pergerakan kita setiap saat tanpa terleka. 

 Mari kita renungi Firman Allah swt ini:
 
 “Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan  dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat, kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153).

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” (Al-Baqarah: 45-46).  

Lihatlah bahawa Allah menyuruh supaya kita memohon melalui solat yang mulia. Bila kita ditimpa masalah kita dituntut supaya bersabar dan mengerjakan solat. 

 Soalnya kenapa solat? Apa pula kaitannya solat dengan masalah, musibah, ujian yang sedang kita hadapi?????

 Jawapannya kerana solat adalah wadah atau medium untuk kita mendapatkan pertolongan dari Allah. Tanpa solat bagaimanakah permohonan kita akan dapat dimajukan kepada Tuhan Rabul Jalil? Cukupkah sekadar menadah tangan berdoa di mana-mana seperti di kedai makan, pejabat atau jalan raya tanpa disertai dengan solat? 

Sedangkan kehidupan dunia ini sendiri pun mempunyai banyak wadah inikan pula bila memohon kepada Allah untuk sesuatu yang dihajati. Contohnya, jika ingin makan kita perlukan pinggan, jika ingin minum kita perlukan gelas, jika ingin bergerak ke sesuatu destinasi kita perlukan kenderaan, jika ingin berurusan dengan pejabat kerajaan kita perlukan borang  adalah antara wadah yang dapat saya fikirkan di dunia ini. 

Solat adalah wadah kita dengan Sang Pencipta. Solat ibarat gelas yang ditadahkan. Tanpa gelas maka bagaimanakah kita mahu menampung air yang dicurahkan kepada kita. Tentu sekali air yang turun akan jatuh begitu sahaja ke bumi tanpa  dapat kita mengambil manfaatnya.  

Tanpa solat bagaimana Allah ingin memberikan pemberianNYA kepada kita. Dengan apa kita mahu menampung pemberian Allah kalau tidak dengan solat? Ibarat air yang diberikan kepada kita, di mana bekas untuk menampung air itu? 

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu untuk mengerjakan solat, dan hendaklah kamu tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Taha: 132) 

Solat bukan sekadar perintah Allah yang mesti ditunaikan. Sebaliknya solat perlu dilihat sebagai satu wadah untuk kita memohon sesuatu yang dihajati dan menerima pemberian dari Allah.  

SOLAT ITU WADAH, URUSAN HIDUP JADI MUDAH !!!!! 

 Abu Wafi, Putrajaya 

 

Bertuah sekali bumi Malaysia. Seorang demi seorang ulama  dunia mengunjungi kita. Bermula dengan Al-Allamah Dr.Yusuf Al-Qaradhawi, diikuti dengan Dr. Wahbah Al-Zuhaili sebelum itu Prof. Tariq Ramadhan, awal tahun 2010 pula kita menerima kehadiran seorang ulama tersohor nusantara iaitu Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari. Beliau juga terkenal sebagai Al-Azhar At-Thani di Mesir atau Al-Azhar kedua kerana ramai pelajar Malaysia, Indonesia dan Thailand di universiti Al-Azhar menimba ilmu daripada beliau. Beliau singgah di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi pada 2 Januari 2010  untuk menyampaikan tausiyah kepada para jemaah. Majlis yang dinamakan sebagai ” Majlis Tafaqquh Fiddin“ diadakan seusai solat Maghrib. Saya mendapat berita mengenai kedatangan ulama dari Banjarmasin, Indonesia ini setelah dimaklumkan oleh salah seorang rakan yang mengikuti pengajian di Masjid Al-Falah USJ. Maklumat lanjut mengenai tokoh ulama boleh dilayari di www.al-fanshuri.blogspot.com.

Saya sampai di surau An-Nur sekitar jam 8.10 malam. Hujan masih renyai-renyai dan sesekali sedikit lebat, namun ini sama sekali tidak menghalang para peminat, pengkagum dan pencinta ilmu datang berduyun-duyun untuk menadah ilmu dan mengambil barakah dari tokoh ulama terkemuka ini. Kenderaan kelihatan berjejal-jejal dan diletakkan di sepanjang surau an-nur. Suasana di dalam surau cukup padat dengan jemaah lelaki dan wanita. Alhamdulillah, saya dapat menyusup di celah-celah ratusan manusia dan mendapat tempat di tengah-tengah surau.

Lebih kurang pukul 8.30 malam, majlis dimulakan dengan lantunan qasidah yang dipimpin oleh Ustaz Khusairi salah seorang anggota rombongan Pak Kiai yang turut serta. Qasidah selama 5 minit mengandungi puji-pujian kepada Nabi saw sambil diiringi dengan bantuan alat-alat perkusi. Bergema  surau dengan lantunan dan alunan suara beliau yang disambut oleh para jemaah yang hadir. Sungguh syahdu sekali. Inilah kali pertama dalam hidup saya mendengar qasidah yang sungguh indah yang dilantunkan di dalam surau. Kata Syeikh Nuruddin, tujuan diadakan qasidah ini ialah untuk menghidupkan rasa ‘kebersamaan’ para jemaah dengan majlis tersebut selain dapat mengingatkan kepada perjuangan baginda Rasulullah saw. Sungguh menarik sekali pendekatan dakwah yang dibawa oleh Syeikh Nuruddin ini. Hatta kanak-kanak kecil sendiri tertarik dengan qasidah dan bunyi lantunan percussion yang mengusik jiwa.

MENCARI NUR

Usai qasidah Syeikh Nuruddin memulakan tausiyahnya bertajuk mencari nur atau cahaya. Katanya hidup kita tidak akan bermakna jika tiada cahaya. Nur yang dicari bukanlah nur kasih manusia sebaliknya nur kasih dari Allah swt yang melimpahkan rahmatnya kepada kita semua melalui nur atau cahayaNYA.Kita memerlukan cahaya untuk memandu kehidupan ke arah jalan yang benar dan semestinya cahaya itu datangnya dari Allah melalui Al-Quran dan hadith. Beliau membuat analogi bahawa jika di dunia saja kita memerlukan cahaya di akhirat kita lebih memerlukan cahaya. Bayangkan jika di malam yang gelap gelita kita berjalan sendirian tanpa dibantu oleh cahaya lampu sudah tentu kita akan sesat dan tidak akan menemui jalan pulang. Begitulah di akhirat, tanpa nur atau cahaya dari Allah maka kita tentu lagi lebih sesat. Paling menginsafkan saya, ialah apabila beliau membawa semua untuk merenung kehidupan di alam barzakh yang gelap gelita. Kita sendirian di bawah sana dengan balutan kain putih yang diikat di bahagian tengah dan di hujung kepala. Ketika itu, tiada siapa yang dapat membantu kita. Hanya rahmat Allah sahaja yang dapat menyelamatkan kita pada ketika itu. Kita memerlukan cahaya untuk menerangi kehidupan kita di barzakh dan cahaya itu bergantung kepada amalan kita ketika di dunia. Syeikh Nuruddin berkata bila di barzakh peluang kita untuk kembali ke alam dunia sudah tidak ada lagi kerana pintu rezeki untuk kita telah pun ditutup dan barzakh itu adalah pemisahnya. Syeikh Nuruddin membacakan satu doa daripada Rasulullah saw yang sempat saya catitkan di sini yang saya kira cukup indah dan bermanfaat untuk diamalkan oleh kita semua.

” Wahai Tuhanku, letakkan nur di dalam hatiku, letakkan nur di lidahku, letakkan nur dalam penglihatanku, letakkan nur dalam pendengaranku, letakkan nur di kananku, letakkan nur di kiriku, letakkan nur di atasku, letakkan nur di bawahku, letakkan nur di dalam jiwaku. Jadikanlah diriku bercahaya”

Syeikh Nuruddin menghuraikan tingkatan-tingkatan nur dalam diri seseorang manusia. Bermula dengan nur ilm diikuti oleh nurul hidayah dan nur-nur seterusnya. Nur ilm adalah berkaitan ilmu yang dipelajari manakala nur hidayah adalah amalan yang dilakukan setelah memperolehi nur ilmu. Contohnya, seseorang yang memahami kepentingan solat berjemaah akan dianggap memperolehi nur hidayah setelah beliau benar-benar komited dengan amalan solat berjemaah. Jika beliau sekadar menasihatkan orang lain supaya jangan tinggalkan solat berjemaah sedangkan beliau sendiri tidak menunaikan apa yang dinasihatkan maka itu tandanya beliau belum memperolehi nur hidayah, sekadar pengetahuan mengenai kepentingan solat berjemaah sahaja.

Majlis Tafaqquh Fiddin ini saya kira cukup unik dan lain dari yang lain. Terasa penuh keberkatan. Terasa dinaungi para malaikat. Syeikh Nuruddin cukup menekankan adab-adab dalam majlis ilmu. Sebelum majlis bermula beliau mengingatkan para jemaah supaya mematikan handphone malahan beliau dengan tegas menegur bunyi handphone salah seorang jemaah yang berbunyi. Beliau juga meminta supaya para jemaah duduk dengan sopan dan tidak melunjurkan kaki  kerana katanya para malaikat turut bersama dengan penuntut ilmu. Subhanallah… saya rasa sungguh terkesan dengan peringatan dan pesanan-pesanan Syeikh Nuruddin yang selama ini kurang dititik beratkan oleh sebahagian besar dari kita. Keberkatan dan keberhasilan dalam menuntut ilmu adalah perkara yang cukup dititik beratkan oleh Syeikh Nuruddin.

Syeikh Nuruddin melanjutkan tausiyahnya selama 45 minit kemudian majlis dihentikan 5 minit untuk lantunan Qasidah. Majlis disambung selama 30 minit lagi untuk Q & A. Banyaklah soalan-soalan yang ditujukan kepada Syeikh Nuruddin antaranya kepentingan belajar ilmu tasauf, penggunaan kalimah Allah, isu wahabi yang telah dikupas dan dijawab oleh Syeikh Nuruddin secara spontan dan padat dengan dalil. Terus-terang saya katakan bahawa jawapan beliau penuh dengan analogi kehidupan yang sungguh menarik hati.

Syeikh Nuruddin juga menekankan bahawa agama  bukan semestinya berasaskan dengan rasional akal sahaja. Jika agama mesti berpaksi kepada rasional akal semata-mata maka masyarakat boleh jadi kacau bilau kerana kita hanya menerima apa yang rasional sahaja. Contohnya, ada yang mempertikaikan bagaimana ulama-ulama silam seperti Imam Bukhari dan Imam Syafie boleh khatam Al-Quran dalam masa semalam sahaja. Jawab Syeikh Nuruddin, amalan ini tentulah dilihat sebagai tidak masuk akal  atau tidak rasional jika dinisbahkan/dibandingkan dengan manusia yang hidup di zaman kini yang kebanyakan kurang amalan  sedangkan hakikatnya manusia yang hidup di zaman ulama-ulama silam seperti Imam Bukhari, Imam Syafie, Imam Hanafi dan seangkatan dengan mereka mempunyai personaliti yang sungguh luar biasa berbanding kita di zaman sekarang. Justeru, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika mereka mampu untuk khatam Al-Quran dalam masa satu malam sahaja. Perkara ini adalah  biasa bagi mereka dan orang-orang di zaman mereka tetapi luar biasa  atau dilihat sebagai tidak rasional oleh orang-orang pada masa kini. Oleh itu, jangan sesekali kita menisbahkan atau membandingkan diri kita yang serba lemah dan faqir iman ini dengan manusia-manusia yang mempunyai ketakwaan yang luar biasa di zaman silam.

Selain itu, antara pesanan-pesanan Syeikh Nuruddin yang sempat saya catitkan ialah:-

(1) Perbanyakkan membaca subhanallah, alhamdulillah dan allahuakbar setiap kali selepas solat 5 waktu ;

(2) Perbanyakkan menyebut kalimah lailahaillalah kerana kalimah ini cukup berat dan memenuhi antara langit dan bumi;

(3) Solat sunat dhuha ; dan

(4) Melakukan solat sunat subuh kerana pahalanya lebih besar daripada bumi dan segala isi yang ada di dalamnya.

Majlis selesai pada jam 10.15 malam dengan solat Isya.  Majlis ilmu selama sejam lebih hampir tidak terasa. Penyampaian Syeikh Nuruddin yang bersahaja, sesekali lucu cukup menghiburkan. Nasihat-nasihatnya cukup berbekas di hati dan terasa menusuk ke dalam jiwa saya. Mudah-mudahan siraman rohani dari Syeikh Nuruddin kepada para jemaah termasuk diri saya yang lemah ini akan memberikan suntikan motivasi untuk meningkatkan amal ibadah di masa-masa akan datang. Saya berdoa semoga Syeikh Nuruddin terus diberi kekuatan oleh Allah untuk berdakwah kepada masyarakat nusantara yang sentiasa dahagakan siraman rohani yang berpanjangan.

Abu Wafi, Putrajaya

Perkongsian buku-buku terbaru

Posted: January 6, 2010 in Buku

Sepanjang tahun 2009, saya telah membeli beberapa buku yang mungkin boleh dikongsikan bersama peminat-peminat buku.

Buku terbaru yang cukup bermanfaat untuk kita nukilan Ustaz Raja Ahmad Mukhlis yang mengupas kebahagiaan dari sudut tasawuf.

Sebuah lagi karya berharga adalah Syarah Kitab Hikam Jilid 1, tulisan Dr.Zulkifli Al-Bakri pensyarah USIM. Kupasan dan huraian dalam kitab ini sangat mantap,akademik dan tinggi.

Sebuah lagi buku yang sangat padat,ringkas tetapi cukup bermanfaat. Sesuai dijadikan hadiah kepada ‘newly wed couple’ kerana isi kandungannya merangkumi segenap aspek hidup yang perlu diamalkan oleh seorang muslim. Indahnya Hidup Bersyariat karangan Dato’ Ismail Kamus.

Buku seterusnya adalah “Pahala Hidup 7000 tahun” yang dicadangkan oleh rakan saya Ustaz Bakar dari Rawang. Beliau menggunakan buku ini untuk mengajar di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Rawang. Sebuah buku motivasi agama yang mudah difahami oleh masyarakat awam.

 

Majalah Solusi yang semakin mendapat tempat di pasaran. Kolumnis yang pelbagai, rencam dan menyentuh masalah kehidupan.

Last but not least, Al-Ma’thurat which is compress in a newly style pocket size and hand carry.

MOGA BERMANFA’AT

 

Abu Wafi, Putrajaya

Umat ini sedang sakit

Posted: January 7, 2010 in Tazkiyatunnafs

Saya merenung peristiwa pembunuhan kejam 4 sekeluarga yang berlaku di Gemencheh, Negeri Sembilan. Pembunuhan yang sungguh ngeri sehingga kaki, tangan dan kepala terpisah dari jasad. Pembunuhan kejam ini mengingatkan saya kepada filem-filem kejam seperti “The Lamb” yang tidak berperikemanusiaan. Paling menyedihkan dan mengejutkan adalah suspek utama kes ini adalah darah daging kepada si mati sendiri.

Saya berfikir panjang semalaman sambil merenung kejadian yang berlaku. Apa sudah jadi kepada umat ini? Di mana letaknya kewarasan si pelaku yang melakukan pekerjaan terkutuk ini?

Apakah yang telah merasuk si pelaku untuk bertindak di luar batas-batas kemanusiaan? Mungkinkah suspek utama pembunuhan ini mengalami masalah mental sehingga mampu bertindak di luar kewarasan?

Saya membaca berita. Ada pelbagai komen teori dan analisis mengenai motif pembunuhan kes ini yang saya dapati melalui pembacaan secara sepintas lalu. Semuanya berkaitan dengan tekanan perasaan, gangguan emosi dan tekanan hidup yang berpanjangan. Saya berfikir lagi dan lagi….

Semalam semasa dalam perjalanan ke rumah dari pejabat, saya mendengar rancangan Usrah Rasa Hati. Saya tertarik dengan ulasan Tuan Tabib seorang yang tajam analisanya mengenai hati manusia. Katanya, kita sekarang telah meletakkan sasaran yang salah dalam mengatur kehidupan kita. Kita mempunyai hospital pakar di seluruh negara. Kita mempunyai pakar mata, pakar jantung, pakar kanak-kanak, pakar buah pinggang, pakar sakit puan dan bermacam-macam lagi pakar untuk merawat penyakit-penyakit fizikal manusia. Malangnya kita tidak mempunyai pakar yang mampu merawat hati yang sakit. Hati yang dimaksudkan di sini adalah ‘Qalb’ yang seringkali kita sebut di dalam doa-doa kita selepas solat.

” Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati (Qalb) manusia, tetapkan hatiku atas agamamu”

Hati di sini, bukanlah hati secara fizikal yang kita fahami dari sudut perubatan sebagai satu alat untuk memproses dan mencerna bahan makanan. Tetapi hati yang dimaksudkan di sini adalah hati dari sudut ‘maknawi’ yang tidak kelihatan dek mata kasar tetapi sebenarnya wujud dalam diri setiap manusia.

Lihatlah pada peristiwa di mana Nabi Muhammad saw telah dibelah hatinya oleh Jibril as lalu mengambil hati Baginda untuk disucikan daripada segala kekotoran dan penyakit-penyakit hati. Justeru, hati ini perlulah dirawat dan diubati kerana hati yang sakit dengan penyakit-penyakit mazmumah ini tiada ubat atau pil khusus untuknya  melainkan melalui  jalan-jalan iman dan taqwa. Jika tindakan segera untuk merawat dan mengubatinya tidak diambil segera maka mudahlah jiwa manusia tersebut dikuasai oleh nafsu yang cenderung kepada kejahatan dan syaitan yang sedang menunggu di luar.

Saya tertarik dengan idea Tuan Tabib itu. Beliau mencadangkan supaya sebuah institusi khas ditubuhkan untuk merawat mereka yang mengalami penyakit hati. Walaupun cadangan ini kelihatannya lucu atau mungkin dipandang aneh oleh sesetengah pihak namun saya melihatnya sebagai satu lontaran idea “thinking out of the box” yang berupaya untuk mengatasi kebejatan sosial dan penyakit umat Islam yang semakin kronik.

Cuba kita lihat dan analisa satu persatu. Penyakit-penyakit hati yang wujud ialah seperti sombong, bongkak, takabbur, tinggi diri, dengki, khianat, cemburu, buruk sangka,  riak, ghurur, ujub dan lain-lain lagi. Semuanya adalah sifat ‘mazmumah’ yang boleh menukar imej seorang manusia dari baik kepada buruk. Malahan mampu merendahkan darjat manusia  jika ia bertindak melampaui batasan yang sepatutnya. 

Rasa dengki dan khianat boleh membawa kepada berlakunya pembunuhan dan kerosakan harta benda orang lain.

Rasa cemburu boleh menyebabkan berlakunya fitnah dan ‘character assassination’ ke atas individu lain.

Rasa ujub atau kagum pada diri sendiri boleh menyebabkan seorang alim merasa suci hati sehingga memandang rendah dan kotor kepada manusia lain yang tidak mampu beribadat seperti beliau.

Perbuatan buruk sangka atau husnu zan kepada orang lain boleh menyebabkan tersebarnya fitnah yang meluas di dalam masyarakat sehingga mengucar kacirkan keadaan yang aman.

Perasaan tamak haloba boleh menyebabkan berlakunya jenayah rasuah dan penindasan kepada kaum yang lemah. 

Perasaan ghurur  boleh saja merosakkan amal soleh  dan rasa ikhlas dalam hati.

Begitulah seterusnya dan seterusnya … Hanya hati yang sakit dan berpenyakit sahaja akan melakukan perkara-perkara sedemikian. hati yang bercahaya lagi sihat sejahtera tidak mungkin tergamak melakukan kejahatan.

Kes pembunuhan di atas bukanlah satu kes yang terpencil. Banyak lagi kes-kes yang saban hari dilaporkan di media massa yang boleh saja meruntun perasaan kita. Pembuangan bayi di sungai, longkang dan tempat pembuangan sampah makin menjadi-jadi. Kes ragut yang menyebabkan kematian juga tidak kurang statistiknya. Kes rogol dan zina sudah tidak terbilang lagi. Belum lagi dihitung masalah sosial dan keruntuhan akhlak muda mudi yang tidak lagi mengenal malu dan sempadan.  Sadisnya watak-watak utama yang terlibat adalah Muslim.

Saya merenung lagi. Benarlah bahawa umat ini sedang sakit dan sakitnya adalah berpunca dari hati yang rosak. Lantas mengingatkan saya kepada satu hadith:

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.                         

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hati ibarat raja yang mengawal diri. Hati yang baik akan mengendali manusia ke jalan yang diredhai Allah. Hati yang baik adalah hati yang penuh dengan cahaya dan sifat ‘mahmudah’. Mahmudahnya hati kerana penuh dengan sifat tawadhuk, redha, sabar, berlapang dada, qana’ah (seadanya), ikhlas, tulus, amanah, jujur, sentiasa bersangka baik dan sentiasa cenderung ke arah kebaikan.

Bagaimana memperolehinya ???

Saya bersetuju dengan pandangan Tuan Tabib bahawa kita sebenarnya telah meletakkan sasaran yang salah. Kita terlalu mengejar kemajuan fizikal sehingga kita mengabaikan aspek maknawiyah atau kerohanian. Umat ini masih kurang sentuhan rohani yang boleh merawat hati yang rosak agar berubah menjadi hati yang  baik.

Sudah sampai masanya sesuatu dilakukan untuk memperbaiki kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Cadangan Tuan Tabib ada benarnya. Jika tidak dapat ditubuhkan institusi khusus bagi merawat hati yang sakit sekurang-kurangnya gerakkan program-program dakwah yang membawa masyarakat kepada mengenali hakikat kehidupan dan tujuan penciptaan hidup.

Letakkan satu tujuan dan matlamat bahawa  kita semua  berazam untuk pergi menemui Pencipta kita dalam keadaan hati yang sejahtera setelah transit kita di dunia yang sementara ini menemui penyudahnya.  

Punca segala masalah dan kerosakan yang berlaku kepada umat ini adalah kerana hati yang rosak menyebabkan akal menjadi tidak waras, hilang pertimbangan sehingga membawa kepada tindakan di luar waras kemanusiaan.

“Ya Allah Bantulah Aku. Tetapkan Aku Di Atas Ketaatanmu.Kurniakanlah Aku Hati Yang Sihat Dan Sejahtera Dengan Siraman Sifat-Sifat Mahmudah. Buangkan Sifat Mazmumah Dari Hatiku. Letakkanlah Cahaya Dalam Hatiku. Agar hati yang bercahaya dengan nur Mu akan mengendali diriku ke jalan yang engkau redhai. Agar cahaya yang engkau letakkan akan membawa aku ke syurgaMu”.

Abu Wafi, Putrajaya

Monolog:  Masih tidak dapat melupakan kisah seorang ibu di Pulau Pinang yang sanggup membunuh 3 orang anaknya dengan menekap muka mereka dengan bantal ketika tidur tahun lepas. Motifnya cemburu pada suami yang dikatakan mempunyai perempuan lain.

Tarikh luput

Posted: January 10, 2010 in Tazkiyatunnafs

4 hari lepas pokok betik di halaman rumah saya tumbang. Sejak kami sekeluarga pindah ke sini 3 tahun yang  lepas, pokok betik itu telah pun tertegak di situ.Tidak pernah sekali pun berbuah. Tingginya menggapai ke bumbung. Saya pernah bercadang untuk menebangnya kerana daunnya yang seringkali gugur dan menimpa rumah jiran sebelah tetapi beberapa kali ditangguhkan kerana risikonya agak tinggi jika pokok betik besar ini ditebang tanpa pengawasan yang betul. Apatah lagi, faktor pokoknya yang besar serta halaman rumah saya yang  kecil boleh saja membahayakan dan menyebabkan kerosakan kepada harta benda.

Dan pada hari itu, pokok betik yang besar tersebut condong ke kiri setelah hujan lebat turun dan angin kencang menolak pokok betik tersebut sehingga tersandar ke dinding rumah. Bimbang dengan musibah besar yang mungkin berlaku, saya mengalihkan kenderaan dari ruang porch ke luar.

Esoknya saya memegang batang pokok betik sambil menggoyang-goyangnya. Batangnya keras namun akarnya saya lihat telah pun reput. Hanya menunggu masa sahaja untuk  rebah ke bumi.  Saya memberanikan diri sambil memohon pertolongan Allah agar memudahkan kerja saya. Dengan bantuan pembantu rumah kami mengikat tali ke pagar dan mula menebang menggunakan parang. Sedikit demi sedikit dan akhirnya pokok betik tersebut tumbang secara menegak lantas kami membaringkan ke bawah dengan berhati-hati. Memang berat pokok tua ini. Batang pokok itu dipotong-potong kepada beberapa kerat sebelum dilonggokkan di hadapan rumah. Berakhirlah hayat pokok betik tua tersebut.

Saya melihat sisa-sisa pokok betik tua ini yang terdampar di hadapan rumah menunggu masa untuk reput. Sambil memerhatikan batang-batang pokok tersebut  saya membandingkan diri saya dengan pokok betik tua yang baru tumbang itu.

Tarikh luput manusia

Setiap makhluk yang hidup dan melata di muka bumi ini mempunyai tarikh luput. Kalau kita perhatikan, barang-barang keperluan seperti kicap, sos, susu dan lain-lain mempunyai tarikh luput yang telah siap ditulis pada labelnya. Bezanya manusia sebagai hamba Allah tidak mengetahui bilakah tarikh luput kita kerana pada tubuh badan manusia tidak mempunyai label yang mencatitkan tarikh luput manusia.

Tarikh luput kita adalah hari kita meninggal dunia.

Tarikh luput kita adalah hari perpindahan kita dari dunia ke alam barzakh.

Tarikh luput kita adalah hari terakhir kita hidup di dunia ini.

Tarikh luput manusia tidak boleh dilanjutkan atau renewed seperti tarikh luput pada lesen memandu. Sebaik sahaja tamat tarikh luput manusia, bermakna tiada lagi peluang untuk kita kembali ke dunia ini.

Soalnya bilakah tarikh luput kita itu?

Tarikh luput hidup manusia adalah dalam pengetahuan Allah. Cuma yang pasti setiap seorang dari kita telah pun mempunyai tarikh luput itu.  Allah sengaja merahsiakan. Mungkin jika manusia sudah mengetahui tarikh luput masing-masing sudah tentu  ada yang akan merancang bila hendak melakukan kebaikan, bila hendak melakukan maksiat dan bila pula masa yang sesuai untuk bertaubat dan beramal soleh.

Firman Allah:

“Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan.” (Al-Anbiya’: 35)

“Kami tidak membuat sesuatu makhluk sebelum kamu (Muhammad) untuk hidup selama-lamanya.” (Al-Anbiya’ :34)

Benarlah, bahawa tiada makhluk di atas muka bumi ini akan hidup untuk selama-lamanya. Manusia, tumbuh-tumbuhan yang melata dan haiwan yang berkeliaran akan mati juga. Jika diperhatikan alam dunia tempat kita tinggal, mencari rezeki dan bersuka ria ini pun suatu hari nanti akan musnah juga. Sistem alam dan sistem cakerawala  juga mempunyai tarikh luput yang tidak kita ketahui melainkan melalui tanda-tanda akhir zaman yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadith. Setelah berlakunya tanda-tanda tersebut, maka insaflah bahawa dunia yang kita diami ini sedang menuju saat-saat kemusnahannya.

Dunia yang indah akan ditinggalkan

Allah tidak memberitahu bilakah tarikh luput manusia. Allah juga tidak memberitahu bilakah tarikh luput alam dunia ini. Semuanya dirahsiakan bagi menguji keimanan dan ketaqwaan manusia kepada Allah. Tetapi Allah yang Maha Penyayang Lagi Mengasihani memberikan tanda-tanda akan berakhirnya kehidupan kita.

Sedarlah… bila segala kekuatan yang ada pada kita telah lemah, kudrat tidak sekuat dulu, mata sudah semakin kabur, telinga semakin kurang pendengaran, ingatan semakin mudah lupa, rambut mula beruban, badan mula sakit di sana sini, makan sudah mula berpantang adalah antara tanda-tanda bahawa kita sedang menuju kepada tarikh luput kita.

Insaflah… bila alam mula berubah, iklim dan cuaca sudah tidak mengikut musim lagi, berlakunya gempa bumi, tanah runtuh,banjir besar, ribut taufan adalah tanda-tanda bahawa bumi yang kita diami ini juga sedang menuju kepada tarikh luputnya.

Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa bersiap sedia untuk menunggu tarikh luputnya. Dia tidak akan menunggu sehingga waktu sudah benar-benar terlewat. Dia akan menggunakan masa lapangnya untuk beribadat sebelum masa sibuknya datang. Dia akan menggunakan masa sihatnya untuk kerja-kerja kebajikan sebelum dia jatuh sakit. Dia akan mengerahkan seluruh waktu mudanya untuk Allah sebelum dia dipanjat usia tua. Dia akan melaburkan harta bendanya di jalan Allah sebelum dia dihimpit kesempitan hidup.

Dia akan lakukan semua yang terdaya selagi kesempatan yang terbaik masih ada untuk amal soleh. Dia bijak, kerana dia tahu dan sedar bahawa tarikh luputnya akan datang bila-bila sahaja. Mungkin sahaja esok atau lusa kerana itu dia tidak pernah berlengah-lengah dan bertangguh-tangguh dalam mengerjakan kebajikan dan mencari keredhaan Allah.

Saya merenung pokok betik yang tumbang itu lalu mengambil beberapa tangkai daunnya yang masih muda untuk dibuat ulam.

Sesungguhnya ada ‘ibrah di sebalik peristiwa ini. Alhamdulillah, ada sesuatu yang boleh saya pelajari dari pokok betik tua ini.

Abu Wafi, Putrajaya

Pic  No.2 :Ishafizan Ishak

Sehasta dari Neraka

Posted: January 12, 2010 in Tazkiyatunnafs
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’ud r.a. beliau berkata: Rasulullah saw bersabda … Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab (takdir) lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab (takdir) lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.             
 
Hadith Bukhari dan Muslim

Ahad lepas TV 9 menampilkan Rancangan Halaqah bertajuk Bila Cinta Ku Lafazkan. Panel jemputan pada malam itu ialah Dr. Zulkifli Al-Bakri dan Ustaz Farid Ravi Abdullah. Topik pada malam tersebut berkisar mengenai nikmat hidayah yang dianugerahkan kepada mereka yang memeluk Islam. Dalam masa yang sama, mereka mengajak para penonton supaya menghargai nikmat Islam yang telah dianugerahkan oleh Allah sejak kelahiran kita di dunia ini.

Cuma kurang sehasta

Saya mendengar kisah Ustaz Farid Ravi Abdullah mengenai pengalaman dia ketika mula-mula memeluk Islam. Beliau berhadapan dengan ujian dan dugaan dari keluarga sehingga abangnya sendiri telah memukul beliau. Namun, kerana hidayah yang telah membuka pintu hatinya untuk Islam, beliau teguh, tabah, sabar dan istiqamah dengan ujian yang diterima. Di akhir rancangan beliau membaca dan mengupas hadith di atas.

“Pada mulanya saya sendiri tidak memahami maksud hadith sehasta dari neraka” kata beliau.

“Tetapi peristiwa abang saya yang menyusul saya memeluk Islam telah memberikan kefahaman yang jelas kepada saya mengenai hadith tersebut.”

“Pada suatu hari abang yang pernah memukul saya menghubungi saya dan meminta supaya saya agar menunjukkan dia jalan yang lurus. Setelah berjumpa dengan beliau fahamlah saya bahawa beliau ingin memeluk Islam dan akhirnya saya menunjukkan jalan yang lurus tersebut. 2 minggu selepas melafazkan syahadahnya, beliau meninggal dunia sebagai seorang Muslim.”

Kisah Ustaz Farid Ravi Abdullah mengenai keislaman abangnya benar-benar menyentuh hati saya. 2 minggu sebelum itu, jaraknya dengan neraka tidak lebih dari sehasta sahaja tetapi setelah beliau memeluk Islam jarak beliau dengan  syurga menjadi begitu dekat.  Takdir Allah menjemputnya dalam keadaan dosa beliau bertahun-tahun melakukan amalan ahli neraka terhapus begitu sahaja.”

Daripada seorang yang bertahun-tahun syirik dan kufur dengan Allah tiba-tiba di saat-saat akhir hidupnya beliau menerima hidayah dan beriman dengan Allah. Paling manis sekali ialah bila beliau pergi menghadap Allah dalam keadaan kepercayaan dan aqidah yang teguh dengan Islam. Walaupun cuma 2 minggu dan tidak sempat belajar banyak mengenai bagaimana menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim, namun kita yakin rahmat dan kasih sayang Allah itu besar untuk menganugerahkan syurga kepada arwah.

Kisah Ustaz Farid Ravi mengingatkan saya kepada kisah tukang sihir Firaun yang hanya sempat beriman beberapa minit sahaja sebelum dihukum mati oleh Firaun.

Kesimpulannya, amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat.

Boleh jadi sepanjang kehidupannya dia banyak melakukan kebaikan tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Inilah yang kita takutkan.

Mungkin ada yang akan bertanya, kalau begitu, apa perlunya kita melakukan amalan soleh jika nasib kita di akhirat telah pun ditentukan Allah?

Sebenarnya tidak !

Penentuan nasib kita di akhirat kelak adalah atas rahmat Allah dan rahmat Allah kepada kita bergantung kepada amalan yang kita lakukan ketika hidup di dunia.

Kita perlu melakukan amal soleh semaksima mungkin kerana itu adalah jalan-jalan orang yang bahagia di sisi Allah. Rasulullah saw bersabda :

“Tidak ada seorang dari kamu melainkan tempat duduknya dari neraka dan tempat duduk dari syurga. Lalu mereka bertanya: Ya Rasulullah! Kalau begitu maka apakah kami berserah sahaja kepada tulisan kami (takdir) dan kami tinggalkan amal? Rasulullah bersabda: Beramalah kamu, maka semuanya akan dipermudahkan kepada apa yang telah dijadikan baginya. Ada pun orang dari golongan bahagia maka ia akan beramal dengan amal golongan bahagia. Dan orang yang dari golongan celaka maka ia akan beramal dengan amal golongan celaka.

Manakala di dalam Surah Al-Lail (5-10) pula Allah berfirman:

 Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya); serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya; serta dia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan.

Ya, Allah akan memudahkan jalan-jalan kita ke syurga sekiranya segala amalan yang kita lakukan dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, penuh tawadhuk dan mengharapkan keredhaanNya.

Dalam masa yang sama, janganlah terlalu yakin bahawa amal kebajikan kita sudah banyak dan sudah melayakkan kita meraih syurga kerana kita tidak tahu apakah Allah telah menerima semua amalan tersebut. Buangkan jauh-jauh perasaan riak, ujub (kagum dengan diri sendiri) dan ghurur kerana perasaan-perasaan sebegini boleh merosakkan amalan sekaligus menghijab atau menghalang kita daripada mendapat rahmat Allah.

Rasulullah saw mengajar umatnya supaya berdoa :

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati manusia! Tetapkanlah hatiku atas agamaMu.”

Berdoa agar kita ditetapkan di atas ketaatan kepadaNya. Berdoa agar hati kita tidak berubah dan terjerumus ke dalam lembah maksiat lagi hina di saat-saat akhir kehidupan kita. Berdoa agar khatimah atau kesudahan hidup kita berakhir dengan penyudah yang baik. 
“Wahai Tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati-hati kami, setelah engkau berikan petunjukMu kepada kami, Berikanlah kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.”
 Ada 2 perkara penting:
 
Minta tetap iman
Minta rahmat !!!
 
Tiba-tiba hati saya terdetik !!!!
 
Di manakah kedudukan saya di sisi Allah pada ketika ini?
 
Sehasta dari neraka atau sehasta dari syurga ????
 
Mari merenung dan muhasabah diri!!!!!
  
 Abu Wafi, Putrajaya
 

Siapalah kita

Posted: January 15, 2010 in Tazkiyatunnafs

Saya suka membanding-bandingkan diri saya dengan orang lain dan saya pasti orang lain juga begitu.

Saya suka membandingkan diri saya dengan orang kaya yang rumahnya besar, keretanya besar, tanahnya luas, kebunnya banyak, simpanan wangnya di bank banyak dan keluarganya bahagia.

Saya suka membandingkan diri saya dengan CEO yang bertaraf ‘billionaire’ dan kadangkala berangan-angan ingin menjadi seperti mereka dan mengikut jejak langkah mereka kerana bagi saya mereka telah menemui puncak kebahagiaan yang hakiki di dunia ini.

Saya juga suka membaca kisah-kisah kejayaan hidup mereka dan cabaran yang mereka hadapi dalam mencapai cita-cita besar mereka.

Saya juga pernah bercita-cita untuk mengumpul RM1 juta sebaik sahaja mencecah umur 30 tahun kerana saya yakin bahawa duit yang banyak itu adalah permulaan untuk kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Saya juga pernah mengeluh dan merasa sedih bila gagal mengikuti jejak langkah mereka. Pernah juga saya bertanya kepada diri kenapa saya tidak boleh jadi seperti mereka atau kenapa saya tidak dilahirkan di dalam keluarga yang kaya raya kerana itulah kebahagiaan yang saya impi-impikan.

Bila melawat rumah-rumah orang kaya di sekitar KL saya selalu merasa kagum dan berkata kepada diri saya;

“Bilalah aku dapat duduk di rumah sebesar ini? “

Timbul perasaan sedih mengenang nasib diri yang tidak dapat menandingi mereka sehingga ada kalanya timbul rasa tidak puas hati.

Saya juga suka membandingkan diri saya dengan artis popular seperti Mawi atau beberapa nama besar lain dalam industri hiburan. Alangkah indahnya kalau saya dapat jadi se’glamour’ dan sepopular mereka. Pergi ke sana sini disambut peminat dan menjadi kegilaan ramai. Saya terus berangan-angan untuk menjadi seperti mereka walaupun saya tahu saya tidak akan sampai ke sana.

Saya yakin dan saya pasti bahawa bukan saya seorang sahaja yang pernah berperasaan seperti itu kerana lumrah manusia suka melihat kejayaan manusia berasaskan faktor kekayaan dan  harta benda yang dimiliki.

Memang tabiat manusia yang suka membandingkan diri dengan orang lain di sekeliling kita. Hatta ibu bapa sendiri pun suka membandingkan pencapaian anak dengan anak yang lain. 

Tetapi pernahkah kita membandingkan diri kita dengan orang-orang soleh yang telah mendahului kita.

Pernahkah kita membandingkan diri kita dengan kehidupan Rasulullah saw dan para sahabat yang serba kekurangan tetapi dalam masa yang sama berjaya mencipta sejarah yang hebat ?

Pernahkah kita membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan Umar Abdul Aziz, Hassan Al- Basri, Uwais al-Qarni atau Rabiatun Adawiyah serta generasi salafusoleh di sepanjang zaman?

Pernahkah kita cuba mencontohi mereka?

Pernahkah kita berusaha untuk menjejaki hidup mereka?

Pernahkah kita menjadikan mereka sebagai idola hidup kita?

Pernahkah kita meletakkan sasaran hidup kita mahu berjaya seperti mereka?

Merebut dunia yang sedikit dengan seadanya dan meraih ganjaran akhirat yang lebih bermakna.

Pernahkah kita merasa terkilan atau kecewa kerana tidak dapat menjejaki dan mencontohi mereka?

Pernahkah semua ini terlintas di fikiran kita?

Mungkin ada yang akan berkata, mana mungkin untuk membandingkan diri kita dengan insan-insan soleh yang telah mendahului kita kerana contoh ketara kehidupan mereka tiada di hadapan mata.

Kita tidak pernah melihat bagaimana rumah Rasulullah saw di Madinah yang serba kurang dan seadanya.

Kita tidak pernah merasai dan memahami perasaan lapar baginda yang tidak pernah rasa kenyang 3 hari berturut-turut sepanjang kehidupannya.

Kita juga tidak pernah memahami perjuangan para sahabat yang menemui syahid di medan Uhud.

Kita juga tidak pernah merasai bagaimana sengsaranya Bilal bin Rabbah bila batu besar diletakkan di belakang badannya dan dijemur di tengah panas.

Kita juga tidak pernah melihat besar manakah istana Sayyidina Umar Al-Khattab kerana tiada kesan-kesan sejarah yang boleh dibangga-banggakan.

Jadi mana mungkin kita boleh membandingkan diri kita dengan mereka tanpa menelusuri sejarah kehidupan dan perjuangan mereka. Hanya dengan membaca sejarah dan sirah kita akan dapat menghayati dan memahami mereka.

Bacalah sejarah Rasulullah saw, bacalah kisah-kisah kehidupan para sahabat dan kisah-kisah para salafussoleh yang telah mendahului kita. Jika berkemampuan, apa salahnya kita melakukan ziarah ke tempat-tempat bersejarah seperti medan Uhud, Madinah dan Makkah untuk melihat sendiri dan mengambil ibrah daripada peristiwa yang berlaku.

Ketika mengikuti rombongan umrah tahun lepas, saya dibawa ke medan Uhud. Persinggahan sebentar di sini sahaja sudah membuatkan saya rasa sebak bila melihat makam syuhada’ Uhud. Saya melihat di sekeliling Uhud dan berdiri di atas bukit yang menempatkan tentera pemanah sambil membayangkan suasana peperangan ketika itu. Tambah mengharukan ialah apabila melihat ada jemaah umrah yang menangis teresak-esak ketika menadah tangan berdoa kerana mengenangkan pengorbanan Rasulullah saw dan para sahabat untuk menegakkan Islam. Kita dituntut untuk belajar daripada orang-orang yang telah mendahului kita.

Ketika  rumah baginda Rasulullah saw hendak dirobohkan bagi tujuan pembesaran dan perluasan Masjid Nabawi, seorang tabi’en terkenal bernama Hassan Al- Basri menulis;

“Ketika aku masuk ke rumah baginda aku mengangkat tangan aku dan aku dapati  tanganku mencecah ke bahagian bumbung rumah. Alangkah bagusnya kalau rumah ini dapat dikekalkan supaya generasi akan datang dapat mengambil pengajaran dan mencontohi kehidupan baginda. Pada hari itu, aku melihat dan mendengar tangisan penduduk Madinah yang begitu kuat sekali sehingga hampir kedengaran di seluruh Madinah ekoran sedih dan sayangnya mereka kepada Rasulullah saw”.

Begitu juga kisah yang menceritakan mengenai zuhudnya Rasulullah saw apabila ditawarkan oleh Allah swt untuk menjadikan Batha`atau Makkah sebagai kawasan emas yang akan memudahkan dakwah baginda. Sebaliknya baginda memilih hidup bersederhana dan bersabda:

Ya Allah aku memilih kenyang sehari dan lapar sehari.Apabila aku lapar, aku akan memohon kepadaMu dengan rendah hati dan apabila aku kekenyangan, aku bersyukur dan memujiMu. ( Riwayat Ahmad no 22244, al-Tirmizi no 2347, al-Tabarani no 7835, al-Baihaqi no 1467 , Ibnul Mubarak no 196 )

Bandingkan kehidupan baginda dengan kehidupan kita.

Bandingkan kekurangan Baginda dengan kelebihan yang ada pada kita.

Kekurangan inilah yang menjadikan mereka hebat di sisi Allah dan di mata manusia.

Hebat kerana mereka memilih untuk hidup dengan sifat qanaah, tidak melampau-lampau, zuhud, bersederhana, tidak mengejar pangkat dan harta malah menolaknya kerana tidak mahu harta itu menduduki hati mereka.

Hebatnya mereka berbanding kita !

CONTOH SEMASA

Saya pernah membaca kisah hidup As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang mati dibedil peluru berpandu tentera Israel ketika di atas kerusi roda. Beliau hidup serba kekurangan dengan hanya tinggal di sebuah flat kecil yang sering mengalami kerosakan alat pemanas. Walaupun pernah ditawarkan untuk tinggal di sebuah rumah yang selesa atas kapasitinya sebagai pemimpin HAMAS beliau menolak dan berkata;

“Aku ingin menduduki rumah yang lebih besar di syurga kelak.”

Begitu juga kisah Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin. Membaca kisah hidupnya boleh saja menumpahkan air mata. Beliau menghabiskan sebahagian besar masa kecilnya di kem-kem pelarian yang tentunya jauh bezanya dengan kehidupan kita semasa kecil. Jika ditanya, saya pasti hampir  tiada seorang pun di antara kita yang mempunyai pengalaman tinggal di kem-kem pelarian. Justeru, saya hanya boleh membayangkan kesengsaraan yang ditanggung oleh beliau sejak kecil yang hidup dengan di kelilingi dawai berduri. 

Tetapi Syeikh Ahmad Yassin dan Ismail Haniyeh muncul sebagai seorang tokoh yang dikagumi dan disegani ramai khususnya dunia Islam. Mereka hebat kerana menjadikan akhirat sebagai sasaran terakhir hidup mereka.

 Mereka hebat kerana mereka melihat dunia ini kecil dan akhirat itu besar.

Justeru, mari bandingkan hidup kita dengan mereka semua.

Siapalah kita berbanding mereka.

Berusahalah untuk sedih kerana tidak mampu menjadi seperti mereka.

Berusahalah untuk  sedih kerana iman kita lemah berbanding mereka.

Berusahalah  untuk sedih kerana jauhnya kita dari mereka.

Bandingkan kesusahan mereka dengan kesenangan kita.

Bandingkan amalan kita dengan amalan mereka.

Bandingkan kualiti solat kita dengan solat mereka.

Berapa kali pula kita bangun bertahajud di tengah malam yang sunyi berbanding mereka.

Bandingkan dan bersedihlah jika kita tidak dapat mengatasi mereka dalam hal-hal ukhrawi yang kekal abadi.

Mudah-mudahan dengan perasaan sedih dan rendah diri itu akan membantu kita memperbetulkan dunia kita yang semakin hari semakin tersasar.

Kecilkan pandangan kamu kepada dunia, besarkan pandangan kamu kepada akhirat. Nescaya kamu sedang menghampiri mereka.

Abu Wafi, Putrajaya

Pic Ishafizan Ishak

Convert atau Revert?

Posted: January 19, 2010 in Umum

Saya mempunyai seorang kawan berbangsa Cina. Pada suatu hari beliau memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang perempuan Melayu. Saya yang terkejut merasa bersyukur dan berharap mudah-mudahan beliau kekal dengan Islamnya itu.

Saya juga mempunyai seorang kawan berbangsa Cina semasa di universiti dahulu. Namanya, Chow seorang yang sangat rapat dengan saya. Minatnya terhadap Islam cukup mendalam apabila beliau turut sama mempelajari Islam malahan mengambil subjek Syariah dan Bahasa Arab. Beberapa tahun selepas graduasi, saya diberitahu bahawa beliau telah memeluk Islam dengan memakai nama Norman bin Abdullah setelah yakin dengan pencariannya selama ini.

Kawan saya ini menceritakan insiden beliau kerap ditanya oleh sesiapa sahaja termasuk semasa sesi temuduga yang sangsi dengan nama dan wajah beliau.

“Awak  ni bangsa apa”

“I convert” jawab kawan saya itu.

Itulah jawapan standard yang selalu sangat diberikan oleh kawan saya ini. Istilah convert yang beliau gunakan sekaligus menutup mulut mereka yang bertanya dan menjawab semua persoalan yang bermain di fikiran mereka.

Istilah ‘convert’ sudah menjadi terlalu sinonim dengan mereka yang menukar agama terutamanya kepada saudara baru atau mualaf Islam. Saya pernah terfikir sama ada istilah yang digunakan ini tepat dan benar mengikut konteks Islam. Definisi di dalam kamus pada pandangan saya hanya mentakrifkan dari sudut istilah sahaja sedangkan pemahaman dari sudut makna selalunya tersasar. Lantas saya mencari istilah ini di dalam kamus Farlex iaitu:

1. To change (something) into another form, substance, state, or product; transform: convert water into ice.

2. To change (something) from one use, function, or purpose to another; adapt to a new or different purpose: convert a forest into farmland.

3. To persuade or induce to adopt a particular religion, faith, or belief: convert pagans to Christianity; was converted to pacifism by the war.

Berdasarkan definisi ini, istilah convert memang diterima pakai untuk menggambarkan penukaran sesuatu kepercayaan seseorang individu dari A kepada B dan sebaliknya.

Saya juga terfikir mungkinkah istilah ‘revert’ lebih sesuai digunakan bagi menggambarkan penukaran kepercayaan dari agama lain kepada Islam.

Kamus Farlex mentakrifkan “revert” :

1.   To return to a former condition, practice, subject, or belief.

Jika boleh saya definisikan, revert bermakna kembali ke asal atau berpatah balik ke titik mula kehidupan kita. Jika kita sedang berjalan maka kita akan berpatah balik ke belakang. Timbul persoalan, kenapa perlu ada revert dalam kehidupan manusia?

Kenapa dalam keadaan tertentu manusia perlu berpatah balik ke belakang ? Tidakkah ini menggambarkan sesuatu yang mundur bagi seseorang itu?

Kerana untuk menunjukkan bahawa manusia ini tidak sunyi dari melakukan kesilapan  dan justeru itu, manusia perlu kembali ke pangkal jalan bagi memperbetulkan keadaan.

Sesungguhnya ada perbezaan besar antara istilah convert dan revert.

Walaupun, istilah convert digunakan dengan meluas tetapi istilah revert saya rasa paling tepat dan sesuai untuk insan-insan yang memilih Islam sebagai agama baru mereka.

Revert bermakna kepulangan seseorang ke pangkal jalan. Seseorang yang memeluk Islam atau yang menukar kepercayaannya dari yang lain kepada Islam bermakna beliau telah menemui jalan pulang. Jika selama ini, beliau tersesat di dalam kegelapan, maka Islam adalah cahaya yang membawanya keluar dari kegelapan tersebut. Justeru, gunakanlah istilah revert yang lebih cantik dan manis.

Revert juga menggambarkan nikmat Allah yang cukup besar kepada seseorang manusia yang menemui jalan pulangnya.

Lebih kuat lagi bila saya terjumpa blog bertajuk Musing of Muallaf ini tahun lepas. Aliya penulis blog ini mendefinisikan latar belakang beliau sebagai:

I’m a Muslim revert. This blog is about my journey into Islam, the troubles I had faced to be a muslim, and my life and thoughts after becoming one.

Beliau menggunakan istilah revert untuk dirinya dan kawan-kawan yang memilih Islam sebagai cara hidup dan meninggalkan cara hidup lama yang penuh jahiliah. Blog ini sangat baik untuk dibaca dan diambil pengajaran kerana menceritakan pengalaman beliau selama hampir 3 dekad beliau berada di dalam kegelapan.

Saya terfikir sebagai seorang yang dilahirkan Muslim sejak kecil adakalanya kita juga perlu menekan butang ‘pause’ lalu ‘revert’ jika tiba-tiba perjalanan kita jauh tersasar dari mencari keredhaan Allah. Lebih-lebih lagi jika tersasar jauh sehingga terjerumus dalam perkara maksiat yang dimurkai Allah.

Revert bukan untuk Muallaf sahaja, revert juga perlu untuk kita semua.

Kembali ke pangkal jalan ! Revert ! Revert!

Abu Wafi, Putrajaya

 

Pic Source: Ishafizan

Anak-anak kita

Posted: January 21, 2010 in Suara Hati

Anugerah paling berharga

Petang semalam usai kerja, saya membawa anak ke Klinik Kesihatan. Batuk Wafi tidak mahu reda malah bertambah kuat. Sampai di klinik lebih kurang pukul 5.50 petang. Saya bukannya biasa sangat datang ke sini namun Wafi kelihatan lebih tahu dari saya. Sesampainya kami di sana, dia menunjukkan kaunter untuk pendaftaran, ambil kad, scan pendaftaran, bilik doktor dan farmasi. Memang cekap kerana dia selalu sangat ke sini mendapatkan rawatan bersama isteri saya.

Saya menunggu di ruang menunggu untuk pesakit. Nombor giliran 1090 dan ada lebih kurang 10 pesakit di hadapan kami. “Mungkin tak lama lagi” bisik hati kecil saya.

Semasa menunggu ada satu pasangan suami isteri yang duduk berhampiran kami. Suami dan isteri dalam lingkungan lewat usia 40-an. Mereka ada 4 orang anak perempuan dalam lingkungan belasan tahun semuanya. Saya memerhatikan gelagat mereka anak beranak. Perbualan mereka, pergaulan mereka bersama ayah dan ibu sehinggalah mereka meninggalkan kami sebaik sahaja selesai mendapatkan rawatan doktor.

“4 orang anak perempuan, macam mana tu” bisik hati saya.

Kami masih di situ menunggu giliran untuk dipanggil masuk. Jam menunjukkan pukul 6.20 petang.

Tidak lama kemudian sebuah keluarga datang dan duduk berhampiran kami. Sepasang suami isteri dengan 4 orang anak yang masih kecil. Anak sulung mereka saya kira sebaya dengan anak saya Wafi manakala yang bongsu mungkin sebaya dengan anak ketiga saya Fawwaz berumur 2 tahun. Mereka melompat-lompat dan berlari-lari di situ. Agak terganggu juga namun perhatian saya masih tertumpu pada mereka. 4 orang anak lelaki masing-masing dengan kerenah tersendiri.

4 orang anak lelaki, macam mana tu” bisik hati saya.

Tiba-tiba saya terfikir. Sebentar tadi sebuah keluarga dengan 4 orang anak perempuan manakala kini sebuah keluarga dengan 4 orang anak lelaki. Seperti ada satu mesej yang ingin disampaikan kepada saya.

Bila datang keluarga dengan semua anak perempuan, saya terfikir sudah tentu pasangan suami isteri tersebut menginginkan seorang anak lelaki. Begitu juga dengan pasangan kedua dengan 4 orang anak lelaki, tentunya mereka mengidamkan seorang anak perempuan. Dan saya membandingkan diri saya dengan mereka, mungkinkah saya akan mengikuti jejak salah satu dari pada keluarga ini atau sebaliknya.

Saya yang sudah mempunyai 3 orang anak lelaki tentu saja kepingin seorang anak perempuan. Namun Allah belum mengurniakan rezeki yang saya harap-harapkan itu.

Malam itu, saya membuka Al-Quran sambil memerhatikan terjemahannya. Saya membaca Surah As-Syura ayat 49 – 50 yang bermaksud:

Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. [49]

Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya – anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha berkuasa. [50]

Hati saya berdetik, benar-benar sama seperti pengalaman yang saya alami petang tadi. Perhatikan ayat-ayat itu, Allah berkuasa untuk mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakkinya, Allah juga berkuasa untuk mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakinya, begitu juga Allah berkuasa untuk memberikan kedua-duanya sekali malahan Allah juga berkuasa untuk tidak memberikan anak langsung kepada sesiapa yang dikehendakinya. Sungguh cantik ayat ini dan bagi sesiapa yang mahu mengambil pengajaran bahawa kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Saya diberi contoh 2  buah keluarga masing-masing dengan 4 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan. Saya juga telah banyak kali bertemu dengan mereka yang mempunyai anak perempuan dan lelaki di dalam keluarga mereka. Saya juga pernah bertemu dengan pasangan yang sehingga kini belum mempunyai anak walaupun telah mendirikan rumahtangga selama 22 tahun. Dan mereka yang saya jumpa ini kelihatan cukup bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Pelajaran yang saya perolehi hari ini, bersyukurlah dengan apa yang ada. Redhalah atas apa sahaja pemberianNya.

Bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan kepada kita walaupun mungkin tidak yang seperti kita harapkan dan kita hajatkan.

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua. Dia mengurniakan ‘kepada sesiapa yang dikehendakiNya’.

Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya.  [As-Syura:36]

Mungkin Dia mengkehendaki saya mempunyai anak-anak lelaki sahaja.

Mungkin juga Dia mengkehendaki saya mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan.

Pastinya, apa yang dikurniakan Allah kepada kita hanyalah pinjaman dan kesenangan yang bersifat sementara. Sesungguhnya nikmat di akhirat itu adalah lebih kekal dan bermakna bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran.

Abu Wafi, Putrajaya.

 

 

Ku Mencintaimu

Posted: January 27, 2010 in Tazkiyatunnafs

Ringkasan Syarah Kitab Hikam oleh Dr Zulkifli Al- Bakri, Masjid Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Ada 3 sebab mengapa manusia melakukan ibadah:-

Pertama, Manusia melaksanakan ibadah kerana takutkan siksaan Allah di hari akhirat. Beribadah kerana takutkan neraka yang panas. Ngeri dengan siksaan neraka yang dasyat, lantas memotivasikan manusia untuk terus menerus melakukan amal soleh kepada Allah secara istiqamah.

Kedua, beribadah kerana inginkan syurga Allah. Beribadah kerana ingin merebut laba di hari akhirat. Ibadah jenis ini adalah seumpama ibadah golongan korporat atau ahli perniagaan yang melaburkan sejumlah wangnya untuk mendapatkan keuntungan di kemudian hari. Bezanya, pelaburan yang dilakukan oleh golongan ini adalah dalam bentuk amal soleh di dunia dan hasilnya akan dituai di hari akhirat.

Awan yang cantik, syurga beribu-ribu kali cantik

Tiada salahnya dan tidak menjadi masalah untuk kita semua beribadah kerana didorong oleh kedua-dua faktor ini asalkan nawaitunya kerana Allah.  Ngeri dengan siksaan di neraka, takut dengan kemurkaan Allah menjadi pemangkin untuk membentuk jiwa kita menjadi mukmin yang sejati. Mendambakan syurga Allah juga tidak menjadi kesalahan kerana di situlah kampung halaman kita sebenarnya. Syurga adalah janji balasan Allah kepada hamba-hambanya yang mentaatinya. Mendambakan kehidupan indah di syurga akan memotivasikan kita untuk beramal soleh.

Tetapi, kategori yang ketiga ini adalah yang terlebih baik jika kita boleh mencapainya. Tahap yang paling sukar untuk dicapai oleh kebanyakan daripada kita kecuali golongan ‘muhibbin’ iaitu mereka yang dikasihi dan dipilih oleh Allah.

Beribadah kerana cintakan Allah. Contoh paling dekat ialah Rasulullah saw. Meskipun baginda telah dijamin syurga oleh Allah, namun ibadah baginda tidak pernah berkurangan malahan semakin meningkat dan konsistent dari sehari ke sehari. Malamnya dipenuhi dengan solat-solat sunat yang berpanjangan dengan bermunajat kepada Allah. Baginda begitu tekun sekali beribadat kerana Allah sehingga pernah ditegur oleh isteri baginda  A’isyah r.a:

“Bahawa Nabi s.a.w telah mendirikan sembahyang hingga pecah-pecah telapak kaki baginda. Maka baginda ditanya: Mengapa engkau menyusahkan diri dengan ini semua? Sedangkan Allah telah mengampuni segala kesalahanmu samada yang telah lalu ataupun yang akan datang, baginda menjawab: Tidak bolehkah aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur!

Begitulah jawapan baginda yang sungguh merendah hati dan penuh tawadhuk. Baginda melakukan bukan semata-mata kerana syurga Allah, tidak juga kerana takutkan balasan neraka bahkan Baginda melakukan kerana perasaan cinta dan rindu pada Allah yang sentiasa membuak-buak di dalam jiwa.

Rasulullah saw juga sentiasa menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar bagi memohon keampunan Allah. Walaupun dosa baginda telah pun terampun namun baginda masih terus melafazkan istighfar tidak kurang 70 kali sehari semalam.

Antara tanda-tanda orang yang telah mencapai tahap ketiga ini ialah apabila dia sentiasa rindu untuk bertemu Allah di sepanjang waktu. Dia akan sentiasa tertunggu-tunggu waktu solat dari satu waktu ke satu waktu bagaikan seorang kekasih yang tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan buah hatinya. Selesai sahaja waktu Zohor dia akan ternanti-nanti pula untuk menunaikan solat Asar, Maghrib, Isyak’, Subuh dan seterusnya sehinggalah beliau pergi menemui Penciptanya buat selama-lamanya. Manusia dalam kategori ini akan sentiasa merasa gelisah dan keluh kesah menanti waktu solat kerana solat adalah saat yang paling indah untuk dia bercakap-cakap dengan Allah dengan penuh khusyuk dan tenang. Malahan dia akan bersiap sedia lebih awal menunggu waktu tibanya solat fardhu tanpa menunggu azan berkumandang. Alangkah indahnya jika kita dapat sampai ke tahap ini.

Menurut Dr.Zulkifli lagi insan-insan seperti ini sangat sukar untuk dicari di dalam zaman yang serba canggih ini. Mungkin mereka ini ada di kalangan kita atau mungkin juga mereka ini tiada lagi di kalangan kita. Beruntunglah jika kita dapat bertemu dengan insan-insan seperti ini.

Saya dapat membuat kesimpulan bahawa perasaan rindu dan cinta ini lahir kerana mereka merasa lazat dengan ibadah yang mereka jalani. Sebagai contohnya, mereka merindukan waktu solat kerana solat mereka sungguh khusyuk dan mendamaikan. Mereka rindu untuk berwuduk kerana wuduk mereka sungguh sempurna dan menggugurkan dosa-dosa mereka. Mungkin ini antara sebab utama mengapa perasaan cinta itu lahir dalam diri mereka sehingga gambaran keseronokan syurga dan kedasyatan neraka hilang dari pandangan mereka kerana asyik dan khusyuknya mereka.

Muhasabah dan ‘evaluate’ di mana kedudukan kita pula.

Teringat saya pada nama-nama besar dalam sejarah Islam

Teringat saya pada Rabiatun Adawiyyah..

Teringat saya pada Hassan Al-Basri

Teringat saya pada Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Teringat saya kepada Imam Syafie

Insan-insan terpilih.

Marilah sama-sama kita berusaha ke arah itu. Kita beribadah kerana  mengharapkan syurga Allah, juga kerana kita  takutkan azab api neraka, tetapi dalam masa yang sama kita juga merasa terlalu rindu dan cintakan Allah. Berusahalah supaya perasaan itu datang singgah dalam diri kita biarpun sekejap cuma kerana perasaan itu tentunya indah.

Kata Ibn Ato’illah As-Sakandari:

“Cinta yang agung ialah apabila seseorang itu berjaya mengusir perasaan cintanya kepada makhluk dari hatinya dan menempatkan cinta kepada Allah sebagai kecintaan yang hakiki dalam hatinya”.

Moga bermanfaat

Abu Wafi

Photo: Ishafizan

 

Redha siapa yang dicari

Posted: February 4, 2010 in Tazkiyatunnafs

Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan. (Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari)

Saya sungguh terkesan dengan Hikmah yang dipetik dari Kitab klasik Al-Hikam tulisan ulama sufi terkenal Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari. Hikmah ini mengingatkan saya kepada sebuah hadith yang dijadikan tajuk buku karangan ulama kontemporari terkemuka Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni dalam salah sebuah bukunya bertajuk “Ihfazillah ha yahfazuka” terjemahannya “Jagalah Allah nescaya Allah akan menjagamu”.

Dari Ibnu Abbas RA, berkata: Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon maka mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan mudarat ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukan melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah.”                                                    

Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni mengupas hadith ini dengan terperinci dan cukup mengesankan jiwa sesiapa sahaja yang menekuninya. Kupasan hadith ini sungguh mendalam, sarat dengan nasihat ulama, kisah-kisah insan soleh, kisah-kisah manusia derhaka kepada Allah, wali-wali Allah, bentuk-bentuk pertolongan Allah dan macam-macam lagi.

Sesungguhnya terdapat persamaan antara mutiara kata Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari dan hadith ini. Hikmah Syeikh Atoillah menyentuh mengenai sikap sesetengah manusia di kalangan kita yang ghairah mencari redha manusia. Mereka melakukan sesuatu pekerjaan semata-mata untuk memuaskan hati orang lain. Lebih-lebih lagi jika orang tersebut adalah manusia yang berpengaruh dan berkuasa di kalangan mereka.  Justeru, jika orang itu redha kepada mereka maka mereka akan merasa gembira dan terjamin. Sebaliknya jika orang itu membenci mereka, maka mereka akan merasa sedih dan merasa kehidupan tidak terjamin. Akhirnya mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat redha manusia sekeliling sehingga melanggar batasan-batasan Allah. Jika mereka berjaya maka kejayaan mereka diukur dengan puji-pujian yang mereka terima dari masyarakat sekeliling sedangkan redha dan murka Allah mereka ketepikan.

Manakala orang yang menjalani kehidupan semata-mata untuk meraih redha Allah adalah orang yang paling beruntung sebenarnya. Mereka menjalani kehidupan dengan meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah.  Bagi mereka redha Allah mengatasi segala-galanya kerana redha manusia itu tidak sampai ke mana cukup sebatas dunia ini sahaja. Puji-pujian manusia juga tidak akan kekal lama kerana akan lenyap ditelan masa. Bagi mereka, murka Allah lebih ditakuti daripada kemarahan dan kebencian manusia. Inilah sikap orang-orang yang beruntung.

Misalnya, ditakdirkan di tempat saya ada berlaku satu pesta minum arak oleh muda-mudi bagi meraikan kedatangan Hari Valentine. Sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab kepada agama, saya mengambil langkah mencegahnya dengan memberi nasihat kepada pelaku-pelaku maksiat tersebut. Rupa-rupanya tindakan pencegahan saya tidak disenangi oleh masyarakat sekeliling. Mereka sama sekali tidak dapat menerima tindakan amar ma’ruf nahi mungkar yang saya lakukan. Bagi mereka perlakuan yang saya anggap maksiat atau dosa besar itu telah diterima sebagai satu norma-norma kehidupan masyarakat setempat. Maka jadilah saya seperti seekor kera sumbang yang tidak mempunyai kawan kerana dipulau oleh masyarakat sekeliling.

Tetapi saya mempunyai keyakinan penuh bahawa tindakan saya ini mendapat keredhaan Allah kerana saya telah pun menjaga hak-hak Allah sebagai mana yang dianjurkan oleh hadith di atas biarpun orang di sekeliling membenci, mengumpat dan mencela dengan pandangan bahawa saya kolot dan konservatif. .

Dan jika mereka semua bersepakat dan bersatu hati untuk mendatangkan kemudaratan kepada saya melalui pelbagai tindak balas, maka ketahuilah bahawa mereka semua tidak akan mampu melakukan apa-apa jika tidak diizinkan Allah.

Itulah antara contoh yang dapat saya ketengahkan untuk menggambarkan bagaimana hikmah Syeikh Atoillah dan hadith tersebut dapat kita harmonikan dalam kehidupan yang serba mencabar ini. Sesuatu yang bukan mudah untuk dilaksanakan namun mempunyai ganjaran besar di sisi Allah.

Sebuah hadith lagi yang bermaksud:

Dari Anas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda “Akan datang kepada  umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana mengenggam bara api.”      Riwayat Tirmizi 

Begitu juga sebuah hadith lain yang dipetik dari Kitab 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman yang disusun oleh Syeikh Abu Ali al-Banjari an-Nadwi:

Daripada Abu Hurairah ra berkata Rasulullah saw bersabda : ” Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”.

Huraian daripada kitab ini menukilkan seperti berikut:

Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat ada orang Islam yang iltizam (komited) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam akan dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan solat, maka tindakan itu dianggap tidak sopan dan kurang wajar kerana majlis masih berlangsung. Sedangkan orang yang tidak solat sambil bergurau senda ketika orang lain melakukan solat tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib Islam di akhir zaman yang akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri.

Jika kita benar-benar hidup menongkah arus, melawan kehendak orang Islam sendiri yang tidak bersetuju dan menyokong tindakan kita yang berpandukan wahyu dan sunnah Nabi saw, maka jadilah kita seperti orang yang menggenggam bara api dan orang yang berdagang.

Orang berdagang akan dianggap asing dan pelik oleh masyarakat di sekeliling kerana tidak sehaluan dengan arus semasa.

Orang berdagang akan menggengam bara api biar pun tangannya cedera kerana menahan kepanasan bara api tetapi itu sebenarnya adalah lebih baik untuknya daripada menanggung siksaan neraka di akhirat.

Mereka menanggung azab dari manusia di dunia…

Mereka menerima umpat cela dari manusia di dunia..

Mereka ditekan, ditindas, dihina oleh manusia di dunia.

Hanya kerana mereka menjaga hak-hak Allah daripada dicerobohi.Hanya kerana mereka mencari redha Allah. 

“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya  manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.” [Hadith]

Firman Allah di dalam Surah At-Taubah : 100

Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

Ukurlah kehidupan kita dengan redha Allah..

Jagalah hak-hak Allah, nescaya Dia akan menjaga kita…

Perhatian, pujian dan redha manusia tidak akan kekal lama kerana redha Allah lebih bermakna.

Abu Wafi

Photo: Ishafizan Ishak

Bahan bakar api Neraka

Posted: March 18, 2010 in Uncategorized

Tuan-tuan dan Puan,

“Untuk apa kita mempunyai anak? 

“Bersusah payah Kita membesarkan anak, menyekolahkan mereka dan memberi pendidikan setingginya tapi untuk apa semua itu, kalau jiwa mereka kosong, hati mereka gersang dengan sentuhan iman? Ilmu dunia sahaja tidak mencukupi jika tidak dibekalkan dengan ilmu mengenal Tuhan. Ilmu mengenal Tuhan juga tidak mencukupi jika mereka tidak sentiasa diperingatkan mengenai tanggungjawab mereka di dunia ini. Jika kita menyangka bahawa anak yang dianugerahkan kepada kita sekadar untuk menjadi pelengkap atau penyeri kepada rumahtangga kita, maka di situlah letaknya kesilapan kita. Kita sebenarnya cuma mempersiapkan mereka untuk menjadi bahan bakar di dalam neraka kelak.”

Saya mengusap dada. Tersentak dengan kalimat terakhir penceramah. Tidak tahu untuk menggambarkan perasaan saya. Adakah amanah yang Allah berikan kepada saya untuk memelihara dan mendidik anak seramai 3 orang itu telah saya laksanakan sebaik-baiknya.

 Jika tidak sia-sia sahaja pekerjaan saya selama ini. Jika mereka gagal menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah, menjerumuskan diri ke dalam maksiat tiada kata lain yang dapat saya ungkapkan melainkan saya telah berjaya mempersiapkan mereka untuk menjadi bahan bakar api neraka sahaja.

Sungguh mengerikan.

“Cuba Tuan-tuan fikirkan, saya mempunyai seorang anak. Saya membesarkannya dengan penuh kasih sayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Saya hantar dia ke sekolah yang terbaik di negara ini. Dia lulus cemerlang di sekolah lalu melanjutkan pelajaran ke universiti kemudiannya berjaya meraih ijazah. Dia belajar lagi sehingga memperolehi Master dan Ph.D. Dia berjaya dalam kerjayanya setelah mendapat pekerjaan yang baik dan berprestij. Setelah dia mendapat semua itu, dia mati tidak lama selepas itu.

Saya ingin bertanya kepada Tuan-tuan di mana “nilai hidup’ anak ini?

Seorang anak yang saya curahkan kasih sayang, yang saya belai, yang saya didik dengan pendidikan dunia tetapi kosong jiwa dan gersang iman mereka. Apa jadi dengannya setelah kematiannya?

Berapa ramai anak-anak muda yang hidup seperti ini? Berapa ramai bijak pandai, ilmuan dan teknokrat yang kelihatannya hebat tetapi hidup mereka tersasar dari mentaati Allah. Hidup mereka bertunjangkan hawa nafsu. Hidup mereka bermewah-mewahan dengan dunia. Mereka sedar tentang adanya hari akhirat tetapi malangnya mereka tidak sanggup untuk meninggalkan ‘life style’ yang telah sedia sebati dengan mereka.

Kita bimbang jika fenomena ini berterusan akan menyebabkan wujudnya kepincangan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Generasi muda rosak bermakna ini adalah suatu simptom bahawa generasi tua yang ada sekarang juga rosak. Generasi muda sekarang rosak bererti generasi tua yang akan datang juga akan rosak dan begitulah seterusnya.”

Ujar penceramah tadi dengan penuh semangat sekali.

Saya menarik nafas panjang. Suhu di dalam auditorium tempat berlangsungnya ceramah motivasi keibubapaan tidak terasa sejuknya melainkan panas dengan lontaran nasihat penceramah. Kalimah menyediakan anak untuk menjadi bahan bakar api neraka tidak lain ditujukan kepada mereka yang gagal dalam mendidik anak-anak hidup berteraskan iman. Inilah kata-kata ulama terkenal dari India Ali An-Nadwi bila membicarakan mengenai pendidikan anak-anak.

Saya terfikir, cukupkah usaha saya selama ini? Berbaloikah wang ringgit yang telah ditaburkan untuk mempastikan mereka mendapat pendidikan agama yang sepatutnya.

Malam itu saya ke ke sebuah masjid. Ada forum best bertajuk ” Jalan Menuju Allah”. Saya terkejut kerana isi kandungan forum hampir menyamai ceramah yang saya pergi di sebelah pagi.

Pesanan panel ; ” Jangan biarkan anak-anak anda menjadi bahan bakar api neraka”

Pesanan yang akan saya ingat sampai bila-bila. Mampukah aku ?????

Abu Wafi

Pic: Ishafizan Ishak

Bercuti di hospital

Posted: February 12, 2010 in Umum

Saya bercuti selama 3 hari kerana menemani anak yang menjalani pembedahan membuang tonsilitis di Hospital Putrajaya. Maafkan saya kerana tidak sempat mengemaskini blog ini buat sementara waktu. Baru hari ini, saya berpeluang untuk ‘update’ perkembangan terkini. Anakanda Wafi kini sedang dalam proses pemulihan di rumah. Walaupun sakit namun ayahanda tetap bersyukur Wafi mampu melalui ujian ini dengan sabar, tabah dan kuat.

Usai pembedahan

Insyallah, berkat doa ayahanda dan ibunda serta insan sekeliling yang menyayangi, anakanda Wafi akan cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa. Saya tidak nafikan bahawa walaupun ‘minor operation’ sahaja, hati kecil saya tidak dapat mengusir perasaan resah, gelisah dan bimbang. Macam-macam perkara yang bermain di fikiran saya apatah lagi setelah mendengar bermacam-macam pandangan dari orang di sekeliling saya. Isteri saya sempat mengucup wajahnya sebelum Wafi dibius dan tidak sedarkan diri. Kami menunggu di luar dengan membaca surah yassin dan berselawat sebanyak mungkin. Saya rasa pada ketika itu pergantungan kami betul-betul seratus peratus kepada Allah kerana tiada apa yang mampu saya lakukan pada ketika itu  melainkan berdoa dan terus berdoa agar semua lancar dan selamat.

Pemukiman saya selama 3 hari di hospital telah menemui banyak ibrah dan natijah yang baik untuk difikirkan bersama. Saya menemui insan-insan yang menyimpan seribu satu macam kisah duka. Alhamdulillah, mereka sudi berkongsi dengan saya. Betapa dunia yang kita fikir indah selama ini, sebenarnya tidak seindah dan secantik yang kita gambarkan. Ramai lagi insan di luar sana yang tidak bernasib baik seperti kita. Pemukiman ini adalah sesuatu yang diatur oleh Allah untuk saya belajar dan menilai kembali diri yang sentiasa leka dengan dunia yang sementara.

Di saat-saat getir ini..

terasa diri begitu kerdil dan lemah.

Tiada upaya diri melainkan bergantung kepada Allah !!!

Abu Wafi

Dan hujan pun turun

Posted: February 19, 2010 in Umum

Setelah bumi kegersangan sejak beberapa hari, 2 hari lepas hujan turun dengan lebatnya. Gembiranya saya melihat pokok pisang di belakang rumah dibasahi air hujan yang turun mencurah-curah. Begitu juga pokok inai yang telah layu daunnya akibat dipanahi terik cahaya matahari. Saya akui cuaca sejak kebelakangan ini cukup panas membahang. Malahan di sebelah malam juga panas sehingga badan berpeluh. Sesekali timbul rasa kurang selesa dengan cuaca panas yang sedikit sebanyak mengganggu fokus terhadap aktiviti harian dan kehidupan.

Dunia sudah mengalami apa yang dipanggil sebagai fenomena ‘global warming’ atau pemanasan global. Namun itu hanyalah dapatan saintifik pakar-pakar untuk menjelaskan situasi yang sedang berlaku di dunia sekarang ini. Cuaca sudah jadi tidak menentu dan sukar diramalkan. ‘Allignment dan balancing’ alam ini sudah lari jauh kata seorang rakan saya. Saya masih ingat ketika di zaman persekolahan sekitar tahun 1980-an dahulu, musim-musim hujan dan panas boleh diramalkan dengan begitu konsistent dan hampir tepat. Contohnya, bulan 12 musim tengkujuh dan banjir di sebelah Pantai Timur. Namun kini, tidak begitu lagi. Hujan turun  tidak mengira musim lagi. Terkadang panas berpanjangan sehingga bulan Disember menyebabkan empangan surut dan kolam air kering.

Saya membaca berita semalam dan hari ini. Cuaca panas yang ekstrim ini menyebabkan beberapa empangan utama di negeri-negeri surut dengan drastiknya. Di utara tanahair suhu panas dikatakan mencecah 36 darjah celcius dan jika fenomena ini berterusan akan menyebabkan gangguan kepada kehidupan manusia seharian.

Pagi ini saya bersarapan dengan seorang kawan lama. Beliau juga membangkitkan perkara ini. Cuaca di Malaysia khususnya sudah tidak boleh diramalkan lagi. Malahan pola banjir yang berlaku juga sudah tidak terjangka kerana boleh berlaku secara tiba-tiba dan bila-bila masa. Berbanding pada tahun-tahun 1970-an dan 80-an kejadian-kejadian seperti banjir dan kemarau panjang boleh diramalkan mengikut trend. Namun kini tidak lagi begitu. Alam seakan-akan sudah tidak mesra lagi dengan penghuninya. Mungkin ada silap di mana-mana.

Segalanya telah jauh berubah. Semua yang berlaku mesti ada sebab musababnya dan yang pasti salah satu musababnya adalah dari manusia itu sendiri.

Saya kepada kata-kata Sayyidina Ali k.w.j bahawa semua kejadian yang  yang berlaku di atas muka bumi ini seperti bencana alam adalah akibat dosa-dosa manusia. Mungkin kelihatannya seperti tiada kaitan jika dianalisa dari sudut pandangan zahir, kerana apa kaitan antara dosa, maksiat dengan alam. Terlalu ‘remote’ untuk dikaitkan. Namun pandangan dengan mata hati menzahirkan sebaliknya. Berlakunya semua fenomena dan perubahan pada alam ini adalah ekoran tingkah laku manusia itu sendiri. Mungkin disebabkan pembangunan atau aktiviti urbanisasi yang tidak terkawal sehingga merosakkan ekosistem alam. Mungkin juga disebabkan maksiat yang terlalu bermaharajalela. Mungkin juga akibat perilaku manusia yang melakukan jenayah tanpa perikemanusiaan. Mungkin kerana manusia terlalu memandang mudah dengan dosa-dosa yang dilakukan, seperti menghalau lalat yang hinggap di atas batang hidung.

Tingkah laku manusia kebelakangan ini ternyata mengecewakan. Manusia menjadi semakin jahiliah malahan lebih jahiliah dari zaman sebelum kedatangan Islam. Bayi bukan lagi dibuang malahan dibakar di tempat pambakaran sampah. Bayi tidak lagi ditanam hidup-hidup sebaliknya dijadikan santapan sang semut di tempat-tempat terbiar. Betapa manusia semakin hilang pertimbangan dan iman.

Saya tidak menghukum semua orang seperti itu tetapi kejadian kebelakangan ini teramat-amat mengguris hati saya. Kenapa ada segelintir manusia yang sanggup bertindak sekejam itu. Mungkinkah apa yang berlaku sekarang ini adalah tindakbalas Pencipta kepada kita???

Teringat saya pada petikan lirik lagu puisi  Ebiet G. Ade bertajuk ‘Berita Kepada Kawan’

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

Sesungguhnya Tuhan tidak pernah bosan dengan manusia cuma manusia sahaja yang tidak pernah bosan melakukan kesalahan demi kesalahan.

Justeru, marilah bermuhasabah diri. Mungkin apa yang berlaku kebelakangan ini berpunca dari tindak tanduk kita sendiri tanpa kita menyedarinya.

Abu Wafi

Pic: Ishafizan Ishak

Rasul yang kucintai

Posted: February 27, 2010 in Umum

Khamis, 25 Februari 2010, usai pejabat saya bersama sahabat saudara Hanafe bergegas ke masjid Al-Falah USAJ-9  untuk meraikan sambutan maulidurasul yang diadakan di masjid berkenaan.

7.35  mlm : Tiba di perkarangan masjid. Tempat parking penuh namun kami dapat tempat walaupun  sedikit tersorok dengan bantuan petugas RELA yang mengawal lalulintas. Solat Maghrib.

Usai solat maghrib majlis dimulakan dengan lantunan selawat diba’ie dari uku yang dibekalkan oleh pihak masjid. Suasana di masjid bergema dengan selawat-selawat yang memuji Rasulullah saw. Majlis dipimpin oleh Syeikh Fahmi Zam Zam dengan kehadiran kumpulan nasyid dari Banjarmasin, Indonesia.

Selain itu, kumpulan nasyid berkenaan turut mengalunkan qasidah dan burdah memuji-muji baginda Rasulullah saw.

9.50 : Majlis diteruskan dengan tausiyah dari Habib Adnan Taha l-Hadad(gambar di atas) ulama keturunan Rasululah saw yang didatangkan khas dari Jeddah. Turut hadir ayahanda beliau. Begitu banyak sekali pesanan-pesanan yang disampaikan oleh beliau yang dipetik dari hadith-hadith sahih.

Antara yang tidak dapat saya lupakan dari tausiyah yang disampaikan oleh Habib Adnan adalah mengenai keperluan untuk kita menanamkan rasa kasih dan cinta (mahabbah) kepada junjungan besar Rasulullah saw. Manusia agung yang dikasihi Allah melebihi para anbiya’ yang lain. Menurut Habib Adnan lagi, Rasulullah adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah yang diturunkan di muka bumi ini untuk membawa cahaya atau dhiya atau hidayah ke seluruh alam buana. Lahirnya menyebabkan terpadamnya api Kerajaan Parsi yang telah menyala 100 tahun lamanya. Lahirnya menyebabkan terzahirnya cahaya putih di sekitar kota Makkah. Lahirnya membawa rahmat kepada seluruh umat manusia. Keluarnya kita dari kegelapan kepada nur atau cahaya yang memimpin kita menuju rahmat Allah.

Baginda juga dikurniakan kelebihan yang tidak dikurniakan kepada para anbiya’ yang lain. Ketika perbicaraan di mahsyar hendak dimulakan, baginda akan sujud di bawah arasy sehinggalah diperintahkan oleh Allah supaya bangun kerana perbicaraan akan dimulakan. Baginda boleh memberi syafaat kepada sesiapa sahaja yang baginda kehendakki bergantung kepada dekatnya seseorang itu kepada baginda semasa hayatnya. Jika semasa hayatnya dia sentiasa mengingati baginda dengan mengikuti segala sunnahnya dan berselawat ke atas baginda, insyallah baginda akan hampir dengan orang itu dan tidak mustahil baginda akan memberikan syafaatnya.

Umat baginda juga dikurniakan kelebihan berbanding umat-umat yang lain. Umat-umat lain tidak akan melalui titian sirat sehinggan umat Muhammad saw selesai melintasinya. Malahan umat Muhammad saw adalah majoriti penghuni syurga berbanding umat-umat yang lain. Begitulah istimewanya kedudukan baginda di sisi Allah. Tiada manusia lain yang setanding dengannya.

Sesekali bila Habib Adnan menyentuh mengenai perjuangan Rasulullah saw, beliau kelihatan sebak kerana tersentuh dengan pengorbanan baginda yang begitu besar untuk umat baginda. Riak wajah Habib Adnan sungguh menenangkan jiwa sesiapa yang melihatnya. Penuh tawadhuk dan rendah diri.

Saya dimaklumkan bahawa datuk beliau Habib Ahmad Masyhur bin Toha Al-Haddad (gambar di belakang Habib Adnan) adalah pendakwah terkenal yang telah berjaya mengislamkan ratusan ribu rakyat benua Afrika ; khususnya negara Tanzania dan sekitarnya mengikut sesetengah pendapat beliau berjaya mengislamkan 500 ribu umat Islam di benua Afrika. Begitu besar sekali jasa almarhum nendanya kepada umat Islam hari ini. Kehebatan dan keikhlasan beliau dalam berdakwah telah berjaya menawan hati ratusan ribu manusia untuk memeluk agama Allah ini. Sungguh… saya kagum dengan cerita ini.

Apa pun, majlis pada malam tersebut berakhir dengan penuh makna. Makna bagi sebuah kecintaan kepada Rasulullah saw. Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua dengan kecintaan yang sentiasa berpanjangan.

Abu Wafi

Penat belum habis

Posted: April 5, 2010 in Umum

Sudah 3 minggu berturut-turut saya balik lewat malam. Paling lewat Khamis lepas, saya sampai di rumah jam 12.25 pagi. Sungguh-sungguh lewat. Dan keadaan ini akan berterusan untuk beberapa minggu yang akan datang.

Lewat bukan disengajakan atau lewat yang dibuat-buat. Tetapi tuntutan kerja yang menjadikan saya begitu. Oh, sungguh meletihkan. Memandu kereta selepas pukul 11.30 malam sejauh 50km dari KL ke Putrajaya adalah satu ujian yang cukup berat. Pernah sekali terlanggar kon di tepi jalan kerana terlalu mengantuk. Alhamdulillah, mujur tidak ada apa yang berlaku.

Cumanya, kadang-kadang saya bertanya kepada diri saya. Masa saya bersama keluarga semakin terhad. Pulang ke rumah saya hanya mampu melihat wajah anak-anak yang telah pun dibuai mimpi. Mengusap dan mengucup wajah ketika tidur mereka menjadikan hati saya tenang. Sekurang-kurangnya saya dapat melihat setiap hari walaupun lewat.

Mudah-mudahan mereka memahami bahawa kelewatan saya bukan disengajakan.

Mudah-mudahan mereka mereka memahami bahawa hidup ini penuh dengan ujian dan tribulasi.

Mudah-mudahan mereka memahami bahawa hidup ini memerlukan kesabaran yang tinggi.

Kesabaran untuk menunggu ayah mereka pulang.

Kesabaran untuk bekerja dengan penuh iltizam.

Kesabaran itu akan membuahkan pahala dari Allah. Sememangnya dunia adalah tempat ujian dan tribulasi.  Benarlah kata-kata hukama “Dunia adalah tempat ujian dan penat lelah, tiada istilah rehat untuk manusia di dunia ini. Kematian adalah kerehatan bagi mereka yang telah berpenat lelah dan bersusah payah di dunia. Berpenat lelah kerana Allah dan untuk Allah.”

Abu Wafi, Putrajaya 

Catatanku pada pukul 5.55 petang.

 

Cinta Sehidup Semati

Posted: March 3, 2010 in Tazkiyatunnafs

“Sejauh mana cinta abang pada Ita?” tanya sang isteri kepada sang suami.

“Demi cinta abang pada Ita, abang sanggup sehidup semati bersama Ita.” jawab sang suami.

Betul bang? ” tanya sang isteri lagi.

Benar, kita akan hidup bersama dan mati bersama” tegas sang suami.

Pernahkah anda mendengar dialog yang sedemikian rupa. Dialog yang dilafazkan ini selalu kedapatan dalam filem-filem dan drama-drama cinta.

Begitu juga kalau kita rajin meneliti kebanyakan filem-filem percintaan akan bermula dengan babak-babak romantis dan akan berakhir dengan episod yang  tragis dan sedih bila kedua-dua pasangan mati bersama sama ada dibunuh oleh penjahat atau anggota keluarga yang tidak merestui percintaan mereka. Filem-filem Bollywood seperti Sanggam, Bobby yang popular suatu ketika dahulu adalah salah satu ikon cinta yang menjadi pujaan muda mudi. Dan kini filem-filem cinta dari Indonesia, Filipina  dan Korea mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh filem-filem Bollywood. Malahan tidak keterlaluan jika saya katakan filem-filem ini lebih ekstrem lagi apabila memaparkan percintaan yang sungguh luar biasa.

Cinta sehidup semati !

Soalnya apakah benar ‘ungkapan’ ini dan sejauh manakah percintaan suami isteri di dunia berpanjangan sehingga ke akhirat?

Berapa ramai pula suami isteri yang hidup bahagia di dunia namun ditakdirkan terpisah di akhirat? Suami tidak bertemu isteri di akhirat kerana tempat tinggal yang berbeza.

Berapa ramai pula pasangan yang hidup bersama di dunia tetapi ditakdirkan membawa haluan masing-masing di akhirat kerana amalan yang berbeza.

Saya teringatkan sebuah hadith yang pernah saya dengar dalam satu kuliah agama dulu. Hadith ini diriwayatkan dari Sayyidina Hassan r.a cucunda Rasulullah saw ketika menyaksikan peristiwa Rasulullah saw dan isterinya Saidatina Ai’syah r.a yang maksudnya lebih kurang begini.

Suatu hari Nabi saw tidur di atas pangkuan Aisyah. Kepalanya di atas riba Aisyah manakala badan baginda di atas lantai rumah mereka.

Ketika Aisyah membelai Nabi, dia amat terharu kerana menjadi isteri manusia paling agung di sisi Allah s.w.t . Terdapat ramai wanita dunia ini, tetapi Aisyah terpilih pasangan hidup Rasulullah s.a.w. Perasaan Aisyah bahagia tidak terkira namun dalam suasana hiba itu Aisyah terkedu bimbang jika nasib malang menimpanya seperti isteri nabi lain kerana di dunia mereka hidup bersama nabi sebagai pasangan suami isteri, tetapi pada hari akhirat suami mereka ke syurga manakala mereka ke neraka. Seperti isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut yang dirakamkan dalam Surah al-Tahrim ayat 10 antara maksudnya: “Kedua-dua isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut kedua-duanya masuklah ke neraka.” Mengingatkan suasana itu, Aisyah bimbang lalu menangis sehingga air matanya jatuh mengalir ke muka Rasulullah yang mulia itu lalu mengejutkan baginda.

Apabila terjaga, baginda terus bertanya kepada A’isyah apa yang terjadi. Aisyah menceritakan hal itu kepada Nabi yang kemudian baginda bersabda yang maksudnya: “Manusia akan lupa segalanya ketika berada pada tiga tempat iaitu ketika menerima catatan amalan, amalan ditimbang dan meniti titian siraatal mustaqim.

Begitulah hebatnya cinta dan kasihnya Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a kepada baginda Rasulullah saw. Beliau tidak memandang cintanya sebatas dunia sahaja sebaliknya menjangkaui ke alam akhirat. Beliau bimbang jika kelangsungan cintanya kepada Rasulullah saw selaku suami tidak berkekalan di akhirat. Beliau adalah ummul mukminin bagi umat ini dan tempatnya telah terjamin bersama Rasulullah saw di hari akhirat, namun Aisyah tidak pernah mengambil sikap mudah dan opitimis bahawa beliau akan selamat di akhirat kelak. Aisyah tetap bimbangkan keselamatan dan nasibnya di sana. Aisyah bimbang jika tidak bertemu Rasulullah saw di sana. Aisyah bimbang jika nasibnya serupa dengan nasib isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut as yang derhaka pada suami masing-masing menyebabkan mereka terpisah dari suami mereka di hari akhirat sebagaimana yang digambarkan di dalam surah At-Tahrim :. Aisyah juga bimbang bila membaca kisah isteri Firaun, Asiah yang tidak bersama suaminya yang kufur kepada Allah.

Begitulah perasaan raja’ dan khauf yang menguasai diri Aisyah r.a. Rasa mengharap pada Allah supaya menyelamatkannya di hari akhirat dan rasa takut pada siksaan dan murka Allah seringkali bermain di jiwa beliau. Status Aisyah sebagai ummul mukminin sama sekali tidak menjadikan beliau seorang yang lupa diri dan over confident dengan kedudukan beliau yang mulia itu.

Sehebat mana sekalipun kecintaan kita kepada pasangan kita, anak-anak kita, cucu kita, ibu dan ayah, kita akan melupakan mereka di 3 tempat yang disebutkan oleh Nabi saw iaitu ketika menerima catatan amalan, (mizan) amalan ditimbang dan ketika meniti titian siraatal mustaqim.

Sebab apa?

Jawabnya adalah kerana di 3 tempat ini adalah situasi yang paling dasyat, paling ‘suspend’, paling dramatik sekali yang akan ditempuhi manusia sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk memikirkan nasib insan tersayang.

Sehebat dan sekuat mana sekalipun cinta kita, semuanya akan dilupakan bila berada di 3 tempat ini. Suspend kerana bimbang menerima buku catatan amalan melalui tangan kiri, takut jika timbangan amalan kejahatan lebih berat mengatasi yang baik dan sangat-sangat takut jika tergelincir dan terjatuh ketika mennyeberangi titian siratal mustaqim yang penuh dengan halangan. Hatta para anbiya’ sendiri tidak terkecuali daripada perasaan takut  dan bimbang.

Masing-masing menjadi ‘selfish’ pada ketika itu! Bukan atas kehendak sendiri tetapi suasana  dan keadaan semasa itu yang menjadikan kita begitu.  Saya sendiri tidak dapat membayangkan nasib yang bakal saya tempuhi kelak. Sungguh dasyat dan ngeri sekali.

Mencintai makhuk hanyalah sebatas dunia ini sahaja namun kecintaan yang memastikan kebersamaan hidup di hari akhirat masih belum tentu lagi. Bergantung kepada amalan masing-masing dan hendaknya biarlah hala tuju kita seiring dan sehaluan. Jika lakukan amal soleh, lakukanlah bersama-sama. Jika bangun bertahajud di tengah malam yang sunyi lakukanlah bersama-sama. Bila sehaluan dan sefahaman, insyallah kebersamaan ini akan juga kekal di akhirat kelak sebagaimana Aisyah berada di sisi Rasullullah saw di sana nanti.

Jodoh bukan setakat ke anak cucu atau ke akhir hayat tetapi biarlah sehingga ke akhirat bersama selama-lamanya.

Abu Wafi

Pic: Ishafizan Ishak

Kunjungan Saiful Islam

Posted: March 12, 2010 in Uncategorized

 

Sunyi sepi seketika. Blog ini telah tidak saya jenguk sejak beberapa hari. Bukan sengaja, tetapi sibuk yang melanda tiba-tiba. Bagaikan badai ombak yang datang secara tiba-tiba menghempas pantai yang lesu.  Tiada post baru buat beberapa ketika. Saya kekeringan idea untuk menulis bila fikiran dipenuhi dengan kerja-kerja yang banyak. Apa pun saya cuba menjadi optimis dan berusaha agar tidak menjadi pesimis dan penuh negatif.Positif bermakna iman kita kuat untuk meneruskan hidup ini yang penuh ujian dan pesimis menandakan iman semakin lemah dan menurun menyebabkan kita menjadi tewas dengan ujian hidup. Inilah kata-kata hikmah yang pernah saya dengar. Begitulah agaknya hidup ini perlu dilalui dengan penuh hati-hati.

Tanggal 10 Mac 2010, satu lakaran sejarah tercatat apabila Ustaz Hasrizal Jamil seorang blogger,tokoh motivasi dan penulis terkenal singgah di pejabat saya untuk menyampaikan ceramah maulidurrasul. Saya rasa begitu bertuah sekali bila dapat mendengar pengisian yang disampaikan oleh beliau. Pendek,padat tetapi mesejnya sampai kepada penonton dan pendengar. Tidak mengecewakan.

Selesai ceramah, saya berkesempatan untuk duduk berbual dengan beliau sambil menikmati juadah yang disediakan pihak urusetia. Banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dikongsi bersama beliau terutamanya berkaitan pengalaman luas beliau ketika bertugas sebagai imam di Belfast,Ireland.

Isi ceramah bukan sekadar sejarah rasul kesayangan kita semata-mata sebaliknya bagaimanakah keseluruhan kehidupan baginda dapat diaplikasikan dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Kita hanya tahu membaca dan menekuni sejarah baginda tetapi kita gagal untuk menterjemahkan kehidupan baginda ke dalam kehidupan kita. Itu masalahnya. Itu punca kepada kebejatan sosial dan jenayah yang semakin menjadi-jadi. Bukan remaja dan golongan muda yang harus dipersalahkan sebaliknya orang tua dan ibu bapa adalah punca kepada apa yang terjadi.Kita gagal mendidik manusia menjadi insan yang bertakwa. Kebejatan sosial remaja hari ini hanyalah simptom kepada kegagalan generasi sebelum mereka. Inilah hakikat yang perlu kita kaji dan lihat secara mendalam.

Rasanya cukup sekadar itu intipati ceramah yang dapat saya rakamkan. Terima kasih kepada Saiful Islam kerana berkunjung ke sini. Pengisian yang sungguh bermakna.

Abu Wafi, Putrajaya

Baru-baru ini saya terbaca sebuah artikel di dalam sebuah makalah yang dipetik dari sebuah majalah antarabangsa. Artikel berkenaan berkisar mengenai kehidupan seorang wanita Amerika yang memilih Islam sebagai cara hidup.Nama Aminah Assilmi mungkin asing bagi kita di Malaysia kerana kita lebih mengenali artis atau bintang sukan tetapi beliau telah terpilih antara 500 individu Muslim paling berpengaruh di dunia (One of the top 500 influential current Muslims in the world). Saya sendiri tidak pernah mengenali beliau sehinggalah dimaklumkan oleh isteri saya mengenai kewujudan insan besar ini. Membaca artikel 2 muka dalam Bahasa Inggeris tersebut membuatkan saya teruja untuk mengorek kisah hidup beliau.

Saya sungguh kagum dengan perjuangan beliau yang tidak pernah putus asa dalam berdakwah mengajak rakyat Amerika Syarikat untuk mengenal dan menerima Islam sebagai cara hidup. Antara petikan kata-kata beliau adalah:-

I am so very glad that I am a Muslim.Islam is my life. Islam is the beat of my heart.Islam is the blood that courses through my veins. Islam is my strength. Islam made my life so wonderful and beautiful. Without Islam I am nothing and should Allah ever turn His magnificent face from me, I could not survive”.

Perhatikan pula petikan seterusnya:

Aminah assilmi was a renowned female scholar of Islam  she traveled around the United States to give lectures , her personal story has admired hundreds of individuals ,she was also President of  International Union of Muslim Women , the organization that  has many achievements  under its belt.

Kisah hidupnya sangat mengujakan untuk siapa yang membacanya. Saya sendiri sedih kerana saya sendiri tidak mampu menjadi tabah seperti beliau walaupun lahir sebagai seorang Muslim. Berikut antara peristiwa menarik dalam hidupnya.

1.    Lahir sebagai seorang Kristian;

2.    Berkahwin dan mempunyai anak;

3.    Memeluk Islam semasa di universiti;

4.   Diceraikan oleh suami kerana Islam;

5.   Hak penjagaan 2 orang anaknya diberi oleh mahkamah kepada suaminya;

6.   Ayahnya pernah mengugut untuk membunuhnya jika beliau tidak kembali ke agama asal;

7.  Diberhentikan kerja oleh majikan kerana pakaian hijab yang beliau pakai;

8.  Hilang begitu banyak rakan dan sahabat kerana Islam;

9. Islam tidak menghalang beliau untuk meneruskan hubungan silaturrahim dengan keluarga beliau walaupun dibenci dan dicemuh ahli keluarga sendiri. Buktinya, setiap tahun beliau akan menghantar kad-kad ucapan mengikut hari-hari tertentu. Di dalam Kad-kad itu ditulisnya petikan dari hadith dan Al-Quran tanpa menyebut sumber petikan tersebut.

Di sebalik pengorbanan besarnya untuk Islam beberapa ‘miracle’ atau keajaiban berlaku dalam hidupnya. Antaranya:-

1.   Usaha dakwahnya tanpa mengenal putus asa telah membuka hati neneknya untuk memeluk Islam pada usia 100 tahun.  Menariknya saya petik kata-kata beliau:

The day she pronounced shahadah (the testimony of faith), all her misdeeds had been  erased, while her good deeds were preserved. She died soon after accepting Islam that I knew her book was bound to be heavy on the good side. It feels me with such a joy”

2.  Ayahnya yang pernah mengugut untuk membunuh Aminah, memeluk Islam selepas neneknya. Aminah menjadikan peristiwa keislaman Sayyidina Umar al-Khattab sebagai motivasi untuk menarik ayahnya kepada Islam dan usahanya berjaya;

3.  Beberapa minggu selepas keislaman ayahnya, ibu kandung Aminah menghubunginya dan menyatakan hasrat untuk memeluk Islam. Beliau juga meminta Aminah untuk mengajarnya cara-cara untuk beliau memeluk Islam. Ibu beliau memintanya supaya merahsiakan keislamannya daripada pengetahuan ayah Aminah tanpa mengetahui bahawa suaminya sendiri telah memeluk Islam lebih awal dari beliau;

4. Adik perempuan Aminah yang pernah mengugut untuk menghantar Aminah ke rumah sakit mental juga memeluk Islam selepas itu;

5Anak lelaki Aminah sebaik sahaja mencapai umur 21 tahun menghubungi Aminah dan menyatakan bahawa dia ingin mengikuti jejak langkah ibunya yang memilih Islam sebagai cara hidup;

6.  16 tahun selepas perceraiannya, bekas suami yang sangat dicintainya memeluk Islam. Bekas suaminya menyatakan bahawa pemerhatiannya sepanjang 16 tahun ke atas bekas isterinya telah melembutkan hatinya untuk memeluk Islam. Malahan dia juga mahukan anak perempuan mereka memeluk Islam;

7. “ The greatest gift” atau anugerah paling besar untuk Aminah ialah apabila beliau berkahwin lain dengan seorang lelaki Muslim. Walaupun doktor menyatakan bahawa Aminah tidak lagi boleh mengandung, Allah menganugerahkan Aminah dengan seorang anak lelaki yang comel. Kata Aminah If Allah makes a gift to someone, who can prevent Him? It was truly wonderful blessing from Allah, and so she named him ” Barakah”. Peristiwa ini mengingatkan kita kepada kisah isteri Nabi Ibrahim as, Siti Sarah dan isteri Nabi Zakaria a.s yang mengandung dan melahirkan Nabi Ismail dan Nabi Yahya a.s walaupun usia mereka telah pun mencapai umur ‘menoupause’ yang mustahil untuk mengandung. Benarlah  seperti kata Aminah, kuasa Allah tiada siapa yang mampu menghalangnya.

Usaha gigih Aminah menyebarkan Islam di seluruh USA tanpa kenal jemu dan putus asa telah menyebabkan beliau berjaya menarik perhatian ramai untuk memeluk Islam. Ceramah-ceramah beliau sentiasa diminati. Akhlak Aminah Assilmi yang benar-benar mengikut akhlak Islam telah berjaya mencairkan hati seluruh ahli keluarganya yang terdekat untuk memeluk Islam. Sikapnya yang tidak pernah kenal putus asa dan sentiasa menghubungi keluarga terdekat telah menyebabkan mereka sendiri tertarik dengan perubahan pada dirinya. Benarlah, Islam datang untuk memperbetulkan akhlak dan kelembutan dan hikmah dalam diri Aminah telah menarik hati ahli keluarganya untuk memeluk Islam.

Malangnya Aminah Assilmi lebih disayangi oleh Allah swt. Beliau pergi tanpa sempat untuk saya mengenali beliau dengan lebih dekat lagi. Aminah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya berdekatan Newport, TN pada 5 Mac 2010 dalam perjalanan pulang sebaik sahaja selesai menyampaikan ceramah di New York dalam usia 65 tahun. Aminah Assilmi pulang ke pangkuan Allah dalam keadaan ketika selesai mengajak manusia kembali ke jalan Allah.

Mudah-mudahan syurga menanti beliau di sana.

Aminah Assilmi is a story of faith and conviction. It is a story of test and tribulation. It is a story of triumphant victory of faith. It is a story of inspiration for the rest of us, and it is a story of confidence and reliance to Allah. It is a story of Allah’s love and mercy, and it’s a story of Allah’s promise coming true. True, Allah has tested me as was promised, and rewarded me far beyond what could I could ever hoped for”

Terjemahan

Kisah Aminah adalah kisah mengenai  iman dan sebuah kepercayaan yang teguh.Kisah mengenai ujian dan tribulasi.Kisah mengenai kemenangan sebuah kepercayaan berasaskan keimanan. Kisah yang memberi inspirasi kepada kita semua dan kisah mengenai keyakinan dan sandaran sepenuhnya kepada Allah. Kisah mengenai kasih sayang dan rahmat dari Allah. Kisah mengenai janji Allah yang sesungguhnya benar. Benar, sesungguhnya Allah telah menguji saya sebagaimana yang dijanjikan dan menganugerahkan saya dengan sesuatu yang di luar jangkaan yang tidak pernah saya harapkan”

Membaca kisah Aminah Assilmi menjadikan saya semakin kerdil dan  kecil. Siapalah saya berbanding beliau. Islam yang dikenalinya telah dipeluk sekuat hatinya sehingga ke akhir hayatnya. Seharusnya, kita perlu malu dengan kegigihan beliau yang merasakan manisnya menikmati hidayah iman yang dikurniakan Allah kepadanya. Justeru, marilah kita sama-sama berusaha mencontohi Aminah. Jadikan kisah hidupnya sebagai panduan dan sumber inspirasi kita. Peluklah Islam sekuat hatimu!!!!

Abu Wafi, Kuala Lumpur

31 Mac 2010 jam 10.05 malam 

Orang dahulu lebih baik

Posted: March 25, 2010 in Tazkiyatunnafs

Suatu hari saya berada di  Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Ketika itu, saya sedang menunggu giliran untuk perbicaraaan kes guaman sivil yang saya kendalikan. Sementara menunggu giliran kes saya dipanggil, sempatlah saya mendengar kes-kes sebelum kes saya. Kebetulan majoriti kes yang didengar pada hari itu melibatkan kes-kes perceraian sivil, tuntutan nafkah dan tuntutan hak penjagaan akan (custody). Bagi kes-kes seumpama ini peguam dan kedua-dua pasangan suami isteri perlu hadir untuk menjawab sekiranya Hakim menanyakan soalan-soalan tambahan.

Saya memerhati dengan penuh minat. Ada satu kes tuntutan nafkah anak oleh pihak isteri.

Peguam : Yang Arif, ini merupakan satu bicara permohonan di Lampiran1. Permohonan ini adalah tuntutan pembayaran nafkah daripada Plaintif kepada Defendan (suami) untuk anak sebanyak RM1,000 sebulan. Permohonan ini disokong oleh Afidavit Pemohon .

Hakim : Defendan ada apa masalah dengan permohonan ini?

Defendan: Tuntutan terlalu tinggi Yang Arif, saya tak mampu.

Hakim: Tetapi di dalam afidavit sokongan telah dinyatakan jumlah pendapatan kamu. Bukankah ini benar?

Defendan : Saya sekarang sudah tidak mempunyai pendapatan sebanyak itu. Saya tidak bekerja di situ lagi.

Hakim : Apa awak ada buku akaun bank terkini ?

Defendan : Ada  Yang Arif

Hakim : Boleh awak kemukakan dalam mahkamah hari ini?

Defendan : Dalam keadaan serba salah. “errr boleh Yang Arif.

Hakim : Baik, saya tangguhkan bicara ini selama 30 minit untuk membolehkan Defendan mengemukakan buku akaun bank terkini.

Riak muka suami saya lihat tidak selesa, namun atas arahan Mahkamah beliau tiada pilihan melainkan perlu mengemukakan kepada Mahkamah. Mahkamah perlu meneliti kebenaran kata-katanya.

Hakim masuk semula ke dalam kamar. Kami semua menunggu. Ada peguam yang resah kerana terpaksa menunggu lama lagi.

Selepas setengah jam, kes tersebut dipanggil semula.

Mahkamah dikejutkan bila buku akaun bank menunjukkan beliau mempunyai simpanan sebanyak RM100 ribu lebih dan ada rekod kemasukan wang setiap bulan sebanyak RM10,000 secara konsistent. Mungkin ini gajinya setiap bulan fikir saya. Mustahil dengan pendapatan sebanyak itu beliau tidak mampu untuk membayar nafkah 2 orang anak sebanyak RM500 setiap seorang. Tambahan lagi, si isteri tidak bekerja. Dengan lain perkataan, beliau telah berbohong dengan Mahkamah sebelum ini. Patutlah mukanya serba tak kena.

Hakim : Menggeleng-gelengkan kepala sambil memandang Defendan dengan pandangan yang tajam.

“Setelah mendengar permohonan Plaintif di Lamp 1 yang disokong oleh Affidavit di Lamp.2 dan setelah mengambil kira keterangan-keterangan yang diberi oleh Plaintif dan Defendan serta keterangan-keterangan lain, maka Mahkamah membenarkan permohonan Plaintif seperti yang dituntut di Lamp.1.  (Order In Terms) Defendan dikehendakki membayar RM1,000 sebulan kepada Plaintif. Kos permohonan ini ditanggung oleh Plaintif.

Saya tidak tertarik dengan perintah yang diberikan oleh Hakim berkenaan kerana saya boleh menjangkakan keputusannya. Tetapi saya lebih tertarik dengan ‘remarks‘ atau kenyataan sampingan yang dibuat oleh Hakim sebelum membacakan keputusannya. Hakim ini seorang yang lemah lembut dan bukan jenis marah-marah seperti sesetengah Hakim lain. Cumanya, beliau terkenal dengan kata-katanya yang pedas dan tajam menikam jiwa. Namun saya cukup menyukainya kerana sifatnya yang tenang tetapi kesan tindakannya cukup mendalam kepada sesiapa sahaja.

Hakim tersebut memandang kepada Peguam yang mengendalikan kes tersebut dan juga kepada Defendan lalu berkata.

“Peguam, setuju tidak kalau saya katakan bahawa orang dahulu lebih jujur dari orang sekarang?”

Peguam tersebut tersentak, saya juga tersentak dengan pertanyaan Hakim tersebut. Saya cuba meneka-neka apa maksud kata-katanya.

“Setuju atau tidak, jika saya katakan generasi datuk nenek moyang kita dahulu lebih baik, lebih boleh dipercayai dan lebih lurus berbanding kita pada hari ini? ulang Hakim itu lagi.

Peguam tersebut mengangguk-angguk tanda setuju sambil menjawab, “Benar Yang Arif”.

Barulah saya faham maksudnya. Hakim tersebut mungkin kecewa dengan sikap Defendan yang tidak bercakap benar di dalam Mahkamah. Kalaulah di Mahkamah lain sudah tentu teruk Defendan dikerjakan, tetapi Hakim ini terkenal dengan ‘statement’ yang berbisa bagi siapa yang mendengarnya.

Sama ada Defendan insaf atau tidak dengan perbuatannya tidaklah saya pasti. Tetapi riak wajahnya yang merunduk ke bawah seolah-olah tidak sanggup untuk berhadapan dengan Hakim seperti menandakan adanya kekesalan yang timbul dalam dirinya. Mudah-mudahan beliau insaf.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat saya berfikir panjang. Sungguh tajam kata-kata Hakim ini. Kata-katanya lebih tajam dari mata pedang. Walaupun kata-katanya ditujukan khusus kepada Defendan, namun bagi saya yang berada di galeri Mahkamah kata-kata itu sebenarnya ditujukan kepada semua yang ada di situ.

Benarlah kata beliau generasi terdahulu daripada kita lebih jujur dan tulus berbanding kita. Zaman sekarang adalah zaman penuh fitnah dan pembohongan. Amat jarang untuk kita berjumpa dengan manusia yang jujur di zaman ini walaupun jumlah yang ada tidak ramai. Jujur dan bercakap benar bermaksud individu tersebut takut dengan Allah. Hasil ketakwaan ini akan melahirkan manusia yang bersifat benar, bercakap benar,ikhlas, tulus,jujur dan sifat-sifat mahmudah yang lain. Inilah yang dimaksudkan oleh Hakim itu.

Kalau kita perhatikan dengan secara mendalam, datuk nenek kita dahulu hidup serba sederhana walaupun dihimpit kesusahan, walaupun tidak mempunyai teknologi wifi atau broadband yang canggih, tetapi kehidupan mereka adalah seadanya. Sifat saling bantu membantu dan mengambil berat antara satu sama lain yang bertunjangkan teras agama menjadikan peribadi mereka hebat. Zaman mereka budaya bergotong royong begitu dihidupkan dan sifat kiasu hampir tiada dalam diri mereka.

Begitu juga generasi-generasi sebelum  mereka sehinggalah generasi para sahabat. Semakin hampir generasi tersebut dengan generasi para Sahabat maka semakin baiklah generasi tersebut.

Sabda Rasulullah saw :

” Sebaik-baik generasi adalah generasiku, diikuti dengan generasi selepas mereka dan generasi berikutnya”.

Ibarat batang tebu yang ada pada pohon tebu, bahagian pangkal tebu yang paling hampir dengan tanah adalah bahagian yang paling manis berbanding dengan bahagian yang di atas.

Bandingkan zaman para sahabat dengan zaman kita. Terlalu jauh bezanya. Mereka jauh ketinggalan dari sudut teknologi namun kita jauh ketinggalan dari sudut iman dan amal kebajikan. Di zaman para tabi’en pula, hampir majoriti rakyatnya adalah para solehin dan siddiqin berbanding kita di zaman ini yang sukar untuk dicari. Zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz hampir keseluruhan rakyatnya  menghidupkan malam dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan bermunajat kepada Allah, manakala di zaman mutaakhir ini terlalu sedikit yang menghidupkan malam. Betapa jauhnya zaman kita dengan zaman mereka.

Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1999 atau 2000 namun kata-kata Hakim tersebut masih berbekas dalam diri saya. Tiba-tiba pada hari ini saya teringatkan kata-kata tersebut walaupun sudah sekian lama saya meninggalkan profession perundangan.

Apa pun yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Mudah-mudahan kita semua dapat mengambil manfaatnya jika kita mahu merenung dan mengambil pengajarannya.

Abu Wafi, Putrajaya

Pic: Ishafizan Ishak

Pagi ini sebelum ke pejabat, saya sempat menonton rancangan Tanyalah Ustaz. Rancangan pagi ini menampilkan Y.Bhg. Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz, mantan Pegawai Agama, Istana Negara. Tajuk yang dibincangkan adalah “Azab Kubur”. Topik ini cukup menarik dan penting bagi mereka yang mahu membuat perubahan di dalam hidup. Kupasan beliau begitu bersahaja,  sesekali diselitkan dengan jenaka namun mempunyai mesej yang mendalam. Antara soalan-soalan yang diajukan oleh penonton kepada beliau adalah sama ada si mati boleh berjumpa dengan roh si mati yang lain dan apakah roh si mati boleh berjumpa dengan roh orang yang masih hidup.

Setiap dari kita akan disoal di dalam kubur oleh malaikat Mungkar dan Nakir. Bagi sesiapa yang berjaya melalui ujian ini maka mereka akan dibiarkan oleh malaikat untuk berehat dengan tenangnya seperti tidur seorang pengantin yang tidak diganggu oleh sesiapa. Malahan roh mereka bebas untuk bertemu dengan roh orang-orang yang setaraf dengan mereka. Golongan ini dinamakan sebagai golongan “muna’amah” iaitu golongan yang diberi nikmat oleh Allah di atas amal soleh yang telah mereka lakukan ketika di dunia. Golongan muna’amah ini akan hanya duduk di dalam kelompok mereka sahaja dan tidak akan bercampur atau bertemu dengan golongan yang diazab oleh Allah. Roh mereka akan dapat berinteraksi sesama mereka. Tinggallah mereka di alam barzakh dengan menerima nikmat dari Allah sehinggalah mereka dibangkitkan di hari akhirat untuk dibicarakan bersama golongan lain.

Y.Bhg. Dato’ juga menasihatkan supaya semua hadirin dan penonton agar memperbanyakkan amal soleh semaksima mungkin. Katanya, kita melakukan amal soleh dengan harapan kita akan terlepas dari azab kubur. Lepas dari ujian azab kubur bermakna peluang kita untuk ditempatkan di syurga Allah adalah sangat cerah. Ada doa yang diajarkan supaya kita semua dilepaskan dari azab kubur tetapi doa saja tidak mencukupi jika tidak disertai dengan melakukan suruhan-suruhan lain seperti solat, puasa dan lain-lain.

Ringkas untuk kali ini. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang diberi nikmat oleh Allah di alam barzakh kelak.

Abu Wafi

Pic: Ishafizan Ishak

Bukan rezeki saya

Posted: April 2, 2010 in Umum

Mungkin pembaca blog saya tertanya-tanya gambar siapakah yang saya letakkan untuk entry saya kali ini. Saya sendiri tidak bertujuan untuk menceritakan individu-individu dalam 2 keping gambar di atas. Ringkasnya, mereka adalah sebahagian daripada staff saya semasa saya bekerja dengan dengan sebuah firma di Butterworth 8 tahun yang lalu. Ketika saya meninggalkan firma berkenaan dalam tahun 2002, firma  tersebut mengalami masalah kewangan yang serious. Saya masih ingat lagi, pada ketika itu sebagai pengurus yang menjaga cawangan di Butterworth saya hampir kelemasan mencari sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan cawangan. Collection yang saya dapat setiap bulan hanya mencecah RM10,000 sedangkan overhead yang terpaksa saya tanggung seperti pembayaran gaji pekerja, bil-bil utiliti dan sewa pejabat mencecah sehingga RM30,000 sebulan. Terkial-kial saya meminta bantuan daripada headquaters untuk menanggung sebahagian besar perbelanjaan cawangan pada masa itu. Masih saya ingat.

Masih saya ingat bagaimana sukarnya keadaan saya ketika itu apabila terpaksa memaniskan muka membuat marketing setiap hari untuk mendapatkan kerja. Tanpa kerja baru bermakna duit tidak masuk. Bila duit tidak masuk, mana mungkin saya dapat membayar gaji pekerja dan perbelanjaan lain. Untuk selamat, saya harus mendapatkan sekurang-kurangnya RM45,000 ke atas.

Maka terpaksalah saya menghadapinya kerana persaingan di luar sangat kuat. Tambahan pula, keadaan ekonomi juga agak meleset ketika itu.

Akhirnya saya terpaksa keluar atas sebab-sebab yang terlalu peribadi untuk saya ceritakan di sini. Cukuplah saya katakan bahawa faktor kewangan adalah salah satu faktor yang menolak saya keluar dari firma tersebut walaupun itu bukanlah faktor utama. Meninggalkan firma yang saya kasihi merupakan antara pengalaman pedih yang tidak mungkin saya lupakan.

Dan kini selepas 8 tahun saya meninggalkan firma tersebut, keadaan sudah jauh berubah. Nasib sebahagian staf saya yang masih tinggal di firma tersebut bertambah baik. Firma tersebut mencatatkan keuntungan yang konsistent setiap bulan. Malahan mampu membawa staf mereka pergi melancong ke luar negara setiap tahun. Bermula dari Bali, langsung ke Kota London dan berlanjutan ke Paris adalah impian yang tidak pernah dimimpikan oleh setiap dari mereka. Menatap gambar-gambar kegembiraan mereka di facebook membuatkan saya juga tumpang gembira dengan kejayaan yang dicapai oleh mereka walaupun saya sendiri tidak sempat mengecapinya.

Pernah salah seorang dari mereka menghubungi saya dan menyatakan “Alangkah indahnya kalau Encik Shahnaz masih ada di sini. Tentu dapat ikut sama”

Saya menjawab ringkas Bukan rezeki saya”.

Jika difikir-fikirkan balik, saya seperti kerugian sesuatu. Namun bila memikirkan mengenai ketetapan Allah mengatasi ketetapan manusia hati saya menjadi tenang. Memang ini bukan untuk saya. Rezeki saya di tempat lain.

Apa pun, saya ucapkan tahniah kepada staf-staf saya yang masih tinggal kerana kerja keras mereka. Tahniah kepada Kak Amaini, Rafidah dan Asfarina satu-satunya trio yang masih tinggal di sana.

Segala kejayaan yang dikecapi bukanlah milik seorang individu, bukan juga milik tuan punya firma sebaliknya atas penat lelah semua pekerja. Masing-masing ada sumbangan.

Namun dalam pada itu, jangan dilupakan rezeki datangnya dari Allah. Dia yang berkuasa memberi dan menarik kembali rezeki yang diberi kepada kita. Bersyukurlah atas nikmat yang telah diperolehi dengan menambahkan ketaatan kepadaNYA.

Jika kita berjaya di dunia hendaknya kita juga ingin berjaya di akhirat !

Jika kita bergaya di dunia, ingin juga kita berjaya di akhirat !

Jika kita mencatat keuntungan di dunia, ingin juga kita menuai keuntungan di akhirat!

Mudah-mudahan kita berjaya DUNIA AKHIRAT.

Abu Wafi, Kuala Lumpur

Catatan pada 1 April 2010 jam 8.30 malam

 

 

Dahi cecah sejadah

Posted: April 6, 2010 in Umum

Radio IKIM yang sememangnya mempunyai pengisian yang baik untuk merawat jiwa yang kosong. Kebetulan semalam semasa saya membuka siaran 91.5 itu, ada bacaan puisi yang menusuk hati. Walaupun telah mendengarnya berkali-kali namun mendengar dan menghayatinya di tengah-tengah malam dalam kenderaan yang membelah kota raya sambil ditemani dengan kerlipan cahaya neon memang berbeza sekali. Saya dapat rasakan bahawa bait-bait puisi tersebut meresap masuk ke dalam jiwa sekaligus membangkitkan rasa insaf dan rasa bertuhan. Suasana malam yang sunyi,tenang dan disertai dengan gerimis di luar turut menyumbang kepada perasaan yang sungguh istimewa ini.

Puisi mengenai solat. Puisi yang melontarkan pertanyaan jauh ke dalam lubuk hati kita. Di mana kita letakkan solat dalam kehidupan kita. Moga bermanfaat.

DAHI CECAH SEJADAH

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhulah kamu sebelum kamu diwudhukan,
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih.
Pada waktu itu tiada lagi guna bersedih
walaupun orang yang hadir itu merintih.

Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai,
lalu dilaksanakanlah solat jenazah,
dengan 4 kali takbir dan 1 salam beserta fatihah, selawat dan salam
sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah.

Tetapi adakah 4 kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah luput?
sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.

Justeru, ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat,
usunglah dirimu ketika solat sebelum kamu diusung ke liang lahad,
menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringlah dirimu ke masjid.
sebelum kamu diiringi ke pusara,
tangislah dosa-dosamu di dunia kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’.

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan dengan panggilan Izrail yang menakutkan,

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalqinkan kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi.

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan.
namun, pada ketika itu istighfar tidak dapat menyelamatkan,
Ingatlah di mana sahaja kamu berada,
kamu tetap memijak bumi Tuhan,
dan dibumbungi dengan langit Tuhan
serta menikmati rezeki Tuhan.

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti,
lalu menjadi segumpal darah,
lalu menjadi seketul daging,
lalu daging itu membalut tulang,
lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.

Justeru, bila DIA menyeru sambutlah seruanNya,
sebelum DIA memanggilmu buat kali terakhirnya.

ingatlah asal-usulmu yang tidak bernilai itu,
yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk, itik tak sudu.

Tapi Allah mengangkatmu ke satu mercu yang lebih agung dari Malaikat.
lahirmu bukan untuk dunia,
tapi gunakanlah ia untuk belayar bahtera akhirat

sambutlah seruan haiyaalaalsolah dengan penuh rela dan bersedia
sambutlah seruan haiyaalaalfalaah dengan jalan kemenangan dunia dan akhirat.

ingatlah yang kekal ialah amal,
menjadi bekal sepanjang jalan,
menjadi teman di perjalanan,
guna kembali ke pangkal Tuhan.

pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera,
kondomunium, saham dan niaga,
KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA

 

Abu Wafi, Kuala Lumpur

Catatan pada 6 April 2010 jam 7.17 malam

Kualiti hidup yang dicari

Posted: April 12, 2010 in Umum

Beberapa minggu lepas kerajaan telah melancarkan Model Ekonomi Baru atau NEM. Saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang mengenai dasar baru ini walaupun saya sudah membaca dan menekuni serba sedikit mengenai Model Ekonomi Baru ini. 

Secara peribadinya, saya tidak mempunyai masalah dengan NEM. Apa sahaja dasar yang difikirkan baik dan memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya perlulah disokong tanpa mengira  siapa yang menggubalnya.

NEM dilancarkan  dengan hasrat untuk merobah kualiti hidup rakyat Malaysia ke tahap yang lebih berkualiti.

Petikan NEM :

Kita mahu melihat Malaysia melakukan lonjakan kuantum daripada  pendapatan tahunan per kapita daripada USD7,000 kepada USD15,000 dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan dalam Laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC).

Peningkatan pendapatan per kapita rakyat Malaysia akan mengubah kualiti hidup rakyat Malaysia. Secara logiknya, apabila pendapatan meningkat maka kuasa beli juga meningkat dan apabila kuasa beli rakyat Malaysia bertambah bermakna kehidupan rakyat semakin bertambah baik. Namun betulkah begitu??

Ketika dalam perjalanan ke pejabat baru-baru ini, saya membuka siaran radio IKIM. Rancangan sembang pagi yang dikendalikan oleh Ustaz Zamri pada pagi tersebut membincangkan mengenai Model Ekonomi Baru. Rata-rata pemanggil yang membuat panggilan memberikan pandangan yang berbeza-beza. Masih terlalu awal untuk diberi penilaian. Apa pun, dalam banyak-banyak panggilan saya cukup tertarik dengan seorang pemanggiil dari Bandar Kinrara, Puchong. Peningkatan pendapatan per kapita rakyat sesebuah negara bukan faktor penentu bahawa kualiti hidup rakyat juga bertambah baik.

Beliau membawa contoh kehidupan di luar bandar dengan kehidupan di bandar. Katanya, walaupun pendapatan penduduk di kampung-kampung adalah kecil jika dibandingkan dengan penduduk bandar atau bandaraya, namun mereka sebenarnya menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Mereka tidak perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk setiap hari. Mereka tidak berhadapan dengan waktu kerja yang panjang. Mereka tidak perlu ‘stay back’ sehingga lewat malam untuk menyiapkan kerja di pejabat. Mereka mempunyai masa yang banyak untuk dihabiskan bersama anak-anak dan isteri.  Paling penting mereka mempunyai lebih masa untuk Allah. Masa untuk beribadah dan menghadiri majlis ilmu di masjid dan surau. Mereka mungkin bekerja sebagai guru di sebuah bandar kecil seperti di Baling  tetapi dengan gaji yang sedikit kurang dari rakan mereka di Kuala Lumpur mereka sebenarnya menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Pendapatan meningkat tetapi masa bersama keluarga juga semakin singkat. Pendapatan meningkat tetapi masa bersama Allah juga menjadi singkat. Akibatnya anak-anak menjadi terbiar, tidak terbela dan tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi. Hubungan dengan Allah juga terjejas maka ini adalah titik tolak kepada masalah yang lebih besar lagi, ulas pemanggil tersebut lagi.

Saya tertarik dengan analogi yang dibuat oleh pemanggil ini. Malahan saya khuatir dengan lontaran pandangan beliau. Satu pandangan yang berani dan jujur.

Akhir sekali, beliau juga meminta supaya pelaksanaan dari sudut ukhrawi ini diberi perhatian oleh semua pihak. Setiap perancangan hidup yang ingin kita lakukan mestilah mempunyai sentuhan ukhrawi untuk menjadikannya lebih bermakna dan berkesan.

Walaupun tujuan NEM itu baik, namun lontaran idea pemanggil ini membuatkan saya terfikir dengan mendalam dan serious. Satu pandangan yang tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Kualiti hidup juga bermakna ada peruntukan masa untuk Allah dan Rasulnya dalam kehidupan kita. Jika tidak apalah maknanya jika pendapatan bertambah sedangkan masa untuk beribadah semakin kurang. Saya melihat pandangan beliau sebagai satu  pandangan dari seorang rakyat yang  mengambil kira nasibnya di dunia dan di akhirat.

Soalnya berapa ramai di antara kita yang memandang sejauh ini?

Berapa ramai di antara kita yang memikirkan soal masa yang diperuntukkan untuk Allah dan Rasulnya?

Apa pun perancangan hidup yang ingin dilaksanakan, aspek ukhrawi jangan sekali dilupakan. Dalam kehidupan ini yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimanakah cara kita hidup.

Fikir-fikirkan. Tepuk dada tanya iman….

Abu Wafi, Kuala Lumpur

Catatan ini dibuat pada pukul 7.23 malam

Pic : Ishafizan Ishak

KPI n KRA

Posted: April 26, 2010 in Tazkiyatunnafs

” KRA n KPI dah buat, Pelan Strategik dah buat, Rancangan Kerja Tahunan 2010 dah buat, Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan 2009 dah bentang dan semak. Apa lagi hahhh. Besok ke KT pula untuk retreat bincang semula semua niii. Buat apa lagi, arggh… letih aku”.

Keluh rakan sepejabat saya suatu hari.

“Apa nak buat, dah keperluan macam itu, kita kenalah ikut” jawab saya.

“Tapi bukankah kita dah ada ISO lagi mahu ditambah dengan KPI dan KRA pula. Bukankah ini 2 kali kerja” tegas rakan saya lagi.

” Itu dulu, sekarang dah lain. Keperluan dan kehendak semasa sudah berubah. The demand is very high. Expection from the public is also increasing days by days. Bussiness is not as usual my friend” jawab saya.

Dia terdiam. Mungkin dia penat atau letih. Letih otak memikirkan perkara-perkara baru yang perlu dilaksanakan atau juga dia tidak cukup tangan untuk melakukannya sendirian. Mungkin juga dia tidak mempunyai motivasi untuk menggerakkan diri.

Saya tidak salahkan dia. Namun itulah hakikatnya. Di mana-mana semua orang dan semua sektor sibuk bercakap mengenai KPI dan KRA. Masing-masing sibuk untuk mencapainya.

Kehidupan manusia sentiasa berubah. Pekerjaan menjadi semakin sukar dengan pelbagai kriteria yang tegas.

Kehendak zaman, kehendak semasa, kehendak rakyat, kehendak kerajaan dan persepsi awam yang menuntut kita lebih menumpukan perhatian kepada pekerjaan.

Berbanding zaman dahulu,  perkhidmatan lebih mementingkan tindakan dan keputusan atau Action and results. Namun kini, output dan pencapaian lebih diutamakan.

Sungguh sukar zaman ini berbanding zaman dulu.

Segala-galanya perlu diukur dan dinilai pencapaiannya. Segala tindakan mesti mempunyai had masa, mesti boleh diukur, mesti boleh dicapai, mesti realistik dan mesti spesifik.

Bertambah-tambahlah sukarnya, bekerja di zaman yang serba mencabar ini. Mencabar dan tercabar dengan sistem yang menuntut kita bergerak pantas dan bersifat dinamik.

Cepat dan pantas dalam masa yang sama mesti berkualiti.

Pekerjaan adalah satu ibadah. Apa pun perancangannya jika nawaitunya betul dan benar maka pahala dari Allah akan menyusuli dan membantu kita di kemudian hari.

Jika pekerjaan kita menghasilkan manfaat yang besar kepada orang di sekeliling kita dan memudahkan kehidupan mereka, maka jaminannya pahala dari amal kebaikan ini akan diganjar kepada kita. Pahala yang akan hanya kita lihat dan tuai ketika menghadap Allah di hari yang tiada siapa yang mampu membantu kita melainkan diri kita sendiri.

Justeru, saya selalu mengingatkan diri ini… apa pun pekerjaan yang saya lakukan… maka lakukanlah dengan nawaitu yang jelas dan betul dan dalam masa yang sama saya perlu mengikhlaskan diri.

Akan tetapi…

Pekerjaan kita adalah ibadah umum sahaja. Pahalanya tidak sebanyak mana, tidak setanding pahala yang diperolehi dari ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, sedekah, membaca Al-Quran, mentadabbur makna ayat-ayat Al-Quran,membaca dan merenungi hadith, berzikir dan bangun di malam yang sunyi dengan amalan-amaan sunat yang melimpahkan pahala yang berbaloi-baloi lagi berganda-ganda.

Sesungguhnya ibadah khusus ini lebih bermakna jika dibandingkan dengan ibadah umum.

Cukupkah kita kalau kita menghadap Allah esok dengan hanya berbekalkan pahala ibadah umum sahaja sedangkan ibadah khusus kita kosong atau sungguh sedikit. Mampukah ibadah umum ini menjadi bekalan kita untuk melayakkan kita ke syurga Allah?

KPI n KRA hanya terhad kepada ibadah umum semata-mata. Pencapaian yang cemerlang di dalam kerjaya hanya terhad kepada kepuasan di dunia sedangkan di akhirat masih belum tentu.

Bagaimana pula KPI dalam ibadah khusus kita? Apakah kita pernah serious untuk memikirkannya atau apakah kita langsung tidak pernah terfikir untuk melaksanakan KPI dalam ibadah khusus kita? Apakah KPI dalam urusan persiapan untuk bekalan akhirat kita itu tidak penting lantas tidak perlu diutamakan??

Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal   ( Surah: Al-A’la: 15 -18)

Mungkin selain KPI dan pencapaian kerjaya, kita juga boleh meletakkan KPI untuk urusan akhirat kita. Contohnya, untuk tahun 2010 KPI kita adalah seperti berikut:

1. Melaksanakan solat sunat Dhuha sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu;

2. Berzikir dengan zikir yang mudah seperti subhanallah wabihamdih dan subhanallahil azim sebanyak  33 kali dalam satu hari (pahalanya memenuhi antara langit dan bumi);

3. Melakukan puasa sunat sekali dalam sebulan ( Isnin & Khamis);

4. Pergi ke masjid untuk solat waktu berjemaah 3 kali dalam seminggu (tidak termasuk solat Jumaat);

5. Berselawat sebanyak 10 kali setiap hari Jumaat ( ketika menunggu waktu solat Jumaat di masjid);

6. Bersedekah sekurang-kurang RM2.00 seminggu sekali (lebih afdhal pada hari Jumaat);

7. Mula membaca Al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat setiap hari; dan

8. Menghadiri kuliah agama atau majlis ilmu di masjid atau surau 2 minggu sekali (untuk menggilap iman).

Buat permulaan, sasaran 8 KPI dalam ibadah khusus ini rasanya tidak memberatkan. Atau kita mungkin boleh memilih untuk memulakan yang paling mudah di antara yang 8 ini dan seterusnya diikuti dengan yang lain.

Apakah ibadah permulaan seringan ini tidak mampu kita lakukan?

Saya sendiri tidak pernah memaksa diri. Malahan saya meletakkan KPI ibadah ini pada tahap yang paling minima. Contohnya solat dhuha, saya memahami bahawa kita semua sibuk. Justeru saya cuma meletakkan 3 hari dalam seminggu termasuk hari cuti, Sabtu & Ahad serta ditambah satu hari dalam hari bekerja.

KPI yang cukup mudah untuk dicapai. Permulaan yang ringan, sedikit namun mampu untuk menggerakkan diri untuk merasai kemanisan iman dengan peningkatan ibadah dari setahun ke setahun.

Selepas beberapa bulan cuba kita lihat pencapaiannya. Letakkan tempoh  3 bulan untuk melihat sama ada kita boleh istiqamah dengan KPI ibadah ini. Jika KPI ibadah umum kita boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya mengapa tidak kita bersungguh-sungguh untuk mencapai KPI akhirat. Kita boleh membuat catatan di dalam buku kecil atau membuat jadual harian bagi menilai dan mengukur sejauh mana pencapaian KPI ibadah khusus atau KPI akhirat kita. Jika tercapai, maka cubalah pertingkatkan sedikit demi sedikit sehingga ibadah kita menjadi mantap dan sarat.

Barulah hidup akan lebih bermakna bila KPI ibadah khusus kita seiring dengan KPI ibadah umum. Dunia dikejar dan dalam masa yang sama akhirat juga diutamakan.

Insyallah, solat sunat Dhuha 3 kali seminggu akan bertukar menjadi 7 kali seminggu;

Insyallah, solat jemaah seminggu 3 kali akan bertambah menjadi 7 kali dalam seminggu;

Insyallah, puasa sunat sebulan sekali akan bertukar menjadi 8 kali  sebulan atau  3 kali sebulan (mengikut hadith sahih);

Insyallah, selawat setiap jumaat akan bertambah kepada selawat setiap hari dengan rangkaian selawat-selawat syifa’ dan selawat tafrijiyyah;

Insyallah, zikir ringkas kita setiap hari akan bertambah kepada zikir al-mathurat setiap pagi dan malam;

Insyallah, bacaan sehari selembar Al-Quran akan bertambah menjadikan kita khatam Al-Quran setiap 3 bulan;

Insyallah, sedekah jariah kita sebanyak RM2.00 seminggu akan bertambah menjadi RM100 setiap bulan; dan

Insyallah, kehadiran kita ke majlis-majlis ilmu dan tafaqquh fiddin akan bertambah dari 2 minggu  sekali menjadi 2 kali seminggu.

Semua ini memerlukan kesungguhan untuk dilakukan. Biar pun sedikit, namun dengan doa yang dipinta, insyallah Allah akan membuka pintu rahmatNya untuk memberi kita kelazatan dalam beribadah.

Islam bermula dengan sesuatu yang mudah dan tidak menyusahkan. Kita bermula dengan langkah pertama yang mudah, insyallah kesungguhan kita akan dibantu oleh Allah untuk mempertingkatkan amal ibadah serta menambahkan iman kita.

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Muhammad) untuk menyusahkan. (Toha:2)

Semoga kita berjaya.

Abu Wafi, Kuala Lumpur

Photo: Ishafizan Ishak dari photo Naza.

 

 

Berapa ramai di antara kita yang pernah menangis kerana kehilangan orang yang disayangi?

Berapa ramai di antara kita yang pernah menangis kerana kehilangan harta benda?

Berapa ramai di antara kita yang pernah menangis kerana putus cinta, putus tunang, perceraian dan kehilangan kasih sayang manusia?

Berapa ramai pula di antara kita yang pernah menangis kerana gagal memperolehi apa yang dihajati dalam hidup ini?

Tetapi…

Berapa ramai pula di antara kita yang pernah menangis kerana Allah, menangis kerana gerun dengan azab Allah yang pedih, menangis kerana menginsafi dan menyesali dosa-dosa yang telah kita lakukan?

Berapa ramai di antara kita yang pernah menangis kerana rindukan Rasulullah saw? Rindu untuk menatap wajah baginda yang lebih indah dari bulan mengikut Riwayat Syamail Muhammadiah.

Berapa ramai di antara kita yang ketika membaca Al-Quran pernah menangis apabila sampai ke ayat-ayat yang menceritakan mengenai suasana di dalam neraka yang menggerunkan?

Begitulah petikan dari buku kecil di atas, Dan Berlinanglah air mata takwa.

Buku kecil ini cuma berharga RM10.00 namun buku ini boleh saya katakan sebagai buku tangkap leleh. Buku yang bisa melelehkan air mata bagi hati-hati yang keras seperti saya. Jika tidak mampu menangis pun, buku kecil ini cukup untuk menggetarkan hati-hati yang membacanya.

Rasulullah saw bersabda : “Tidak ada sesuatu yang lebih dicintai Allah daripada 2 titisan dan 2 bekas melainkan titisan air mata kerana takut kepadaNya dan titisan darah yang mengalir di jalanNya (jihad)  (Riwayat Tirmidzi)

Menangis terkadang dilihat aneh oleh sebahagian besar dari kita. Namun menangis kerana takutkan Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan mampu membuka pintu redha dan cintaNya serta mampu menghalau murkaNya. Tangisan sebegini sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

Rasulullah saw bersabda : ” 2 mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga kerana berjihad di jalan Allah.

Selain daripada kisah tangisan Rasulullah saw, buku kecil ini juga menampilkan kisah-kisah mengenai tangisan para sahabat seperti tangisan Abu Bakr, Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan, Ummul Mukminin Aisyah r.a dan beberapa sahabat terdekat lain. Penulis buku ini Syeikh Hussain bin Audah juga mengupas mengenai bahayanya hati yang keras juga menyelitkan nasihat para ulama mengenai perkara ini.

Sesiapa yang berjuang menundukkan jiwanya dengan memaksa diri untuk menangis, maka sesungguhnya Allah telah memberikan hidayah kepadanya agar dapat menangis dan Allah memberikannya taufik dalam melakukannya.

Antara nasihat alim ulama yang menarik perhatian saya ialah nasihat Sufyan As-Sauri:

Jadikan dunia ini 2 majlis iaitu majlis untuk meraih akhirat dan majlis untuk mencari harta yang halal. Ada pun majlis yang ke-3, ia akan membahayakanmu dan tidak bermanfaat kepadamu dan engkau tidak menginginkannya.

Bagilah hartamu kepada 2 dirham; satu dirham engkau dapat dari harta yang halal, engkau gunakan untuk menafkahi keluargamu; manakala satu dirham lagi engkau gunakan untuk kepentingan akhirat. Ada pun dirham yang ke-3 ia akan membahayakanmu dan tidak bermanfaat kepadamu dan engkau tidak menginginkannya.

Menangis mungkin dilihat remeh oleh sesetengah orang. Malahan mungkin dianggap sebagai lambang kelemahan seseorang kerana hatinya yang sensitif.

Tetapi ketahuilah bahawa menangis kerana Allah itu tandanya bahawa hati kita amat sensitif dengan dosa-dosa yang telah kita lakukan lantas menimbulkan rasa penyesesalan dan rasa keinsafan yang mendalam. Tangisan ini sebenarnya sangat disukai Allah. Tangisan yang melambangkan rasa ketundukan seorang hamba kepada PenciptaNya.

Manusia-manusia hebat sepanjang sejarah Islam tidak pernah berhenti menangis walaupun mereka telah mendapat jaminan syurga Allah. Saidina Umar menangis semasa solat sehingga bunyi tangisannya bagaikan bunyi air yang mendidih mengikut sesetengah riwayat. Mereka menangis kerana bimbang nasib mereka di hari akhirat, bimbang jika bekalan mereka ke sana tidak mencukupi atau tidak diterima Allah.

Bimbang sehingga membawa mereka menangis kerana Allah.

Sedarlah hati kita ini sesungguhnya sangat keras seperti batu. Sudah tiba masanya untuk kita melakukan perubahan di dalam diri. Berusahalah untuk menangis kerana Allah kerana tangisan kita itu akan menyebabkan terhindarnya kita dari disentuh bakaran api neraka yang sungguh dasyat.

Marilah kita sama-sama menanamkan azam untuk menangis kerana takutkan azab Allah yang pedih akibat dosa-dosa yang telah kita lakukan. Berazamlah untuk menangis biar pun cuma sekali dalam seumur hidup di dunia yang sementara ini.

Berusahalah… insyallah kita akan menemui kemanisan iman di situ.

Abu Wafi, Kuala Lumpur City Center.

 

KEMATIAN 1

Pelajar maut tergelincir ketika elak diserbu JAIS

KUALA LUMPUR 24 April – Tindakan seorang pelajar perempuan sebuah kolej membawa teman lelaki bermalam di rumah sewanya di Pangsapuri Jelutong, Selayang Heights dekat sini, ketika rakan serumah pulang ke kampung akhirnya mengundang padah.

Dia yang menyangka tiada siapa akan menghidu perbuatannya itu ternyata silap apabila ada jiran yang membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Bertindak atas aduan tersebut, sekumpulan lima anggota penguat kuasa JAIS menyerbu rumah terbabit pada pukul 1.40 pagi ini.

Serbuan itu ternyata mengejutkan pasangan kekasih berkenaan dan dalam keadaan panik, teman lelakinya bertindak keluar melalui tingkap dan cuba meniti tembok bangunan untuk menyembunyikan diri.

Tindakannya itu bagaimanapun mengundang padah apabila dia tergelincir dari tingkat lima bangunan pangsapuri tersebut sebelum terjatuh ke dalam longkang dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, pelajar perempuan terbabit pada mulanya enggan membuka pintu tetapi terpaksa bekerjasama selepas menyedari teman lelakinya terjatuh.

“Anggota penguat kuasa JAIS mengambil masa beberapa minit mengetuk pintu sebelum terdengar bunyi objek jatuh dari dalam rumah tersebut.

“Pada ketika itu, barulah pelajar perempuan terbabit membuka pintu dan membenarkan rumahnya diperiksa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota JAIS yang mengesyaki sesuatu ekoran keadaan tingkap rumah terbuka, meninjau ke bawah bangunan dan terkejut mendapati seorang lelaki terperosok di dalam longkang.

Rosly berkata, mangsa berusia 21 tahun, juga penuntut di kolej sama dengan teman wanitanya disahkan mati di tempat kejadian oleh anggota paramedik yang dipanggil menyelamatkannya.

Katanya, pelajar malang itu disahkan mati akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan organ dalaman.

Beliau menambah, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

“Polis juga telah mengambil keterangan daripada teman wanita mangsa dan mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut kerana tiada kaitan dengan unsur-unsur jenayah,” katanya.

 

KEMATIAN 2

Seorang petugas jalan tol bercerita: “Suatu ketika sebuah kereta lalu di jalan tol dipandu seorang pemuda dengan kecepatan sederhana. Tiba-tiba keretanya mogok di terowo-ngan. Ia pun turun untuk memeriksa keretanya, tanpa disangka dari arah belakang ia dilanggar oleh kereta lain sehingga ia mengalami cedera parah.”

Maka kami pun membawanya dengan kereta sambil menghubungi hospital. Sewaktu kami meletakkannya dalam kereta kami, kami mendengar-nya membaca Al-Qur’an dengan suara merdu. Subhanallah pada waktu ini saya yakin dia akan meninggal dalam keadaan mulia. Ia terus membaca Al-Qur’an, saya pun menoleh kebelakang dan saya lihat pemuda itu sedang mengacukan jari telunjuknya sembari mengucap ‘kalimah syahadah’, sejurus kemudian kepalanya terkulai. Saya melompat ke belakang ternyata pemuda itu sudah tiada. Ia telah kembali ke rahmatullah, dengan belaian ‘inayah dan rahmat Ilahi.

Saya lalu merenung dan menatapnya sambil meneteskan air mata. Saya memberitahu sahabat saya bahwa ia sudah meninggal. Sahabat saya pun menangis dengan dahsyatnya, sementara saya menangis tersedu-sedu. Air mata saya mengalir tiada henti. Keadaan kami di dalam kereta sungguh sangat mengharukan. Kami membawa jenazahnya ke hospital sambil menghubungi keluarga-nya serta menceritakan apa yang terjadi pada pemuda mulia ini sehingga dia menemui Tuhannya. Keluarganya menceritakan sisi positif kehidupan pemuda soleh ini bahawa dia memang selalu berziarah ke makam neneknya di kampung, ia selalu bersedekah kepada para ibu tunggal, anak-anak yatim dan fakir miskin sehingga penduduk kampung sangat mengenal pemuda berhati mulia ini.

Keluarganya juga menceritakan bahawa pemuda soleh ini juga sering memanfaatkan perjalanan panjang ke kampung dengan membaca dan menghafal al-Quran dan mengulang-ngulangnya serta mendengar kaset-kaset pengajian dan ceramah agama yang bermanfaat. (PETIKAN DARI LAMAN AN-NUR)

ULASAN:  

Sama ada kita suka atau tidak, kita semua akan pergi menemui Tuhan. Malangnya kita semua tidak tahu bilakah saat dan ketikanya untuk kita berlepas meninggalkan dunia yang fana ini. Sedar atau tidak tiket penerbangan ke sana telah pun siap ditempah secara “open ticket” kerana tarikh dan waktu boleh jadi bila-bila masa sahaja. Sedar atau tidak kain kafan yang akan membaluti tubuh kita untuk bertemu Allah sedang dijahit tanpa kita sedari.

Soalnya, bagaimanakah cara untuk kita bertemu dengan Allah.

Husnul Khatimah atau Su’ul khatimah.

Soal syurga dan neraka, adalah ketetapan dari Allah dan kita tidak boleh sama sekali menghukum pemuda pertama ke neraka kerana kesudahan hidupnya yang sebegitu rupa. Cuma apa yang boleh saya katakan cara seseorang individu itu mati mempengaruhi nasibnya di sana sama ada syurga atau neraka. Mudah-mudahan Allah mengampuninya.

Orang yang bijak ialah mereka yang sentiasa merancang kematiannya dan bagaimana cara dia hendak pergi menemui Tuhannya. Dia mungkin mati ketika berjuang di medan jihad, atau mati ketika dalam solat, atau mati ketika sedang melakukan amal soleh. Cara mereka pergi menemui Pencipta seperti kisah pemuda ke-2 itu, sudah cukup untuk menggambarkan kesudahan yang baik menanti pemuda tersebut.

Ingatlah.. jauhilah dari melakukan maksiat kepada Allah kerana kita tidak tahu mungkin ketika kita sedang enak dan lazat melakukan dosa tersebut, tiba-tiba maut menjemput kita.

Mesej saya di hari yang sungguh sibuk ini ialah, temuilah Tuhanmu dalam keadaan yang baik….

Abu Wafi, Putrajaya

VIP dunia VIP akhirat

Posted: May 23, 2010 in Tazkiyatunnafs

Mungkin ada yang tertanya-tanya, gambar siapakah di atas. Bagi mereka yang rajin mengikuti perkembangan politik di negara jiran seberang tambak tentu mengenali individu di atas. His Excellency Dr. Yaakob Ibrahim, Menteri Alam Sekitar dan Air, Republik Singapura. Menariknya, beliau adalah satu-satunya menteri berbangsa Melayu dan beragama Islam di dalam kabinet Kerajaan Singapura.  Sebenarnya ada pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama.

Saya baru sahaja selesai menamatkan tugas sebagai pegawai pengiring atau Liason Officer (LO) untuk Dr. Yaakob Ibrahim, Menteri Alam Sekitar dan Air, Singapura  yang hadir ke Malaysia untuk satu mesyuarat penting. LO adalah pegawai yang dipertanggungjawabkan oleh pihak tuan rumah untuk mengiringi tetamu negara sepanjang beliau berada di negara tersebut. ToR LO menetapkan bahawa saya mesti sentiasa berada di sisi beliau selama 2 hari tanpa gagal. Ke mana sahaja beliau pergi saya perlu menemani beliau. Ibarat kata, saya adalah sebagai diari bergerak untuk memaklumkan kepada beliau mengenai jadual hariannya.  Saya juga bertindak sebagai penghubung untuk orang luar yang ingin mengetahui di mana kedudukan beliau. Maka, tiba-tiba kedudukan saya menjadi begitu penting.

Pengalaman yang paling mencabar ialah apabila membawa beliau ke Masjid Syakirin KLCC untuk solat jumaat. Menempuhi perjalanan yang sesak dan orang ramai yang berpusu-pusu ke dalam masjid menjadikan tugas mengiringi beliau sungguh mencabar. Mujur ada anggota keselamatan yang membantu memudahkan kerja saya.

Selain itu, saya juga menemaninya ke kedai buku Kinokuniya di KLCC dan saya sesungguhnya cukup kagum dengan beliau yang sangat sukakan buku. Hampir 30 minit kami di situ dan kesudahannya saya membawa bakul berisi buku-buku berharga tidak kurang RM500.00 termasuk buku “Mahathir Maverick” manakala buku-buku lain terdiri dari pelbagai disiplin ilmu seperti sejarah dan sains politik.

Minister of Environment & Water Resources, Singapore, Minister In-charge of Muslims Affairs

Selaras dengan taraf tetamu negara, pergerakan  beliau ke mana sahaja dikawal ketat dan diiringi dengan anggota polis. Maka, pantaslah kami bergerak walaupun jalan di sana sini sesak dengan kenderaan. Begitu istimewanya layanan yang diberikan dan saya sendiri tiba-tiba merasa sungguh istimewa dan terhormat dengan layanan VIP yang diberikan walaupun saya bukan VIP yang dilayan.

Perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama menjadi pantas. Bayangkan lebuhraya dilalui tanpa dikenakan tol. Semua kenderaan perlu memberi laluan atau bergerak ke tepi jalan agar konvoi kami dapat melalui dengan selesa. Ohh… sungguh istimewa sekali.

Dalam kenderaan saya terfikir;

“ Ini baru VIP di dunia, VIP di akhirat bagaimana pula?

“Jika di dunia begini layanannya, bagaimana pula layanan di akhirat. Apakah layanan VIP di dunia akan berpanjangan di akhirat?

“Hari ini aku diberi layanan istimewa dan Kelas Pertama, apakah layanan sebegini akan aku nikmati ketika berada di padang mahsyar semasa menunggu waktu untuk dihisab?”

Saya bermonolog sendirian sehinggalah konvoi kenderaan yang membawa kami sampai ke destinasi. Beberapa kali saya bermonolog sedemikian. Monolog yang cukup memberi kesan kepada diri ini.

Saya teringat peristiwa di padang mahsyar yang banyak diceritakan oleh ustaz-ustaz terutamanya perjalanan kita melintasi titian sirat mustaqim. Ulama mentafsirkan  bahawa titian ini sungguh tajam dari mata pedang dan lebih halus dari rambut. Pada ketika ini, saya sendiri tidak dapat membayangkan dengan mata perkara itu. Tanpa ada pengecualian, kita semua akan melalui titian tersebut dan di bawahnya adalah neraka yang apinya menjulang-julang ke atas. Kejayaan perjalanan kita melintasi titian tersebut adalah bergantung kepada amalan ketika di dunia. Ada yang berjalan kaki, ada yang berlari, ada yang bergerak sepantas kilat, ada pula yang merangkak dan ada yang mengensot sehingga terjatuh disambar api neraka yang panas. Semuanya bergantung kepada amalan di dunia.

Siapa pula VIP di sana?

Terbayang di fikiran saya, bagaimana kedudukan insan-insan istimewa di sisi Allah seperti para anbiya’,syuhada’,siddiqin dan solihin. Mereka adalah VIP di akhirat. Mereka bergerak tanpa ada tol dan sekatan. Jika adapun sekatan ianya akan dipermudahkan untuk mereka. Ternyata VIP akhirat lebih bermakna berbanding VIP dunia yang kenikmatannya boleh hilang bila-bila masa.

Saya mendapat pengajaran berguna dari tugasan ad-hoc yang diamanahkan kepada saya.

Pertama, untuk pelajaran di dunia, sentiasalah mengemaskini pengetahuan dengan banyak membaca khususnya bahan-bahan bacaan yang berat. Dr. Yaakob adalah individu yang boleh dicontohi dalam perkara ini. Berbual dengan beliau terasa menyeronokkan kerana pengetahuannya sangat luas dan tidak membosankan.  Ada saja ilmu yang diperolehi. Sesuai dengan latar belakang beliau sebagai bekas Professor di  National University of Singapore dalam disiplin Kejuruteraan Struktur, beliau kelihatan sangat berkeyakinan bila berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.

Kedua, untuk pelajaran akhirat pula, pengalaman ini mengajar saya bahawa apa yang ada di dunia ini tidak kekal. Buktinya, saya hanya menjadi VIP kecil selama 2 hari sahaja. Sekembalinya, beliau ke Singapura, status tersebut hilang dari diri saya. Begitulah tidak kekalnya dunia ini.

Ketiga, usahlah berkecil hati jika anda bukan VIP di dunia ini kerana anda masih berpeluang untuk menikmatinya di akhirat kelak. Bayangkan ketika umat manusia dari zaman Nabi Adam as sehingga umat terakhir bersesak-sesak dan bermandi peluh menunggu masa dihisab seorang demi seorang, tiba-tiba anda mendapat layanan VIP di celah-celah jutaan manusia. Dan anda kemudian dihisab dengan hisab yang  mudah dan melalui titian sirat ke syurga sepantas kilat yang menyambar tanpa sempat menoleh ke bawah. Tentunya perkara ini lebih didambakan oleh kita semua.Pastinya untuk menjadi VIP akhirat, anda perlu melipatgandakan amal-amal soleh semaksima mungkin dan meninggalkan segala larangan.

Keempat, kaitkan semua perkara dengan agama. Kaitkan semua kerja dan tugas yang kita lakukan dengan agama. Cubalah cari titik pertemuannya, insyallah kita akan bertemunya di situ.

“Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan tersebut mereka menjadi orang-orang yang mempunyai hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, sebaliknya yang buta itu adalah mata hati yang ada di dalam dada.  (Al-Hajj: 46)

Allah suruh kita buka mata hati seluas-luasnya melalui penglihatan dan pendengaran kita yang digunakan sebaik-baiknya. Perhatikan alam ini, dan perhatikan segala kejadian yang berlaku di sekeliling kita dan ambillah pengajaran yang berguna untuk akhirat kita.

Moga-moga kita semua berfikir ke arah situ hendaknya …..

Abu Wafi, Putrajaya.

Bertindaklah Sewajarnya

Posted: May 30, 2010 in Tazkiyatunnafs

Sebagai penjawat awam, adalah satu perkara normal apabila saya sering menerima arahan dari pihak atasan untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang pelbagai. Adakalanya saya diminta menyediakan maklumbalas kepada pihak luar dan adakalanya arahan tersebut untuk kepentingan organisasi sendiri. Jika maklumbalas yang perlu disediakan maka surat  dari pihak luar akan diberikan kepada saya dengan catatan yang berbentuk arahan. Arahan tersebut akan diminitkan kepada saya untuk dilaksanakan dan perkataan yang paling popular digunakan adalah “SEWAJARNYA“. Umumnya, semua penjawat awam memahami perkataan ini. Arahan yang diberikan tidak perlu diterangkan secara jelas,terang, satu persatu tindakan yang perlu dilakukan. Justeru, perkataan sewajarnya sudah dianggap memadai. Apa yang perlu saya lakukan adalah membaca keseluruhan surat yang diminitkan kepada saya sebelum saya boleh membuat keputusan mengenai bentuk tindakan yang perlu saya lakukan.

Namun sebagai pekerja biasa, saya sebenarnya mendambakan jika arahan tersebut turun dalam keadaan yang spesifik dan jelas pelan tindakannya. Maka tindakan yang saya akan ambil berdasarkan arahan tersebut juga adalah jelas, namun perkara ini tidak berlaku. Justeru, apa yang sering saya lakukan jika tidak jelas bentuk tindakan ialah dengan mengadakan perbincangan dengan “immediate boss” atau dengan merujuk kepada beberapa rakan yang mungkin pernah melakukan tugasan yang sama. Walau bagaimanapun, jika perkara yang diarahkan itu adalah satu rutin yang telah dikuasai oleh saya, maka perkataan sewajarnya itu sangat wajar digunakan kerana dapat menjimatkan masa semua pihak.

Ada kalanya saya tersenyum bila menerima tugasan, mungkin kerana telah tahu apa tindakan yang patut saya lakukan dan ada kalanya muka saya berkerut memikirkan apa bentuk tindakan yang patut saya ambil sebagai wajar. Ternyata, perkataan sewajarnya itu kadang-kala mudah ditafsirkan dan adakalanya begitu sukar untuk ditafsirkan. Bila sukar, sudah tentu saya pening memikirkan dan bimbang jika tindakan yang saya rasa wajar itu berubah menjadi tidak wajar atau tidak patut.

Bertindaklah sewajarnya !

Bersikaplah sewajarnya!

Namun bagaimanakah pula untuk memuaskan hati semua pihak di sekeliling kita bahawa semua yang kita lakukakan adalah wajar belaka?

Bagaimana pula kita bersikap sewajarnya dalam aspek kehidupan kita khususnya sebagai seorang individu dan hamba Allah?

Bagaimana kita ingin menjadi anak yang bersikap sewajarnya kepada kedua orang tuanya; atau suami yang sewajarnya; isteri yang sewajarnya kepada pasangan masing-masing; seorang ayah dan ibu yang sewajarnya kepada anak-anak; seorang guru yang sewajarnya kepada anak-anak muridnya; seorang majikan yang sewajarnya kepada pekerjanya; seorang pekerja yang sewajarnya kepada majikan ;  seorang individu sewajarnya kepada anggota masyarakat dan seorang  warganegara yang sewajarnya kepada negara?

Inilah persoalan yang seringkali bermain di fikiran saya  dan apakah selama ini saya telah bertindak dan bersikap sewajarnya kepada ayah, ibu, isteri, anak-anak dan anggota masyarakat di sekeliling saya?

Bagaimanakah pula ukuran sewajarnya kepada diri saya? Sudah semestinya perkataan sewajarnya itu menjadi begitu subjektif bila diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Mungkin ada orang yang berpandangan tindakan itu sesuai dengan perkataan sewajarnya dan mungkin ada yang berpandangan sebaliknya.

Keutamaan saya selain daripada bertindak dan bersikap sewajarnya kepada orang-orang sekeliling saya ialah, adakah saya sebagai seorang hamba telah bertindak sewajarnya kepada Pencipta saya, selama 37 tahun saya hidup di muka bumi Allah ini?

Ini yang lebih penting dan seharusnya kita semua sentiasa bertanyakan soalan ini kepada diri setiap hari. Bermuhasabah.

Bertindak sewajarnya  ialah dengan mematuhi segala perintahNya; dan

Bertindak sewajarnya  ialah dengan menjauhi segala laranganNya.

Satu sifir yang cukup mudah, namun ramai yang tersungkur untuk memenuhi sifir ini kerana terpengaruh dengan hasutan syaitan dan nafsu yang merajai diri.

Fikirkanlah…. bertafakurlah

Jika sifir mudah ini berjaya dipatuhi, anda sebenarnya telah bersikap sewajarnya kepada Pencipta anda sekaligus anda juga akan bersikap sewajarnya kepada orang-orang di sekeliling anda.

Seorang ulama kontemporari terkenal, Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni dalam bukunya “La Tahzan” turut mengupas isu ini dalam hikmahnya yang ke-30. Kata beliau:

Wahai orang-orang yang berakal dan sedar, tempatkanlah segala sesuatu itu sesuai dengan ukurannya.Jangan membesar-besarkan peristiwa dan masalah yang ada; bersikaplah secara adil, seimbang dan jangan berlebihan. Jangan pula larut dalam bayang-bayang dan fatamorgana yang menipu.

Beliau mengajak kita agar meletakkan aspek keadilan dalam bersikap sewajarnya. Sebagai contohnya, jika kita mencintai seseorang memadailah jangan berlebih-lebihan kelak mungkin suatu hari nanti persahabatan itu akan bertukar kepada permusuhan; dan jika membenci seseorang, bencilah sekadarnya kerana mungkin suatu hari nanti kebencian itu akan bertukar menjadi kasih sayang yang tidak terhingga.

Apa pun, bersikap sewajarnya yang dimaksudkan oleh Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni adalah bertindak sekadarnya dan jangan berlebih-lebihan kerana tiada benda yang kekal di dunia ini kerana hati manusia ini boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

Semoga kita bertindak sewajarnya untuk semua pihak.

Bertindaklah sewajarnya kepada Allah, sewajarnya kepada manusia lain, sewajarnya kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan sewajarnya kepada alam sekitar.

Abu Wafi, Putrajaya.

Dunia menyaksikan sekali lagi episod kekejaman Rejim Zionis. Kali ini mereka mensasarkan kekejaman mereka dengan menyerang dan membunuh sukarelawan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Keganasan Israel tidak mengenal siapa pun walaupun misi kemanusiaan yang tidak bersenjata.

Selama ini saya hanya memerhati dari jauh dan mengikuti dengan penuh minat misi kemanusiaan ini. Terdetik di hati bahawa suatu hari nanti saya juga ingin terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan untuk membantu saudara seagama di Palestin. Isu Palestin memang telah menarik perhatian saya sejak sekian lama.

Sebelum kapal “Mavi Marmara” diserang, saya sempat mengikuti perkembangan dari atas kapal tersebut menerusi wartawan Astro Awani Aswad Ismail yang sibuk menemuramah sukarelawan di atas kapal. Timbul kekaguman pada diri saya atas keberanian beliau untuk turut serta dalam misi yang penuh risiko itu.

Wartawan Ashwad Ismail

31 Mei jam 4.30 petang, saya mendapat sms dari seorang sahabat di Pulau Pinang meminta doa untuk keselamatan anggota sukarelawan Malaysia dan lain-lain negara yang sedang dikepung oleh tentera marine Israel. Hanya doa yang dapat kupanjatkan.

Sehingga semalam, saya menanti dengan penuh debaran mengenai nasib anak kapal yang ditahan di sebuah pelabuhan di Israel. Nasib 2 wartawan Malaysia bersama 10 sukarelawan Malaysia lain juga tidak diketahui. Kita mendoakan semoga Allah melindungi mereka namun jika ditakdirkan mereka syahid, itu adalah ketetapan Allah yang terbaik untuk mereka.

Dan hari ini dilaporkan bahawa kesemua 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal tersebut, dikhabarkan bahawa mereka kini sedang ditahan di dalam penjara di Israel. Sehingga catatan ini ditulis, belum ada tanda-tanda mereka akan dibebaskan.

Malam ini, saya berada di surau Al-Mizan, Putrajaya. Kebetulan ada kuliah Tasawwur Islam dan isu yang menarik perhatian ialah amal jariah kita untuk saudara-saudara kita di Palestin. Apakah yang telah kita lakukan setakat hari ini?

Di mana sumbangan harta benda kita dan di mana doa kita untuk keselamatan mereka?

Tabik hormat buat sukarelawan yang telah syahid semasa dalam misi membawa bantuan kemanusiaan untuk saudara seagama mereka yang menderita sekian lama di Gaza. Paling saya tersentak ialah apabila ustaz menyatakan bahawa semulia-mulia kematian adalah mati syahid dan di zaman yang serba moden ini mati syahid adalah kematian yang sungguh luar biasa berbanding kematian biasa di hospital dan jalan raya. Namun tidak ramai yang bisa mengecapinya kecuali mereka yang terpilih dan mempunyai niat yang ikhlas dalam membantu agama Allah ini.

Mudah-mudahan Allah akan menggantikan kehidupan para syuhada’ yang pergi di atas kapal Mavi Marmara ini dengan kehidupan yang lebih baik di syurga.

Pesanan ustaz, di dunia kita sibuk merancang kehidupan, merancang untuk membeli rumah, membeli kereta, menghimpun harta tetapi jarang yang merancang bagaimana cara dia hendak mati. Tidak langsung pernah terlintas di hati akan cara bagaimana kita ingin pergi bertemu Allah. Adakah kita ingin mati di hospital akibat sakit kanser, serangan jantung atau mati kemalangan di jalan raya atau kita ingin mati syahid seperti saudara-saudara kita di atas kapal Mavi Marmara. Kata Ustaz, berazamlah, bercita-citalah dan berdoalah semoga kita beroleh kematian semulia itu, kematian yang luar biasa di zaman internet ini.

Teringat saya kepada kata-kata mantan pemimpin Hamas yang syahid dibom peluru berpandu Israel Syeikh Abdul Azizi Rantisi:-

“It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing. Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache.” ~ As Syahid Dr Abdul Aziz Al Rantisi.

” Ianya tetap mati samada disebabkan oleh dibunuh atau penyakit kanser. Tidak ada apa yang berubah sekiranya helikopter Apache atau serangan sakit jantung. Aku lebih suka memilih untuk mati diserang apache”

Ceramah disudahi dengan solat Isyak dan kemudiannya kami semua melakukan solat Hajat. Terasa sedikit terkesan dan terharu dengan bacaan imam semasa membaca Qunut Nazilah.

Rakyat Gaza (sebutan betulnya Ghazzah) sedang tersepit dan tertekan dengan sekatan yang dikenakan ke atas mereka. Namun mereka tetap cekal menghadapinnya.

Gaza adalah bumi kelahiran Imam Syafie yang menjadi mazhab ikutan umat Islam di Malaysia. Gaza bumi tempat Nabi Ibrahim a.s bermastautin sehingga akhir hayatnya. Sesungguhnya, Gaza adalah bumi yang dimuliakan. Mempertahankan bumi Gaza adalah sesuatu yang sungguh mulia di sisi Allah.

Inilah sumbangan yang dapat saya berikan. Hanya doa dan rasa prihatin terhadap apa yang menimpa saudara seagama kita di Gaza dan para ikhwah yang memberanikan diri mengambil risiko merentas lautan untuk menghantar bantuan.

Mudah-mudahan Allah merahmati mereka.

Abu Wafi, Putrajaya

Gaza kami datang

Posted: June 3, 2010 in Antarabangsa

Akhirnya teka-teki mengenai nasib sukarelawan Malaysia di dalam kapal Mavi Marmara pun terjawab. Ashwad Ismail melaporkan dari Amman, Jordan mengenai kedudukan mereka. Rata-rata rakyat Malaysia mengucapkan syukur dan gembira dengan keadaan mereka yang tidak diapa-apakan. Cuma cerita pengalaman mereka yang terperinci belum dapat dipastikan. Apa pun, cerita-cerita yang saya dengar di Radio IKIM cukup tragik dan mendebarkan terutamanya ketika mereka dikepung dan tembakan gas pemedih mata dilepaskan kepada penumpang kapal Mavi Marmara.

Mavi Marmara akan terus dikenang di dalam sejarah sebagai lambang perjuangan dan kasih sayang saudara seagama atas dasar kemanusiaan untuk saudara mereka di Gaza.

Mavi Marmara akan terus diingati sebagai simbol solidariti atau penyatuan umat Islam malahan menjangkau kepada penganut agama lain yang turut serta memberikan sokongan seperti Gertha Berlin seorang aktivis NGO dari Eropah.

Mavi Marmara akan terus dikenang sebagai simbol jihad umat Islam untuk memecahkan ‘blockade’ atau sekatan regim zionis sejak 3 tahun yang lalu.

Mavi Marmara akan terus menghantui negara haram Israel sebagai satu ancaman dan tekanan baru dunia antarabangsa ke atas mereka.

Mavi Marmara bukanlah sebuah kapal penumpang biasa sebaliknya sebuah kapal yang luar biasa. Selain daripada membawa muatan kargo untuk rakyat Gaza, Mavi Marmara turut membawa 500 penumpang yang terdiri daripada sukarelawan biasa, pegawai perubatan, aktivis NGO, ulama terkenal dan juga ahli Parlimen Eropah.

Mavi Marmara akan terus diingati sejarah seperti mana tragedi hitam pembunuhan umat Islam di kem Shabra & Shatila.

Dengan seruan “Gaza here we come” mereka datang menempuhi perjalanan yang jauh dari Turki dengan satu harapan iaitu untuk membantu rakyat Gaza.

Sebelum ini, Gaza sudah tersedia tersepit dengan pelbagai sekatan dari darat, udara dan laut. Namun penduduk Gaza kreatif. Dengan kerjasama rakyat Mesir yang bersimpati dengan mereka di sempadan Rafah, mereka membina terowong untuk menyalurkan bekalan makanan,ubat-ubatan dan bekalan lain. Di sebalik sekatan yang ketat dikenakan, penduduk Gaza masih boleh hidup malahan Perdana Menteri Ismail Haniyeh masih mampu tersenyum dan berjuang untuk Gaza. Akhirnya Mesir bertindak menutup sempadannya dengan Israel dan menyebabkan 200 terowong rahsia akhirnya ditinggalkan begitu sahaja.

Mesir oh Mesir, kenapakah engkau begitu tergamak mengikut telunjuk ajar Israel laknatullah…..

Mavi Marmara bukan nama biasa. Marmara adalah nama laut di Turki.Laut yang memisahkan antara Turki Asia dan Turki Eropah. Tentu ada sesuatu yang istimewa mengenai laut ini sehingga dipilih sebagai nama kapal yang luar biasa ini.

19 sukarelawan yang terbunuh di dalam Mavi Marmara, bukan mati sia-sia. Mereka mendapat ganjaran syahid atas perjuangan membantu saudara Islam mereka. Rahmat Allah  yang telah menurunkan perasaan kasih sayangNya kepada mereka sehingga menggerakkan hati mereka untuk pergi ke Gaza.

Seruan “Gaza Here We Come” tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga saya seperti membisikkan sesuatu. Bisikan yang memberi makna agar kita tidak melupakan saudara seagama di sana. Moga kita diberi kekuatan untuk bertindak seperti saudara-saudara kita di atas Mavi Marmara dan konvoi Flotila yang lain.

Mudah-mudahan….

Abu Wafi, Putrajaya

 

Akhirnya mereka pergi jua

Posted: June 10, 2010 in Suara Hati

12 sukarelawan Malaysia di dalam kapal Mavi Marmara akhirnya selamat tiba di tanahair minggu lepas. Ini disusuli pula dengan 6 sukarelawan Malaysia di dalam kapal Rachel Corrie yang tiba pada 7 Jun 2010. Semuanya selamat dan mereka diberikan sambutan wira negara. Walau bagaimanapun, ketua sukarelawan Malaysia Saudara Norazman dari Haluan Palestin berkata wira sebenar bukan mereka tetapi penduduk Gaza yang cekal berhadapan dengan Regim Zionis setiap hari.

Sesungguhnya Gaza adalah penjara terbuka yang berbumbungkan langit, berlantaikan tanah dan berdindingkan tembok besar seumpama Tembok Berlin.

Sesungguhnya Gaza adalah wilayah kecil yang ‘fragile’ bila-bila masa sahaja boleh pecah dan meletus kekacauan.

Sesungguhnya Gaza tidak pernah sunyi dari bunyi tembakan dan ledakan bom yang memecah keheningan malam.

Penduduk Gaza hidup dalam keadaan yang penuh tekanan namun mereka terus cekal menghadapinya.

Sesungguhnya Gaza adalah bumi sejuta syahid kerana hari-hari ada sahaja yang syahid di bumi Gaza. Kematian penduduk Gaza bukanlah kematian biasa sebaliknya kematian yang luar biasa. Kematian yang tidak terdapat di tempat lain.

Dan pada 31 Mei 2010, 9 aktivis sukarelawan Turki yang mengikuti misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama mereka di Gaza akhirnya syahid di atas kapal Mavi Marmara.

Sesungguhnya saya kagum dengan semangat juang mereka yang sanggup merentasi lautan luas untuk saudara-saudara mereka di Gaza. Nafsu apakah yang mendorong mereka untuk ke sana? Keazaman apakah yang telah menunjangi sanubari mereka sehingga bertindak sejauh itu? Jawapannya adalah kerana rahmat Allah yang telah turun menyuburi hati mereka untuk mencintai dan mengasihi saudara-saudara mereka di Gaza.

Rasulullah SAW bersabda, “Allah swt mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat (dari seratus rahmat) kepada jin, manusia, binatang, dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan Allah swt menangguhkan 99 bahagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti.” (H.R. Muslim).

Walaupun hanya 1% sahaja dari rahmatNya yang diturunkan ke bumi, namun rahmat kasih sayang yang sedikit inilah yang telah menggerakkan hati-hati mereka untuk ke Gaza. Mereka pergi kerana kasih kepada saudara mereka. Mereka pergi kerana rasa tanggugjawab kepada saudara mereka. Mereka pergi kerana tidak sanggup lagi melihat penderitaan penduduk Gaza. Mereka pergi dalam keadaan mereka sedar akan risiko yang bakal mereka hadapi. Akhirnya ketetapan Allah menentukan bahawa mereka pulang kepadaNya dalam keadaan termulia di sisi Allah. Semoga mereka bahagia dengan kehidupan baru yang lebih baik di sana.

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

( Ali Imran: 169-170)

Untuk kita yang masih tinggal di dunia ini manfaatkanlah rahmat 1% yang Allah turunkan kepada kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin dan Gaza.

Teringat saya kepada Rasulullah saw yang mafhumnya berbunyi, 3 perkara jika ada dalam diri seseorang, maka dia akan mendapat kemanisan iman, pertama Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada yang lain, kedua dia mencintai saudara seislamnya semata-mata kerana Allah dan ketiga dia bimbang melakukan maksiat, sebagaimana dia bimbang jatuh ke dalam api.

Daripada 1% rahmat yang Allah turunkan ke muka bumi ini kepada kita telah kita bahagi-bahagikan kasih sayang tersebut kepada anak isteri, ibu bapa, sanak saudara dan rakan terdekat namun pernahkah kita bertanya kepada diri berapa peratus pula daripada bahagian tersebut kita peruntukkan untuk saudara-saudara kita di Gaza?

0.001% atau mungkin kurang lagi?

Tidak mahukah kita mengecapi manisnya iman kerana mencintai saudara-saudara seagama kita di Gaza?

Sesungguhnya mereka juga mempunyai hak ke atas kita.

Fikir-fikirkanlah !!!!!

Abu Wafi, Putrajaya

Diari: Cuti rehatkan minda

Posted: June 9, 2010 in Diari Kembara

Cuti sekolah pun bermula selama 2 minggu. Sudah 3 tahun saya tidak dapat mengambil cuti panjang semasa cuti persekolahan. Puncanya setiap kali cuti sekolah bermula, maka setiap kali itulah kerja saya bermula. Tetapi kali ini saya bertekad untuk bercuti selama 3 hari dan pulang ke kampung halaman di Kulim, Kedah. Sudah 6 bulan saya tidak menjengah kampung halaman dan daerah kelahiran. Sudah terlalu banyak perubahan yang berlaku pada tempat kelahiran saya dan tiba-tiba saya terasa rindu yang amat sangat pada tanah tumpah darah ini.

Terlalu banyak perkara yang hendak diselesaikan dan terlalu banyak kenangan yang perlu dikutip sepanjang 6 bulan yang lalu. Banyak perkembangan saudara mara yang sudah saya ketinggalan.

Saya ingin menatap wajah ayah bonda yang selama ini bersusah payah membesarkan saya yang selama ini hanya dihubungi dengan panggilan telefon  sebagai pengubat rindu.

Saya ingin sekali bertemu sama teman-teman rapat suatu ketika dahulu.Teman-teman persekolahan yang hilang entah ke mana dan teman-teman sekerja yang sudah membina kehidupan sendiri. Teman-teman inilah yang banyak memberi dorongan dan menjadi sumber inspirasi untuk saya terus hidup. Walaupun mereka semua telah bertebaran entah ke mana, ingin saja saya mencari mereka satu persatu dan membuka kembali lembaran kenangan-kenangan manis dan pahit bersama mereka.

Saya ingin saja berjalan ke sekolah lama saya, ke hospital saya dilahirkan dan ke tempat permainan saya semasa kecil. Ingin saya tunjukkan kepada anak-anak setiap langkah-langkah saya di daerah sunyi ini suatu masa dahulu.

Namun, saya tidak punya cukup masa untuk membawa saya menziarahi dan melewati semua tempat-tempat yang pernah saya kunjungi dahulu. Kedai makan kegemaran,tempat kerja lama saya dan teman-teman rapat adalah antara agenda yang ingin saya lakukan tetapi saya tidak mampu. Saya memerlukan masa yang panjang untuk tujuan itu.

Tiba-tiba saya dapat rasakan bahawa pemergian saya yang terlalu lama meninggalkan daerah ini membuatkan saya merasa begitu terasing walaupun di daerah kelahiran sendiri. Terlalu banyak perubahan yang drastik berlaku di sini. Daerah yang dahulunya sebuah kawasan luar bandar lagi terpencil mula pesat membangun. Kedai-kedai baru dan taman-taman perumahan tumbuh dengan pesatnya.

Saya sempat melawat ke pekan Bukit Mertajam, dan melewati hospital tempat saya dilahirkan 37 tahun yang lalu. Juga singgah di kedai roti benggali yang klasik namun penangan kesedapannya masih terasa hingga kini.

Hospital kelahiranku

Kedai roti terkenal di pekan Bukit Mertajam sejak 30 tahun lalu

Suasana damai di kampung

Bagi yang ingin mencari menggemari ayam goreng, bolehlah mencuba  ayam goreng Malaysia di Radix Fried Chicken yang hanya ada 2 outlet sahaja di Malaysia iaitu di Laguna Merbok dan Tesco Sungai Petani, Kedah.

Singgah di Radix FC di Laguna Merbok, Sg.Petani

Rasanya ‘not bad’

Dah sampai SP, sempat singgah ke pejabat rakan sehidup seakhirat Saudara Faisal Abdullah. Sudah hampir 3 tahun tidak bertemu beliau. Alhamdulillah, kami dipertemukan di pejabat beliau dalam satu pertemuan yang singkat tetapi cukup bermakna. Sahabat yang banyak membantu saya semasa susah. Pernah saya menumpang di rumah beliau ketika mula-mula bekerja di Sungai Petani sekitar tahun 2001. Sekarang telah membuka firma guamannya sendiri di Sungai Petani.

Bersama Chor (Faisal)

Kami sekeluarga juga sempat singgah berkelah di Sedim,tempat perkelahan dan reakreasi terkenal di selatan Kedah. Lebih kurang 40 minit dari rumah kami di Kulim. Selain dari tempat perkelahan, aktiviti outdoor dan aktiviti sukan lasak tempat ini adalah satu tempat yang bersejarah bagi negeri Kedah. Tunku Abdul Rahman, mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama pernah menyembunyikan ayahandanya dan kekandanya Sultan Abdul Hamid dan Sultan Badlishah daripada tentera Jepun di Sedim ini sehinggakan kampung ini dinamakan Kg Lindungan Raja. Selepas keadaan selamat dan Jepun meninggalkan Tanah Melayu, baginda sultan keluar dari tempat persembunyiannya. Mengikut Tunku dalam bukunya “Looking Back” beliau telah menculik dan melarikan ayahandanya ke Kulim ekoran tersebarnya berita bahawa Jepun akan membunuh Sultan. Pada mulanya kekandanya yang juga Raja Muda Tunku Badlishah membantah tindakan Tunku namun beliau akhirnya menyertai Sultan bersembunyi di daerah ini sehinggalah keadaan selamat. Usia Sultan ketika disembunyikan ialah 77 tahun mengikut catatan yang saya baca  di dalam rumah tersebut. Rumah persembunyian tersebut masih lagi utuh di sini dan tidak jauh dari sungai tempat perkelahan Sedim.

Sungai mengalir deras

Dari atas chalet

Di hadapan rumah persembunyian Sultan Abdul Hamid

Keadaan di  dalam rumah

Suasana di perkampungan Sedim ini cukup indah dan nyaman. Udaranya bersih. Persekitarannya bersih dan terpelihara. Tempat yang sesuai untuk merehatkan minda, menulis buku, mencari idea dan beruzlah mencari ketenangan dengan mengingati Allah di tempat yang sunyi ini. Tempat kerehatan bagi mereka yang ingin menenangkan fikiran dari stress bekerja.

Dalam pada kita ghairah mencari kerehatan di dunia, janganlah lupa bahawa kerehatan yang sebenar adalah kerehatan di akhirat. Di dunia kita berehat seketika untuk melepaskan penat lelah bekerja yang bersifat sementara sedangkan di akhirat kita berehat selama-lamanya setelah berpenat lelah di dunia dengan amalan-amalan soleh yang mudah-mudahan akan diterima Allah.Kita hanya berehat di akhirat, setelah amalan kita di dunia cukup untuk melayakkan kita mendapat rahmat dan syurga Allah.

Akhirat itu adalah tempat kerehatan yang sebenar, kekal abadi untuk mereka yang benar-benar mahu mengambil pengajaran. Dunia adalah tempat bekerja sekeras-kerasnya untuk kehidupan di akhirat yang kekal abadi.

Abu Wafi, Kulim, Kedah.

Syahid itu anugerah

Posted: June 14, 2010 in Antarabangsa

“Pada hari akhirat, kita semua akan dibangkitkan bersama-sama rakyat Palestin. Pada masa itu kita akan disoal oleh Allah apa yang telah kita lakukan untuk membantu Palestin? Isu Palestin bukan isu kemanusiaan semata-mata tetapi isu akidah yang melibatkan semua umat Islam tidak kira di mana mereka berada.”

Pada 12 Jun 2010, Ketua Sukarelawan Malaysia Life Line for Gaza, Tuan Hj. Noorazman Mohd. Samsuddin telah singgah di Putrajaya untuk menceritakan pengalaman beliau bersama 11 rakyat Malaysia yang lain di dalam kapal Mavi Marmara ketika diserang tentera Israel. Ceramah ini dianjurkan oleh Haluan Malaysia dengan kerjasama Surau Putra Harmoni.

Penceritaan pengalaman beliau boleh dibahagikan kepada 3 fasa:-

1.Persiapan sebelum pergi- dimaklumkan bahawa semua anggota misi kemanusiaan telah bersedia fizikal dan mental bahawa pemergian mereka ke Gaza belum tentu terjamin bahawa mereka akan selamat kembali ke Malaysia;

2. Insiden mencemaskan di atas kapal; dan

3. Pengalaman di dalam penjara Israel.

Ringkasan ceramah beliau dapat saya simpulkan seperti berikut:-

Persiapan ke Gaza

1. Terdiri daripada pelbagai NGO besar di seluruh dunia yang diketuai oleh Turki. Mendapat halangan dan tekanan sehingga ada 2 buah kapal iaitu Challenger 1 dan Challenger 2 disabotaj. Selain itu, perjalanan mereka tergendala sedikit akibat kelewatan kapal lain menyertai mereka. Misi kemanusiaan ini dinamakan sebagai “Life Line For Gaza”.

2. Kapal Mavi Marmara hanya membawa penumpang sebanyak 600 orang. Paling muda 2 bulan setengah (bayi warga Turki bersama ibu bapanya) dan paling tua berusia 83 tahun seorang warga Jordan.

3. Turut serta dalam misi kemanusiaan ini ialah beberapa ahli Parlimen Eropah, Turki, seorang paderi dan seorang Ahli Parlimen Israel.

4. Misi ini adalah misi kemanusiaan yang bertujuan menghantar bekalan makanan, ubat-ubatan, peralatan, kepada penduduk Gaza yang dikepung sejak 3 tahun lalu tanpa membawa apa-apa senjata melainkan pisau untuk memasak.

Suasana di dalam Kapal Mavi Marmara

1. Menurut beliau, walaupun di dalam kapal Mavi Marmara terdapat banyak perbezaan khususnya dari sudut bangsa, agama, keturunan, negara kelahiran namun ini tidak menghalang mereka daripada bersatu hati dan matlamat. Malahan mereka berjaya mengetepikan perbezaan itu buat sementara dan menfokuskan kepada misi membantu penduduk Gaza semata-mata.

2. Malam sebelum mereka menghampiri perairan Gaza yang dijangka tiba pada waktu subuh, semua penumpang melakukan solat Isyak berjemaah di dek. Saat paling syahdu ialah apabila imam membacakan doa qunut nazilah yang panjang dan berucap kepada makmum bahawa ini mungkin solat mereka yang terakhir maka lakukanlah dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk. Ramai yang menangis termasuk paderi Kristian yang turut sama dalam solat berjemaah tersebut. Mereka benar-benar bergantung harap dengan Allah dan menyerahkan diri bulat-bulat kepada sambil mulut tidak henti-henti mengucapkan kalimah “hasbunallahiwanikmal wakil” - doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s ketika dibakar oleh Raja Namrud bermaksud “cukuplah Allah sebagai pelindung mereka”.

3. Jam 4.15 pagi keadaan masih gelap di luar dan kabut tebal menyelubungi kapal. Waktu Subuh telah masuk dan masing-masing mengambil tempat untuk melakukan solat subuh secara bergilir-gilir;

4. Semua penumpang dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kemungkinan terdapatnya ancaman lanun-lanun kecil dari puak pelampau Yahudi cuba menyerang kapal;

5. Kelihatan lampu-lampu kecil armada tentera laut Israel dan helikopter mereka;

6. Mavi Marmara pada ketika itu berlabuh lebih kurang 70 batu nautika dari perairan Gaza. Sempadan tentera yang ditetapkan oleh Israel ialah 68 batu nautika dan ini bermakna Mavi Marmara diserang di perairan antarabangsa;

7. Percubaan pertama – bot tentera marin Israel menghampiri kapal dan tenteranya cuba memanjat kapal dengan bantuan tangga namun berjaya dipatahkan oleh sukarelawan dengan menyembur air dari hos bomba beberapa kali sehingga mereka berundur;

8. Percubaan kedua – melalui helikopter dengan menurunkan 3 anggota komando tetapi berjaya ditawan oleh sukarelawan dari Turki yang berada di atas dek 1;

9. Percubaan ketiga – helikopter disuluh dengan lampu kapal menyebabkan mereka berpatah balik;

10. Percubaan ke-3 saat paling kritikal – helikopter Israel merendahkan terbangan tetapi tidak menurunkan apa-apa sebaliknya melepaskan berdas-das tembakan sehingga mencederakan beberapa sukarelawan dari Turki. Pada masa itu, semua sukarelawan Malaysia berada di dek 3 kerana telah diamanahkan supaya menjaga dek 3 dan tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing walau apa pun yang terjadi. Amanah ini dipegang rapi oleh semua sukarelawan;

11. Turut terkena tembakan adalah 3 anggota komando tentera Israel yang dibawa ke bilik rawatan untuk dirawat oleh pegawai perubatan. Akhlak yang baik ditunjukkan oleh sukarelawan ini mengingatkan saya kepada peristiwa Perang Salib di mana Salahuddin Al-Ayyubi menghantar doktor dan buah-buahan kepada panglima tentera Salib Richard The Lion Heart;

12. Saudara Norazman menceritakan bahawa pada saat itu, bertubi-tubi tembakan dilepaskan oleh tentera Israel melalui helikopter dan bot marine. Mereka menggunakan peluru hidup dan semua sukarelawan dan penumpang bertahan di dalam dek. Bagaikan satu keajaiban yang berlaku, Allah mencabut perasaan takut dari hati semua sukarelawan, mungkin disebabkan solat malam berjemaah yang hebat sehari sebelum kejadian itu;

13. Diringkaskan cerita, kapal tersebut akhirnya ditawan dan dibawa ke pelabuhan Ashdood. Semua penumpang diikat ketat dan tidak diberi makan minum selama 15 jam sebelum dihumban di dalam penjara Israel namun setelah didesak pihak Israel memberika air mineral kepada semua tahanan;

14. Mereka turut mendesak supaya 5 orang sukarelawan yang cedera parah dihantar ke hospital sekitar Israel secepat mungkin namun mereka syahid semasa dalam perjalanan ke hospital. Mungkin disebabkan kehilangan darah yang banyak, kelewatan mendapat rawatan atau disabotaj oleh tentera Israel semasa dalam perjalanan. Jumlah syahid meningkat dari 4 kepada 9 orang. Allahuakbar.

Bersungguh-sungguh beliau menceritakan pengalamannya

Bersalam-salaman dengan jemaah seusai ceramah

Jualan barang-barang Palestin

Sukarelawan Haluan Malaysia

Ceritanya panjang dan rasanya tidak cukup untuk saya memperincikan semuanya satu persatu. Cukuplah jika saya katakan bahawa mendengar pengkisahan pengalaman beliau sahaja sudah cukup untuk menggetarkan hati saya dan menyebabkan badan saya berpeluh. Saya seperti berada di atas kapal tersebut dengan perasaan berdebar-debar yang kuat. Sungguh suspend.

Cerita Syahid

1. Menurut Tuan Hj. Noorazaman, seorang aktivis Turki telah ditembak oleh sniper (penembak tepat) di tengah dahi sehingga otaknya tersembur keluar dari belakang kepalanya. Beliau adalah seorang yang sangat soleh. Sentiasa membantu penumpang lain dengan membersihkan kapal dan memberikan air kepada mereka yang memerlukannya. Beliau sempat bertahan selama 15 minit sebelum menemui syahid.

2. Seorang lagi sukarelawan Turki ditembak di perut sehingga pecah ususnya turut menemui syahid akibat kehilangan darah yang banyak;

3. Seorang pegawai perubatan Malaysia yang mangsa terkorban melaporkan bahawa beliau tercium bau wangi umpama kasturi ketika beliau mencium dahi salah seorang dari mereka, petanda mati syahid. Malahan wajah mereka juga kelihatan bersih dan tenang walaupun mengalami kecederaan yang teruk.

“Kami pergi ke Gaza adalah untuk Misi Kemanusiaan dan Keamanan bukan mencari syahid. Tetapi sekiranya ditakdirkan kami syahid, maka itu adalah anugerah Allah untuk kami”.         Tuan Hj. Noorazman Samsuddin.

4. Hanya Allah yang maha mengetahui hamba-hambaNya yang layak dianugerahkan title syahid. Mungkin semua sukarelawan Malaysia masih belum bersedia lagi, ujar beliau lagi.

5. Kelebihan orang yang mati syahid ialah di hari akhirat  selain syafaat para Nabi dan Rasul, syuhada juga boleh memberi syafaat kepada 70 kaum keluarga mereka yang terdekat mengikut hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud. Istimewanya mereka di sisi Allah.

Pemenjaraan di Barsheeba

Penjara di Barsheeba adalah penjara baru yang dikhususkan untuk mereka. Keperitan berada di dalamnya hanya Allah sahaja yang tahu. Semua sukarelawan dipisah-pisahkan antara satu sama lain. Mereka hanya diberi makan buah apricot, timun dan lobak merah.  Sepanjang berada di dalam tahanan, beberapa pegawai kedutaan datang menjemput rakyat mereka namun memandangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel maka tiada wakil kedutaan yang dapat masuk menemui mereka. Sehinggalah pada suatu hari wakil kedutaan Jordan masuk dan membawa mereka keluar. Ketika itu, barulah terbayang dan teringat wajah insan tersayang di Malaysia.

Penutup

Misi kemanusiaan yang gagal ini akan diteruskan pada masa hadapan dengan strategi yang lebih tersusun. Kegagalan misi bantuan kemanusiaan ini sama sekali tidak mematahkan semangat mereka untuk bekerja lebih kuat lagi untuk memecahkan blockade di Gaza. Itu janji Tuan Hj. Noorazman kepada Allah jika dibebaskan.

Mudah-mudahan beliau akan berusaha lebih keras lagi. Kita doakan semoga beliau dan rakan-rakan yang lain dapat menerobos tembok besar Gaza suatu hari nanti.

Insyallah !!!!!

Abu Wafi.

 

Hijau yang mempesona

Posted: June 26, 2010 in Buku

Saya baru sahaja membeli buku kecil ini 2 hari yang lalu di Masjid Kolej Islam PJ. Kerana buku ini saya sanggup ‘skip lunch’ meninggalkan pejabat untuk mendapatkan buku yang sungguh berharga ini. Mendengar nama tajuknya sahaja sudah menarik perhatian saya untuk mendapatkannya.

Buku kecil tulisan bekas siswazah Akademi Pengajian Islam UM Saudara Dzul Khairi ini bagi saya cukup berharga. Biarpun ringkas, isinya tetap padat dan sarat dengan nasihat-nasihat berguna yang dikutip dari para alim ulama sepanjang zaman.

Dengan harga RM8.00 anda akan mengalami kepuasan emosi dan santapan rohani yang mantap. Satu pelaburan yang kecil di dunia, namun satu pelaburan besar di sisi Allah.

Buku ini mungkin kecil atau dipandang sebagai bahan bacaan ringan oleh sesetengah pihak namun buku ini berupaya untuk mengubah persepsi dan sikap manusia menjadi lebih baik. Buku kecil bersaiz poket ini sama sekali tidak menghampakan sesiapa yang membacanya malah bisa menggerakkan hati yang lalai kepada Allah.

Dalam masa 40 minit  dengan 40 nasihat rabbani yang berguna untuk kehidupan siapa sahaja boleh mengkhatamnya.  Namun saya memilih untuk membaca berdikit-dikit kerana saya rasa sayang untuk menghabiskan buku ini. Biarlah saya memuaskan jiwa saya dengan titipan kata-kata semangat nukilan Imam Atoilah, Al-Qushairi, Ibnu Mas’ud dan ulama-ulama yang tajam mata hati mereka mengenai dunia ini.

Sempat juga saya meminjamkan kepada 2 orang rakan sekerja semasa waktu senggang dan komen mereka isi kandungannya adalah “mantop”.

Dunia ini ibarat sayur-sayuran hijau yang segar bugar, atau seperti rerumput dan dedaunan yang hijau namun sayangnya kesegaran dan kehijauan itu tidak bertahan lama. Mudah layu dan mudah hancur “perishable”. Warna hijau memang menarik dan menyegarkan kepada sesiapa yang melihatnya sehingga ada yang sanggup berusaha bermati-matian untuk mendapatkan kemewahan dan keseronokan yang tidak kekal itu.

Yang hijau itu menawan. Namun ia bagaikan fatamorgana, menipu kita tanpa kita menyedarinya    [m/s 50]

Sesungguhnya dunia ini mundur ke belakang, sedangkan akhirat ada di hadapan. Setiap daripadanya memiliki anak. Maka jadilah anak akhirat, jangan jadi anak dunia.[m/s 40]

Terima kasih kepada penulis atas usaha yang telah diambil untuk menghasilkan buku ringkas namun banyak manfaat untuk umat ini.

Abu Wafi, Seksyen 17 Petaling Jaya


Saya belajar bahawa

Posted: June 28, 2010 in Puisi kehidupan
Saya belajar, bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya, saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai…
Saya belajar, bahawa butuh waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya…

Saya belajar, bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat, justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali serta orang yang begitu perhatian pada saya..

Saya belajar, bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan kami selalu memiliki waktu terbaik….

Saya belajar, bahawa persahabatan sejati senantiasa bertumbuh, walau dipisahkan oleh jarak yang jauh. Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati…

Saya belajar, bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan, bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya….

Saya belajar, bahawa sebaik-baiknya pasangan itu, mereka pasti pernah melukai perasaan saya….. dan untuk itu saya harus memaafkannya…

Saya belajar, bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain…., kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus….

Saya belajar, bahawa tidak masalah berapa buruknya patah hati itu, dunia tidak pernah berhenti hanya gara-gara kesedihan saya…

Saya belajar, bahawa saya tidak dapat merobah orang yg saya sayangi, tapi semua itu tergantung dari diri mereka sendiri….

Saya belajar, bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya, tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang saya telah lakukan….

Saya belajar, bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda, tapi kadang dari sudut pandang yang berbeda….

Saya belajar, bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki, tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya….

Saya belajar, baahwa tidak ada yang instan atau serba cepat di dunia ini, semua butuh proses dan pertumbuhan, kecuali saya ingin sakit hati….

Saya belajar, bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya…

Saya belajar, bahawa saya punya hak untuk marah, tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis….

Saya belajar, bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan dengan orang yang saya cintai…

Saya belajar, bahawa orang-orang yang saya kasihi justeru sering diambil segera dari kehidupan saya….

Nukilan Alung Sahabat Lautku dari Riau Indonesia. Terima kasih kerana mengizinkannya. Saya membacanya dengan penuh sedar bahawa kandungan puisi ini cukup melankolik dengan kehidupan insan yang ada naik turunnya seperti iman yang juga ada naik turunnya. Jika puisi ini diterjemah terus ke Bahasa Melayu saya suka menggantikan perkataan belajar dengan perkataan sedar. Namun saya lebih suka puisi ini dalam bahasa asalnya kerana kelihatan lebih segar, bertenaga dan menepati maksud yang hendak disampaikan.Membaca puisi alung ini mengingatkan saya kepada penyair-penyair Indonesia seperti Rendra dan Chairil Anwar yang lebih ‘direct’ dan berterus terang.

Abu Wafi, Putrajaya

Terjemahan :

1. Lingkungan - persekitaran atau waqi’ setempat;

2. Instan - pinjaman perkataan dari Bahasa Inggeris sebagai segera;dan

3. Butuh – memerlukan

Alung Malyakin (www.mypulaulaut.blogspot.com)

2 kehilangan 2 kesedihan

Posted: July 3, 2010 in Suara Hati

Entry Khas

Sedihnya hatiku

Jumaat 2 Julai 2010

Sepanjang minggu ini saya sangat sibuk. Berkejar ke sana ke mari menyelaras manusia dan menyelaras input. Memang inilah kerja saya sejak 3 tahun yang lalu. Menyelaras manusia yang macam-macam karenah memang mencabar manakala menyelaras input  juga menyesakkan diri bila maklumat yang diberi tidak memuaskan hati.

Sepanjang minggu ini saya berada di luar pejabat. Hari ini saya masuk selepas solat Jumaat kerana ada mesyuarat di sebelah pagi di luar pejabat. Hari ini adalah hari yang paling menyedihkan bagi saya kerana 2 orang insan yang banyak membantu saya selama ini dalam kerjaya saya akhirnya pergi meninggalkan saya.

Mesyuarat terakhir di Sunway Hotel

Tuan Hj Adnan – moga Allah meredhaimu

Noorliza yang paling kiri

Tuan Hj Adnan, adalah mantan bos saya yang ditukarkan ke tempat lain. Manakala Puan Noorliza Yaali adalah pembantu saya sejak 3 tahun yang lalu berpindah mengikut suami yang bertugas di Ipoh, Perak.  Kehilangan 2 insan penting yang banyak membantu  saya selama ini amat saya rasai. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang pemergian mereka kerana mereka mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian. Tuan Hj Adnan bertukar atas arahan pihak atasan manakala Puan Noorliza perlu membina kehidupan baru setelah baru mendirikan rumahtangga. Walaupun berat untuk saya dan rakan-rakan lain melepaskan mereka  pergi namun itulah hakikat yang terpaksa kami terima .

Saya mengalami 2 kehilangan dan 2 kesedihan pada hari ini. Walaupun air mata seakan mahu tumpah dari kolam mata yang nyaris bergenang ekoran perpisahan ini, namun saya tetap berusaha untuk menahannya. Ada yang menitiskan air mata kerana tidak sanggup untuk berpisah. Betapa jujur dan tulusnya persahabatan ini.

Kita sering melupakan erti persahabatan bila bersama namun kita lebih menghargai persahabatan di saat kita di ambang kehilangannya.

Kehilangan 2 orang insan secara serentak ini menyebabkan saya jadi bimbang. Bimbang, siapa lagi yang hendak dirujuk bila menghadapi masalah. Bimbang, siapa lagi yang boleh saya harapkan untuk menolong bila menghadap kerja yang menimbun.

Patah tumbuh hilang berganti, namun yang tumbuh itu tidak akan pernah sama dengan yang patah.

Tuan Hj Adnan tidak pernah saya anggap sebagai bos, malah sudah jadi macam kawan rapat. Beliau adalah sumber rujukan saya dan banyak masalah pejabat yang dapat diselesaikan dengan beliau. Sepertinya tidak ada pemisah  antara kami namun saya tetap menghormatinya sebagai ketua saya. Beliau juga tidak segan untuk berkongsi pengalaman dan masalah yang dihadapinya dengan saya. Liza pula sangat cekap dalam menjalankan tugas yang diberikan dan tahu apa yang saya mahukan. 2 kehilangan yang amat dirasai.

Saya teringat kepada peristiwa Rasulullah saw yang kehilangan 2 orang insan dalam masa yang hampir serentak. Kehilangan yang memberi implikasi besar kepada perjuangan baginda. Dengan kematian bapa saudaranya Abu Talib dan isteri kesayangannya Khatijah, kafir Quraisy tanpa segan silu lagi melancarkan penentangan mereka secara terbuka kepada baginda.

Sebelum ini , 2 tokoh ini adalah yang paling banyak membantu dakwah baginda sehingga berjaya menarik ramai orang memeluk Islam. Khatijah adalah pembakar semangat di kala awal kerasulan baginda manakala Abu Talib adalah pelindung kepada baginda daripada ditekan oleh kafir Quraisy walaupun sehingga akhir hayatnya beliau tidak beriman kepada Allah. Tahun kehilangan 2 insan ini dirakamkan di dalam sirah sebagai Tahun Kesedihan dan Allah mengubat duka lara di hati baginda dengan membawa baginda naik ke langit dalam perjalanan  yang dinamakan sebagai ‘Israk Mi’raj”. Siapalah saya untuk dibandingkan dengan figur Rasulullah saw namun peristiwa yang saya alami hari ini tiba-tiba menyebabkan saya merasa amat dekat dengan apa yang pernah dialami oleh baginda. Bezanya, baginda kehilangan mereka buat selama-lamanya di dunia sedangkan saya masih bisa menghubungi mereka bila-bila masa menggunakan medium-medium  seperti emel dan facebook.

Saya melihat bahawa saya harus mengambil pengajaran daripada kehilangan dan kesedihan yang dialami oleh baginda. Tekanan yang  baginda hadapi sangat hebat dengan tindakan penderaan dan sekatan ekonomi. Tentunya perasaan dan emosi baginda lebih gundah gulana mengenangkan insan yang menyokongnya selama ini telah tiada di sisi. untuk membantunya lagi. Namun baginda tidak pernah patah semangat dan terus menerus menggiatkan usaha dakwah baginda sehingga Allah memberikan kemenangan.

Setiap apa yang berlaku di dalam kehidupan ini mempunyai hikmah yang tersembunyi. Kehilangan mereka adalah ujian buat saya dan saya berdoa saya kuat untuk menempuhi ujian ini.

Apa pun hidup perlu diteruskan… kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Jika tidak berpisah di dunia, maka mati yang akan memisahkan kita. Sesungguhnya inilah ketetapan Allah kepada kita sejak azali lagi.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA TUAN HAJI ADNAN IBON DAN PUAN NOORLIZA YAALI. MUDAH-MUDAHAN ALLAH MERAHMATI MEREKA BERDUA. MAAFKAN SAYA ATAS SEGALA KESALAHAN DAN KESILAPAN YANG TELAH SAYA LAKUKAN SEPANJANG 3 TAHUN BEKERJA BERSAMA-SAMA DI BAWAH SATU BUMBUNG.

Abu Wafi, Putrajaya

Pic:  Ehsan La Tahzan

Awak jangan main-main dengan saya, saya ada Phd. dalam bidang Islamic property” tiba-tiba suara salah seorang panel temuduga meninggi semasa membalas jawapan saya.

Tuan, maksud saya bukan macam itu. Fokus saya adalah untuk mempastikan bahawa produk kewangan Islam yang ditawarkan oleh bank-bank Islam dari Timur Tengah dapat diterima pakai mengikut sistem perundangan Malaysia. Undang-undang kita mesti ‘compatible’ dengan produk yang ditawarkan” jawab saya sambil menunggu reaksi seterusnya dari beliau.

“Awak tak bersedia dengan proposal ini, awak tak bersedia untuk datang berperang. Saya masa zaman seperti awak pernah mendapat tawaran untuk belajar di Harvard Universiti dan Susex University di London. Awak tahu tak Phd saya dalam bidang penswastaan.” beliau terus membuat provokasi dengan membanding-bandingkan kejayaan hidupnya dengan saya yang sedang bertatih untuk mendapat tempat belajar.

Sesungguhnya saya sedang bergelut dalam sesi temuduga untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana. 25 minit berada di dalam bilik bagaikan berada di atas tunku yang panas. Telinga saya berdesing mendengar provokasi demi provokasi dilontarkan bagi membunuh semangat saya dan rakan yang hadir semasa sesi tersebut. Persaingan  untuk mendapatkan tempat cukup hebat. Masuk yang ini sudah kali ketiga saya mencuba nasib. Kertas ‘proposal’ saya hampir lunyai diserang dari segenap segi.  Saya seperti sedang menghadapi sesi ‘viva’ untuk melayakkan saya mendapat Phd. walaupun yang saya pertahankan hanya beberapa helai proposal ringkas bagi memenuhi syarat untuk sampai ke peringkat temuduga.

Keluar dari bilik temuduga saya melihat di sekitar. Kosong  semuanya. Rupa-rupanya saya peserta terakhir. Jam menunjukkan pukul 5.20 petang.

Saya melangkah keluar menuju ke tempat parking kereta untuk pulang ke rumah. Sempat menyapa beberapa rakan yang turut mencuba nasib.  Wajah mereka muram bagaikan tergores oleh sesuatu. Mungkin mereka senasib dengan saya atau mungkin lebih teruk dari itu.

Saya redha  dengan keputusan yang bakal diterima kelak.  Saya telah memberikan yang terbaik dengan bantuan doa dan juga usaha. Dengan waktu yang sesibuk ini, hanya itu sahaja yang mampu dipersembahkan. Gagal kali ini bermakna saya perlu mencuba untuk kali yang berikutnya. Asakan demi asakan diterima, soalan demi soalan dilontarkan, hujah dibalas hujah namun semua hujah saya dilontar ke tepi. Tiada jalan lain untuk meredakan suasana yang panas melainkan mendiamkan diri dan tersenyum memandang mereka.

Biarkan, biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.Tiada apa yang perlu dikejarkan kerana saya hanya mencuba nasib.

“Tiada gunanya aku berdebat dengan orang-orang macam ni. Sehebat mana sekali pun hujah aku, akhirnya dia juga yang betul” .

Malam itu, jam 2.00 pagi saya terjaga. Tidak boleh tidur. Tiba-tiba saya terngiang-ngiang kembali peristiwa siang tadi. Hampir keseluruhan dialog sesi temuduga muncul di kotak fikiran. Tidak ada satu pun tertinggal. Entah mengapa kali ini saya begitu terganggu dengan kata-kata mereka. Entahlah….

Timbul rasa terkilan dengan cara temuduga tersebut dikendalikan. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya. Mungkin ada yang berkata “biasalah style mereka memang macam tu, nak lihat sejauh mana kepetahan kita mempertahankan proposal kita”. Mungkin ada yang beranggapan itu adalah salah satu kaedah untuk melihat sejauh mana kesungguhan kami untuk melanjutkan pelajaran. Kesungguhan yang perlu dibuktikan dengan penuh iltizam. Namun saya mempunyai pandangan yang berbeza. Setiap perkara mesti ada hadnya. Setiap perkara perlu dilakukan dengan sewajarnya. Tidak boleh terlalu lebih dan tidak boleh terlalu kurang. Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan.

Pada saya mereka mungkin bijak dalam bidang yang dikuasai namun mereka tidak bijak menyentuh hati-hati manusia. Sesungguhnya Islam itu agama akhlak. Islam agama yang penuh diplomasi namun penganutnya sahaja yang tidak sedar mengenai perkara ini. Apa yang penting bukan universiti mana yang menjadi kayu pengukur kehebatan manusia sebaliknya yang lebih mulia adalah ilmu yang diperolehi digunakan untuk membawa manusia tunduk kepada Allah.

Setinggi mana sekali pun kelulusan yang kita ada,  kita sama sekali tidak akan dapat menandingi ilmu Allah. Segulung Phd mungkin hanya setaraf dengan setitis air yang dicelup dari lautan ilmu Allah yang luas. Justeru, usahlah berbangga-bangga dengan ilmu yang kita ada kerana itu semua milik Allah. Kepandaian dan kecerdikan yang ada pada kita hanyalah satu juzuk dari ilmu Allah yang luas.

Ilmu adalah amanah Allah untuk dimanfaatkan bagi membangunkan dunia. Malahan ilmu itu lebih bermanfaat jika digunakan untuk membangunkan hati-hati manusia agar mencintai Allah dan mencintai akhirat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, rahmatan lil alamin.

Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan [harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh] dengan sebanyak-banyaknya. Sehingga kamu masuk kubur.        At-Takathur:1-2

Memang sudah menjadi fitrah bahawa manusia sememangnya suka berbangga dengan harta benda, anak isteri dan kemuliaan-kemuliaan yang lain jika mereka memilikinya. Orang Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam sendiri cukup berbangga dan bermegah-megah dengan nasab keturunan mereka sehinggalah Islam datang dan menyatukan semua kabilah tanpa mengira keturunan kecuali atas dasar takwa.

Selain itu, Allah menurunkan Surah At-Takathur di atas supaya kita melihat dunia dengan mata hati atau ainul yaqin. Sesungguhnya kemuliaan-kemuliaan yang ada pada kita akan hilang sebaik sahaja kita memasuki alam kubur. Semuanya tidak berguna lagi pada ketika itu.

Ibnu Qayyim dalam bukunya Talbis Iblis atau Belitan Iblis telah membahaskan satu bab khusus mengenai tipu daya syaitan terhadap orang-orang alim dan berilmu. Mereka diperdayakan dengan perasaan bangga dengan ilmu yang ada sehingga merasa diri hebat, angkuh dan memandang rendah kepada orang lain. Kejayaan syaitan dalam menembusi hati orang-orang berilmu akhirnya boleh saja menyesatkan mereka bila perasaan riyak menguasai diri sehingga tiada ruang lagi untuk merasa kurang.

Saya ingin berpesan kepada semua dan terlebih lagi kepada diri saya yang faqir lagi lemah ini, usahlah berbangga dengan apa yang kita ada.  Apa pun ambillah yang pertengahan kerana  itulah yang paling terbaik di sisi Allah dan di sisi manusia.

Bersikaplah dengan sikap yang sewajarnya iaitu tawaduk dan merendah diri kerana sifat-sifat ini adalah sifat dan sikap yang dipegang oleh para ulama salafussoleh.Imam Syafie, Imam Ghazali, Imam Hanbali,Imam Bukhari,Ibnu Sina adalah contoh ikon ilmuan Islam yang tulen.

Mereka adalah penghafaz Al-Quran, menghafaz beribu-ribu hadith siap dengan matan dan sanadnya sekali, menghafaz ribuan untaian syair-syair Arab yang indah, menguasai ilmu Usul Fiqh yang sukar, menguasai pelbagai cabang ilmu kehidupan seperti politik, sosial, sains dan perubatan namun mereka tidak pernah melupai hakikat kehidupan ini dan siapa mereka sebelum dimuliakan dengan ilmu. Semakin berisi semakin merunduk. Semakin banyak ilmu maka semakin tawaduk sikap mereka.

Kedua, jika ingin mengambil contoh kejayaan manusia untuk diceritakan kepada orang lain janganlah mengambil contoh diri sendiri. Perkara yang kita rasa kejayaan hebat bagi kita mungkin dianggap kejayaan kecil kepada orang lain. Ambilah contoh manusia-manusia hebat di sekeliling kita untuk diceritakan kepada orang lain bagi mengambil teladan. Amalan sebegini akan melahirkan sifat mahmudah di dalam diri dan menjauhkan sifat-sifat mazmumah di dalam hati.

Maafkan saya kerana teguran ini. Saya menegur dan menasihat atas dasar kasih sayang sesama mukmin. Bukan suka-suka menegur  dan jika saya silap mohon diperbetulkan dengan nasihat dan teguran yang berhikmah. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan jalan-jalan kehidupan kita.

Abu Wafi

Musim bunga kembali

Posted: July 11, 2010 in Diari Kembara

Musim bunga kembali lagi tetapi bukan seperti di negara Eropah yang mengalami 4 musim sebaliknya hanyalah Pesta Flora di Putrajaya. Ini acara tahunan yang diadakan bagi menarik pelancong ke sini. Putrajaya hanya sibuk bila waktu puncak namun sepi bagai dilanggar garuda bila hari minggu. Terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan yang dipamerkan dari seluruh negara. Tidak ketinggalan penyertaan dari sekolah-sekolah dan badan-badan berkanun dengan landskap yang mengkagumkan. Pesta kali ini dianggap lebih besar 50% daripada tahun-tahun sebelumnya.

Singgah seketika di sini menyebabkan timbul rasa kagum yang amat sangat dengan kreativiti peserta mengubah dan menyusun bunga-bungaan menjadi dekorasi yang cantik.

Mereka dan bunga-bunga

Bila melihat bunga-bungaan, pokok-pokok yang pelbagai jenis, tumbuh-tumbuhan yang banyak manfaat kepada manusia timbul rasa syukur yang amat sangat atas kurniaan Allah kepada hamba-hambanya. Ciptaan-ciptaan Allah ini adalah tanda-tanda kebesaran dan kekuasaanNya.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Fussilat, ayat 53:

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

Kalau kita perhatikan di dalam Al-Quran sahaja, banyak  sekali ayat-ayat yang menyuruh kita memperhatikan ciptaan-ciptaan Allah s.w.t, supaya kita dapat melihat keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. Firman Allah di dalam Surah Al-Ghaasyiyah:

Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit, bagaimana ia ditinggikan binaannya.? Dan keadaan gunung-ganang, bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi, bagaimana ia dihamparkan?

Melihat bunga yang cantik sahaja telah menyebabkan timbul rasa kagum dan bahagia dalam diri kita apatah lagi dengan kenikmatan Syurga. Kehidupan di syurga adalah sebaik-baik kehidupan dan kekal abadi. Gambaran kehidupan di syurga itu adalah sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di fikiran. Setiap penghuni syurga diperuntukkan ruang seluas langit dan bumi. Indahnya….

“Dan apabila kamu melihat di sana (syurga) nescaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar (Al Insan 76 : 20)

Ciptaan Allah bukan sekadar dikagumi dan dihayati sebaliknya untuk diperhatikan bagi menimbulkan rasa kehambaan dalam diri kita.

Abu Wafi

Saya menatap akhbar KOSMO. Helaian demi helaian saya selak sehinggalah terjumpa berita di atas. Saya tertarik untuk membacanya dengan lebih lanjut kerana insiden ini berlaku di negeri saya. Teluk Tempoyak merupakan  tempat makan ikan bakar yang cukup popular di sebelah utara.

Tiba-tiba hati saya berdegup kencang. Siapa Anuar Sulaiman? Kenalkah saya pada beliau? Namanya seakan familiar dengan saya.

Lantas saya menghubungi beberapa orang rakan peguam di Pulau Pinang bagi mendapatkan kepastian.

Dan akhirnya saya menemui jawapannya. Akhbar KOSMO tersalah lapor nama beliau yang sebenarnya. Nama beliau adalah Anuar Saliaman dan bukannya Anuar Sulaiman. Namun itu tidak mengubah apa-apa. Anuar Saliaman sahabat saya suatu ketika dahulu telah  pun pergi buat selama-lamanya.

Saya mengurut dada menarik nafas panjang. Ada sesuatu yang mengganggu dengan perkhabaran ini.

Ya, aku kenal benar dengan insan ini. Malah saya pernah rapat dengan dia suatu ketika dahulu. Ketika itu saya dan arwah sama-sama menjalani latihan  chambering atau Latihan Dalam Kamar selama 9 bulan sebelum ditauliahkan menjadi Peguam.

Saya memejam mata. Berteleku sambil meletakkan tangan di atas dahi. Cuba mengimbau kembali kenangan demi kenangan yang pernah dilalui bersama arwah. Walaupun tidak banyak tetapi cukup untuk saya merasa sedih dengan pemergian beliau.

Saya mengenali beliau lewat tahun 1998. Beliau seorang yang ceria,easy going person‘, peramah , murah dengan senyuman, seorang rakan yang baik dari sudut personaliti. Pendek kata, saya tiada masalah langsung dengan dia. Selalunya kami akan kerap kali berjumpa di Mahkamah kerana di situlah medan pertemuan para peguam yang mengendalikan kes-kes litigasi. Ada kalanya kami pergi minum bersama dengan rakan-rakan yang lain seusai perbicaraan. Pada waktu itu, saya dan arwah baru saja menamatkan pengajian di universiti dan terus menjalani latihan chambering di firma sekitar Pulau Pinang. Saya di Prai dan arwah di Bishop Street, Pulau Pinang. Walaupun dipisahkan dengan lautan, saya selalu menyeberang ke pulau untuk ke Mahkamah Tinggi George Town dan Mahkamah Sesyen Argyll Road dan kadang-kadang saya singgah di firma beliau bekerja kerana kebetulan berdekatan dengan Mahkamah.

Anuar Saliaman

Saya tidak ingat bila kali terakhir saya berjumpa dengan arwah. Kalau tak silap saya mungkin sekitar tahun 2001. Selepas itu, tiada lagi berita dari beliau. Saya juga jarang-jarang menghubungi beliau mungkin kerana faktor geografi yang jauh. Arwah tinggal di Balik Pulau satu daerah yang paling jauh di Pulau Pinang. Keadaan muka buminya yang berbukit bukau, keadaan jalan ke sana yang  bengkang-bengkok bagaikan ular yang dipalu menyebabkan saya  sendiri malas untuk ke sana, kecuali jika ada keperluan.

Arwah pergi dalam usia sebaya dengan saya. Baru mula menapak dalam dunia perundangan dengan memiliki firma sendiri. Arwah pergi dalam keadaan yang sungguh tragis dan itulah ketetapan Allah yang sudah tertulis. Ahh, sungguh singkat  umur kita di dunia. Belum sempat melihat anaknya menjadi dewasa, arwah pergi dulu.

Moga arwah tenang dan bahagia di sana. Sesungguhnya kematian itu bukanlah pengakhiran bagi segala-galanya. Kematian adalah satu proses perpindahan dari satu alam ke alam yang lain.

Hakikatnya kita semua akan pulang menemui Allah dan   kematian itu datang sebelum kita dapat bertemu Allah. Inilah kaedahnya.

3 perkara mengenai kematian

Para ulama ketika membahaskan  3 perkara mengenai kematian membuat kesimpulan berikut:-

1. Kita tidak boleh memilih di mana kita hendak mati; dan

2. Kita tidak boleh memilih bila kita hendak mati.

2 perkara ini telah disepakati oleh ulama bahawa ianya adalah ketentuan yang tidak boleh disanggah sama sekali kerana ilmu ini hanya di dalam pengetahuan Allah. Kita tidak tahu bila dan di mana kita akan pergi dan selalunya kematian itu datang secara tiba-tiba, menyentak dan memutuskan nikmat kehidupan dunia.

“Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya.” (Al- Qaaf:19)

Imam Al-Qurthubi berkata,  “Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan”.

Namun pilihan ke-3 masih terbuka untuk kita iaitu:-

3. Kita boleh memilih bagaimana cara kita hendak mati.

Perkara ketiga adalah satu-satunya pilihan yang dapat kita lakukan. Kesudahan yang baik atau kesudahan yang buruk.

Husnul Khatimah atau su’ul khatimah. Jika hidup dipenuhi dengan ketaatan kepada Allah maka insyallah kesudahan yang baik menanti kita. Jika maksiat membaluti diri maka tunggulah kesudahan yang buruk menanti kita di akhir hayat.

Pilihlah bagaimana cara yang terbaik…

Imam Al-Qurthubi berkata, “Umat sepakat bahawa kematian tidak memiliki usia tertentu, masa tertentu dan penyakit tertentu. Hal ini dimaksudkan agar seseorang senantiasa waspada dan bersiap-siap menghadapinya.”

Akhir kalam, izinkan saya untuk mengucapkan Takziah dan Belasungkawa kepada isteri arwah dan ahli keluarga yang lain. Tabahlah kalian menghadapi kehilangan yang sungguh tidak terjangka ini. Maafkan saya kerana tidak dapat menziarahi arwah untuk memberikan penghormatan terakhir.

Biarpun kehilangan…

Saya berdoa mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan sejahtera di sana. Amin.

Abu Wafi, Putrajaya

Photo: Facebook Anuar

Glosari : Chambering – latihan selama 9 bulan yang diwajibkan kepada semua bakal Peguam sebelum ditauliahkan menjadi peguam. Peguam Pelatih akan attached di firma-firma guaman yang mempunyai peguam senior yang telah berkhidmat selama 9 tahun.


Dungun daerah sunyi

Posted: July 29, 2010 in Diari Kembara

Minggu lepas saya ke Dungun, Terengganu. Inilah kali pertama seumur hidup saya menjejakkan kaki ke daerah ini. Saya hadir atas tugas rasmi.

Daerah ini terlalu jauh dari Putrajaya. Terlalu asing bagi saya. Tak sanggup rasanya untuk memandu ke sinii kerana saya benar-benar kepenatan. Bisa mengundang rasa mengantuk jika memandu dalam tempoh yang panjang tanpa rehat yang mencukupi. Rutin kerja saya yang memerlukan saya berulang alik ke KL sejauh 100 km setiap hari menempuh kesesakan di Sg Besi sudah cukup untuk memenatkan diri dan menyesakkan dada. Pengangkutan udara juga tidak praktikal kerana jarak antara Dungun dan lapangan terbang sangat jauh.

Fikir punya fikir akhirnya saya memilih untuk menaiki bas. Lagipun sudah agak lama saya tidak naik bas. Rasa rindu pada nostalgia lama zaman persekolahan dan universiti tiba-tiba bermain di fikiran.  Sungguh indah saat itu. Walaupun kurang selesa berbanding menaiki kereta atau kapal terbang, ianya cukup ekonomi dan sederhana. Tiada salahnya dengan bas. Sesungguhnya banyak perkara yang boleh dipelajari dari bas. Bas tidak berprestij tetapi bas mempunyai makna tersendiri dalam hidup saya.

Jangan memandang rendah kepada bas. Pengalaman bergaul dengan mereka yang menaiki bas adalah pengalaman  ikhlas yang dapat ditemui.  Saya belajar mengenai kehidupan di dalam bas. Ada cerita suka duka dan pengalaman pahit manis. Bas rosak, bas kemalangan, aircond rosak dan ditipu oleh ulat-ulat bas adalah pengalaman pahit yang tidak dapat saya lupakan. Saya belajar menghargai makna kehidupan dengan menaiki bas dan dari situlah terasa kerendahan dan kelemahan diri yang hina di sisi Allah. Kita adalah hamba dan seringkali kita lupa akan hakikat itu. Saya teringat kata-kata Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari dalam Kitab Hikamnya :-

“Sebaik-baik saat di dalam hidupmu ialah ketika engkau menyedari kekurangan diri dan engkau kembali kepada kerendahan dirimu.

Sudah menjadi lumrah manusia mudah lupa diri bila berada pada kedudukan yang tinggi. Ketika dihimpit kesusahan, kemiskinan dan ditimpa musibah manusia lebih hampir dengan Allah. Namun bila berada di zon selesa, senang, mewah, sihat dan berkuasa ramai yang terleka dan akhirnya lupa diri. Lupa asal usul, lupa siapa diri dan tujuan hidup. Natijahnya, banyak keputusan yang dibuat sering menidakkan kesukaran yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik.

Bila susah ingat masjid bila senang lupa Allah. Bila senang fikiran menjadi bercabang-cabang dengan pelbagai agenda dan program yang hendak dilakukan. Nak buat business itu dan ini. Nak labur saham itu dan ini. Nak beli hartanah di sana sini. Nak kaji strategi perniagaan yang boleh diterokai. Bila susah, fikiran menjadi satu dan fokus, ingat masjid, ingat Allah dan rajin berdoa agar Allah tunjukkan jalan keluar.

Sesungguhnya ujian yang paling besar bukanlah musibah yang menimpa, bukan juga kekayaan dan kekuasaan yang melimpah ruah tetapi ujian yang sebenar adalah ujian hidup beragama. Di mana kita letakkan Allah di dalam kehidupan kita setiap hari. Sejauh mana kita mengingati Allah di kala susah dan di kala senang. Sejauh mana hidayah dan petunjuk Allah itu kekal dan sentiasa menokok dalam diri kita.

Sebab itu, bila berada di kedudukan tertinggi sekali sekala jenguk-jenguklah dan tinjau-tinjaulah keadaan hidup orang  di bawah kita. Kehidupan petani, nelayan dan fakir miskin adalah kehidupan yang mungkin dianggap sukar oleh kebanyakan manusia hari ini. Jika selalu terbang di awan biru bertemankan fresh orange dan layanan pramugari yang mesra apa salahnya sekali sekala menggunakan bas ekspress pula. Rasailah pengalaman perit golongan yang kurang bernasib baik dari kita. Mudah-mudahan dengan turunnya kita ke bawah maka kita akan menyedari kekurangan diri dan menimbulkan rasa kehambaan yang tidak terhingga kepada Allah. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin Islam dahulu seperti Khalifah Umar ibn Abdul Aziz dan nendanya Saidina Umar Al-Khattab. 2 pemimpin besar  ini hidup dalam serba kedhaifan dan serba kekurangan namun  kekurangan dan kedhaifan  itulah yang menyebabkan mereka dekat dengan Allah. Kekurangan adalah satu rahmat dan hikmah yang mendidik jiwa mereka menjadi jiwa yang  sedar diri dan mahu kembali kepada Allah.

Begitu juga dengan Salman Al-Farisi yang diutus menjadi Gabenor di Kufah. Beliau meninggal dunia dengan meninggalkan tongkat, cawan dan serban. Cawan untuk minum dan berwuduk, serban pula untuk menutup kepala dan dijadikan hamparan untuk tetamu yang mengunjunginya. Tongkat sebagai penunjuk di jalan dan sebagai alat menyedarkan tentang hakikat umur yang pendek. Itu pun beliau masih menangis di akhir hayatnya memikirkan apa yang hendak dijawab di hadapan Allah kelak memikirkan 3 harta tersebut.

Saya sampai di Dungun jam 5.30 petang. Hujan turun dengan lebatnya. Saya basah terkena tempias hujan. Sampai di hotel jam 6 petang. Di luar hujan masih turun dengan lebatnya. Saya kebasahan, namun pengajaran berguna yang saya perolehi hari ini cukup mendewasakan.

Pengalaman di Dungun cukup saya hargai. Daerah ini kelihatannya sungguh tenang walaupun di sana ada ombak Laut Cina Selatan yang menggulung tinggi. Ingin sekali singgah di Teratak Bakarians salah seorang rakan blogger yang kebetulan terletak di sini, namun hasrat itu terpaksa dimatikan kerana beliau tiada di rumah.

Ya Allah, mudah-mudahan Engkau sentiasa menyedarkan aku mengenai siapa diri dan tinggi rendahnya diriku ini. Terima kasih kerana menempatkan aku seketika di daerah sunyi ini. Daerah yang memberi ruang untuk aku mengenal diri dan melakukan muhasabah diri yang faqir ini.

Abu Wafi

Masuk bulan Ogos sudah… kerja banyak sekali… sibuk sekali…. sibuk dengan urusan dunia yang tiada hentinya…. tiba-tiba hari ini hati saya terdetik.

Minggu depan adalah permulaan untuk kehidupan yang baru. Ramadhan mula menguak pintu kehidupan tanpa kita sedari dan tanpa diundang. Ramadhan datang tanpa gagal untuk memberi peluang ke-2, ke-3, ke 37 dan berapa lagi banyak peluang kepada hamba Allah di seluruh dunia. Sama ada kita sedar atau tidak, suka atau tidak, Ramadhan adalah anugerah dari Allah untuk kita hamba-hambanya tanpa memilih kasih. Itulah anugerah yang paling bermakna. Anugerah untuk kita mengutip pahala dan meraih ganjaran sebanyak-banyaknya di bulan yang mulia ini.

Beberapa kawan rapat saya telah pun pergi sebelum sempat menemui Ramadhan kali ini. Sebab itu, kita disuruh berdoa agar berpeluang untuk bertemu di dalam Ramadhan yang berikutnya kerana di situlah letaknya peluang untuk beramal soleh dan memohon keampunan dari Allah.

Hati kecilku mengeluh mengenangkan persiapan menyambut Ramadhan yang tidak diwar-warkan. Tiada iklan besar untuk solat Tarawih juga tiada ucapan menggamit Ramadhan. Sebaliknya, umat lebih ghairah menyambut Syawal yang entah sempat entahkan tidak kerana Syawal masih jauh di hujung sana.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada-Mu keredaan dan syurga-Mu, dan selamatkanlah kami dari api neraka.

Abu Wafi, Putrajaya

Pandangan siapa?

Posted: August 15, 2010 in Tazkiyatunnafs

Apa yang baik di sisi manusia belum tentu baik di sisi Allah. Apa yang baik di sisi Allah adalah yang terbaik untuk manusia.

Benar atau tidak bahawa manusia pada hari ini semakin hari semakin mementingkan pandangan manusia ke atas dirinya. Pandangan manusia sekeliling yang positif terhadap apa yang dilakukannya akan memberikan kesan yang baik kepada kemajuan hidupnya. Semakin dia mendapat tempat di sisi manusia, maka semakin dirinya dirasakan penting. Semakin kurang orang memandang dan memberi perhatian kepadanya maka semakin kurang berharga dirinya. Semakin ramai yang memuji dan memujanya maka semakin tinggi harga dirinya. Semakin ramai yang mengeji dan mengumpatnya, maka semakin rendah harga dirinya.

Manusia sering tertipu dengan pandangan orang lain terhadap dirinya, sedangkan pandangan Allah terhadap dirinya langsung tidak pernah diambil kira.

Sememangnya pandangan manusia selalu mengatasi pandangan Allah terhadap kita.

KISAH 1

Seorang CEO sebuah syarikat besar sedang sibuk mempengerusikan mesyuarat bersama pekerja-pekerjanya. Hari itu, hari Jumaat. Jam menunjukkan sudah hampir pukul 12.50 sedangkan mesyuarat sudah bermula seawal jam 8.30 pagi lagi. Belum ada tanda-tanda akan berhenti. Pekerja-pekerjanya sudah menunjukkan tanda-tanda kegelisahan. masing-masing asyik memandang jam sambil berbisik “Bilalah mesyuarat akan habis ni, sudah-sudahlah, dah masuk waktu solat ni, nanti tak sempat nak ke masjid”.

Tiba-tiba salah seorang pekerja memberanikan diri menegur boss mereka.

“Tuan, saya rasa lebih elok jika kita tangguhkan mesyuarat sebab waktu solat Jumaat sudah dekat. Kita sambung lepas solat saja Tuan Pengerusi”

Muka bos bertukar menjadi merah menahan malu. Lantas berkata:

” Selagi saya tidak selesaikan mesyuarat ini, jangan siapa berani tinggalkan bilik mesyuarat ini. Kalau tidak tindakan disiplin akan dikenakan” ujarnya .

Awak tahu tak, 2 jam waktu yang diambil untuk menunaikan solat Jumaat boleh menjejaskan produktiviti dan syarikat boleh mengalami kerugian sepanjang tempoh tersebut. Awak semua faham tak???

Masing-masing mula diam. Tiada siapa yang berani membantah cakapnya. Membantah bererti mengundang padah kerana semua pekerja sudah masak benar dengan perangainya yang panas baran dan rasa dirinya betul.

Akhirnya mesyuarat tamat pada jam 2 petang. Sudah benar-benar terlewat untuk menunaikan fardhu Jumaat. Orang ramai sudah pun mula ke luar meninggalkan masjid. 

KISAH KE-2

Seorang CEO dalam satu taklimat kepada pekerja-pekerjanya menyatakan:

“Tuan-tuan dan Puan-puan, kita semua kena bekerja kuat untuk company kita. Kalau company untung semua dapat bonus kalau company rugi boleh gulung tikar. Bekerjalah bersungguh-sungguh tanpa mengira siang dan malam, hari kerja atau hari cuti. Komitmen mesti bersungguh-sungguh untuk company.

“Saya ni bekerja siang malam untuk kemajuan company, sampai saya tak sedar satu hari saya tertinggal waktu solat Jumaat. Bila sampai di masjid orang sudah selesai solat” ujarnya dengan bangga sekali menceritakan mengenai kegigihan dan ketekunannya bekerja.

Nawaitunya baik iaitu ingin mengajak semua pekerjanya agar mencontohinya, namun di sisi Allah dia telah melakukan dosa besar apabila membelakangkan perintah Allah.

PANDANGAN MANUSIA & PANDANGAN ALLAH

Kedua-dua senario di atas tidak banyak bezanya. Kisah yang pertama seorang CEO yang sanggup meninggalkan solat demi kemajuan syarikat. Kisah kedua pula, seorang CEO yang terlupa waktu solat dek kesibukan bekerja. Kedua-duanya merasa bahawa mereka telah bekerja keras untuk kemajuan kerjaya dan dunia  sehingga mereka merasa patut berbangga dengan kerajinan mereka. Mereka mahu kerajinan mereka dicontohi oleh orang lain.

Mereka merasa bahawa orang lain akan memuji dan memandang tinggi kepada mereka atas kerja keras yang mereka lakukan untuk dunia mereka tetapi mereka lupa untuk merasakan bahawa Allah telah murka dengan mereka atas maksiat yang telah mereka lakukan. Bekerja dengan tekun adalah satu ibadah tetapi apa pun biarlah berpada-pada dan jangan melampaui batas.

Sikap workoholic mereka tidak bermakna tanpa menunaikan hak Allah yang telah difardhukan.

Apalah gunanya jika syarikat mendapat keuntungan tertinggi setiap bulan namun laba yang diperolehi dalam keadaan menderhaka kepada Allah. Tinggal solat fardhu dengan sengaja adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan sama sekali. Tiada rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh Islam kepada umatnya untuk mendapat pengecualian solat kerana terlalu sibuk bekerja.

Dunia dikejar… akhirat tercicir sedangkan yang lebih patut dikejar adalah akhirat kerana di situlah destinasi kita semua yang lebih kekal dan abadi.

Sesungguhnya, sehelai daun di syurga lebih bermakna daripada sejuta ringgit di dunia kerana daun di syurga itu sifatnya kekal sedangkan duit sejuta ringgit boleh susut bila dibelanjakan.

Secangkir susu di syurga lebih bermakna daripada secangkir susu di dunia kerana susu di syurga bersifat kekal dan tiada ‘expiry date’ manakala susu di dunia boleh basi bila tiba tarikh luputnya.

Itulah dunia yang tidak kekal namun dunia inilah yang dipuja-puja dan dikejar-kejar oleh ramai peminatnya.

Marilah sama-sama kita mengkoreksi diri dan memperbetulkan persepsi kita terhadap pandangan manusia. Pandangan manusia tidak semestinya betul tetapi pandangan Allah terhadap kita itulah yang  tidak pernah salah. Biarlah manusia memandang buruk kepada kita  atas apa yang kita lakukan asalkan pandangan Allah itu betul terhadap kita.

Baik dan buruknya biarlah Allah yang menilainya.

Abu Wafi

Angin dari syurga

Posted: August 10, 2010 in Suara Hati

Pagi ini seusai subuh, saya menguak pintu jendela. Suasana berbalam-balam di luar. Masih gelap tetapi sudah terang-terang tanah kata orang tua-tua. Waktu yang baik untuk keluar memburu rezeki. Angin pagi tiba-tiba menghembus dan menampar pipi. Oh, terasa sungguh segar. Rasa nyaman dan selesa. Kata sesetengah ulama kalau hendak tahu bagaimana suasana di dalam syurga, rasailah udara segar di waktu pagi sesudah subuh. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Nyaman dan menyenangkan.

Pagi ini terasa sungguh kelainannya, mungkin kerana esok adalah Ramadhan yang dinanti-nantikan. Angin dari syurga yang datang seiring dengan kedatangan Ramadhan.Rasulullah dan para sahabat sentiasa merindui dan menanti-nanti ketibaan Ramadhan sejak bulan Rejab lagi. Malahan mereka sentiasa berdoa agar disampaikan di dalam bulan berganda yang penuh mulia ini kerana mereka mengetahui ganjaran yang ditawarkan cukup hebat. Tiada tawaran sehebat Ramadhan di dalam bulan-bulan yang lain.

Pagi ini seperti biasa saya di pejabat. Kebetulan ada Program Ihya’ Ramadhan yang dianjurkan, maka dapatlah saya mengikuti program forum yang menampilkan panel terkenal iaitu mantan Imam Besar Masjid Negara Y.Bhg Datuk Kamaruddin.

Pesanan yang diberikan oleh beliau cukup menarik untuk diperhatikan . Beliau berpesan dalam bentuk kiasan. Allah telah memberikan 30 biji kapsul Ramadhan untuk digunakan oleh hamba-hambanya. Makanlah kapsul Ramadhan dan hadamlah ia dengan sebaik-baiknya kerana itulah ubat untuk memperbaiki diri. Dengan kata lain, gunakanlah 30 hari ini dengan semaksima mungkin dengan amal-amal soleh seperti solat terawih, membaca Al-Quran, bangun malam dan banyakkan bersedekah dalam bulan ini. Pahalanya berganda-ganda.

Pesanan kedua, berbukalah sekadarnya dan cuba jadikan Ramadhan sebagai madrasah untuk mendidik dan melahirkan insan yang terbaik menjelang Syawal.

Ramadhan datang menawarkan keampunan dan natijahnya adalah syurga yang didambakan.

“Ya Allah, bantulah aku dalam mentaatimu, perelokkan amal ibadatku. Berilah kekuatan kepada hambamu ini untuk rajin beribadah dan buangkanlah rasa malas dalam mentaatimu. Jika tidak kerana hidayah ilmu dan hidayah amal yang Engkau berikan tidak mungkin aku mampu untuk melakukan ketaatan kepadamu. Ya Allah, bantulah hambamu dan janganlah Engkau palingkan pandangan dan perhatianMu kepada hambamu ini walau sekelip mata sekalipun. Amin

Moga-moga bermanfaat.

Abu Wafi

Lab @ Makmal Ramadhan

Posted: August 11, 2010 in Tazkiyatunnafs

Perkataan ‘lab’ atau makmal memang asing bagi saya kerana lab hanya sinonim dengan saintis. Namun sejak kerajaan memperkenalkan KPI dan NKRA perkataan lab sentiasa meniti di bibir penjawat awam. Lab kini bukan hanya untuk saintis sahaja malahan lebih jauh dari itu. Dari tempat tersorok dalam bilik untuk melakukan kajian, istilah lab telah diperluaskan kepada dimensi yang baru. Lab sebagai pusat penyelesaian masalah negara. Pada mulanya ramai yang merasa pelik dengan penggunaan isitilah ini, namun setelah acapkali diguna dan diperjelaskan fungsi dan peranan lab ini maka ramai mula memahaminya.  Istilah lab dikaitkan dengan penetapan KPI sesebuah agensi bagi melancarkan produktiviti dan keberhasilan.

Itu baru penetapan KPI dalan urusan dunia.Untuk dunia kita sanggup bersusah payah. Untuk dunia kita sanggup duduk berhari-hari di dalam lab bagi mencari penyelasaian yang tuntas dan mengkagumkan. Namun, bagaimana pula dengan urusan akhirat kita?

Bagaimana pula dengan KPI Ramadhan kali ini? Apa yang telah kita sasarkan untuk dicapai dalam tempoh 30 hari ini? Di mana pula bidang keberhasilan utama yang ingin kita capai?

Khatam Al-Quran?

Solat Terawih 20 rakaat di masjid?

Bersedekah setiap hari?

Zikir dan Qiyamulail setiap malam?

Inilah contoh-contoh KPI Ramadhan yang boleh kita pilih berdasarkan kemampuan diri kita. Pilihlah satu dan mohonlah bantuan Allah untuk melakukannya.

Pada Ramadhan tahun-tahun lepas, saya pernah berazam untuk khatam Al-Quran. Namun beberapa kali gagal kerana faktor-faktor keletihan dan mengantuk yang amat sangat.

Saya pernah bertadarus di sebelah malam selepas terawih namun lama-kelamaan saya jadi mengantuk kerana berjaga sehingga lewat malam.

Tahun lepas begitu juga, cuma bertadarrus di sebelah siang semasa waktu ‘lunch’ namun hanya bertahan separuh jalan kerana ramai yang tidak dapat memberikan komitmen penuh.

Tahun lepas hanya mampu sampai juzuk ke 7, tahun sebelumnya tidak sampai juzuk ke-5. Terus terang saya katakan bahawa saya cemburu pada kawan-kawan yang berjaya khatam Al-Quran. KPI Ramadhan saya pada ketika itu adalah khatam Al-Quran namun sehingga kini saya tidak berjaya mencapainya. Entah bilalah saya mahu mencapainya. Terasa lemahnya diri ini.

Sesungguhnya ujian untuk melakukan kebaikan itu terlalu besar dan sukar untuk dilalui. Beruntunglah bagi mereka yang berjaya melaluinya dengan sabar dan tabah kerana tiada jalan singkat untuk menempah tiket ke syurga. Semuanya mahal dan memerlukan pengorbanan harta, tenaga malahan sehingga nyawa melayang.

Tahun ini sekali lagi saya masuk dalam lab Ramadhan. Namun saya tidak lagi menetapkan KPI untuk khatam Al-Quran. Saya sedang mencari KPI baru untuk Ramadhan tahun ini.

Usah memaksa diri jika tidak mampu melakukannya.

Sesungguhnya bukan banyak atau sedikit amalan yang Allah pandang tetapi sejauh mana kebaikan yang terdapat di dalam amalan itu. Penentuan syurga atau neraka bukanlah berdasarkan kepada banyak atau sedikitnya amalan itu sebaliknya Allah menilai berdasarkan kualiti amalan tersebut.

” Sesungguhnya kami menjadikan dunia ini sebagai perhiasan bagi menguji siapakah di kalangan mereka yang paling baik amalannya”   [Al-Kahfi: 7]

Ingat, paling baik bukan paling banyak. Allah menggunakan perkataan “ahsan” yakni baik dan bukannya “aksaru” yakni banyak.

Semalam saya mengambil Al-Quran lalu membuka lembaran-lembaran di dalamnya. Saya membaca Surah As-Sajadah berkali-kali. Lalu saya merenung tafsirnya. Subhanallah, terlalu banyak peringatan yang diberikan oleh Allah di dalam surah yang pendek ini, walaupun hanya 30 ayat sahaja.

Beberapa tahun yang lepas saya pernah cuba menghafal surah ini, namun usaha saya gagal kerana kegagalan untuk istiqamah.

Saya ingin membaca Surah Sajadah di dalam solat subuh namun hasrat itu sehingga kini belum kesampaian. Saya malu pada Allah setelah 37 tahun hidup di dunia ini saya masih belum mampu menghafaz surah yang pendek ini.

Sekali lagi Allah memberi saya peluang untuk berada di dalam lab Ramadhan. KPI Ramadhan saya, adalah berusaha untuk menghafaz surah ini selewat-lewatnya sebelum Ramadhan melambai pergi. Biarlah kali ini, saya melangkah keluar dari Ramadhan dengan membawa satu hadiah yang sungguh bererti.

Ya Allah, permudahkan urusan aku. Bantulah aku untuk melakukan amal soleh. Bantulah aku untuk menghafaz surah ini. Bantulah aku untuk memahami maksud dan kandungan surah ini. Bantulah aku untuk mengamalkan surah ini dalam kehidupanku.”

Saya berdoa semoga Allah memakbulkan hajat saya ini. Biarlah jumaat kali ini menjadi lebih bemakna bagi saya  jika saya berjaya solat subuh  hari Jumaat dengan bacaan surah sajadah.

Saya merenung jauh ke luar tingkap, hari ini hari pertama Ramadhan.  Perjalanan untuk mencapai KPI ini masih jauh lagi. Masih ada 29 hari lagi berbaki untuk mencapai KPI Ramadhan kali ini.

Abu Wafi, Putrajaya

Beribadah kerana mencintaiMu

Posted: August 12, 2010 in Tazkiyatunnafs

Semasa dalam perjalanan ke pejabat pagi ini, saya  mendengar siri motivasi pagi dari Ustaz Nasib. Satu perkongsian yang cukup bermanfaat di bulan yang mulia ini. Ustaz Nasib mengajak pendengar supaya memahami mengenai jenis-jenis ibadah dan di manakah tergolongnya kita. Ada 4 jenis ibadah yang dilakukan oleh manusia:-

1. Ibadah kerana terpaksa mematuhi perintah Allah;

2. Ibadah kerana mengharapkan ganjaran dari Allah;

3. Ibadah kerana takutkan Allah; dan

4. Ibadah kerana ‘mencintai Allah’.

Pertama, beribadah kerana terpaksa mematuhi perintah Allah. Contohnya, bila Allah perintahkan supaya hamba-hambanya berpuasa di bulan Ramadhan, maka semuanya berpuasa kerana terpaksa mematuhi perintah Allah. Jika tak dilakukan bermakna kita engkar maka balasannya siksaan di neraka. Maka ramai yang tergolong dalam golongan ini melakukan dengan berat hati. Melakukan kerana syariat menetapkan demikian. Walau bagaimanapun, mereka tetap mendapat pahala.

Kedua, golongan yang beribadah kerana mengharapkan balasan dan ganjaran dari Allah. Walaupun ganjaran yang ditawarkan oleh Allah bersifat “ghaibiyat” atau tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun mereka tetap melakukan dengan perasaan ‘raja’ [penuh harap] bahawa mereka akan dapat menuai hasilnya di akhirat kelak. Sebahagian ulama mentafsirkan golongan ini sebagai golongan yang berurusniaga dengan Allah sama seperti peniaga yang berurusniaga dengan peniaga lain bagi mendapatkan keuntungan.

Ketiga, golongan yang beribadah kerana takutkan Allah. Sebahagian ulama berpandangan orang-orang yang mencapai tahap ini semakin menghampiri tahap ikhlas yakni mereka beribadah kerana takutkan azab Allah.

Keempat, golongan yang beribadah kerana mencintai Allah dengan sepenuh hati sama seperti seorang kekasih yang merindui kekasihnya. Mereka beribadah tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dari Allah walaupun Allah telah menjanjikan balasan bagi orang-orang yang bertaqwa. Contohnya seperti Rabiatun Adawiyah yang sering bermunajat dengan Allah dengan bait-bait katanya yang indah.

Analogi yang diberikan cukup menarik. Seorang ayah memerintahkan 4 orang anaknya untuk mengambil segelas air.

Anak 1 : membawa air dalam keadaan terpaksa;

Anak ke-2 : Membawa air kerana nakkan upah;

Anak ke-3: Membawa air kerana takutkan ayahnya;

Anak ke-4: Membawa air kemudian menghidangkan dengan kain alas dan disusuli dengan kuih muih walaupun tidak diminta oleh ayahnya.

Kenapa anak ke-4 melakukan perkara yang tidak diminta oleh ayahnya? Kerana kasih sayang dan kecintaannya kepada ayahnya. Justeru bila ayahnya ingin memberikan hadiah siapakah yang paling mendapat perhatiannya? Siapakah yang mendapat hadiah yang lebih mahal di antara keempat-empat anaknya?

Jawapannya, sudah tentu anak ke-4 yang lebih disayanginya kerana kasih sayang dan kecintaan yang tidak berbelah bagi ditunjukkan olehnya. Sudah tentu anak ke-4 akan menerima hadiah yang paling termahal dan tercantik berbanding anak-anak yang lain.

Begitu juga hubungan kita dengan Allah. Jika kita melakukan kerana kecintaan kepadaNya maka insyallah ganjaran akan menyusul walaupun bukan itu yang dipinta. Justeru, perbanyakkanlah melakukan amalan-amalan sunat walaupun tidak diwajibkan oleh Allah namun itulah yang memberikan markah bonus kepada kita sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita.

Hakikatnya memang sukar untuk mencapai tahap ke-4 kerana ianya berkaitan perkara-perkara ‘maknawi’ yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali melalui pandangan mata hati yang tajam. Perhatikan dan renungkan sedalam-dalamnya di mana tergolongnya diri kita? Jika berada dalam golongan pertama, berusahalah untuk naik ke tahap ke-2 dan begitulah seterusnya. Sebaliknya, jika anda sekarang ini sedang berada pada tahap ke-3 maka ketahuilah bahawa anda semakin menghampiriNya. Jadikan rasa takut kepada Allah itu sehingga ke tahap  mencapai tahap ikhlas dalam diri  dan akhirnya perasaan takut tadi akan bertukar menjadi perasaan cinta kepada Allah.

Peliknya, semakin takut pada Allah semakin hampir kita pada Nya, sebaliknya semakin takut kita pada manusia semakin jauh kita darinya. Inilah beza antara hubungan dengan manusia dengan hubungan dengan Allah.

Kemanisan iman kerana mencintai Allah adalah satu perasaan yang berkekalan sifatnya. Berbanding perasaan seronok kerana dunia ianya tidak bertahan lama. Kemanisan iman tidak dapat hendak digambarkan kecuali bagi mereka yang telah melaluinya. Inilah jalan-jalan para sahabat dan muqarrabin (orang yang dekat dengan Allah). Ikutilah jejak-jejak langkah mereka dalam menjalani kehidupan, mudah-mudahan satu hari nanti kita juga mampu menjadi seperti mereka, golongan yang mencintai Allah dan Rasulnya.

Ya Allah kurniakanlah untukku cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan diriku kepada cintaMu.

Abu Wafi, Putrajaya ( 40 minit sebelum berbuka puasa)

Tarawih bersama Syeikh Romi

Posted: August 16, 2010 in Tazkiyatunnafs

Ramadhan kali ini saya berterawih di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi. Seperti tahun-tahun sebelumnya masjid ini menampilkan imam jemputan iaitu Syeikh Romi dari Syria. Tahun lepas pun dia di sini juga cuma kali ini apa yang saya dapat kesan bacaannya sedikit berbeza dengan tahun lepas. Lebih bertenaga dan bertaranum menjadikan solat terawih 20 rakaat begitu membangkitkan jiwa.

Malam itu suasana agak berbeza dengan jemaah berpusu-pusu masuk ke dewan solat utama. Di luar kenderaan berjejal-jejal masuk. Parking penuh sehingga melimpah keluar. Situasi ini mengingatkan saya kepada suasana di Masjidil Haram yang tidak pernah sunyi dari kunjungan manusia. Alangkah indah jika perkara ini kekal sehingga selepas berakhirnya Ramadhan bila umat manusia berebut-rebut untuk melaksanakan solat berjemaah. Tentu gerun musuh-musuh Islam di luar sana jika perkara ini dapat dikekalkan kerana mereka tahu kekuatan Islam terletak pada kesatuan hati umat Islam seperti yang berlaku di zaman kegemilangan Islam dahulu.

Malam itu Syeikh Romi membaca surah Ali-Imran. Sesekali lantunan suaranya tinggi dan sesekali rendah dan mendayu-dayu. Hati saya bagaikan tertarik oleh sesuatu untuk menghayati setiap bait ayat-ayat Al-Quran yang dibacakannya. Biar pun saya bukan mahir berbahasa Arab namun pembacaan dan pengajian tafsir berkenaan surah ini sedikit sebanyak memberi bantuan kepada saya untuk memahaminya.

Tiba-tiba bacaan Syeikh Romi terhenti. Ada nada sebak dan ada bunyi tangisan beliau bila sampai ke satu ayat. Saya tidak dapat mengesan ayat apakah yang benar-benar menyentuh perasaan beliau sehingga menangis. Setahu saya, beliau membaca ayat-ayat mengenai ‘qital’ atau peperangan.Jemaah semua terdiam, mungkin semua terkejut dengan tangisan beliau yang berlaku secara tiba-tiba atau mungkin juga merasa hairan kerana tidak pernah bertemu dengan pengalaman seperti ini. Membaca Al-Quran dan kemudian menangis bila sampai ke ayat-ayat tertentu. Keadaan ini mungkin biasa di tanah suci tetapi mungkin pelik di negara kita.

Tidak lama kemudian, beliau meneruskan bacaannya sehingga selesai solat. Sungguh bermakna dan berharga sekali pengalaman solat di belakang beliau. Sungguh beliau benar-benar menghayati maksud yang tersirat di sebalik ayat-ayat yang dibaca.

Balik ke rumah saya membuka tafsir Al-Quran bersama isteri dan mencari ayat yang dibacanya berpandukan kepada ayat seterusnya yang beliau baca. Akhirnya saya terjumpa ayat tersebut dan saya meyakininya bahawa inilah ayat yang telah menyentuh hati beliau sehingga sebak dan mengalirkan air mata.

” Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”. Ali-Imran :169

Inilah ayat yang sungguh istimewa. Ayat-ayat sebelum dan selepasnya giat menceritakan mengenai peristiwa perang Uhud dan balasan yang menimpa orang-orang yang menentang Allah dan Rasulnya.

Saya teringat kepada satu ceramah yang pernah saya hadiri dulu. Kata ustaz, kewajipan kita terhadap Al-Quran ada 3. Pertama, membaca Al-Quran, kedua memahami Al-Quran dan ke-3 mengamalkan ajaran yang dibawa dalam Al-Quran. Masalah yang kita hadapi sekarang ialah bagaimana kita mahu mengamalkan Al-Quran jika kita sendiri tidak memahaminya kerana Al-Quran bukannya diturunkan dalam bahasa kita. Justeru, kita perlu mengkaji dan memahami Al-Quran melalui tafsiran ulama-ulama muktabar seperti Tafsir Al-Azhar oleh HAMKA atau tafsir-tafsir lain  yang banyak di pasaran. Rajin-rajinlah menghadiri kelas-kelas pengajian tafsir yang diadakan di masjid dan surau kerana di situ letaknya kunci untuk kita memahami Al-Quran. Di dalam Al-Quran ada ayat-ayat yang muhkamat (jelas maksud atau direct) dan ada ayat-ayat yang mutasyabihat (samar dan memelukan tafsiran) justeru pengajian yang berterusan ke arah memahami Al-Quran perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Saya dapat rasakan satu nikmat besar sekiranya kita memahami Al-Quran sedalam-dalamnya. Bayangkan kita membaca Al-Quran seperti kita membaca novel kesukaan kita.Penuh penghayatan bila kita memahami jalan cerita dan setiap patah perkataan tanpa silap. Itu baru karya nukilan manusia sedangkan Al-Quran adalah kalam Allah yang tentunya lebih indah dan hebat. Tidak hairan jika mereka yang memahami Al-Quran mampu menangis bila membaca ayat-ayat menceritakan mengenai neraka dan mampu tersenyum bila tiba ke ayat yang menceritan mengenai nikmat syurga. Inilah kefahaman yang jelas dan tuntas. Kefahaman yang dirasai oleh generasi sahabat, tabie’n dan tabi’ tabi’en serta mereka yang mampu mencapai tahap ini. Iman mereka sungguh hebat dan luar biasa sekali.

Iman itu boleh bertambah dengan fahamnya kita kepada Al-Quran. Semakin mendalam kefahaman kita kepada Al-Quran semakin meningkat keimanan kita kepada Allah dan roh kita juga menjadi semakin kuat dengan sentuhan wahyu sepanjang masa.

Saya merenung ke dalam diri, sesungguhnya perjalanan kita untuk memahami Al-Quran masih jauh. Sedih bila mengetahui bahawa ramai umat Islam sekarang yang tidak tahu membaca Al-Quran. Jika tidak mengenal huruf, bermakna perjalanan untuk memahami dan seterusnya mengamalkan isi kandungan Al-Quran tentunya lebih jauh dan payah.

Pesanan ustaz, berusahalah setakat yang mampu, moga-moga Allah membantu kita dalam usaha yang murni ini.

Abu Wafi

Stesyen-stesyen Akhirat

Posted: September 3, 2010 in Tazkiyatunnafs

Ramadhan dilalui seperti tahun-tahun sebelumnya. Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Jemaah yang sebelum ini membanjiri masjid mula berkurang, satu fenomena biasa yang berlaku setiap tahun. Saya berdoa kepada Allah semoga diberikan kekuatan untuk menghabiskan Ramadhan tahun ini dengan penuh bergaya. Bukan bergaya dengan baju raya dan persiapan menyambut raya sebaliknya bergaya dengan amal ibadah. Rata-rata manusia hari ini mahu hidup bergaya dengan pakaian, kenderaan dan rumah yang besar lagi cantik. Tetapi pernahkah kita terfikir apakah kita juga akan bergaya di akhirat dengan membawa bekalan yang banyak.

Di dunia kita memakai pakaian yang cantik lagi mahal. Berteduh pula di dalam sebuah rumah yang besar lagi indah. Bergerak ke sana sini pula dengan kenderaan yang cantik lagi selesa.

Bagaimana pula nasib kita di akhirat? Apakah gaya, mutu dan keunggulan yang kita pegang di dunia akan dinikmati bersama di akhirat? Apakah gaya, mutu dan prestij tadi akan berkekalan di akhirat?

Bergaya di dunia, bergaya juga di akhirat.

Saya cuba mempelbagaikan amalan Ramadhan kali ini bagi menambahkan perisa dalam amal ibadah yang dilakukan dan supaya ada warna warni dan tidak menimbulkan kebosanan. Kita adalah manusia yang lemah dan cepat jemu dengan satu-satu ibadah atau perlakuan, maka justeru kita perlu pelbagaikan supaya amalan dan perbuatan kita lebih kekal dan tidak menurun.

Jika tahun lepas saya lebih fokus berterawih di satu masjid sahaja tahun ini saya ubah dengan mengunjungi beberapa masjid dan surau Di masjid besi ada Syeikh Romi dan Imam jemputan dari Mesir yang mengimamkan solat. Di masjid Al-Falah USJ, ada Imam Eid Hassan dan Ahmad Haddad Qari dari Mesir. Di masjid lama Serdang ada tazkirah hebat-hebat di pertengahan solat tarawih. Di surau Taman Desa Pinggiran Putra, ada imam dari Masjidil Haram, Makkah Syeikh Abdul Rahman Al-Ber. Semuanya hebat-hebat belaka. Hampir kematu kaki berdiri ketika Syeikh Abdul Rahman Al-Ber membaca doa qunut ketika solat witir. Panjang dan saya rasa seperti berada di Masjidil Haram. Terima kasih kepada dermawan yang telah menaja kedatangan beliau ke sini. Pengalaman yang tidak terlupakan. Cuma alangkah indahnya jika kita mampu memahami setiap ayat yang dibacakan dengan makna dan tadabbur yang sempurna. Saya teringat pesanan Syeikh Fahmi Zam Zam, berusahalah mempelajari Bahasa Arab walaupun tidak dapat sepenuhnya memadailah jika kita mampu memahami setiap bacaan yang kita baca di dalam solat dan makna Al-Fatihah itu sendiri. Barulah feel itu datang…

 Di dalam menongkah arus dunia yang serba mencabar dan menyibukkan kita, sesekali jengahlah stesyen-stesyen akhirat. Apa itu stesen-stesen akhirat?

1. Membaca dan berusaha memahami Al-Quran;

2. Menghadiri Majlis-majlis ilmu;

3. Melakukan solat-solat sunat; dan

4. Berzikir dan mengingati Allah; dan

5. Menziarahi kubur.

Inilah perhentian kita di dunia. Sesibuk mana kita sekalipun jangan lupa singgah di stesen-stesen akhirat yang telah diperuntukkan kepada kita. Mudah-mudahan persinggahan ini akan memberi natijah yang baik untuk kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.  

Stesyen akhirat adalah butang “pause” atau mungkin bagi sesetengah orang adalah butang “reverse“. Pause untuk memuhasabah kembali diri yang banyak melakukan dosa dan reverse untuk berpatah balik memperbaiki diri dengan melakukan taubat nasuha. Inilah gunanya stesyen-stesyen akhirat ini, menyuci dan memperbaiki manusia agar tidak terbabas dengan runtunan nafsu dan pujukan syaitan yang menyesatkan. Menginsafi dan menyedari kelalaian dan kelemahan diri adalah tujuan terbaik mengapa kita perlu singgah di stesyen-stesyen akhirat ini.

Saya tak sampai hati

Posted: September 9, 2010 in Uncategorized

Ketika catatan ini ditulis, saya telah pun berada di kampung halaman saya, Kulim, Kedah. Ujian di akhir Ramadhan cukup menekan diri. 2 hari sebelum cuti ada tugasan ‘urgent’ yang peru disiapkan. Alhamdulillah, saya berjaya menyiapkannya. Perjalanan ke utara, berjalan lancar dan tiada kesesakan di lebuhraya seperti yang saya alami pada tahun lepas. Sekali lagi, saya merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana memelihara kami sekeluarga.

Entah mengapa hati kecil ini merasa sayu dan sedih. Saya tak sampai hati untuk mengucapkan selamat tinggal Ramadhan. Saya tak sampai hati untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri seperti yang diucapkan oleh teman-teman dan rakan taulan. Permukiman saya selama 3 malam di Masjid Al-Falah USJ benar-benar menginsafi diri. Terasa kelainan sungguh dengan zikir munajat yang dibawa oleh Bilal Nassem.

Kenyataannya, Ramadhan akan ditinggalkan dan tidak tahu sama ada kita masih berpeluang untuk bertemu di Ramadhan akan datang. Moga Allah panjangkan umur kita.

Entry ini terhenti di sini buat seketika. Selamat Hari Raya buat semua.

ABU WAFI, KULIM KEDAH

Hilang waras

Posted: September 13, 2010 in Suara Hati

Ramadhan kali ini telah mencatat sejarah. Sejarah yang  belum pernah terlakar di bumi Malaysia tanahirku. Pembunuhan berlaku di mana-mana tanpa mengira pangkat, darjat dan keturunan. Di Port Dickson, seorang ustazah dan anaknya dirompak dan dibunuh. Seorang anak kecil berusia 3 tahun disembelih oleh bapanya sendiri kerana gila atau halusinasi. Seorang anak tercampak dan mati di atas pokok gara-gara letupan bunga api dari stor penyimpanan bahan berkenaan milik ayahnya.Terbaru jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Sosilawati Lawiya bersama 3 yang lain disahkan mati dibunuh dengan cara yang kejam dan sadis.

Malaysia tanahairku warganya menjadi semakin kreatif dan kejam.Cerita ceriti yang selama ini tidak pernah kedengaran di negaraku  kini menjadi semakin lumrah dan biasa. Saya terfikir apakah nikmat keamanan sudah tiada lagi di bumi tercinta ini atau apakah Allah telah menarik nikmat keamanan di bumi Malaysia ini. Dahulu anak-anak kecil tanpa mengira jantina bebas bermain ke sana sini namun kini melepaskan anak-anak bermain di hadapan rumah sekalipun saya sudah bimbang. Rasa bimbang dan risau adalah salah satu manifestasi bahawa nikmat keamanan semakin hari semakin ditarik Allah.

Pembunuhan menjadi semakin kreatif dan sadis. Manusia tanpa mengira apa agama sekali pun mengutuk keras pembunuhan tersebut.  Apa pun motif pembunuhan semuanya tidak dapat diterima akal. Jika pelakunya beragama Islam, maka di mana letaknya Allah dalam diri mereka? Jika pelakunya disahkan gila, faktor apakah yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian? Manusia sekeliling atau tekanan hidup yang mendorong kegilaan? Jika pelakunya bukan Islam, apakah telah hilang nilai-nilai kemanusiaan dan  dalam diri mereka?

Itu belum dicampur lagi dengan insiden pembuangan bayi yang makin berleluasa dan menjadi-jadi.

Semasa berkunjung di rumah saudara di Kedah sempena Aidilfitri baru-baru ini, saya bersembang dengan seorang guru disiplin yang telah berkhidmat selama 25 tahun. Saya terkejut mendengar cerita beliau.Katanya masalah disiplin dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja sekolah khususnya di kampung-kampung berada di tahap yang cukup kronik dan membimbangkan. Itu baru kampung terpencil yang jaraknya 15km dari bandar kelahiran saya, kalau di bandar-bandar besar keadaannya mungkin lebih parah lagi. Zina berleluasa dengan hebat sekali di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah katanya. Saya menarik nafas panjang bila mendengar kisah pengalaman beliau memberi kaunseling dan menangani masalah remaja di sekolah yang sudah tidak terkawal lagi. Nauzubillahiminzalik….

Menatapi insiden-insiden ini menjadikan saya semakin takut dan khuatir untuk mengharungi kehidupan yang semakin hari semakin mencabar. Tanpa mengira siapa pelaku yang membuat kekejaman ini, manusia di sekeliling kita semakin hari menjadi semakin sakit dan tidak waras. Bukan sakit fizikal tetapi sakit jiwa dan rohani mereka.Pertimbangan agama dan moral ditolak ke sebelah dan tidak dihiraukan lagi. Pertimbangan keseronokan dunia dan pertimbangan wang ringgit mula menjadi pertimbangan utama sehingga mengakibatkan insiden yang tidak pernah digambarkan berlaku. Saya merenung wajah anak-anak. Merenung kerana bimbang dengan fitnah dunia yang semakin hari semakin membimbangkan. Khuatir jika mereka tidak mampu menghadapinya dan rebah mengikut hawa nafsu. Moga-moga Allah melindungi mereka semua.

Akhir zaman,, banyak berlaku pembunuhan…

Akhir zaman… banyak berlaku perzinaan…

Akhir zaman… manusia makin menjadi gila dan hilang waras….

Akhir zaman… manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk wang ringgit dan keseronokan dunia.

Akhir zaman… makin dekat dengan kiamat… manusia makin jauh dengan Tuhan…

Ya Allah, selamatkan kami dari fitnah dunia akhir zaman ini. Fitnah akhir zaman, adalah ujian hidup yang tidak tertanggungkan melainkan dengan pertolongan Allah.

Mohon dijauhkan….

Abu Wafi, Kulim

Di mana ulama di hati kita

Posted: October 14, 2010 in Tazkiyatunnafs

Habib Ali Jaafar Al-Idrusi

Ustaz Ahmad Sonhadji

Tuan Guru Hj Abdul Lathif bin Haji Abdul Rahman

Mereka bukan manusia yang menjadi kegilaan dan pujaan peminat. Tiada jeritan histeria peminat dan siulan anak-anak muda yang menyambut kedatangan mereka. Tiada sambutan ‘red carpet’ atau majlis anugerah bintang popular setiap tahun untuk mereka. Tiada anugerah penulisan karya terbaik untuk mereka yang ingin dihebahkan ke seluruh negara. Tiada wartawan khusus untuk melaporkan berita mereka secara eksklusif. Tiada segmen khas atau segmen gosip untuk melaporkan aktiviti hidup mereka setiap hari. Apa yang mereka lakukan dari subuh hingga subuh berikutnya tiada siapa yang sudi melaporkannya walaupun seluruh perjalanan kehidupan mereka itu penting untuk dijadikan suri teladan.

Nama mereka tidak segah nama bintang-bintang popular tanahair. Nama mereka tidak popular seperti nama bintang-bintang sukan tanahair. Mereka tidak popular di kalangan muda mudi hari ini. Mereka bukan ikon atau idola yang boleh dijadikan contoh ikutan remaja hari ini. Mereka popular dalam kelas mereka yang tersendiri di kalangan anak-anak murid yang setia dan kasihkan mereka. Cerita mereka tidak bisa meletupkan atau melariskan jualan akhbar kerana mereka bukan celebrity’ yang perlu diraikan. 

Kehidupan mereka seadanya. Tiada siapa yang mempedulikan mereka, namun mereka bahagia dengan mengharap keredhaan Allah. Mereka langsung tidak mengharapkan semua itu kerana mereka telah dididik bahawa apa yang ada di dunia ini adalah habuan yang bersifat sementara, sedangkan akhirat itu sebenarnya yang lebih kekal.

Hanya segelintir manusia yang mengenali dan mengagumi mereka.

Hanya segelintir manusia yang mendampingi mereka.

Manusia yang telah dipilih oleh Allah untuk mengenali mereka dan menadah ilmu berguna tinggalan mereka. Manusia yang minoriti dari kalangan manusia terbanyak.

Tidak popularnya mereka mengingatkan saya kepada kisah tabi’en hebat Uwais Al-Qarni@ Qarani.

Uwais tidak popular di kalangan penduduk dunia, tidak ramai yang mengenalinya malah ada yang menganggapnya sebagai gila. Namun nama Uwais Al-Qarni sangat popular di kalangan penduduk langit. Para malaikat menyebut-nyebut nama beliau. Rasulullah saw sendiri ketika hayatnya berpesan kepada para sahabat supaya mencari Uwais Al-Qarani dan pintalah Uwais mendoakan mereka.

Uwais hidup di zaman Rasulullah saw namun tidak dianggap dalam kategori sahabat kerana Uwais tidak pernah bertemu dengan Rasulullah saw secara nyata kerana faktor geografi yang jauh. Uwais hidup dalam kemiskinan bersama ibunya jauh di negara Yaman. Jika tidak kerana kedudukan yang jauh dan faktor kehidupan Uwais yang serba kekurangan, Uwais sudah pasti turut sama berjuang bersama Rasulullah saw di Madinah.

Usai kewafatan Rasulullah saw, para sahabat menunggu-nunggu kedatangan beliau setiap kali tibanya musim haji. Mereka menunggu jemaah dari Yaman. Takdir menentukan bahawa Sayyidina Umar menjadi orang pertama berjumpa dengan Uwais semasa Uwais menunaikan haji bersama bondanya di Makkah. Saidina Umar berpegang dengan  pesanan Rasulullah saw dan lantas meminta Uwais mendoakan untuk beliau. Doa Uwais  mustajab kerana keihklasan dan ketaqwaannya kepada Allah.

Tahun 2010 kita menyaksikan pemergian 3 tokoh ulama besar negara dan nusantara buat selama-lamanya. Mereka pergi meninggalkan ilmu yang berguna untuk umat ini. Kehilangan mereka adalah musibah kepada umat kerana ulama adalah pewaris para nabi.

Rasulullah saw bersabda daripada Abu Darda’; Sesiapa yg pergi di pagi hari kerana,  inginkan ilmu dan mempelajarinya semata-mata kerana Allah nescaya Allah membukakan baginya satu pintu syurgaNya,  para Malaikat membentangkan sayapnya untuknya, para malaikat 7 petala langit mendoakan rahmat untuknya; dan demikian juga ikan-ikan di laut. Kelebihan orang alim itu ke atas orang abid adalah seperti kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang di langit. Para ulama itu adalah pewaris nabi, sesungguhnya para nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu, sesiapa yg mengambil ilmu maka dia mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu, matinya seorang alim adalah satu musibah yg sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi, ini adalah umpama bintang yg hilang sirna (di antara bintang-bintang), sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding seorang alim. (Riwayat Abu Daud, Tirmizi,ibn Majah dan Baihaqi)

Sesungguhnya kita merasa sedih dengan layanan yang diterima oleh mereka ketika hidup. Tidak ramai yang menghiraukan mereka atau berusaha untuk mengambil ilmu dari mereka. Tidak ramai yang berminat untuk mencontohi mereka.  Tidak ramai yang mahu menjadikan sifat ‘qanaah’ dan ‘tawadhuk’ yang ada pada diri mereka sebagai sifat-sifat terpuji yang perlu ditanamkan di dalam diri seorang insan. Tidak hairanlah jika manusia hari ini semakin hilang keinsanan bila sifat-sifat mahmudah seperti tawadhuk, dan qana’ah hampir tiada dalam diri mereka sebaliknya digantikan dengan sifat-sifat ego, besar diri  dan tamak dengan harta dunia. Kerana mereka mencontohi ikon yang salah dalam kehidupan mereka, ikon yang jauh dari Allah.

Ustaz Ahmad Sonhadji cukup popular di sekitar tahun 1980-an di radio Singapura dengan pengajian Tafsirnya. Malahan tafsirnya dibukukan dan dijual di pelosok negara. Banyak nasihat-nasihat agama yang dicurahkan oleh beliau melalui penulisan tafsir yang mudah diafahami oleh masyarakat.

Habib Ali atau lebih dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat sering menjadi tumpuan masyarakat Islam seluruh dunia. Ramai ulama dari luar negara terutama dari Yaman akan singgah di Batu Pahat untuk menziarahi beliau setiap tahun. Pemergiaan beliau adalah satu kehilangan besar kepada umat.

Amalan Habib Ali , istighfar 10 kali pagi dan petang

Habib Ali adalah orang yang sangat sederhana, dengan rumah yang sangat kecil, sempit dan tergolong rumah dari rakyat jelata kalangan fuqara, ruang tamunya tak pernah kosong dari ratusan botol air aqua dari para tamu yg meminta air doa dari beliau, beliau sangat santun pada para tamu dari segala kalangan, kalangan kaya, miskin, ulama, awam, dan siapapun, jika mereka kunjung pada jam makan, maka tak mungkin tamunya diizinkan pulang sebelum makan bersama beliau, dan salah satu sifat rendah hati yang sangat mengagumkan pada peribadi beliau adalah selalu meminta doa dari tamunya, tak pernah mau beliau berdoa kecuali tamunya yang berdoa, jika tamunya tak mau berdoa maka tak diizinkan pulang, demikian santun budi pekerti beliau – Petikan dari tulisan al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa.

Begitu istimewanya Habib Ali bagi mereka yang sempat mengenalinya.

Manakala Tuan Guru Hj Abdul Lathif bin Haji Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Teh Kroh” adalah seorang pendidik yang gigih membangunkan pesantren @ pondok di Perak. Sehingga kini pusat pengajiannya masih hidup subur dengan ratusan pelajar. Beliau juga salah seorang ahli Majlis Fatwa Negeri Perak cukup terkenal dengan keilmuan yang tinggi.

Layanan terhadap mereka mengingatkan saya kepada peristiwa lalu. Beberapa tahun yang lepas seorang ulama tersohor Ustaz Wan Saghir meninggal dunia. Almarhum seorang yang komited dengan ilmu sehingga pernah dipapah selepas membentangkan kertas kerja. Setiap Isnin, Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah akan menulis di dalam ruangan Agama, Mega. Kebetulan semasa kematian Almarhum, seorang tokoh judi negara juga telah meninggal dunia. Namun kematian tokoh judi tersebut mendapat liputan seluas-luasnya. Besar sungguhkah jasa tokoh tersebut kepada negara sehingga menenggelamkan jasa ulama besar ini.

Saya hanya mahu membawa pembaca kepada satu persoalan yang selama ini mungkin dilupakan oleh sebahagian besar dari kita iaitu di mana kita meletakkan ulama-ulama di hati kita? Apakah selama ini kita telah memberikan layanan yang sewajarnya kepada mereka? Mereka tidak meminta layanan VVIP tetapi seharusnya kita memuliakan mereka kerana mereka adalah pewaris para nabi.

Lihatlah di sekeliling kita, ada berapa ramai lagi ulama yang masih tinggal. Perhatikan ulama-ulama yang mengorbankan seluruh hidup mereka di jalan-jalan Allah untuk memperbetulkan umat ini. Renunglah dan dekatilah mereka selagi hayat mereka masih tersisa. Mintalah nasihat dari mereka dan pohonlah mereka mendoakan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat kita.

Salah satu cara untuk memperbaiki hati yang rosak ialah dengan mendampingi alim ulama. Nasihat-nasihat mereka amat berguna untuk hidup kita. Mencintai mereka samalah dengan mencintai Rasulullah saw kerana cinta mereka lebih dekat dengan baginda berbanding kita. Cintailah orang-orang yang hampir dengan baginda.

Jadikan mereka sebagai ikon kehidupan yang perlu diteladani. Jadikan amalan-amalan zikir mereka sebagai contoh ikutan amalan harian kita.

Bukanlah menjadi tujuan saya untuk mengajak semua mengagung-agungkan mereka cuma sekadar menarik perhatian masyarakat kepada kewujudan dan sumbangan mereka kepada umat.  Menghargai dan meletakkan sumbangan mereka sewajarnya untuk diambil manfaat bagi memandu kehidupan dunia dengan selamat dan sejahtera.

Abu Wafi

 

Terlalu banyak hantu

Posted: September 24, 2010 in Suara Hati

 

Semasa saya berumur 10 tahun, sekitar awal tahun 1980-an ada satu filem seram yang ditayangkan di kaca tv. Filem dari negara jiran bertajuk Pocong. Pocong adalah gelaran bagi hantu bungkus yang berbalut dengan kain kapan. Terlompat-lompat di atas jalan raya di malam yang sunyi dan sepi. Serentak itu, istilah pocong menjadi popular dan digunapakai di Malaysia. Tahun 2010 di abad ke-21 filem pocong bertukar tajuk menjadi ’40 hari bangkitnya pocong’.

Zaman emak dan ayah saya dulu, filem ‘Pontianak’ yang menampilkan pelakon-pelakon skrin hitam putih sudah cukup untuk dianggap sebagai filem seram. Faktor teknologi yang terbatas pada waktu itu menyebabkan filem itu tidak lagi seram pada zaman sekarang, namun itu saja hiburan yang termampu ada pada waktu itu.

Filem-filem seram jarang-jarang muncul di kaca-kaca tv pada waktu itu. Mungkin kerana kos pembikinannya yang  tinggi atau pun mungkin kecanggihan teknologi yang masih belum ada. Cukup sekadar filem-filem mengenai isu-isu kekeluargaan dan percintaan.

Itu semua cerita zaman dulu namun tidak pada zaman sekarang.

Semasa berada di kampung pada hari raya baru-baru ini, saya membuka siaran tv. Dari pagi sampailah malam saya dapati rancangan tv tidak henti-henti menyiarkan filem-filem hantu dan seram. Malah diulang pula berkali-kali. Tidak cukup dengan itu, diimport lagi dari negara seberang iaitu Indonesia. Tidak cukup dengan itu, diimport pula dari negara Jepun dan Korea. Maka berlambaklah tv kita dengan rancangan-rancangan cerita hantu dan seram. Nampaknya “Sundal Bolong” dan”Hantu Berambut Panjang dan bermuka hodoh” lebih popular daripada artis dan pemimpin negara. Semua perkara dikaitkan dengan hantu. Rumah berhantu, kereta berhantu,sekolah berhantu dan macam-macam lagi dikaitkan dengan hantu.

Walaupun saya bukanlah peminat cerita-cerita begini sesekali saya layan juga. Bukan apa, saya hanya ingin melihat ke manakah ‘direction’ atau hala tuju yang ingin dibawa oleh pengarah filem tersebut. Apa mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah filem? Apa pengajaran yang boleh diambil dari filem-filem sebegini? Apa pula didikan yang ingin ditanam di dalam minda anak-anak kita? Apakah filem-filem ini mampu membangunkan jiwa kita dan generasi akan datang? Tidak cukup dengan itu ditambah pula dengan unsur-unsur mistik, pemujaan, pergantungan kepada bomoh dan  kepercayaan kepada sihir berlebihan. Semua ini sebenarnya menarik minda sedar anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa untuk meneroka lebih jauh lagi dunia yang sepatutnya mereka tidak perlu tahu.

Pengajaran yang dapat saya fikirkan, kalau jumpa botol kosong tersumbat di tepi laut jangan ambil kerana mungkin ada jin atau hantu di dalamnya.

Pelajaran yang dapat saya ambil, kalau hendak menghalau hantu angkatlah bumbung rumah supaya hantu itu dapat terbang keluar atau mencari jagung rebus untuk ditanam bersama hantu itu. Sampai bila masyarakat kita akan terus dimomokkan dengan hantu yang pelbagai jenis ini? Bila dikaji secara sepintas lalu, kesimpulan yang saya dapati adalah kebanyakan filem-filem seram ini mempunyai ‘story line’ yang sama. Mati dibunuh, balas dendam, saka yang diwarisi dan hantu yang dibuang tuannya mencari tuan yang baru. Malahan bentuk rupa wajah hantu dan roh jahat yang mengganggu juga hampir sama cuma diolah dalam kisah yang sedikit berbeza.

Benarkah hantu mampu bertindak sejauh itu untuk membalas dendam kepada orang yang membunuhnya ketika di dunia?

Setahu saya, bila mati kita dipindahkan ke  alam barzakh dan mana mungkin roh kita mampu kembali ke dunia untuk membalas dendam kesumat kepada makhluk dunia yang masih bernyawa. Barzakh itu sendiri bermaksud ‘dinding’ atau tembok yang memisahkan antara kehidupan dunia dengan kehidupan kubur. Justeru, siapa yang membalas dendam bagi pihak si mati?

Maka penatlah saya untuk menerangkan perkara-perkara sebegini kepada anak-anak yang masih belum mengerti apa-apa. Mereka menonton dan menelan bulat-bulat apa yang disajikan kepada mereka.

Akhirnya hendak pergi ke tandas pun kena berteman. Nak ke atas rumah juga perlu berteman. Semuanya berubah sekelip mata dek penangan cerita-cerita hantu yang berjaya menguasai minta mereka.

Menonton filem-filem sebegini kadang-kadang menyebabkan minda saya terganggu. Beberapa kali saya mengalami mimpi yang menyeramkan. Itulah kesan psikologi yang terpaksa ditanggung. Saya teringat peristiwa adik saya yang pernah tidak dapat tidur semalaman selepas menonton filem “Nightmare on Elm Street”. Begitu berkesan sekali filem berkenaan sehingga mampu menerobos jauh dan menguasai akal adik saya pada masa itu.

Saya rasa sudah sampai masanya kita menghentikan semua ini. Terlalu banyak filem-filem seram membuatkan generasi kita akan datang lebih takutkan hantu dari takutkan siksaan Allah di hari akhirat. Samalah apabila terlalu banyak cerita-cerita spiderman,superman, ultraman  dan manusia superpower yang lain membuatkan generasi akan datang lebih betah meminta bantuan superman dari meminta pertolongan kepada Allah melalui doa dan harapan. Bunyinya sinis tetapi hakikatnya apa saja dogma dan doktrin yang ditanamkan di jiwa anak-anak kecil inilah yang akan menentukan hala tuju pemikirannya pada masa hadapan.

Kepada pengeluar, pengarah, pembuat filem dan penulis skrip, saya menuntut kepertanggungjawaban anda semua untuk menghasilkan suatu karya yang mampu mendidik anak bangsa supaya berfikir dengan waras dan bijaksana. Belajarlah dari pengalaman penghasil-penghasil filem dari Iran yang telah berjaya menghasilkan filem-filem yang membawa mesej yang berat dan mendidik masyarakat. Pengeluar-pengeluar filem dari Iran tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkan sesebuah karya. Filem mereka berkisar mengenai masalah kehidupan, perjuangan dan jati diri yang tiada unsur-unsur misteri dan penggunaan cinematografi yang hebat seperti filem-filem fiksyen, namun mereka mampu meraih sekian banyak ‘award’ dan anugerah demi anugerah di Festival Filem Antarabangsa. Hanya kerana mereka menumpukan pada mesej yang membina masyarakat. Lihatlah filem Colour of Paradise atau The Children of Heaven dan pelajarilah bagaimana mereka mampu menggarap penceritaan dengan baik dan berkesan.

Filem-filem yang baik adalah filem-filem yang memberi motivasi serta mendidik jiwa. Filem-filem yang baik adalah filem-filem  tidak merosakkan jiwa anak-anak. Elemen menakut-nakutkan orang perlu dikeluarkan dari minda penonton terutamanya kanak-kanak. Sebaliknya, minda mereka perlu dididik dan dibangunkan agar menjadi jiwa yang besar dan berani melakukan perubahan kerana mereka adalah pemimpin masa depan. Dipimpin untuk memimpin.

Lebih baik diajar untuk takutkan siksaan Allah dari takutkan hantu yang tidak mampu berbuat apa-apa. Lebih baik diajar untuk cintakan akhirat daripada diajar berdendam dan menuntut bela. Sesungguhnya terlalu banyak hantu dalam diri kita akan menjadikan kita bertindak tidak keruan dan melampaui batas.

Apa yang  ingin kita semaikan adalah sebanyak-banyak sifat manusiawi dalam masyarakat agar mereka lebih memahami tujuan hidup dan bukannya menjadikan mereka bersifat kehantuan yang hanya tahu mengacau, membunuh, dan membalas dendam. 

Saya bukan pengkritik filem tetapi cukup-cukuplah. Saya sungguh letih dengan trend sebegini.

Sesungguhnya mereka tidak tahu apa-apa

Abu Wafi, Putrajaya

Promosi buku ‘Mutiara Wahyu’

Posted: September 26, 2010 in Buku

Kulit buku

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mempromosikan sebuah buku baru di pasaran nukilan sulung adinda saya Ustaz Mohd.Syauqi. Buku bertajuk ‘Mutiara Wahyu’ adalah buah tangan beliau untuk umat ini. Buku ini berharga RM10.00 dan sesiapa yang berminat  untuk mendapatkan buku tersebut bolehlah berhubung dengan saya terus melalui emel shahnazku@yahoo.com.

Kulit belakang

Sedikit sinopsis mengenai buku ini, ianya dipersembahkan untuk bacaan dan memenuhi kefahaman orang awam yang mungkin sibuk untuk memahami ayat-ayat Al-Quran secara mendalam. Tiada masa untuk menelusuri tafsir secara terperinci, buku ini mempersembahkan ‘gist’ atau perincian penting di dalam Al-Quran yang boleh dikutip dan diamalkan. Tahniah kepada adinda kerana usaha pertama membuahkan hasil dan mudah-mudahan ada lagi karya yang akan dihasilkan pada masa yang akan datang. Semoga ilmu yang ada dalam buku ini akan memberi manfaat kepada mereka yang membacanya.

Kepada mereka yang ingin mengenali penulis dengan lebih lanjut  bolehlah mengikuti kuliah di atas yang mungkin akan membincangkan serba sedikit kupasan mengenai buku berkenaan .

Abu Wafi, Putrajaya

Haul Imam Haddad 2010

Posted: October 20, 2010 in Umum

Habib Umar Al-Hafiz dari Tarim, Hadralmaut Yaman

Ahad lepas saya hadir dalam majlis Haul Imam Hadad yang diadakan di Masjid Al-Falah USJ 9. Majlis ini bermula pada pukul 5.30 petang dan selesai jam 9.30 malam. Majlis yang penuh barakah ini dihadiri oleh Rektor Darul Mustafa, Tarim Yaman iaitu Habib Umar Al-Hafiz dari keturunan Rasulullah saw. Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran alim ulama lain yang tidak kurang hebatnya menyampaikan tausiyah dan nasihat-nasihat yang berguna untuk jemaah yang hadir. Haul Imam Haddad adalah acara tahunan di Yaman untuk memperingati ulama tersohor Habib Haddad yang terkenal dengan

Semasa saya sampai di masjid kelihatan khemah-khemah jualan didirikan di perkarangan masjid. Kenderaan banyak namun alhamdulillah pihak masjid menyediakan pengawal keselamatan untuk menunjukkan arah parking di kawasan padang permainan bersebelahan masjid. Jauh-jauh kedengaran wirid-wirid dan diselangi dengan tausiyah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang hadir. Suasana di perkarangan masjid sungguh mengujakan. Bagi saya ini pengalaman pertama menghadiri majlis seumpama ini. Jemaah yang hadir memakai jubah putih, serban dan kain rida yang disangkutkan di bahu. Saya terasa seperti berada di zaman ulama-ulama dahulu apabila ramai jemaah yang memakai pakaian yang mirip dengan pakaian ulama-ulama besar nusantara dahulu. Suasana yang menyebabkan saya terasa terasing sekali di tengah-tengah lautan manusia serba putih. Namun suasana sebegini menyebabkan hati menjadi tenteram melihat wajah-wajah yang tenang dan tenteram.

 

Kebanjiran penuntut-penuntut agama

Kawalan keselamatan

Gerai-gerai jualan

Sebelum itu saya  melawat gerai-gerai yang mempamerkan buku-buku tulisan ulama-ulama Melayu silam atau dipanggil Kitab Kuning nukilan ulama-ulama tersohor seperti Syeikh Daud Al-Fathani dan Tok Kenali. Antara kitab-kitab yang dijual ialah seperti Munyatul Musolli yang masih diamalkan sejak 200 tahun yang lalu dan kini masih diajarkan di pusat-pusat pengajian pondok seluruh negara.  Begitu juga dengan kitab-kitab lama yang diberi sentuhan baru oleh ulama-ulama kontemporari seperti Almarhum Wan Mohamad Saghir. Barulah saya sedar bahawa selama ini ulama-ulama terdahulu telah meninggalkan begitu banyak khazanah warisan yang tidak ternilai harganya. Warisan yang berupa amalan-amalan pendinding seharian yang kini jarang-jarang diamalkan oleh generasi masa kini.

Penjual-penjual gerai menghampiri saya dan mempromosikan buku-buku mereka dengan menawarkan tawaran yang tidak pernah saya fikirkan. Tawaran yang bukan dalam bentuk wang ringgit atau material sebaliknya tawaran dalam bentuk pahala.

Tuan, belilah buku Lum’atul aurad ini, ia mengandungi koleksi selawat yang diamalkan oleh ulama dahulu. Banyak khasiatnya kalau diamalkan selalu“.

“Tuan belilah buku ini, lihat muka surat 114 ada ratib haddad. Selain itu, ada wirid-wirid khusus. Tuan boleh ikuti pengajian kitab ini juga setiap Jumaat selepas maghrib” seorang anak muda mempromosikan buku tulisan guru beliau.

Semasa membelek-belek buku sSeorang penuntut ilmu berkata kepada saya, ” Duit boleh dicari Tuan tetapi buku-buku ini sukar untuk didapati sekarang”.

Saya mengiyakan kata-katanya dan akhirnya, RM 70+ dikeluarkan untuk membeli beberapa buah buku.

Lum’atul Aurad dikarang pada 1311 Hijrah/1894 Masihi

Selalunya kalau pergi ke pesta-pesta jualan murah di pasaraya,PC Fair atau Matta Fair kita akan teruja dengan tawaran harga yang sukar untuk diketepikan. Tawaran murah tiket kapal terbang, harga barang yang jauh lebih murah dari kebiasaan adalah fenomena yang biasa kita lihat. Kita sanggup bersesak-sesak, bertolak-tolak, berebut-rebut, sanggup datang awal dan tidak kisah jika terpaksa beratur panjang demi mendapatkan apa yang dihajati dengan tawaran harga yang murah. Kita tidak kisah dengan segala kesusahan itu kerana hasilnya sungguh memuaskan hati.

Sebaliknya tawaran yang ditawarkan di sini pula adalah dalam bentuk ganjaran yang tidak nampak di mata, tidak boleh disentuh dek tangan dan tidak boleh dipuaskan di hati melainkan hasilnya akan hanya dapat dituai di hari akhirat kelak. Sungguh berbeza dan luar biasa sekali. Anak-anak muda remaja, belia-belia tidak henti-henti mempromosi buku-buku tulisan ulama-ulama terdahulu. Rupa-rupanya masih ada lagi pemuda yang mengabdikan dirinya kepada agama Allah ketika majoriti pemuda di luar sana kian hanyut ditelan arus dunia.

Tiba-tiba saya rasa bertambah terasing, jahil dan terasa cemburu melihat gelagat beberapa anak-anak muda yang membeli buku-buku lama tersebut kerana mereka benar-benar ingin memahami isi kandungannya. Moga Allah memberkati mereka dan menjadikan mereka ulama muktabar untuk umat akan datang.

 Azan maghrib berkumandang. Para jemaah berpusu-pusu memasuki ruang solat. Solat maghrib diimamkan sendiri oleh Habib Umar Al-Hafiz. Selesai solat, majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dari Surah At-Takathur. Biar pun pendek namun saya dapat mengagak bahawa tujuan dibacakan surah ini ialah bagi mengingatkan jemaah mengenai kubur dan kematian. Bacaan dari imam sungguh merdu walaupun seketika.

Acara diteruskan dengan tausiyah yang disampaikan oleh salah seorang Habib dari Jakarta. Saya tidak ingat namanya tetapi tausiyah dan pesanan pesanan yang diberikan sungguh mengesankan. Beliau berkata bahawa perkara utama yang perlu ditanamkan di dalam jiwa setiap muslim sebelum melakukan perintah seperti solat dan puasa ialah “yakin” kepada Allah. Keyakinan yang sebenar-benarnya. Yakin yang mampu membawa kepada rasa harap dan pergantungan yang lebih kepada Allah. Beliau membawa contoh Sayyidina Ali r.a dalam satu peristiwa di mana anak panah terpacak di tubuh beliau meminta supaya anak panah itu dicabut dan lukanya dibersihkan ketika beliau tenggelam dalam tawajuhnya kepada Allah melalui solatnya. Ada yang menyatakan bahawa perkara ini mustahil untuk berlaku di zaman mutakhir ini, namun Habib tersebut membawa kisah benar yang berlaku kepada seorang ulama di Indonesia  yang dibedah otaknya dalam keadaan dirinya sedang hanyut berzikir kepada Allah. Walaupun beliau boleh sahaja dibius kerana darurat namun beliau menolak kerana baginya darurat itu hanya terpakai untuk orang awam tetapi bukan untuk dirinya. Beliau tidak mahu bahan-bahan luar yang syubhah masuk ke dalam dirinya kerana boleh menjejaskan imannya kepada Allah. Keyakinan inilah yang sepatutnya ditanam dalam setiap jiwa muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya.

 

Suasana padat dalam masjid

Dari celah tiang – Habib Umar

Usai tausiyah, majlis diteruskan dengan lantunan alunan Qasidah nukilan Imam Haddad yang sungguh merdu. Suara imam yang merdu ditambah dengan sistem akustik yang menyebabkan semua terpaku dan terpegun. Qasidah yang melembutkan hati mereka yang mendengarnya.

Rumah yang dinaikkan darjatnya oleh Allah

Habib Umar memberikan tausiyahnya dengan menekankan konsep rumah di dalam Islam. Rumah yang hebat bukan terletak pada hiasan dalamannya, pada permaidani atau perabotnya tetapi rumah yang hebat di sisi Allah adalah rumah yang sentiasa dihidupkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sepanjang masa. Beliau membawa contoh rumah Imam Haddad sendiri yang sempit di mana pembelajaran dilakukan di atas tangga sahaja, namun rumah tersebut berjaya melahirkan insan-insan yang hebat dan karya-karya yang besar. Beliau juga membawa contoh rumah baginda Rasulullah saw yang sempit sehingga bumbung rumah baginda boleh dicapai dengan tangan. Hidupkan rumah dengan bacaan surah Yassin seperti yang banyak diamalkan di negara Yaman ujar beliau lagi.

Akhirnya majlis disudahi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Habib Umar. Para jemaah menadah tangan. Doa Habib dibaca dan diterjemahkan. Ketika doa dibacakan saya terasa suasana yang sungguh nyaman di dalam masjid. Ada suara tangisan di belakang saya. Mungkin kerana terlalu menghayati maksud doa yang dibaca oleh beliau. Terasa seperti ada aliran arus letrik yang mengalir di celah-celah jemaah. Sungguh luar biasa sekali, suasana yang jarang didapati di tempat lain.

Majlis diakhri dengan solat Isyak berjemaah dan selepas itu semua bersurai dengan penuh kepuasan di jiwa> Kepuasan yang tidak tergambarkan bila menerima siraman rohani dari Habib yang mulia.

Abu Wafi, USJ 9 (17 Oktober 2010) 

Insan hidup

Posted: October 26, 2010 in Tazkiyatunnafs

Saya teringat pesanan Dr.Mustafa Sibaie penulis terkenal buku Sirah Nabawiyyah. Katanya:-

“Ziarahlah orang miskin, nescaya ketika itu kamu akan mengetahui makna kesusahan. Ziarahlah banduan di penjara, nescaya ketika itu kamu akan mengetahui nikmat kebebasan. Ziarahlah orang sakit nescaya ketika itu kamu akan mengetahui nikmat kesihatan.

Kita sering kali terlupa di mana letak duduknya diri kita pada masa ini. Kita leka dan hanyut dengan percaturan dunia yang tiada hentinya. Percaturan dunia yang penuh tipu daya, tikam menikam, khianat mengkhianati,tekan menekan berlaku di mana sahaja menyebabkan manusia seperti kita menjadi hilang pertimbangan dan bertindak di luar kewarasan. Kebendaan menjadi matlamat dan bukan sebagai alat untuk menyampaikan kita kepada tujuan hidup.

Sedar dan atau tidak  nikmat-nikmat kehidupan yang dianugerahkan adalah ujian untuk manusia manfaatkan semaksimumnya. Nikmat kesihatan, nikmat kebebasan dan nikmat kesenangan adalah nikmat yang manusia sering lupa menghargainya. Betapa ramai yang rugi kerana mensia-siakan nikmat-nikmat ini.

Betapa jauhnya kita daripada haluan yang sepatutnya kita ikuti. Seruan ” Ihdinassiratal mustaqim” seakan sudah tidak ‘apply’ lagi dalam kehidupan yang serba canggih ini.  Asal matlamat tercapai sudah, jalan yang dipilih betul atau tidak syar’ie bukan lagi menjadi perkiraan besar. Semua ditolak ke tepi dan bukan lagi perkara pokok yang perlu dipertimbangkan. Sedihnya !!!!

Betapa banyak sekali nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita. Saya suka gunakan perkataan anugerah kerana apa yang ada pada kita pada hari ini bukan milik kita sebaliknya pinjaman dari Sang Pencipta. Pinjaman untuk kita gunakan sebagai alat untuk mengabdikan diri kepadaNya, kerana itulah tujuan kita diciptakan. Anugerah itu amanah yang perlu digalas dengan sebaik-baiknya.

Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu” Al-Quran

Malangnya insan sering tersasar jauh dari matlamat yang sebenarnya. Alat menjadi matlamat dan matlamat hidup bertukar menjadi sampingan.  Berapa ramai di antara kita yang menyedari hakikat ini? Berapa ramai yang sedar dan menginsafi lalu kembali ke pangkal jalan? Berapa ramai yang benar-benar hidup dalam dunia ini dengan sebenar-benar hidup? Hidup dengan pengetahuan bahawa mereka hidup untuk Allah dan akan kembali kepadaNya. Berapa ramai yang sedar akan hakikat ini? Atau masih ramai yang tidur (leka) walaupun hakikatnya mereka berjalan,makan dan minum, bekerja dan bergaul dengan manusia lain namun hakikatnya roh mereka mati. Hati mereka mati. Jasad mereka bernyawa namun hakikat maknawinya mereka bukan hidup tetapi mati.

Lantas, bila dimasukkan ke alam barzakh, menyedari dirinya akan dihitung satu persatu, melangkahi perjalanan jauh ke alam akhirat barulah ketika itu mereka terjaga, tersedar dan celik secelik-celiknya. Barulah mereka hidup dengan sebenar-benarnya seperti mana yang sepatutnya dilakukan ketika di dunia dahulu.

Namun apakan daya, ketika itu semuanya sudah terlambat.

Jadilah insan hidup dengan membawa makna akhirat dalam kehidupan.

Abu Wafi, Kuala Lumpur

Enjoy your life

Posted: November 10, 2010 in Buku

 

Forgive me for my long absence. Anyway 2 days ago, I bought a new book from Dakwah Bookstore  in Seksyen 14, Petaling Jaya. A very interesting book written by Dr. Muhammad ‘Abd Al-Rahman Al-Arifi a prominent scholar from Saudi Arabia. This books actually was recommended by my brother. The author writing reminds me of Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni masterpiece ie: “Dont be Sad” or “La Tahzan” which became the best seller throughout the world.

This is an exquisite collection of incidents from the life of the Prophet’s, stories from our Islamic Heritage, and thought-provoking anecdotes from the life of the author. The aim of the book is to train the reader to enjoy living his life by practicing various self-development and inter-personal skills. What is so compelling and inspiring about this book is that, in order to highlight the benefit of using social skills, the author draws from the lives of the Prophet (S) and his Companions.

This book is both a practical systematic guide to self-improvement and a treasure trove of historical incidents. It increases self-awareness, whilst nurturing the soul and strengthening the spirit.

In short, this book should be read by everybody irrespective of any races, religion and political belief. In fact, it can boost your motivational level up to the level that everyone cannot imagine it.  I must say that this book is strongly recommended to all readers.

The original version is in Arabic and was translated into English by Pustaka Darussalam. Nevertheless I enjoy reading it since the translator used a simple English.

An excrept of author’s foreword:

Hence this book is not the product of a month or a year’s toil. Rather, it is the result of twenty years of serious study.

Please read it and you will find answer to some of the question in your daily life. Hope to find more solution and improve ourself.

Abu Wafi,Putrajaya

Seorang wanita hanya mampu menangis apabila suaminya yang baru sahaja menghantarnya ke tempat kerja maut dihempap sebatang pokok reput di Jalan Bukit Nanas di sini semalam. Kejadian pukul 8.30 pagi itu menyebabkan seorang kakitangan bank, Mohd. Helmi Husain, 37, mati selepas mengalami cedera parah di kepala dihempap pokok setinggi lima meter yang terletak di kiri jalan itu ketika hendak ke tempat kerjanya di Jalan Ampang. Isterinya juga seorang kakitangan bank dan bekerja di Jalan Pudu. Dia yang menerima khabar itu beberapa minit kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan hanya mampu menangis. Sebaik sampai, dia melihat mayat suaminya masih lagi ditimpa batang pokok tersebut sebelum ia dialihkan oleh kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Difahamkan, setiap hari, bapa kepada lapan anak itu akan menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum dia akan ke pejabatnya pula.

 

ULASAN

Jika ditanya kepada semua orang, tentu ramai yang akan mengulas dengan melahirkan rasa simpati dan sedih dengan apa yang menimpa kepada wanita malang ini. Malahan ramai yang akan menyalahkan pihak yang bertanggungjawab ke atas penjagaan dan penyelenggaraan pokok-pokok sekitar bandaraya. Tidak sedikit yang akan melahirkan rasa marah dan desakan supaya mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pihak-pihak yang berwajib. Ulasan sebegini adalah perkara ‘common’ yang akan berlaku bila terjadinya sesuatu insiden yang mengejutkan. Namun, marilah sama-sama kita lihat peristiwa ini dari perspektif akhirat untuk menarik hati kita untuk lebih mendekati Allah.

Berita kematian seorang pekerja bank hari ini benar-benar menginsafkan saya dan menggerakkan hati untuk menulis sesuatu. Pertamanya, usia beliau sebaya dengan saya menyebabkan saya terasa bahawa betapa singkatnya umur kita di dunia ini. Belum sempat apa-apa, kematian datang merenggut diri melalui cara yang tidak disangka-sangka. Keduanya, siapa sangka malahan tiada manusia yang mampu menyangka bahawa pagi ini selepas menghantar isteri ke tempat kerja, lebih kurang 500 meter sebatang pokok besar tiba-tiba tumbang dan menghempap beliau. Menjemput beliau ke negeri mati dengan cara yang tidak pernah difikirkan sama sekali.

Mari merenung ke dalam diri, bahawasanya kita tidak tahu bilakah saat dan ketikanya kita akan dijemput ke negeri mati. Terlebih dasyat lagi bila kita dijemput dalam keadaan kita belum bersedia dengan bekal ke negeri mati kerana tiada amaran awal diberikan melainkan peringatan-peringatan yang perlu kita ingatkan kepada diri setiap hari.

Bayangkanlah jika yang pergi itu kita. Bayangkanlah jika yang mati secara tiba-tiba itu adalah kita. Bayangkanlah ketika kita dijemput pergi ke negeri mati tanpa sempat menuturkan pesanan terakhir kepada anak isteri itu adalah kita! Bayangkanlah jika yang terjelepuk di tepi jalan  dan yang ditutup dengan kain putih itu adalah jenazah kita! Bayangkanlah sesungguhnya saat dan ketika yang ditakuti oleh majoriti umat manusia itu akan menemui kita juga akhirnya…..

Tanpa pengecualian, dan tanpa mengenal usia dan pangkat, berharta atau papa kedana. Semuanya menerima nasib yang sama.

Apa pun peristiwa pagi ini memberi pengajaran yang cukup berguna kepada siapa sahaja yang melihat peristiwa ini dengan mata hati yang sempurna bahawa perkara sebegini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan secara mengejut. Ketika kita sedang bekerja, ketika sedang bergelak ketawa dengan rakan-rakan, ketika tidur, ketika berbual-bual dengan ahli keluarga, ketika bila-bila masa sahaja kerana jemputan malaikat maut ke negeri mati tidak akan lewat sesaat atau tercepat sesaat melainkan telah ditetapkan sejak azali lagi.

Takziah saya ucapkan kepada isteri arwah Mohd. Helmi Husain. Saya berdoa semoga isteri arwah tabah dan sabar dengan ketentuan Allah ini. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan para anbiya’,siddiqin, syuhada’ dan solihin.

Semoga Allah juga menggantikan kehidupan dunia beliau yang hilang dengan kehidupan akhirat yang lebih bermakna.

Abu Wafi, Kuala Lumpur

 

Baru-baru ini saya menghadiri satu kuliah mengenai fiqh ibadat untuk orang-orang sakit. Selama ini saya hampir tidak pernah menghiraukan mengenai cara-cara untuk melakukan ibadah di kala sakit samada sakit yang kronik (yang tiada harapan untuk sembuh) seperti leukemia, kanser atau sakit yang bersifat sementara seperti demam atau luka di tangan yang boleh sembuh. Sebenarnya berbahagialah kepada mereka yang menderita sakit.

Kenapa saya katakan berbahagialah?

Selain dari ujian dari Allah yang menggugurkan dosa-dosa, meningkatkan darjat di sisi Allah, sakit itu adalah manifestasi kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hambanya.

Namun, tidak ramai yang berfikiran sebegini. Sakit dianggap satu malapetaka. Sakit dianggap sebagai penghalang untuk melakukan pekerjaan. Sakit sebagai sesuatu yang perlu dielakkan. Tidak hairanlah jika ramai yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi setiap bulan untuk keperluan vitamin dan makanan tambahan. Walaupun kita dituntut untuk menjaga tubuh badan yang diamanahkan oleh Allah, namun perlu diingat bahawa penyakit boleh datang dan pergi dengan izin Allah. Sakit itu tanda bahawa Allah mengingati kita dan ingin memberi peringatan kerana mungkin ada perkara-perkara maksiat yang kita lakukan tanpa kita sedari. Justeru penyakit datang lalu menggugurkan dosa-dosa mereka yang sabar menghadapinya.

Ramai yang mengganggap penyakit yang ditanggung akan membataskan seseorang dari melakukan amal ibadah fardhu seperti solat dan puasa tetapi sebenarnya pandangan ini adalah silap di sisi Islam.

Orang yang sakit lebih terbuka peluang untuk melakukan ibadah seluas-luasnya. Orang yang sakit lebih mudah untuk melakukan ibadah. Orang yang sakit diberi kelonggaran dan kemudahan seluas-luasnya oleh syarak.

Antaranya kewajipan berwuduk terangkat dengan digantikan dengan tayammum bagi mereka yang tidak mampu melakukannya kerana keuzuran. Solat fardhu boleh dilakukan dalam keadaan duduk, berbaring, dengan isyarat mata dan isyarat hati. Puasa pula boleh digantikan dengan membayar fidyah kepada orang miskin dan fakir. Maka apa lagi alasan untuk mengatakan tidak mampu melakukan ibadah di hadapan Allah kelak. Fikirkanlah…

Prinsipnya mudah sahaja iaitu selagi akal masih belum hilang maka kewajipan untuk melakukan amalan-amalan fardhu tidak pernah terangkat sama sekali, cuma diberi keringanan oleh Islam. Keringanan yang menandakan kasih sayang Allah kepada kita. Keringanan yang memberi ruang untuk hamba-hambanya melakukan ibadah seluas-luasnya tanpa alasan apa sekalipun.

Itulah tanda fleksibiliti dalam Islam. Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Islam agama yang ‘aacommodative’ untuk semua manusia tanpa mengira di mana sahaja kita berada dan ruang budaya yang diamalkan. Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.

Ibadat yang dilakukan ketika sakit walaupun tidak sesempurna amalan orang sihat sebenarnya setaraf dengan amalan orang sihat. Malah, jika dilakukan dengan sesabar mungkin akan menatijahkan ganjaran pahala yang lebih besar di sisi Allah berbanding ibadat yang dilakukan oleh orang yang sihat. Contohnya, bagi yang tidak mampu berpuasa boleh menggantikan dengan membayar fidyah RM2.00 satu hari didarab dengan 30 hari bermakna bayaran RM60 kepada fakir miskin boleh setanding (equivalent) dengan orang yang berpuasa 30 hari. Mudah bukan? Walaupun kelihatan seperti rugi di sisi manusia tetapi di sisi Allah ganjarannya sama sahaja.

Ustaz Azhar menceritakan pengalamannya menjadi penasihat agama untuk sebuah pusat perubatan hemodialisis di Kuala Lumpur. Hasil daripada pemerhatiannya kepada pesakit-pesakit di situ dibukukan dengan memasukkan pandangan ulama-ulama muktabar seluruh dunia serta fatwa-fatwa terkini.

Saya masih ingat pesanan beliau setiap kali beliau memberi kuliah mengenai fiqh orang sakit ini iaitu:

” Orang sakitlah yang paling mudah melakukan amal ibadah. Orang sihatlah lebih susah untuk melakukan amal ibadah. Orang sakit diberi kelonggaran seluas-luasnya oleh Islam.

Maka pandangan bahawa sakit akan membataskan dan mengurangkan pahala ibadah tidak boleh diterima kerana kelonggaran yang diberikan adalah satu anugerah Allah untuk mereka yang dipilih Allah. Rebutlah kesempatan yang diberikan dan usahlah berduka lara kerana ganjaran pahala pasti menanti bagi mereka yang bersabar menghadapinya. 

Abu Wafi, Putrajaya

Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2010 dan esok kita semua akan melangkah ke tahun baru 2011. Tahun yang bakal mencabar diri siapa sahaja kerana kita tidak tahu apakah tahun 2011 bakal menjanjikan kegemilangan dan kecemerlangan untuk diri kita. Apakah tahun 2011 adalah tahun terakhir kita menghirup udara di bumi ini juga tidak dapat dipastikan. Bersedialah untuk itu….

Masing-masing mula menanam azam baru. Azam untuk berubah ke arah paradigma yang lebih baik lagi. Azam untuk mencipta kejayaan demi kejayaan dan melupakan kisah suka duka dan pengalaman pahit di tahun yang lepas.

Manusia boleh merancang dan sememangnya kita dituntut untuk merancang. Namun di sebalik semua perancangan itu, jangan lupa ‘final touch’ masih berada di sebalik ketentuan Allah. Kun Fa Yakun adalah konsep yang mesti tersemat di hati. Jika nak jadi, maka jadilah dengan izinNya manakala jika tidak ditentukan jadi, maka buat macam mana hebat sekali pun ia akan tetap menemui kegagalan juga.

Blog ini hampir usang ditinggalkan kerana saya sendiri tidak mampu untuk mendisiplinkan diri untuk menulis sesuatu yang bermanfaat. Saya boleh menulis apa sahaja, melontar apa sahaja yang terbuku di fikiran, mencampak apa sahaja yang dilalui hari-hari, namun saya memilih untuk bersikap selektif dalam hal ini. Saya masih mahu mengekalkan genre yang saya ada iaitu menulis dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk umat ini. Berfaedah untuk kehidupan yang satu lagi adalah objektif yang ingin saya bawa dan ketengahkan.

Saya merancang untuk menulis sekerap mungkin, namun apakan daya perancangan saya sering dibatasi dengan kekangan-kekangan kerja dan hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan. Kita manusia adalah selemah-lemah makhluk dan kita memerlukan pertolongan Allah untuk menjayakan misi kehidupan kita. Ada banyak yang ingin saya kongsikan, maka biarlah saya simpan dan olah sebaik mungkin agar entry yang akan datang boleh mengetuk pintu hati siapa sahaja yang membacanya. Mengetuk, mengesan dan menginsafkan adalah misi yang ingin saya sasar di alam maya ini. Suatu ketika dahulu, tidak pernah terlintas di hati saya bahawa siapa sahaja mampu untuk menulis dan meluah apa sahaja di alam maya kerana alam pada masa itu hanya terhad kepada catatan di atas kertas sahaja. Ramai yang memilih untuk berdakwah di alam maya dan syabas saya ucapkan kepada mereka, moga-moga usaha mereka itu mendapat ganjaran pahala di sisi Allah dan tidak ketinggalan saya juga mahu merebut peluang yang ada. Insyallah, apa yang baik kita kongsi bersama.

Hampir sebulan rasanya saya tidak menulis apa-apa. Dan esok bermulalah lembaran baru. Untuk tahun 2011 saya tidak mahu mensasarkan apa-apa yang hebat dan tinggi untuk blog ini. Memadailah jika saya dapat berkongsi dan menulis sekurang-kurangnya sebulan sekali atau 3 kali bagi faedah kita bersama.

Perjalanan kita semua masih jauh namun sebenarnya kehidupan kita makin singkat dan makin dekat untuk pergi menemuiNya. Insaflah, tahun baru bukan untuk kita bersuka-suka, menanam azam dan cita-cita semata-mata tetapi selangkah ke tahun baru bermakna selangkah kita mendekati barzakh. Alam ke-4 yang menanti kita. Tanah yang sejuk untuk mendakap tubuh kita. Soal jawab yang sedia menanti kedatangan kita. Semuanya perlu dihayati dan diamati bahawa kedatangan tahun baru bermakna kesedihan untuk kita yang akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Meninggalkan jawatan yang gah lagi berkuasa kepada orang lain. Meninggalkan harta benda, rumah besar, anak isteri/suami, saham dan niaga kepada mereka yang mewarisinya.

Bahawa dunia ini hanyalah tempat teduhan sementara.

Kehidupan ini ada pasang surutnya. Perhatikan ombak yang mendebur dan menghempas pantai. Begitulah kehidupan ini. Tidak ada masa sentiasa susah dan tidak ada masa kita sentiasa senang. Ada gilirannya masing-masing.

Entry ini akan menjadi entry tunggal di bulan Disember dan terakhir untuk tahun 2010. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada saya untuk lebih giat menulis di tahun 2011 nanti.

Selamat Tahun Baru 2011.

Abu Wafi, Putrajaya

(Photo: Ihsan Ishafizan Ishak)

Pemergian yang dirasai

Posted: January 15, 2011 in Tribute

Salam, dukacita dimaklumkan bahawa bekas Pengetua SMS Muar, Y.Bhg. Dato Yaakop Ederis telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di Bukit Putus, Negeri Sembilan, jam 1.00 pagi.(14 Januari 2011) Isteri dan anaknya parah dan kini sedang dirawat di hospital Seremban. Jenazah arwah akan dikebumikan di Seremban petang ini. Al-fatihah.

Tengahari semalam saya menerima sms di atas. Sms yang menyebabkan saya “speechless” seketika memikirkan berita yang saya terima dari sahabat saya saudara Mazlan. Mulut terkunci tidak terkata. Hati tiba-tiba merasa sebak dan sedih. Kenangan demi kenangan bersama arwah dalam tahun 1991/1992 di SMS Muar lantas terbayang-bayang di ruang mata. Saya bungkam mengenangkan saat-saat bersama arwah Cikgu Yaakop. Walaupun di akhir kariernya beliau menjawat jawatan yang tinggi sebagai Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan gelaran Dato’, namun saya lebih suka memanggilnya dengan gelaran yang kami beri kepada beliau iaitu Cikgu Yaakop kerana lebih mesra dan ikhlas.

Kali terakhir saya berjumpa arwah ialah pada tahun 2003 di sebuah hotel di Kuala Lumpur ketika meraikan majlis reunion pelajar-pelajar Kolej Tingkatan 6 SMS Muar. Setelah 7 tahun berlalu, kami bercadang untuk mengadakan majlis kedua dengan menjemput mantan guru-guru dan arwah sekali, namun takdir menentukan bahawa rupa-rupanya itulah pertemuan pertama dan terakhir kami dengan arwah.

Arwah seorang guru yang berdisiplin dan tegas. Tidak banyak bercakap namun saya cukup sukakan ucapan beliau setiap kali perhimpunan sekolah. Ucapannya ringkas tetapi padat dan membangkit semangat untuk belajar dengan rajin. Seorang yang warak dan mementingkan agama. Saya masih ingat pada beliau yang sering datang mengejutkan kami agar bangun solat subuh berjemaah di surau dengan diimamkan oleh beliau. Sungguh manis kenangan tersebut dan tidakkan terlupakan.

Arwah berjaya membawa sekolah kami menjadi sekolah terunggul  di Malaysia dalam pencapaian SPM 1992. Begitu juga dengan pencapaian STPM tahun 1992, arwah berjaya mencipta sejarah sebagai antara pencapaian terbaik di dalam negara. Malahan saya sendiri harus berterima kasih kepada beliau kerana saya antara pelajar yang dipilih untuk menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah kerana pencapaian cemerlang dalam STPM 1992.

Kerana beliaulah kami semua berjaya pada hari ini. Kerana tiupan nasihat dan kata-kata arwahlah kami berjaya menjadi manusia yang berguna pada hari ini.

Terima kasih Cikgu Yaakob. Budimu pada diriku dan pada rakan-rakan yang lain tak terbalas. Moga-moga engkau tenang di sana dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh. Moga-moga ilmu yang engkau curahkan kepada kami akan membantumu di sana selagi kami istiqamah mengamalkan nasihat dan ajaranmu.

Saya mengangkat tangan dan berdoa semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa beliau dan saya secara peribadi memaafkan semua kesalahan yang mungkin pernah dilakukan terhadap diri saya. Sebak dan hampir saja menitiskan air mata bila mengenangkan budi yang beliau curah kepada kami.

Cikgu… maafkan saya atas kenakalan dan kedegilan saya.

Al-Fatihah.

[Pic Arwah 3 dari kiri]

Apabila Sungai Nil mengalir deras

Posted: February 8, 2011 in Antarabangsa

Sungai Nil yang merentasi antara Mesir sehingga ke negara Sudan di selatan tiba-tiba berubah. Alirannya yang selama ini lesu dan perlahan sejak beberapa dekad yang lalu tiba-tiba menjadi deras dan menolak apa sahaja di hadapannya. Berkocak dan berombak tiba-tiba. Tidak ada batu batan atau kayu-kayu besar yang mampu menghalang atau menyekat laluannya yang laju dan berterusan.

Sungai Nil di negara Mesir mengingatkan saya kepada Novel Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih nukilan Habiburrahman Al-Syirazi yang pernah saya tekuni beberapa tahun yang lepas. Latar belakang penceritaannya berkisar mengenai seluruh kehidupan di Mesir khususnya di Kaherah dan Iskandariah. Membaca novel beliau menyebabkan saya terasa berpijak dan berjalan di bumi kelahiran anbiya’ dan sejuta ulama ini walaupun secara peribadinya saya tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. Keinginan itu tetap membara dalam diri saya bahawa suatu hari nanti saya ingin pergi ke sana, menziarahi makam para nabi, makam Imam Syafie dan tempat-tempat bersejarah. Suatu keinginan yang tidak pernah padam.

Pergolakan di Mesir adalah bertitik tolak daripada kejayaan rakyat Tunisia mengusir Presiden Ben Ali yang memerintah selama 2 dekad.  Jika rakyat Tunisia berjaya mengapa tidak rakyat Mesir mencubanya adalah tanggapan setiap rakyat Mesir yang inginkan perubahan. Jika rakyat Mesir berkampung dan berdemostrasi berhari-hari di Tahrir Square, maka saya juga memilih untuk duduk terpaku di hadapan kaca TV menonton berita-berita terkini mengenai Mesir. Mujur ada Stesen Al-Jazeera, BBC World News dan CNN yang dibuka berselang-seli. Melihat perkembangan terkini dan komen-komen dari koresponden di sana menyebabkan hati merasa teruja menunggu saat-saat ketibaan kejatuhan Regim Hosni Mubarak yang kian rapuh namun masih berdegil. Hasil analisa saya mengapa rakyat Mesir bangun memberontak adalah seperti berikut:-

1. 40% dari sejumlah 80 juta orang rakyat Mesir berpendapatan USD2 sehari. (Hidup di bawah paras kemiskinan);

2. 1/3 rakyat Mesir masih buta huruf;

3.’Median Age” atau umur pertengahan di Mesir terdiri daripada mereka yang berumur 24 sehingga 30 tahun.  Mengikut laporan 2/3 daripada rakyatnya lahir di zaman Presiden Hosni Mubarak;

4. Majoriti penduduk Mesir (golongan median age) menganggur walaupun kebanyakan mereka mempunyai kelulusan. Keadaan yang sama dengan Tunisia- kejatuhan Presiden Tunisia berpunca daripada tunjuk perasaan seorang pemuda berkelulusan Master tetapi tidak mempunyai pekerjaan yang bertindak membakar dirinya kerana tidak puas hati dengan kerajaan apabila barang-barang jualannya dirampas dan disita oleh pihak berkuasa.

5. Pengaruh ‘social media’ seperti blog, facebook dan twitter yang menjadi medium utama menggantikan media arus perdana;

6. Pengumpulan kekayaan Regim Mubarak selama 30 tahun sehingga mengkayakan keluarga dan kroninya. Diberitakan hampir 60% hasil kekayaan Mesir disalurkan kepada anak lelakinya Gamal Mubarak. Laporan CNN menyatakan kekayaannya mencecah USD70 billion mengatasi Bill Gates dan Warren Buffet.Lihat laporan di bawah;

The wealth of Ahmed Ezz, the former NDP Organisation Secretary, is estimated to be 18 billion Egyptian pounds; 

The wealth of former Housing Minister Ahmed al-Maghraby is estimated to be more than 11 billion Egyptian pounds; 

The wealth of former Minister of Tourism Zuhair Garrana is estimated to be 13 billion Egyptian pounds; 

The wealth of former Minister of Trade and Industry, Rashid Mohamed Rashid, is estimated to be 12 billion Egyptian pounds;

The wealth of former Interior Minister Habib al-Adly is estimated to be 8 billion Egyptian pounds. 

7. Tiada ruang demokrasi yang diberikan kepada rakyatnya sejak 30 tahun yang lalu;

8. Ketidakpuasan hati rakyat terhadap polisi-polisi Regim Mubarak yang tidak membantu meningkatkan pendapatan rakyat dan polisi-polisi lain yang menekan dan menindas rakyat;dan

9. Amalan rasuah berleluasa di kalangan pegawai-pegawai tinggi Regim Mubarak.

Rakyat Mesir akhirnya bangkit dan setakat ini belum ada tanda-tanda bahawa kebangkitan ini akan reda. Walaupun Regim Mubarak melakukan beberapa pembaharuan seperti membubarkan kabinet, melantik kabinet baru, melantik Timbalan Presiden, dan beberapa pengumuman lain bertujuan untuk meredakan kemarahan rakyat, namun majoriti rakyat masih lagi bertahan di Tahrir Square. Sehingga catatan ini ditulis Presiden Mubarak masih kekal “remain intact” di kerusinya dan tiada kepastian bilakah revolusi ini akan menemui titik noktahnya. Di satu pihak mereka menginginkan agar krisis ini segera berakhir dan Mesir mempunyai kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat. Di satu pihak mereka khuatir jika kejatuhan Hosni Mubarak akan meninggalkan vakum yang akan diisi oleh anarkisme seperti di Iraq. Di satu pihak yang lain mereka khuatir jika pertubuhan yang diharamkan selama 50 tahun Ikhwanul Muslimin atau Muslim Brotherhood akan mengambil alih tampuk kekuasaan dan jika ini berlaku Israel dan Amerika Syarikat adalah pihak yang paling tidak senang duduk.

Sesungguhnya Mesir negara yang kaya dengan hasil bumi, Terusan Suez dan industri pelancongan yang terkenal. Malangnya Mesir dijarah oleh penguasa-penguasa yang menjadikan Mesir seperti hak milik persendirian.

ANALISA RINGKAS SEJARAH POLITIK MESIR

Apa yang berlaku di Mesir menyebabkan saya tergerak untuk membaca kembali sejarah politik Mesir pasca kejatuhan Regim Monarki Raja Farouk yang zalim. Abad ke-20 menyaksikan berakhirnya pemerintahan monarki di Mesir dan digantikan dengan Regim tentera pimpinan Presiden Naguib. 

1. Presiden Naguib - digulingkan;

2. Presiden Gamal Abdul Nasir – meninggal dunia akibat stroke;

3. Presiden Anwar Sadar – mati dibunuh dalam satu perarakan tentera;

4. Presiden Hosni Mubarak  

Jika dikaji semua Presiden Mesir mempunyai latar belakang ketenteraan yang tegas. Tidak hairan jika corak pemerintahan mereka keras. Transisi atau peralihan kuasa antara satu Presiden kepada Presiden yang berikutnya tidak pernah berlaku secara teratur.

ULAMA-ULAMA TERKENAL MESIR

Mesir juga terkenal sebagai bumi kelahiran sejuta ulama. Antara ulama-ulama hebat yang pernah dilahirkan adalah seperti berikut:-

As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas Gerakan Ikhwanul Muslimin -penulis Zikir Mathurat)

As-Syahid Syed Qutb (Pengarang Tafsir Fi-Zilalil Quran)

Al-Alamah Syeikh Yusuf  Qaradhawi

Almarhum Syeih Mutawalli Sya’rawi

KEBEBASAN BERSUARA

Para penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir atau Liberation Square. Bagaikan satu kebetulan bila rakyat Mesir memilih untuk berhimpun di situ. Nama yang terpahat sejak sekian lama dan kini digunakan untuk satu revolusi baru yang berkebetulan.

Saya meminati Al-Jazeera. Saya meminati cara penyampaian koresponden Al-Jazeera bernama Ayman Mohyeldin seorang wartawan rakyat US yang berketurunan Mesir/Palestin. Beliau bercakap dalam Bahasa Inggeris yang lancar, tersusun dan mesejnya sampai kepada pendengar. Semasa Israel menyerang Gaza tahun 2010 Ayman membuat liputan dari zon peperangan. Di Mesir nasibnya tidak sebaik di Gaza. Beliau ditahan selama 9 jam kerana membuat liputan di Tahrir Square. Namun Ayman akhirnya dibebaskan. Keberanian Ayman melaporkan berita yang benar kepada dunia luar menyebabkan stesen TV Al-Jazeera dilabel sebagai satu ancaman baru kepada dunia barat. Kehadiran Al-Jazeera hampir menyaingi stesen TV besar seperti CNN dan BBC.  Keberanian Ayman mengingatkan saya kepada wartawan Peter Arnet dari CNN yang melaporkan berita terkini dari Baghdad semasa perang Teluk 1991. Ketelusan laporan beliau menyebabkan negara beliau sendiri tidak menyenanginya. Moga Ayman terus tampil dengan berita yang tepat dan telus.

Ayman Mohyeldin

SARANAN/CADANGAN

Ada yang bertanya bagaimanakah krisis ini boleh ditamatkan secara aman dan baik. Berikut adalah antara cadangan yang saya kutip dari komen-komen para penganalisis di Timur Tengah:-

1. Perlembagaan Mesir harus disemak semula dan ditulis semula (Rewrite the constitution);

2. Memberikan kebebasan bersuara dan memilih pemimpin dengan luas berdasarkan had tertentu;

3. Menghadkan tempoh Presiden selama 2 penggal;dan

4. Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

CUKUP-CUKUPLAH

Pesanan Syeikh Dr.Yusuf Qardhawi

’Wahai Hosni Mubarak, jika pemerintahan itu bagai ghanimah untukmu, maka 30 tahun itu sudah cukup. Jika pemerintahan itu adalah bebanan ke atasmu, maka 30 tahun itu juga sudah cukup. Turunlah kamu!

Itu antara pesanan ulama terkemuka dunia masa kini yang sehingga ke hari ini masih tidak dibenarkan kembali ke bumi kelahirannya di Mesir. Pesanan yang cukup berharga dan bermakna bukan sahaja kepada Hosni Mubarak bahkan kepada sesiapa sahaja yang berada lama di puncak kuasa. Siapa sahaja yang berkuasa perlu ingat bahawa kekuasaan tidak akan kekal lama kerana kelak anda akan dipersoal di hadapan Allah.

Ingatlah pesanan Khalifah Umar Al-Khattab bahawa dia bimbang jika dia akan ditanya oleh Allah sekiranya ada binatang yang mati di tebing Sungai Furat. Bimbang jika perkara itu berlaku akibat kecuaian dan kelemahan beliau.

Firauan yang lama memerintah juga telah pergi. Tenggelam di dasar laut Merah ketika cuba mengejar Nabi Musa a.s. Qarun juga tenggelam dengan kekayaannya di dasar bumi. Kuasa, pangkat dan harta benda tidak akan kekal. Akan sampai masanya semua ini akan direnggut oleh Allah.

Sesungguhnya kuasa bukan ‘ghanimah’ atau harta rampasan perang yang boleh dibolot kesemuanya. Kuasa adalah bebanan dan amanah yang perlu dipikul. Jika semua menyedari beratnya kuasa itu, sudah pasti tidak ramai akan yang sanggup untuk menerimanya.

Mesir oh Mesir…. aku menanti Sungai Nil yang mengalir deras dan menonton apakah arusnya akan terus deras dan tidak akan lesu lagi selepas ini. Hentikan kocakanmu buat seketika agar siapa sahaja yang menyusurimu akan sentiasa tenang dan damai.

Tiba-tiba perasaan bimbang mencengkam diri takut-takut jika Sungai Nil berhenti mengalir seperti yang pernah berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khatab. Sungai Nil hanya mengalir semula setelah dicampakkan surat khalifah ke dalamnya.

Apakah kita juga memerlukan karamah untuk menghentikan krisis ini? Atau apakah karamah itu terletak pada tangan umat Islam keseluruhannya…

Zikir dan Fikir…

Abu Wafi, Putrajaya

Sebuah kuasa yang bernama Revolusi

Posted: February 16, 2011 in Antarabangsa

Akhirnya saat-saat yang ditunggu pun tiba. Setelah memerintah Mesir selama 30 tahun, akhirnya pada 12 Februari 2011, Mubarak terpaksa akur dengan kehendak rakyat setelah 18 hari berhempas pulas mempertahankan kuasanya. Bermacam-macam tawaran yang dibuat oleh beliau untuk meredakan keadaan langsung tidak menjadi. Hosni Mubarak akhirnya menyertai kelab pemimpin-pemimpin yang diusir oleh rakyat mereka seperti Ferdinand Marcos, Shah Iran dan Zain Ben Ali.

Mesir pasca Hosni Mubarak masih lagi berada dalam keadaan yang tidak menentu walaupun tentera menjanjikan satu peralihan kuasa yang teratur dan tersusun. Ke mana hala tuju Mesir selepas ini masih tidak pasti. Masih terlalu awal untuk diramalkan apakah Mesir akan berubah menjadi sebuah negara Islam yang cukup ditakuti oleh Israel? Cuma yang  pastinya  Mesir sekarang tidak sama dengan Mesir sebelumnya. A nation reborn adalah ungkapan yang popular mengenai Mesir sekarang. Mesir tidak ubah seperti sebuah negara yang baru memperolehi kemerdekaan. Banyak yang perlu dilakukan untuk memperbaiki Mesir yang baru.

Mesir adalah negara terpenting di Timur Tengah kerana Mesir adalah pintu masuk ke Gaza dan mempunyai Terusan Suez yang menjadi penghubung antara Timur dan Barat. Hasil kutipan dari Terusan Suez ke atas kapal-kapal dagangan sahaja sudah cukup untuk menyara kehidupan 80 juta rakyat Mesir. Malangnya wang hasil itu pergi ke tempat yang tidak sepatutnya dan rakyat Mesir miskin di tanahair sendiri. 

Tahniah kepada rakyat Mesir kerana berani melakukan perubahan walaupun perubahan itu menuntut pengorbanan yang mahal. Cukuplah dengan kezaliman yang dilakukan ke atas mereka selama 30 tahun lalu. Cukuplah dengan penipuan dan kebobrokan Regim yang menekan dan menindas. Tumbangnya Regim Mubarak adalah berkat doa rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang dizalimi apabila pintu masuk ke Gaza disekat daripada menerima bantuan dari dunia luar walaupun yang datang itu adalah bantuan makanan dan ubat-ubatan. Sekatan di Gaza oleh Regim Mubarak menyebabkan bantuan kemanusiaan terpaksa pergi melalui jalan laut yang berisiko tinggi seperti apa yang berlaku kepada kapal Mavi Marmara pada tahun 2010. Semua sekatan ini dilakukan oleh Regim Mubarak demi menjaga kepentingan Israel dan sekutunya. 

Bila sampai waktunya tidak ada sesiapa pun yang mampu menahan kemaraan rakyat yang bangkit biar pun seluruh tentera dan kereta perisai digerakkan. Sesungguhnya tidak ada satu kerajaan pun yang akan kekal di muka bumi ini melainkan Allah yang memiliki alam ini. Semuanya akan musnah dan hancur binasa sebagai mana Firaun dihancurkan.

Broken bones but not spirit

Revolusi Rakyat Mesir 2011 telah pun mencatat sejarah baru abad ke-21 dan kini revolusi tersebut mula menjangkiti ke negara-negara jiran. Menarik untuk diperhatikan bahawa landskap politik di Timur Tengah akan berubah sedikit masa lagi. Inilah tanda-tanda akhir zaman bahawa dunia semakin menghampiri penghujungnya. Mungkin juga dengan kejatuhan diktator-diktator ini akan mewujudkan satu bentuk khilafah Islamiyyah seperti zaman kegemilangan Islam sebelumnya.

Sejarah mencatatkan bahawa proses perubahan sesebuah kerajaan dari satu kerajaan ke kerajaan yang lain berlaku dalam banyak bentuk. Dalam zaman moden ini, kaedah demokrasi melalui proses pengundian adalah yang paling popular dan diamalkan hampir di seluruh dunia. Selain itu, ada juga kaedah pewarisan yang dipanggil sistem monarki. Kedua-dua sistem ini berlaku secara aman dan teratur tanpa pertumpahan darah. Kaedah ke-3 ialah melalui revolusi seperti yang baru berlaku di Mesir dan Tunisia. Revolusi terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah ialah seperti Revolusi Peranchis yang menumbangkan Sistem Monarki di Peranchis, Revolusi Bolshevik di Rusia dan Revolusi  Cuba yang dipimpin oleh Presiden Fidel Castro.

Saya merenung dan menekuni perkara-perkara yang sedang berlaku di sekeliling kita pada hari ini. Hebatnya kuasa revolusi. Hebatnya bagaikan taufan yang melanda hingga tiada siapa yang mampu menghalangnya. Menumbang dan mencabut akar pohon besar hingga tersungkur ke tanah. Hebatnya !!!!!

Abu Wafi

Yang dibenci dan Yang Diteladani

Posted: February 19, 2011 in Tazkiyatunnafs

The US has  vetoed at UN Security Council Resolution that would have condemned Israeli settlements as “illegal” and called for an immediate halt to all settlement building.

All 14 other Security Council members voted in favour of the resolution, which was backed by the Palestine Liberation Organisation (PLO), on Friday.

Mark Lyall Grant,, the British ambassador to the UN, speaking on behalf of his country, France and Germany, condemned Israeli settlements in the West Bank. “They are illegal under international law,” he said.

He added that the European Union’s three biggest nations hope that an independent state of Palestine will join the UN as a new member state by September 2011.

The veto by the  administration of Barack Obama, the US president, is certain to anger Arab countries and Palestinian supporters around the world.

An abstention would have angered the Israelis, the closest ally of Washington in the region, as well as Democratic and Republican supporters of Israel in the US Congress.

(SOURCE)

Seperti yang telah diduga, Amerika Syarikat sekali lagi menggunakan kuasa vetonya bagi menghalang resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa bersatu untuk mengutuk Israel kerana mendirikan penempatan bangsa Yahudi di Palestin.  Amerika Syarikat adalah negara pelindung kepada Israel dan sanggup melakukan apa sahaja bagi melindungi kepentingan anak emasnya  di rantau tersebut. Siapa sahaja yang memimpin Amerika samada dari kem Republican atau Demokrat dasarnya terhadap Israel tidak pernah berubah. Melindungi, memayungi malah membantu regim ganas itu membunuh umat Islam.

Wajah sebenar Amerika dapat dilihat bila Presiden Obama tidak menyatakan pendirian yang jelas ketika krisis politik di Mesir baru-baru ini. Menyokong rakyat Mesir dikhuatiri boleh membuka peluang kepada Gerakan Ikhwanul Muslimin dan ini cukup merbahaya untuk  Israel. Amerika sebenarnya adalah pendokong kuat Hosni Mubarak kerana mantan Presiden tersebut adalah penjaga kuat kepentingan Amerika dan Israel di Timur Tengah. Setiap tahun Amerika akan menghantar bantuan kewangan sejumlah USD1 billion untuk Regim Mubarak kerana jasa-jasanya kepada Amerika. Kenyataan Presiden Obama  cukup berhati-hati. Tidak menyokong dan tidak menentang. Sebaliknya apabila berlaku kebangkitan rakyat  Iran, Setiausaha Negara Hillary Clinton secara terang-terangan menyokong tindakan rakyat Iran itu sebagai satu reformasi yang perlu diadakan di dalam kerajaan Iran.

Inilah wajah hipokrit Amerika yang menyokong regim yang bersekutu dengannya dan menentang  Kerajaan yang tidak bersekutu dengannya. 

MICHELLE OBAMA PAKAI BAJU RM105

WASHINGTON: Michelle Obama, memeranjatkan dunia fesyen apabila hanya mengenakan gaun siap pakai berharga AS$34.95 (RM105) ketika ditemuramah televisyen kelmarin.

Wanita pertama Amerika Syarikat itu membincangkan pelbagai isu dalam rancangan Today kelolaan Matt Lauer, tetapi berita besar bagi dunia fesyen hanyalah gaun hitam berbintik putih yang dipakai Michelle.

Gaun itu bukanlah hasil kerja pereka fesyen ternama tetapi pakaian siap pakai yang boleh dibeli di H&M, rangkaian kedai runcit fesyen dari Sweden. Ia bukanlah kali pertama Michelle mengenakan pakaian siap pakai dari H&M. Pada 2008 ketika berkempen untuk suaminya, beliau membeli gaun berjalur dari H&M, memadankannya dengan tali pinggang hitam lebar ketika keluar berkempen bersama suaminya.

Gaun terbaru yang dipakai Michelle boleh didapati di mana-mana cawangan H&M.

(SUMBER)

Saya memang anti-Amerika kerana dasar luarnya yang memusuhi Islam. Juga kerana dasarnya yang menyokong dan membantu Yahudi. Namun, bila membaca berita ini hati saya merasa merasa kagum dengan Michelle Obama (Wanita Pertama)  Amerika. Meskipun beliau berada pada kedudukan yang tinggi,  hidup pula  di sisi manusia paling berkuasa di dunia, mampu untuk membeli pakaian yang berjenama mahal namun beliau hanya memakai sehelai gaun murah yang berharga RM105. Kalau diikutkan, memang tidak layak apatah lagi dengan statusnya  sebagai “First Lady”namun itulah hakikatnya. Imej memang perlu dijaga namun menjaga imej tidak perlu kepada pakaian jenama mahal atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Jenama yang murah dan ringkas lebih hampir kepada ciri-ciri kerendahan diri dan inilah yang dituntut oleh Islam. Pemimpin yang berjiwa rakyat. Tidak merasa segan dan malu untuk  tampil di hadapan khalayak dengan mengenakan gaun murah tersebut. Murahnya pakaian Michelle Obama mengalahkan pakaian  sesetengah rakyat Malaysia yang harganya sahaja mencecah ribuan ringgit.

Inilah yang patut dijadikan contoh ikutan dan teladan kepada umat Islam dalam mengatur urusan kehidupan. Hidup dengan sederhana, tidak boros, tidak berlebih-lebihan dalam berbelanja.

Saya teringat kepada kisah Khalifah Umar yang hidup serba zuhud dengan pakaian yang bertampal dan tidur berbumbungkan langit. Saya teringat kepada kisah seorang Gabenor di Kufah yang hidup dengan sehelai pakaian. Saya teringat dengan kisah seorang Gabenor yang paling miskin di antara rakyatnya. Saya teringat dengan kisah-kisah tokoh-tokoh Islam silam. Hidup dengan penuh kezuhudan namun berjaya memimpin dan merobah dunia.

Malangnya cerita-cerita ini hampir sukar sekali untuk ditemui di zaman sekarang. Tiada lagi pemimpin umat Islam yang mengamalkan cara hidup yang zuhud melainkan mereka hidup dengan limpahan kemewahan dan kemegahan.

Lihatlah saja kehidupan  Suzanne Mubarak dan Laila Abidin (mantan First Lady Mesir dan Tunisia). Kedua-dua mereka dikhabarkan suka bermewah-mewahan dengan barangan jenama mahal.  Malah boleh pula berbangga-bangga dan menunjuk-nunjuk kepada rakyat yang rata-ratanya hidup di bawah paras kemiskinan. Mereka langsung tidak menghiraukan kesusahan hidup rakyat kerana keutamaan mereka adalah menggunakan peluang yang ada untuk mengaut kekayaan negara sehingga mencecah billion dolar.

Saya benci dasar Amerika tetapi di suatu sudut yang ini  saya akui bahawa  Michelle Obama patut diberi pujian. 

Umat Islam harus hidup dengan sederhana. Umat Islam harus menanamkan sifat qana’ah atau seadanya.  Jika ini menjadi amalan, insyallah umat Islam dan negara akan selamat dan sejahtera.  

Berhentilah daripada berbangga-bangga dengan jenama. Hiduplah seadanya kerana yang akan dinilai di akhirat nanti bukan jenama yang kita pakai atau harga kasut mahal yang kita guna tetapi amalan dan keikhlasan yang lebih dinilai oleh Allah.

Sesungguhnya Allah murka kepada mereka yang berlebih-lebihan dan sukakan pembaziran.

AMERIKA MEMANG PATUT DIBENCI NAMUN MICHELLE OBAMA PATUT DITELADANI. ITULAH BEZANYA, ANTARA SEBUAH NEGARA DAN SIKAP SEORANG MANUSIA DI DALAM SEBUAH NEGARA YANG DIBENCI.

Abu Wafi, Putrajaya

Me and my Mentor

Posted: March 6, 2011 in Tribute, Uncategorized

Me and my Mentor Encik Khaled at HKL

Azlim Khan join me later 

Telling his past experience

2 days ago my ex-office mate Sister Syikin wrote on my wall (FB) that our former boss, En Khaled bin Noordin was  ill and ask if I could pay him a visit since she is  unable to do so. (Currently she is in Saudi Arabia following her husband for 3 years). I was quite stunned after reading her message. Suprisingly I get to know this news from someone outside Malaysia. I started making phone calls to few of my inner circle who use to work under the stewardship of En Khaled way back in 2005 till 2008.

Later I found out that En Khaled was admiited in Kuala Lumpur Hospital for having kidney failure and must undergo hemodialisis for the rest of his life. My fullest sympathy towards him.

On 5th March 2011 I went to HKL (Nefrology Ward) but was told that he was admitted at normal ward since his kidney is okay. What a relief…

If I can recall this is my second time I met him since his retirement. At the age of  59 he  look exhausted with a pale face. He greeted me and we have a conversation. His wife is the true companion who look after him since he was warded 3 weeks ago and now is already entering the 4thh week bedridden in the hospital. Luckily his family is all out for him and friends like us as well as former office mate came to visit and give moral support. Thanks to Allah he is recovering.

A few minutes later, my ex-office mate Azlim Khan join me at the ward. En Khaled got excited with our presence. He started to talk and ask many-many questions about current issues in office. He really miss us and both of us as well could not forget him especially our sweet memories in Pulau Tioman.

Personally I think he is one of the best superior I ever had. He taught me many lessons especially how to to become a good writer. His skills in writing is excellent and the languages he used is full of diplomacy and courteus. Sometime he used very long sentence but I found out that it is appealling to those who read it. Even Azlim also admitted that what En Khaled had taught him all these years  is very usefull and beneficial to him in the current post that he holds now.

Apart from that, he is very understanding boss. Never scolded us  eventhough I knew sometime he is in deep pressure. He always corrected our mistakes. Love his subordinates very much.

Undeniably he is my mentor and after his departure we all really missed him. He served this nation for more than 30 years. Thank you En Khaled. I pray to Allah that you will get well soon and I pray to Allah you will be able to perform hajj this year. May Allah reward you with what you have given and share with us.

Thank you my Mentor.

Just breathe @ bernafaslah

Posted: March 11, 2011 in Umum

Sudah lama saya jarang menonton filem atau drama apatah lagi drama Inggeris. Jarang sekali membeli CD walaupun ramai kawan-kawan saya tidak melepaskan peluang untuk menonton setiap kali ada filem baru yang keluar.Tetapi pada malam itu saya benar-benar keletihan setelah seharian bertungkus lumus bekerja. di pejabat. Hasrat sebenar cuma hendak mengikuti perkembangan terbaru di Timur Tengah tetapi saya tiba-tiba menjadi bosan melihat perkembangan di Libya yang tidak sudah-sudah. Menanti Gadaffi gila menyerah kalah terasa begitu lama dan sukar. Lalu tangan ini secara tidak sengaja menekan butang channel Diva 702.

Ada satu ‘heavy drama’ bertajuk “Just breathe” yang sedang ditayangkan. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Saya hanya ingin menonton sekejap kerana sinopsis drama ini kelihatan menarik. Namun akhirnya saya tertarik untuk terus menonton sehingga drama tersebut tamat dalam pukul 11.40 malam.

Kenapa saya tertarik?

Kerana “story line” atau jalan ceritanya yang mengggugah emosi saya untuk mengikutinya sehingga ke ‘ending part’. Tiada watak penjenayah, perogol, pembunuh, tiada babak kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian dan tiada adegan kekejaman dan orang jahat dalam drama ini. Semua sangkaan saya meleset kerana cerita ini banyak bermain dengan emosi penonton. Sudah tentu untuk membawa watak dalam drama ini adalah satu perkara yang paling sukar untuk dilakukan. Mimik muka dan emosi yang sebenar-benarnya perlu dipamerkan oleh pelakon-pelakon yang walaupun bukan dibintangi oleh pelakon popular namun mereka berjaya membawa watak dengan baik dan cukup berkesan. Sebuah drama berat yang sesuai untuk ditonton oleh sesiapa sahaja terutamanya oleh ibu bapa yang sedang membesarkan anak-anak.

Sebuah drama yang cukup menyentuh perasaan walaupun tidak dicalonkan untuk Grammy Award. Tiada kesan “science effect” yang hebat namun mampu mengajak penonton berfikir mengenai nilai sebuah kehidupan dan ke mana hala tuju kehidupan ini.

Drama ini mengisahkan seorang remaja perempuan bermasalah bernama Sydney. Kedua ibu bapanya berpisah ketika Sydney berumur 10 tahun.Sydney ditinggalkan bersama ibunya manakala bapanya membawa diri ke sebuah kawasan perkampungan di Minnesota. Akibat tekanan perasaan dan kurang perhatian Sydney menjadi liar. Suka mencuri, berpeleseran dengan teman lelaki yang bermasalah dan suka ke disko. Suatu hari Sdney dimasukkan ke hospital akibat keracunan alkohol kerana tabiat minum araknya yang tidak terkawal. Doktor terpaksa mengepam perutnya untuk mengeluarkan alkohol yang berlebihan. Bermula dari sini hidup Sydney mula berubah. Ibunya yang tertekan dengan sikapnya akhirnya membuat keputusan untuk menghantar Sydney tinggal bersama ayahnya Ben dan ibu tirinya yang sarat mengandung Emma di kampung buat sementara waktu.Ibunya berharap Sydney akan berubah jika tinggal bersama ayahnya  kerana dia sendiri tiada masa untuk memantau aktiviti Sydney.

Semasa berada di kampung ayahnya, hidup Sydney perlahan-lahan mula berubah. Kelakuannya yang kasar, degil dan liar akhirnya berjaya dilenturkan oleh ibu tirinya Emma yang bersabar melayani karenahnya. Sydney pernah lari dari rumah ayahnya tetapi mengubah fikiran bila bertemu dengan kawannya yang bernama Jess yang kematian ibunya akibat kanser. Perangai buruk Sydney ke atas Emma dan Ben dipaparkan sehingga membuatkan penonton seperti saya hampir kehilangan sabar. Emma seorang perempuan yang tabah melayani karenah anak tirinya hinggalah pada suatu hari Emma berjaya menyelamatkan Sydney yang ditinggalkan oleh kawan-kawannya di tepi jalan ketika pulang dari konsert. Dari situ, pandangan Sydney terhadap Emma berubah seratus peratus. Emma ternyata amat menyayangi malah lebih memahaminya melebihi kasih sayang yang ditunjukkan oleh kedua ibu bapanya.

Ibu bapa Sydney sering kali bergaduh setiap kali bertemu. Adegan pertengkaran cukup menarik dan kelihatan begitu ‘natural’ dan hidup sekali. Pertengkaran terakhir berlaku di hadapan Sydney dan Emma selepas upacara pengkebumian datuk Sydney. Mereka bergaduh atas perkara yang remeh temeh. Akhirnya Emma yang baik hati dan lemah lembut telah membuat satu cadangan yang menarik kepada 2 pasangan bekas suami isteri ini. Cadangan yang bagi saya pelik, mustahil tetapi satu lontaran yang bernas.

Emma menyatakan bahawa sekiranya upacara pengkebumian datuk Sydney boleh dilakukan dengan baik, penuh penghormatan, penuh dengan ucapan kata-kata indah mengenai mendiang dan diiringi dengan nyanyian dan okestra kenapa tidak diadakan satu upacara perceraian kedua ibu bapa Sydney. Kerana bagi Emma jika pengakhiran hidup manusia dihiasi dengan upacara yang indah dan manis untuk dikenang mengapa tidak perceraian juga diraikan dalam majlis yang indah. Baginya bukan perceraian itu yang ingin dikenang tetapi yang ingin dikenang adalah kedua pasangan tersebut pernah bertemu, bercinta, hidup bersama, mempunyai anak dan pernah melalui saat-saat manis bersama.

Walaupun sukar pada mulanya untuk mereka namun Emma akhirnya berjaya meyakinkan mereka kerana baginya Sydney berhak untuk melihat upacara tersebut.

Majlis perceraian yang serba ringkas dan gilang gemilang diadakan di hadapan tasik di belakang rumah ayah Sydney. Kedua pasangan memakai pakaian yang cantik dan mereka menghadap satu sama lain sambil memegang tangan dan melafazkan kata-kata indah mengenai pasangan masing-masing. Upacara ini mengambil masa 5 minit, disaksikan oleh Sydney dan Emma sehingga menitiskan air mata kerana kata-kata mereka yang dilafazkan kelihatannya sangat jujur dan ikhlas.

Itulah pengakhiran drama Just Breathe ini dan saya cukup berpuas hati dengan ending part ini. Puas hati kerana jiwa terisi dengan satu pengisian yang membuatkan saya terfikir. Mesejnya bersahaja tetapi cukup berat. Ada sesuatu yang saya belajar iaitu :-

1. Aspek pendidikan anak-anak – tidak boleh terlalu keras dalam mendidik anak-anak yang memerlukan perhatian  dan kasih sayang;

2.  Aspek psikologi dalam mendidik anak- Sikap yang ditonjolkan oleh Emma (ibu tiri) Sydney perlu dicontohi oleh sesiapa sahaja. Kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik serta kaedah diplomasi yang digunakan oleh Emma cukup baik untuk diamalkan. Emma tidak bersetuju dengan pendekatan Ben dan bekas isterinya yang terlalu keras dan kerap kali menyalahkan anak mereka sedangkan pada Emma kelakuan Sydney yang liar bukan berpunca dari sikap degil Sydney tetapi kesalahan itu berpunca daripada kedua ibu bapa Sydney;

3.  Menilai kembali sikap ibu bapa dan bagaimana kita melayan kehendak anak-anak di rumah;

4.  Ketegasan perlu bertempat, kelembutan biar berbatas;

5. Kepercayaan kepada anak-anak perlu diberikan dan dalam masa yang sama peringatan perlu diberikan kepada mereka agar tidak terbabas;

6. Perlunya kebebasan yang terkawal kepada anak-anak; dan

7. Sabar dalam mendidik anak-anak.

Watak Emma benar-benar menyedarkan saya bahawa betapa kurangnya ilmu psikologi dalam mendidik anak-anak, Masih terlalu banyak yang perlu dipelajari. Mendidik anak untuk menjadi insan yang baik, berguna untuk masyarakat apatah lagi soleh dan solehah tidak sama seperti membesarkan anak-anak dengan memberi makan minum, pakaian, pelajaran dan tempat berteduh. Mendidik anak memerlukan kesabaran yang tuntas dan tentunya ianya sukar.

Sehingga kini saya masih berfikir dan terus berfikir untuk mencari jalan terbaik dalam mendidik anak-anak. Perjalanan saya masih jauh dan cabaran yang menanti di hadapan kelihatan sungguh payah sekali, dengan usaha dan bantuan doa mudah-mudahan misi ini berjaya.

Saya tidak dapat mengagak kenapa “Just Breathe” dipilih menjadi judul filem ini. Mungkin pembaca boleh membantu saya. Mungkin juga kerana hidup ini perlu bernafas dalam apa jua keadaan sekali pun. Susah dan senang, miskin dan kaya semua perlu bernafas dan terus bernafas menghirup udara yang dianugerahkan oleh Allah sehingga ke detik terakhir. Bernafas dan menghadapi apa sahaja tanpa resah, tanpa lelah.

Abu Wafi, Putrajaya

Kata-kata Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi semasa mensyarahkan kitab Sairus Salikin:-

Manusia itu anak lingkungannya” bermaksud bahawa manusia itu terdidik atau terdorong dengan suasana persekitarannya. Jika lingkungannya baik, maka baiklah manusia itu. Jika lingkungannya buruk atau jahat maka jahatlah manusia itu.”

Tambahnya lagi, orang dahulu kala kalau hendak mencari rumah dan mendirikan keluarga akan mencari tempat yang baik-baik. Tempat yang baik-baik adalah tempat yang ada di dalamnya orang alim atau guru murshid. Ada masjid, ada surau atau ada tempat pengajian seperti pondok yang boleh membimbing manusia menjadi baik. Bukan seperti sesetengah orang zaman kini, kalau mencari rumah mesti cari yang berdekatan dengan pasaraya besar agar mudah untuk mendapatkan barang keperluan tanpa menghiraukan kawasan perumahan tersebut jauh dari masjid.

Keperluan fizikal dan jasad diutamakan sebaliknya keperluan rohani dipinggirkan.

Pesannya lagi seafdhal-afdhalnya carilah tempat tinggal yang ramai umat Islam (kalau ada yang soleh lagi baik), atau yang berhampiran dengan masjid mudah-mudahan hati akan tertarik ke arah kebaikan.

Bila suasana persekitarannya baik, masyarakatnya baik maka insyallah manusia yang memilih untuk hidup di situ juga akan menjadi baik walaupun tidak keseluruhannya. Malahan seluruh keluarganya juga akan menjadi baik. Lebih baik lagi jika kawasan tersebut mempunyai alim ulama yang gigih mengajar ilmu dan berdakwah kepada penduduk setempat. Berdakwah untuk mendidik hati manusia dalam lingkungannya. Berdakwah dengan ikhlas di hati.

Saya merenung jauh kata-katanya. Memang ada kebenarannya walaupun manusia itu tidak semestinya 100% terdidik dengan lingkungannya tetapi sekurang-kurangnya dia mendapat faedah daripada lingkungannya.

Saya teringat kepada sejarah para sahabat yang dikenali sebagai “Ahli Suffah“. Mereka ini adalah golongan sahabat yang datang jauh dari luar Madinah dan memilih untuk tinggal berhampiran dengan Masjid Nabawi. Mereka hidup dalam serba kekurangan dan kedhaifan kerana bagi mereka yang penting adalah mereka dapat duduk hampir dengan junjungan besar Rasulullah saw dan mengambil ilmu daripadanya. Mereka mahu Rasulullah saw membimbing dan mendidik mereka. Mereka mahu Rasulullah saw memperbetulkan mereka jika mereka melakukan kesilapan dan dosa. Mereka mahu hidup hampir dengan Rasulullah saw kerana baginda adalah guru murshid yang manfaatnya cukup besar. Itulah pertimbangan mereka dan bukannya makan minum, rumah besar, kenderaan mewah yang menjadi pertimbangan mereka. Makan dan minum mereka seadanya. Pakaian mereka sekadarnya kerana yang penting  bagi mereka adalah Rasulullah saw berada hampir dengan mereka.

Pernah diriwayatkan bahawa ketika solat berjemaah yang diimamkan oleh Rasululah saw, ada jemaah  dari kalangan ahli suffah ini pengsan kerana kelaparan. Susahnya mereka daripada harta kekayaan dunia namun hati mereka hidup, bersih, ikhlas, tawadhuk dan patuh kepada perintah Allah dan RasulNya. Gigihnya mereka sehingga ada pendapat menyatakan bahawa perkataan “tasawuf” berasal dari “Ahli Suffah” ini.

Perbuatan dan perlakuan ahli suffah ini seterusnya menjadi contoh ikutan generasi selepasnya. Hatta jika dikaji sejarah alim ulama di Tanah Melayu, ramai  yang menjadi ulama besar bila berhijrah ke perkampungan yang mempunyai guru atau orang alim bagi membimbing mereka ke jalan yang benar. Itulah sesuatu yang kita hilang pada hari ini. Memilih rumah jarang sekali masjid atau surau yang menjadi pertimbangan tetapi pasaraya besar atau kemudahan membeli belah yang menjadi keutamaan.

Sekurang-kurangnya bila adanya masjid atau surau berdekatan adalah bunyi laungan azan yang masuk ke telinga kita setiap hari. Sekurang-kurangnya bila ada masjid dan surau maka adalah majlis pengajian ilmu yang boleh kita ikuti. Sekurang-kurangnya bila ada alim ulama berhampiran dengan tempat tinggal kita dapatlah kita mengambil manfaat dan barakah daripadanya.

 Mudah-mudahan kita akan sentiasa dipesan-pesan dan diberi ingat-ingatan oleh alim ulama yang berhampiran kita.

Sekurang-kurangnya kita berada dalam lingkungan yang baik. Lingkungan yang baik insyallah akan mendorong kita mendapat kedudukan yang baik di akhirat kelak.

 Amin.

Abu Wafi, Putrajaya

“Sesungguhnya kala jengking tidak akan menyengat kecuali pada masa tertentu. Ular juga tidak akan mematuk kecuali kerana sebab-sebab tertentu. Binatang buas tidak akan menyerang kecuali kerana keperluan tertentu yang mendesaknya untuk menyerang. Tetapi kenapa kita melihat manusia sanggup menyakiti manusia lain pada waktu pagi dan petang sama ada bersebab atau tanpa sebab, bahkan mereka begitu ghairah melakukannya.

Sesungguhnya manusia apabila tidak ada keimanan, maka dia akan menjadi lebih jahat dari binatang buas kerana binatang buas tidak mencari mangsanya kecuali jika ia lapar. Apabila sudah mendapat mangsa, ia tidak akan mencari mangsa yang lain sehingga ia lapar kembali. Tetapi manusia jika tidak beriman tidak akan merasa kenyang dengan satu atau dua orang mangsa. Dia mungkin membunuh ribuan manusia, bahkan jutaan manusia lain tanpa merasa kenyang. Sikap mereka sama seperti malaikat di neraka jahannam sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah swt bahawa malaikat ini apabila ditanya kepada mereka : “Adakah sudah penuh? Maka jawab malaikat itu: ” Masih ada lagikah (yang ingin dimasukkan ke dalam neraka?)”

Dr.Yusuf Al-Qaradhawi

Tiba-tiba saya merasa jelek dengan sikap manusia di akhir zaman ini. Entah apa yang ingin mereka cari. Menekuni kata-kata ulama terkenal Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam bukunya ” Aku dan Ikhwanul Muslimin” menyentak diri untuk membandingkan situasi yang digambarkan oleh beliau dengan situasi yang berlaku kepada umat Islam pada masa kini. Akhlak yang dipertontonkan oleh pemimpin-pemimpin negara umat Islam di Timur Tengah sungguh mengecewakan diri ini. Selama beberapa minggu ini saya menahan diri dari menulis sesuatu mengenai perkembangan politik di Timur Tengah. Selepas Mesir menyusul Libya yang belum sudah dan kini berjangkit ke Yaman, Bahrain, Arab Saudi dan tidak ketinggalan Syria.

Kemudian datang kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun sehingga menenggelamkan berita mengenai kebangkitan rakyat di Timur Tengah buat seketika dan kini selepas  tentera bersekutu menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya, berita di Timur Tengah kembali panas.

Saya menentang campur tangan US, Peranchis dan Britain di Libya kerana campur tangan mereka mempunyai maksud tertentu. Namun saya juga membenci Gaddafi yang tidak mahu turun takhta. Berbanding Hosni Mubarak yang akhirnya akur dengan kehendak rakyat, Gaddafi  sebaliknya memilih untuk memerangi rakyatnya sendiri.

Tidak masuk akal bagaimana seorang ketua negara boleh tergamak untuk mengebom dan membunuh rakyatnya sendiri melainkan yang boleh saya katakan Gaddafi sebenarnya seorang yang tiada iman kerana hanya orang yang tiada iman sahaja yang boleh berbuat demikian. Jika tidak kerana serangan udara tentera bersekutu ke atas kelengkapan tentera udara Gadafi, sudah pasti Benghazi akan jatuh ke tangan tentera Gaddafi. Mereka meramalkan bahawa jika ini berlaku tidak kurang 40 ribu penduduk Benghazi akan menjadi korban.

Turunlah wahai Gaddafi

Cakapnya pelik, ucapannya pelik dan lagaknya pelik. Berucap sambil memegang payung di dalam kereta adalah tindakan manusia yang tidak waras. Maafkan saya kerana berkata demikian tetapi inilah hakikatnya.

Membunuh dan menyembelih rakyat sendiri kerana hendak mempertahan kuasa yang telah dipegang selama 41 tahun adalah sesuatu yang tidak wajar. Itulah buasnya manusia yang langsung tidak merasa bersalah untuk membunuh walaupun yang dibunuh itu rakyatnya sendiri yang tidak berdosa.

Begitu juga dengan perkembangan terkini krisis politik di Yaman. Presiden Ali Abdullah Salleh  yang telah berkuasa selama 30 tahun masih berdolak dalik untuk berundur walaupun ramai yang memintanya agar berundur segera. Semakin ramai jiwa rakyat Yaman yang melayang akibat kebuasannya mahu kekal berkuasa.

Turunlah wahai Ali Abdullah Salleh

Cukuplah dengan mandat selama 41 tahun dan 30 tahun. Kepimpinan adalah satu amanah dan bukannya harta ghanimah yang boleh dibolot sesuka hati. Hentikanlah pembunuhan rakyat yang tidak berdosa kerana mereka hanya sekadar menuntut hak mereka. Tidak jemukah kalian dengan pembunuhan nyawa rakyatmu sendiri? Tidak takutkah kalian bila di mahsyar nanti kalian akan dipersoalkan dengan tangan kalian yang berlumuran dengan darah rakyat sendiri.

KEBUASAN FITNAH

Jika tiada senjata digunakan pun maka lisan akan menjadi senjata yang ampuh untuk melemah dan menjatuhkan musuh. Menyebarkan cerita-cerita fitnah tanpa disertai dengan bukti yang didasari oleh syariah juga satu bentuk kebuasan manusia sejak zaman berzaman. Cuma di zaman serba canggih ini fitnah disebarkan dalam pelbagai bentuk bentuk baru yang sifatnya kekal seperti SMS, emel, blog dan facebook yang boleh dibaca sampai bila-bila walaupun si penyebarnya telah meninggal dunia. Fitnah tidak lagi dalam bentuk konvensional sebaliknya menjangkaui luar batasan. Sesungguhnya menuduh jiwa yang baik tanpa disertai dengan bukti yang kukuh boleh menjerumuskan manusia penyebar fitnah ke dalam jenayah qazaf. Jika tiada hukuman dunia yang menanti mereka, maka api neraka yang menyala-nyala menanti untuk membakar pesalah qazaf.

Senjata api membunuh jasad manusia tetapi senjata fitnah membunuh jiwa manusia sehingga menjatuhkan maruah manusia itu  ke tahap yang paling rendah.

” Sesungguhnya jenayah fitnah itu lebih dasyat dari dosa membunuh” (Al-Baqarah: 191)

Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)

Saya mengurut dada dan sesekali merasa rimas dengan perkembangan semasa umat Islam di luar dan dalam negara. Jasad dan jiwa sama-sama dibunuh oleh manusia-manusia yang buasnya mengalahkan ular, harimau dan kala jengking.

Moga-moga kita selamat dari mereka. Moga-moga kita selamat dari peluru fitnah kerana ia adalah bentuk ujian yang menyesakkan.

Teringat saya pada Surah Al-Falaq yang dibaca setiap kali sebelum tidur bersama 2 surah yang lain.

Ya Allah aku memohon berlindung dari kejahatan manusia”

Amin.

Abu Wafi, Putrajaya

 

Entry ke-200 : 20 Oktober 1947

Posted: April 1, 2011 in Umum

Baru-baru ini saya dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pegawai-pegawai baru di Bagan Lalang, Sepang. Tajuk yang diberi kepada saya ialah “Sejarah Penubuhan Malaysia“. Masuk kali ini telah 2 kali saya dijemput menyampaikan ceramah atas tajuk yang sama. 2 jam saya bersama peserta berkongsi pengkisahan sejarah Malaysia bermula dari zaman kegemilangan Melaka sehinggalah pembentukan negara Malaysia. 98% peserta terdiri daripada mereka yang lahir selepas tahun 1980-an, muda dan bertenaga. Generasi Y yang didakwa sebagai kurang memahami sejarah kerana mereka lebih obses dengan facebook, Twitter dan blog sosial. Saya diberi beberapa tajuk oleh pihak urusetia untuk dipilih yang mana satu menjadi kesukaan saya. Dalam banyak-banyak tajuk sejarah adalah antara subjek kegemaran saya walaupun bukan sejarah malaysia yang saya minati. Saya lebih meminati sejarah negara luar seperti sejarah Islam di benua India ataus sejarah Islam di Sepanyol. Manakala untuk sejarah merdeka moden, saya lebih meminati sejarah revolusi kemerdekaan di Indonesia, Indocina, dan Filipina. Saya menjangkakan bahawa penceritaan sejarah Malaysia akan menjadi hambar kerana majoriti peserta pernah didedahkan dengan buku-buku teks sejarah tingkatan 3 atau tingkatan 5. 

Saya mula mencongak bagaimana untuk memastikan penyampaian saya kelak tidak membosankan pendengar. Apa yang perlu ditekankan selain daripada perjalanan sejarah negara ini yang begitu perlahan sehingga membentuk sebuah negara bangsa bernama Malaysia pada hari ini. Subjek sejarah bukannya subjek yang popular di kalangan generasi muda kini, mungkin kerana terlalu banyak tarikh dan fakta yang perlu diingati berbanding subjek sains yang lebih menjurus kepada ‘result oriented’.

‘Slide presentation” telah saya sediakan dengan mengambil input dari penceramah sebelum ini. Ada banyak gambar dan melebihi 100 slide yang saya kira sudah cukup menarik namun saya masih belum berpuas hati kerana masih ada sentuhan yang masih perlu diperbaiki. 

Tiba-tiba saya teringat kepada saranan seorang kawan saya 2 tahun lalu supaya menonton sebuah dokumentari pendek bertajuk “10 Tahun Sebelum Merdeka” karya Fahmi Reza seorang anak muda yang menghabiskan masa bertahun-tahun untuk melakukan ‘research’ dan temuramah bagi menghasilkan filem dokumentari pendek ini. Filem ini agak kontras berbanding dengan apa yang ditulis di dalam buku-buku sejarah Malaysia. Dokumentari ini dilihat lebih menghargai  perjuangan dan sumbangan golongan sayap kiri seperti API, AWAS, GERAM, MDU dan PUTERA-AMCJA. Hala tuju utama dokumentari ini ialah untuk membawa penonton mengingati tarikh 20 Oktober 1947 sebagai antara tarikh penting selain  daripada tarikh 31 Ogos 1957.

20.10.1947 dan signifikannya kepada negara.

Saya pun menonton kembali filem dokumentari pendek selama 30 minit dan membuat analisa. Lantas saya memutuskan untuk menayangkan filem dokumentari ini di dalam ceramah saya kelak kerana didapati sesuai dan boleh memberikan paradigma baru serta kesedaran kepada mereka mengenai sejarah negara ini.

 20.10.1947 adalah Hari Hartal di seluruh Malaya. Hartal adalah hari mogok umum di mana semua kedai,perusahaan, kilang dan perkhidmatan berhenti beroperasi selama 1 hari. Nelayan, buruh, pekerja am semuanya berhenti bekerja pada hari tersebut. Kesannya cukup besar kepada ekonomi negara. Ekonomi Malaya pada masa itu yang bergantung kepada sumber mineral seperti bijih timah dan sektor perladangan hampir lumpuh. Mogok umum sehari menyebabkan negara Great Britain mengalami kerugian berjuta-juta paun pada hari tersebut. 

Ekoran peristiwa pada 20.10.1947 itu, British mengisytiharkan ‘darurat’ pada tahun 1948. Darurat diisytiharkan kerana didakwa berlakunya kebangkitan komunis walhal impak terbesar yang mewajarkan pengisytiharan darurat ialah kekhuatiran British akan wujudnya mogok umum yang seterusnya.

20 October 1947  adalah tarikh bersejarah di mana seluruh rakyat Malaya tanpa mengira latar belakang kaum, bangsa agama dan keturunan bangkit menentang kolonialisme British dan cadangan pembentukan perlembagaan 1948 yang digubal oleh pihak British. Filem dokumentari pendek ini boleh membuka mata sesiapa yang menontonnya bahawa Malaya suatu ketika dahulu pernah melalui proses kematangan yang bersifat ‘revolusi’. Proses yang menyebabkan British menjadi gelabah dan hampir saja boleh menyebabkan Malaya merdeka 10 tahun lebih awal jika British akur dengan tuntutan rakyat pada masa itu.

Peristiwa Hartal 20.10.1947 meninggalkan kesan politik yang cukup besar kepada rakyat Malaya pada ketika itu. Sebanyak 10 ribu rakyat termasuk pemimpin-pemimpin politik dan kesatuan sekerja seperti Dr.Burhanuddin dan Ahmad Bostamam ditahan dan merengkok bertahun-tahun di dalam penjara. British mengekang kemaraan dan kebangkitan rakyat dengan melakukan banyak penahanan sehingga berjaya membantutkan kebangkitan rakyat.

10 tahun selepas itu, barulah Malaya merdeka. Satu proses yang sengaja dilewatkan oleh British.

Andai kata jika Malaya merdeka 10 tahun lebih awal, tentunya senario politik negara pada hari ini berbeza sama sekali. Sudah tentu parti politik lain yang memerintah. sudah tentunya perlembagaan negara ini juga dalam bentuk yang berbeza dengan apa yang kita ada pada hari ini.

FILEM DOKUMENTARI  http://vimeo.com/344899 

Saya tertarik dengan “finding” yang dibuat oleh pembikin filem ini. Beliau berjaya mengetengahkan perbezaan antara Perlembagaan British 1948 dengan Perlembagaan Rakyat yang digubal oleh AMCJA-PUTERA ini.Terima kasih Saudara Fahmi Reza kerana hasil penyelidikan yang membuka minda .

Sesuatu yang saya kira cukup mengkagumkan bahawa pada tahun 1947 dan 1948, AMCJA-PUTERA berjaya menangkis Perlembagaan 1948 British dengan menggubal Perlembagaan sendiri untuk rakyat Malaya. Malahan mereka telah menghantar rombongan ke London untuk menemui Kerajaan British dan Parlimen British untuk mengemukakan cadangan perlembagaan tersebut. Sesuatu yang kita semua tidak tahu.

Mengikut perlembagaan tersebut, Malaya akan merdeka manakala mengikut Perlembagaan 1948 yang digubal British Malaya akan kekal sebagai sebahagian daripada koloni British sehingga benar-benar bersedia untuk diberikan kemerdekaan.

Pada 19 Mac 2011, saya menyampaikan ceramah berkenaan dan di pertengahan slot ceramah, saya menayangkan filem dokumentari ini. Usai ceramah saya bertanya kepada beberapa peserta untuk mendapatkan ‘feedback’. Ternyata ramai yang tidak tahu menahu malah tidak pernah langsung mendengar perkataan “Hartal” dan signifikan 20.10.1947 kepada Malaya.

Pencarian dalam buku sejarah Malaysia tidak langsung menemukan peristiwa ini melainkan peristiwa Malayan Union dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.  Kenapa dan mengapa ini dipadamkan? Saya tiada jawapannya melainkan saya teringat kepada satu ‘quotation’  oleh Alex Haley  ”History is written by the winners”.

20.10.1947 sama pentingnya dengan peristiwa 31.8.1957 dan 16.9.1963. Tiada bezanya antara ketiga-tiga tarikh penting ini.

Saya berharap bahawa suatu hari nanti akan ada usaha dibuat untuk menulis mengenai peristiwa Hartal ini biar pun hanya satu bab kecil mengenai peristiwa ini dan kesan-kesannya kepada negara. Bukanlah menjadi hasrat saya untuk mengubah sejarah yang telah ditulis melainkan satu pengharapan agar peristiwa ini dan implikasinya juga diberi fokus utama dalam pembentukan generasi akan datang.

Sekurang-kurangnya generasi Y akan tahu bahawa sebenarnya sejarah negara ini tidak membosankan!!!!

Abu Wafi, Kuala Lumpur

Tarikh :  27 Mac 2011 (Sabtu)

Ahad:  Selepas Isyak

Lokasi: Masjid Sultan Sallahuddin, Masjid Negeri Shah Alam

Sabtu lepas saya berada di Masjid Negeri, Shah Alam untuk mendengar tausiyah yang disampaikan oleh ulama terkenal dari Indonesia, Habib Munzir Fuad Al-Musawa. Beliau adalah anak murid kepada Habib Umar ulama besar dari Yemen yang pernah mengunjungi Malaysia baru-baru ini. Beliau adalah ulama yang mengasaskan apa yang dipanggil sebagai “Majelis Rasulullah” di negara kelahiran beliau sehingga berjaya menarik ribuan malahan jutaan umat untuk mengikuti majlis mengingati baginda Rasulullah saw. Boleh dikatakan setiap daerah yang dikunjungi oleh beliau akan mengadakan majlis zikir maulid untuk memperingati Rasulullah saw. Pendekatan beliau dilakukan kerana umat sekarang terlalu jauh dari mengingati Rasulullah saw apatah lagi mengikuti sunnah atau cara hidup baginda. Selain itu, beliau juga giat berdakwah ke seluruh pelosok pulau Jawa sehingga ke kawasan pedalaman untuk mengajak manusia kembali semula ke jalan Allah.

Alhamdulillah,walaupun kita tiada kesempatan untuk menatap wajah Rasulullah saw secara zahirnya, melihat susuk tubuhnya secara lahir, mendengar nasihatnya secara langsung apatah lagi menyentuh dan mengucup tangan mulia baginda namun  Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang masih menganugerahkan nikmat kepada kita untuk berada di dalam  Majlis Zikir dan Majlis Berselawat. Sekurang-kurangnya dengan adanya majlis seperti ini jiwa kita tidak akan gersang kerana sering disirami  dengan rahmat dari Allah berkat ingatan kita kepada baginda Rasulullah saw.

Memandangkan beliau baru sahaja tiba dari Jakarta dan masih keletihan, Habib Munzir hanya menyampaikan tausiyahnya selama 30 minit. Antara tausiyah beliau yang saya masih saya ingati ialah kisah kewafatan Rasulullah saw yang tidak sempat disaksikan oleh Muaz bin Jabal. Penceritaan beliau cukup menyentuh perasaan. Seorang jemaah di tepi saya menangis bila mendengar tausiyah ini. Berkata Ummul Mukminin Saidatina A’isyah r.a kepada Muaz bin Jabal bahawa jika Muaz berada di sisi baginda tentunya Muaz tidak sanggup untuk menatap saat-saat sakratul maut baginda. Wajah baginda sekejap merah sekejap pucat dek sakitnya dan mabuknya kesakitan sakratulmaut yang dipinta sendiri oleh baginda untuk merasainya bagi meringankan beban yang akan ditanggung oleh umatnya.

Justeru,Habib Munzir meminta semua jemaah supaya sentiasa mengingati baginda dan jasa-jasa baginda kepada kita.

Diberikan segala kunci di dunia ditangan Rasulullah s.a.w..jgn ditunggu lagi cintailah kamu akan Rasulullah s.a.w…jadikan dia itu akan idola, mentor kamu…

Antara majlis zikir dan maulid yang dianjurkan

Mengingati Rasulullah saw dengan banyak berselawat dan mengikuti sunnah baginda adalah kunci kebahagiaan dunia dan akhirat.

“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu,sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin”.                

 Surah At-Tawbah: 128

Abu Wafi, Shah Alam

Putrajaya Berselawat

Posted: April 21, 2011 in Kuliah Ilmu

9 April 2011 saya berkesempatan menghadiri majlis Maulid dan Haul Syeikh Abdul Qader Al-Jailani di Masjid Besi, Putrajaya. Majlis bermula seawal jam 5 petang dan berakhir jam 9.30 malam. Dihadiri oleh ribuan jemaah sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tidak ketinggalan saudara-saudara kita dari negara jiran Singapura yang hadir bersama 9 buah bas dan kenderaan persendirian.Majlis dimulakan dengan ceramah demi ceramah dan selawat demi selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw sehinggalah tibanya waktu solat maghrib. Usai solat, mendengar ucapan tetamu kehormat iaitu Tun Abdullah, mantan Perdana Menteri Malaysia.

Ketua Pengarah  JAKIM

Tun Abdullah sedang berucap

Maulana Syeikh Afeefuddin

Buku Maulid Dibaie yang diedar secara percuma

Bacaan Maulid Dibaie secara beramai-ramai

Pengisian yang sungguh bermakna. Terasa syahdu dapat hadir ke majlis memperingati baginda Rasulullah saw dan mendengar tausiyah-tausiyah dan nasihat agama yang melembutkan hati.

Abu Wafi, Putrajaya 

Its May already

Posted: May 18, 2011 in Umum


Its already May and I suddenly realised that I had no current posting for my May edition. Something big things happened in my life. For the past 2 week I’m fully occupied with work. I’m still adjusting myself with my new work place. Still understudy what is going on around me and hopefully I can fully understood the nature and job scope the fastest.

This remind me of a piece of tree which emplaced in a new soil. I realized that a few of my leaves started to fall down onto the ground and a new leaves have yet to grow. If everything goes well, a new branches of tree will quickly grow up and this means that the tree is now comfortable with the new soil. In short, I’m still in the process of adapting with the new environment and hopefully this wont take long time.

The process is called “adaptation”. A lot of readings, understanding and reseaching have to be done or otherwise I would be left behind.

Insyallah, a new ‘meaty’ post will come in a few days time.

Thanks to Allah The Almighty. I’m still alive and kicking.

Abu Wafi, Putrajaya 

(Photo: Ishafizan Ishak)