Pemergian yang dirasai

Published January 15, 2011 by Menikmati Takdir Langit

Salam, dukacita dimaklumkan bahawa bekas Pengetua SMS Muar, Y.Bhg. Dato Yaakop Ederis telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di Bukit Putus, Negeri Sembilan, jam 1.00 pagi.(14 Januari 2011) Isteri dan anaknya parah dan kini sedang dirawat di hospital Seremban. Jenazah arwah akan dikebumikan di Seremban petang ini. Al-fatihah.

Tengahari semalam saya menerima sms di atas. Sms yang menyebabkan saya “speechless” seketika memikirkan berita yang saya terima dari sahabat saya saudara Mazlan. Mulut terkunci tidak terkata. Hati tiba-tiba merasa sebak dan sedih. Kenangan demi kenangan bersama arwah dalam tahun 1991/1992 di SMS Muar lantas terbayang-bayang di ruang mata. Saya bungkam mengenangkan saat-saat bersama arwah Cikgu Yaakop. Walaupun di akhir kariernya beliau menjawat jawatan yang tinggi sebagai Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan gelaran Dato’, namun saya lebih suka memanggilnya dengan gelaran yang kami beri kepada beliau iaitu Cikgu Yaakop kerana lebih mesra dan ikhlas.

Kali terakhir saya berjumpa arwah ialah pada tahun 2003 di sebuah hotel di Kuala Lumpur ketika meraikan majlis reunion pelajar-pelajar Kolej Tingkatan 6 SMS Muar. Setelah 7 tahun berlalu, kami bercadang untuk mengadakan majlis kedua dengan menjemput mantan guru-guru dan arwah sekali, namun takdir menentukan bahawa rupa-rupanya itulah pertemuan pertama dan terakhir kami dengan arwah.

Arwah seorang guru yang berdisiplin dan tegas. Tidak banyak bercakap namun saya cukup sukakan ucapan beliau setiap kali perhimpunan sekolah. Ucapannya ringkas tetapi padat dan membangkit semangat untuk belajar dengan rajin. Seorang yang warak dan mementingkan agama. Saya masih ingat pada beliau yang sering datang mengejutkan kami agar bangun solat subuh berjemaah di surau dengan diimamkan oleh beliau. Sungguh manis kenangan tersebut dan tidakkan terlupakan.

Arwah berjaya membawa sekolah kami menjadi sekolah terunggul  di Malaysia dalam pencapaian SPM 1992. Begitu juga dengan pencapaian STPM tahun 1992, arwah berjaya mencipta sejarah sebagai antara pencapaian terbaik di dalam negara. Malahan saya sendiri harus berterima kasih kepada beliau kerana saya antara pelajar yang dipilih untuk menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah kerana pencapaian cemerlang dalam STPM 1992.

Kerana beliaulah kami semua berjaya pada hari ini. Kerana tiupan nasihat dan kata-kata arwahlah kami berjaya menjadi manusia yang berguna pada hari ini.

Terima kasih Cikgu Yaakob. Budimu pada diriku dan pada rakan-rakan yang lain tak terbalas. Moga-moga engkau tenang di sana dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh. Moga-moga ilmu yang engkau curahkan kepada kami akan membantumu di sana selagi kami istiqamah mengamalkan nasihat dan ajaranmu.

Saya mengangkat tangan dan berdoa semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa beliau dan saya secara peribadi memaafkan semua kesalahan yang mungkin pernah dilakukan terhadap diri saya. Sebak dan hampir saja menitiskan air mata bila mengenangkan budi yang beliau curah kepada kami.

Cikgu… maafkan saya atas kenakalan dan kedegilan saya.

Al-Fatihah.

[Pic Arwah 3 dari kiri]

2 comments on “Pemergian yang dirasai

  • Salam wbt,
    Saya yakin berita kemalangan ni sgt mengejutkan semua bekas pelajar yang pernah dididik oleh Allahyarham. Kehilangan Allahyarham memang akan dirasai. Beliau memang rapat dengan para pelajar. Semoga ahli keluarga lain yang terlibat dpt diselamatkan & pulih sepenuhnya.

    • salam wbt..
      Al-Fatihah untuk arwah….memang terasa kehilangannya walaupun sudah 7 thn arwah meninggalkan Lembaga Peperiksaan selepas bersara, terlalu banyak budi, kata2 semangat kpd kakitangannya..

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: