Muar yang kutinggalkan 2

Kami bergerak perlahan-lahan meninggalkan daerah yang dicintai ini. Perlahan-lahan kenderaan kami meninggalkan Bandar Maharani menyeberangi jambatan Sg.Muar bergerak menuju ke Tanjung Agas. Akhirnya, kami sampai 5 minit ke Sekolah Menengah Sains Muar. Saya memberanikan diri meminta kebenaran dari ‘guard house’ untuk masuk sekejap dan mengambil gambar. Mengetahui saya adalah mantan pelajar sekolah ini dengan besar hati beliau membenarkan. Maka dapatlah saya masuk ke dalam kawasan sekolah meninjau-ninjau tempat bermain dan berjalan kaki.

Segalanya masih utuh tersergam seperti 16 tahun yang lalu. Cuma bangunannya sedikit dimamah usia. Dewan makan, asrama, kelas, dewan besar, kolam ikan, bangunan koperasi,gymnasium dan astaka masih kekal seperti dulu cuma warna cat yang berbeza. Saya lebih sukakan warna cat yang dulu iaitu putih dan biru muda berbanding warna oren yang nampak terlalu garang.

Dewan makan masih seperti dulu

Dewan makan masih seperti dulu

 Tempat pertama saya pergi ke dewan makan. Tiada perubahan. Still remain intact.

Blok asrama Budiman jadi kediaman saya

Blok asrama Budiman jadi kediaman saya

Destinasi kedua ialah asrama penginapan saya dulu [1991-1992] Blok Budiman mengikut warna rumah sukan. Sedikit kecewa kerana sudah bertukar jadi asrama puteri manakala asrama puteri yang dulu ditukar jadi asrama putera. Mungkin sebab pelajar perempuan lebih ramai pada masa sekarang berbanding dahulu.

Asrama putera kini

Asrama putera kini

Destinasi ketiga bangunan koop. Saya salah seorang ahli lembaga pengarah. Selalunya saya jadi jurujual untuk kawan-kawan.

Tempat saya menjual

Tempat saya menjual

Destinasi ke-4, dewan besar sekolah. Masih terngiang-ngiang ucapan Y.Bhg. Dato’ Yaakop Ederis mantan Pengetua kami ketika itu. Dengan moto Dipimpin untuk Memimpin menjadi tema sekolah ketika itu.
Dewan besar sekolah

Dewan besar sekolah

Seterusnya, tempat paling bersejarah iaitu tangga melaka. Dahulu, di sini selalu dijadikan Sudut Pidato setiap hari khamis. Saya pernah berpidato di sini. Di sini tempat meluahkan perasaan. Malahan saya pernah mengkritik pihak sekolah di sini. Begitu vokalnya saya. Akibatnya, saya dimarahi rakan-rakan. Terkenang semasa dulu.

Sudut Pidato-kelas saya tingkat 2 bersebelahan tangga

Sudut Pidato-kelas saya tingkat 2 bersebelahan tangga

 Yang lain-lain saya rakamkan di sini untuk tatapan.

bangunan pentadbiran

bangunan pentadbiran

Logo sekolah masih seperti dulu

Logo sekolah masih seperti dulu

Seterusnya dan seterusnya boleh lihat sendiri.

Pandangan retrospektif

Pandangan retrospektif

Dan akhirnya, selamat tinggal.

Satu-satunya pintu masuk utama
Satu-satunya pintu masuk utama

 Ada banyak perubahan di sini. Sekolah ini sudah ada surau. Dahulu kami solat jemaah di gymnasium saja. Syukur ke hadrat illahi. Saya cari bas sekolah dan coaster warna putih tetapi saya tidak menjumpainya. Mungkin berada di luar sekolah.

Rasanya saya belum cukup puas berada di sini. Ingin saja saya berjalan-jalan duduk di gazebo, bersembang-sembang dengan rakan-rakan,minum teh,makan goreng pisang panas cicah sos kicap dan kalau boleh nak bermalam di sini.
Sebelum meninggalkan SMS Muar, saya sempat berbual dengan pakcik guard tentang perkembangan sekolah. Saya melihat senarai guru-guru malangnya boleh dikatakan hampir 99% guru yang pernah mengajar saya sudah tiada.Ramai yang sudah bersara termasuklah mantan Pengetua yang bersara sebagai Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia beberapa tahun yang lepas. Cikgu Nasuha,Ustaz Nazri, Cikgu Maimunah dan ramai lagi nama yang saya tidak ingat telah pun membawa haluan masing-masing. Tetapi yang pasti, mereka masih seorang pendidik seperti dahulu cuma dalam kapasiti beban tugas yang lebih berat lagi.
Saya meninggalkan SMS Muar dan daerah ini pada pukul 1.oo tgh lebih. Kenderaan saya menderu membelah jalan. Kali ini saya memilih untuk balik mengikut jalan lama melalui Merlimau, Melaka kerana saya ingin melihat pemandangan indah rumah-rumah Melaka yang mempunyai tangga yang comel.
Cukuplah sekadar ini catatan ziarah saya ke daerah ini. Insyallah, saya berazam untuk datang lagi menjenguk Muar pada masa akan datang. Mungkin juga saya akan jadikan ziarah ini sebagai aktiviti dwi-tahunan yang mesti dilakukan. Mungkin rakan-rakan seperjuangan dengan saya Kolej Tingkatan 6 [Batch pertama] boleh mengaturkan sesi reunion di sini suatu hari nanti. Apa pun, ziarah kali ini cukup bermakna sekali. Mudah-mudahan Allah memberi kesempatan kepada saya untuk datang lagi.
ABU WAFI, Putrajaya

14 comments on “Muar yang kutinggalkan 2

  • terkenang zaman kita di sana dulu….. padang depan pondok guard tu la tempat aku dan irwan serta bad berjemur main kriket…. sesekali terpukul bola masuk dalam kawasan tanah perkuburan tu…..

    bila lihat pintu dewan makan tu teringat menu ikan jaket masak kicap…… ada lagi ka menu tu sekarang?

    akhirnya…. bila kita nak buat reunion ni???

    • Ya Judeen.Aku akui kenangan di sini sangat mengusik jiwa lebih-lebih lagi bila melalui kawasan sekolah ini. Kawasan perkuburan masih ada. Masa aku pergi ada orang tengan mesin rumput dan bersihkan kawasan perkuburan. Pondok guard masih macam dulu.
      Aku ada hubungi Mazlan untuk mengusulkan supaya satu majlis reunion secara besar-besaran dapat diadakan. kalau boleh buat di Melaka atau Muar.Boleh buat sesi lawatan ke sekolah.Elok buat masa cuti sekolah kerana kebanyakan kita ramai cikgu.

  • Assalamualaikum.Shahnaz.hang memang noltalgik betul la.lepas baca catatan hang ni aku pun dah naik feeling.memang banyak kenangan di sini.sebenarnya bandar Muar ni memang ada sejarah dalam keluarga aku.bapa aku mase muda dulu pernah tinggal dan bekerja di Muar.mase aku dapat tawaran masuk SMS dulu bukan main gembira lagi dia.Bapa aku pun ada perasaan nostalgik ngan bandar Muar ni.selepas aku bersekolah disini, adik aku pulak kawin dengan orang Muar.rumah mentuanya dekat sangat dengan bandar Muar tu.memang relationship kami dengan Muar ni tak terputus.skang aku dah ada keluarga kat sana.bagus jugak cadangan mengadakan reunion tu.lame dah tak jumpak kengkawan lama….

  • nak konsi ckit ni..sbnrnya bas sekolah yg wrna putih tu dah dilupuskan. sedih jugak tgk bas tu kene lupus.mase saye tingkatan 5..tahun 2006..jadi yg ade bas yg warne gold yg same mcm sbp lain tu…sudut pidato tu pulak kami panggil tangga jepun..sbb ape saya pun tak tau. mase kami dlu kami jadikan pentas mini dekat fishpond depan makmal tu untuk buat persembahan tiap-tiap hari rabu…biasanya kami akan buat sketsa ikut kelas…

    • Wah sedihnya saya.Bas tu bas nostalgia.tangga melaka tu pun sama.astaka pun dibina masa zaman kami juga.sekarang semua dah berubah.

  • Assalamualaikum…saya dulu bekas pelajar Sek Men Sain Muar , SPM tahun 1994. Masa form 4 dan form 5 memang best….banyak nostalgia kat sains muar…tapi sekarang sekolah dah banyak berubah….Azam nak gi lawat sains muar dalam 2-3 tahun ni….apa-apa pun , yg best tak boleh lupa mee bandung muar kat stesen bas….hehe…..

  • Info dari Cikgu Ramli Aziz
    pada bekas pelajar sms muar. mohon bacakan fatihah untuk Datuk Yaakop Ederis yang telah kembali ke rahmatulah pada 14 jan 2011 kul 1 pagi tadi..

  • saya budak batch 23, memang tangga tu nama dia mcm tu…. xtaulah asal nama dtg dari mana… mungkin nanti ada yg berminat nak cari sejarahnya

  • Salam.

    Seronok betul baca ur entri psl balik ke Muo. I left SMS Muar for 22 years now.had been there for five years.went back to the school 2 years ago.did just as u did.ask pak guardnye permission and…snap here and there..what a nostalgic place..

    • Rose, may be we the Muarians are like that. We are sentimental towards our school. Self belonging. Our time in SMS Muar is too precious to forget.

  • ASSALAMUALAIKUM….saya pelajar batch 28 yang akan meninggalkan SMS MUAR(SAMURA)..
    Sekolah akan di”renovate”kan…mungkin selepas ini pintu pagar utama akan berubah wajahnya..menurut GPK HEM banyak penaik tarafan dan pembinaan infrastruktur yang baru….gambar-gambar di atas kelihatan menarik….dikesempatan ini saya berharap agar semua dapat mendoakan kami yang akan mengambil SPM pada tahun ini,,agar kecemerlangan SMS MUAR berkekalan…akhir kata RISE THE FALLEN….

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: