Sujudku di Lembah Bakkah 2

Peristiwa Hajarul Aswad masih menghantui saya.Saya memujuk hati supaya redha dengan ketetapan Allah kepada saya.

29 April 2009 [AKTIVITI ZIARAH]

Di hadapan Gua Thur [tempat persembunyian Nabi saw bersama Sayyidina Abu Bakr]

Di belakang Gua Thur 

Pandangan Gua Tsur dari bawah. Terasa sebak bila mengenangkan bagaimana sukarnya Nabi saw bersama Sayyidina Abu Bakr bersembunyi di sini dan bagaimana kegigihan Asma binti Abu Bakr mendaki gunung ini untuk menghantar bekalan makanan. 

P4284053   

Kami kemudian di bawa pula ke ladang unta untuk menikmati susu unta yang segar .

P5034126

Arab Badwi menuang susu unta.

P5034129

Siap untuk diminum. 3 Riyal sahaja …

P5034130

Jabal Rahmah, tempat pertemuan Adam dan Hawa.

P4284057

Perjalanan mendaki Jabal Rahmah

P4284060

Di puncak Jabal Rahmah.

P4284063

Padang Arafah yang menggamit jiwa

P4284069

 

Itulah antara tempat-tempat menarik yang sempat dirakamkan.

Saya kembali ke hotel meneruskan kembara ibadah seperti jemaah-jemaah lain.

PERTEMUAN BERMAKNA

29 April 2009 selepas solat Isya’ di dataran Kaabah, saya Hanafe, Abg Kahar dan Sarizi menyusur keluar untuk kembali ke hotel. Suhu malam itu agak panas mencecah 34 darjah celcius. Sedang kami berjalan di celah-celah manusia tiba-tiba Abg Kahar menyuruh kami berhenti.

Tengok, kenal tak siapa tu? Macam pernah nampak” kata Abg Kahar.

Saya dan yang lain melihat insan yang ditunjukkan itu.

“Eh… bukankah itu Nik Aziz” kata saya.

“Ya lah. Tak silap lagi” ujar yang lain.

Kami mendekati YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Tika itu beliau sedang khusyuk berdoa menghadap Kaabah. Saya memberi isyarat kepada Abg Kahar untuk mendekatinya selepas beliau selesai berdoa. Memang saya ada mendengar sebelum saya berangkat ke Tanah Suci yang Tuan Guru juga telah berangkat seawal 3 hari daripada kami iaitu Hari Isnin manakala kami bertolak pada hari Khamis.

Beliau selesai berdoa. Kami menghampirinya dan memperkenalkan diri masing-masing. Saya lihat kelopak matanya berair menandakan bahawa beliau baru lepas bermunajat kepada Allah. Beliau melayan kami dengan mesra walaupun kelihatan agak uzur dan keletihan disebabkan usianya yang semakin lanjut. Terus terang saya katakan bahawa sejak dari Tingkatan 5 saya amat meminati kuliah dan tulisan-tulisan beliau. Kuliah-kuliah agamanya tentang hari akhirat cukup mengesankan dan bisa menginsafkan sesiapa sahaja yang menghayatinya.

Saya mungkin seorang penyokong tegar Kerajaan, namun ini tidak bermakna saya tidak boleh menyukai beliau. Meminati tulisan-tulisan beliau. Saya mungkin seorang penyokong kuat parti pembangkang, namun ini tidak bermakna saya harus menyokong beliau kerana parti yang didokonginya secara mandatori. Saya menyukai beliau kerana sahsiah dan peribadinya yang luhur. Kesederhanaan dan tawadhuk beliau menarik jiwa sesiapa sahaja walau berbeda pegangan politik.

Antara kami mungkin berbeza pegangan ideologi politik dengan Tuan Guru, namun kami dan beliau sama-sama berada di rumah Allah dan pertautan hati kepada Allahlah yang telah menyatukan silaturrahim antara kami dengan Tuan Guru. Kami datang dengan niat yang sama yakni mengabdikan diri kepada Allah dengan semaksimum mungkin. Kami berhajat kepada bantuan dan pertolongan Allah dalam melayari kehidupan yang penuh dengan masalah dan ujian tanpa henti. Tuan Guru juga mempunyai alasan tersendiri untuk berada di sini dan yang pasti kami dan Tuan Guru mempunyai tujuan yang sama. Mengabdikan diri kepada Allah, melakukan ibadah sebanyak mungkin, bertaubat dengan sebenar-benarnya dan memohon keredhaan Allah di hadapan Kaabah yang mulia.

P4294084

Khusyuk berzikir.

P4294085

Di akhir pertemuan, kami semua bersalaman dan berpelukan dengan beliau.Saya mengucup tangan beliau. Sungguh bermakna pertemuan yang tidak diatur ini. Pertemuan yang diatur oleh Allah swt.

P4294087

P4294088

PERTEMUAN DENGAN BLOGGER DENDANG PERANTAU

Saudara Azral yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Riyadh kebetulan datang ke Makkah untuk mengiringi YDP Agong menunaikan umrah. Sebelum ini pun, saya ada menghubungi beliau untuk memaklumkan kedatangan saya dan kalau ada rezeki boleh berjumpa beliau di sana. Alhamdulillah, kami bertemu di hadapan pintu Umar Abdul Aziz, selepas itu pergi ke Tanaim untuk niat umrah dan kembali semula ke Masjidil Haram. Kami selesai melakukan umrah pada pukul 1.30 malam.

2 hari selepas itu, iaitu selepas solat zohor saya bertemu beliau sekali selepas tawaf. Turut kelihatan semasa tawaf ialah Tuanku Mizan SPBYDP Agong yang melakukan tawaf wida’ sebelum meninggalkan Makkah. 

P4304099

Terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana sudi melayan kami ketika kami berada di sini. Terasa bertuahnya diri sekiranya saya berada di tempat beliau. Diberi peluang bekerja di bumi Arab Saudi tentunya membuka peluang kepada sesiapa sahaja seperti beliau untuk melakukan ibadah sebanyak mungkin. Moga-moga Allah meredhainya dan melimpahkan barakah kepada sahabat saya yang seorang ini bersama keluarganya yang tercinta. Sesungguhnya saya amat bersyukur atas pertemuan yang penuh makna ini.

SAMBUNGAN KISAH HAJARUL ASWAD

Dalam entry sebelum ini, saya menyatakan kesedihan yang saya alami akibat peristiwa di hajarul aswad ini. Seharian saya termenung dan saya tidak berasa ingin berkongsi cerita ini dengan jemaah lain yang berjaya mencium hajarul aswad dengan percuma. Sehinggalah Saudara Sarizi [salah seorang jemaah umrah] memaklumkan kepada saya bahawa beliau turut mengalami peristiwa yang sama. Seperti saya beliau turut diminta wang oleh pemuda-pemuda Indonesia seramai 7 orang. Cuma kali ini jumlah yang diminta adalah RM1,000. Saya terkejut dengan permintaan mereka yang semakin tinggi.

“Aku bayaq RM200 kat depa sebab itu saja yang ada dalam poket aku’ kata Sarizi yang kebetulan dari Kedah.

“habis tu, apa lagi yang tinggal pada hang” tanya saya

“5 riyal, aku dah tak ada duit dah. Nak balik Malaysia pun dengan 5 Riyal tu sajalah, yang lain dah habis “.

Cerita Sarizi melegakan saya. “Rupa-rupanya aku tidak keseorangan dalam hal ini, bisik hati kecil saya.

Memang benar, Sarizi hanya tinggal 5 riyal untuk dibawa pulang ke Malaysia. Beliau memang keputusan wang yang telah habis dibelanjakan sepanjang berada di tanah suci. Saya benar-benar bersimpati kepada beliau. Seorang pembantu makmal sekolah yang berasal dari Kedah begitu iltizam untuk datang ke tanah suci membuatkan saya kagum dengan kegigihan beliau mengumpul wang untuk sampai ke sini.

“Tak palah Shahnaz, anggaplah ini sebagai ujian dari Allah. Kita kena redha” tambah beliau lagi

Saya mengangguk, tanda setuju. Hati saya lapang. Mungkin ada hikmah di sebalik ujian ini. 

Sarizi berbaju merah di sebelah kiri 

Sarizi berbaju merah

PENERBANGAN DITANGGUHKAN

Kami dimaklumkan bahawa atas sebab-sebab teknikal penerbangan pulang ke tanahair yang dijadualkan pada 4 Mei 2009 ditangguhkan selama 2 hari ke 6 Mei 2009. Saya gembira kerana ini bermakna saya dapat melakukan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali umrah lagi. Alhamdulillah, Allah mengizinkan. Pada 5 Mei 2009 sebelum solat zohor saya selesai melakukan umrah yang ke-7. Satu kepuasan yang timbul dalam diri ini. Perasaan tenang dan hening cipta.

Hanafe bersaie

Hanafe bersaie

 Perasaan sebegini turut dikongsi oleh rakan saya Hanafe. Perasaan yang sungguh istimewa dan esok kami akan berangkat meninggalkan tanah suci.

TAWAF WIDA’ 6 MEI 2009 [HARI TERAKHIR]

P5054167

Seusai solat zohor kami melakukan tawaf wida’. Jam menunjukkan pukul 1.25 tgh ketika saya dan jemaah lain menyempurnakan tawaf wida”. Tawaf terakhir, tawaf selamat tinggal sebelum meninggalkan tanah haram. Perasaan sedih dan pilu menyelebungi diri ini sebaik sahaja melangkah keluar meninggalkan dataran Kaabah. Kaki saya melangkah perlahan dan lesu. Sebelum itu, saya dan jemaah lain menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa. Kali ini doa kami semua agak panjang. Walaupun panas dan peluh memercik di dahi namun kesempatan terakhir di sini tidak mahu dilepaskan begitu sahaja.

Akhirnya kawasan tawaf ditinggalkan dengan hati yang berat. Beberapa kali sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kawasan masjid menuju ke pintu keluar, saya akan menoleh ke belakang. Hati saya bercakap-cakap dengan Kaabah. Saya bermonolog sendirian. Saya rindukan Kaabah dan berharap dipanjangkan umur untuk sampai ke sini semula. Saya berjalan dan saya menoleh ke belakang sehinggalah Kaabah menjadi semakin kecil dan akhirnya luput dari pandangan saya.

Saya berada di luar Masjidil Haram betul-betul di hadapan pintu Abdul Aziz berhadapan dengan jam besar. Saya berbisik;

“Sekali lagi aku datang, Kaabah dan suasana di sekelilingnya akan berubah wajah”.

Kerajaan Arab Saudi sedang melakukan renovasi secara besar-besaran bagi membesarkan kawasan masjidil Haram. Banyak hotel diruntuhkan. Kami memang teruji di sini. Kami bertawaf di dalam cuaca yang panas dengan menghidu debu-debu pasir yang berterbangan ekoran kerja-kerja pembinaan yang dilakukan. Sesekali hidung terasa sesak semasa bersaie, namun perasaan tidak selesa itu dilontarkan jauh-jauh kerana saya datang ke sini beribadah ke pada Allah.

“Aku memohon kemudahan dan bukannya keselesaan” bisik hati saya.

Justeru, dalam jerih perih melakukan ibadah ini saya sedaya upaya cuba mengingatkan peristiwa-peristiwa yang melatarbelakangi setiap ibadah yang diwajibkan. Peristiwa saie contohnya, diambil daripada rentetan peristiwa Siti Hajar yang berlari-larian antara Safa dan Marwah. Peristiwa sejarah ini saya cuba hadam, cuba ditekuni dengan penuh perasaan supaya setiap kesusahan dan kepayahan yang saya tanggungi semasa menjalani ibadah umrah ini akan dihargai dengan sebaiknya.

P5054164

P4304105

P5054161

KISAH RINGKAS TAPI SIGNIFIKAN

Saya cuba memaparkan secara ‘detail’ perjalanan saya ke sana. Setiap detik cuba diceritakan dengan sebaik mungkin. Namun tidak semua dapat saya ceritakan. Saya perlu memilih. Memilih yang benar-benar memberikan pengajaran di sebalik apa yang berlaku. Saya memilih yang ‘significant’ tetapi cukup bermakna sepanjang kembara saya ke sana. Significant sehingga mampu merobah diri seseorang menjadi insaf dengan kekerdilannya di hadapan Allah.

Saya tahu lain orang lain pengalamannya. Lain orang lain penceritaannya. Pastinya seperti orang lain yang pernah menjejakkan kaki ke sini, tentunya berhajat untuk mengulanginya lagi. Maka berdoalah, mudah-mudahan hasrat tersebut dimakbulkan.

Saya rindukan burung-burung merpati yang berterbangan di sekeliling Kaabah dan sekitar masjidil Haram. Saya rindukan suasana di sana dan saya dahagakan tegukkan air zam zam yang menjadi santapan setiap waktu di masjid. Saya rindukan semua itu.

” Ya Allah, Dengan izinMu aku akan datang semula, tetapi kali ini berilah peluang kepada hambaMu ini untuk datang menunaikan ibadah haji”  bisik hati saya.

Ya, saya masih ada satu hutang yang perlu dilunaskan iaitu Rukun Islam ke-5. Insyallah, saya perlu berusaha ke arah itu.

P5064188

Pesawat Saudi Air meluncur laju jam 11.00 malam waktu Arab Saudi. Tinggallah bumi para rasul dan anbiya’ yang menggamit sejuta kenangan. Kenangan terindah, kenangan takkan terlupakan.

TAMAT

ABU WAFI, Putrajaya

21 comments on “Sujudku di Lembah Bakkah 2

  • bro.. bagus catatan ni buat panduan org lain kelak.. err bile agaknya theorange leh buat satu sesi umrah beramai2 ek.. hehe mesti best kan..

  • Fauzi,

    Saya teringin nak melawat Mesir.Hasrat di hati nak menjejaki sungai Nil, tempat bersejarah lagi penuh pengajaran.

  • sungguh terharu saya atas ingatan daripada seorang sahabat yg bernama Shahnaz yg saya nampak cahaya kebaikan pada wajahnya semasa kami bersama menunaikan umrah pd 23apr hgga
    5mei 2009..saya harap persahabatan kita dunia dan akhirat..Insyaallah moga dpt pergi haji pulak kita sikit masa nanti..Insyaallah.

    • Saudara Sarizi,

      Saya harap catatan kembara ini dapat dikongsi bersama. Saya harap catatan ini menjadi sebahagian rujukan penting kisah suka duka kita ketika di sana. Terima kasih kerana membenarkan cerita saudara diceritakan.

  • Kepada pembaca semua Ingatlah ALLAH senantiasa menyayangi hambaNya yang beriman dan beramal soleh..yang penting sabar perlu ada dalam diri..

  • Selamat Datang jika tuan berhajat nak berziarah ke Mesir, bumi anbiaa.

    Selain tempat bersejarah yang berlatarbelakangkan firaun seperti the Giza Pyramid dan the Sphinx, terdapat banyak peninggalan sejarah Islam di bumi Mesir.

    Boleh melawat Sungai nil, makam dan masjid Saidina Hussin & Imam Syafie, makam sahabat-sahabat dan juga masjid-masjid terkenal seperti Masjid Al-Azhar, Masjid Ibn Tulun, Masjid Amr, Masjid Sultan Hassan etc.

  • Tahniah dan syabas kerana berjaya menulis yang boleh menyentuh perasaan saya. Niat nak pegi lagi insyaallah…untuk buat umrah.

  • assalamualaikum kpd sahabat ku naz..harap baik dan sejahtera selalu dan dlm lindungan ALLAH selamanya..sy sebenarnya nk lagi menjejakkan kaki ke baitullah..terasa rindu sgt..smpaikan mimpi 2-3 kali sy peluk kaabah..teringat kenangan kita dan kwn2 yg lain ketika menjejakkan kaki ke baitullah..sama2lah kita berdoa dan semoga ALLAH menjadikan kita tetamu Nya lg..Insyaallah..

  • salam,

    sy amat merindui kaabah…semoga sy dijemput lagi ke sana..sy merindui udara mekah..sy merindui keindahan langit ketika bersolat di dataran kaabah…

    syukran tuan haji…cerita yg menggamit kenangan…

  • Assalamualaikum naz,ana harap anta dlm keadaan sihat walafiat..apa cerita terbaru skrg ni..bila nk g kerjakan umrah lg?ana pun rasa tersangat rindu kt baitullah…subhanallah tak terkata betapa ana merindui kaabah dan kenangan 2 i
    kita semasa melaksanakan ibadah umrah pd april 2009 yg lalu..masih terasa seperti baru semalam menjejakkan kaki ke bumi suci rasullullah dan kota nya yg menggamit sejuta kebahagiaan buat kita semasa mengunjunginya..dan kedatangan bulan ramadhan ini amat kita tggu2 kan..semoga anta ceria ,bahagia dan dlm lindungan Allah(S.W.T) selalu..ana doakan nya..Insyaallah..wassalam.

  • Asalammualaikum w.b.t, salam perkenalan dari saya buat semua rakan-rakan muslimin dan muslimat. Semoga dengan wujudnya blog yang boleh dan dapat diikuti seperti ini dapat memberi manafaat kepada kita semua akan perjalanan kehidupan dan juga pengalaman-pengalaman berharga yang dapat dikongsikan bersama bagi tujuan peringatan, pengajaran mahupun kesedaran yang dapat kita sama-sama hayati dan dijadikan tauladan.

    Terimakasih kepada pencipta blog yang menjadikan blog sdr sebagai pusat ‘silaturahim’ kepada semua rakan-rakan seagama, mudah-mudahan akan lebih ramai lagi yang mengikutinya dan diharapkan dengan wujudnya komuniti ukhwah yang kecil ini dapat kita bersama-sama memperolehi manafaat jangka-panjang bagi mempertingkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita terhadapat Allah S.W.T

    Sesungguhnya Islam itu bersaudara, dan menjadi tanggung-jawab kita untuk mempraktikkannya.

    Salam,

  • Assalamualaikum , saya juga rinduukan saat saat di Masjidil Haram , terutamanya ketika tawaf . Sangat tenang di sana kan ? Saya harap anda dapat ke sana lagi, insyAllah

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: