Salam,
Saya sudah kekeringan ide dan masa yang suntuk untuk menulis sesuatu. Cuti panjang selama 3 hari berikutan Perayaan Taipusam tidak dapat dimanfaatkan untuk menulis. Waktu-waktu senggang inilah kesempatan yang ada untuk meluangkan masa bermain dengan anak-anak dan membawa isteri berjalan-jalan.
Minggu lepas, semasa dalam perjalanan ke KL untuk menghadiri satu mesyuarat, saya memasang radio IKIM dan kedengaran sebuah sajak yang dibacakan dengan diiringi oleh muzik perlahan. Saya cuba menghayati bait-bait puisi yang dibacakan oleh DJ mengenai Palestin. Ternyata sajak ini benar-benar meruntun jiwa, menyentak perasaan saya yang selama ini leka dibuai dengan nikmat kesenangan dan keamanan yang diberikan oleh Allah.Sajak betapa jauhnya diri kita dari Palestin. Betapa jauhnya nilai diri kita dengan nilai rakyat Palestin. Terlalu banyak perbezaannya. Cuba hayati bait-bait sajak di bawah.
Palestin itu jauh dari kita
Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?
25 May 06
Muharikah
Terkesankah anda bila membaca sajak ini. Hayati setiap patah perkataan bisa menggetarkan jiwa. Menginsafkan lantas menyebabkan diri ini termenung dan berfikir dengan serius tentang perjalanan hidup ini. Untuk ke syurga bukannya mudah. Ujian yang rakyat Palestin hadapi, ditangani dengan ketaqwaan dan ketabahan di jiwa mereka. Kalau mereka lemah nescaya telah lama bumi anbiya’ ini mereka tinggalkan dan menjadi pelarian politik di negara jiran seperti Jordan dan Mesir. Sebaliknya, sebahagian besar mereka masih memilih untuk meneruskan kehidupan di bumi tercinta walaupun dihimpit kesempitan, masalah pengangguran dan sekatan demi sekatan dari Regim yang tidak berperikemanusiaan. Harga sebuah iman terlalu mahal untuk diraih dan mereka sanggup syahid daripada menjadi kuda tunggangan Yahudi laknatullah.
Mudah-mudahan sajak di atas dapat menimbulkan bibit-bibit keinsafan di dalam diri kita bahawa betapa jauhnya nilai kita dengan nilai yang ada pada diri mereka. HIDUP UNTUK AKHIRAT!!!
Abu Wafi, Putrajaya
salam,,terima kasih pd siapa yg tulis sajak tu,, thanks sgt sbb sye pon cari sjk nie..
Mudah-mudahan Allah usaha baik saudari menyampaikan mesej sajak ini kepada orang lain.
Bagus sajak ni….. Saya pun pernah dengar dialunkan sajak ini di IKIm tetapi tak sempat nak salin. Terima kasih
salam. memang menginsafkan..penulis sajak ini adalah seorang murabbiah yang hebat di uk. ni blog beliau: http://muharikah.wordpress.com/
thanks pada yg telah ciptakan sajak ni..
sy pernah bacakan sajak ni di suatu majlis..
ramai yg mengalir air mata dek kerana sajak ini..
sememangnya kita jauh dari palestin..
Mohon share sajak di atas….terima kasih. Saya mahu bacakan di satu majlis
silakan.sajak ini sesuai untuk dideklamasikan sebab kurang puitis dan direct.
Saya hendak minta kebenaran untuk membacakan sajak diatas untuk dipersembahkan di sekolah saya……terimakasih atas kerjasama tuan
Silakan saudara.Sajak ini lebih tepat lagi dinukilkan oleh Saudari Muharikah.
Salam…amat berminat ttg hal2 ini… ade @ tidak sajak berserta rakaman suaranye skali?
sy mohon share..tq
Silakan
aslmkm.. minta izin copy sajak ni untuk letak dekat blog.. boleh ke? terima kasih..
boleh
assalamualaikum..sy mohon share ye untuk dideklamasikan oleh anak murid sy..=)
Assalamualaikum..bagus sangat sajak ni..
izinkan saya copy paste ya…
saya sangat berminat untuk mendeklamasikan sajak ini..juga berminat untuk share..minta izin yer tuan
MOHON SHARE SAJAK INI UNTUK KEGUNAAN DALAM PERSEMBAHAN DI SEKOLAH. TQ YA
Very nice post. I just stumbled upon your blog and wished to say that I have really enjoyed surfing around your blog posts.
After all I will be subscribing to your rss feed and I hope you write again
very soon!
Thank you.Will write again very soon.sorry for long absence