Cinta Madinah

Percaya atau tidak dengan wang sejumlah RM2,990 saya sampai ke tanah suci Makkah dan Madinah Al Munawwarah. Mungkin ramai yang tidak mempercayainya kerana rata-rata ‘rate’ atau kos umrah ke tanah suci paling minima adalah RM5,000++. Saya sendiri pada mulanya tidak mempercayainya tetapi setelah mendengar penerangan yang disampaikan oleh Travel Agent berkenaan saya bersetuju untuk memberikan komitmen kerana bagi saya ini merupakan pintu yang dibuka oleh Allah swt agar saya berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Benarlah kata pepatah Inggeris “Opportunity does not always knock the door”. Saya memang dah lama berhasrat untuk menunaikan umrah dan berdoa supaya diberikan peluang berharga untuk sujud di hadapan kaabah. Hampir setiap minggu jika memberi suratkhabar, saya akan membaca iklan-iklan berkaitan pakej umrah. Menanti harga yang murah sehinggalah saya berjumpa dengan promosi iklan RM2,990 oleh Hijaz Legend & Tours lewat pengajian Al-Quran saya di sebelah malam. Konsep Al-Ta’awun yang ditawarkan oleh pakej ini merupakan satu amal jariah yang dilaksanakan kepada beberapa individu yang berjaya mengikut kuota yang telah ditetapkan oleh agensi ini. Alhamdulillah, saya merupakan salah seorang yang berjaya menempatkan diri dalam pakej semurah ini. Setelah 6 bulan mendaftarkan diri dan menunggu maka impian pun menjadi kenyataan pada 23 April 2009 yang lalu.

23 April 2009

Saya bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi dengan dihantar oleh adik-adik. Isteri tidak dapat turut serta kerana mengajar di sekolah. Selepas mandi sunat musafir dan menunaikan solat sunat musafir dan solat dhuha saya berangkat bersama sahabat saya ke KLIA. Hanya peluk cium dihadiahkan kepada Munzir dan Fawwaz yang melambai-lambai tangan kepada saya.

Pukul 11.10 tiba di KLIA. Mencari-cari kumpulan kami. Adik-adik menemani saya sehingga hampir ke pukul 12 sebelum meninggalkan saya. Pukul 12.30 kami berkumpul di hadapan salah satu kaunter ‘check in’ antarabangsa untuk tujuan group check in. Hati rasa berdebar-debar. Wakil Travel Agent En.Nasir memberi taklimat ringkas dan mengedarkan pasport merah. Ujian pertama untuk saya dan Hanafe adalah pasport kami berdua hilang entah ke mana. Tak dapat dikesan. Mungkin diambil oleh jemaah lain semasa proses pengedaran pasport. Hati saya risau memikirkan apakah kami tak dapat pergi. Ya Allah, mudahkanlah urusan pemergianku ke tanah suci, saya merintih dan berdoa di dalam hati. Saya cuba bertenang dan menganggap ini ujian pertama. Akhirnya, memang benar sangkaan saya, pasport kami diambil oleh salah seorang jemaah. Mujur dipulangkan. Lega rasa hati. Kami dimaklumkan bahawa ‘flight delay’ selama 2 jam, maka kami diberikan kupon makan tengahari oleh Saudi Arabian Airlines.

Bagasi "tagged" dengan kertas oren

Bagasi "tagged" dengan kertas oren

Wakil Travel Agent memberikan taklimat ringkas

Wakil Travel Agent memberikan taklimat ringkas

Akhirnya tiket dalam genggaman

Akhirnya tiket dalam genggaman

Selepas lunch dan menunaikan solat Zohor kami bersama jemaah lain terus memasukki  ruang perlepasan (‘departure hall’) antarabangsa. Buat kesekian kalinya dalam tempoh 36 tahun saya meninggalkan bumi Malaysia yang tercinta dan destinasi saya yang pertama adalah bumi para rasul dan anbiya. Betapa syukurnya hati ini. Begitu berbunga-bunga sekali hati saya sebaik sahaja melepasi kaunter imigresen dan sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam aerotrain untuk menaiki pesawat. Penerbangan sepatutnya pukul 3.00 petang tetapi tangguhkan sehingga ke pukul 5.20 petang atas sebab-sebab yang saya sendiri tidak pasti. Mungkin masalah teknikal. Apa pun saya redha dan memohon kesabaran daripada Allah swt kerana saya sedang dalam perjalanan ‘safarul iman’.

Akhirnya pesawat berlepas meninggalkan landasan hampir pukul 6 petang. Kebetulan saya dapat tempat duduk di sebelah tingkap maka dapatlah saya menikmati panaroma indah dari bawah walau sekejap cuma. Perjalanan diteruskan dengan lancar sehinggalah kami dihidangkan dengan set makan malam.

Makanan boleh tahan sedap

Makanan boleh tahan sedap

Skrin GPRS memaparkan kedudukan terkini pesawat

Skrin GPRS memaparkan kedudukan terkini pesawat

Pesawat airbus yang mempunyai 2 tingkat ini dilengkapi dengan skrin TV di hadapan penumpang bagi memaparkan kedudukan terkini perjalanan dan waktu tempat yang akan dituju. Memang serba canggih. Teruja sekejap, selepas itu saya terlena. Sambil itu, saya tidak lupa pesanan pakcik Khairul Anuar dari Nilai supaya saya membaca selawat tafrijiyyah sebanyak mungkin  bagi memohon kemudahan daripada Allah sepanjang perjalanan kelak.

5 jam kami melintasi Teluk Arab selepas melepasi Sri Langka. Tiba-tiba,ujian kedua datang. Saya mendengar dari belakang saya pramugari menjerit-jerit meminta tolong. ‘help! help”. Saya menoleh ke belakang dan berdiri sambil melihat pintu kecemasan apa yang berlaku. Hati saya dirundung cemas. Hanafe duduk di kerusi. Mungkin dia juga cemas. Rupa-rupanya 2 orang pemuda Arab sedang bertumbuk dan membelasah antara satu sama lain. Kakak sebelah saya berkata: “Jangan campur, kita kecil biar orang yang besar selesaikan…

Pergelutan tersebut akhirnya dileraikan oleh pramugara lelaki bersama co-pilot datang meleraikan keadaan. Mereka dipisahkan. Saya tidak pasti punca tercetusnya pergaduhan itu. Cuma beberapa meter dari tempat duduk saya. Mujur tidak merebak atau mengakibatkan kecedaraan kepada penumpang lain. Hanya lebam sikit-sikit. Saya menarik nafas lega dan duduk kembali di kerusi. Saya beristighfar banyak-banyak dan berdoa di dalam hati supaya segera sampai ke destinasi dengan selamat.

Lebih kurang pukul 9.45 malam pesawat tiba di ruang udara Jeddah. Saya melihat melalui tingkap. Gelap. Kelihatan cahaya lampu bergemerlapan di bandar Jeddah. Hati semakin berdebar. Sebentar lagi, kami akan mendarat di bumi Arab Saudi. Pukul 10.00 malam pesawat selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Jeddah. Selamat sampai. Selepas melepasi pemeriksaan imigresen, kami dijemput oleh Ustaz Helmi dan kumpulannya untuk menaiki bas ke Madinah. Ustaz Helmi merupakan mutawif kami dan berasal dari Banjarmasin, Indonesia. Saya dan rombongan jemaah umrah seramai 14 orang menaiki ‘coaster’ manakala yang lain menaiki bas. Perjalanan ke Madinah mengambil masa selama 6 jam. Kami dijangka tiba sebelum Subuh.

Perjalanan menaiki coaster sesuatu yang mengujakan. Kiri kanan perjalanan dipenuhi dengan padang pasir dan bukit-bukit batu. Oleh kerana malam, maka saya tidak dapat melihat pemandangan dengan jelas. Masing-masing keletihan. Kami singgah sekejap untuk solat Maghrib dan Isyak di sebuah bandar kecil sebelum meneruskan perjalanan. Pemandu coaster seorang warga Indonesia yang telah bekerja selama 20 tahun di sini. Fasih berbahasa Arab. Saya mengambil peluang bersembang-sembang dengan beliau bagi menghilangkan kebosanan kerana saya sudah puas tidur dalam penerbangan tadi. Cuma saya terlelap sekejap dalam coaster. Kami berhenti sekejap di Dataran Tinggi atau Al-Far’ie untuk minum secawan teh panas. Harganya 2 Riyal.

24 April 2009 [Jumaat]

Perjalanan diteruskan sehinggalah kami tiba di sempadan tanah haram Madinah. Pemandu coaster membuat pengumuman bahawa kami akan memasuki sempadan tanah haram sebentar lagi. Hati tiba-tiba merasa gentar dan bimbang walaupun terasa gembira. Bimbang memikirkan dosa-dosa yang silam. Gentar dengan ujian yang akan dilalui sepanjang berada di sini. Saya melihat keluar tingkap dan kelihatan sebuah kompleks bangunan yang terang benderang. Saya meneka di dalam hati mungkinkah ini masjid Nabawi? Ternyata tekaan saya betul. Kagum seketika, macam tidak percaya pula rasanya.

Kami tiba di hotel ketika azan subuh sayup-sayup dilaungkan. Selepas menurunkan beg dan barang di lobi hotel saya dan jemaah lain bergegas ke masjid Nabawi yang terletak beberapa meter dari hotel penginapan Al-Firdaos.

Kami tiba lewat sedikit selepas menguruskan urusan check in hotel. Namun masih sempat berjemaah bersama rombongan yang dipimpin oleh Ustaz Saidi. Saya melihat suasana di dalam masjid. Walaupun saya berada di bahagian belakang namun saya dapat rasakan ketenangan di sini. Salah seorang jemaah telah berjaya solat dan berdoa di raudhah. Raudhah merupakan salah satu daripada taman-taman syurga. Salah satu tempat yang mustajab doa mengikut hadith nabi saw.

Suasana di dalam masjid Nabawi

Suasana di dalam masjid Nabawi

Suasana di dalam raudhah

Suasana di dalam raudhah

Saya menghabiskan masa selama 2 hari di sini bersama rombongan jemaah. Setiap waktu dimanfaatkan dengan melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran di masjid nabawi yang menjanjikan ganjaran yang besar. Alhamdulillah, saya dapat melakukan solat sunat dan berdoa di dalam kawasan raudhah beberapa kali. Dapat juga saya menziarahi makam Nabi saw, Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina Umar. Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah bila dapat masuk ke dalam raudhah. Berebut-rebut jemaah dari seluruh pelosok dunia datang untuk mendapatkan keberkatan di ruang yang kecil ini. Tempat nabi berdoa, mimbar Nabi adalah kawasan raudhah. Memang cantik.

Di hadapan masjid Nabawi lepas solat jumaat

Di hadapan masjid Nabawi lepas solat jumaat

Pintu masjid Nabawi

Pintu masjid Nabawi

Suhu panas mencecah 44 darjah celcius di luar masjid

Suhu panas mencecah 44 darjah celcius di luar masjid

25 April 2009 [Sabtu]
Seusai subuh kami dibawa menziarah tempat-tempat bersejarah antaranya medan perang Uhud yang menempatkan makam para syuhada, Bukit Uhud,Masjid Quba dan Masjid Qiblatain atau Masjid 2 Kiblat. Terasa syahdu menusuk kalbu terutamanya bila melawat makam para syuhada’. Terbayang-bayang bagaimana Wasyi membunuh Sayyidina Hamzah dan membelah dadanya lantas menyesakkan dada mengenangkan perjuangan nabi dan para sahabat untuk menegakkan Islam. Betapa mahalnya Islam yang kita miliki. Jika tidak kerana pengorbanan dan perjuangan para sahabat mungkin kita tidak dapat mengecapi nikmat Islam pada hari ini.
Masjid Quba

Masjid Quba

Masjid Qiblatain

Masjid Qiblatain

Makam Syuhada Uhud

Makam Syuhada Uhud

Jabal Uhud dari bawah

Jabal Uhud dari bawah

Saya juga dibawa melawat ke ladang kurma dan pasar kurma. Sempat membeli belah di sini dan minum teh arab yang sungguh sedap.
Ladang kurma disaliri sungai kecil

Ladang kurma disaliri sungai kecil

26 April 2009 [Ahad]
Subuh di sini paling tidak dapat saya lupakan.Imam Syeikh Salahuddin yang mengimamkan solat subuh membacakan ayat-ayat yang menceritakan mengenai tujuan penciptaan manusia dan tujuan penciptaan syaitan ke dunia. Tiba-tiba beliau sebak dan hampir-hampir menangis ketika membacakan ayat-ayat ini. Beliau amat menghayati sekali ayat-ayat yang dibaca sehingga beliau mampu menangis.
Saya teringat kisah Sayyidina Umar yang kerap menangis apabila mengimamkan solat. Saya terfikir, entah bilalah hati saya mampu tersentuh dan menangis bila membaca ayat-ayat Allah. Ya Allah, betapa lemahnya iman hambaMu ini.
” Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah apabila mendengar nama Allah disebut maka gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah maka bertambahlah keimanan mereka dan kepada Allah sahaja mereka bertawakkal.”  [Al-Quran]
 
Selepas zohor saya menziarahi makam Rasulullah saw, Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar buat penghabisan kali. Saya berdoa semoga dipanjangkan umur supaya saya dapat datang ke sini lagi untuk menziarahi baginda. Terasa sedih untuk meninggalkan baginda kerana saya terasa begitu dekat dengan baginda bila berada di sini. Saya akan menuju ke Makkah untuk misi yang lebih penting iaitu menunaikan umrah.
Selepas makan tengahari kami bertolak dengan 2 buah biji bas ke Makkah. Sebelum itu, saya telah siap memakai pakaian ihram di hotel untuk terus melakukan umrah sebaik sahaja tiba di Makkah. Kami berhenti di miqat Bir Ali untuk solat dan niat umrah. Bir Ali adalah tempat miqat yang telah dikhususkan untuk orang-orang yang datang dari arah Madinah.
Perjalanan diteruskan. Suhu di dalam bas cukup sejuk. Bas berhenti seketika di sebuah tempat untuk solat Maghrib dan Isyak. Turut kelihatan jemaah-jemaah lain dari Turki.
[bersambung di Sujudku di Lembah Bakkah]

13 comments on “Cinta Madinah

    • Bismillahirrahmanirrahim…
      sy kini bekerja sbg guru d Tahsin Tilawah Bestari Teras Jernang d bwh ustazah nawiyah..sy sebak mmbaca kisah2 tuan..moga Allah bukakan pintu jln juga utk sy mnjejaki tanah barakah i2 iaitu Bumi mekkah dan madinah..doakn sy ea..ameen..

  • salam abu wafi,

    kolam air mata tak mampu lagi saya tahan saat membaca catatan ini. saya juga melalui perjalanan yang sama lewat 5 hari yang lalu.dari madinah baru ke kota makkah. perjalanannya akan saya muatkan dalam blog saya.meski sama rentetannya tetap terkesan.

  • Salam ya akhi,

    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Terima kasih juga di atas pemberian kopiah dan minyak atar… namun yang paling penting adalah doa-doa tuan semasa di sana kepada kami di Malaysia.

    • Terima kasih saudara amir. Saya hanya menuruti jejak langkah saudara yang terlebih dahulu tiba lebih awal beberapa tahun dari saya. Harap2 kita dapat pergi haji bersama.

  • Salam. Tak dapat menahan airmata tika membaca catatan saudara. Nostalgia 2006. Terlalu rindu Rasullullah s.a.w. Sepanjang di sana saya tersebak. Airmata mencurah – curah bila di Masjid Nabawi dan di Raudah. Hamba yang kerdil . Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,Allah Maha Besar.

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: