Reunion 1

p2283466

Salam,

Semalam, tanggal 28 Februari 2009 satu pertemuan telah diadakan di Kopitiam, Bandar Baru Bangi bersama bekas-bekas pelajar Kolej Tingkatan 6 sesi 1991/1992 SMS Muar. Pertemuan ini dihadiri oleh saya sendiri, saudara Badrul Hisham, Saudara Khairul Azman, Saudara Hafizul Feisal, Saudara Mazlan, Saudara Rohaizat dan Saudari Munatirah.

Tujuan pertemuan ini diadakan ialah bagi membincangkan majlis reunion bekas-bekas pelajar Kolej Tingkatan 6 SMS Muar seramai 41 orang yang kini sedang bertebaran di seluruh negara. Perbincangan secara santai ini juga telah bersetuju untuk menetapkan tarikh majlis reunion berkenaan ialah pada penghujung bulan Disember 2009 di sebuah hotel di Port Dickson. Kali terakhir majlis ini diadakan ialah 6 tahun lalu di Kuala Lumpur. Turut dibincangkan ialah aturcara program yang akan diadakan.

Rohaizat dan Hafizul

Rohaizat dan Hafizul

perbincangan serious

perbincangan serious

p22834671

Khairul Azman,Mazlan dan Badrul

Khairul Azman,Mazlan dan Badrul

Boleh dikatakan bahawa perjumpaan ini sangat berhasil. Kami juga akan berusaha untuk menjejaki beberapa teman lama yang telah hilang atau “missing in action”. Mudah-mudahan pertemuan ini akan menjadi titik tolak kepada rancangan yang lebih besar lagi untuk komuniti kami yang kecil ini. Selain agenda perbincangan majlis itu nanti, kami juga berbual-bual mengenai perkembangan diri masing-masing. Semuanya berjaya dalam kerjaya yang diceburi. SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA!!!

ABU WAFI, Putrajaya

 

One comment on “Reunion 1

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: