Reunion 2

Majlis pertemuan semula mantan pelajar Kolej Tingkatan 6 SMS Muar Sesi 1991/1992 diadakan buat kali ke-2. Pertemuan kali ini diadakan di Hotel Equatorial Bandar Baru Bangi pada hari Sabtu 11 Julai 2009. Seramai 11 orang mantan pelajar generasi pertama hadir dari pukul 12 tgh hingga 4 petang.

P7114755

Sesi bergambar kenang-kenangan selepas majlis selesai.

P7114762

Dasimah, Munatirah dan Norazrina

P7114730

                                                Wahab @ Web dari Kamunting

P7114735

Irwan Mohd Selan Nasution

P7114741

Anuar the hotelier

P7114770

Khairul Azman @ Papa

P7114736

Mazlan @ Lan Mercu

P7114767

Rohaizat Abdul Manan

P7114733

Munatirah Yahya

P7114747

Badd berbaju kuning

P7114729

Suasana mesra di coffee house

P7114748

Lagi suasana penuh ceria

P7114712

Cerita-cerita lama

Pertemuan tamat pada pukul 4.00 petang. Muna, Dasimah dan Ina, tiga wanita yang hadir mengucapkan selamat tinggal kepada kami semua. Manakala mantan pelajar lelaki menyambung pertemuan di Bangi Kopitiam seksyen 9. Masih belum puas berceloteh dan menceritakan perkembangan diri masing-masing.

P7114789

P7114780

Ubah lokasi

P7114768

Suasana penuh harmoni

P7114772

Penuh santai

P7114777

Pandangan perspektif

P7114769

Cerita-cerita baru

P7114778

Kisah-kisah suka dan duka

P7114785

Lagi

P7114776

Pasti ada sesuatu yang menarik

P7114787

Pertemuan berakhir

Ketika kami menamatkan pertemuan, jam menunjukkan pukul 6.15 petang. Masing-masing membawa haluan sendiri. Wahab  menuju ke utara, Dasimah ke Pekan manakala kami yang lain hanya bertebaran di sekitar Lembah Klang.

Pertemuan kali ini bagi saya dianggap cukup bermakna. Paling saya suka ialah mendengar kisah perjalanan Anuar Shafie yang bekerja dalam bidang perhotelan. Hampir keseluruhan benua Eropah telah beliau jelajahi secara sendirian. Kagumnya saya dengan keberanian beliau merantau ke pelosok dunia dan dalam masa 2 minggu lagi beliau akan berangkat ke Holland untuk menyambung MBA sambil bekerja. Beberapa tahun juga beliau akan berkelana ke sana. Hanya facebook menjadi tempat beliau menceritakan perkembangan beliau.

Entah bila lagi kami semua akan berjumpa lagi. Semua sekali ada 40 orang. Untuk menghimpunkan semua dalam satu majlis memang sukar apatah lagi kami sedang berusaha untuk mengesan 3 orang rakan yang tidak dapat dikesan sehingga kini.

Apa pun terima kasih diucapkan kepada saudara Normazlan selaku penyelaras kepada pertemuan ini. Terima kasih tidak terhingga kepada Saudara Badrul Hisham Abdul Rahman Shah yang sudi menaja semua perbelanjaan makan minum di Hotel Equatorial dan Bangi Kopitiam. Tahniah kepada beliau kerana antara kami semua beliau paling berjaya sebagai usahawan muda yang patut diteladani. Mudah-mudahan Allah swt akan menggandakan rezeki beliau atas kemurahan hatinya.

Saya mengimpikan untuk mengadakan majlis yang lebih tersusun dan sedikit formal dengan ucapan dan kehadiran bekas-bekas guru yang pernah berjasa kepada kami sebagaimana yang pernah dilakukan pada tahun 2004 dahulu. Namun usaha ini memerlukan masa, tenaga, komitmen dan kerjasama yang bersungguh-sungguh dari semua pihak untuk hadir. Saya percaya perkara ini boleh dilakukan suatu hari nanti, insyallah.

Setakat ini dahulu. Sehingga berjumpa lagi.

[ Catatan peribadi ini dikhususkan kepada semua mantan pelajar Kolej Tingkatan 6 Generasi pertama Sesi 1991/1992 SMS Muar di mana jua anda berada. Semoga Allah swt memberkati hidup kalian semua]

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: