Sujudku di Lembah Bakkah 1

Saya terlelap beberapa minit. Saya tenggelam dalam laungan talbiah bersama jemaah lain di dalam bas yang meluncur laju. Lebuhraya di sini tak banyak kenderaan dan yang istimewanya tiada tol dikenakan. Saya tersedar bila bas mula berhenti di sebuah perhentian R & R (kalau di Malaysia) untuk makan malam. Perut berkeroncong. Aircond dalam bas cukup sejuk melawan suhu di luar yang panas.

Saya tidak tahu apa nama tempat ini. Berlainan dengan di Malaysia R & R di sini dilengkapi dengan ruang makan yang diletakkan permaidani untuk para jemaah duduk minum teh dan makan ayam golek. Saya teringat pesanan isteri saya supaya mencuba makanan ayam golek. Sedap sangat katanya. Saya, Hanafe dan Sahidi membuat pesanan ayam golek bersama nasi beriani. Pada mulanya kami menghadapi kesukaran komunikasi. AKhirnya, ayam golek depan mata dikongsi berdua kerana Hanafe enggan menjamah kerana tidak berasa lapar lagi.

Kami meneruskan perjalanan yang dijangka tiba sejam lagi. Perasaan saya bercampur-campur antara gembira,terharu dan gentar kerana sebentar lagi rombongan kami akan memasukki tanah haram, bumi kelahiran Rasulullah saw yakni Lembah Bakkah yang mulia. Suasana di luar gelap  kerana waktu Isya’ baru sahaja berlalu. Saya menjangkakan bahawa kami akan tiba di hotel sebelum pukul 10.00 malam dan ibadah umrah akan dilakukan selepas itu.

Hampir pukul 10 malam, mutawif di dalam bas mengumumkan bahawa kami sudah semakin menghampiri tanah haram. Laungan talbiah terus berkumandang. Mutawif mengumumkan bahawa kami sudah sampai ke Tana’im iaitu salah satu daripada miqat umrah di tanah halal yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw. Untuk makluman, miqat di perkampungan Tana’im ini telah digunakan oleh Ummul Mukminin Sayyiditina A’isyah r.a untuk melakukan umrah buat pertama kalinya di dalam sejarah Islam. Selepas itu, Tana’im terus dijadikan salah satu daripada miqat yang digunakan untuk berniat umrah sebelum masuk semula ke tanah haram bagi melakukan tawaf dan sa’ie. Jarak Tana’im dengan Masjidil Haram hanya sejauh 6km sahaja dan ini merupakan tempat miqat yang paling hampir dengan Masjidil Haram. Selain Tana’im, tempat-tempat lain adalah seperti di Bir Ali [bagi penduduk Madinah], Yalamlam, Hudaibiyyah dan beberapa tempat lain yang lebih jauh dari Tana’im.

Berbeza dengan Madinah, perjalanan memasukki Makkah melalui jalan yang berbukit-bukit batu sehingga turun semula menuruni lembah di mana Kaabah ditempatkan. Benarlah kata ahli sejarah, Makkah adalah kawasan lembah tandus yang dikelilingi oleh bukit-bukit batu.

Suasana di sini kelihatan agak sesak denga lalu lintas yang tidak teratur,bunyi hon kenderaan yang membingitkan serta kerja-kerja ‘construction’ yang dijalankan. Sebelum saya datang ke sini memang telah dimaklumkan bahawa sekitar masjidil haram akan diubahsuai menjadi besar dengan sebahagian hotel-hotel diruntuhkan di Jabal Umar. Projek ini akan siap sepenuhnya pada tahun 2011 dan setelah siap kawasan masjidil haram akan menjadi lebih besar dan selesa.

Saya dan jemaah lain tiba di hotel. Kami check in dan makan malam. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Sebentar lagi, mutawif akan membawa kami melakukan umrah yang pertama dalam hidup saya. Tak tergambar rasanya bila pertama kali melangkah masuk ke masjidil haram nanti, bisik hati saya.

Kami dipimpin oleh mutawif 2 orang ustaz muda berasal dari Lombok dan Banjarmasin, Indonesia. Memang banyak orang Indonesia yang mencari makan di sini. Rezeki murah, barakah Allah yang pasti untuk mereka yang berkhidmat untuk jemaah haji dan umrah.

Kami berjalan di celah-celah kedai dalam perjalanan ke masjidil haram. Akhirnya sampai di hadapan pintu masjidil haram dan mula memasukki ke dalam. Saya tercari-cari di mana Kaabah. Akhirnya Kaabah kelihatan di hadapan mata saya. Saya mencuit Hanafe.

“Lihat itu, Kaabah, subhanallah”. Kaabah yang selama ini dijadikan kiblat solat 5 hari setiap waktu kini terpampang secara ‘live’ di hadapan mata kasar. Saya melihat jemaah umrah dari seluruh pelosok dunia yang bertawaf di keliling kaabah.

Kami mula melakukan ibadat tawaf dengan dipimpin oleh mutawif yang membacakan doa sepanjang 7 kali tawaf. Sesekali suara ustaz muda tersebut tenggelam dalam bunyi suara jemaah-jemaah lain yang juga membaca beramai-ramai dan secara berkumpulan. Masing-masing membaca doa yang tersendiri. 30 minit kemudian selesailah ibadat tawaf dan kami bergerak ke belakang makam Ibrahim untuk melakukan solat sunat tawaf. Saya memerhatikan kaabah dan berdoa semoga kehidupan saya sekeluarga akan terus dilimpahi rahmatNya. Kami kemudiannya bergerak ke Massa iaitu nama yang diberi kepada Safa dan Marwah untuk melakukan ibadat sai. Kelihatan ramai jemaah berpusu-pusu memasukki tempat sai. Sekali sekala berlaku kesesakan yang agak teruk. Namun kami teruskan juga berjalan dan terus berjalan. Aku mesti menghabiskan umrah saya yang pertama dalam hidupku, getus hati saya.

Akhirnya selesai sudah ibadat sai, kami berdoa dan bertahallul. Tahalul ialah amalan menggunting beberapa helai rambut. Tanpa saya sedari, seorang budak secara tiba-tiba telah menggunting rambut saya tanpa dipinta, sedangkan saya sendiri membawa gunting kecil. Akibatnya, saya terpaksa membayar 5SR kepada budak tersebut. Dalam saat-saat begini masih ada peluang untuk manusia lain mencari rezeki, bisik hati saya. Namun, saya diamkan sahaja dan menerima ini sebagai ujian kecil walaupun saya agak terkilan dengan tindakan budak tersebut yang datang dengan ayahnya. Ujian darimu Ya Allah….

Hotel penginapan

Hotel penginapan

Kaabah di waktu malam

Kaabah di waktu malam

Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi ketika kami menyelesaikan umrah pertama. Memang meletihkan. Kami harus kembali ke hotel untuk berehat sebelum bangun untuk solat subuh pada pukul 4.30 pagi.

Akhirnya...

Akhirnya...

27 April 2009

Jam 3.30 pagi saya sudah bangun. Membersihkan diri dan bersiap-siap untuk ke masjid menunggu azan subuh dilaungkan. Ketika saya keluar, suasana di jalanraya masih seperti siang. Hidup dengan bunyi hon kereta yang tidak putus-putus. Debu-debu daripada kerja-kerja renovasi kawasan sekitar Masjidil Haram berterbangan sesekali menusuk hidung. Orang ramai sudah berbondong-bondong berjalan menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Saya terfikir; “Alangkah indahnya jika suasana sebegini wujud di Malaysia atau sekurang-kurangnya di Masjid Putrajaya”.

Selesai solat subuh, saya rehat seketika di kawasan masjid sambil membaca Al-Quran. Bila terasa lenguh kaki saya berdiri di tepian tangga yang menghadap Kaabah sambil merenung Kaabah. Rupa-rupanya inilah tempat yang seluruh umat Islam menghadap bila melakukan solat 5 waktu dan kini objek yang terpampang di atas sejadah sudah terpampang di depan mata secara ‘life’.

Saya pulang ke hotel untuk sarapan dan berehat. Selepas 2 jam saya kembali semula ke masjid untuk melakukan amalan-amalan sunat seperti membaca Al-Quran dan solat sunat. Selepas itu, buat tawaf sunat 7 kali. Itulah rutin hidup saya di sini. Saya berhasrat untuk solat di belakang Makam Nabi Ibrahim a.s. Saya berdoa dan terus berdoa. Akhirnya saya dapat.

Saya berhasrat untuk solat dan berdoa di Multazam [antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah]. Alhamdulillah, saya dapat beberapa kali.

Saya berhasrat untuk solat dan berdoa di bawah pancuran emas iaitu ruang yang berbentuk ladam kuda. Tempat ini, macam di raudhah berebut-rebut jemaah lain ingin memasukkinya. Alhamdulillah, saya dapat beberapa kali walaupun terpaksa bersesak-sesak.

PERISTIWA DI HAJARUL ASWAD

Akhirnya, saya juga berhasrat untuk mencium hajarul aswad walaupun sebelum ini beberapa kali saya cuba mendapatkannya dengan Hanafe tetapi terpaksa “back-off’ sebab tersepit dan lemas di celah-celah manusia. Pada pagi 29 Mei 2009, selepas solat subuh saya berdoa kepada Allah:

“Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk mencium Hajarul Aswad sebelum aku kembali ke tanahair. Kabulkanlah permintaanku ini”

Saya melakukan tawaf sunat. Selepas selesai yang ke-7, saya menyusuri tepian kaabah bermula dari penghujung Rukun Yamani. Tiba-tiba, saya didatangi oleh 3 orang jemaah Indonesia bertanya:

“Pak, dah dapat cium Hajarul Aswad?

“Belum. jawab saya.

Lantas, salah seorang dari mereka memegang tangan saya dan menarik saya supaya menerobos di seclah-celah manusia lain. Memang lemas sanya dibuatnya. Tetapi ketiga-tiga anak muda dari Indonesia tadi mengepung saya dan menyuruh supaya saya segera mampir ke tepi Kaabah dan jangan keluar.

Saya hampir berputus asa. Hampir keluar.

Pak, jangan keluar..kesamping [rapat] ke sini pak.

Di hadapan, di kiri dan kanan dan di belakang orang sedang tolak menolak. Kaki saya tersepit. Saya hanya mampu bertasbih, Subhanallah, subhanallah beberapa kali kerana rempuhan agak kuat. Peluh jantan memercik membasahi baju yang dipakai.

Dan, akhirnya saya sampai ke situ. Disuruh oleh pemuda Indonesia tersebut untuk tunduk dan mencium 2 kali sambil berselawat.

Saya melihat ke dalam hajarul aswad. Ada bintik-bintik merah di tengah-tengah batu yang diselaputi dengan warna hitam. Ketika muka saya dilekapkan di dalam, saya terasa dunia ini gelap dan “pause” seketika. Suara orang yang bertolak-tolakan di luar langsung tidak kedengaran. Bagaikan waktu teristimewa yang dikhususkan kepada saya.

Saya ditarik keluar oleh pemuda tersebut. Di bawa ke dataran Kaabah. @ orang kawannya mengikuti saya. Saya mula mengesyakki sesuatu, tetapi saya simpan di dalam hati.

Saya melakukan sujud syukur sambil mulut saya tercungap-cungap mengambil nafas akibat keletihan. nafas saya turun naik. Selesai berdoa saya didekati oleh mereka.

“Begini Pak, kami bertujuh datang belajar di sini. Perlukan uang untuk biaya pengajian kami di sini dan keluarga di kampung”.

Saya tersentak ! Dah dapat mengagak tujuan mereka sebaik sahaja saya keluar dari Hajarul Aswad.

“Berapa? tanya saya.

“Tak banyak pak, kira-kira RM700 sahaja untuk satu ciuman Hajarul Aswad”.

Muka saya berubah. Nak marah pun ada, sedih pun ada. Di hadapan Kaabah yang mulia ini masih ramai yang berani mencari kesempatan dengan cara begini. Lantas saya teringat dengan budak kecil yang menggunting rambut saya secara paksa sesudah sa’e beberapa hari lepas.

“Begini dik, saya sebenarnya tidak membawa uang yang banyak.Ini sahaja yang saya ada” sambil menghulurkan wang 50SR kepada mereka.

“Pak, apa bisa ditambah dikit lagi pak. Ataupun kami menyusuli bapak ke hotel untuk mengambil bakinya”.

“Wah, ini sudah lebih daripada menakutkan saya; ujar saya di dalam hati.

“Saya mengeluarkan 150SR bersamaan RM150 dan memberikan kesemuanya kepada mereka. Tanpa banyak cakap saya meninggalkan mereka dan bergegas pulang ke hotel. Saya khuatir keselamatan saya dan berdoa di dalam hati supaya segera selamat sampai ke hotel. Saya cepat-cepat menyusup di celah-celah jemaah lain.

Seharian saya termenung memikirkan kejadian pagi tadi. Saya benar-benar tersentak. Saya benar-benar sedih.

Selepas zohor saya duduk termenung di pinggir Kaabah. Serious memikirkan apakah hikmah di sebalik ujian ini. Saya tidak berhak marah kepada pemuda-pemuda tersebut kerana tanpa mereka mungkin sehingga ke hari ini saya tidak akan dapat mencium Hajarul Aswad. Saya berdoa memohon supaya dipermudahkan dan Allah mempermudahkan urusan saya dengan cara begini. Saya terpaksa korbankan RM150 SR untuk mendapat satu ciuman hajarul aswad sedangkan ketika di hotel ramai yang menceritakan peristiwa mereka mencium hajarul aswad dengan sendirinya. Saya betul-betul terpinga. Saya menerima ini semua sebagai ketentuan daripada Allah walaupun hati saya sangat terkilan. namun saya diamkan dan tidak bercerita dengan sesiapa pun.

Di hadapan Masjidil Haram

Di hadapan Masjidil Haram

bersambung di bahagian ke-2….

16 comments on “Sujudku di Lembah Bakkah 1

  • bro yang ni first time aku dengar..

    wah ade jugak yang amik kesempatan yer.. tapi anggaplah ujian tu bro.. kekadang yang benda tak disangka2 ni lah menduga kita kan..

  • salam…

    kasihan ya..

    hakikat manusia untuk meneruskan kehidupan walau terpaksa guna apa cara sekalipun.

    moga Allah menggantikan sesuatu yg lebih baik..

  • abu wafi,

    sesungguhnya apa yang menimpa saudara adalah sama seperti yang telah berlaku kepada ayahanda saya di sana. kami berlima Alhamdulillah dipermudahkan Allah untuk mengucup Hajarul Aswad tanpa bayaran sedangkan ayah saya dikenakan SR300. begitulah Allah merencanakan perjalanan hidup kita ini. namun yakinlah diterima atau tidak amalan itu hanya Dia jua yang tahu. kita hanya berusaha. moga amalan kita diterimaNya jua.

  • salam,
    saya ada juga dengar kejadian begini daripada jemaah haji pada tahun lepas. Banyakkanlah bersabar. Inilah ujian Allah dalam kita beribadah.

  • Salam Dik,

    Rupanya bila tengok gambar mu…kita gi sama satu pekej dgn hijjaz. Kawan Akak pun ditawarkan untuk mencium hajarul aswad dgn harga RM100.00. tapi akak tak ikut….pun sebab sunat aje. gitula dia org nak cari duit. Dari segi hukum biarla Allah yg menilai.
    Bila nak gi umrah lagi…

  • Iya…confirm. ingat tak..yg duduk disebelah awak tulah pakai jubah hitam masa gi dgn saudi air. kumpulan kita org 4 wanita yg sorang tu bawa mak dia. Ada juga berkenalan dgn awak tapi yg akak ingat isteri awak cik gu….saya kerja di bangi(MINT) skrg ni Nuklear Malaysia.

    Tahun ni gi buat hj ke???

  • Salam…. teruja dan begitu menarik pengalaman yg saudara ceritakan. Tahniah kerana dipermudahkan olehNya.
    Saya juga pernah didatangi oleh pemuda Indonesia yg menawarkan utk mengucup H/Aswad, tapi saya tolak….

  • Semasa ke tanah suci, kawan2 ada beritahu tentang Indonesian yang minta bayaran jika membantu kita untuk mengucup Hajarul Aswad, memang saya dan suami juga ada ditanya semasa berada di Kaabah tapi kami menolak. Alhamdullilah dengan bantuan suami saya dapat mengucup Hajarul Aswad – lengan saya berpaut dengan lengan suami, memang sukar untuk sampai ke hadapan tetapi jika saya pergi semasa Ramadan saya tidak mencuba kerana rasanya tidak terdaya untuk menempuh gelombang manusia yang padat.

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: