Sakit itu tanda kasih sayang Allah

Published January 25, 2011 by Menikmati Takdir Langit

 

Baru-baru ini saya menghadiri satu kuliah mengenai fiqh ibadat untuk orang-orang sakit. Selama ini saya hampir tidak pernah menghiraukan mengenai cara-cara untuk melakukan ibadah di kala sakit samada sakit yang kronik (yang tiada harapan untuk sembuh) seperti leukemia, kanser atau sakit yang bersifat sementara seperti demam atau luka di tangan yang boleh sembuh. Sebenarnya berbahagialah kepada mereka yang menderita sakit.

Kenapa saya katakan berbahagialah?

Selain dari ujian dari Allah yang menggugurkan dosa-dosa, meningkatkan darjat di sisi Allah, sakit itu adalah manifestasi kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hambanya.

Namun, tidak ramai yang berfikiran sebegini. Sakit dianggap satu malapetaka. Sakit dianggap sebagai penghalang untuk melakukan pekerjaan. Sakit sebagai sesuatu yang perlu dielakkan. Tidak hairanlah jika ramai yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi setiap bulan untuk keperluan vitamin dan makanan tambahan. Walaupun kita dituntut untuk menjaga tubuh badan yang diamanahkan oleh Allah, namun perlu diingat bahawa penyakit boleh datang dan pergi dengan izin Allah. Sakit itu tanda bahawa Allah mengingati kita dan ingin memberi peringatan kerana mungkin ada perkara-perkara maksiat yang kita lakukan tanpa kita sedari. Justeru penyakit datang lalu menggugurkan dosa-dosa mereka yang sabar menghadapinya.

Ramai yang mengganggap penyakit yang ditanggung akan membataskan seseorang dari melakukan amal ibadah fardhu seperti solat dan puasa tetapi sebenarnya pandangan ini adalah silap di sisi Islam.

Orang yang sakit lebih terbuka peluang untuk melakukan ibadah seluas-luasnya. Orang yang sakit lebih mudah untuk melakukan ibadah. Orang yang sakit diberi kelonggaran dan kemudahan seluas-luasnya oleh syarak.

Antaranya kewajipan berwuduk terangkat dengan digantikan dengan tayammum bagi mereka yang tidak mampu melakukannya kerana keuzuran. Solat fardhu boleh dilakukan dalam keadaan duduk, berbaring, dengan isyarat mata dan isyarat hati. Puasa pula boleh digantikan dengan membayar fidyah kepada orang miskin dan fakir. Maka apa lagi alasan untuk mengatakan tidak mampu melakukan ibadah di hadapan Allah kelak. Fikirkanlah…

Prinsipnya mudah sahaja iaitu selagi akal masih belum hilang maka kewajipan untuk melakukan amalan-amalan fardhu tidak pernah terangkat sama sekali, cuma diberi keringanan oleh Islam. Keringanan yang menandakan kasih sayang Allah kepada kita. Keringanan yang memberi ruang untuk hamba-hambanya melakukan ibadah seluas-luasnya tanpa alasan apa sekalipun.

Itulah tanda fleksibiliti dalam Islam. Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Islam agama yang ‘aacommodative’ untuk semua manusia tanpa mengira di mana sahaja kita berada dan ruang budaya yang diamalkan. Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.

Ibadat yang dilakukan ketika sakit walaupun tidak sesempurna amalan orang sihat sebenarnya setaraf dengan amalan orang sihat. Malah, jika dilakukan dengan sesabar mungkin akan menatijahkan ganjaran pahala yang lebih besar di sisi Allah berbanding ibadat yang dilakukan oleh orang yang sihat. Contohnya, bagi yang tidak mampu berpuasa boleh menggantikan dengan membayar fidyah RM2.00 satu hari didarab dengan 30 hari bermakna bayaran RM60 kepada fakir miskin boleh setanding (equivalent) dengan orang yang berpuasa 30 hari. Mudah bukan? Walaupun kelihatan seperti rugi di sisi manusia tetapi di sisi Allah ganjarannya sama sahaja.

Ustaz Azhar menceritakan pengalamannya menjadi penasihat agama untuk sebuah pusat perubatan hemodialisis di Kuala Lumpur. Hasil daripada pemerhatiannya kepada pesakit-pesakit di situ dibukukan dengan memasukkan pandangan ulama-ulama muktabar seluruh dunia serta fatwa-fatwa terkini.

Saya masih ingat pesanan beliau setiap kali beliau memberi kuliah mengenai fiqh orang sakit ini iaitu:

” Orang sakitlah yang paling mudah melakukan amal ibadah. Orang sihatlah lebih susah untuk melakukan amal ibadah. Orang sakit diberi kelonggaran seluas-luasnya oleh Islam.

Maka pandangan bahawa sakit akan membataskan dan mengurangkan pahala ibadah tidak boleh diterima kerana kelonggaran yang diberikan adalah satu anugerah Allah untuk mereka yang dipilih Allah. Rebutlah kesempatan yang diberikan dan usahlah berduka lara kerana ganjaran pahala pasti menanti bagi mereka yang bersabar menghadapinya. 

Abu Wafi, Putrajaya

7 comments on “Sakit itu tanda kasih sayang Allah

  • Assalamualaikum…semoga saudara penulis dirahmati ALLAH SWT..saya begitu tertarik membaca tulisan saudara berkenaan ‘sakit’..Subhanallah tulisan saudara begitu terkesan di sanubari saya..

    Kebetulan suami saya baru sahaja selesai menjalani rawatan dan operasi sakit batu karang..Alhamdulillah berkat kasih sayang dari ALLAH SWT suami tercinta sudah sembuh..

    Saudara penulis..saya mohon keizinan saudara untuk mengambil rencana tulisan saudara diatas untuk saya paparkan ke blog saya..sekiranya diizinkan oleh saudara..t.kasih..

    • Assalamualaikum wbt.

      Alhamdulillah kerana Allah telah menyembuhkan suami puan. Bila sakit saya teringatkan pesanan Said Nursi dalam Risalah An-Nur bahawa penyakit yang didatangkan oleh Allah kepada kita adalah juga sejenis makhluk seperti kita. Dia didatangkan untuk menyempurnakan tugasnya yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah. Justeru, dalam apa jua keadaan kita kena banyak bersabar dan redha kerana dipilih untuk menerima ujian Allah. Bersama ujian itu juga Allah memberikan keringanan atau rukhsah agar kita mampu melakukan ibadah fardhu seperti insan sihat. Itulah kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.

      Terima kasih kerana membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Jika puan ingin mengambil rencana saya ini untuk paparan di blog puan silakan. Mudah-mudahan ramai yang dapat mengambil manfaat daripadanya. Saya juga dapat mengambil manfaat daripada blog puan yang saya dapati penulisan puan juga sangat baik dan bermanfaat.

      Moga Allah meredhai kita semua.

      Terima kasih.

  • Sesungguhnye kesakitan itu adalah satu nikmat yg tidak semua manusia merasainye. hanya orang2 yg dpilih sahaja yg akan tahu kenikmatan di sebalik kesakitan; Selama saya berada dibumi ALLAH ini jarang sekali saya merasai sihat sepenuhnye seperti org lain….hidup saya akan sentiasa sakit dari yg berat sampai kepada yg ringan seperti demam biasa,tentang penyakit saya terlalu panjang untuk saya ceritakan,oleh sbb itulah saya katakan td org yg dipilih sahaja yg akan merasai nikmat sihat selepas sakit n nikmat sakit selepas sihat; segala2nye adalah dibawah kebesaran dn kekuasaan ALLAH jua.Semoga dgn kenkmatan yg diberi tidak kira dlm bentuk apa sekali pn didalam pelokan kasih sayang NYA. Amin.

  • Assalamualaikum..

    Selepas membaca hasil tulisan saudara, rasa sedar bahawa sebenarnya Allah masih syg kpd sy.. buat pengetahuan saudara, beberapa bulan yg lepas, sy telah mengalami kemalangan jalanraya.. sy telah patah kedua-dua belah tulang peha saya dan lutut kiri saya cedera.. sehingga sekarang saya hanya mampu berjalan dengan menggunakan tongkat.. sy sering mempersoalkan bila kaki sy mahu sembuh, dah sering fikir yg negatif.. sy lupa sebenarnya Allah sedang menguji sy..

    sy setuju untuk katakan bahawa sebelum ini, sy byk melakukan maksiat dan perkara2 yg dilarang oleh Allah.. Jadi apabila sy kemalangan saya rasa bahawa ini adalah balasan Allah kepada sy.. sy sering merasakan bahawa diri sy ini kotor dan hina disebabkan oleh kesalahan2 sy yg lepas.. sy merasakan bahawa sy tidak layak disayangi oleh Allah..

    Namun, setelah sy membaca dan mengetahui bahawa, bala dan ujian yg Allah timpakan kepada diri kita adalah kerana Allah sayangkan kita, pintu hati saya terbuka dan saya sedar.. mungkin kerana sayanglah, Allah tiimpakan kemalangan dan kesakitan kepada sy.. kerana Allah tidak mahu lihat sy berterusan melakukan maksiat dan kesalahan..

    sy seringkali berdoa dan menangis apabila mengenangkan diri sy yg dahulu yg bergelumang dgn dosa.. Alhamdulillah, sejak kemalangan, pintu hati sy sedikit2 semakin tertutup utk melakukan maksiat..

    byk sebenar nya dugaan yg sy hadapi skrg sejak kemalangan.. sy payah kedua2 belah tulang peha, lutut kiri sy cedera dan tidak kuat lagi, pengajian sy di IPTA tertangguh, majlis konvokesyen sy yg sepatutnya berlangsung Oktober ni ditangguh ke tahun hadapan, posting sy selepas konvo juga tertunda… sy sedih…

    buat pengetahuan saudara, sy adalah seorang bakal guru… mungkin kerana itulah, Allah menimpakan semua ini kepada sy… agar sy mampu berubah, agar sy dapat menjadi seorang guru yang baik… cuma satu perkara sahaja yg bermain2 di fikiran sy skrg.. “layakkah sy menjadi guru.. terasa diri ini hina dan kotor… ”

    sedih….

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: