Stesyen-stesyen Akhirat

Published September 3, 2010 by Menikmati Takdir Langit

Ramadhan dilalui seperti tahun-tahun sebelumnya. Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Jemaah yang sebelum ini membanjiri masjid mula berkurang, satu fenomena biasa yang berlaku setiap tahun. Saya berdoa kepada Allah semoga diberikan kekuatan untuk menghabiskan Ramadhan tahun ini dengan penuh bergaya. Bukan bergaya dengan baju raya dan persiapan menyambut raya sebaliknya bergaya dengan amal ibadah. Rata-rata manusia hari ini mahu hidup bergaya dengan pakaian, kenderaan dan rumah yang besar lagi cantik. Tetapi pernahkah kita terfikir apakah kita juga akan bergaya di akhirat dengan membawa bekalan yang banyak.

Di dunia kita memakai pakaian yang cantik lagi mahal. Berteduh pula di dalam sebuah rumah yang besar lagi indah. Bergerak ke sana sini pula dengan kenderaan yang cantik lagi selesa.

Bagaimana pula nasib kita di akhirat? Apakah gaya, mutu dan keunggulan yang kita pegang di dunia akan dinikmati bersama di akhirat? Apakah gaya, mutu dan prestij tadi akan berkekalan di akhirat?

Bergaya di dunia, bergaya juga di akhirat.

Saya cuba mempelbagaikan amalan Ramadhan kali ini bagi menambahkan perisa dalam amal ibadah yang dilakukan dan supaya ada warna warni dan tidak menimbulkan kebosanan. Kita adalah manusia yang lemah dan cepat jemu dengan satu-satu ibadah atau perlakuan, maka justeru kita perlu pelbagaikan supaya amalan dan perbuatan kita lebih kekal dan tidak menurun.

Jika tahun lepas saya lebih fokus berterawih di satu masjid sahaja tahun ini saya ubah dengan mengunjungi beberapa masjid dan surau Di masjid besi ada Syeikh Romi dan Imam jemputan dari Mesir yang mengimamkan solat. Di masjid Al-Falah USJ, ada Imam Eid Hassan dan Ahmad Haddad Qari dari Mesir. Di masjid lama Serdang ada tazkirah hebat-hebat di pertengahan solat tarawih. Di surau Taman Desa Pinggiran Putra, ada imam dari Masjidil Haram, Makkah Syeikh Abdul Rahman Al-Ber. Semuanya hebat-hebat belaka. Hampir kematu kaki berdiri ketika Syeikh Abdul Rahman Al-Ber membaca doa qunut ketika solat witir. Panjang dan saya rasa seperti berada di Masjidil Haram. Terima kasih kepada dermawan yang telah menaja kedatangan beliau ke sini. Pengalaman yang tidak terlupakan. Cuma alangkah indahnya jika kita mampu memahami setiap ayat yang dibacakan dengan makna dan tadabbur yang sempurna. Saya teringat pesanan Syeikh Fahmi Zam Zam, berusahalah mempelajari Bahasa Arab walaupun tidak dapat sepenuhnya memadailah jika kita mampu memahami setiap bacaan yang kita baca di dalam solat dan makna Al-Fatihah itu sendiri. Barulah feel itu datang…

 Di dalam menongkah arus dunia yang serba mencabar dan menyibukkan kita, sesekali jengahlah stesyen-stesyen akhirat. Apa itu stesen-stesen akhirat?

1. Membaca dan berusaha memahami Al-Quran;

2. Menghadiri Majlis-majlis ilmu;

3. Melakukan solat-solat sunat; dan

4. Berzikir dan mengingati Allah; dan

5. Menziarahi kubur.

Inilah perhentian kita di dunia. Sesibuk mana kita sekalipun jangan lupa singgah di stesen-stesen akhirat yang telah diperuntukkan kepada kita. Mudah-mudahan persinggahan ini akan memberi natijah yang baik untuk kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.  

Stesyen akhirat adalah butang “pause” atau mungkin bagi sesetengah orang adalah butang “reverse“. Pause untuk memuhasabah kembali diri yang banyak melakukan dosa dan reverse untuk berpatah balik memperbaiki diri dengan melakukan taubat nasuha. Inilah gunanya stesyen-stesyen akhirat ini, menyuci dan memperbaiki manusia agar tidak terbabas dengan runtunan nafsu dan pujukan syaitan yang menyesatkan. Menginsafi dan menyedari kelalaian dan kelemahan diri adalah tujuan terbaik mengapa kita perlu singgah di stesyen-stesyen akhirat ini.

5 comments on “Stesyen-stesyen Akhirat

  • Salam…

    Cuma nak bertanya, siapa ya imam jemputan solat tarawih di Masjid Wilayah Jln Duta thn ni? Tdgr siaran lgsg di IKIM.fm, 2 tertarik pulak nak tau siapa.

    • Maafkan saya, saya belum berkelapangan utk pergi ke sana kerana jarak yang jauh antara KL dan Putrajaya. Tetapi rakan saya yang tinggal berdekatan masjid tersebut memaklumkan memang ada imam jemputan dari luar negara samada Mesir atau Syria.

  • Tersentuh perasaan saya bila baca tulisan tuan ini. Saya berazam akan memperbaiki lagi bacaan dan fahaman Al Quran. Semuga tuan berjaya dalam usaha dakwah dan dirahmati allah.

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: