Mavi Marmara yang akan diingati

Published June 1, 2010 by Menikmati Takdir Langit

Dunia menyaksikan sekali lagi episod kekejaman Rejim Zionis. Kali ini mereka mensasarkan kekejaman mereka dengan menyerang dan membunuh sukarelawan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Keganasan Israel tidak mengenal siapa pun walaupun misi kemanusiaan yang tidak bersenjata.

Selama ini saya hanya memerhati dari jauh dan mengikuti dengan penuh minat misi kemanusiaan ini. Terdetik di hati bahawa suatu hari nanti saya juga ingin terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan untuk membantu saudara seagama di Palestin. Isu Palestin memang telah menarik perhatian saya sejak sekian lama.

Sebelum kapal “Mavi Marmara” diserang, saya sempat mengikuti perkembangan dari atas kapal tersebut menerusi wartawan Astro Awani Aswad Ismail yang sibuk menemuramah sukarelawan di atas kapal. Timbul kekaguman pada diri saya atas keberanian beliau untuk turut serta dalam misi yang penuh risiko itu.

Wartawan Ashwad Ismail

31 Mei jam 4.30 petang, saya mendapat sms dari seorang sahabat di Pulau Pinang meminta doa untuk keselamatan anggota sukarelawan Malaysia dan lain-lain negara yang sedang dikepung oleh tentera marine Israel. Hanya doa yang dapat kupanjatkan.

Sehingga semalam, saya menanti dengan penuh debaran mengenai nasib anak kapal yang ditahan di sebuah pelabuhan di Israel. Nasib 2 wartawan Malaysia bersama 10 sukarelawan Malaysia lain juga tidak diketahui. Kita mendoakan semoga Allah melindungi mereka namun jika ditakdirkan mereka syahid, itu adalah ketetapan Allah yang terbaik untuk mereka.

Dan hari ini dilaporkan bahawa kesemua 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal tersebut, dikhabarkan bahawa mereka kini sedang ditahan di dalam penjara di Israel. Sehingga catatan ini ditulis, belum ada tanda-tanda mereka akan dibebaskan.

Malam ini, saya berada di surau Al-Mizan, Putrajaya. Kebetulan ada kuliah Tasawwur Islam dan isu yang menarik perhatian ialah amal jariah kita untuk saudara-saudara kita di Palestin. Apakah yang telah kita lakukan setakat hari ini?

Di mana sumbangan harta benda kita dan di mana doa kita untuk keselamatan mereka?

Tabik hormat buat sukarelawan yang telah syahid semasa dalam misi membawa bantuan kemanusiaan untuk saudara seagama mereka yang menderita sekian lama di Gaza. Paling saya tersentak ialah apabila ustaz menyatakan bahawa semulia-mulia kematian adalah mati syahid dan di zaman yang serba moden ini mati syahid adalah kematian yang sungguh luar biasa berbanding kematian biasa di hospital dan jalan raya. Namun tidak ramai yang bisa mengecapinya kecuali mereka yang terpilih dan mempunyai niat yang ikhlas dalam membantu agama Allah ini.

Mudah-mudahan Allah akan menggantikan kehidupan para syuhada’ yang pergi di atas kapal Mavi Marmara ini dengan kehidupan yang lebih baik di syurga.

Pesanan ustaz, di dunia kita sibuk merancang kehidupan, merancang untuk membeli rumah, membeli kereta, menghimpun harta tetapi jarang yang merancang bagaimana cara dia hendak mati. Tidak langsung pernah terlintas di hati akan cara bagaimana kita ingin pergi bertemu Allah. Adakah kita ingin mati di hospital akibat sakit kanser, serangan jantung atau mati kemalangan di jalan raya atau kita ingin mati syahid seperti saudara-saudara kita di atas kapal Mavi Marmara. Kata Ustaz, berazamlah, bercita-citalah dan berdoalah semoga kita beroleh kematian semulia itu, kematian yang luar biasa di zaman internet ini.

Teringat saya kepada kata-kata mantan pemimpin Hamas yang syahid dibom peluru berpandu Israel Syeikh Abdul Azizi Rantisi:-

“It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing. Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache.” ~ As Syahid Dr Abdul Aziz Al Rantisi.

” Ianya tetap mati samada disebabkan oleh dibunuh atau penyakit kanser. Tidak ada apa yang berubah sekiranya helikopter Apache atau serangan sakit jantung. Aku lebih suka memilih untuk mati diserang apache”

Ceramah disudahi dengan solat Isyak dan kemudiannya kami semua melakukan solat Hajat. Terasa sedikit terkesan dan terharu dengan bacaan imam semasa membaca Qunut Nazilah.

Rakyat Gaza (sebutan betulnya Ghazzah) sedang tersepit dan tertekan dengan sekatan yang dikenakan ke atas mereka. Namun mereka tetap cekal menghadapinnya.

Gaza adalah bumi kelahiran Imam Syafie yang menjadi mazhab ikutan umat Islam di Malaysia. Gaza bumi tempat Nabi Ibrahim a.s bermastautin sehingga akhir hayatnya. Sesungguhnya, Gaza adalah bumi yang dimuliakan. Mempertahankan bumi Gaza adalah sesuatu yang sungguh mulia di sisi Allah.

Inilah sumbangan yang dapat saya berikan. Hanya doa dan rasa prihatin terhadap apa yang menimpa saudara seagama kita di Gaza dan para ikhwah yang memberanikan diri mengambil risiko merentas lautan untuk menghantar bantuan.

Mudah-mudahan Allah merahmati mereka.

Abu Wafi, Putrajaya

2 comments on “Mavi Marmara yang akan diingati

  • assalamualaikum abuwafi,

    sekadar ingin bertanya, boleh kan kita, umat islam khususnya, berdoa kepada Allah, agar Allah memusnahkan kaum israel? dengan kata lain bolehkan kita mendoakan Allah melaknat sesuatu kaum yang zalim? boleh kan kita berdoa untuk kemusnahan, atau sepatutnya kita doakan semoga Allah menurun hidayah kepada mereka?

    • Waalaikumsalam,

      Terima kasih atas keprihatinan saudari. General rule dalam Islam kita seharusnya mendoakan semoga Allah memberikan hidaya kepada seseorang. Namun spesific rule, dalam kes Israel ini perlu dibezakan. Kaum Yahudi adalah satu kaum yang banyak kali disebut di dalam Al-Quran sebagai satu bangsa yang degil dan keras kepala. Dalam Surah Al-Baqarah: 120 Allah berfirman ” Dan mereka(Yahudi dan Nasrani) tidak akan redha kepada kamu (Muhamamad dan umatnya) selagi kamu tidak mengikuti jalan hidup mereka. Allah gunakan perkatan “lan” untuk menggambarkan tidak yang bersifat selama-lamanya sehingga ke hari kiamat. sedangkan kalimah “la” atau “Lam” tidak digunakan. Justeru ini jelas menggambarkan kedegilan dan kebejatan bangsa Yahudi. Untuk membincangkan mengenai bangsa Yahudi ini memerlukan masa yang panjang. Cukuplah sekadar saya menyatakan bahawa kita dianjurkan membaca Qunut Nazilah bila berdepan dengan situasi begini. Jika ditelusuri sirah, Nabi saw sendiri pernah mendoakan laknat ke atas beberapa kafir Quraisy yang mendera Nabi ketika peringkat awal dakwah Islam di Makkah. Jadi perkara ini dibolehkan ketika kita dizalimi dan tiada upaya dan kekuatan untuk melawan balik. Yahudi adalah satu bangsa yang kerap memungkiri janji, menipu dan menekan umat lain. Telah termaktub di akhir zaman nanti kaum ini akan dimusnahkan oleh umat Islam, jadi bukanlah sesuatu perkara yang pelik jika kita berdoa semoga Allah memusnahkan mereka. Perbincangan mengenai perkara ini panjang. Saya sarankan saudari membaca sejarah dan kisah para nabi yang berdepan dengan kaum Yahudi ini, di situ saudari akan bertemu jawapannya.

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: