Marathon tanpa henti…patutkah?

Published November 13, 2009 by Menikmati Takdir Langit

TERFIKIRKAH anda untuk menyanyi, bermain alat muzik tradisional serta menari selama 15 jam di dalam kereta api yang sedang bergerak? Mendengarnya sahaja sudah memenatkan. namun bagi Kumpulan Kebudayaan Sri Rahmat yang berasal dari Kampung Seterpa, Kelantan, mereka membuktikan pepatah ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ bukan sekadar ayat pemanis mulut. Tepat jam 10 pagi, 20 Oktober lalu, misi untuk mencipta rekod dikir barat terpanjang di dalam kereta api dari Singapura ke Tumpat, Kelantan menjadi kenyataan setelah 15 jam 10 minit kumpulan yang dianggotai 25 pendikir itu bersengkang mata menjayakannya. “Sesungguhnya semangat dan disiplin tinggi yang membawa kejayaan kepada kumpulan ini,” tegas Setiausaha Pemasaran Homestay Seterpa, Azmahnorani Mat Jusoh yang sering bertindak selaku jurucakap kumpulan tersebut. Kata-kata beliau ada benarnya. Disiplin kumpulan itu nyata tinggi apabila tidak seorang pun di antara ahli kumpulan menolak apabila giliran mereka tiba untuk meneruskan ‘perjuangan’ yang memenatkan itu meskipun dikejut dari lena seawal jam 3 pagi. Dan semangat kental pula terlihat apabila ada di antara pemain-pemain kompang dan alat muzik lain mula mengalami kecederaan di tangan dan lutut akibat terlalu lama memukul dan memangku alat itu. Luka-luka kecil itu kemudiannya ditampal bukan dengan ‘plaster’ sebaliknya hanya menggunakan ‘masking tape’ setebal mungkin bagi membolehkan segala kudrat yang masih ada terus diguna untuk menjayakan misi itu. “Apa pun, kami telah bertekad untuk tetap menjalankan misi ini. Kini segalanya selesai dan saya bersyukur atas kejayaan ini,” katanya ketika ditemui sebaik turun dari tren no 14 Ekspress Timuran.                                         [PETIKAN DARI AKHBAR ]

ULASAN

1. Hairan dengan sikap manusia hari ini yang sanggup berhempas pulas untuk menjayakan ‘misi keduniaan’ sehingga sanggup mencederakan diri sendiri semata-mata untuk mempertahankan seni budaya;

2. Sedih kerana tidak ramai yang mahu berhempas pulas melakukan ibadah kerana Allah seperti yang ditunjukkan oleh Rasululah saw yang beribadah sepanjang malam sehingga ditegur oleh isterinya Aisyah, lantas jawab baginda ” Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”

3. Sedih kerana manusia hari ini membuat sesuatu perkara hanya untuk mencari kepuasan hidup yang tidak kekal sedangkan keredhaan Allah malas untuk dicari;

4. Sedih kerana manusia hari ini terlalu bercita-cita untuk mengejar kemasyhuran semata-mata kerana ingin mendapat nama dan memecahkan rekod sedangkan perkara ini tidak kekal lama;

5. Alangkah indahnya sekiranya manusia sanggup berlumba-lumba dan bersaing untuk mengerjakan kebajikan dan amal soleh sebagaimana Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina Umar berlumba-lumba mendermakan harta kekayaan mereka untuk kerja-kerja menegakkan Islam;

6. Alangkah baiknya jika kecederaan kaki dan tangan yang kita alami adalah ekoran terlalu lamanya berdiri semasa solat sebagaimana yang dialami oleh Rasulullah saw dan para sahabat yang bengkak kaki kerana lama bersolat dengan penuh khusyuk;

7. Ramai yang sanggup bersusah payah kerana mengejar nama, kepuasan diri sendiri namun berama ramai yang sanggup bersusah payah mencari keredhaan Allah;

8. Kemegahan dan kemasyhuran tidak akan kekal lama sebaliknya akan dilupakan manusia dengan peredaran zaman;

9. Bersyukur dengan pencapaian yang diperolehi memang dituntut. Namun kesyukuran tersebut perlu dizahirkan dengan mempastikan supaya semuanya dilakukan mengikut landasan syariat dan paling utama mendapat keredhaan Allah; dan

10. Apa sahaja amalan yang ingin kita lakukan mestilah dilakukan dengan tidak mengabaikan kewajipan fardhu seperti solat.

11. Dunia yang kita pijak, kemasyhuran dan kemegahan yang kita kejar akan hilang sebaik sahaja kita mati. Sebaliknya apa yang dinilai dan dihitung di sisi Allah ialah keikhlasan dan kesungguhan kita melakukan ketaatan kepada Allah. Inilah yang akan menemani kita di alam barzakh dan menjadi saksi penolong kita di hadapan Allah kelak.

Abu Wafi, Putrajaya

5 comments on “Marathon tanpa henti…patutkah?

  • Jangan cakap tak serupa bikin sudah lerr…. Syaitan menguji banyak cara untuk menghasut golongan manusia, syaitan tidak akan menghasut orang yang so-called Alim/beriman untk pergi disco/clubing dan sebagainya, sebaliknya golongan ini akan terpedaya dengan rasa Megah dengan ilmu agamanya, rasa hebat dengan keimanannya dan mula memperkatakan tentang kerendahan Iman dan taqwa orang lain, memperlekehkan tabiat orang lain. Perasaan tersebut merupakan bisikan syaitan kepada golongan2 ini sehingakan mereka tidak sedar dengan sifat ujud dalam diri mereka.

    Jadi lebih baik kita mendoakan kepada semua muslimin dan muslimat agar diberi petunjuk dan hidayah supaya sentiada dipertingkatkan imanya, diampunkan dosa-dosanya daripada kita memperlekehkan mereka.

    Fiikr-fikrkanlah.

    • Terima kasih kerana mengingatkan. Penulis sama sekali tidak berniat untuk merendah-rendahkan keimanan orang lain. Penentuan ke syurga atau neraka adalah terletak di atas kasih sayang dan rahmat Allah bukan pada amalan. Walau bagaimanapun, sebagai hamba kita dituntut untuk dengar dan patuh serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan.

      Saya setuju dengan saudara bahawa memang ada segelintir manusia alim yang merasa bangga, sombong dan ego dengan ilmu agama yang mereka miliki sehingga mereka memandang rendah dan jijik pada manusia lain yang bergelumang dengan maksiat. Sejarah telah membuktikannya. Menurut Syeikh Ibn Ataillah As-Sakandari : Allah lebih menyukai rasa rendah diri, kerdil dan berdosa seorang pendosa. daripada rasa besar diri dan seorang alim. Sama sekali tidak pernah berniat untuk merasa megah dengan ilmu agama yang penulis ada.

      Cuma yang hendak mengajak saudara dan pembaca berfikir kalau kita sanggup bersusah payah untuk satu misi yang bersifat keduniaan mengapa kita tidak sanggup melakukan yang perkara sama untuk akhirat????

      Kedua, adakah tindakan sebegini wajar dilakukan??? Adakah Islam membenarkan sesuatu tindakan dilakukan secara berlebih-lebihan dan melampaui batas??? Mencederakan diri serta aksi-aksi lain yang boleh memudaratkan kesihatan diri hanya untuk satu misi sama sekali tidak dibenarkan Islam kerana Islam adalah agama yang mengajak umatnya supaya sentiasa bersederhana di dalam segala tindakan serta tidak melampau-lampau.

      Saya akui bahawa syaitan sentiasa membisikkan kata-kata hasutan kepada alim ulama supaya terpengaruh dan merasa diri suci, alim, warak tetapi percayalah tulisan saya di dalam mengupas isu ini dilakukan dengan ikhlas kerana sebaik sahaja saya membaca berita ini saya berasa sedih dan Allah menggerakkan hati saya untuk menulis sesuatu bagi menyatakan ketidakwajaran tersebut. Saya cuma mahu mengajak saudara LU FIKIRLAH SENDIRI supaya berfikir dengan mendalam. Mungkin saudara terlupa bahawa di dalam Islam ada konsep AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR. Saudara mengajak saya supaya sepatutnya mendoakan mereka supaya diberikan hidayah tetapi perlulah diingatkan bahawa sebagai individu muslim tanpa mengira pangkat,keturunan dan keilmuan mempunyai tanggungjawab untuk MENEGUR sekiranya ada perkara yang didapati tidak berlandaskan syariat.

      Dalam masa yang sama, di dalam hati saya masih menyimpan rasa kasih pada saudara seagama dan turut juga mendoakan supaya mereka itu diberikan hidayah oleh Allah dan petunjuk. Ulasan saya adalah secara umum. Saya masih bersangka baik kepada mereka cuma saya meminta supaya apa sahaja tindakan yang kita lakukan biarlah berpandukan syariat.

      Apa pun, terima kasih kerana mengingatkan. Mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada saudara, saya dan kita semua. Saya menghargai pandangan saudara.

  • Salam Saudara Shahnaz,

    Satu usaha murni yang perlu tuan diteruskan, tulisan tuan “tidak dapat tidak” (La Budda) membuatkan para pembaca Marhain seperti saya untuk mendapatkan rujukan sampingan dan tambahan bagi membuat perbandingan ke atas ayat2 Al-Quran dan Hadis2 yang telah digunakan tuan dalam membicarakan sesuatu isu.

    Apa2pun, “Innama A’malu Biniyyat”

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: