Kita Allah yang punya

Published August 14, 2009 by Menikmati Takdir Langit

Satu demi satu nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Pelakon Shukri Hashim meninggal dunia kerana kanser lebih kurang 2 bulan yang lepas. Pengarah terkenal dengan filem-filemnya yang kontroversi Yasmin Ahmad meninggal dunia diserang sakit jantung ketika membentangkan kertas kerja di TV3. Dan semalam, vokalis kumpulan Rabbani Ustaz Asri Ibrahim rebah ketika sedang menjalani rakaman rancangan syahadah di angkasapuri. Beliau pergi tak kembali. Pergi menemui Allah Tuhan Rabbul Jalil sebagaimana yang sering dinyanyikannya.

DSC_5565

Berbanding kematian tokoh lain, pemergian Allahyarham Ustaz Asri memang memberi kesan kepada hati ini. Saya masih teringatkan alunan suaranya yang merdu terutama ketika beliau di dalam kumpulan Nadamurni dahulu. Bagi saya nasyid beliau ketika itu lebih bertenaga, simplistik tetapi cukup menyentuh hati malah menginsafkan. Kehilangannya begitu dirasai.

Semalam selepas maghrib saya berada di UniKL Gombak atas urusan peribadi. Sepanjang perjalanan pergi dan pulang radio IKIM menyiarkan segmen khas selama 2 jam bagi mengenang nostalgia allahyarham bersama IKIM F.M. Lagu-lagu lama semasa dalam kumpulan Nadamurni dimainkan satu persatu. Hati saya cukup tersentuh mendengarnya apatah lagi di waktu malam yang sunyi dan syahdu.

Saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Tetapi saya tidak menafikan bahawa saya adalah antara peminat suaranya. Kali terakhir saya berjumpa beliau secara ‘live’ ialah di majlis khatam Al-Quran saya di UNITEN Bangi 2 tahun yang lepas. Itulah kali pertama dan terakhir saya bertemu dengan beliau. Terpukau dengan persembahan vokal beliau yang bertenaga dan dinamik.

Dalam banyak-banyak lagu saya sukakan lagu-lagu beliau yang lama. Lirik-liriknya ‘simple’ tetapi mengancam. Tajuk lagu saya dah lupa tetapi bait-bait liriknya kadang-kadang bermain-main di jiwa saya.

 Kita Allah punya…. Kita tidak punya apa-apa…. Kita hanya mengusahakan apa yang ada … Semua Allah yang sediakan….

Memang diri kita kepunyaan Allah. Bila sampai masanya kita akan dijemput menghadap Allah sama ada kita suka atau tidak, sama ada kita bersedia atau tidak. Tidak akan dipercepatkan walau sesaat dan tidak akan ditangguhkan walau sesaat pun…

Ustaz Asri Ibrahim telah meninggalkan dunia yang fana ini menuju illahi. Beliau meninggalkan seruan dakwahnya mengajak manusia ke jalan Allah melalui lagu-lagunya dan bait-bait liriknya. Semoga beliau tenang di sana. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para anbiya’,solihin,syuhada’ dan siddiqin.

IMG_0331

Gambar : Source blog Ustaz Asri

Beliau benar-benar telah pergi…. Pergi tak kembali.

ABU WAFI, Putrajaya

2 comments on “Kita Allah yang punya

  • Salam Abu Wafi,

    Sungguh saya juga turut terkejut apabila mendapat berita pemergian beliau. Apapun, itulah janji Allah, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

    Namu begitu saya yakin, meskipun beliau pergi dalam usia yang masih muda, tinggalan beliau akan memanjangkan ‘usia’ beliau di alam fana ini. ‘Tinggalan’ yang akan terus menjadi bekal buat beliau untuk dibawa mengadap-Nya kelak.

    Persoalannya, apakah bekalan kita yang masih bernyawa ini sudah mencukupi untuk dibawa apabila dipanggil mengadap-Nya kelak?

    • Entah apa yang akan berlaku kepada kumpulan nasyid Rabbani selepas ini. Pemergian allahyarham pastinya akan menyentak hati 8 orang ahli yang lain. Patah tumbuh hilang berganti… tapi yang mengganti tidak akan sama dengan yang patah.. tidakkan sama selama-lamanya.

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: