Merenung ujian kepada diri

Published June 28, 2009 by Menikmati Takdir Langit

Salam,

Saya jarang menulis catatan di hujung minggu. Selalunya di hujung minggu banyak dihabiskan masa bersama keluarga, berada di rumah, keluar membeli barang keperluan,pergi pasar dan sekali sekala melakukan ziarah ke rumah saudara mara dan sahabat handai.

Di sini saya keseorangan, begitu juga isteri saya. Kami sama-sama terasing kerana sebahagian besar saudara mara berada nun jauh di utara tanahair. Namun keterasingan dan kesunyian ini diubati dengan panggilan telefon seminggu sekali atau sekerap yang mungkin bergantung kepada keperluan. Pastinya ayah dan ibu yang berada di Kedah menjadi tempat mengadu dan bercerita masalah dan memohon pandangan jika perlu.

Kadang-kadang saya terfikir kenapalah saya dicampakkan di tempat yang paling jauh dan tersorok berbanding dengan saudara mara yang lain. Bila saya susah, bila anak sakit kami benar-benar teruji. Beberapa kali ayah dan ibu saya terpaksa bergegas ke sini semata-mata untuk menjaga cucu tersayang yang terlantar di hospital. Saya kasihankan mereka. Seingat saya, anak sulung kami telah 6 kali dimasukkan ke wad kerana demam panas , asma dan keracunan makanan. Manakala Munzir, anak kedua pula terlantar 5 hari di hospital Serdang lewat tahun 2006 kerana penyakit “disentry” iaitu cirit birit berdarah akibat jangkitan kuman. Kenangan bermalam di wad kanak-kanak hospital Serdang tidak mungkin saya lupakan. Saya cuma tidur sedikit dan terjaga setiap kali doktor dan jururawat datang melawat. Mujurlah buku karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni yang menyuntik jiwa pada waktu itu. Ternyata La Tahzan memang mujarab sebagai bacaan tambahan selain dari Al-Quran.

26619219

Segala kesusahan yang mendatang diterima dengan hati yang terbuka walaupun jiwa saya keluh kesah. Saya tidak mampu menipu diri. Walaupun lidah menyatakan saya harus bersabar namun di dalam hati Allah sahaja yang tahu. Memang sukar untuk menyatakan sabar berbanding bila kita benar-benar diuji dengan kesabaran itu sendiri.Saya pasrah bahawa ini merupakan ujian dari Allah dan ujian ini merupakan satu proses tarbiyyah atau pendidikan yang berterusan dari Allah ke atas hamba-hambanya. Berada di hospital dan bergaul dengan pesakit-pesakit lain membuatkan saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Ada yang sudah 1 bulan berada di hospital menemani anak yang sakit. Masa itu saya tersedar bahawa dalam keadaan semacam ini seharusnya saya melihat kepada nasib orang yang berada lebih teruk daripada saya dan bukannya melihat kepada orang yang sihat walafiat. Melihat kesusahan dan penderitaan yang ditanggung insan lain sekaligus memberikan keinsafan kepada saya bahawa ujian yang diberi kepada manusia ini pelbagai dan tidak sama. Namun jauh di hati, saya tetap yakin dan percaya bahawa ujian Allah kepada manusia dalam bentuk musibah dan kesusahan tidak sama sekali memberatkan manusia atau di luar kemampuan manusia kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui keupayaan kita sebagai hamba.

Firman Allah :

” Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan”.

 [As-Syarh: 5-6]

Abdullah Ibn Abbas mentafsirkan ayat ini sebagai ” Kesusahan itu tidak akan dapat mengalahkan dua(2) kemudahan yakni dengan bahasa yang lebih mudah setiap kesusahan akan diikuti oleh 2 kemudahan.

Mengenangkan segala bentuk ujian kesusahan yang didatangkan oleh Allah kepada kita menyebabkan kita berfikir bahawa di sebalik semua ini akan ada kesenangan atau kemudahan yang telah dijanjikan oleh Allah bagi orang-orang yang bersabar dan redha. Ujian kesusahan semakin mendekatkan diri kita kepada Allah dan sepatutnya lebih menkhusyukkan solat dan doa kita kepadaNYA. Ujian kesusahan perlu dilalui dengan hati yang tenang walaupun air mata bisa tumpah mengalir membasahi pipi akibat ujian tersebut namun percayalah jika semuanya dilalui dengan redha dan pasrah insyallah ganjaran yang besar menanti kita di akhirat kelak.

Ya Allah sesungguhnya aku redha dengan ujian-ujianMu….. Tunjukkilah aku jalan keluar dan permudahkanlah urusanku Ya Allah.. Sesungguhnya aku berserah seluruh jiwa dan ragaku kepada Mu.Amin.

Memang ujian itu sesekali melemaskan diri. Namun tiada siapa yang dapat menolak ketetapan dan ketentuan Allah kepada hambanya. Ujian tanda kasih dan sayang Allah kepada kita. Tiada jalan keluar melainkan dengan memohon pertolonganNya. Itu sahaja pilihan yang ada setelah kiri dan kanan kita terhimpit depan dan belakang kita terhalang. Pengaduan kepada Allah mengatasi pengaduan kepada makhluk.

Saya melihat ke luar tingkap… suasana sunyi dan sepi… jam menunjukkan pukul 10.46 malam. Anak-anak telah lama tidur dan saya masih di sini. Saya teringatkan ujian-ujian yang dihadapi pada masa lalu dan apakah yang telah saya lakukan semasa berhadapan dengan ujian-ujian lepas telah ditangani dengan cara yang betul??

Igauan saya kepada ujian-ujian yang diterima pada masa lalu sesekali menyentak diri dan membawa diri ke dimensi yang baru.  Dimensi memperbaharui diri. Semoga Allah memberikan kekuatan. Mudah-mudahan.

ABU WAFI,Putrajaya

4 comments on “Merenung ujian kepada diri

  • Salam Abu Wafi,

    Benar ujian memang melemaskan diri dan menyesakkan dada, tetapi Allah mahu memberitahu bahawa kita ini dekat dengan-Nya. Dia tak pernah melupakan kita tapi kita sering lupa pada Dia.

    Hidup tak pernah lepas dari ujian tetapi ujian yang datang ternyata lebih mematangkan kita, malah mampu kita tanggung sesuai keupayaan kita. Justeru kita jadi lebih tabah dan lebih mengingati Dia. Paling manis, natijahnya kegembiraan jua.

  • Salam ya akhi Shahnaz,

    Berbanyakkan bersabar kerana setiap ujianNYA akan pasti dibalas dengan sesuatu yang amat bermakna kepada diri tuan sekeluarga.

  • setelah beberapa lama dihimpit ujian dan terpaksa berhadapan dgn kenyataan yang memilukan, baru sy tersedar yang Allah sangat sayang pada hambaNya yang fakir ini. Sebenarnya ujian memunculkan doa yang selama ini kita hanya dengar namun tidak pernah memohon sendiri dgn sungguh2 pada Allah. sedangkan doa itu amat lah perlu buat kita dlm mengharung hidup yang penuh cabaran dan dugaan ini. “Ya Allah tetpkanlah hati ku dalam ketaatan kepadaMu”. ternyata akhirnya sy redha dgn sesuatu yang tidak ditakdirkan utk sy..semoga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik..Amin..

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: