Bermanfaatkah diri ini

Published June 19, 2009 by Menikmati Takdir Langit

P3083564

2 malam lepas semasa dalam perjalanan ke hotel Palace of Golden Horses   saya mendengar radio. Memang itu rutin hidup saya. Dalam kereta mesti buka radio. Kalau tidak saya bosan. Kalau tiada rancangan menarik saya buka CD mendengar lagu-lagu Sami Yusuf. Radio IKIM 91.5 FM memang telah saya menjadi pilihan utama.

Petang itu, saya ada majlis makan malam di hotel berkenaan. Dari KL saya tidak terus pulang ke rumah sebaliknya terus ke hotel menunggu majlis bermula seusai maghrib.

Sambil mendengar, sambil berfikir dengan tajam dan sambil memerhati kenderaan di sekeliling. Saya teringat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Daruqutni seorang ulama terkenal.

“Sebaik-baik manusia, ialah orang yang bermanfaat kepada manusia lain”.

Saya juga teringat satu hadith lain :

” Sebaik-baik lelaki ialah lelaki yang berbuat baik kepada isteri dan anak-anaknya (keluarganya)”.

Lantas ini dijadikan moto saya. Berusaha untuk menjadi insan yang bermanfaat dan berfaedah kepada orang di sekeliling. Supaya kehadiran diri dirasai, dan ketiadaan diri dirasakan satu kehilangan kepada orang di sekeliling.

Saya tidak mahu menyusahkan orang lain dan saya tidak mahu kehadiran saya di dunia ini menjadi sampah kepada orang lain. Jadi saya mesti berusaha untuk memberi manfaat kepada orang lain walaupun dengan kadar yang sedikit.

Saya mula berfikir dan bertafakur sambil memandu kereta di lebuhraya Sg. Besi yang sesak ketika itu. Mampukah saya !!!!!!!!!!

Saya ingin bahagia. Saya ingin hidup tenang walaupun dikelilingi dengan seribu satu permasalahan yang memenuhi “storage” otak saya.

Suatu hari saya berada di restoran. Saya bersendirian ketika waktu ‘lunch’. Saya memesan segelas “fresh orange”. Malangnya fresh orange yang saya pesan tidak sejuk untuk menghilangkan dahaga ketika itu. Saya melihat ke dalam gelas. Hanya ada 3 ketul kiub ais sedangkan gelasnya agak besar dan 3 ketul kiub ais ini tidak mampu untuk menyejukkan keseluruhan air.

Lantas saya merenung ke dalam diri. Mungkinkah saya adalah salah satu daripada 3 ketul ais ini jika dinisbahkan dengan kehidupan saya di dunia sekarang?

Kehadiran saya tidak dapat membantu menyejukkan keseluruhan air di dalam gelas. Kehadiran saya di dunia ini tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain di sekeliling.

Justeru, saya mahu menjadi ketulan-ketulan ais yang boleh menyejukkan keseluruhan air di dalam gelas. Saya mahu menjadi bermanfaat kepada orang lain. Kalau saya jadi ketulan ais, saya mahu menyejukkan air di dalam gelas. Saya mahu manusia yang menikmati air tadi akan merasa puas dan hilang dahaga bila meminum air.  Itulah manfaat saya.

Saya mula memikirkan perjalanan hidup saya selama 36 tahun yang lepas. Segala peristiwa-peristiwa penting mula terbayang-bayang di ruang mata. Segala pengalaman pahit dan manis tersingkap kembali. Mengingati apakah selama ini saya benar-benar telah memberi manfaat kepada orang lain.

Saya bukan Presiden atau Perdana Menteri sebuah negara. Saya bukan CEO sebuah syarikat besar. Kalau saya menjadi orang-orang yang berpengaruh dan berkuasa seperti di atas sudah tentu saya boleh memberi manfaat kepada orang di sekeliling saya melalui kuasa yang ada pada saya.

Saya juga bukan seorang ulama besar seperti Almarhum Fathi Yakan yang mampu mengubah pemikiran masyarakat melalui bukunya “Apa Ertinya saya Menganut Islam”.

Saya hanyalah insan biasa. Saya tidak mampu berbuat demikian. Kehadiran saya hanya dirasai oleh orang-orang yang paling hampir dengan saya iaitu di rumah dan di pejabat. Justeru, bagaimanakah saya dapat memberi manfaat kepada mereka semua ???

Saya ingin menjadi bahagia. Namun apakah kebahagiaan itu diukur dengan kebendaan dan wang ringgit. Saya ingin jadi bahagia dengan berusaha untuk membahagiakan orang lain.

Membahagiakan anak dan isteri melalui kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, membahagiakan “bos” di pejabat dengan patuh dan taat pada arahan yang diberi, membahagiakan sahabat dan taulan dengan sentiasa mengeratkan tali persaudaraan sesama insan, membahagiakan orang-orang bawahan saya dengan senyuman dan sikap yang diplomasi. Bahagia orang lain, bahagialah diri ini. Jika saya dapat membahagiakan orang lain bermakna saya telah menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain.

Saya mula terfikir. Mungkin ini salah satu daripada jawapan kepada persoalan tadi. Selain daripada membahagiakan kehidupan orang lain, apa lagi yang mampu saya lakukan. Biar sekecil-kecil perkara, biar sepuluh sen yang didermakan kepada tabung masjid  atau orang miskin, namun tindakan sedemikian sedikit sebanyak memberi KELEGAAN kepada orang lain. Menghilangkan dan meringankan kesusahan orang lain bererti saya telah bermanfaat kepada mereka dan bermakna saya telah membahagiakan hidup mereka setidak-tidaknya. Oh… alangkah bahagianya hati ini.

Muhasabah diri. Evaluate yourself ….To what extent you have benefitted to others… and to what extent you have benefitted to ISLAM?????

Allah, please guide me to the right path …..

ABU WAFI, Putrajaya.

5 comments on “Bermanfaatkah diri ini

  • salam abu wafi,

    berfikir sejenak lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat. sesungguhnya anda telah berbuat demikian. moga kita semua diberi kekuatan untuk beristiqamah dalam perbuatan kita untuk senantiasa berada di jalan-Nya.

  • Salam Ya Akhi,

    Sekadar berkongsi… setiap kejadian ada sebabnya termasuk juga penularan wabak H1N1 ketika ini.
    Untuk makluman tuan, baru-baru ini ketika mengikuti satu “assignment” di luar Putrajaya, saya termasuk beberapa pegawai kanan dan juga big boss kita berdepan dengan situasi antara hidup dan mati namun di atas kehendakNYA, Alhamdulillah kami semua terselamat. Sebaik sahaja, kami berada di tempat yang lebih selamat maka berceritalah para pegawai-pegawai berkenaan mengenai pengalaman yang mungkin mereka tidak boleh lupakan itu. Bila mereka bertanyakan kepada saya bagaimanakah perasaan saya selepas melaluinya… secara impromptu saya menjawab bahawa kita telah diselamatkan olehNYA kerana masih ada beberapa tanggungjawab/amanah besar yang masih perlu/belum dilaksanakan oleh kita lagi..
    Moralnya tuan, setiap daripada kita ada peranan masing-masing sehubungan itu tuan tidaklah perlu berasa bahawa diri tidak mempunyai peranan penting.
    Jika tuan masing ingat lagi amanat2 yang diberikan oleh mantan big boss kita dahulu yang sering memanggil saya sebagai buah ciku bahawa sesungguhnya kita ini umpama sebuah rumah masing2 mempunyai peranan tersendiri e.g mungkin tuan berperanan sebagai pintunya manakala saya pula sebagai tingkapnya, Karima tangganya…. and the list goes on and on and on…

  • Terima kasih Tuan Amir atas peringatan yang sungguh berguna. Memang saya akui setiap dari kita punya peranan masing-masing. Tak kiralah sama ada saya jadi pintu atau jadi tingkap yang penting peranan itu dilaksanakan sebaik mungkin. Semua peranan sama penting.

    Cuma, kadang-kadang kita berasa bahawa peranan yang kita mainkan tidak cukup kuat untuk merobah sesuatu perkara. Walaupun kita hanya menjadi pintu yang membuka jalan kepada orang lain untuk masuk namun pintu tadi juga berharap suatu hari nanti dia akan dapat memainkan peranan yang lebih besar lagi.

    Saya masih ingat pada semua pesanan mantan bos-bos kita yang telah pencen.masih segar dalam ingatan. Yang pastinya peranan yang kita mainkan dari sehari ke sehari semakin bertambah besar dan berat. Moga Allah beri kekuatan kepada kita semua.

    p/s: By the way, boleh Tuan Amir ceritakan apa yg berlaku sebenarnya????

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: