Sesungguhnya Tuhan sedang berbicara

Published December 11, 2008 by Menikmati Takdir Langit

Salam,

Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa masih lagi menjadi berita-berita utama di dada-dada akhbar dan media elektronik. Perkembangan terbaru semua mangsa yang mendiami 14 banglo yang ranap akan diberikan penginapan di hotel. Sebelum itu, beberapa hotel mewah di Kuala Lumpur memberikan makanan percuma kepada mangsa tragedi dan pasukan petugas. Betapa beruntungnya mereka. Di dalam saat-saat yang sukar ini masih ramai yang prihatin.

Saya juga melihat laporan-laporan akhbar mengenai kemarahan sesetengah penghuni kawasan terbabit yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa. Saya merasakan bahawa ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi masalah yang timbul sangat-sangat diperlukan ketika ini.Saya juga percaya bahawa pihak yang berwajib telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah terbabit. Mungkin terdapat kelemahan di sana sini dari segi penyelarasan. Marilah kita melihat kesabaran diri kita yang sentiasa diUJI  ini sebagai satu bentuk kasih sayang Allah kepada kita yang ingin memberi pahala kepada hamba-hambaNYA yang mampu bersabar dan redha di saat-saat getir ini.Sesungguhnya setiap musibah yang berbentuk ujian yang berlaku kepada manusia mempunyai rahsia dan hikmahnya yang tersendiri.

Teringat saya kepada petikan novel Ayat-ayat Cinta di dalam bab Fahri dipenjarakan atas kesalahan dituduh merogol. Fahri kelihatannya seperti mempersoalkan kewajaran dia dipenjarakan sedangkan dia adalah manusia yang sangat sempurna dari segi ketaatannya kepada Allah. Memiliki kelebihan menguasai bacaan Qiraat Sab’ah malahan sering bangun malam bertahajud tanpa gagal. Sehinggalah beliau disedarkan oleh kata-kata seorang lelaki kurang siuman yang kebetulan berada satu sel dengannya bahawa “SESUNGGUHNYA TUHAN SEDANG BERBICARA DENGANMU, ALLAH SEDANG BERKOMUNIKASI DENGANMU”. Kata-kata ini menyebabkan beliau tersentak dan tersedar bahawa ketaatan beliau kepada Allah selama ini tidak bermakna bahawa Allah tidak boleh menguji beliau.

Tingkatkan ketaatan di saat-saat getir

Tingkatkan ketaatan di saat-saat getir

Ketahuilah, jika selama ini kita rajin beribadah dan tiba-tiba ditimpakan dengan ujian atau musibah yang maha hebat, maka itu maknanya bahawa Allah sedang berbicara dengan kita. Allah merindui doa-doa hambanya yang taat. Allah ingin melihat adakah ketaatan yang kita lakukan semasa waktu senang akan terus berkekalan malahan bertambah lagi atau sebaliknya. Maka beruntunglah orang-orang yang sentiasa melipatgandakan amal ibadahnya di saat-saat getir ketika ditimpa musibah. Contohilah sikap Nabi Ayub a.s yang ditimpa  musibah demi musibah ke atas dirirnya namun baginda bersangka baik dengan Allah dan tidak jemu-jemu berdoa, beribadah sehinggalah datangnya pertolongan Allah menyelamatkan baginda.

Sesungguhnya bila Tuhan sedang berbicara dengan kita dalam bentuk ujian dan musibah yang ditimpakan kepada kita maka sahutlah bicara itu. Berkomunikasilah dengan Tuhanmu dengan lebih akrab.Itulah tandanya bahawa kasih sayang Allah ke atas dirimu masih wujud. Dan juga sebagai peringatan kepada dirimu bahawa segala apa yang diberikan kepada mu adalah pinjaman semata-mata dan akhirat adalah tempat yang kekal.

KHAMIS 11 DISEMBER 2008

2 comments on “Sesungguhnya Tuhan sedang berbicara

    • Terima Kasih kepada Encik Afdal yang berada di kejauhan. Masih sudi untuk membaca luahan hati saya yang lemah ini. Sesungguhnya cubaan,dugaan dan musibah yang diberikan oleh Allah selain daripada ingin menguji dan memberi pahala kepada hamba-hambanya ADALAH UNTUK menggugurkan dosa-doa kita yang silam. Ini antara hikmah dan rahsia tersembunyi. Jadi tenang,berlapang dada dan berbahagialah. Memang senang untuk menuturkan, tetapi bukan mudah untuk menanggungnya bila kita sendiri terkena, kehilangan harta benda dan nyawa, akan tetapi itulah hakikatnya kita disuruh bersabar dan berdoa. Itu saja pergantungan yang kita ada.

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: