Berdepan dengan ketidaktentuan….

Published November 14, 2008 by Menikmati Takdir Langit

Salam,

Kehidupan ini dipenuh dengan sebarang kemungkinan, kebarangkalian dan ketidaktentuan yang menakutkan. Cabaran,dugaan dan ujian yang sememangnya telah ditetapkan oleh Allah untuk hamba-hambanya. Kita adalah hamba. Hamba kepada orang yang mencipta kita di muka bumi ini. Biar tinggi mana sekali pun pangkat sama ada CEO sebuah syarikat multinasional, Ketua Setiausaha di sebuah kementerian, seorang celebriti yang tersohor atau tokoh konglemerat yang disegani dan dihormati, hakikat sebenarnya kita masih berstatus hamba. Bermakna kita masih lemah dan kecil di sisiNYA. Dan kita masih memerlukan bantuan Allah dalam segenap aspek kehidupan. Tidak guna mendabik dada dan berbangga dengan pangkat dan kuasa yang ada kerana semua itu hanya bersifat sementara. Semua itu boleh direnggut bila-bila tanpa sebarang notis dari Allah swt.

Kehidupan tidak sunyi dari cabaran. Ada orang yang lemah dengan cabaran. Ada orang yang sungguh kuat sehingga suka mencabar diri dengan melakukan pekerjaan/tugas-tugas yang sukar dilakukan oleh orang lain. Tugas yang memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang bukan sedikit. Kata pepatah Inggeris :

“Adversities will produce the best”.

Kesukaran yang dihadapi oleh seseorang akan menjadikan seseorang itu seorang manusia yang hebat.Insan seperti Nabi Muhammad saw lahir daripada kepayahan dan kejerihan berdakwah untuk menegakkan agama Allah. Di sisi lain pula, tokoh-tokoh besar dunia seperti Hitler dan Gandhi lahir daripada kehidupan yang sungguh sukar dan payah. Terbaru Barrack Obama setelah melalui liku-liku pendakian untuk mendaki tangga sebagai Presiden Amerika Syarikat telah berjaya membuktikan kepada dunia kemampuan beliau untuk menjadi Presiden Amerika pertama berkulit hitam. Beliau beberapa kali tewas ketika ingin merebut jawatan senator namun tidak pernah berputus asa dan mengaku kalah.

Kehidupan tidak dapat diagak apa kesudahannya. Kita boleh merancang tetapi kesudahannya kadang-kadang tidak seperti yang dijangkakan. Kadang-kadang kita jadi marah dan melenting dengan ketidaktentuan hidup yang mendatang. Kepada siapakah kemarahan kita ditujukan. Kepada Penciptakah atau kepada diri kita yang mengalami nasib malang akibat kesilapan-kesilapan yang telah kita lakukan? Kita boleh merancang,kita boleh berwawasan malangnya kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita dalam tempoh satu jam dari sekarang. Hidup atau matikah tidak dapat ditentukan. Semuanya dalam perancangan Allah. Yang penting kita merancang, berusaha untuk mencapai apa yang dirancangkan mengikut jadual dan berdoa dengan penuh khusyuk dan merendah diri.

Kehidupan sentiasa ada pasang surutnya

Kehidupan sentiasa ada pasang surutnya

Pekerjaan saya banyak berdepan dengan ketidaktentuan. Semua yang berlaku adalah di luar kawalan saya.Bukan saya yang menentukannya tetapi pihak atasan. Saya harus akur walaupun dalam banyak keadaan saya sering tersepit. Menyalahkan saya atas ketidaktentuan yang berlaku adalah tidak adil sama sekali buat saya. Sebaliknya terimalah dengan hati yang tenang dan terbuka. Cubalah berada di tempat saya, rasakan bagaimana sukarnya saya untuk menyelaras manusia yang beraneka ragam perangainya, sikap “bossy” yang keterlaluan, ingin dilayan istimewa dan macam-macam lagi menyebabkan anda mungkin serik. Kemudian cubalah memahami proses kerja yang saya lalui setiap hari, sebulan dan setahun. Fahami pula tekanan yang perlu saya hadapi dari pihak atasan yang bukan kecil pangkatnya dan fikirkan pula deringan telefon yang terpaksa saya jawab setiap 15 minit sekali dari banyak pihak yang inginkan penjelasan dan maklumat. Begitulah keluhan seorang rakan saya yang bekerja di sebuah organisasi kerajaan yang sungguh besar. Yang mampu saya katakan kepadanya, hanyalah bersabar, banyak berdoa mudah-mudahan Allah ringankan, mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan keluar bagi setiap kesukaran yang dihadapi.

Setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku ada hikmah tersembunyi, ada rahsia yang Allah sahaja yang tahu. Redhalah dengan apa yang berlaku kerana ini merupakan sebahagian ujian hidup yang telah ditakdirkan ke atas kita. Pandai-pandailah kita mentadbirkan takdir tersebut dengan sebaik-baiknya.

 ” Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya dia akan menyediakan baginya JALAN KELUAR.Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah yang menentukan setiap sesuatu.”    (Surah At-Thalaq : 1-2)

14 November 2008 7.29 pagi

2 comments on “Berdepan dengan ketidaktentuan….

  • Salam tuan, hampir setiap hari saya membaca tulisan tuan diblog tuan ini. Saya rasa tertarik untuk membaca kerana mudah faham dan adakala menyentuh perasaan saya hinggakan menitiskan airmata dgn sendirinya.(bukan berlakon). Saya anggap tulisan2 tuan ini sebagai tempat menimba ilmu semasa bosan apabila tension dgn kerja dan karenah manusia dipejabat saya. Tahniah dan terima kasih. Adakala saya simpan tulisan tuan yang ada berunsur agama spt doa2 (sahih) yang saya boleh amalkan dan saya juga kongsikan pada kawan2 saya. Saya harap tuan izinkan ya.
    semuga tuan berjaya didunia dan diakhirat.

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: