Cinta yang membangunkan jiwa

Published November 10, 2008 by Menikmati Takdir Langit
Bukan Novel Cinta biasa

Bukan Novel Cinta biasa

Salam,

Saya memang meminati novel tetapi bukan novel cinta. Bagi saya novel cinta hanyalah bahan bacaan picisan yang tidak lebih dari membuang masa, leka, hambar dan membosankan. Terus terang saya katakan saya kurang menggemari novel-novel cinta di pasaran walaupun suatu ketika dahulu saya sangat meminatinya. Pada saya adalah lebih baik jika kita membaca buku-buku motivasi seperti karya Steven Covey atau kalau berminat juga pada novel bacalah novel-novel karya John Grisham seperti The Client, The Chambers atau karya penulis tempatan seperti Faisal Tehrani yang sarat dengan mesej yang mencabar minda. Lebih afdhal lagi kalau membaca tafsir Al-Quran karya ulama-ulama muktabar seperti Ibnu Katsir dan Al-Qurtubi.

Justeru, bila sahabat saya menyarankan supaya saya mencuba membaca karya penulis seberang Habiburrahman Syirazi berjudul  “Ayat-ayat Cinta” dan “Ketika Cinta Bertasbih” saya rasa kurang berminat. Bagi saya novel ini sama sahaja dengan yang lain. Namun sahabat saya meyakinkan saya bahawa karya ini bukan kisah novel cinta biasa malah ianya kisah novel cinta yang sangat luar biasa. Atas sifat ingin tahu, saya pun membeli senaskhah buku “Ketika Cinta Bertasbih” di Kinokinuya KLCC.

Saya mulakan dengan membaca biodata penulis yang berkelulusan B.A Usuluddin dari Universiti AL-Azhar Mesir. Satu permulaan yang baik. Kedua, saya meneruskan dengan membaca komen-komen daripada pembaca,peminat dan sasterawan negara A.Samad Said yang memberikan komen-komen yang bagus dan luar biasa puji-pujiannya. Ketiga, saya membaca mukadimah dan terus menyelak dan meneliti bab demi bab, dialog demi dialog dan struktur perkataan satu persatu. Ternyata semakin saya membaca perasaan ingin tahu itu semakin menebal. Saya tidak boleh berhenti seolah-olah “addicted” dengan karya yang satu ini.

Saya teruja dengan jalan penceritaannya yang bersahaja tetapi terperinci. Digambarkan keadaan jalan dan cuaca di Kaherah dengan ‘detail’ sekali menyebabkan saya rasa seolah-olah berada di Kota Cairo dan di tebing Sungai Nil. Malahan nama jalan, stesen keretapi dan bas juga dinyatakan membuatkan kita rasa bahawa kita adalah watak di dalam novel ini. Watak utama Khairul Azzam seorang pemuda gigih yang menyara keluarganya di Indonesia dengan menjual tempe lewat kematian ayahnya benar-benar menyentuh perasaan. Kesusahan dan kepayahan yang ditanggunnya sendirian tanpa bantuan sesiapa menyebabkan saya sungguh kagum dengan watak ini. Paling tragis watak ini adalah watak yang paling banyak diuji oleh Allah dengan ujian yang sungguh berat sehingga beliau berkata kenapakah hidupnya banyak dipenuhi dengan tangisan. Beliau diuji dengan kematian ibu tercinta akibat kemalangan yang beliau sendiri terlantar berbulan-bulan di hospital,putus tunang, lamaran ditolak, perniagaan tempe disabotaj dan macam-macam lagi. Benarlah firman Allah

“ Apakah kamu mengira kamu akan memasuki syurga selagi mana belum datang kepada kamu ujian-ujian seperti yang dihadapi oleh orang yang terdahulu sebelum kamu, mereka diuji dengan penderitaan, dugaan dan digoncang(dengan pelbagai cubaan), sehinggalah rasul dan orang-orang yang bersamanya berkata, bilakah pertolongan ALLAH(mahu sampai)?, ketahuilah bahawa pertolongan ALLAH itu amat hampir”

Novel ini ada 2 episod atau lebih mudah lagi dipanggil novel dwilogi. Dan saya berjaya menghabiskan kedua-duanya sekali. Lantas saya memburu pula novel pertama beliau yang harus dibaca sebelum membaca novel-novel lain iaitu “Ayat-ayat Cinta”. Novel ini mengisahkan tentang seorang pelajar di Universiti Al-Azhar iaitu Fahri yang mengalami ujian yang tidak kurang hebatnya. Cuma nasib beliau lebih baik,bintang beliau lebih bersinar berbanding Khairul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih. Setelah baca Ayat-ayat Cinta saya menjadi tahu wujudnya toleransi beragama yang baik dan bijak. Saya angkat topi. Sebuah novel Islam yang terbaik pernah dipersembahkan. Cinta kepada manusia yang diolah dengan baik tanpa mengabaikan cinta kepada Allahh. Disusun dengan bahasa yang indah dan halus dan bersahaja. Seorang budayawan dan penulis sketsa Indonesia bernama Pries GS menyifatkan novel ini dengan berkata bahawa :

“HAMKA kecil telah lahir. Ayat-ayat cinta buktinya”.  Ya saya sangat setuju dengannya. Sebelum ini HAMKA juga banyak menulis tentang kisah cinta dakwah dalam novel yang terkenal iaitu “Tenggelamnya Kapal Van Der Wick” dan Habiburahman Shirazi telah mengulangi sejarah beliau.Novel cinta beliau bukan cinta biasa tetapi cinta luar biasa yang mengajak manusia kembali cinta kepada Penciptanya.

Saya kira cukup setakat itu. Saya sarankan anda membacanya. Saya akhiri entry saya dengan memetik kata-kata sahabat saya Hilal Asyraf di Jordan iaitu:

“Untuk kehidupan cinta adalah amat penting. Tanpa cinta, kehidupan akan menjadi gersang. Manusia semua mencari cinta, walaupun ada segelintir yang tidak mengerti hakikat cinta yang sebenar. Namun, secara tidak langsung, semua manusia itu bercinta sebenarnya, kerana cinta adalah fitrah bagi seorang manusia.”

8 comments on “Cinta yang membangunkan jiwa

  • “Untuk kehidupan cinta adalah amat penting. Tanpa cinta, kehidupan akan menjadi gersang. Manusia semua mencari cinta, walaupun ada segelintir yang tidak mengerti hakikat cinta yang sebenar. Namun, secara tidak langsung, semua manusia itu bercinta sebenarnya, kerana cinta adalah fitrah bagi seorang manusia.”

    terima kasih…

    semoga ALLAH merahmati nta…

    boleh tahu ini siapa?

  • Your interpretation of the two books makes me wanna go look for it or borrow it from someone who has already bought the books. My friend who has read the novel (Ayat-Ayat Cinta) and watch it on film told me that reading it is better. I nak pinjam kat dia…

  • Ramai yang cakap dan beranggapan cinta itu buta. Bait-bait dalam lagu pun ada menyatakan sedemikian. Hakikatnya cinta itu tidak buta. Perasaan cinta itu adalah anugerah Allah, suci dan tulus. Manusia yang buta sebenarnya….

    • Perasaan Cinta kepada illahi yang menguasai diri sendiri sehingga dapat mengusir perasaan cinta kepada insan dan dunia merupakan hakikat cinta yang sebenarnya.

  • setuju dgn ‘menikmati takdir langit’..hakikat cinta sesama insan sudah xboleh diguna pakai lg krn ramai yg hanyut krn cinta n nafsu..di akhir zaman ini amat2 sukar utk bertemu dgn pasangan yg benar2 ikhlas bercinta krn Allah..semuanya hanya berdasarkn nafsu semata..sbb itu la gejala zina semakin berleluasa malah lebih menyedihkan bila ada yg snggup menjual n menggadaikan agama krn cinta spt murtad n sbgnya..mujurlah diri ini tidak hanyut dgn cinta palsu, cinta duniawi..hakikat cinta yg sebenar adalah cinta kpd Illahi..bila cinta kpdNya sudah mekar n menebal d dlm jiwa,tiada lg secubit rasa cinta kpd selainNya..

  • Tak baik membenci karya orang. Kalau saudara tak suka jangan benci. Orang muda ada cita rasa tersendiri. Dlm novel cinta picisan pun ada banyak nasihat dan pengajaran. Bukan sekadar nak baiki penguasaan bahasa saja. Biasanya penulis novel cinta pada mulanya akan perlahan-lahan menjadi novelis ke erah keagamaan bila tiba masanya.
    So, buangkan jauh-jauh sifat benci saudara.

    • Insan,

      Harap saudari tidak salah faham. Saya tidak membenci semua novel picisan di pasaran yang berkaitan dengan cinta. Saya tidak generalised semua novel picisan itu negatif belaka. Maksud saya di sini ialah novel-novel picisan yang mengandungi unsur-unsur cinta yang ghairah dan kekecewaan yang berlebih-lebihan kerana dikhuatiri boleh memberi kesan atau impak yang negatif kepada anak-anak muda. Termasuk picisan di sini adalah novel-novel murahan yang tidak diketahui siapa penerbitnya yang banyak kedapatan di pasaran. Walau bagaimanapun, Novel-novel karya penulis muda sekarang di Malaysia secara umumnya baik untuk dibaca kerana telah banyak novelis yang semakin berubah ke arah karya-karya yang lebih islamik juga karya-karya novelis muda seperti Hilal Asyraf. Apa pun, terima kasih atas teguran saudari.

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: