KehendakNya dia pergi… A Tribute to Allahyarham Khairil Hisham

Published September 23, 2008 by Menikmati Takdir Langit

Salam,

Macam mana nak mulakan saya pun tak tahu. Rasa sebak, sedih,pilu bila mengenangkan arwah Khairil Hisham bin Ahmad. Sahabat dan rakan taulan masa DPA 2/2003. Beliau pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Pergi tak kembali. Pergi menagih janji Ilahi. Pergi dalam bulan yang penuh barakah.Telah menjadi ketetapanNYA, telah menjadi kehendakkNYA dia pergi meninggalkan kita, meninggalkan dunia yang fana ini.

Sedikit coretan untuk dikongsi bersama. Saya sememangnya berhasrat untuk menziarahi arwah dan melakukan amal bakti yang terakhir sebagai seorang muslim dan mukmin kepada seorang muslim/mukmin yang lain. Sebaik sahaja mengetahui sedikit sebanyak jadual ketibaan jenazah di KLIA pada pukul 2.15 petang, saya terus bergegas ke masjid KLIA jam 2.10 petang. Cuaca panas tapi tak terik. Saya memandu agak laju kerana saya tidak mahu terlepas daripada memberikan penghormatan terakhir untuk arwah. Alhamdulillah saya tiba di masjid KLIA pada pukul 2.30 petang. Lantas mengerjakan solat zohor. Selepas solat berkesempatan jumpa rakan-rakan satu batch. Macam reunion pula. Siap duduk buat halaqah lagi. masing-masing kelihatan sugul, muram namun masih sempat berbual tentang arwah dan kenangan-kenangan bersama beliau.

Rakan dan taulan mula tiba di masjid KLIA

Saya menunggu agak lama dalam sejam lebih. Dalam pukul 3.30 jenazah tiba di masjid diiringi oleh sanak saudara. Turut kelihatan isteri arwah.

Ketibaan jenazah

Ketibaan jenazah

Jenazah diletakkan di ruang legar

Jenazah diletakkan di ruang legar

Menunggu untuk disembahyangkan

Menunggu untuk disembahyangkan

Suasana di tanah perkuburan Presint 20

Suasana di tanah perkuburan Presint 20

Jenazah dikeluarkan menanti untuk disemadikan

Jenazah arwah

Jenazah dimasukkan ke liang lahat

Jenazah dimasukkan ke liang lahat

jenazah ditutup dengan papan

jenazah ditutup dengan papan

”]Melihat kali terakhir [ibu arwah-serba putih]
Kelihatan abang arwah

Kelihatan abang arwah

Tanah diturunkan perlahan-lahan

Tanah diturunkan perlahan-lahan

kelihatan Ayah arwah

kelihatan Ayah arwah

Bacaan Talkin

Bacaan Talkin

Begitulah beberapa shot yang dapat saya ambil. Minta maaf sebab kualiti gambar agak kabur namun gambar-gambar ini bisa menterjemahkan suasana yang berlaku di masjid dan tanah perkuburan. Sebelum itu, kami sempat solat jenazah berjemaah. Ramai juga kawan-kawan lama masa DPA yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir. Turut kelihatan staff dan pegawai-pegawai Wisma Putra.

Hadis Riwayat Imam Muslim, daripada Abu Hurairah r.a., Sabda Rasulullah SAW;

“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya”

Sesungguhnya syurga itu adalah benar manakala neraka juga adalah benar, hari kiamat juga benar,nabi-nabiMu adalah benar, Muhammad adalah benar. Ya Allah kepadaMu kami berserah, kepadaMu kami bertawakkal, denganMu kami beriman, kepadaMu kami bertaubat, kepadaMu kami berlindung, ampunilah dosa sahabat kami dan Engkau tempatkanlah rohnya di kalangan para anbiya’, shuhada’ dan salihin. Cucurilah rahmatMu ke atas rohnya. Amin.

Talkin selesai jam 4.30

Talkin selesai jam 4.30

Kepada sahabat-sahabat yang sudi menziarahi dan menyembahyangkan jenazah, saya hanya mampu berdoa mudah-mudahan Allah swt memberikan kebaikan kepada kalian.

Kalian telah menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang muslim kepada saudara muslim yang lain. 

Terima kasih kepada Naim, Amiruddin,Azham Bachok,  Suhardi,Syawaluddin,Hidayat,Atan,Mazlan,Azizi,Faizal Es Zemila dan ramai lagi yang saya jumpa dan tidak sempat tegur. Maafkan saya. Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada ahli keluarga arwah dan kita semua atas kehilangan insan yang kita kasihi. Bagi kita pula, perjalanan kita masih lagi jauh. Sudah tentu dalam menelusuri liku-liku hidup 20 atau 30 tahun akan datang kita akan terkenangkan saat dan peristiwa ini dalam sejarah hidup kita. “A defining moment” ini akan terus diingati bila kita berjumpa atas nama silaturrahim. Kepada yang tidak sempat menziarahi jenazah disebabkan jauh, bertugas di luar negara atau sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan sudilah kiranya kalian dapat menghadiahkan Al-Fatihah buat roh Allahyarham dan mendoakan beliau di sana. Kalau pulang ke sini ziarahlah kubur arwah. Mudah-mudahan entry saya ini dapat dijiwai dan dihayati oleh kalian yang tidak dapat hadir, insyallah. Sesungguhnya inilah Ramadhan yang terakhir buat arwah kerana atas kehendakNYA arwah pergi dalam bulan yang mulia ini.

22 September 2008 bersamaan 21 Ramadhan 1429

20 comments on “KehendakNya dia pergi… A Tribute to Allahyarham Khairil Hisham

  • Assalamualaikum & salam sejahtera pada semua.

    Saya Khairil Helmi bin Ahmad, abang kepada arwah Khairil Hisham bin Ahmad ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas semua ingatan & bacaan Al-Fatihah saudara-saudari sekalian. ALLAH sahajalah yang dapat membalas budi baik saudara-saudari sekalian. Moga roh arwah Khairil Hisham bin Ahmad ditempatkan bersama-sama orang yang beriman & beramal soleh serta roh beliau ditempatkan ke dalam syurgaNYA. AMIN…

    Kami sekeluarga juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yg tak terhingga kepada semua ahli keluarga tidak kira yang dekat atau jauh, kepada semua kakitangan kedutaan, kakitangan Wisma Putra & Kem. Luar Negeri, kakitangan lapangan terbang KLIA, Imam serta kakitangan masjid KLIA, pegawai Polis, kakitangan Perbadanan Putrajaya, pihak wartawan yang membuat liputan serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dari mula jenazah arwah diuruskan di Libya, ketibaan jenazah di lapangan terbang KLIA, disolatkan di masjid KLIA sehinggalah selamat ditalkinkan & dikebumikan di Presint 20, Putrajaya. Moga ALLAH merahmati & meredhai saudara-saudari sekalian di dunia & di akhirat. AMIN…

    Kami sekeluarga ingin memohon ampun & maaf bagi pihak arwah andai semasa hayatnya ada melakukan salah silap kepada saudara-saudari sekalian. Harap diampunkan. Seandainya arwah ada berhutang dengan saudara-saudari sekalian harap dapat dihalalkan. ALLAH sahajalah yang dapat membalas jasa baik saudara-saudari sekalian.
    Seandainya ada di antara saudara-saudari yang ingin menuntut dijelaskan hutang tersebut bolehlah berhubung dengan saya di #019-6360992.

    Sekali lagi kami sekeluarga ingin memohon ampun & maaf pada semua andai sepanjang pengurusan jenazah arwah ada kekurangan dari pihak kami sekeluarga.

    Buat pengetahuan semua, kami difahamkan bahawa arwah meninggalkan dunia semasa menjalankan tugas menyambut hakim Musabaqah M’sia ke Libya. Beliau dan pemandu telah terlanggar pokok ketika hampir ke lapangan terbang Libya. Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital di Libya akibat kecederaan dalaman.

    Allahyarham meninggalkan seorang balu, Shahrizad Mohd Sharifuddin dan dua orang putera Ahmad Muzoffar (1thn 7bln) & Ahmad Mu’azzam (2bln 20hari).

    Sekali lagi kami sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih serta memohon ampun dan maaf kepada saudara-saudari sekalian di atas segala-galanya.

    Salam sejahtera & ingatan tulus ikhlas dari kami sekeluarga buat semua. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Khairil Hisham bin Ahmad. AL-FATIHAH…

    Wassalam & salam sejahtera.
    Khairil Helmi bin Ahmad (abang arwah Khairil Hisham)
    019-6360992

  • Assalamualaikum semua,
    Bagi pihak kawan2 seperjuangan di UIA, kami ingin mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham Khairil. Arwah memang seorang yang amat baik, dedikasi, tegas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
    Memang rezeki arwah dipanggil menghadap Illahi pada bulan yang mulia ini. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah daripada kita semua.
    Kami amat terharu dan merasai akan kehilangan arwah. Moga beliau ditempatkan dikalangan oang-orang yang beriman dan dijanjikan syurga oleh Allah Ta’ala. sama-samalah kita berdoa ke hadrat Ilahi.
    Sementara kita masih berada di dunia yang fana ini sama-samalah kita ambil iktibar. Perbatlah kebaikan dan jauhi munkar kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil menghadap Ilahi seterusnya. AL-Fatihah.
    Wassalam.

  • Salam Abu Wafi,

    Terima kasih di atas usaha murni tuan. Kata-kata tuan ternyata membuatkan saya lebih insaf dan bersyukur bahawa sesungguhnya jika suatu hari nanti apabila tiba masanya untuk saya menghadapiNYA, tuan juga berbuat perkara yang sama untuk saya. Semoga diberkati.

    Ikhlas,

    AK 69’ers.

  • akhi,

    terima kasih atas kesudiaan berkongsi pengalaman dan gambar nta mengiringi jenazah ke perkuburan.. sesunguhnya itulah perjalanan yang terkahir di dunia ini..

    emm sebak pulak aku rasa..bile terkenang org yg aku jumpa kat sini 3 bulan lepas dah tiada lagi…

    namun Allah itu Maha Adil lagi Bijaksana… ada hikmah disebaliknya…

  • Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera,

    Al-Fatuhah,

    Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak terutamanya kepada Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra, pegawai-pegawai di Kedutaan Libya, pihak KLIA authority, BOMBA KLIA, Perbadanan Putrajaya, sahabat2 PTD arwah dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam memberi bantuan serta kerjasaman dalam mempermudahkan segala urusan jenazah arwah abang saya yang saya sayangi dari Tripoli, Libya sehinggalah selamat disemadikan di Muslim’s Cemetery, Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya.

    Sesungguhnya ini adalah salah satu ujian yang amat berat untuk kami sekeluarga terutamanya isteri dan anak2 arwah untuk menerimanya. Namun kami yakin, sesungguhnya Allah maha mengetahui akan apa yang terbaik buat hambaNya. Kami redha.

    Allahyarham Khairil Hisham Ahmad adalah seorang abang yang baik. Mengambil berat ke atas keperluan dan kebajikan setiap ahli keluarganya. Kali terakhir saya bersama arwah adalah pada hari arwah ingin bertolak pulang ke Libya setelah 10 hari bercuti, menyambut kelahiran anak keduanya Ahmad Mu’azzam yang lahir pada 3.7.2008 dua bulan selepas anak kedua saya Raihana Syaza dilahirkan. Hari tersebut saya berkeras ingin membawa arwah melihat tanah kebun ayah saya di Kg. Baru Lanjut Sepang, dan alhamdulillah Allah makbulkan hasrat saya itu. Setelah berkunjung ke kebun ayah, saya mengiringi arwah pulang ke Hospital AzZaharah Bangi untuk arwah selesaikan urusan khatan Mu’azzam. Kami sempat berhenti seketika di bulatan UKM sebelum berpecah ke destinasi masing2. Tidak diterlintas di fikiran bahawa pertemuan itu merupakan pertemuan yang terakhir antara saya dan arwah.

    Semoga Abang Hisham tenang di sana. Jangan risau Uni dan semua di sini akan sama2 menjaga Kak Izad, Muzaffar dan Mu’azzam.

    Uni akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kita semua di dunia dan di akhirat kelak.

    Husni 013-3769828

  • Aku tak tahu nak tulis apa di sini. Aku mungkin macam orang lain yang cuma kenal arwah Khai masa join gomen service. Tapi satu kelebihan aku mungkin kerana aku ROOMMATE dia di INTAN Kiara! Aku tak pasti kali terakhir aku bertemu dia atau SMS kali terakhir…

    Menjadi roommate dia merupakan satu kebanggaan buat aku. Khai yang aku kenal ialah seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin dan AMAT BAIK orangnya. Contoh kecial ialah dia KONGSI apa2 barang makanan kepunyaannya dengan aku. Walaupun mungkin aku hanya mampu berkongsi sebungkus keropok dalam sebulan! Makanan dia punya banyak dia bagi kat aku.
    Khai yang aku kenal pada mulanya kelihatan pendiam. Aku jadi segan menegur dahulu. (Sebenarnya, aku pun dilahirkan sebagai pemalu. Jauh di lubuk hati aku, aku sebenarnya MEMANG PEMALU dan RENDAH DIRI). Aku lihat perawakan dan pembawaan diri dia juga berbeza. Itu yang menyebabkan aku segan. Maklumlah, aku budak kampung, dari ULU BARAM SARAWAK pulak tu. Siapa yang nak kawan. (Itu yang aku fikir). Tapi saudara Khai ni lain orangnya. Lama kelamaan, kami jadi kawan baik. Tambahan pula, kami sebilik.
    Di samping nampak pendiam tadi, Khai ni amat menjaga hati orang. Itu yang saya dapati melalui pengalaman sepanjang menjadi roommate dia. Tak pernah aku kecik hati kerana dia atau perbuatan atau kata-kata dia, itu yang aku ingat.
    Pada suatu ketika, wife aku pernah datang melawat aku di INTAN Kiara. Dia sampai menawarkan diri untuk tidur di tempat lain bagi memberi laluan aku untuk membawa wife ke bilik sebelum kami bertolak pulang ke Terengganu esoknya. [Kalau pihak UDPA tahu, mungkin aku dikenakan tindakan :)]

    Banyak lagi yang boleh aku ceritakan tetapi biarlah kenangan itu aku yang simpan sampai bila-bila.

    Buat seorang insan dan sahabat baik seperti arwah Khairil Hisham Ahmad (Khai), semoga tenang di sana. Allah lebih mengasihinya…

    Alfatihah…

  • Assalamualaikum, saya Mahathir Abd Hamid berasal dari Labuan. Sekarang saya berkerja di Perbadanan Labuan. Saya adalah kawan rapat arwah semasa kami bersekolah di SMA Toh Puan Hjh. Rahmah, Kota Kinabalu (1990 – 1993). Arwah dan keluarganya tinggal di Taman Sempelang. Selepas tingkatan 3, arwah dan keluarga balik ke Selangor. Selama itu, kami hanya berutus surat. Sehinggalah saya bekerja pada tahun 2002 barulah kami bertemu semula kerana saya kebetulan ada mesyuarat di KL. Arwah masa itu bekerja di Kolej UIA. Selepas itu kami akan berjumpa kalau saya ada tugasan di KL. Setelah dia bertugas di Kem. Luar, kami sekali-sekala saja berjumpa kerana saya faham tugas sebagai PTD memang memerlukan perhatian. Tapi kami masih mengirim sms. Arwah ada mengundang saya hadir ke majlis perkahwinannya tapi saya tak dapat hadir kerana bertugas di luar. Kemudian dia ada mengirimkan sms menerima putera pertama. Saya amat gembira dan berdoa semoga anakanda Muzaffar menjadi anak yang soleh. Selepas itu saya tidak lagi mendapat khabar daripada arwah.
    Sehinggalah hari raya pada tahun ini (2009) saya menghubunginya. Tapi tidak berjawab. Tiba-tiba saya mendapat satu sms yang menyatakan pemilik nombor itu bukanlah bernama Khairil Hisham. Saya meminta maaf sambil menyatakan nombor itu dahulunya dimiliki Hisham. Saya cuma menyangka Hisham dah tukar nombor. Kemudian baru semalam saya mimpikan arwah. Mimpi semalam saya rasa amat panjang, sedangkan sebelum ini saya tidak pernah mimpikan dia. Dalam mimpi itu, arwah seperti dulu berwajah manis dan jernih melambangkan kesucian hatinya. Saya bertanya, kenapa Hisham tidak memberitahu yang dia telah tukar nombor telefon. Saya katakan yang saya amat rindu kepadanya. Kami bergelak ketawa mengenang kisah di sekolah dulu. Saya sempat bertanya perihal anakanda Muzaffar. Arwah memeluk saya sambil berkata “Mahathir, jaga diri baik-baik. Saya nak pergi”. Saya tak puas bertemu dan berbual dengannya tapi saya tak halang.
    Pagi tadi saya terkenang untuk menghubungi Kem. Luar mencari beliau. Saya taip nama arwah di search engine kalau-kalau Hisham dah pindah kementerian. Tapi apabila saya taip “Khairil Hisham Ahmad”, yang muncul ialah berita sedih. Saya tidak percaya. Tapi apabila nampak nama abang Helmi dan Husni, memang sah cerita ini. Bagaimana harus saya katakan yang saya amat terkejut sehinggakan tangan dan kaki saya menggeletar melihat foto-foto persemadian arwah di dalam blog ini. Saya dah lama tak menangis. Tapi semasa mesej ini ditaip air mata saya tak dapat ditahan-tahan kerana memikirkan mimpi semalam dan kenyataan yang saya terima pagi ini. Apa yang sebenarnya arwah ingin sampaikan. Selama satu tahun saya tidak tahu arwah telah kembali menghadap Rabbul Izzati. Saya cuma yakin arwah pasti berbahagia bersama Pn. Izad dan anakanda Muzzafar. Saya tidak tahu Hisham dapat cahayamata kedua.
    Hisham memang berhati mulia. Dia tak pernah berkasar atau meninggi suara atau bermasam muka selama kami berkawan. Semasa sekolah dulu, Hisham selalu belanja saya makan sebab saya bukan dari keluarga senang. Kadang2 saya katakan saya berpuasa sebab malu kerana menyusahkan arwah. Hisham tahu saya berpura-pura puasa. Hisham sanggup beli makanan murah (kuih) daripada beli nasi atau mi. Dengan duit belanja yang diberi, Hisham dapat beli 2 biji kuih, satu untuk dia dan satu untuk saya. Sampai sekarang saya tak pernah lupa, apatah lagi kalau melintas kantin sekolah dan bekas rumah mereka di Kota Kinabalu. Hisham juga pelajar pintar. Dengan Hisham, saya pandai bahasa Inggeris, Math dan Sains. Hisham sering dapat kedudukan top 5. Hisham memang tak suka cari pasal. Dia bukan kaki gaduh. Tapi di sekolah dulu ada juga 2-3 orang pelajar yang suka ejek dia. Tapi Hisham tak layan sebab tak mau gaduh panjang. Saya akan marah balik dan sanggup bergaduh dengan pelajar2 nakal tu. Maklumlah pembahas sekolah. Kami memang rapat sehinggakan orang akan bertanya jika salah seorang tiada. Di mana ada Hisham di situ ada saya. Cuma Hisham tinggal di rumah dan saya tinggal di asrama.
    Terima kasih kepada penulis blog ini. Terima kasih juga kepada abang Helmi dan adik Husni yang mengesahkan cerita ini. Untuk keluarga arwah, saya berdoa semoga Allah menganugerahkan kesabaran dan hikmah mulia kerana Hisham seorang yang amat mulia hatinya. Pn. Izad, saya tidak kenal puan. Tapi saya tau puan bertuah kerana dikurniakan suami yang baik. Banyakkan bersabar puan. Untuk anakanda Muzaffar dan Muazzam, pakcik doakan semoga anakanda berdua menjadi anak yang soleh seperti ayahanda kamu. Pakcik tak kenal anakanda berdua tapi pakcik akan terus menyayangi dan mendoakan kebaikan buat anakanda berdua.
    Hisham, sehingga ke noktah ini air mata saya tidak mahu berhenti. Saya akan terus berdoa moga Allah ampunkan dosa dan menempatkan Hisham di Syurga Firdaus bersama mereka yang dikasihiNya seperti mana impian kita semasa sekolah dulu.
    Kini saya sedar dan insaf akan kebenaran kata-kata “orang yang baik akan terlebih dahulu dijemput Allah”, kerana penduduk di langit mengagungkannya. Hisham adalah salah satunya…

    • Saudara Mahathir,

      Saya memahami perasaan saudara dan berharap kita semua dapat bersabar. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau di sana. Orang baik disayangi Allah sebab itu arwah dijemput menghadapnya mendahului kita. Arwah yang saya kenali memang cukup baik dan suci hati.

  • Saudara penulis, terima kasih atas ingatan dan kesudian mempamerkan mesej saya di blog ini. Doa saya untuk Hisham akan berterusan selagi nyawa di kandung badan..

    • Terima kasih, jika singgah di Putrajaya silalah hubungi saya kerana saya juga ingin berjumpa saudara mahathir dan mendengar cerita2 pengalaman saudara bersama arwah. Saya tidaklah rapat sangat seperti saudara mahathir dan tentunya saudara lebih mengenali beliau.

  • Assalamualaikum…
    Sesungguhnya, manusia yang baik budi pekertinya, tetap akan dikenang orang hatta jasadnya telah disemadikan di pusara. Demikianlah iktibar dan renungan bersama untuk kita teladani dari sahabat kita saudara Khairil Hisham yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T sebagai seorang insan yang soleh. Diangkatkan Allah S.W.T dengan keperibadian yang luhur di sisi keluarga, rakan-rakan, guru-guru dan masyarakat. Allah S.W.T telah menjanjikan bahawa hamba-Nya yang patuh dengan melaksanakan amar ma’ruf dan meninggalkan nahi munkar akan diberikan ganjaran pahala yang berganda. Maha suci Allah S.W.T kerana saudara Khairil Hisham adalah hamba-Nya yang berhak menerima catatan sebelah kanan di padang Mahsyar kelak. Akhlaknya yang telus, mengilhakkan siapakah diri saudara Khairil Hisham yang sebenar. Saudara Khairil Hisham dijemput Ilahi dalam usianya yang masih muda. Tatkala isteri tercinta (Puan Shahrizad), permata hati (Ahmad Muzoffar dan Ahmad Mu’azzam, keluarganya yang tersayang serta rakan-rakan sekalian tercari-cari dan merinduinya. Benarlah peringatan ini, apa juga yang disayangi oleh kita pastinya akan dikembalikan kepada Empunya Yang Berhak. Kita tidak berkuasa untuk menahan ajal kematiannya. Apa yang termampu, sisipkanlah doa dan sedekahkan bacaan Al-Quran yang kita hadiahkan kepada saudara Khairil Hisham. Kita mohon bersama agar roh saudara Khairil Hisham dalam keadaan aman dan sejahtera di samping para syuhada, golongan Tabii Tabiin dan juga para Anbiya…
    Jazakallahu Khairan….
    Wassalam….

  • Hari ni 18 Ramadhan 1432H. Dah 3 tahun berlalu. Umi dan anak2 rindu abah sangat2. Moga Allah tempatkan rohnya bersama roh orang2 yg beriman. Amiin.

  • Inna illaihi wa’innaillaihi ro ji’un………..mudah2an segala amalan dosa-dosanya semasa di dunia terampuni dan segala amalannya di terima Alloh SWT ,,, Amien Ya Rabbal ‘alamin .

    saya mau minta ijin tuk ambil gambarnya . tak ada niatan apapun hanya untuk sebagai ilustrasi renungan semua umat

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: