Ramadhan datang lagi…

Published September 1, 2008 by Menikmati Takdir Langit

Salam,

Semalam hari pertama aku menunaikan solat terawih di surau Al-Mizan, Presint 8. Hari pertama biasalah.Jemaahnya ramai melimpah ruah ke kaki surau hinggakan aku terpaksa bersolat di tepi kolam ikan. Sambil solat sambil tengok ikan.Pada malam tadi juga,pihak surau telah melancarkan program ihya’ ramadhan yang dirasmikan oleh YBhg Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan.

Alhamdulillah..ucapan beliau cukup bernas dan sarat dengan pesanan dan peringatan kepada ahli qariah surau supaya mengimarahkan surau setiap malam.Jangan surut sebaik sahaja masuk minggu ketiga dan terakhir ramadhan.Aku puji ucapan beliau. Tidak seperti KSU dan Ketua Jabatan lain, beliau dikenali sebagai seorang yang ‘islamik’ dan percakapan beliau penuh dengan nasihat dan petikan ayat-ayat Al-Quran dan hadith. Jarang ada KSU yg macam ni.  Saya pernah nampak beliau membersihkan surau dan menyusun Al-Quran di rak-rak buku semasa singgah solat maghrib dulu. Mudah-mudahan beliau kekal dengan sifat tawadhuknya dan istiqamah dalam amalannya.

Sejauh mana kualiti solat kita?

Sejauh mana kualiti solat kita?

Solat Terawih diimamkan oleh Imam muda yang diimport khas dari Afrika. Orang Malaysia juga tapi belajar di sana. Merdu juga suaranya mengalunkan ayat-ayat suci. Seharusnya kita mengambil kesempatan di bulan yang penuh barakah ini untuk mempertingkatkan kualiti solat kita.Semak balik solat kita sama ada benar-benar berkualiti atau sebaliknya. Marilah sama-sama kita bemuhasabah kualiti amalan kita dan mempertingkatkan amal ibadah kita di bulan yang mulia ini.Bulan yang menjanjikan pahala yang berlipat ganda.  Dalam post kali ini, saya ingin menekankan dua amalan yang boleh meraih kecintaan Allah kepada kita iaitu:-

Qiyamullail

Qiyamullai merupakan salah satu sunnah yang diajarkan oleh Rasullullah saw sebagai lambang kejayaan Islam.Sejarah silam menunjukkan bahawa salah satu kejayaan utama pejuang-pejuang Islam seperti Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh ialah kerana istiqamahnya mereka mendirikan solat malam atau qiayamullail. Malah dikatakan bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh tidak pernah meninggalkan qiamullail sejak kecil sehinggalah baginda meninggalkan alam yang fana ini.Peribadi mereka menjadi peribadi yang kukuh dan digeruni musuh dan disegani kawan. Tindakan dan pemikiran mereka juga tepat,bernas kerana sentiasa dipandu oleh petunjuk dari Allah swt yang menjadikan ketaqwaan mereka di tahap tertinggi. Malangnya, umat hari ini telah hilang amalan qiamullail ini maka kalau kita sudah kehilangannya, maka kita akan kehilangan nilai-nilai keimanan dan nilai-nilai muhasabatun nafsi(menghitung atau evaluate diri). Dalam masa yang sama kita juga akan kehilangan nikmat beribadah dan ketaatan kepada Allah swt yang tidak lagi dirasakan manis. Solat fardhu juga dirasakan tawar dan hambar.Tidak ada roh di dalamnya. Umat hari ini hanyalah melaksanakan solat dan bukannya mendirikan (qiyam) solat. Melaksanakan dan mendirikan adalah dua perkara yang berbeza. Melaksanakan solat hanya melalui gerak badan fizikal,sebaliknya mendirikan solat ialah gerakan fizikal anggota tubuh yang disertai dengan hati yang hadir.Subhanallah inilah yang kita sepatutnya cari selama ini.Inilah benda hilang yang patut kita kutip semula. Cuba kita bertanya kepada hati kecil kita, adakan selama ini kita melaksanakan solat atau benar-benar mendirikan solat?

Merenung Ayat-ayat Allah (Tadabbur) 

Di manakah kita letakkan Al-Quran dalam hati kita?

Di manakah kita letakkan Al-Quran dalam hati kita?

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan berbaring.” (Ali-Imran:190-191)

 Perenungan dan penghayatan ayat-ayat Allah adalah faktor penting untuk menghantar kita menuju pengabdian yang hakiki kepada Allah swt. Inilah bentuk penghambaan orang-orang yang soleh yang sentiasa memikirkan dan merenungi tanda-tanda kebesaran Allah yang nyata yang akhirnya menyebabkan mereka kembali kepada keimanan dan keyakinan. Alangkah nikmatnya, kalau kita menjadikan setiap perjalanan hidup kita sehari-hari dipenuhi dengan renungan tanda-tanda kebesaran Allah.

Marilah sama-sama kita menghidupkan ramadhan kali ini dengan amalan-amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dan sekaligus menaikkan martabat kita di sisi Allah. Banyakkan zikir, selawat,solat dhuha,qiamullai,tilawah Al-Quran, baca dan fahami tafsir mudah-mudahan puasa kita kali ini tidak sahaja puasa lapar dan dahaga sebaliknya puasa khusus iaitu puasa alim ulama yang diselangi dengan amal ibadah yang tidak terhenti. Amin.

zikir fikir

zikir fikir

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: